Rabu, 8 Januari 2014

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kerajaan 47% BN potong subsidi, lebih 60 rakyat muflis setiap hari

Posted: 08 Jan 2014 08:48 PM PST

naik.jpgSHAH ALAM 9 JAN: Jumlah rakyat negara ini yang bakal muflis meningkat akibat pemotongan subsidi gula, minyak serta kenaikan tarif elektrik dan barangan rumah lain yang secara langsung menaikkan kos kehidupan.
Dalam laporan akhbar Singapura, Straits Times hari ini, terdapat lebih 60 rakyat yang diisytiharkan muflis setiap hari sehingga September, iaitu naik daripada 53 sehari pada 2012.
Ketua ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, berkata berikutan pemotongan subsidi kerajaan serta kenaikan harga barangan untuk menyelesaikan masalah kewangan negara, jumlah warga Malaysia yang muflis bakal meningkat.
"Kita menganggarkan jumlah tunggakan hutang akan naik, terutama sekali di kalangan pekerja muda di syarikat swasta yang mempunyai kad kredit dan pinjaman peribadi tetapi tidak berpendapatan secukupnya untuk menanggung pembelanjaan mereka.
"Soalannya adalah berapa banyak yang akan muflis, itu yang amat membimbangkan," katanya kepada akhbar itu dipetik dari The Malaysian Insider.
Katanya, 'pinjaman tanpa bayaran' masih boleh dikawal buat masa sekarang tetapi sudah timbul tanda ia akan menjadi lebih teruk.
Hutang kad kredit sudah meningkat, jumlah yang dihutang kepada bank dalam jangka masa lebih enam bulan hingga November lalu adalah RM426.4 juta berbanding RM402 juta pada jangka masa yang sama pada 2012.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan 47% BN boros, kakitangan awam mungkin dibuang atau dipotong gaji untuk elak muflis

Posted: 08 Jan 2014 07:48 PM PST

rafizi ekonomiSHAH ALAM 9 JAN: Kerajaan BN dijangka mengambil langkah mengurangkan jumlah kakitangan awam sekiranya meneruskan tabiat gemar berbelanja boros yang menyebabkan hutang negara mencapai paras 55 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekaligus diisytiharkan muflis.
Langkah itu diambil apabila Kerajaan Pusat ketika itu terdesak untuk mengurangkan perbelanjaannya bagi membayar hutang sedia ada yang dijangka distrukturkan semula dan pinjaman baru sama ada dari Bank Dunia atau Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) atau bank-bank antarabangsa lain.
Pengarah Startegi PKR, Rafizi Ramli, berkata pinjaman baru yang diambil nanti akan dikenakan syarat tertentu yang menjadikan rakyat dan kakitangan awam sebagai mangsa.
"Apabila pinjaman sudah terlalu tinggi dan kerajaan tidak mampu bayar, maka kerajaan akan ambil pinjaman lain untuk tampung sementara pinjaman diambil tetapi syarat dikenakan terlalu besar.
"Kalau kita negara yang mengalami situasi sama seperti Greece atau Sepanyol; baik Bank Dunia, IMF atau bank-bank antarabangsa akan mengenakan syarat yang selalunya golongan pertama jadi mangsa adalah rakyat.
rakyat"Jika Kerajaan BN dah tak boleh bayar hutang dan sampai ke peringkat muflis maka dia terpaksa akur keputusan ekonomi dengan memangsakan rakyat," kata beliau.
Rafizi berkata demikian dalam satu temubual ekslusif bersama Selangor Kini di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial di Puchong baru-baru ini.
Kata beliau lagi situasi ini bukan sahaja menyebakan kakitangan awam dikurangkan, gaji dipotong dan harga perkhidmatan serta barangan keperluan naik mendadak, bahkan pada masa sama perbelanjaan lain untuk rakyat juga akan dikurangkan.
"Akan berlaku keadaan seperti menarik balik subsidi minyak dan barangan keperluan lain serta merta hingga menyebabkan harga petrol dan barang keperluan lain naik mendadak lebih tinggi dari sekarang. Perkara-perkara ini akan berlaku," kata Rafizi.
Read More / Baca Lagi >>

Haram Comango: Hanya sembunyi sampah bawah karpet oleh kerajaan 47% BN

Posted: 08 Jan 2014 07:47 PM PST

MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF

Pada 8 Januari 2014 (semalam), Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengambil tindakan mengharamkan suatu gabungan NGO yang dinamai Comango. Pada pandangan saya, pengharaman tersebut tidak akan sekali-kali mematikan apa yang diperjuangkan selama ini oleh pertubuhan-pertubuhan yang bergabung di bawah nama Comango tersebut.

Apatah lagi alasan tunggal pengharaman Comango ialah selain Comango itu tidak berdaftar, terdapat pertubuhan-pertubuhan yang bersama Comango tersebut turut tidak berdaftar. Dengan mengemukakan alasan dangkal ini, ia jelas bertentangan dengan mod keputusan perundangan mutakhir ini yang berpaksikan kepada pelbagai dokumen-dokumen antarabangsa dan domestik.

Saya tegaskan bahawa pandangan Comango dan gabungan pertubuhan yang bersamanya adalah satu isu yang khusus. Peka kepada apa yang dibawa oleh Comango bukan bermakna kita bersetuju sepenuhnya dengan mereka. Yang ingin saya nyatakan di sini adalah cara atau kaedah kerajaan atau KDN mendepani isu-isu kritikal yang kian melata.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Terpencil: 10 Exco N9 dapat kereta baharu..jimat dan patriotik

Posted: 08 Jan 2014 07:43 PM PST

  10 Exco dapat kereta baharu SEREMBAN – Seramai 10 Exco Kerajaan Negeri Sembilan menerima kereta rasmi baharu apabila Proton Perdana yang digunakan sebelum ini digantikan dengan Honda Accord 2.4 cc berkuatkuasa semalam.

Turut menerima kereta baharu ini adalah, setiausaha kerajaan negeri, mufti negeri, penasihat undang-undang, speaker Dun  dan juga pegawai kewangan negeri.

Walau bagaimanapun, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pemberian kereta baharu ini tidak melibatkan dirinya berikutan beliau tidak pernah menggunakan kereta rasmi kerajaan negeri, sebaliknya menggunakan kenderaan sendiri.

Read More / Baca Lagi >>

Selepas 6 bulan rakyat Malaysia tinggal di khemah...lebih hina dan teruk dari PATI Kerajaan 47% BN.

Posted: 08 Jan 2014 07:36 PM PST


 
Selepas berbulan-bulan tidur di bawah khemah sementara, penduduk flat Taman Permata Dengkil yang enggan kembali menginap di unit kediaman mereka kerana takut blok tersebut runtuh, akhirnya menerima perkhabaran bahawa kerajaan persekutuan akan membina rumah baru untuk mereka.

Satu posting di laman Facebook penduduk terbabit berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengeluarkan surat bersetuju untuk membina rumah di tapak seluas 30 ekar yang diperuntukkan oleh kerajaan Selangor.

Mereka menyifatkannya sebagai hasil perjuangan bekas pekerja ladang - yang merujuk kepada penduduk di situ, yang kebanyakan bekas pekerja ladang yang dipindahkan secara tergesa-gesa ke flat berkenaan untuk memberi laluan kepada pembinaan Putrajaya pada 1999.

Menurut surat bertarikh 7 Januari itu, kementerian telah melihat tapak tersebut, yang kini dimiliki Sime Darby Bhd, sebagai sesuai untuk pembinaan 400 rumah setingkat.

Kerajaan negeri yang mencadangkan tapak tersebut kepada pihak kementerian, ditugaskan untuk memperolehinya daripada Sime Darby.Read More / Baca Lagi >>

Cover Line: Belum terbukti salah, polis jelas sebab anggota tidak digantung tugas...wang haram atau wang rasuah..!!!

Posted: 08 Jan 2014 07:34 PM PST

Pegawai kanan polis yang pernah dikaitkan dengan aktiviti penggubahan wang haram kini menjalankan kerja pentadbiran di Bukit Aman dan tidak digantung tugas kerana tindakan drastik menunjukkan beliau bersalah, kata Pengarah Jabatan Pengurusan Polis, Datuk Mortadza Nazarene.
Pegawai yang bergelar Datuk itu merupakan salah seorang daripada 60 anggota polis Kuala Lumpur yang disiasat di bawah aktiviti penggubahan wang haram daripada sumber rasuah.
"Kami mempunyai prosedur operasi standard apabila mengambil tindakan disiplin ke atas anggota polis sama ada mereka disiasat melakukan rasuah atau kesalahan lain.
"Jika seseorang anggota polis itu disiasat atas tuduhan rasuah dan kami menggantung mereka, ia menampakkan pihak tertuduh sebagai bersalah. Anggota berkenaan masih di peringkat siasatan, belum dituduh di mahkamah dan belum didapati bersalah," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mortadza berkata, polis akan menunggu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiapkan siasatan dan mendedahkan hasilnya sebelum sebarang tindakan diambil.
Katanya, SPRM tidak mendedahkan maklumat terperinci ketika siasatan sedang berlangsung.

Ahli ekonomi jangka peningkatan muflis rakyat dengan pemotongan subsidi oleh kerajaan 47% BN

Posted: 08 Jan 2014 07:31 PM PST


Jumlah mereka yang muflis di Malaysia dianggarkan meningkat akibat pemotongan subsidi gula, minyak serta kenaikan tarif elektrik dan barangan rumah lain yang secara langsung menaikkan kos kehidupan.
Dalam laporan akhbar Singapura, Straits Times hari ini, terdapat lebih 60 rakyat yang diisytiharkan muflis setiap hari sehingga September, iaitu naik daripada 53 sehari pada 2012.
Ketua ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, berkata berikutan pemotongan subsidi kerajaan serta kenaikan harga barangan untuk menyelesaikan masalah kewangan negara, jumlah warga Malaysia yang muflis bakal meningkat.
"Kita menganggarkan jumlah tunggakan hutang akan naik, terutama sekali di kalangan pekerja muda di syarikat swasta yang mempunyai kad kredit dan pinjaman peribadi tetapi tidak berpendapatan  secukupnya untuk menanggung pembelanjaan mereka.
"Soalannya adalah berapa banyak yang akan muflis, itu yang amat membimbangkan," katanya kepada akhbar itu.
Bagaimanapun, katanya, 'pinjaman tanpa bayaran' masih boleh dikawal buat masa sekarang tetapi sudah timbul tanda ia akan menjadi lebih teruk.
Hutang kad kredit sudah meningkat, jumlah yang dihutang kepada bank dalam jangka masa lebih enam bulan hingga November lalu adalah RM426.4 juta berbanding RM402 juta pada jangka masa yang sama pada 2012.
Pegawai Ketua Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Koid Swee Lian, berkata pengguna kad kredit juga harus 'menyalahkan diri sendiri'.
"Di Malaysia hanya separuh pengguna kad kredit membayar lebih daripada jumlah minimum yang diperlukan iaitu 5% daripada hutang bank setiap bulan, di mana negara lain seperti Korea dan Jepun membayar 89% dan 87%," katanya.
Akhbar itu juga melaporkan bahawa hutang isi rumah Malaysia iaitu 83.5% adalah antara tertinggi di rantau ini kerana rakyat Malaysia banyak bergantung kepada pinjaman wang bagi pembelian rumah dan kereta serta pembelajaan rumah yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

Cover Line: Diam itu emas bagi pemimpin BN dalam isu Allah, kata penganalisis

Posted: 08 Jan 2014 07:28 PM PST


Isu kalimah Allah perlu diselesaikan secara perdamaian untuk mengelak ketegangan hubungan kaum di negara ini. Gambar fail.Isu kalimah Allah perlu diselesaikan secara perdamaian untuk mengelak ketegangan hubungan kaum di negara ini. Gambar fail.Beberapa pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) kelihatan enggan masuk campur dalam kemelut terkini mengenai siapa yang boleh menggunakan kalimah Allah, kerana percaya berdiam diri adalah lebih baik daripada memijak dalam periuk api politik, kata penganalisis.
Tiada langsung kenyataan daripada pemimpin tertinggi MCA, MIC dan Gerakan, yang mewakili bukan Melayu dan bukan Islam dalam BN, sejak ribut taufan melanda  apabila penganut Kristian berkeras bahawa mereka tidak terikat dengan dekri Sultan Selangor dan diikuti rampasan kira-kira 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
"Tiada situasi kemenangan untuk mereka, jadi dalam kes ini, diam adalah emas," kata penganalisis politik dari Universiti Monash Malaysia, Profesor James Chin kepada The Malaysian Insider.
Beliau berkata, parti komponen terperangkap dalam ikatan kerana kenyataan mereka akan menyinggung sama ada kumpulan agama atau politik.
Chin berkata, kekurangan pemimpin kuat seperti bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengekang keadaan beremosi yang disebabkan oleh kontroversi itu menyebabkan masalah lebih teruk dan meletakkan parti komponen dalam keadaan lemah.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau Hard Rock Cafe buka cawangan di Bahau tentu tidak ada masalahkan....

Posted: 08 Jan 2014 07:26 PM PST

Hard Rock Café pun menjadi isu politik dinegara ini. Tidak ada yang tidak diperkelahikan. Perbadanan Putrajaya sepatutnya memberikan jawapan muktamad dan jangan membiarkan isu ini menjadi perbualan ramai. Jika HRC ini tidak dibolehkan beroperasi diPutrajaya itu nyatakan dengan jelas ia tidak boleh diadakan disana.
Pertamanya kita sudah tahu HRC ini adalah pusat hiburan dan tempat makan minum yang mahal dengan musiknya yang kuat dan juga tempat orang berhibur menari dan minum dengan minuman keras. Jika ada dasar yang ditetapkan yang pusat hiburan seperti ini tidak dibenarkan beroperasi, jawaplah dengan jelas, tidak boleh!
Jika boleh katakan boleh. Menagapa masing-masing meleret-leret membuat kenyataan yang gila babi yang datang dari orang-orang bergelar pemimpin yang bernama dan bergelar. Sebenarnya ramai yang sedar yang jika hendak kekalkan imej Putrajaya yang mahal itu. JUika kita hendak menjaga identitinya sekarang membenarkan pusat hiburan HRC itu tidak boleh dibenarkan.  
Tidak payahlah Pak Menteri seperti T Adnan bercakap melelong dan mensyaratkan RHC membawa imej Islam dengan lagu nasyid dan sebagainya jika hendak beroperasi diPutrajaya itu. Jika HRC mengubah identitinya sebagai pusat hiburan yang mempunyai musik dan nyanyian rock dan sebagainya dengan menyayikan hanya lagu-lagu nasyid, itu buka HRC namanya.
Perbadanan Putrajaya sepatutnya kekal dan tegas dengan dasarnya yang tidak boleh dibenarkan pusat-pusat hiburan seperti HRC beroperasi diPutrajaya dan tutup isu itu. Tetapi sebaliknya Ahli Parlimennya tidak boleh kalau tidak mengeluarkan kenyataan yang nampak amat memalukan. Tidak perlu HRC itu mengubah identitinya dengan menukar lagu-lagu nasyid dan berbagai lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Harga barang naik: Kenapa pilih pasar Chow Kit?

Posted: 08 Jan 2014 04:43 PM PST

Harga barang: Kenapa pilih pasar Chow Kit? 
KUALA LUMPUR - Pasar Chow Kit dan sebuah pasar borong besar di Selayang antara destinasi pilihan pengguna di Lembah Klang membeli barang keperluan dalam menangani tanggapan fenomena 'semua barang naik harga' ketika ini.

Tinjauan Bernama mendapati, lokasi seperti ini membolehkan pengguna memilih dan bandingkan harga sesuatu barang dengan pasar raya atau kedai berhampiran rumah mereka.

Sikap mengutamakan menang-menang dan alah membeli menang memakai ini, membolehkan mereka menjadi pengguna bijak sekali gus tidaklah sewenang-wenangnya menyalahkan sesiapa atas kenaikan harga sesuatu barang keperluan itu.

Sebagai contoh, ada yang suka membeli bekalan dalam kuantiti kecil untuk kegunaan harian dengan harga murah di Pasar Chow Kit ataupun membeli dalam kuantiti banyak di pasar borong pada harga murah.

"Bayangkan di Pasar Chow Kit, pengguna boleh membeli barang kering seperti bawang, telur dan pelbagai jenis sayur dengan penjimatan RM1 hingga RM2 berbanding di pasar raya misalnya," kata seorang peniaga, Mohd Isa Chik, 35.

Mohd Isa telah berniaga selama 14 tahun di pasar itu yang dianggap tempat membeli barang masak murah di KL dan barang dijual pun segar.

Read More / Baca Lagi >>

Antara janji dan hutang kerajaan 47% BN

Posted: 08 Jan 2014 04:41 PM PST

antara janji dan hutang IBARAT menangguk di air keruh! Itu peri bahasa sesuai untuk masyarakat yang menderita akibat siri kenaikan harga barangan dan perkhidmatan demi mengurangkan kadar defisit fiskal (perbelanjaan melebihi pendapatan) dan hutang negara.

Secara analoginya, jika seseorang itu berhutang, dia perlu melunaskannya. Namun jika kerajaan pula berhutang, adakah semuanya perlu ditanggung rakyat juga?

Dalam isu kenaikan harga barang, ia dikatakan berkaitan dengan keborosan kerajaan berbelanja menyebabkan jumlah subsidi diberikan kepada rakyat dikurangkan satu demi satu, selang sebulan, bermula September lalu.

Dakwaan kerajaan boros berbelanja ini bukan baharu kerana perkara itu akan dibangkitkan setiap kali harga barang naik, namun kenaikan harga pada kali ini dilihat agak drastik kerana dibuat secara bertindan, sekali gus rakyat jatuh terduduk.

Sejak harga petrol dan diesel dinaikkan 20 sen pada 3 September lalu, pelbagai cadangan diutarakan bagi mengatasi masalah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mencadangkan supaya elaun minyak yang diberikan kepada menteri, timbalan menteri dan pegawai kerajaan dipotong untuk mengurangkan belanja negara.

Kemudian, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan, kerajaan perlu mengurangkan perbelanjaannya bagi tujuan tersebut dan ia mampu menampung pemberian subsidi yang tinggi.

Akhirnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah termasuk memotong 10 peratus daripada elaun keraian menteri dan timbalan menteri yang katanya akan disusuli dengan pelbagai inisiatif lagi selepas ini.

Pelbagai respons diterima. Namun ia masih tidak mampu menyelesaikan masalah kenaikan harga. Malah, barang dan perkhidmatan semakin mahal kerana faktor kesan rantaian lebih besar apabila gula dan tarif elektrik dikurangkan subsidinya.
Read More / Baca Lagi >>

‘Bughah’ Umno berjaya alih isu kenaikan harga barang

Posted: 08 Jan 2014 04:39 PM PST

KUALA LUMPUR: Kini sudah lebih seminggu isu kos sara hidup tenggelam oleh kerana isu 'bughah' mengambil tempat perbincangan Masyarakat Melayu Islam di luar bandar khasnya, berjaya juga isu bebanan rakyat dialihkan tetapi harga barang naik tanpa disedari dan dibantah.

"Adakah isu 'bughah' akan menangguhkan kenaikan harga tol lebuhraya dan kenaikan tarif elektrik dalam negara kita?" tanya Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dalam satu kenyataan.

Katanya, ada seketika isu ais menjadi topik tetapi turut tenggelam dengan isu hangat iaitu 'bughah' yang begitu mendalam perhatian masyarakat Melayu Islam yang mengikutinya sepanjang masa tanpa memikirkan isu lain yang sedia ada.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Harga barang tidak naik? Tahun 2014 adalah tahun kenaikan barangan keperluan harian berikutan sudah berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei 2013 yang lalu, Barisan Nasional sudah mendapat mandat daripada rakyat untuk terus memerintah.

Dan Barisan Nasional juga mendapat mandat untuk menarik subsidi dan yang akan memberikan kesan langsung kenaikan harga barang dari sekecil-kecilnya hinggalah yang paling besar.

Barisan Nasional juga turut meluluskan kebenaran kepada beberapa syarikat perkhidmatan seperti pengguna lebuhraya dan tarif eletrik untuk menaikan harga sedia ada.
Read More / Baca Lagi >>

Amaran Umno Kuala Langat: Edmund Bon jangan lebih sudu dari kuah

Posted: 08 Jan 2014 04:36 PM PST


Peguam, Edmund Bon diingatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan melulu berhubung isu siasatan Paderi Lawrence Andrew. Gambar fail.Peguam, Edmund Bon diingatkan supaya tidak mengeluarkan kenyataan melulu berhubung isu siasatan Paderi Lawrence Andrew. Gambar fail.Peguam, Edmund Bon tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan melulu terhadap isu siasatan Paderi Lawrence Andrew oleh polis di bawah Akta Hasutan 1948 kerana beliau belum pun dituduh, kata Ketua Pemuda Umno Kuala Langat.
Jefrizal Jaafar dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider berkata, Edmund seharusnya bertindak dengan cara membela Andrew sekiranya kes itu dibawa ke mahkamah.
"Sebagai seorang pengamal undang-undang, Edmund Bon perlu tahu bahawa setiap kenyataannya boleh menyebabkan ia disalah tafsir oleh masyarakat awam," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.
Edmund, seorang peguam jenayah berkata, adalah tidak wajar Putrajaya menggunakan Akta Hasutan untuk menyiasat Andrew kerana dua tahun lalu perdana menteri mengumumkan akta itu akan dikaji balik kerana ia bersifat 'draconian law'.
Read More / Baca Lagi >>

Demi patriotisme, kelas diminta papar gambar pemimpin pusat sehaja, kecuali daripada Pakatan

Posted: 08 Jan 2014 04:35 PM PST


Arahan dikeluarkan kepada sekolah untuk meletakkan gambar pemimpin negara dalam kelas untuk mewujudkan semangat patriotisme. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.Arahan dikeluarkan kepada sekolah untuk meletakkan gambar pemimpin negara dalam kelas untuk mewujudkan semangat patriotisme. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.Putrajaya secara senyap memaklumkan kepada semua sekolah supaya meletakkan potret pemimpin persekutuan dan negeri di dalam kelas untuk menyemai semangat patriotisme, tetapi di negeri Pakatan Rakyat (PR) hanya gambar sultan atau gabenor negeri diletakkan tanpa menteri besar atau ketua menteri.
The Malaysian Insider difahamkan satu pekeliling daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dihantar melalui sistem aplikasi mesej WhatsApp atau menerusi lawatan pegawai pendidikan daerah yang menyatakan sekolah "digalakkan" untuk meletakkan gambar Yang di-Pertuan Agong, permaisuri, perdana menteri, menteri pelajaran dan ketua menteri atau menteri besar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, adalah daripada kerajaan BN manakala musuh mereka PR memerintah di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.
Menerusi semakan, The Malaysian Insider mendapati beberapa sekolah di Pulau Pinang dan Selangor mempunyai potret di sebahagian bilik darjah dan koridor.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Polis Palsu Dan Betul...Perangai Penyamun...!!!

Posted: 08 Jan 2014 04:26 PM PST

MALAYSIA BOLEH..!!!

 Tiga anggota polis diberkas terlibat kes samun di taman perumahan

KUANTAN - Tiga anggota polis bersama dua rakan subahat lain berjaya ditahan selepas mereka dipercayai menyamun sebuah rumah di Taman Impian di sini malam kelmarin.
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang diberkas selepas mangsa membuat laporan polis berkaitan kejadian samun itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad berkata, dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, mangsa, seorang lelaki berumur 28 tahun, sedang menonton televisyen bersama seorang rakan dan tiga adik-beradiknya di ruang tamu rumah mereka

Padah menyamar anggota polis

 KUALA LUMPUR – Tindakan tiga lelaki menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun dua pelajar Nigeria membawa padah apabila salah seorang daripada suspek maut dalam kejadian di Taman Pusat Kepong di sini kelmarin.

Kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam apabila suspek berusia antara 41 hingga 52 tahun memecah masuk kediaman dua pelajar lelaki itu dengan alasan mendapat maklumat mengenai kesalahan jenayah yang dilakukan mangsa.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa memberitahu, suspek bertindak menahan mangsa sebelum menggeledah rumah itu dan mengambil wang RM5,000.

Perlaksanaan Loji Air Langat 2 Bersyarat - MB Selangor

Posted: 08 Jan 2014 06:40 AM PST

Di saat kos sara hidup naik, gerai peniaga mahu diroboh DBKL

Posted: 08 Jan 2014 06:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Dalam keadaan rakyat sedang berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup, sekumpulan peniaga di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang bakal kehilangan punca pendapatan.

23 gerai menjual makanan dan pakaian yang dibina dengan titik peluh mereka sendiri dalam kawasan PPR tersebut akan dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Apa  yang menghairankan mereka, semasa  bergoyong-royong mendirikan gerai-gerai tersebut, DBKL datang memantau namun tidak mengeluarkan sebarang arahan agar gerai tersebut dirobohkan.

Namun apabila hampir 100 peratus gerai siap dibina dan ada yang sudah memulakan perniagaan, DBKL mengeluarkan notis arahan agar gerai mereka dirobohkan.

Notis pertama dikeluarkan pada 14 Disember lalu diikuti dengan notis amaran pada 4 Januari yang memberi tempoh sehingga semalam untuk peniaga mengosongkan gerai mereka.

Menurut wakil peniaga, Mohd Rosli Hamid, mereka sudah berjumpa dengan pihak yang bertanggungjawab untuk membantu mereka namun tiada sebarang tindakan diambil sehingga mereka memohon bantuan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk campur tangan.

"Saya berterima kasih kepada YB Tian Chua yang sudi turun berbincang dengan DBKL dan meminta mereka memberi tempoh kepada kami.

"Kami minta DBKL jangan robohkan gerai kami. Kalau suruh kami bayar sewa, kami akan bayar tapi tolong benarkan kami berniaga di PPR kami sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

SOP baru: JAIS perlu rujuk kerajaan negeri, MAIS sebelum buat serbuan

Posted: 08 Jan 2014 06:18 AM PST



Checks on prices of goods nationwide

Posted: 08 Jan 2014 06:13 AM PST



DBKL mahu roboh gerai Melayu Taman Beringin

Posted: 08 Jan 2014 05:55 AM PST



Penggunaan Kalimah ALLAH Dalam BIBLE Bahasa Melayu - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Jan 2014 05:28 AM PST



Bila Haiwan Lebih Cerdik Dari Manusia....

Posted: 08 Jan 2014 05:21 AM PST

oleh APA
Satu garapan menarik dari sahabat Jas Salleh aka Semaremas untuk dijadikan bahan peluntur pencuci otak para politikus masa kini yang serba kotor dari segala aspek.Inilah hakikat spesis politikus yang kita ada hari ini,kotor.kotor dan kekal kotor.Sama ada mereka berada diphak KERAJAAN mahupun dipihak PEMBANGKANG mereka adalah spesis yang sama cuma berbeza peluang untuk merendamkan diri mereka lebih dalam NAJIS ciptaan mereka sendiri.
Kalau dicampur...di dharab..di tolak dan di bahagi jumlah mereka (Politikus bertaraf pemimpin parti BN + Pakatan Rakyat) tidaklah sampai SATU RIBU ORANG,tapi mereka lah PENENTU masa hadapan dan arah tuju rakyat yang kini berjumlah hampir 28 JUTA yang dipimpin mereka.Tapi ibarat menonton filem The Planet Of The Apes itulah gaya kepimpinan yang kita ada hari ini.
Politikus Tua mengotorkan minda Politikus Muda dengan kerja dan gaya kotor dalam survival politik mereka,yang akhirnya bila tiba masa Politikus Muda mengambil alih kepimpinan,mereka juga akan tebal dengan daki kekotoran yang akan mereka palitkan pula kepada pemimpin muda pelapis waktu itu.Itulah perkara yang akan dilakukan mereka berulang ulang ntah sampai bila...
SERIBU EKUR HAIWAN(MONYET) SEDANG DAN CUBA MEMERINTAH MANUSIA BERAKAL...itulah anologi aku tentang politik dan politikus bila bila aku ditanya tentang politik negara....ringkas.
Baca coretan Jas Salleh dibawah....

SEMUA POLITIKUS DARI PR @ BN SUDAH WAJAR LETAK JAWATAN TERUTAMA POLITIKUS KAUM MUDA @NajibRazak
MALAYSIA hadapi satu penyakit merbahaya. Golongan politikus Malaysia semuanya tak boleh pakai langsung. Tiada persefahaman dan tiada kerjasama diantara mereka demi kepentingan rakyat. Kehidupan rakyat semakin menekan dan semakin tertindas dengan karenah politikus yang sentiasa pijak perot rakyat setiaphari.

Politikus Malaysia masakini adalah spesis paling biadap dan kurang ajar serta banyak cakap tapi kerja tak pandai. Semua mengaku pandai tapi sebenarnya tengkorak mereka kosong tiada otak. 24 jam kerja mereka hanya berpolitik. Kebajikan rakyat terbiar dan tidak dihiraukan langsung.

Taraf hidup rakyat di bandar dan diluar bandar masih tak banyak berubah. Yang banyak berubah ialah kehidupan para politikus. Kalu dulu, bawa proton saga kini boleh beli mercedes dengan plat PIG. Kalau dulu gaji ciput sekarang gaji mereka naik berlipat kali ganda.

Rakyat dizalimi dan dianiayai oleh kedua belah pihak demi kepentingan perot para politikus dan anak-beranak mereka sahaja. Satu sen diberikan kepada rakyat dan 99 sen mereka ambil. Mereka kata semuanya kerana usaha mereka. Rakyat patut bersyukur dan jangan kufur nikmat. Rakyat jangan jadi pemalas nak mintak subsidi, dan bla ... bla ... bla ... bla ...politikus poket sendat akaun penuh kosong, kosong,kosong,kosong, kosong, kosong kosong, memanglah boleh cakap camtu. Tidur bertilam empuk didalam rumah bernilai berjuta ringgit. Dan boleh hisap curut yang harga sebatang melebihi gaji sebulan mak cik cleaner.
Read More / Baca Lagi >>

Kertas Siasatan Dikembalikan: Pejabat AG arah siasatan lanjut kes editor Herald

Posted: 08 Jan 2014 05:17 AM PST

Beberapa jam selepas Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata siasatan terhadap Editor mingguan Katolik, The Herald, Lawrence Andrew telah siap, Pejabat Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan itu kepada pihak polis.

Timbalan Peguam Cara Negara II Tun Abdul Majid Tun Hamzah (kanan)
berkata, polis telah diminta menjalankan siasatan lanjut terhadap perkara itu.

"Pejabat (AG) mahu siasatan lanjut dan terperinci dijalankan terhadap perkara itu. Oleh itu, kertas (siasatan) telah dikembalikan kepada pihak polis," katanya kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada wajar bagi pihak polis menyiasat Lawrence mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Tun Majid Curtly menjawab: "Tiada komen".

Hari ini, beberapa media memetik Mohd Shukri sebagai berkata pihak polis telah menyiapkan siasatan terhadap Lawrence selepas merakamkan kenyataannya petang semalam.

Ketua Polis Selangor berkata sejumlah 99 kenyataan telah direkodkan mengenai perkara itu.

Ini berikutan kenyataan editor The Herald itu, seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal berita, bahawa beberapa gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan perkataan "Allah" dalam perhimpunan mingguannya.

Kerajaan Pusat ambil alih air, Selangor beri kebenaran Loji Langat 2 diteruskan

Posted: 08 Jan 2014 05:15 AM PST


Kerajaan Negeri Selangor hari ini memuktamadkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 akan disambung semula selepas melalui beberapa rundingan dengan kerajaan Pusat bagi mengatasi masalah air yang kerap melanda negeri berkenaan, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar).
Abdul Khalid berkata, kerajaan Pusat yang ditadbir Barisan Nasional (BN) melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) juga bersetuju menggunakan Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi mengambil alih tiga konsortium air di negeri berkenaan.
"Kementerian melalui surat bertarikh 9 September 2013 telah menyatakan hasrat untuk mengambilalih hal ehwal dan pengurusan air mengguna pakai Seksyen 114 WSIA sekiranya tiada penyelesaian berhubung rancangan pengambil alihan konsesi air oleh kerajaan negeri dengan syarikat konsesi pada 31 Disember 2013," kata Abdul Khalid kepada pemberita di Shah Alam hari ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu berkata, rancangan kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) untuk mengambil alih konsesi air berkenaan gagal selepas "jangkaan tidak realistik di kalangan pemegang saham yang berkenaan terhadap nilai ketara pegangan ekuiti mereka dalam syarikat konsesi air."
"Perbincangan yang kami lakukan untuk pengambil alihan atas dasar 'willing buyer willing seller' seperti ditetapkan kementerian telah gagal dimuktamadkan pada tarikh tamat tempoh rundingan iaitu pada 31 Disember 2013.
"Sehubungan itu, saya telah berbincang dengan Datuk Seri Dr Maximus Ongkili semalam dan bersetuju untuk memberi kerjasama penuh kepada kementerian dan kerajaan Pusat menggunapakai Seksyen 114," katanya selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di sini.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor setuju ambil alih kawalan industri air ikut Akta Wsia

Posted: 08 Jan 2014 04:32 AM PST



WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


GMI: Jangan sekadar bebas tahanan, mansuh semua akta mirip ISA

Posted: 08 Jan 2014 05:06 AM PST

GMI: Jangan sekadar bebas tahanan, mansuh semua akta mirip ISA

anti-isaKUALA LUMPUR 8 JAN: Pembebasan enam tahanan ISA tidak memberikan sebarang makna jika kerajaan masih tidak memansuhkan undang-undang tahan tanpa bicara, kata Pengerusi Gerakan Mansuh ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh.

"Kerajaan perlu segera memansuhkan semua undang-undang tahanan tanpa bicara selain menutup Kem Tahanan Kamunting serta merta," kata Syed Ibrahim pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH).

Kata Syed Ibrahim, kerajaan masih berdegil dan enggan menutup Kem Tahanan Kamunting selain masih mengekalkan undang-undang menyerupai ISA iaitu SOSMA, PCA dan DDA.
Tambahnya, kerajaan tidak perlu berbangga dengan pembebasan enam tahanan terakhir ISA kerana kerajaan enggan membebaskan tahanan lebih awal.

"Pembebasan ini sangat lewat apabila ianya dibuat selepas satu tahun lima bulan ISA secara rasminya dimansuhkan.

"Sedangkan Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa untuk membebaskan tahan lebih awal.
"Desakan demi desakan rakyatlah yang menjadi faktor utama sehingga kerajaan Malaysia mengumumkan untuk memansuhkan ISA," kata Syed Ibrahim.

5 Januari lalu, enam tahanan terdiri dari empat warga tempatan iaitu Nazri Dollah, Bakar Baba, Adzmi Pindatun dan Adnan Umar serta seorang warga Indonesia dan Filipina dibebaskan setelah ditahan atas tuduhan terlibat dengan kumpulan pengganas Darul Islamiah (DI) di Sabah.


Mereka ditahan sejak 14 November 2011 dinafikan hak perbicaraan bagi membuktkan tuduhan ke atas mereka.


Pemimpin Wanita Umno Selangor untung ‘atas angin’ RM13 juta

Posted: 08 Jan 2014 05:05 AM PST

Pemimpin Wanita Umno Selangor untung 'atas angin' RM13 juta

rafizi_HQPETALING JAYA 8 JAN: Pemimpin Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Raja Abdullah mendapat untung atas angin RM13 juta berikutan pambatalan kontrak pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas), kata Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli

Menurut Rafizi, kontrak Awan Megah Sdn Bhd bagi membina Puspahanas telah lama lupus, sekaligus menjadikannya batal dan memberi keuntungan RM13 juta melalui deposit kerajaan.
"Dengan terbatalnya perjanjian diantara Boustead, Astacanggih dan Awan Megah, bermakna wang deposit yang telah dibayar kepada Awan Megah sebanyak RM13 juta hangus begitu sahaja," kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Sebelum ini Awan Megah Sdn Bhd milik Raja Ropiah menandatangani perjanjian jual beli dengan Boustead Holdings Berhad melalui anak syarikatnya, Astacanggih Sdn Bhd yang dikuasai peniaga permadani, Deepak Jaikishan.

Rafizi yang juga pemegang saham Boustead berkata, projek Puspahanas sebelum ini dianugerahkan kepada Awan Megah memerlukan bon tanah sebagai jaminan kerja (performance bond) kepada kerajaan.
Namun, syarat perjanjian (conditons precedent) diantara Awan Megah dan Boustead yang ditandatangani pada 27 Disember 2012 gagal dipatuhi.

Kandungan syarat ialah perjanjian penswastaan baru pembinaan Puspahanas, persetujuan kerajaan Selangor memindah hakmilik tanah dan pembatalan perjanjian dengan Guppy Unip.
Kata Rafizi, Menteri Pertahanan dalam jawapannya di Parlimen pada 2 Oktober 2013 mengesahkan perjanjian baru masih belum dimuktamadkan.

"Bon tanah baru masih belum diserahkan oleh Awan Megah Sdn Bhd," kata Rafizi.
Justeru beliau akan menulis secara rasmi kepada Ketua Audit Negara untuk mengaudit projek Puspahanas dan pengurusan Boustead untuk mengesahkan status berkenaan.

PERAK BAKAL BERTUKAR TANGAN

Posted: 08 Jan 2014 04:48 AM PST






PERAK BAKAL BERTUKAR TANGAN :

Doa dan Munajat bagi perbicaraan Dewan Undangan Negeri akan bermula hari ini selama 3 hari. Ianya kini menjadi perhatian ramai oleh kerana Barisan Nasional Perak berbekalkan 2 kerusi sahaja untuk memerintah Perak setelah RAMPASAN KUASA pada kes lalu. Marilah kita sama sama berdoa kehadrat ilahi agar ianya berjalan lancar dan hak hak memerintah negeri Perak darul Ridzuan di makhbulkan tuhan. Amin Yrabulalamin



 GAMBAR-GAMBAR KENANGAN RAMPASAN KUASA PERAK ADA DI FB LAMANREFORMASI LAMANRAKYAT

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BONSAI FIKRAH MELAYU

Posted: 08 Jan 2014 06:00 PM PST



BONSAI 
proses 
membodohkan orang melayu
cara menakutkan orang melayu
-


----------

HANCUSS NEGARA

Posted: 08 Jan 2014 05:30 PM PST





PENGARAH JKR SELAYANG





Najib harap kerja pembersihan tanah runtuh diselesaikan segera

Najib Razak berharap kerja-kerja pembersihan di Lebuhraya Mahameru ekoran tanah runtuh semalam, dapat diselesaikan segera.
"Semoga segera diselesaikan," katanya dalam laman Twitter beliau hari ini yang merujuk kepada pautan gambar anggota Bomba dan Penyelamat sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan itu.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...YANG INI BARU BERANI BERSUARA... kah kah kah..

kah kah kah..INI KERJA PEGAWAI OPERASI JKR SELAYANG... kah kah kah..

kah klah kah...  HANCUSSSS NEGARA INI... kah kah kah..

kah kah kah.. PERDANA MENTERI HANYA TAHAP PEGAWAI JKR... kah kah kah


------------

ANAK MUDA NAIK MARAH

Posted: 08 Jan 2014 05:00 PM PST





DARI FACE BOOK



Din Jawa Original added a new photo.






KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit...TAK PAYAH LAAA CAKAP HAL ISLAM.... kah kah kah..

kah kah kah...ANAK SEKOLAH NAIK MUNTAH.... kah kah kah...

kah kah kah..ANAK MUDA NAIK MARAH.... kah kah kah...

woit...CERITA  HAL BENGALI LAGI BAIK... kah kah kah


--------------

KEPALA ISLAM KEPALA BANA APA?

Posted: 08 Jan 2014 06:30 AM PST





JAWAPAN 
UNTUK WAN JI 

Cuba teka, siapa ketua agama ini?

 KETUA AGAMA ISLAM
lelaki paling kanan: ali rustam, dulu orang kuat umnno yang dilantik jadi ketua menteri, sekarang ahli biasa lepas kalah pru kat orang muda. lelaki jeket kulit hitam dan 24 jam spek hitam: syed yusof, anak orang kuat umnno yang dilantik jadi speaker parlimen lama dulu. syed yusof ni businessman bidang muzik/hiburan termasuk beberapa bijik batu keras (berbanding haji najib cuma ada 2 bijik batu lembik), 

dan dia jugak jadi business partner pada sharafudin idris shah, ketua islam bagi negeri seliaan jais, termasuk pembangunan hotel dan condo bernilai 2.5 billion ringgit sebelah klcc (harga jualan paling murah pada kadar 2,700 ringgit sekaki persegi, paling mahal ialah duplex berharga 20.3 juta ringgit) 

rumusan: 1)jelas sekali ketua islam negeri ni sangat rapat dengan orang2 umno 2)jelas sekali ketua islam negeri ni sangat rapat dengan orang2 business 3)jelas sekali ketua islam negeri ni sangat rapat dengan businessman2 umno 4)walaupun presiden perbadanan putrajaya berbelit2 lidah on SIAPA DIA KETUA AGAMA INI?
Publish | Delete | Spam
Anonymous

on 1/8/14



------------

BATU KERAS BUKAN BATU HITAM

Posted: 08 Jan 2014 05:00 AM PST






NOTA
bani ketuanan melayu ini bangang
tulis jawi sikit dah islam
pakai songkok sikit dah islam
potong kote sikit dah islam
kah kah kah



DARI FACE BOOK

10 minutes ago via mobile
near Melaka 

Hard Rock Cafe Putrajaya.... Nasyid beb.... Hehehe#JanganMabuk



 MEKAH ADA BATU HITAM
SINGAPURA ADA BATU PUTEH
PUTRAJAYA ADA BATUI KERAS
hidup ketuanan melayu
kah kah kah


---------

NAJIB MINTA ENTOT

Posted: 07 Jan 2014 08:30 PM PST







HAK 52 PERATUS  MAJORITI
Biar saya bermukadimah dengan memberi ingatan bahawa apabila saya menulis  ini saya tujukan tulisan ini  kepada 52% warga Malaysia. Apabila saya bersuara itu adalah  suara untuk 52% warga Malaysia. Ingin saya memberi ingatan kepada Najib dan Rosmah bahawa dalam PRU 13 yang lalu Pakatan Rakyat telah mendapat 52% undi manakala United Malays National Organisation hanya mendapat 47% jumlah  kesemua undi.

Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi ingatan  bukan hanya kepada Rosmah dan Najib tetapi kepada ahli-ahli United Malays National Organistion bahawa 52% itu adalah jumlah majoriti. Manakala 47%  itu adalah jumlah minoriti.  Ingatan ini juga  wajib saya sampaikan kepada kuncu-kuncu Ketuanan Melayu yang sering terlupa bahawa majoriti rakyat dalam negara ini TIDAK lagi menyokong United Malays National Organisation.

Saya juga  ingin memberi tahu kepada Pegawai Polis yang baru-baru ini telah menerima lebih dari 1,000 laporan polis terhadap Demonstrasi TURUN. Pihak PDRM wajib sedar  bahawa dalam negara  ini seramai 52% rakyat Malaysia  membayar cukai untuk membayar gaji anggota PDRM – ini tidak termasuk duit gelap yang dipungut dari towkay lendir dan towkay judi. PDRM juga wajib disedarkan bahawa 52% rakyat Malaysia bersetuju untuk menyokong dan turut sama menjayakan  Jalan Raya sebagai wadah dan budaya politik.

Saya juga wajib memberi ingatan  kepada media milik United Malays National saperti Utusan, Berita Harian  dan RTM bahawa akhbar atau saloran TV Ketuanan Melayu ini  TIDAK ramai yang menonton , tidak banyak yang melanggan atau membaca.   Justeru akhbar-akhbar ini wajib sedar tanpa pemaksaan keatas jabatan kerajaan, keatas sekolah-sekolah dan syarikat GLC – akhbar, terutama  Utusan Malaysia telah lama mampos. Bukan sahaja tidak ada sesiapa ingin membeli iklan malah diberi percuma pun tidak ramai yang ingin mengambilnya.

Adalah menjadi tugas suci saya untuk mengumumkan secara hitam puteh bahawa  Suara Keadilan yang dicap sebagai  ' akhabr haram' kerana TIDAK ada lesen – saban minggu terjual sekali ganda lebih berbanding dengan Utusan Malaysia. Adalah juga  menjadi kebanggan saya untuk memberitahu kepada umum bahawa MalaysiaKini dan Malaysian Insider mendapat antara  500-600,000 pembaca saban hari.

Adalah juga menjadi kebanggan apabila saya membuka internet –  dalam Face Book , dalam blog dan portal berita -  lebih dari 90% posting sedang mengutuk   United Malays National Oreganisation dari perlbagai sudut.

Justeru adalah menjadi tugas saya untuk menyatakan secara jelas dalam tulisan ini bahawa apa  sahaja kenyataan dari Menteri Ketuanan  Melayu akan diperlekeh oleh anak anak muda  dalam Face Book.  Apa sahaja fatwa fatwi dari Mufti upahan, ustaz dan ustazah, lebai dan lebaiah – yang dibaca sebagai suara simpati kepada  parti Ketuanan Melayu akan diketawakan oleh anak-anak muda dalam Face Book. Malah perangai dan sikap Raja-Raja Melayu  yang dibaca sebagai menyokong United Malays National Organsiation akan mendapat 'maki hamun ' oleh anak muda dalam Face Book tanpa takut dan berselindung.

Kenapa semua ini berlaku? Jawabnya cukup senang.  Untuk menemui jawapan kita tak perlu pergi belajar Sains Politik ke  Yale atau ke Havard.  Keadaan politk Malaysia menjadi sademikian kerana  52% majoriti rakyat negara ini  tidak lagi percaya, tidak lagi menyokong dan mahu menggulingkan kerajaan Najib Rosmah.

Sayugia diberi ingatan bahawa menggulingkan kerajaan itu BUKAN satu kesalahan. Anwar Ibrahim mahu menggulingkan Najib Razak.  Mahfuz Omar mahu menggulingkan Mukhriz Mahathir.  Tok Pa dari Jeli ingin menggulingkan kerajaan Pas di Kelantan. Noh Omar ingin menggulingkan  Khalid Ibrahim di Selangor.  Najib Razak  telah berjaya menggulingkan Nizar di Perak. Justeru menggulingkan kerajaan – guling menguling  ini adalah satu cerita biasa.

Di United Kingdom John Major telah digulingkan oleh Tony  Blair yang kemudiannya digulingkan oleh Gordon Brown yang kemudian digulingkan oleh David Cameron. Di Washington  DC Obama telah gagal digulingkan oleh Mitt Romney. Di Australia Tony Abott telah berjaya menggulingkan Julia Gillard.

Justeru, anak-anak muda, justeru rakyat Malaysia tidak perlu takut apabila mendengar projek menggulingkan kerajaan.  Tulisan yang sedang tuan tuan baca ini adalah juga sebahagian dari projek untuk menggulingkan kerajaan United Malays National Organisation.  Tulisan ini  menyebar maklumat dengan tujuan  untuk menggulingkan Najib dan Rosmah.

Guling dan menggulingkan kerajaan itu adalah satu lumrah dalam dunia  politik. Malah tugas utama para politikus ialah menggulingkan musuh  politik untuk mengambil alih kuasa. Di Pilipina  Marcos telah digulingkan oleh Corazon Aquino. Di Iran  Shah Ahmad  Reza Pahlevi telah digulingkan oleh Ayatollah Khomenei. Di Indonesia Presiden Suharto telah digulingkan oleh anak muda mahasiswa pada tahun 1997.

Justeru menggulingkan sesebuah kerajaan bukan satu yang pelik. Bukan satu yang ganjil. Malah satu perkara biasa yang berlaku setiap hari. Dalam politik guling mengguling ialah tujuan utama.

Demonstarsi  TURUN menentang kenaikkan harga barang  di Dataran Merdeka pada malam 31 Disember lalu memperlihatkan kepada kita  sekali lagi taktik  muflis United Malays National Orgabisation.  Dengan menggunakan Ngo dan Laporan Polis akhbar Utusan Malaysia telah melalak saban hari dalam usaha untuk menakut-nakutkan  anak-anak muda dari turun berdemo.

Laporan Polis  dari pelbagai NGO  -  dari bersongkok tinggi, bersongkok leper, berketayap, bertudung merah  hingga yang berdestar sebagai pahlawan telah dilaporkan oleh Utusan. Semuanya bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai terutama anak-anak muda agar jangan turun berdemo di Dataran Merdeka.

Walau pun ada lebih dari 1000 laporan polis terhadap Demo Turun – tidak seorang pun ambil pot. Ini terbukti apabila lebih dari 20,000 anak anak muda berbaju hitam telah turun ke Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru 2014.   Tak ada siapa ambil pot apabila Utusan menggertak.

Kenapa tak ada siapa ambil pot  walau pun ada ancaman yang datang? Jawabnya senang sahaja.  Orang ramai TIDAK ambil pot kerana mereka mewakili 52% dari jumlah rakyat Malaysia. Jumlah 52% ini adalah majoriti. Utusan Malaysia dan United Malays National Organisation boleh menelentang, boleh meniarap, boleh merangkak, boleh menonggeng untuk membantah Demo Turun – tak ada siapa ambil pot. Mereka bukan suara majoriti.

Hakikatnya kerajaan Najib Rosmah hari ini bukan kerajaan yang mewakili  rakyat. Rakyat Malaysia tahu bahawa 47% undi yang didapati oleh Najib dan Rosmah bukan hasil sokongan rakyat. Jumlah 47% itu adalah undi tipu. Undi hasil dari pemberian Kad Pengenalan kepada Pendatang Haram di Sabah. Undi tipu yang dirancang oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Penipuan berlaku apabila  240,000 Pengundi Awal telah mengundi berkali-kali kerana Dakwat Kekal TIDAK kekal. 

Hakikatnya United Malay National Organisation dan kuncu-kuncu Ketuanan Melayu  mendapat kuasa dengan cara tipu. Justeru segala apa sahaja dasar -segala apa sahaja rancangan yang dibentuk oleh kerajan Najib Rosmah ini adalah TIDAK mewakili kepentingan majoriti rakyat negara ini.

Kerajaan yang hanya mendapat 47% dari jumlah undi  ini adalah kerajaan yang lemah. Ini jelas dilihat dari apa yang berlaku sekarang ini. Najib dilihat  tidak memiliki keupayan untuk menguruskan pentabiran negara.  Jika 52% rakyat negara ini telah menolak Najib dan Rosmah pasti pasa saat ini ramai penjawat awam  dalam pentabiran kerajaan  telah  bersedia untuk  melakukan ' sabotaj' kepada Najib dan Rosmah.

Justeru kita lihat – satu demi satu kesah boros Rosmah bocor. Rakyat Malaysia kini mengetahui bagaimana  Rosmah telah menggunakan  kapal terbang resmi kerajaan untuk pergi  bercanda-canda ke luar negara. Siapa yang membocorkan 'kesah Rosmah ' ini? Jawabnya pastilah "orang dalam' yang telah muak dan bosan dengan kerenah  Rosmah.

Kepada 47%  warga Malaysia yang menjadi penyokong dan menjadi  kuncu-kuncu United Malays National Organisation – adalah tugas saya untuk memberi tahu bahawa kamu memiliki muka tebal yang amat tebal.  Disini saya berani  merakamkan hitam puteh  bahawa   47% pengundi ini tidak lagi memiliki keupayan  untuk berfikir. Wilayah antara  dua telinga mereka terbukti kosong.

Kepada ahli-ahli United Malays National Organisation  saya ada satu soalan. Tidak kah kamu sedar apa yang telah berlaku di Perhimpuan Agong kamu yang baru berlangsung? Apakah kamu terlalu bebal untuk memahami ucapan Najib Razak. Atau apakah kamu semua telah menjadi pekak badak?

Dalam sejarah parti politik dalam negara ini dan juga di luar negara TIDAK pernah terjadi seorang pemimpin negara meminta entot sebagai upah. Wahai ahli United Malays National Organisation apakah kamu lupa dalam ucapan penggulungan Presiden parti kamu, Najib Razak  secara terbuka telah memuji Rosmah Mansor. Pujian ini dilakukan dengan harap ' saya mendapat upah malam ini'. Mendapat upah  malam ini bermakna dapat mengentot Rosmah Mansor.

Dalam sejarah politk dunia semenjak  zaman Firaun lagi TIDAK pernah terhampur dari mulut  seorang Raja, dari mulut seorang Shah, seorang Al-Malik, seorang Dikator, Presiden, Perdana Menteri atau pemimpin negara memberi  pujian kepada isterinya dikhalayak umum  dengan tujuan untuk mendapat upah entot.   Tidak adalah kehinaan yang paling hina dari apa yang telah berlaku di Perhimpunan Agong Ketuanan Melayu baru-baru ini.

Lalu kita kembali kepada hak 52% warga Malaysia yang telah memberikan undi mereka kepada  Pakatan Rakyat.  Kami – 52% rakyat Malaysia -  merasa mual dan loya apabilla membaca berita 'pujian' Najib kepada Rosmah. Kami merasa terhina kerana negara ini masih ditakbir oleh Najib dan Rosmah.

Jika anak anak muda, jika mahasiswa pelajar, jika pejuang Face Book, jika laman laman portal terus berkempen menibai dan memperlekeh Najib dan Rosmah – ini bukan satu yang luar biasa. Ini kerana mereka jelik melihat Rosmah dan Najib. Justeru jika 52% rakyat Malaysia yang telah memberikan undi kepada Pakatan bercita-cita dan  merancang untuk menggulingkan Najib dan Rosmah – ini bukan satu pekara yang pelik dan mustahil. Ini hak majoriti. (TT) 

  

 
NOTA
tulisan ini telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa ingin melanggan akhbar mingguan ini
sila pukul talipon : 03-92-21-10-45


-----------

SULTAN GOMBAK MINTA UFTI

Posted: 07 Jan 2014 07:50 PM PST






SULTAN HAPRAK
dan
RAJA HAPRAK
buatlah cara lain cari makan
jangan nak makan free sahaja
buat lah kerja titik peluh sendiri
rakyat malaysia  naik muntah
dengan raja dan sultan

DARI FACE BOOK

20 minutes ago · Edited 

lps ni aku pulak nak claim jd sultan kepong..beta akan paksa semua rakyat kepong utk bayar ufti pada beta sebanyak rm500 sebulan..kalau mereka tak suka mereka boleh keluar dr kepong..jika mereka engkar hukuman lari bogel keliling taman layang2 sampai mati bg yg lelaki dan menjadi dayang istana seumur hidup bg wanita muda yg bergetah..wanita lain akan beta jadikan tukang sapu dn tukang masak istana..







SATU JEMPUTAN FORUM
dewan china
isnin 13 januari
jam 8:00 malam
sila datang buat ramai

-----------