Ahad, 12 Januari 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Siapa Yang Bersalah..??? : Chan Kong Choy bebas kes PKFZ selepas tuduhan ditarik balik

Posted: 12 Jan 2014 08:50 PM PST


Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy (gambar) dibebaskan hari ini daripada tiga tuduhan menipu mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam projek Zon Bebas Perlabuhan Klang (PKFZ).
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan, berkata kepada The Malaysian Insider bahawa tuduhan ditarik balik selepas mempertimbangkan bukti daripada peguam Chan.
Keputusan untuk menarik balik tuduhan dikemukakan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zamani Abdul Rahman di mahkamah.
Chan hanya mengucapkan terima kasih lalu berjalan keluar bersama penyokong beliau.
Peguam utama Chan, Datuk Tan Hock Chuan, berkata pihak pendakwa juga memutuskan untuk tidak menjalani perbicaraan selepas mendapat tahu tentang pembebasan satu lagi Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik yang dituduh menipu Kabinet.
"Chan dibebaskan kerana tuduhan digugurkan," katanya.
Chan meminta Peguam Negara menarik balik tuduhan terhadapnya selepas Dr Ling dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 25 Oktober.
Read More / Baca Lagi >>

Video lucah: Kes Umno saman PAS selesai, Mustafa setuju ia kerja ‘blogger Umno’

Posted: 12 Jan 2014 08:49 PM PST


Berita disiarkan oleh Harakahdaily hari ini yang menjadi syarat penyelesaian.Berita disiarkan oleh Harakahdaily hari ini yang menjadi syarat penyelesaian.Umno menarik balik samannya ke atas Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan dua lagi berikutan persetujuan Mustafa untuk menyatakan yang beliau maksudkan "bukan Umno" tetapi "blogger Umno" di belakang penyebaran video lucah ke atasnya.
Berikutan persetujuan itu, Harakahdaily hari ini menyiarkan satu berita bertajuk "Yang saya maksudkan blogger Umno bukan Umno - Mustafa".
Persetujuan ini dicapai melalui sesi mediasi yang disertai oleh kedua-dua pihak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Dalam sesi itu, Mustafa disertai oleh Bendahari PAS Pusat, Asmuni Awi yang turut disaman Umno serta peguam mereka iaitu Fitri Asmuni dan Zulhazmy Shariff.
Umno pula diwakili oleh peguamnya Datuk Hafarizan Harun dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Rauf Yusoh.
Umno menyaman Mustafa, Asmuni dan Ketua Pengarang Harakahdaily ketika itu, Zulkifli Sulong kerana mendakwa parti Melayu itu di belakang penyebaran video lucah Mustafa menjelang pilihan raya umum lalu.
Read More / Baca Lagi >>

SK1M: PM Kangkung Turun Harga..!!

Posted: 12 Jan 2014 08:17 PM PST



Indonesian teenagers selling their friends for sex

Posted: 12 Jan 2014 07:38 PM PST

Journalists detained in Egypt

Posted: 12 Jan 2014 07:24 PM PST

ISA atau Mahathir?

Posted: 12 Jan 2014 07:20 PM PST


Minggu lalu, ada kumpulan yang rancak berkempen untuk mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), akta yang menggerunkan ramai yang tidak bersetuju dengan kerajaan, terutamanya aktivis, pelajar dan pembangkang.
ISA, dalam ingatan rakyat biasa, secara umumnya dilihat sebagai alat kerajaan menutup mulut dan memberikan amaran kepada pembangkang.
Di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, akta ISA yang paling digeruni. Ramai ahli politik pembangkang pernah merasainya ketika Operasi Lalang pada akhir 1980-an.
Di tengah-tengah kemelut isu harga barang naik, kemelut perkataan Allah dan isu bughah, Dr Mahathir mencadangkan untuk menghidupkan semula ISA.
Cadangan itu serta-merta dipersetujui oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berhujah bahawa ISA tersebut dapat menjadikan negara lebih aman damai tapi beliau tidak menghurai "Bagaimana?"
Persoalannya ialah siapa yang salah pada pandangan polis? Mereka yang mencetuskan ketegangan atau mereka yang ditindas tetapi berani melawan kebatilan kerajaan yang menyebabkan kerajaan tegang dan memberikan reaksi yang mencetuskan ketegangan?
Apakah polis boleh bertindak secara bebas walaupun ia berlawan dengan hasrat dan arahan pembayar gaji mereka?
Sejarah hitam ISA yang paling dekat dengan minda rakyat ialah ISA yang dikuatkuasakan oleh Menteri Dalam Negeri pada 2008, Datuk Seri Syed Hamid Albar ke atas Teresa Kok, Raja Petra Kamaruddin dan seorang wartawan Sin Chew, Tan Hoon Cheng.
Ketika itu, alasan yang digunakan oleh KDN untuk menggunakan ISA ke atas Kok dan Tan adalah untuk "memberikan perlindungan" kepada mereka. Raja Petra pula ditahan kerana artikelnya yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.
Bayangkan sekiranya ISA digunakan dalam isu harga barang naik, kemelut Allah dan isu bughah, siapakah yang bakal di-ISA-kan atas alasan diberi perlindungan jika alasan 2008 menjadi sandaran dan rujukan kepada siapa yang perlu ditahan?
Read More / Baca Lagi >>

Penggantungan tanpa tempoh The Heat berniat jahat

Posted: 12 Jan 2014 07:17 PM PST


Laporan muka depan The Heat yang dikatakan menjadi sebab penerbitan akhbar mingguan itu digantung. Gambar fail.Laporan muka depan The Heat yang dikatakan menjadi sebab penerbitan akhbar mingguan itu digantung. Gambar fail.Putrajaya tidak boleh menggantung akhbar mingguan The Heat bagi tempoh yang tidak pasti kerana tindakan itu akan dilihat sebagai berniat jahat, kata bekas pesuruhjaya hak asasi manusia selepas tiga minggu akhbar itu dilarang pengedarannya.
Tan Sri Abu Talib Othman, yang pernah mengetuai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, berkata tindakan itu tidak adil kepada pemegang lesen akhbar itu dan pekerjanya.
"Ia akan memberi kesan kepada operasi perniagaan penerbit dan kehidupan mereka yang bekerja dengan syarikat itu," katanya kepada The Malaysian Insider ketika mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang masih belum lagi mengumumkan keputusannya sama ada untuk menamatkan penggantungan The Heat atau menarik balik lesen.
Read More / Baca Lagi >>

Biarkan harga barang naik sehingga rakyat naik benci dan meluat kepada kerajaan 47% BN

Posted: 12 Jan 2014 07:15 PM PST

Penyelewengan dilihat terus bertambah dan pemimpin masih amalkan kehidupan mewah.

PUTRAJAYA: Rakyat perlu membiarkan kerajaan Barisan Nasional (BN) terus bertindak menaikkan harga barang kerana belum masanya untuk mereka membantah.
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berpendapat, tidak ada keperluan untuk melawan isu kenaikan harga barang pada waktu ini sebaliknya perlu mengambil sikap 'tunggu dan lihat' sehingga tiba pilihan raya.
"Bagi saya biarkan harga barang naik sampai rakyat benci kepada kerajaan.
"Buat masa sekarang ini takkan selesaikan masalah kerana penyelewengan dilihat terus bertambah dan pemimpin masih amalkan kehidupan mewah.
"Potong gaji pegawai kerajan tapi kos beli jet lebih mahal dari gaji yang dia potong," katanya ketika ditemui di sini petang semalam.
Beliau bimbang jika tiba musim piihan raya kerajaan akan bertindak mengumumkan penurunan beberapa harga barangan atas alasan 'prihatin' dan rakyat dengan mudah akan melupakan kesan beban yang ditanggung sebelum itu.
"Kena fikir secara 'reverse psychology'. Kalau BN nak naikkan harga barang saya alu-alukan walaupun saya sedih bagi pihak rakyat tapi dari segi pendekatan ini jalan untuk kita beri kesedaran kepada rakyat," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

'PM kangkung sudah lupa bayaran royalti minyak Kelantan?

Posted: 12 Jan 2014 07:08 PM PST

Bekas anggota exco Kelantan Datuk Husam Musa kini tertanya-tanya jika Perdana Menteri Datuk Najib Razak terlupa selepas lebih setahun berjanji untuk membayar royalti minyak kepada negeri ditadbir PAS itu.

Najib pada Ogos lalu menjemput PAS untuk menyertai satu jawatankuasa baru untuk membincangkan mengenai bayaran royalti minyak kepada Kelantan.

Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed juga dengan bangga pernah menyatakan bahawa perkara itu boleh diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13, yang diadakan pada Mei tahun lalu.

"(Najib) berjanji bahawa beliau akan bayar dalam tempoh enam bulan, mungkin dia sudah terlupa," kata Husam di Putrajaya semalam.

Husam berkata Kelantan telahpun melantik wakilnya ke mesyuarat tersebut namun individu berkenaan sehingga kini masih belum mendengar apa-apa berita dari Putrajaya.
Read More / Baca Lagi >>

Jika Mahathir diberi kuasa, apa terjadi kepada Najib..??

Posted: 12 Jan 2014 07:05 PM PST

KUALA LUMPUR: Cadangan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin agar bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir diberikan kuasa dalam kabinet untuk membantu Najib dan kerajaan, jelas merupakan satu lagi terjahan yang bakal menyebabkan kedudukan Perdana Menteri semakin terhimpit ke dinding.

Sebagai bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu, Zainudin Maidin yang lebih dikenali sebagai Zam seperti sedang mengiringi bekas Ketua Pengarang NST, Kadir Jasin yang sudah sekian lama bersikap lantang dan kritikal terhadap kepimpinan Najib, tulis blogger Shahbudin Husin.

Menurutnya, dengan idea Zam tersebut, bukan saja mengesahkan Najib sebagai Perdana Menteri yang paling lemah tetapi juga membuktikan seluruh anggota kabinet seolah-olah sudah lumpuh dan tidak mampu lagi menyumbang sebarang kebaikan kepada negara.

"Ia secara tidak langsung juga membenarkan segala gelaran yang diberikan kepada sesetengah menteri seperti cap ayam, cap sardin dan sebagainya," tulis beliau di dalam blognya, semalam sebagaimana di bawah.

Cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad agar Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA dikembalikan bagi menangani kumpulan ekstrem yang mungkin menggugat kestabilan negara, bukan saja mengundang pro dan kontra terhadap keperluan akta tersebut, sebaliknya turut menyeret idea agar beliau dikembalikan dalam kabinet bagi membantu kepimpinan Najib Razak yang dianggap terlalu lemah ketika ini.

Bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin yang melontarkan idea tersebut di blognya berkata, pengalaman lebih 20 tahun Mahathir dalam memimpin negara dan mengendalikan soal keselamatan dengan jayanya, tidak seharusnya dibazirkan begitu saja oleh Najib.

Katanya, cadangan ini bukannya untuk mengembalikan Mahathir kepada kedudukan kerusi Perdana Menteri tetapi perlu diberkan kuasa dalam kabinet untuk membantu Perdana Menteri dan kerajaan dalam menangani isu keselamatan, perkauman, agama dah ekonomi yang kian meruncing sekarang ini.
Read More / Baca Lagi >>

GST : Menyelamat ekonomi negara atau kantung pemimpin? - Saifuddin Nasution

Posted: 12 Jan 2014 07:01 PM PST

Wartawan Video Dan Foto: Kenapa kasta kami rendah?

Posted: 12 Jan 2014 06:58 PM PST

Hisyam Salleh

Selepas rakyat Malaysia dihujani dengan pelbagai tekanan berikutan kos sara hidup makin meningkat, penulis rasa terpanggil untuk menulis mengenainya daripada perspektif wartawan video.
Apalah sangat wartawan video hendak perkatakan tentang ekonomi, tapi inilah rintihan sebahagian wartawan video dan foto yang dipandang enteng oleh semua pihak terutama di Malaysia.
Sila ketepikan pandangan dan ideologi politik kalian jika ingin teruskan membaca. Sila bawa bertenang.
Mula bertapak dalam bidang penyiaran sejak 2006 lagi dan boleh dikatakan masih hijau dalam industri media di Malaysia. Meskipun hijau, kita semua bermata yang bisa memerhati.
Ramai wartawan video dan foto yang sudah lama berkecimpung di dalam industri ini. Malah ada yang puluhan tahun memerah tenaga.
Banyak saudara dan rakan terdekat sering mengejek seolah-olah bekerja sebagai wartawan bagai mengejar dunia glamor.
Bukannya pengamal media yang terdiri daripada wartawan video dan foto hari-hari bertemu dengan selebriti. Soal masak dengan perangai ahli politik, kita dah 'cemuih'. Soal yang cuba diketengahkan adalah wartawan video dan foto bukanlah kasta terendah.
Jika dikaji rata-rata gaji pengendali kamera video dan foto, boleh dikatakan hanya segelintir yang bernasib baik mendapat bayaran sedikit tinggi. Selebihnya masih menjadi 'survival' di Malaysia.
Jika kita lihat pada rakan-rakan yang bertugas dengan agensi luar negara tetapi bertapak di Malaysia mendapat bayaran hampir RM15,000 sebulan. Ini juga bersyarat sekurang-kurangnya pengalaman lebih lapan atau 10 tahun dalam industri berita.
Jadi gaji awal bagi yang masih 'berbau kampus', sekitar RM7,000 sebulan. Banyak bukan? Jadi kenapa industri penyiaran Malaysia meletakkan gaji ala kadar pada mereka ini?
Read More / Baca Lagi >>

Pembangkang Sabah pertikai polis dakwa tembakan oleh remaja nakal

Posted: 12 Jan 2014 06:54 PM PST

Persoalan timbul apabila polis menyifatkan kejadian tembak menembak di Sabah sebagai tindakan nakal sekumpulan remaja.
Ahli politik pembangkang membidas polis apabila membuat kenyataan yang angkuh dengan berkata, serangan serentak itu dilihat terlalu baik untuk dikatakan sebagai serangan daripada remaja nakal kerana ia serangan pistol angin ke atas dinding kaca di pelbagai premis perniagaan di negeri ini.
Timbalan Setiausaha Agung PKR, Darell Leiking, berkata polis patut melihat kejadian tembakan ini secara serius kerana pelbagai teori dan spekulasi tersebar.
"Apa yang membimbangkan saya adalah serangan ini dilihat terlalu sistematik. Ramai rakyat Sabah bertanya adakah ini tindakan jenayah atau hanya sekadar gurauan remaja nakal," katanya.
Ahli Parlimen Penampang itu meminta polis turut mendaftarkan pistol angin sebagai senjata api kerana senjata ini cukup merbahaya jika digunakan dengan tidak bertanggungjawab.
Beliau juga meminta polis menyiarkan gambar daripada rakaman CCTV untuk membolehkan orang ramai membantu mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab.
"Orang ramai mungkin mengenali penembak ini berdasarkan pakaian dan bentuk badan mereka," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Salahlaku Profesional: Adakah Shafee ‘layak dan sesuai’ ketuai pendakwaan kes fitnah liwat Anwar

Posted: 12 Jan 2014 06:48 PM PST


Peguam negara diminta mengkaji semula kelayakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam mengetuai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail.Peguam negara diminta mengkaji semula kelayakan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam mengetuai kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Gambar fail.Peguam Negara (AG) perlu mengkaji sama ada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah "layak dan sesuai" untuk mengetuai pasukan pendakwaan bagi  mengetepikan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat selepas mahkamah memutuskan peguam Umno itu bersalah kerana salah laku profesional, kata sekumpulan peguam.
Penasihat Peguam untuk Kebebasan, Eric Paulsen, berkata walaupun pelanggaran peraturan publisiti yang dihadapi Shafee bukan satu kesalahan serius, ia adalah satu tambahan untuk Tan Sri Abdul Gani Patail membuat pertimbangan.
"Abdul Gani perlu mengkaji sama ada Shafee merupakan seorang yang layak dan sesuai, tambahan kepada senarai panjang persepsi negatif terhadap peguam Umno itu untuk mengetuai pasukan pendakwaan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Paulsen berkata, pelanggaran kepada peraturan "kenyataan yang bersifat pujian" tidak berapa serius berbanding melanggar peraturan yang mengawal konflik kepentingan.
Beliau berkata, Shafee adalah seorang peguam Umno yang terkenal dan muncul dalam mahkamah dan nasihat yang ditawarkan dalam beberapa perkara membimbangkan pihak berkepentingan.
Katanya, Shafee bertindak sebagai penasihat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, semuanya musuh ketat Anwar.
Read More / Baca Lagi >>

Disebalik Gesaan Mengembalikan Dr Mahathir, Najib lebih teruk dari Pak Lah..!!

Posted: 12 Jan 2014 06:16 PM PST

Dalam negara kita, kita ada pemimpin yang tidak memimpin. Atau lebih tepat, kita ada pemimpin yang tidak berani memimpin. Kita ada masaalah agama. Islam lawan kristian. Islam lawan Islam. syiah lawan sunnah lawan wahhabi. Kita ada masaalah perkauman. rata2 nya orang UMNO menyalahkan bangsa Cina. Pemimpin besar UMNO semua berakan-kongsi dengan cina tau. Masaalah ekonomi tidak perlu kita sebut lagi. Rakyat marhaen sudah mengharamjadahkan Najib. 
Mana nya kepimpinan dan pemimpin negara ini?
Sebaliknya kita ada pemimpin dalam diri PM yang mengikut citarasa umum dan suka dipandang popular. Kepada sesiapa yang belum mengenali Najib, dia seorang yang mahukan setiap orang menyukai nya. kalau ada 10 oramg, dia mahukan semua kesepuluh menyukai nya, sesuatu yang mustahil. Saya pernah menyatakan kepada beliau- kenapa anda mahukan 100%? 60% sudah pun menang merujuk kepada kecenderungan nya menyukakan hati semua orang. Kebenaran nya, ialah mustahil untuk please everyone.
Elok kita berdepan dengan reaiti dan jangan berselindung dengan pahit yang digula gulakan. Bila Zainudin Maidin menyarankan supaya Dr Mahathir kembali mengetuai kerajaan, ia mengesahkan bahawa Najib seorang pemimpin yang incompetent dan berklas F. lebih teruk dari Pak Lah.
Apa punca masaalah kepimpinan Najib? Beberapa tahun yang lalu, ketika berbual dengan salah seorang adik Najib, saya menyamakan Najib sebagai pemimpin macam suatu dewa Hindu yang berkepala banyak.setiap kepala yang berlainan, digunakan untuk bercakap lain kepada kumpulan yang lain. Didepan cakap lain, toleh arah lain, akan cakap lain. Najib konsistent dalam tidak-konsisten.
Tapi, ahli UMNO terus meyakini Najib. Wanita UMNO gugur iman memandang bibir nya yang mekar merah. Ahli UMNO standard Shahidan Kassim seperti saya nyatakan, akan cium tangan Najib sehingga berciut bunyi nya. kepada mereka, apa yang mereka suka lah. To each his own.
Read More / Baca Lagi >>

Samseng Politik: Pemuda UMNO tumbuk Timbalan Menteri Pelajaran dari MIC..

Posted: 12 Jan 2014 05:46 PM PST

TIMBALAAN Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan diserang oleh seorang lelaki ketika beliau menghadiri sebuah program di Pusat Khidmat di Hulu Selangor hari ini.

Menurut saksi, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2 petang ketika Ahli Parlimen Hulu Selangor itu tiba di Pusat Khidmat Parlimen beliau untuk berjumpa dengan sekumpulan anggota Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Selangor yang dipercayai mengadakan mesyuarat bahagian.

Penyerang itu dikatakan seorang yang mempunyai jawatan penting dalam Pemuda Bahagian Hulu Selangor dipercayai telah menumbuk muka Kamalanathan ketika Ahli Parlimen itu sedang berjabat tangan dengan sebilangan anggota pergerakan itu sejurus tiba di pusat khidmat sebelum program bermula.

Difahamkan punca suspek menumbuk Kamalanathan ada kaitan dengan isu permohonan pertukaran tempat kerja dari Johor ke Hulu Selangor melibatkan salah seorang saudara dalam keluarganya yang dipercayai bekerja sebagai guru di Johor.

Ekoran insiden mengejut itu, program yang sepatutnya berlangsung terpaksa dibatalkan dan Kamalanathan telah membuat laporan mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Bukit Sentosa, Rawang.
Read More / Baca Lagi >>

Selamatkan negara dahulu, baru selamatkan parti

Posted: 12 Jan 2014 05:44 PM PST

Isu Allah sudah menjadi isu yang tidak mungkin selesai. Saya tidak berani memberikan pandangan tentang hukum dan hakam kepada persoalan ini. Tetapi yang saya tahu penyelesaian tidak akan dapat dicari kerana saya cenderung untuk menuduh isu Allah ini adalah isu yang dipolitikkan oleh setengah pihak untuk kepentingan politik mereka.
Mungkin ramai yang membantah apa yang ada dalam pemikiran saya, tetapi saya juga tahu Tuhan menyuruh kita mengenali di antara satu dengan lain serta menghormati di antara kaum dan agama. Di negara lain tidak timbul isu ini dan tidak pernah pula kita mendengar isu ini merebak dimana-mana negara diseluruh dunia ini.
Apabila ada pihak yang menyangkutkan nama Allah ini dengan akidah, maka ia tidak akan selesai kerana selama ini banyak agama menggunakan nama Allah ini dalam agama mereka sejak dari dulu lagi. Tidak usah kita menjadikan isu ini lebih berat dari apa yang kita hadapi sekarang ini.
Kita khuatir isu ini akan membawa padah kepada negara kerana ia amat sensitif. Yang melanggar hukum agama pun menjadi sibuk membahaskan isu ini tanpa mengetahui dan tidak mampu membezakan di antara sifat dengan zat Tuhan itu. Mahu tidak mahu kita perlu selesaikan isu ini dengan baik dan harmonis.
Elok dihimpunkan semua ulamak dan sadiqiah Islam di seluruh dunia bersama dengan ketua-ketua agama lain dan adakan perhimpunan itu di Kuala Lumpur kerana isu ini hanya berlaku di sini. Ambil keputusan yang boleh diterima dan difahami oleh semua pihak tentang isu ini. Kita tidak boleh mengharapkan kerajaan hari ini untuk menyelesaikannya kerana tidak ada pemimpin kerajaan yang tahu untuk menyelesaikannya termasuk Menteri yang bertanggungjawab tentang agama dalam kabinet kerajaan sekarang ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tidak Bermewah Dan Berjimat: Ismail Sabri....wassatiyah opah kau !!!

Posted: 12 Jan 2014 05:42 PM PST


Ini adalah salah satu contoh WASSATIYAH pemimpin berjiwa rakyat...
"Ini semua kawan saya belanja...".itulah agaknya jawapan yang akan diberi jika ditanya..
Macam sorang lagi "Wassatiyan" sambut birthday baru baru ni...

Mamak !!! Nasi Goreng Kangkung PM Satu....

Posted: 12 Jan 2014 05:32 PM PST

CINTAKAN NEGARA Tapi TAK CINTAKAN AGAMA - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Jan 2014 05:24 PM PST

Ibu LARANG Anak Ke Kuliah AGAMA, Dianggap TAKSUB Ustaz - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Jan 2014 05:23 PM PST

Bangun Lambat..JIMAK Dulu Baru SOLAT Subuh - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Jan 2014 05:23 PM PST

Berlakon Pegang Tangan..'Kalu Bulih Pegang Akupun Nok Berlakon!' - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Jan 2014 05:22 PM PST

Berlakon Pegang Tangan..'Kalu Bulih Pegang Akupun Nok Berlakon!' - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Jan 2014 05:22 PM PST

MB Ahmad Said Dinasihatkan Bertaubat Kerana Kaitkan Banjir Dengan Kalah Pilihanraya

Posted: 12 Jan 2014 05:22 PM PST

Tukar Tiub

Tukar Tiub

Tukar Tiub


JEMPUTAN FORUM

Posted: 12 Jan 2014 07:10 PM PST




FORUM MALAM  INI
dewan china
jam 8:00 malam
semua di jemput buat ramai


RADIO BANGSAR
akan membuat siaran langsung
untuk warga di seluruh alam
ikuti stesen punk rock ini


---------

NASI PANGGUNG DAPUR JALANAN

Posted: 12 Jan 2014 07:00 PM PST







AHAD NASI PANGGUNG 
Sebelum matahari melabuh tirai di Jalan Pangggung,
Berpusu-pusu warga kota menjamu selera,
Ada nyanyian, ada sambutan
birthday sendiri, maulut nabi

PETANG KELMARIN
Menu dan para penyumbang hari ini:
Tim dapur jalanan - Mee Tomyam
Tim MSU & Ohana - Kari Ayam // baju2 bundle
Tim Syed Syahir - Roti canai // air mineral 
Qish Awek Bangi - MeatBall // Donut
Famili dari Pajam - Bubur Nasi // Ais krim Malaysia
Tim UIA - Sandwich / Kek Buah
Ridhwan Kepong - Buah Limau Mandarin

MINAH CUN

Yang menyumbang tenaga, yang buat-buat sibuk dan yang memang sibuk :- 
Ikhwan the master of the tomyam
Shakirah, Kak Fina & the Pajam family (the birthday party planner)
Shu, Zu, Nadia & famili
Fauzi dan kawan2 dari UIA
Hazman, Farhan, & awek2 & mamat-mamat dari MSU Ohana
Zharif dan awek cun dari UM & UPSI
Geng Kotak & kroni (Hijrah masih gagal dikesan pada minggu ini, ada awek cari beliau)
Pyan Habib the towkey air
Hussin & Fiz dari Berjaya, kak Rosalinda dan friends,
Rcong & Aniza teater bukan teater
dan semua kawan2 yang hadir menjayakan hari ini!

SAMBUT HARI JADI

Terima Kasih! Thank you! Gracias! Danke! баярлалаа!
Jumpa minggu hadapan
Sila bawa bersama bahan-bahan hiburan 
Bersama-sama meranchakkan scene Jalan Panggung!

- Sila cari dan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL 

- Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan
   1479-0000917-05-1 spkl collective

- untuk yang ingin sama-sama potong bawang, potong ayam atau menghidang dan bancuh air boleh tekan number dibawah
  Pakwan = 013-431-53-56  
 Hadikhalid = 012-664-88-73

DATANG BANTU
Dapur Jalanan Kuala Lumpur
 *Makanan Adalah Hak Anak Semua Bangsa*
12 Januari 2014 @ 10 RabiulAwwal 1435



------------

NAJIB MULA MAKAN DEDAK

Posted: 12 Jan 2014 06:30 PM PST




 Tebatan banjir diberi perhatian - PM
KEMAMAN 12 Jan. - Kerajaan akan melaksanakan lebih banyak projek tebatan banjir di seluruh negara termasuk di Terengganu dan Pahang bagi memastikan keselamatan rakyat.

Najib Razak berkata, untuk melaksanakan semua prasarana itu kerajaan memerlukan lebih banyak peruntukan yang diharap dapat diperoleh daripada transformasi ekonomi negara.

Tegas Perdana Menteri, kerajaan akan bersungguh-sungguh dan melakukan yang terbaik demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat walaupun melibatkan peruntukan begitu tinggi.

"Untuk melaksana projek tebatan banjir yang keperluannya amat mendesak, kos amat tinggi. Di Chukai RM480 juta, di Kuantan RM700 juta...(ia) memakan belanja berbilion tidak termasuk jalan, jambatan, sekolah dan lain-lain kemudahan yang rosak.

"Kerajaan akan buat yang terbaik. Percayalah, kita akan lihat kemungkinan melaksanakan projek-projek cegah (tebatan) banjir walaupun terdesak tapi kosnya amat tinggi.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit ... SUWEY NAJIB DAN MULA MEREBAK.... kah kah kah..

kah kah kah...INI LAH NASIB  ORANG MALAYSIA... kah kah kah..

kah kah kah..NEGARA ADA PELBAGAI MASALAH... kah kah kah..

kah kah kah...ORANG RAMAI MAKIN GELISAH.... kah kah kah..

kah kah kah...KOS HIDUP MELAMBONG TINGGI... kah kah kah..



kah kah kah...GAJI TAK NAIK NAIK...kah kah kah


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...APA NAJIB BUAT?... kah kah kah..

kah kah kah...MINGGU LEPAS JADI PENGARAH JKR... kah kah kah..

kah ...MINTA  BERSIHKAN TANAH RUNTUH JALAN MAHAMERU.. kah..

kah kah kah... AHAD INI DI KEMAMAN... APA NAJIB BUAT?... kah kah kah..

kah kah kah...JADI PENGARAH JABATAN TALI AIR... kah kah kah..

woit... INI BUKAN ISU NEGARA YANG PENTING.... kah kah kah..

kah kah kah...ISU  NEGARA TENTANG NAMA ALLAH.... kah kah kah..

kah kah kah...TENTANG MENGEMBALIKAN  ISA... kah kah kah..

kah kah kah...TENTANG NILAI DUIT JATUH... kah kah kah..

kah kah... TENTANG MCAM MANA ANAK ROSMAH DAPAT DUIT...kah kah..

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... ZAINUDDIN MAIDIN PUN DAH MULA BERSUARA... kah kah kah..

kah kah kah... BILA MUHYIDDIN NAK LANGGAR?... kah kah kah..

kah kah kah...BILA ZAHID HAMIDI NAK LANGGAR?... kah kah kah






---------

GANTI RAJAGOPAL

Posted: 12 Jan 2014 05:46 PM PST





Tukar Presiden FAM sebelum lantik jurulatih mahal- Nik Nazmi »

FAM
KUALA LUMPUR 12 JAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)…
Jan 12 2014 /  / Read More »

Bola Sepak Malaysia Perlu Lebih Daripada Jurulatih Berprestij

Saya merujuk kepada beberapa laporan bahawa FAM sedang mempertimbangkan khidmat bekas jurulatih kebangsaan Jepun, Afrika Selatan dan Nigeria, Philippe Troussier untuk menggantikan K. Rajagopal sebagai jurulatih Harimau Malaya. Selain itu juga ada laporan yang menyebut Zdenek Zeman (bekas jurulatih Roma, Itali),Bob Houghton dari England, Rudi Voeller dari Jerman dan bekas jurulatih Singapura Radojko Avramovic sebagai calon kerusi panas tersebut.

Sumber-sumber menyebut Troussier meminta lebih RM400,000 sebulan atau RM4 juta setahun untuk memberikan khidmatnya.

Sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, bagi mengangkat martabat bola sepak Malaysia, kita memerlukan reformasi menyeluruh bermula dengan penukaran Presiden FAM dan struktur organisasi tersebut, liga domestik sehinggalah program pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi. Hanya apabila isu-isu tersebut diselesaikan – dan ini memerlukan masa yang lama – kita dapat mempertimbangkan jurulatih kebangsaan berprestij untuk membimbing Harimau Malaya.

Sebab itu apabila negara Jepun, sebuah negara yang ketinggalan di dalam bola sepak rantau ini, termasuk dengan negara kita pada era sebelum 1990an, merancang strategi untuk mengangkat mutu bola sepak negara mereka menggariskan Pelan 100 Tahun! Kini, lebih kurang dua dekad kemudian pelan mereka sudah membuahkan hasil apabila Jepun layak ke Piala Dunia berturut-turut sejak 1998 dan kini berada di tangga no 2 ranking FIFA di Asia.

Justeru, saya menyambut baik kenyataan-kenyataan dari Kementeria Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara yang tidak bersetuju dengan cadangan perlantikan jurulatih yang mahal buat negara.

Kita menunggu butir-butir Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang akan dibentangkan kepada Kabinet tidak lama lagi. Kita berharap penekanan kepada perubahan radikal dan menekankan matlamat jangka masa panjang, kalaupun tidak 100 tahun dapat dapat dipertimbang Kerajaan Persekutuan. Yang penting, perubahan mestilah diinstitusikan dan tidak berharapkan kekuatan personaliti atau individu semata-mata.

NIK NAZMI NIK AHMAD
TIMBALAN SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR


AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SERI SETIA

----------

HIDUNG ROSMAH DAH RUNTUH

Posted: 12 Jan 2014 05:30 PM PST






KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

hidung rosmah dah runtuh
dah jadi hidung penguin








---------

SAEKOR LAGI SULTAN MELANCHOW

Posted: 12 Jan 2014 05:00 PM PST



DARI FACE BOOK SULTAN


sahabat baik beta, baginda sultan melaka dah deactive fb beliau..
Like ·  ·  · 9 hours ago · 


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... YA AMPOOOOON.... kah kah kah...

kah kah kah.. SAEKOR LAGI SULTAN MELANCHOW.... kah kah kah



------------

PEGAWAI KHAS KHALID IBRAHIM RASUAH?

Posted: 12 Jan 2014 01:00 AM PST




Tempoh reman pegawai khas menteri dilanjut

Tiga individu termasuk seorang pegawai khas menteri ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender. 
Mereka ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 (a) (B) dan Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. - Foto Tiewnama

SEPANG - Tempoh reman bagi dua individu termasuk seorang pegawai khas menteri dilanjutkan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender.
    
Pendaftar Mahkamah Majistret Sepang Rozaidi Yaacob membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melanjutkan tempoh tahanan reman selama dua hari bermula esok untuk pegawai khas itu dan seorang lagi ahli perniagaan berpangkat Datuk.
    
Mereka yang berusia 44 dan 48 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
    
SPRM mengemukakan permohonon tahanan reman itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
    
Kedua-dua individu itu ditahan reman empat hari mulai Khamis lepas manakala seorang wanita berjawatan setiausaha ditahan reman tiga hari untuk kes sama.
    
Wanita itu dibebaskan semalam. - Tiewnama

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit.... SIAPA MALAON RASUAH INI?.... kah kah kah..

kah kah kah....PEGAWAI KHAS  MENTERI MANA?.... kah kah kah...

kah kah kah...ADAKAH MENTERI  LIM GUAN ENG?... kah kah kah..

kah kah kah..ADAKAH MENTERI TAN SERI KHALID MB SELANGOR?... kah kah kah.

kah kah kah.... PEGAWAI KHAS MENTERI MANA?... kah kah kah...



52% RAKYAT MALAYSIA 
BUG HAH HAH
-----------

TANDA TANDA AKHIR ZAMAN

Posted: 12 Jan 2014 12:00 AM PST




SEBELUM  
MARIE ANTOINETTE
kena penggal leher
sebelum rakyat peranchis bangun berbughah
pemaisuri marie antoinette telah   mengadakn 
kenduri kahwin anaknya
di istana  versailles

Ismail Sabri dakwa perkahwinan mewah anaknya buat di KL untuk jimat kos

Ia digelar "perkahwinan paling hebat tahun ini" kerana kemewahannya, tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 
Ia digelar "perkahwinan paling hebat tahun ini" kerana kemewahannya, tetapi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) mempertahankan dan berkata majlis perkahwinan serta resepsi makan malam mewah anak perempuannya diadakan di Kuala Lumpur sebagai perbelanjaan berhemah ketika Putrajaya mengambil langkah penjimatan.
Anak perempuan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu, Nina Sabrina berkahwin dengan selebriti yang juga pereka fesyen Indonesia, Jovian Mandagie menerusi majlis perkahwinan mewah termasuk majlis akad nikah di bangunan bekas Istana Negara serta kenduri dua hari di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur, yang dihadiri oleh golongan raja, selebriti, ahli politik dan pembesar negara.
"Untuk mengurangkan kos, saya  meminta menantu saya untuk mengadakannya di KL. Jika ia dibuat di Jakarta, keluarga dan saudara-mara saya perlu terbang ke sana dan akibatnya, saya perlu menanggung kos yang lebih untuk tiket penerbangan dan penginapan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit... MEMANG BETUL INI PERKAHWINAN JIMAT KOS... kah kah kah..

kah kah kah... RANCANGAN AWAL NAK BUAT 7 HARI 7 MALAM... kah kah kah..

kah kah...TIGA  HARI DI KUALA LUMPUR... TIGA HARI DI JAKARTA... kah kah..

kah kah kah..YANG SATU HARI LAGI DI MANA?.... kah kah kah..

kah kah kah.. YANG SATU HARI ATAS KAPAL TERBANG.... kah kah kah..


52% RAKYAT 
MAKIN NAIK MARAH
NOTA:
nak risau apa
ada towkay yang bayar
kah kah kah



---------

PENCERAHAN DARI PEMBACA

Posted: 11 Jan 2014 09:00 PM PST






PERANGAI BANI KETUANAN MELAYU
Bani Melayu memang pelik. Kalau ada orang Melayu memeluk agama Kristian atau murtad, mereka tentu akan mengamuk. Tetapi kalau Rajah Gopal melakukan perkara-perkara yang dilarang didalam agama Islam seperti meminum arak, berzina, berkhalwat, meliwat, melawat laman web gay porn, Bani Melayu tidak akan mengamuk. Malah mereka akan menyembah Rajah Gopal ini sebagai Yang Maha Mulia. 

Walaupun anak Rajah Gopal adalah seorang pondan, mereka masih akan melantik sipondan sebagai ketua agama Islam. Inilah sebabnya mengapa kebebasan beragama patut diamalkan di Malaysia. Sebab jika ada Melayu yang nak minum arak maka mereka harus meninggalkan agama Islam sebelum mencemar nama baik agama. Ini tidak, Rajah Muda Pondan pun boleh dilantik menjadi Ketua Agama Islam. Buat malu betul kepada umat Islam. on BANI KETUANAN MELAYU KENA KELENTONG
Publish | Delete | Spam
DYMM SULTAN BANGSAR UTAMA
on 1/11/14
 MELAYU HINDU DULU SEBELUM ISLAM
TT, warna kuning ialah warna khas untuk raja. Pernahkah Bani Melayu menyoal daripada manakah datangnya asal usul warna diraja ini? Sebenarnya raja Melayu meniru adat ini daripada Raja Cina dan Dewa agama Hindu. Dalam bahasa Cina, perkataan kuning HUANG berbunyi seperti perkataan raja WANG. Sebab itu raja memakai pakaian berwarna kuning. 

Ia juga adalah warna yang penting didalam agama Buddha dan Hindu. Didalam agama Hindu, warna kuning ialah warna kegemaran Dewa Ganesh. Ia juga adalah warna Tuhan Guru Moorthy. Sebab itu ia digunakan didalam upacara keagamaan Hindu. Sebelum kedatangan Islam, orang Melayu beragama Hindu. Jadi tidak hairanlah jika warna kuning ialah warna rasmi raja kerana pada masa dahulu raja juga adalah ketua agama Hindu.

 Sebab itu bila orang Melayu memeluk agama Islam, raja masih menjadi ketua agama walaupun adat ini bercanggah dengan ajaran Islam. Jika kita selidik, banyak lagi adat istiadat Melayu yang berasal daripada agama Hindu. on SULTAN SHAH AL-TUKAR TIUB
RAJAH KUNING PONDAN
on 1/11/14
 RAJA FREE LOADER
Malaysia ni hebat.. negara atas kayangan.. Allah pun suka sbb kitalah satu2nya negara yg mempertahankan nama Allah.. len2 negara x amik pot pun.. Banyak2 raja ni bermaksud betapa ramainya keturunan rasullullah saw di mesia ini.. sumer2 raja sultan kita ni mmg layak dilayan kerana merekalah menjaga agama islam disebabkan mereka adalah cucu cicit rasullullah.. 

sbb itulah cucu cicit rasullullah ini minum arak main judi mengentot membazir wang rakyat dan buatlah segala apa jahat mcm setan pun, malaikat dan Allah pun tak amek pot.. hanya rakyat mesia jer yg sebok bising2.. kerabat2 raja cucu cicit rasullulah inipun hidup senang lenang makan free ditanggong org ramai sehingga kiamat kerana merekalah penjaga agama islam..

 Yg aku hairan, raja2 cucu cicit rasullulah ini bermuka pesek berperut gendut hasil kuat minum arak.. tidaklah pulak tahu sepatah haram pun bercakap arab.. bagaimana pula nak jaga agama islam dgn basic2 fekah bodoh pun x tahu?? Yg paling erotiknya, umat2 melayu bodoh ni on BERITA BAIK DARI SULTAN
Anonymous

on 1/10/14

MALAM ESOK DEWAN CHINA


-----------

MENCARI AISHAH - GRANDE FINALE

Posted: 11 Jan 2014 08:00 PM PST





MENCARI AISHAH
rakaman temubual
hishamuddin rais dengan kartunis ronasina

adalah aishah masih melayu?
adakah aishah masih islam?
adakah aishah menjadi hamba?
adakah aishah marxis-maoist?
adakah aishah akan pulang ke malaysia?
kesemuanya disini

SELAMAT MENONTON
--

----------