Isnin, 6 Januari 2014

bumiperak

bumiperak


Khalid Samad: Mufti menyalahi ajaran Al-Quran dan As-Sunnah

Posted: 06 Jan 2014 06:40 AM PST

PETALING JAYA:  Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mengecam Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan bekas Mufti Johor Datuk Nooh Gadot ekoran kontroversi kalimah Allah sekarang ini dan perhimpunan Turun. "Kalimah Allah dijadikan isu. Bekas Mufti kata kufur kalau benarkan. Nabi (Muhammad saw) tidak halang. Para sahabat (Nabi) tidak menghalang. Oooi bekas Mufti, depa semua kufur ke?" kata Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS III Selangor dalam laman mikro blog, Twitter.

Pada hari Khamis, Harussani turut mengecam kumpulan TURUN yang berdemonstrasi membantah kenaikan harga barang di Dataran Merdeka di ambang kemerdekaan. Mufti Perak berkata: "Sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah."

Khalid juga membidas terhadap Harussani dan menyatakan Harussani ialah seorang mufti bahlol ekoran label bughah yang diberikan Harussani terhadap peserta perhimpunan Turun.
"Ada pula mufti yg halalkan darah peserta TURUN! Nak gambarkan Islam kejam dan sifat diktator! Kononnya bughah. Mufti bahlol disayangi UMNO! Mufti tak tahu ke, tegur pemerintah adalah wajib? Itu kerja mufti tapi tak buat kerana sibuk mengampu. Maka rakyat buat! Bughah bila bersenjata," kata Khalid.

Celahan seorang pengguna Twitter menuduh Khalid menyokong gereja Kristian dalam isu kalimah Allah.
Pengguna Twitter itu @jackfadzli berkata: Baguslah sokong puak-puak gereja. Bagi cucu hang baca dak lagi Bible?"
Khalid lantas menjawab: "Quran dah cerita apa yg dceritakn dlm Bible. Tak baca Quran?"
FreeMalaysiaToday

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Burung apa tu nak? ……. Burung Murai…

Posted: 06 Jan 2014 09:01 PM PST


PETALING JAYA: Google honoured the late Malaysian filmmaker Yasmin Ahmad with a special doodle to celebrate her 56th birthday on Tuesday, while netizens paid tribute to her.
Yasmin, who passed away at age 51 on July 15, 2009, was well-known for her touching Petronas advertisements and award-winning feature films such as Rabun,SepetGubraMukhsinMuallaf and Talentime.
Although some of her work courted controversy due to the on-screen portrayal of certain events and relationships considered taboo in conservative Malaysia, the writer and director was ultimately a well-loved local personality.
In a statement issued Tuesday, Google stated that the doodle "commemorates the life and work of Yasmin Ahmad, who sought to bring together Malaysians of every gender, ethnicity and persuasion".
According to Google Malaysia's Head of Communications and Public Affairs, Zeffri Yusof, they decided to celebrate Yasmin's 56th birthday with a doodle as she remains a very inspiring figure.
"Every once in a while, Google decorates its logo with a doodle to celebrate certain personalities. Yasmin's doodle will stay on Google's homepage for one day," he toldThe Star Online.
The Google doodle team, which works out of the headquarters in Mountain View, California, are responsible for all Google doodles worldwide.
"The local office will suggest people whom we think are suitable. It's a very difficult process, as there are more than a 1,000 doodles every year in over 70 countries," said Zeffri.
When Google Malaysia got the go ahead, they shared some of the iconic imagery associated with Yasmin.
The doodle is thus based on Sepet's visual style, as it is her "most-cited movie" and most recognised work both locally and overseas.
It prompted many netizens to mourn her passing anew, but many more expressed their delight with the thoughtful tribute.
Tweeter @aaronixxz was surprised to see the familiar face upon opening Google's homepage, and shared a screenshot of the soft, watercolour-style doodle with his followers.
In his #YasminTribute, @iamcoolirish named her as one of Malaysia's most iconic ladies who inspired many to "share brilliant ideas and also unite us."
@nataliebrittan shared a memory of how Yasmin's seminal Sepet film moved her heart: "I remember crying really hard in the car scene where Orked speaks to Jason on the phone for the last time."
@SyarifahAlysha missed the late director's creative work, especially in Petronas advertisements, with @Amu_Ma agreeing that they "portrayed unity very uniquely" in multiracial Malaysia.
@FarzAida also pegged Muallaf as her "favourite movie of all time."
Another admirer of her creative output was @Janggut_Ciput, who held her impactful advertisements with solid, eye-opening morals in awe.
If not for Yasmin's untimely passing, @ellemeelo felt that she would be directing Hollywood films by now, calling her "our @mirapaglinair".
Mira Nair, who also celebrates her 56th birthday this year, is an award-winning Indian filmmaker, with films such as Monsoon WeddingAmelia and The Namesakeunder her belt.
On Facebook, Kenny Teoh expressed his gratitude to Google, saying "Happy birthday Madam Yasmin!"
Pathmasundari Sunderam, who has "never missed any of her masterpieces", offered a most heartfelt tribute to Yasmin's work: "I actually cried more than I laughed. A great loss to Malaysian filmdom. My all time favourite was Sepet! I keep watching it as if am watching it for the first time ... She may have left us, but she lives in every masterpiece of hers."
In the statement, Google also thanked Yasmin's family for their permission and approval. - Star

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


GST: SAMM kesal sikap MOF dan Kastam

Posted: 06 Jan 2014 09:20 PM PST

Lebih banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sepatutnya digalakkan dalam menyediakan platform latihan GST dan bukannya membiarkan syarikat swasta membuat latihan dengan yuran yang mahal.

PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kesal dengan sikap Kementerian Kewangan (MOF), Kastam Diraja Malaysia (KDRM), dan MIDA yang enggan menyertai majlis penerangan tentang GST anjuran SAMM.
Menurut Mohd Faizal Ab. Rahman,Sekretariat GST/TPPA, SAMM Kebangsaan, SAMM bercadang mengadakan bengkel pemahaman mengenai GST pada 18 Januari ini dengan menjemput MOF, KDRM dan MIDA sebagai pembentang kertas kerja.
"MIDA telah menjawab tidak dapat hadir manakala MOF dan KDRM masih membisu walaupun surat jemputan sudah diemel pada 3 Disember lalu," kata beliau dalam kenyataan kepada FMT.
Katanya, beliau kesal kenapa agensi-agensi yang terlibat dengan GST enggan menghadiri majlis ini sedangkan ia adalah platform utama bagi mereka untuk menerangkan kaedah percukaian GST.
"SAMM yang mempunyai rangkaian anak muda yang ramai ingin mendengar apa itu GST. Sebaliknya tindakan mereka enggan bekerjasama dengan SAMM menunjukkan bahawa anak-anak muda dinafikan hak untuk mendapatkan maklumat yang tepat tentang GST," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Guna cukai judi untuk bukan Islam, kerana ia tidak halal untuk orang Islam - Anthony Loke

Posted: 06 Jan 2014 09:18 PM PST

DAP menegaskan gesaan supaya kerajaan meletakkan hasil cukai daripada perjudian dalam akaun secara berasingan dan menggunakannya untuk kebajikan, pendidikan dan aktiviti kebudayaan yang memberi manfaat kepada kebanyakan bukan Islam.

Anggota Parlimen Seremban Anthony Loke berkata, seperti menyelam sambil minum air, ia bagi membantu orang Islam yang bimbangkan sumber tidak halal.

Ia juga sekali gus membantu masyarakat bukan Islam, khususnya dalam bidang pendidikan vernakular, katanya lagi.

Membangkitkan jawapan bertulis di Parlimen pada Oktober lalu, beliau berkata, daripada 2008 hingga 2012, penjudi menyumbangkan RM6.3 bilion dalam bentuk cukai haram daripada Cabutan Khas sahaja.

Jabatan menteri kewangan itu menjelaskan, hasil cukai (Cabutan Khas) digunakan untuk sukan, kebajikan, sosial, kebudayaan dan program kesihatan yang memberi manfaat kepada orang ramai dan negara.

Adun DAP tidak mampu pinda enakmen tanpa Pakatan, kata Anthony Loke

Posted: 06 Jan 2014 09:16 PM PST


Isu pindaan undang-undang berhubung kalimah Allah di Selangor tidak perlu dipanjangkan, kata Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.Isu pindaan undang-undang berhubung kalimah Allah di Selangor tidak perlu dipanjangkan, kata Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke.Anthony Loke mengakui bahawa parti itu tidak akan berjaya meminda undang-undang berhubung penggunaan kalimah Allah di negeri Selangor itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tanpa bantuan daripada parti dalam Pakatan Rakyat (PR).
Ahli Parlimen Seremban itu berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari DAP hanya seramai 15 orang dan masih memerlukan sokongan Adun lain yang lain.
Read More / Baca Lagi >>

PKR Selangor: Hati-hati buat kenyataan isu ‘Allah’ elak dieksplotasi

Posted: 06 Jan 2014 09:15 PM PST

suhaimie shafie-1SHAH ALAM 7 JAN: PKR Selangor meminta wakil rakyat DAP berhati-hati membuat kenyataan berkaitan cadangan pindaan enakmen berhubung pengembangan agama ke atas bukan Islam di negeri itu.
Ini kerana, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, berkata ia boleh menimbulkan keadaan lebih buruk, selain mengeruhkan keadaan kerana membabitkan sensitiviti agama.
Beliau berkata, DAP Selangor harus menunggu laporan penuh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kepada kerajaan negeri terlebih dahulu dan membincangkan langkah selanjutnya dalam mesyuarat Pakatan Rakyat.
"Sebab itu PKR Selangor termasuk Ahli Dewan Undangan (ADUN) dilarang buat sebarang kenyataan kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
"Kita harus meneliti dulu laporan lengkap JAIS kepada kerajaan negeri dan bincangkan dalam mesyuarat Pakatan supaya boleh fikir langkah bersesuaian," katanya kepada Selangor Kini.
Anwar sebelum ini menegur segelintir ADUN DAP Selangor yang membangkitkan cadangan meminda enakmen berhubung penggunaan kalimah 'Allah' di negeri itu.
Read More / Baca Lagi >>

Harussani, siapa itu kerajaan?

Posted: 06 Jan 2014 09:14 PM PST



Ada kritikan yang bersifat ad rem (to the point) yang menyanggah pendapat Tan Sri Harussani Zakaria terhadap perhimpunan TURUN, yang dikatakan sebagai bughah (pemberontak) dan 'halal darah'.


Selaksa kritikan dihamburkan terhadap mufti Perak itu.


Tetapi ada juga kritikan yang bersifat ad hominem (to the man) yang bertujuan untuk menjatuhkan keperibadian beliau. Saya kesal dan bersimpati terhadap beliau dalam perkara ini dan ia tidak sepatutnya terjadi.


Namun begitu Harussani masih tekal mempertahankan pendapatnya.


Kapasiti Harussani sebagai seorang mufti juga membuatkan orang awam keliru bahawa hukum bughah itu adalah bertaraf fatwa.


Tetapi sefaham saya, ia bukannya fatwa dan sekadar pendapat peribadi beliau. Ini kerana sesuatu fatwa mestilah proses istinbat yang teliti dan bukan sekadar pendapat melulu yang berdasarkan berita di televisyen atau naskah suratkhabar.


Namun begitu, saya melihat Harussani juga keliru dengan pendapatnya tentang bughah.


Pertamanya ialah tentang tindakan yang sebagaimana yang dikatakan sebagai bughah?


Apakah mereka yang berhimpun aman tanpa senjata itu boleh dikatakan sebagai berbahaya? Apakah mereka yang berhimpun itu menentang kesemua undang-undang negara? Perkara ini telah banyak dibincangkan oleh mereka yang telah terlebih dahulu menegur pendapat Harussani.


Antara kitab klasik & realiti semasa


Apa yang ingin saya bincangkan di sini yakni isu kedua, ialah alasan atau sebab musabab Harussani mengeluarkan pendapat bughah. Ini kerana menurut beliau himpunan tersebut bertujuan
menggulingkan kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Telur naik harga, peniaga keluarkan kenyataan bertaraf menteri cap ayam

Posted: 06 Jan 2014 07:18 PM PST

Kalau sebelum ini Menteri Ayam dah sarankan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak makan ayam kerana harganya mahal.. Apa pulak sarananya bila harga telur ayam dah naik ni..

Adakah beliau akan mencadangkan supaya rakyat tidak makan telur ayam pula kerana harganya dah naik?..

Kalau semua barangan naik harga, Menteri cadangkan supaya kita elakkan dari memakannya.. maka akhirnya makan rumputlah kita seperti macai UMNO... ha..ha..ha..

Bagaimanapun aku tertarik dengan kata-kata peniaga telur ni, ayatnya dah setaraf dengan ayat-ayat standard yang digunakan oleh Menteri-menteri dalam memperbodohkan rakyat tentang kenaikkan harga sesuatu komoditi..

Katanya "Lagipun, harga yang dinaikkan tidaklah membebankan orang ramai"... kah.. kah.. kah..

Harga telur ayam tidak akan kurang dari RM11 satu papan yang mengandungi 30 biji mulai 1 Januari lalu dan tidak mungkin diturunkan pada harga lama sampai bila-bila.

Itu kata penjual telur ayam di Balakong, Cheras sambil menyifatkan kenaikan harga telur sudah tidak dapat dikawal lagi walaupun banyak pelanggan yang mengadu mahal.

"Pertengahan tahun lalu, telur gred AA masih boleh dijual pada harga bawah RM10 tetapi mulai tahun ini, harga jualan melebihi RM11 satu papan 30 biji.
Read More / Baca Lagi >>

Penjelasan terbaru Mufti Perak isu bughah.....

Posted: 06 Jan 2014 07:15 PM PST

BANGI, 6 Jan – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini mengeluarkan satu kenyataan rasmi sebagai penjelasan berhubung kenyataannya dalam isu bughah.
mufti perakDalam satu kenyataan sebanyak enam muka surat itu, Tan Sri Harussani menjelaskan bahawa beliau tidak bersetuju jika demonstrasi dijadikan sebagai cara terbaik untuk menggerakkan kerajaan yang lalai.
Jelasnya, beliau tidak rela dengan apa yang berlaku di Mesir di mana kerajaan yang sah digulingkan secara kekerasan berpunca daripada demonstrasi yang menyebabkan ribuan nyawa terkorban.
Beliau juga risau sekiranya demonstrasi ini menjadi tindakan biasa dan jalan pintas terhadap sebarang ketidakpuasan hati segelintir rakyat. Maka, keamanan dan kestabilan ekonomi, politik dan masyarakat tidak akan berlaku.
Selain itu, beliau juga menyalahkan pihak media yang menemuramah beliau kerana tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan beliau dalam isu-isu yang berkaitan semasa sesi temuramah tersebut.
Atas sebab kerisauan yang amat tinggi, beliau menzahirkannya dengan mungulangi ketetapan para ulama yang menggambarkan betapa usaha menjatuhkan kerajaan yang sah secara kekerasan itu sangat bahaya kepada kesatuan ummah bahawa golongan bughat ini boleh diperangi setelah diajak berdamai seperti direkodkan dalam pelbagai kitab termasuk al fatawa al kubra karangan Ibn Taimiyyah.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
 KENYATAAN RASMI S.S. MUFTI KERAJAAN NEGERI PERAK BERKAITAN ISU " BUGHAH " DAN " HALAL DARAH "
Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian dan portal Malaysiakini bertarikh 2 Januari 2014 yang menyatakan di halaman utama bahawa Perhimpunan Haram Di Dataran Merdeka "Penderhaka", peserta perhimpunan sebagai "Bughah" iaitu penderhaka terhadap pemerintah adil. Sementara di halaman 10 akhbar Berita Harian ditulis pernyataan "sepatutnya semua peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari Hukum Syarak dihalalkan golongan bughah". Akhbar Sinar Harian bertarikh 5 Januari 2014 di halaman utama dan kedua juga sarat dengan pandangan saya berkenaan isu "Bughah" dan demonstrasi.
Kenyataan-kenyataan tersebut telah diterbitkan menerusi media arus perdana dan dikatakan menjadi polemic dan kecelaruan kepada masyarakat. Pada dasarnya, ianya adalah kenyataan daripada saya apabila ditemubual oleh wartawan akhbar Berita Harian dan Sinar Harian namun, kenyataan panjang saya kepada Berita Harian berhubung perkara tersebut dipendekkan malah difokuskan hanya kepada isu demonstrasi " TURUN" sahaja. Sedangkan terdapat isu lain termasuk penganjuran Konsert di Ambang Tahun Baru "ditiadakan" sebagai bahan berita.
Diizinkan Allah saya dapat menatap isu dan berita perihal demonstrasi setiap kali ianya dianjurkan oleh pelbagai pihak di Malaysia. Setiap kali penganjuran demonstrasi dilaksanakan, maka saya akan dihubungi untuk memberi ulasan terhadapnya. Apa yang menggusarkan saya ialah apabila berlakunya demonstrasi dalam skala yang besar di negara ini maka, majoriti para pesertanya adalah orang Melayu yang beragama Islam. Maka, secara jelasnya akan berlaku pertembungan antara dua pihak yang mana kedua-duanya merupakan warga Muslim. Jika berlaku pertembungan tersebut sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan ke atas pihak-pihak, di samping akan menguntungkan mereka yang berkepentingan dan yang menangguk di air yang keruh.
Nasihat dan peringatan
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Ibrahim: Sistem Pendidikan Kita mesti Ada "Conscious Effort" Untuk Interaksi

Posted: 06 Jan 2014 07:06 PM PST

Anwar Ibrahim: Wacana Harus Segar

Posted: 06 Jan 2014 07:06 PM PST

Mahkamah Persekutuan perlu segera selesai isu Allah, kata bekas AG

Posted: 06 Jan 2014 07:02 PM PST


Isu kalimah Allah mencetuskan polemik dan ketegangan di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam. Gambar fail.Isu kalimah Allah mencetuskan polemik dan ketegangan di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam. Gambar fail.Bekas peguam negara (AG), Tan Sri Abu Talib Othman mahu Mahkamah Persekutuan Malaysia mengadakan persidangan prosiding berhubung isu Allah pada kadar segera supaya satu keputusan muktamad terhadap perkara itu dapat diambil dan "menghalang ketidakadilan berlalu".
Beliau berkata, isu itu amat penting kepada masyarakat awam dan mahkamah apex perlu mengambil tindakan segera, dan bukannya melihat kejadian yang berlaku membentuk isu berkenaan.
"Ia agak menghairankan apabila Mahkamah Persekutuan memerhatikan dari sisi isu yang membabitkan kepentingan nasional. Anda tidak boleh membenarkan ketidakadilan berlalu begitu sahaja.
"Jika ia tidak dikendalikan dengan sempurna, ia boleh membawa kepada mengganggu-gugat kestabilan politik dan perpaduan rakyat dalam negara," katanya kepada The Malaysian Insider.
Abu Talib, yang menjadi peguam negara antara 1980 hingga 1993, berkata kunci kepada masalah semasa itu ialah keputusan daripada Mahkamah Persekutuan.
Read More / Baca Lagi >>

Bila yang kaya merompak, mengapa mufti diam?

Posted: 06 Jan 2014 07:01 PM PST

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengecam Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa peserta himpunan Turunkan Kos Sara Hidup (Turun) baru-baru ini sebagai "bughah" dan halal darah mereka.
Anwar mempersoalkan pendirian Mufti Perak itu ketika rakyat Malaysia terbeban dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
"Bila orang kaya rompak, tindas rakyat, kamu diam. Saat rakyat tertindas di bawah, kamu cela. Kamu mewakili siapa sebenarnya.
"Ini tidak adil. Sepatutnya dengar dulu penjelasan daripada orang yang datang demonstrasi sebelum memutuskan hukuman," katanya yang dipetik daripada Keadilan Daily di program pidato The Asian Renaissance di Centre for Reform Democracy & Social Initiatives, semalam.
Anwar berkata, Harussaini gopoh dan keterlaluan menuduh peserta himpunan membantah kenaikan harga barang pada malam tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai bughah dan dihalalkan darahnya untuk dibunuh.
"Walaupun ini pendapat peribadi mufti, tapi kena ingat bahawa ia keterlaluan.
"Masalah orang dicincang (dibunuh) di Mesir, dan Syria berpunca daripada pendapat yang sebegitu. Memang bahaya," katanya sebagaimana dilaporkan oleh Selangorkini.
Katanya, kenyataan itu akan mendatangkan persepsi negatif terhadap masyarakat bukan Islam.
"Hendak jatuhkan hukum itu, dia patut rujuk kepada Jawatankuasa Majlis Fatwa dan ulama, bincang baik-baik terutama dalam isu bughah ini.
"Kita patut ambil sikap menyampaikan dengan baik, bukan menghukum. Isu ini menyebabkan kekeliruan di kalangan umat dan kebencian bagi bukan Islam," katanya.
Walaupun dikecam oleh pelbagai pihak, Harussani mempertahankan kenyataannya itu.
Turut menyokong kenyataan beliau adalah Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri, Zamihan Mat Zin.
Read More / Baca Lagi >>

Perkasa tidak iktiraf majlis perpaduan, dakwa majoriti ahli bukan Islam

Posted: 06 Jan 2014 06:58 PM PST


Kumpulan pendesak melayu, Perkasa mengkritik Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) dan menegaskan tidak akan sesekali mengiktiraf pertubuhan tersebut mewakili masyarakat Islam.
Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali (gambar), berkata Perkasa mempersoalkan kelayakan segelintir anggota MPPN dengan mendakwa majlis itu tidak layak mengeluarkan kenyataan membabitkan isu agama Islam memandangkan majoriti ahlinya adalah bukan Islam.
Malah, katanya, MPPN bukan saja dianggotai majoritinya bukan Islam tetapi diwakili oleh beberapa panel yang berpendirian liberal dalam soal agama.
Biarpun tidak mendedahkan nama pemimpin tersebut tetapi dipercayai Perkasa merujuk kepada Ahli Parlimen daripada PAS, Datuk Dr Mujahid Yusuf dan aktivis, Datin Paduka Marina Mahathir.
"Perkasa daripada awal lagi tidak mengiktiraf majlis ini dan menolaknya sama sekali kerana anggotanya bukan Islam malah ada ahlinya biarpun beragama Islam, namun berfikiran liberal.
"Mereka penyokong dan pejuang LGBT, mana boleh disenaraikan dalam majlis yang membincangkan perpaduan sedangkan mereka menyokong kegiatan songsang dan tidak diterima rakyat negara ini yang majoritinya beragama Islam," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Kumpulan pendesak itu mendakwa majlis tersebut dilihat lebih membela kepentingan kaum minoriti daripada kaum majoriti di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Banglasia: Pilihan raya paling ganas..!!

Posted: 06 Jan 2014 04:55 PM PST

Pilihan raya paling ganas       
 Anggota polis menyepak suspek, selepas kejadian serangan ke atas pusat mengundi di Bogra, utara Dhaka, Bangladesh, kelmarin. Lebih 100 pusat mengundi dibakar pada pilihan raya umum yang dicemari keganasan. - Foto AP

Dhaka: Parti pemerintah Bangladesh semalam menang dalam pilihan raya antara paling ganas dalam sejarah negara itu, yang dicemari pertempuran jalanan, kadar keluar mengundi rendah dan pemulauan oleh pembangkang yang menjadikan keputusan satu rumusan yang diketepikan.

Walaupun kemenangan Liga Awami sudah dijangka, kekecohan ketika pilihan raya kelmarin meletakkan Bangladesh ke dalam kancah kekacauan dan kelembapan ekonomi, dan membawa kepada lebih banyak keganasan di negara miskin seramai 160 juta penduduk itu.
Semalam, pertempuran berkaitan pilihan raya mengorbankan tiga orang di Dohar, di luar Dhaka, kata polis.


Sekurang-kurangnya 18 maut kelmarin apabila polis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan dan aktivis pembangkang membakar lebih 100 pusat pengundian.

Sampah sarap yang bakal buat Najib dan Rosmah terhumban ..!!

Posted: 06 Jan 2014 04:40 PM PST

Aku dah letih bercakap dan rasanya ramai yang dah letih menegur dan mengingatkan PM Najib tentang PARASIT PARASIT yang dibelanya sejak mengambil alih pemerintahan dari Paklah tahun 2009.Masa itu aku ingat PM Najib memerintah bukan atas mandat dia sendiri jadi dia menunggu sehingga diberi mandat peribadi oleh Rakyat Malaysia.Nah!...PRU13 dia memperolehi apa yang dihajatinya sebelum itu...tapi hampeh!!!
Bukan saja PM Najib membazirkan masa 4 tahun  (2009-2013) memikul biawak biawak hidup warisan Paklah bahkan selepas diberi mandat pada Mei 2013 pun dia masih lagi suka makan "Roti Najib".Apa itu "Roti Najib"?Korang google dan cari sendiri lah maknanya...
Hari ini dengan izin dan Kuasa Allah Taala "driver" yang amat dipercayai PM Najib IDRIS JALA tersasul dalam tweetnya dengan memanggil bossnya "Bekas Perdana Menteri".Sama ada ianya segaja atau tidak disengajakan,ianya hanya menunjukan sesuatu yang BURUK memang telah sedia ada dalam fikiran Idris Jala yang dengan Kuasa Allah Taala di previewkan kepada kita semua untuk kita semua menilainya.Siapa DALANG disebalik kekalutan yang berlaku hari ini lambat laun akan kita ketahui juga dengan izin dan kuasa Allah Taala jua..
Sejauh mana PM Najib akan celik dari rabun nya selama ini aku tak pasti.Tapi kalau dia terus memekakan telinga dan membutakan matanya tanpa mahu membuat penilaian tentang sampah sarap dan parasi parasit yang berlambakan dalam pentadbiran nya hari ini...dia hanya akan mengikut LALUAN yang pernah dilalui Paklah sebelum ini.Itu hampir pasti....
Kalau malas nak google apa itu "Roti Najib" aku permudahkan dibawah ini...
 
 
APA

Kekurangan Bekalan: Harga limau mandarin dijangka naik 60 peratus

Posted: 06 Jan 2014 04:28 PM PST

limau
GEORGETOWN - Harga buah limau mandarin jenis Lokam dijangka meningkat antara 20 peratus hingga 60 peratus berbanding tahun lepas ekoran kekurangan bekalan, lapor sebuah portal.

Bekalan buah itu pada tahun ini sedikit berkurangan disebabkan oleh musim hujan yang tidak menentu semasa musim buahnya pada Jun sehingga Oktober tahun lepas di wilayah Fujian, China.

Fujian terkenal dengan pengeksport bagi limau mandarin jenis Lokam.

Pengurus Operasi Sunshine Wholesale Mart Sdn Bhd, Yee Kam Ming berkata, permintaan domestik di China meningkat sejak beberapa tahun dan ia semakin bertambah pada tahun ini sekali gus menyebabkan bekalannya semakin berkurangan.

Kebanyakan tanaman limau mandarin dituai pada Disember tahun lepas.
Read More / Baca Lagi >>

Speaker Selangor terima ugutan bunuh

Posted: 06 Jan 2014 04:27 PM PST

Hannah Yeoh 
 Hannah menunjukkan gambar dan kenyataan palsu yang mengaitkan dirinya.
SUBANG JAYA – Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh Tseow Suan mendakwa beliau menerima ugutan bunuh berhubung fitnah berkenaan satu kenyataan yang kini tersebar luas  di laman sosial.

Sambil menafikan beliau pernah mengeluarkan kenyataan 'duduk bersila baik untuk wanita sedang hamil', Hannah berkata, beliau juga terkejut menerima gambar itu daripada beberapa rakan di laman sosial Facebook.

"Ramai rakan saya bertanya sama ada saya pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya terkejut nampak gambar saya dikaitkan dengan gambar perempuan mengandung dalam LRT sedangkan saya memang tidak pernah menyentuh isu tersebut," katanya.

Gambar yang tersebar itu  memaparkan wajahnya dan terdapat satu lagi gambar seorang wanita mengandung sedang duduk bersila di lantai dipercayai dalam tren transit aliran ringan (LRT).

Ramai yang menghubunginya memaklumkan tidak mempercayai kesahihan kenyataan dalam gambar terbabit yang dipercayai untuk mewujudkan sentimen perkauman.

Beliau juga mendakwa kesal dengan keadaan politik semasa yang membolehkan sesiapa membuat fitnah pada bila-bila masa.

Read More / Baca Lagi >>

Dengan Pakaian Muslimah, Felixia Rasa Lebih Selamat. Terlindung & Lebih Dihormati

Posted: 06 Jan 2014 04:25 PM PST

Felixia Yeap, bekas Playboy Bunny berazam untuk mengikuti kelas agama (Islam) mulai tahun depan dan akan terus lebih banyak memakai hijab.

"Felixia harap lebih banyak pakai hijab tahun depan... dan Alhamdulillah tidak akan 'let you down'," kata Yeap dalam slot Asssalamualaikum yang disiarkan oleh TV Al-Hijrah minggu ;epas.

Dia juga berkata selalu bertanya kawan-kawannya tentang solat walaupun belum belajar secara khusus tentang Islam.

Yeap, seorang model bukan Islam, yang tampil dengan memakai tudung warna krim dan jubah berwarna gelap diwawancara oleh pengacara TV Al-Hijrah Amin Idris dan Irma Hasmie.

Jelitawan berusia 27 tahun dari Ipoh yang memulakan karier sebagai model sejak usia 19 tahun itu mula memakai hijab beberapa bulan lalu.

Dalam wawancara dengan The Malaysian Insider sebelum ini, Yeap berkata beliau mula memakai hijab ketika menjadi model yang memerlukannya memakai tudung.

"Saya mengidamkan untuk memakai tudung tetapi peluang tersebut hanya saya dapat pada tahun ini ketika mencuba nasib dalam temuduga komersil televisyen Celcom untuk sambutan Hari Raya.
Read More / Baca Lagi >>

Kes Terpencil: 60 polis KL disiasat dalam ops anti-rasuah terbesar...

Posted: 06 Jan 2014 04:23 PM PST


Aduan yang dibuat oleh anggota polis yang tidak puas hati dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enam bulan lalu menghasilkan penyiasatan ke atas kira-kira 60 anggota polis yang dipercayai terlibat dalam pengubahan wang haram dan rasuah.
Operasi anti-rasuah, salah satu yang terbesar sejak kebelakangan ini, adalah usaha bersama antara SPRM, Bank Negara Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja.
Seorang pegawai kanan SPRM memberitahu The Malaysian Insider, semua yang terlibat adalah anggota polis yang berpangkalan di Kuala Lumpur, dan mereka disyaki menerima rasuah daripada pengendali perniagaan haram di ibu negara.
Perniagaan ini adalah daripada perjudian di kafe siber, rumah urut dan sarang pelacuran, kata pegawai itu.
Bergantung kepada jenis perniagaan, setiap pengendali menyumbang antara RM10,000 dan RM50,000 sebulan kepada anggota polis untuk mengelakkan pusat kegiatan mereka dirampas dan diganggu, katanya.
Pergerakan anggota polis penyangak ini juga sangat tersusun di mana setiap yang terlibat mempunyai kawasan tersendiri untuk mengutip bayaran bulanan.
"Setelah semua yuran dikutip, ia akan diagihkan berdasarkan ahli kanan dan polis berpangkat tertinggi mendapat bahagian terbesar," kata pegawai SPRM itu.
Beliau mendedahkan bahawa anggota polis yang tidak puas hati menjadi sebahagian daripada kumpulan yang menerima rasuah bulanan sebelum ini dan mereka berada di bawah seorang pegawai polis berpangkat 'Datuk'.
Pegawai polis berpangkat 'Datuk' ini dipindahkan ke urusetia polis di Bukit Aman bagi membolehkan siasatan ke atas aktivitinya selama ini.
Read More / Baca Lagi >>

Bughah: Peserta Turun rasa terancam, buat laporan polis

Posted: 06 Jan 2014 04:19 PM PST



IPOH: Seorang peserta Himpunan Turun hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa peserta himpunan pada malam 31 Disember lalu adalah 'bughah' dan halal darah mereka.

Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di sini kira-kira pukul 3.00 petang bersama Dewan Pemuda PAS Perak yang diketuai oleh Ketuanya, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss bersama Penolong Setiausahanya, Ustaz Hafez Sabri.

Khamisah Abdul Hamid, 55, berkata, kenyataan Harussani itu telah mengancam keselamatan keseluruhan ahli keluarganya yang menyertai himpunan itu.

Menurutnya, ramai yang mengetahui akan kehadiran mereka memandangkan tersiar gambar mereka di himpunan itu di dada-dada akhbar.

"Kami sekeluarga rasa diancam dengan kenyataan Mufti Perak itu, kami terpaksa melalui kehidupan yang tidak tenteram selepas fatwa itu dikeluarkan.
Read More / Baca Lagi >>

Kos sara hidup naik, ulama harus santuni resah rakyat

Posted: 06 Jan 2014 04:17 PM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) berpendapat bahawa adalah sangat penting para ulama berperanan menjernihkan keadaan ketika umat menghadapi kemusykilan isu kenaikan kos sara hidup dan pelbagai kemelut hidup akibat kepincangan urustadbir pemerintah.

"Di kala umat sangat mengharapkan kefahaman dan keprihatinan dari pemerintah dan apabila umat hilang arah untuk menyalurkan aduan agar masalah mereka didengari, ulama adalah tempat umat mengharap dan mengadu," ujar Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Katanya, rakyat mengharapkan ulama menegur umara supaya tidak terus mengenepikan keresahan rakyat.

Beliau berkata, untuk mendakwa penyaluran maklumat mengenai isu kos sara hidup kepada Perdana Menteri tidak diusahakan adalah tidak tepat.

Katanya lagi, suara rakyat, termasuk ahli akedmik dan pemimpin politik dari dalam dan luar kerajaan yang dikumpul dan disiar dalam media sepatutnya sudah cukup untuk PM memberi respons yang wajar terhadap keresahan rakyat.

Tambahnya, tidak timbul isu mahu menggulingkan kerajaan kerana rakyat hanya menuntut agar kos sara hidupkan diturunkan.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Nur Damia Irsalina yang istimewa

Posted: 06 Jan 2014 04:16 PM PST

Damia menunjukkan kemampuan menulis nama sendiri dan melukis menggunakan kaki sambil berbaring di Sekolah Kebangsaan Telemong, Hulu Terengganu semalam.


HULU TERENGGANU - Kegigihan murid istimewa Tahun Satu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Telemong di sini yang sebelum ini dipaparkan media, Nur Damia Irsalina Daeng Malis terus mendapat perhatian pelbagai pihak.
Semalam, murid itu menerima kunjungan dua pakar perubatan rehabilitasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu yang mahu melihat keperluan sebenar Nur Damia untuk memudahkan lagi pergerakannya di sekolah dan di rumah.
Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Dr. Mohd. Jusoh berkata, pihak hospital akan membuat penilaian secara holistik untuk memantau keperluan kanak-kanak istimewa itu agar dia dapat bergerak seoptimum mungkin, sama seperti kanak-kanak normal yang lain.

Malaysia Kita: Bawa syiling bayar yuran sekolah

Posted: 06 Jan 2014 04:14 PM PST

KUALA LUMPUR - Kesusahan hidup yang dialami seorang kanak-kanak, Nurkhatijah Abdullah, 7, akibat kematian ibunya seawal usia dua bulan mendapat pembelaan apabila Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tampil menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut.
Kepayahan hidup Nurkhatijah menyentuh hati banyak pihak apabila sebuah blog memuat naik artikel mengenai datuk kanak-kanak itu yang membayar yuran sekolah menggunakan duit syiling RM64 kerana tidak mempunyai wang yang cukup.
Guru-guru di Sekolah Kafa Integrasi Ar-Rahmaniah, Taman Dagang, Ampang, Selangor yang turut terharu dengan kepayahan hidup Nurkhatijah tidak ketinggalan memberi sumbangan peribadi bagi melengkapkan jumlah penuh yuran sebanyak RM175.

Malaysia Kita: Pensyarah UiTM, isteri mati dikelar

Posted: 06 Jan 2014 04:12 PM PST


KLANG - Konflik rumah tangga seorang pensyarah dan isterinya yang dalam proses penceraian di mahkamah berakhir dengan tragedi berdarah apabila pasangan itu ditemui mati dengan masing-masing mempunyai kesan kelar dan tikam di di Hotel Prescott di sini semalam.
Semasa ditemui pada pukul 5 pagi itu, mayat Norazlina Mohamed Saaid, 49, seorang suri rumah ditemui terbaring atas lantai dengan kesan beberapa tikaman di kepala dan kelar di leher. Mangsa ketika itu hanya memakai pakaian dalam.
Suami Norazlina, Ghazalee Ahmad, 58, pula mati dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini selepas dia ditemui sedang duduk di atas katil di hotel tiga bintang itu dengan kecederaan teruk di leher akibat kelar.

Siapa Akan Jadi Kambing Hitam: Ismawi tidak akan didakwa hasut guling kerajaan - Peguam Negara

Posted: 06 Jan 2014 04:09 PM PST

KUALA LUMPUR: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memutuskan untuk tidak mendakwa Ismawi Hadani yang memuat naik kenyataan bagi menghasut pengikut akaun Facebook miliknya untuk mengguling kerajaan.
Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara sudah mempertimbang semua faktor berkaitan kes ini dan memandang serius kesalahan yang dilakukan.
"Bagaimanapun, sebagai pendakwa raya, saya mempertimbang kenyataan Ismawi
yang menunjukkan dirinya sudah insaf selain memohon maaf kepada orang awam,"
katanya dalam satu kenyataan.

Ismawi, 25, seorang penganggur yang memiliki akaun Facebook atas nama Asmaelz Hadzeny dan Asmaelz Hadzeny II, ditahan di Kampung Karambut, Saratok, pada 26 Disember lalu.

Dia ditahan reman sepuluh hari oleh polis Bukit Aman berkaitan kenyataannya 'sertai Himpunan Guling Kerajaan' yang didakwa menghasut orang ramai
mengadakan tunjuk perasaan.

Abdul Gani berkata siasatan polis mendedahkan Ismawi tidak mendapat sebarang sokongan daripada rakan dan pengikut akaun Facebook sebaliknya dia dikutuk serta dikritik kerana membuat kenyataan itu.

"Beliau juga didapati tidak bertindak mempertahankan dirinya malah mengalah
sebaik sahaja menerima maklum balas negatif daripada pengikutnya," katanya.

Sabtu lalu, Ismawi memohon maaf dan berkata beliau membuat kenyataan itu
hanya sekadar untuk suka-suka tanpa memikirkan akibatnya.

Kes itu disiasat mengikut aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen. - Bernama

Price hikes and GST draws mixed reactions

Posted: 06 Jan 2014 04:05 PM PST