Jumaat, 24 Oktober 2014

ZAKRI ALI

ZAKRI ALI


Abdul Hadi tidak pernah menyertai mesyuarat PR sejak lebih setahun lalu.

Posted: 24 Oct 2014 10:30 PM PDT

 

Pemilihan tarikh mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) yang dijadualkan pada Isnin depan, 27 Oktober dilihat sebagai usaha mensabotaj kehadiran Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Meyuarat PR yang bakal diadakan di bangunan parlimen, Kuala Lumpur, memilih tarikh sehari sebelum Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadapi perbicaraan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya.

Menurut The Malaysian Insider, berkemungkinan besar, Presiden PAS tidak dapat menyertai mesyuarat itu kerana beliau akan berada di Kuala Terengganu keesokan harinya, 28 Oktober, bagi menyertai satu perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

"Saya rasa Tok Guru tidak akan ke Kuala Lumpur, kerana esoknya dia ada bicara di Kuala Terengganu," kata sumber yang rapat dengan beliau, lapor portal itu.

Abdul Hadi dijangka akan memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada tarikh tersebut susulan saman bekas calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, terhadapnya berkaitan dengan isu isu pil kuda.

Menurut The Malaysian Insider, Abdul Hadi tidak pernah menyertai mesyuarat PR sejak lebih setahun lalu.

"Ketika in,i Hadi masih berada di London. Beliau berlepas ke sana 14 Oktober lalu bersama beberapa ustaz bagi menyertai program di sana ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentang Bajet 2015 Jumaat lepas.

"Tindakan beliau tidak menyertai sidang yang dianggap paling penting sebagai seorang ahli Parlimen itu dikritik hebat pelbagai pihak, khasnya pengguna media sosial.

"Beliau disifatkan sebagai 'ponteng' tugasannya sebagai ahli Parlimen yang dipilih pengundi kawasannya di Marang," lapor portal itu lagi.
 
 

Ayuh berhijrah tinggalkan BN MOHAMAD NOOR MOHAMAD

Posted: 24 Oct 2014 09:45 PM PDT

 
BADAN Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat menyambut ketibaan 1hb Muharram 1436H, dengan harapan semua warga Wilayah Persekutuan berada dalam keadaan diredhai oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.

Sesungguhnya penghijrahan Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah bukannya hanya sekadar fakta di dalam lipatan sejarah,  tetapi memberikan signifikan yang sangat besar kepada suatu perjuangan untuk membebaskan manusia daripada pengabdian sesama makhluk kepada pengabdian kepada Allah SWT yang menciptakan sekalian alam ini.

Penghijrahan adalah suatu yang penting untuk mengubah kehidupan manusia dalam keadaan dan suasana yang biasa inikan pula dalam keadaan yang tertindas dan terdesak.

Sejak Malaysia diperintah oleh Umno-BN, kehidupan rakyat semakin tidak menjadi keutamaan pemerintah. Bukan sahaja sedikit demi sedikit bahkan kezaliman dan penindasan dilakukan dalam skala yang lebih besar dan lebih 'terancang'.

Yang terkini,  kenaikan harga minyak adalah satu rompakan dalam skala yang besar terhadap pemilikan rakyat dengan menggunakan istilah yang memukaukan 'rasionalisasi subsidi'. Ia datang dalam bentuk pakej rompakan yang menyelinap masuk setiap ruang liang roma kehidupan rakyat bermula daripada harga secawan teh sehinggalah sebesar-besar barangan. Ia adalah sebahagian kecil daripada timbunan permasalah yang melanda rakyat Malaysia sekarang ini.

Di Wilayah Persekutuan sahaja, senarai kezaliman menjadi semakin panjang termasuklah yang terbaru kezaliman ke atas penduduk kampung Chubadak (Sudah lupa isu Kg Berembang?). Itu masih lagi belum menyentuh berkenaan kemiskinan kota yang menghimpit hampir semua warga kota.

Isu-isu baru seumpama IWTAD dicipta bagi melekakan warga kota daripada penderitaan yang dialami yang mengakibatkan kos sara hidup yang semakin meningkat. 
 
Dan isu yang paling terkini ialah isu bagaimana isu yang tidak pernah terlintas di benak pemikiran warga kota iaitu isu runtuhnya dinding flat Jalan Loke Yew yang memberikan isyarat kepada kebanyakan penghuni kediaman seumpamanya betapa 'istana' mereka tidak lagi berada dalam kondisi yang selamat strukturnya. DBKL perlu segera prihatin mengambil tindakan yang sewajarnya demi kesejahteraan warga kota.

Kezaliman seumpama ini tidak harus dibiarkan, 'Penghijrahan' minda dan kertas undi mesti dilakukan supaya kita tidak terus berada di dalam ' kubang kekotoran' yang lama.

Pensyair Arab pernah menukilkan "Panah yang berada dibusur tidak ada nilainya sehinggalah ia berhijrah ke sasarannya". Begitu juga "Air yang bertakung yang tidak  mengalir (berhijrah) pasti akan membiakkan penyakit dan kemudaratan".

PAS Wilayah Persekutuan amatlah berbesar hati sekiranya anda semua turut berhijrah bersama-sama kami untuk memerdekakan minda kita daripada terus dibelenggu oleh era taqlid buta kezaliman yang menjerumuskan kita ke lembah kegelapan. – HARAKAHDAILY 24/10/2014

Mohamad Noor Mohamad ialah Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan

MAZLAN ALIMAN MENANG DALAM PERBICARAAN RAYUAN

Posted: 24 Oct 2014 09:00 PM PDT

 
 
Tahniah !!.. dan syukur kehadrat Allah..

Mazlan Aliman menang dalam kes rayuan..

Perbicaraan Rayuan kes tahanan Felda Lembah Klau, Polis N Kjaan Malaysia vs Mazlan Aliman di Mahkamah Rayuan Putrajaya . 

Kes ini mazlan aliman telah menang di Mahkamah Tinggi Temerloh.

Menteri: Hospital Shah Alam beroperasi 2015

Posted: 24 Oct 2014 08:15 PM PDT

   

Hospital Shah Alam dijangka beroperasi pertengahan tahun depan dengan proses pentauliahan peralatan dan kelengkapan perubatan kini giat dijalankan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata 2,300 bilik dan ruang di kompleks bernilai RM410 juta itu memerlukan pemeriksaan teliti termasuk proses percubaan peralatan bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.

"Sekarang adalah proses penerimaan dan pentauliahan peralatan yang semuanya perlu diperiksa dengan teliti. Kita harap ia dapat disiapkan dalam tempoh lima bulan akan datang.

"Jabatan yang terlibat dengan pembinaan bangunan akan memohon kepada Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mendapat Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi kompleks hospital ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau projek itu di Seksyen 7 di Shah Alam semalam.

Menurut Subramaniam, hospital yang sepatutnya mula beroperasi pada 2011 itu gagal disiapkan mengikut jadual, menjurus kepada kontraktor baharu dilantik pada tahun sama untuk menyiapkannya.

Subramaniam berkata hampir 94 peratus kompleks itu telah siap dan sedang dalam proses akhir memperindah serta mempersiap segala kelengkapan hospital sebelum dibuka kepada umum.

Dalam pada itu, beliau berkata sistem kawalan aset sama ada bangunan atau kelengkapan hospital perlu diperkemas.

Katanya, ini kerana aset-aset yang dimiliki kerajaan terutama di hospital mempunyai nilai yang tinggi.

"Kerajaan perlu beri penekanan untuk wujudkan sistem kawalan terperinci dengan perkembangan teknologi canggih masa kini kerana sekarang kita masih lagi menggunakan sistem yang agak ketinggalan zaman," katanya.

Anwar Bebas Atau Dipenjara, Masa Depan Najib Tetap Kelabu Juga...!!

Posted: 24 Oct 2014 07:30 PM PDT

 

Ramai yang tidak sabar menunggu keputusan perbicaraan di Mahkamah Persekutuan yang melibatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pada 28 dan 29 Oktober ini.

Sementara ada kelompok tertentu yang mengharapkan agar beliau dipenjara, ramai pula yang berjuang, berusaha dan berdoa untuk pembebasannya.

Anwar sendiri tidak duduk diam atau pasrah begitu saja. Selain berdoa, beliau juga ligat menemui penyokongnya di pelbagai tempat yang sudah diatur. Ada pula penyokongnya yang lain mengadakan sembahyang hajat di seluruh negara memohon pertolongan daripada Tuhan demi keadilan dan pembebasannya.

Di hari perbicaraan pula, dijangka ribuan rakyat akan berhimpun di sekitar Istana Kehakiman untuk menyatakan sokongan dan solidariti kepadanya.

Walaupun mungkin sambutan dan gelombang reformasi kali ini tidak sama seperti tahun 1998 dahulu, namun kurangnya sambutan terhadap perbicaraan ini bukan bermakna ramai tidak lagi menyokong Anwar atau tidak kisah sama ada beliau dipenjara atau dibebaskan, tetapi kerana sebahagian besarnya sudah menetapkan pendirian dalam hati masing-masing.

Anwar juga berbelah bagi dalam hal ini. Di suatu ketika beliau yakin akan dibebaskan kerana tiada fakta yang boleh menyabitkannya dengan kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan itu serta isu pilihanraya Kajang yang menyebabkan Mahkamah Rayuan sebelum ini menjatuhkan hukuman kepadanya juga sudah pun berakhir.

Tetapi di ketika yang lain, sementara merasakan pemenjaraannya akan menghantar mesej perubahan yang betul kepada anak-anak muda, Anwar juga bimbang nasibnya dalam penjara nanti. Lantaran itu, beliau merayu jika dipenjarakan sekali lagi agar dirinya tidak dipukul seperti dulu.

Sebenarnya sama ada Anwar dipenjara atau dibebaskan, arus perubahan akan terus mengalir lebih kencang. Memenjarakan Anwar tidak mencerahkan masa depan politik Najib dan membebaskannya pula tidak banyak memberi kelebihan kepadanya.

Ada yang merasakan setelah menyaksikan deretan masalah, isu dan beban disandarkan kepada rakyat sejak enam tahun ini, perubahan sudah tidak boleh dielakkan lagi. Ada pula yang merasakan UMNO kini sudah dihinggapi pelbagai penyakit tua dan hanya menunggu masa saja untuk digantikan.

Jika Anwar dipenjarakan, suara dalam diam yang mahukan Najib, UMNO dan BN ditumbangkan akan terus membesar dan menunggu masa saja untuk meletus. Ketikanya tidak lain ialah PRU 14 nanti.

Rakyat bukan saja akan menilai Anwar tidak diadili secara baik, bahkan akan membandingkannya dengan kes perbicaraan Altantuya Sharibu yang melibatkan rakan karibnya, Razak Baginda serta turut dikaitkan dengan dirinya juga. Penembusan pelbagai maklumat menyebabkan rakyat tidak mudah dibohongi.

Memenjarakan Anwar juga tidak menjadikan rakyat yang benci dengan Najib kerana tindakannya menaikkan harga barang, meningkatkan kos sara hidup serta menghapuskan pelbagai akta untuk menunjukkan keterbukaan dan liberalisme, berubah secara tiba-tiba menjadi sayang dan mendokongnya dengan sepenuh hati. 

Mahathir sendiri yang bermusuh dengan Anwar tetapi sudah menarik sokongannya terhadap Najib, turut tidak mungkin beralih memuji dan menyanjungnya semata-mata kerana Anwar sudah berada dalam penjara. Ini kerana yang dibangkitkan Mahathir berkaitan hutang 1MDB, pengurusan ekonomi, kewangan, hubungan kaum, kepimpinan yang lemah tiada kaitan sama sekali dengan Anwar.

Bahkan mungkin dengan beradanya Anwar dipenjara, lebih mudah lagi Najib disingkir atau ditumbangkan.

Kiranya Anwar dibebaskan pula, walaupun nama Najib mungkin menjadi sedikit harum di kalangan pengkritik antarabangsa dan dalam negara, tetapi ia tidak menyebabkan perubahan yang dimahukan rakyat jadi terhenti secara automatik. Gelombang perubahan mungkin juga menjadi lebih semerbak dan agresif.

Anwar sendiri pasti akan menguatkan lagi gabungan PR yang diasaskannya untuk menghadapi PRU akan datang jika didapati bebas kali ini. Beliau akan menjadikan pilihanraya akan datang peluang terbaiknya bersama PR menyingkirkan BN dan menjanjikan reformasi kepada rakyat.

Satu-satunya kelebihan Najib dengan pembebasan Anwar ialah dapat menunjukkan kepada dunia kesediaannya dan BN berhadapan secara "anak jantan" dengan PR dalam pilihanraya akan datang. Setelah dicabar berdebat sebelum ini pun tidak berani disahutnya, membebaskan Anwar sekurang-kurangnya tidaklah menunjukkan Najib selamanya seorang yang penakut.

Najib barangkali akan mendapat sedikit sanjungan atas keberanian itu. Beliau juga akan dibandingkan dengan Mahathir yang tidak berani berhadapan dengan Anwar, sebaliknya memilih untuk memecat dan menyingkirkannya daripada UMNO dan kerajaan pada 1998 dahulu.

Tetapi membebaskan Anwar juga akan menyebabkan Najib semakin kehilangan sokongan daripada kalangan yang sedia membenci dan menolaknya, terutamanya di kalangan ahli UMNO sendiri.

Apa pun hukuman pada 28 dan 29 Oktober nanti, ia mungkin hanya memberi kesan secara langsung kepada Anwar saja. Dipenjara akan menjadikan jasad terkurung tetapi jiwa tetap merdeka tetapi dibebaskan pula menyebabkan kedua-dua jasad dan jiwa jadi merdeka.

Kepada masa depan Najib, ia tidak banyak berbeza. Sama ada Anwar dibebas atau dipenjara, kelabunya tetap sama. Memenjarakan Anwar tidak menjadikan masa depan  Najib, UMNO dan BN cerah tiba-tiba atau menjadikan PR gelap gelita, manakala pembebasannya pula akan menjadikan agenda perubahan lebih terbuka serta menjadikan rakyat lebih berani mengharunginya.


KERETA AUDI DIBOM DI TASEK GELUGUR PULAU PINANG

Posted: 24 Oct 2014 06:45 PM PDT

 
Tasek Gelugor: Penduduk Taman Seri Gelugor dekat sini, gempar apabila sebuah Audi A6 yang diletakkan di Lorong Seri Gelugor 2 meletup dan terbakar 2.25 petang ini.

Letupan itu dikatakan kedengaran sehingga 1.5 kilometer menyebabkan penduduk kampung berhampiran bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku.

Difahamkan, kereta berkenaan diletakkan di tepi jalan itu sejak beberapa bulan lalu tidak jauh dari rumah pemiliknya yang berusia 62 tahun.


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki kelihatan menunggang motosikal sebelum berhenti dan memecahkan cermin kereta.
 
 
Lelaki berkenaan dilihat memasukkan sesuatu dan kereta berkenaan meletup tidak sampai seminit lelaki terbabit beredar.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor Hashim Awang berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bersama enam anggota sebaik menerima panggilan jam 2.31 petang.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, sebuah kereta sudah terbakar 70 peratus tetapi api berjaya dikawal tidak sampai lima minit.

Maklumat awal yang dapat cermin kereta diketuk dan dimasukkan bom tanggan.


AUDI DIBOM

AUDI DIBOM


AUDI DIBOM

AUDI DIBOM


Read more: http://www.kitabantai.info/2014/10/kereta-audi-dibom-di-tasek-gelugur.html#ixzz3H6qtInyQ

BN Menang, Kedah Senang!.. Kepala Hotak Hang!!!

Posted: 24 Oct 2014 06:00 PM PDT


BN Menang, Kedah senang itulah motto yang digunapakai oleh Barisan Nasional di Kedah bagi menambat hati pengundi sebelum PRU13 yang lalu..

Walaupun sebelum Kedah diperintah oleh PAS/PR negeri itu diperintah oleh BN namun rakyat Kedah pada masa itu terbukti rakyat Kedah tidaklah sesenang mana kehidupannya, BN tidak malu untuk menggunakan motto itu..

Namun begitu.. BN berjaya memenangi Kedah dari PAS/PR yang hanya menguasai negeri tersebut selama satu penggal sahaja..

Malangnya terbukti slogan atau motto mereka itu hanyalah retorik semata-mata.. kerana disebalik "BN Menang, Kedah senang" itu, ada anak-anak Kedah yang air matanya berlinang..

Walaupun petisyen beserta dengan tandatangan lebih kurang 300 peniaga pasar sehari Kilang Kechil telah dihantar ke Majlis Daerah Pendang membantah pembukaan Pasar Kemboja ini,namun di fahamkan bantahan mereka tidak di layan,malah di bakulsampahkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Umpama "KERA DI HUTAN DI SUSUKAN,ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN.." begitu lah layanan Kerajaan Negeri Kedah terhadap peniaga kechil tempatan yg di pandang macam sampah..

Sedangkan dalam masa yang sama warga asing diberi layanan sebaik mungkin,di anugerah ruang seluas luasnya untuk berdagang di negeri ini..

Baca apa Zizi Nisa titipkan ini..

    TAHNIAH,.. BN MENANG RAKYAT SENANG BERLENANG AIR MATA.


    Pasar Kemboja di pekan Pendang setiap pagi jumaat adalah hasil usaha yb Sungai Tiang ,yg juga exco kerajaan neg Kedah..Datuk Suraya.

    Pasar sehari ini adalah satu pengiktirafan kepada warga Kemboja yg telah mendapat status penduduk tetap di negara ini..hampir 80% peniaga kain di pasar ini adalah pendatang dgn izin dari Kemboja.

    Hasil dari pasar sehari ini,ramai peniaga tempatan terpaksa gulung tikar kerana saingan yg hebat dari warga kemboja yg rata2 nya menawarkan harga barangan berasaskan kain lebih murah dari harga pasaran..

    Ini kerana mrk mengimport sendiri material mereka berbanding peniaga tempatan yg berurusan dgn org tengah utk mendapat bekalan barang perniagaan.

    Di samping itu juga pasar sehari pada waktu dan hari yg sama ,pasar sehari kilang kechil,berhampiran pendang yg peniaga nya 100%warga tempatan, juga menerima tempias dari ujudnya pasar Kemboja ini..

    Peniaga2 di pasar sehari Kilang Kechil kehilangan sebahagian pendapatan mereka,malah ada yg hilang pendapatan kerana pengunjung bertumpu ke Pasar Kemboja.

    Walaupun petisyen dgn tandatangan semua peniaga pasar sehari Kilang Kechil(300_/+ peniaga) telah dihantar ke Majlis Daerah Pendang membantah pembukaan pasar Kemboja ini,namun di fahamkan bantahan dari peniaga warga tempatan tidak di layan,malah di bakulsampahkan oleh pihak Majlis Daerah Pendang.

    KERA DI HUTAN DI SUSUKAN,ANAK DI RUMAH MATI KELAPARAN..begitu lah layanan Kerajaan Negeri Kedah terhadap peniaga kechil tempatan yg di pandang macam sampah..sedangkan warga asing diberi layanan sebaik mungkin,di anugerah ruang seluas luasnya utk berdagang di negeri ini..

    Cth peniaga tempatan pasar malam Pantai Johor,di tendang dari pekan Pantai Johor ke tengah padang,dan kini pasar malam yg berusia 30 tahun itu telah berkubur.

    Dan sekarang,perniagaan di neg Kedah di kuasai oleh warga asing,,..kain baju...warga kemboja.. Restoran Tom yam..warga siam, Karpet...warga pakistan Restoran nasi..warga india Supermarket,,..warga barat,,

    Dan tinggallah warga tempatan menjadi petani,nelayan dan penoreh..

Namun begitu.. adalah tidak adil buat Kerajaan Negeri Kedah jika kita mengatakan hanya di Kedah peniaga-peniaga kecil diperlakukan begini.

Jika diperhatikan bermula dari Selatan Semenanjung hingga ke Utara Semenanjung perkara sebegini kelihatan seperti lumrah buat peniaga-peniaga kecil yang berbangsa Melayu.

Berbagai tekanan yang mereka hadapi baik dari segi sewa yang dinaikkan secara ikut suka pihak berkuasa tempatan hingga ke tapak mereka berniaga..

Sewa dinaikkan dengan sewenang-wenangnya dan tapak perniagaan mereka dipindahkan ke lokasi yang dikatakan lebih strategik.

Kenapa peniag-peniaga kecil yang majoritinya terdiri dari Bangsa Melayu ini sering diperlakukan begini?.. Adakah mereka langsung tidak menyumbang kepada ekonomi negara?..

Tidakkah pihak kerajaan negeri mahupun PBT menyedari biarpun perniagaan mereka kecil mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara.

Mereka juga membantu negara mengurangkan kadar pengangguran dikalangan anak-anak Melayu..

Janganlah kerana mahu membantu warga asing, kita menjahanamkan ekonomi anak bangsa kita pula..

Sorry... sikit racist.. dah lama aku tengok perkara macam ni.. asal peniaga kecil Melayu saja kena ganggu.. tapi peniaga dari Indonesia, Kemboja, Siam dan lain-lain.. tak ada lesen pun tak apa?

KENAPA??

Anak Sungai Derhaka

Malaysia Berharap Serpihan Milik MH370

Posted: 24 Oct 2014 05:30 PM PDT

 



Sekiranya benar serpihan di perairan Indonesia milik MH370, ia bakal menjadi petunjuk terbaik pencarian pesawat yang menjadi misteri sejak 8 Mac lalu.

Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Ruhaizah Mohd. Rashid berkata, serpihan itu akan diperiksa oleh Boeing terlebih dahulu sebelum disahkan.

"Sekarang ini kita tidak ada petunjuk…kita ada maklumat dan data dan menerusi itu kita akan analisis tapi kalu kita dapat serpihan itu akan lebih jelas…sekarang ini kita harapkan ada serpihan," ujarnya ketika ditemui selepas taklimat MH30 oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan Pusat Koordinasi Agensi (JACC) di sini petang tadi.

"Kalau ada serpihan pihak Indonesia akan terus berhubung dengan kita…buat masa ini tidak ada. "Hubungan kita dengan Indonesia rapat, jadi apa-apa kita akan berhubung dengan mereka dan ATSB. Kita tidak tahu berapa lama masa akan diambil untuk mengesahkan serpihan itu jika ada terjumpa," kata Ruhaizah.

Terdahulu, dalam laman sosial dan dunia maya, berita serpihan hang dipercayai bangkai pesawat MH370 dilaporkan ditemui di pantai Indonesia namun masih belum disahkan.

Menurut Pengarah Program ATSB, Peter Foley (gambar bawah) dalam taklimat itu, serpihan yang terapung tersebut mungkin telah hanyut menjauhi perairan Barat Australia dan menuju Indonesia.

"Pihak ATSB meneliti semua maklumat itu dengan berhati-hati. Namun berdasarkan model arus yang dikeluarkan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia, jika ada serpihan yang terapung, ia berkemungkinan besar sudah dibawa arus ke barat, menjauhi garis pantai Australia," ujarnya.

ATSB yang mengetuai misi pencarian pesawat yang hilang itu di perairan Barat Australia sudahpun menghubungi pihak berkuasa Indonesia.

Terkini, fasa baharu pencarian dasar laut telah dimulakan bulan ini dan setakat ini melibatkan kawasan seluas 1,200 kilometer persegi.

Kapal GO Phoenix yang disewa Malaysia dalam misi tersebut kini meneruskan operasi selepas ia singgah di Pelabuhan Fremantle Port di Perth untuk mengisi minyak baru-baru ini.

Kapal tersebut dilengkapi jentera pengesan dasar laut cangggih iaitu yang mampu menjalankan pencarian sehingga kedalaman 6,000 meter dan meliputi kawasan seluas 194 kilometer persegi sehari.

– MalaysiaGazette



Dato Seri Anwar Di MH Hotel Ipoh Dengan Wakil Cabang Dan Kepimpinan Pkr Perak

Posted: 24 Oct 2014 05:00 PM PDT

 

Dato Seri Anwar Ibrahim sempat memberi ucapan terakhir jika keputusan mahkamah tidak menyebelahi beliau.Beliau berharap perjuangan untuk membela rakyat akan berterusan walaupun dengan ketiadaannya beliau.

Turut sama dimajlis tersebut ialah kepimpinan tertinggi PKR Perak dan wakil  wakil dari setiap cabang.

Foto Yang Sangat Digeruni Oleh UMNO Haramjadah.

Posted: 24 Oct 2014 04:22 PM PDT

Foto Yang Sangat Digeruni Oleh UMNO Haramjadah.

Pesanan Almarhum YBM Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj

Posted: 24 Oct 2014 09:00 AM PDT

Anwar Ibrahim: Apa hak mereka untuk halang saya?

Posted: 24 Oct 2014 08:15 AM PDT

 
Seharusnya Menara Gading menjadi tempat mencanai ilmu.. tempat debat ilmiah.. tempat melahirkan pemikir... Malangnya Timbalan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof seakan jadi "Lembu yang dicucuk hidung" pabila perbedaan politik dijadikan senjata menghalang percambahan ilmu melalui bicara minda sdra. Anwar Ibrahim ... Justeru, Kerajaan Rakyat berpendapat amat tepat apabila Anwar bertegas untuk terus mara kearah sana.. Universiti Malaya (UM).

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas bahawa beliau akan tetap menyertai pidato di Universiti Malaya (UM) pada Isnin depan, sehari sebelum keputusan kes Mahkamahnya.

Laporan menyebut, program itu dihalang oleh pentadbiran universiti, namun menurut Anwar, pihak universiti masih belum memberitahunya bahawa acara itu dibatalkan.

"Saya tetap akan pergi (ke UM). Apa hak mereka untuk halang saya?

"Saya dijemput badan pelajar tertinggi UM... Saya akan sampai ke UM dalam jam 9 malam (27 Oktober)," kata beliau.

Anwar turut ditanya sekiranya beliau akan tetap memasuki kawasan kampus jika UM, sekalipun jika pintu pagarnya ditutup.

Seraya tersenyum, Anwar yang merupakan bekas pemimpin siswa kampus tersebut berkata, "Saya amat arif dengan kawasan UM."

Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) sebelum ini menegaskan akan meneruskan program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus itu Isnin depan walaupun dilarang pengurusan kampus.

Larangan itu dikeluarkan oleh Timbalan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr Rohana Yusof seperti yang dilapor akhbar Berita Harian hari ini.

"Kita akan teruskan," kata Presiden PMUM, Fahmi Zainol kepada Malaysiakini mengulas larangan itu.

Laporan Berita Harian menyebut, Rohana mendakwa PMUM merupakan pertubuhan haram kerana tidak pernah berdaftar dengan universiti.

PMUM juga tidak pernah memohon kepada pengurusan kampus untuk mengadakan program itu, kata Rohana yang turut memberi amaran untuk mengenakan tindakan ke atas Fahmi.

Katanya, siswa berkenaan boleh digantung pengajian selama dua semester atau dikenakan denda sebanyak RM200 sekiranya tetap berdegil.



 

IMEJ BURUK KERAJAAN NAJIB ROSMAH

Posted: 24 Oct 2014 07:30 AM PDT

 

TINDAKAN BARISAN NASIONAL MEMBERI IMEJ BURUK KEPADA MALAYSIA DI MATA MASYARAKAT ANTARABANGSA

Saya sudah menjangkakan bahawa akan ada pimpinan Umno/Barisan Nasional yang menggunakan taktik lama menuduh bahawa pimpinan Pakatan Rakyat memburukkan negara di peringkat antarabangsa setiap kali ada pertemuan di antara kami dan pimpinan negara luar.

Kenyataan  Shahidan Kassim dua hari lepas kononnya saya dan rakan-rakan delegasi KEADILAN yang lain memburukkan nama Malaysia dalam pertemuan dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishops dan ahli-ahli Parlimen Australia yang lain tidaklah mengejutkan.

Saya membincangkan isu-isu berhubung kecenderongan Umno/Barisan Nasional menggunakan kempen yang memanipulasi agama dan perkauman untuk kekal berkuasa, selain dari tindakan-tindakan Umno/Barisan Nasional yang menekan pihak yang berbeza pendapat dengan menggunakan Akta Hasutan dan fitnah terhadap Anwar Ibrahim.

Isu-isu ini bukanlah perkara yang baru dan telah menerima liputan meluas di peringkat antarabangsa. Apatah lagi apabila Umno/Barisan Nasional enggan bertindak terhadap ugutan-ugutan perkauman dan manipulasi agama yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan yang rapat dengan Umno/Barsian Nasional; contohnya ugutan untuk membakar Bible yang dibuat oleh Datuk Ibrahim Ali.

Malah, tindakan Umno/Barisan Nasional yang terus menyalahgunakan institusi undang-undang untuk menekan  Anwar Ibrahim dan pimpinan lain melalui Akta Hasutan telah pun meletakkan fokus masyarakat antarabangsa kepada rekod hak asasi manusia kerajaan Malaysia yang semakin merudum.

Dalam pertemuan saya dengan Human Rights Watch dan Amnesty International, saya telah dimaklumkan bahawa laporan tahunan hak asasi manusia bagi tahun 2014 yang bakal dikeluarkan oleh Human Rights Watch akan mengkritik rekod hak asasi manusia yang semakin buruk kerana beberapa tindakan kerajaan Umno/Barisan Nasional terutamanya pendakwaan terhadap  Anwar Ibrahim dan penggunaan Akta Hasutan.

Human Rights Watch dan Amnesty International juga peka dengan kecenderongan Umno/Barisan Nasional kebelakangan ini untuk menggunakan seksyen-seksyen tertentu dari Kanun Keseksaan (Penal Code) sedia ada bagi tujuan pendakwaan politik dengan memberi gambaran seolah-olah pendakwaan tersebut adalah siasatan jenayah biasa.

Oleh sebab itu, jika Umno/Barisan Nasional benar-benar ikhlas mahu menjaga nama baik Malaysia di mata antarabangsa, ia perlulah menghentikan tindakan dan perkara-perkara yang bertentangan dengan amalan demokratik. Tindakan Umno/Barisan Nasional selama inilah yang sebenarnya telah pun menarik perhatian masyarakat antarabangsa kepada rekod demokratik dan hak asasi manusia kerajaan Malaysia yang semakin buruk.

Saya suka mengingatkan Umno/Barisan Nasional bahawa dalam suasana dunia sekarang, sebarang tindakannya yang bertentangan dengan adab demokrasi akan mengundang kecaman dan tindakbalas dari banyak pihak di seluruh dunia.

Sekiranya ada campur tangan politik untuk mempengaruhi keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung fitnah terhadap  Anwar Ibrahim, kecaman dan tindakbalas itu bukan sahaja datang dari negara-negara lain dan badan-badan antarabangsa, malah ia mengundang satu lagi gelombang aktivisme di kalangan pelajar-pelajar Malaysia luar negara dan rakyat Malaysia di luar negara seperti mana yang berlaku di dalam tahun 1998 dahulu.

Pertemuan saya dan rakan-rakan dengan mahasiswa Malaysia di Melbourne, Adelaide, Perth, Canberra dan Sydney membuktikan bahawa mahasiswa Malaysia (baik yang di bawah tajaan atau persendirian) mengikuti perkembangan politik di Malaysia dengan dekat. Lahirnya kumpulan mahasiswa seperti Malaysian Progressives (MP) di Australia yang menganjurkan siri dialog dengan mahasiswa bagi menggalakkan kesedaran politik di kalangan mereka membuktikan Umno/Barisan Nasional tidak boleh mengambil mudah keberanian dan kematangan mahasiswa Malaysia di luar negara yang akan memberi tindakbalas kepada perkembangan politik di Malaysia.

Pimpinan KEADILAN akan terus menjalin hubungan rapat dengan rangkaian ahli politik di seluruh dunia yang mempunyai pandangan yang sama mengenai hak demokratik, kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia. Itu adalah hak kami sebagai ahli parlimen dan pimpinan sebuah parti politik yang sah dan telah mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia.

Taktik menuduh kononnya pembangkang suka memburukkan nama Malaysia di mata antarabangsa yang selalu digunakan Umno/Barisan Nasional tidak boleh dipakai lagi. Umno/Barisan Nasional bukanlah Malaysia dan tindakan buruk mereka tidak melambangkan rakyat atau negara Malaysia, apatah lagi bila mana Umno/Barisan Nasional adalah kerajaan minoriti yang hanya mendapat sokongan 47% pengundi dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu.
  

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

24 Oktober 2014

 

MB Azmin Ali Terus Buat Kejutan Di Selangor....??

Posted: 24 Oct 2014 06:45 AM PDT

 


Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata beliau akan terus mengamalkan gaya pentadbiran Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) dengan menumpukan program turun padang untuk bertemu warga negeri itu.

Laporan Astro Awani menyebut, beliau akan menurut amalan Jokowi yang hanya meluangkan sedikit masa di pejabat.

"Saya kenal Bapak Jokowi dan pernah mengunjunginya tahun lalu, Jokowi kata kepada saya... 'Azmin, masa saya hanya 20 peratus di pejabat, selebihnya di lapangan bersama rakyat'.

"Ya, saya mahu tiru cara dia, kerana itu, saya komited untuk sentiasa bersama rakyat dan mendengar keluhan hati mereka," katanya seperti dipetik dalam laporan laman itu.

Beliau mengulas mengenai program lawatan untuk meninjau masalah di sekitar negeri itu sebaik selepas mengangkat sumpah jawatan, akhir bulan lalu.

Program tinjauan itu dipopularkan dengan istilah 'terjah' – seperti istilah pop yang merujuk kepada temubual mengejut oleh wartawan hiburan ke atas golongan artis.

Jokowi pula dikenali ramai dengan gaya 'blusukan' (istilah Indonesia untuk turun padang) sejak beliau berkempen untuk jawatan gabenor Jakarta lagi sebelum menang pemilihan presiden Indonesia.

Azmin memulakan program itu dengan meninjau pusat pembuangan sampah haram danpenempatan setinggan pendatang asing di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves.

Ia diteruskan dengan tinjauan ke Pulau Ketam yang dibelenggu masalah sampah dan untuk mendengar keluhan penduduk di penempatan di atas tanah dengan lesen menduduki sementara itu.

Ia diteruskan hari ini dengan kunjungan ke kawasan tanaman padi di Sekinchan.




Kereta Dibom Di Pulau Pinang...?

Posted: 24 Oct 2014 06:00 AM PDT

 


Penduduk Taman Seri Gelugor dekat sini, gempar apabila sebuah Audi A6 yang diletakkan di Lorong Seri Gelugor 2 meletup dan terbakar 2.25 petang ini.

Letupan itu dikatakan kedengaran sehingga 1.5 kilometer menyebabkan penduduk kampung berhampiran bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku.

Difahamkan, kereta berkenaan diletakkan di tepi jalan itu sejak beberapa bulan lalu tidak jauh dari rumah pemiliknya yang berusia 62 tahun.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki kelihatan menunggang motosikal sebelum berhenti dan memecahkan cermin kereta.

Lelaki berkenaan dilihat memasukkan sesuatu dan kereta berkenaan meletup tidak sampai seminit lelaki terbabit beredar.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor Hashim Awang berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bersama enam anggota sebaik menerima panggilan jam 2.31 petang.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, sebuah kereta sudah terbakar 70 peratus tetapi api berjaya dikawal tidak sampai lima minit.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3878?m=1#sthash.QxW7rnNy.dpuf

" Mufti Pun Main Terjah Tanpa Usul Periksa. Kejadian Di Luar Negara Rupanya Gambar Anjing Pakai Jubah Ini "

Posted: 24 Oct 2014 05:15 AM PDT

 

Semenjak menjadi viral di laman sosial, Mufti pun tidak mahu ketinggalan nak ambik port untuk mengecam. Kononnya perbuatan ini menghina ulama.

Sebenarnya ia kejadian yang berlaku di luar negara, sebuah daerah yang diberi nama Kano yang terletak di utara Nigeria. Benda yang sahih dalam negara taknak pula kecam, kemungkaran dok ada belambak dalam Malaysia nih, tak payah aku list kan satu persatu.

PETALING JAYA: Tidak habis isu program 'I Want To Touch A Dog' diperkatakan, negara digemparkan lagi dengan paparan imej seekor anjing yang lengkap berpakaian serban dan jubah.

Gambar itu juga telah dikecam oleh Mufti Selangor, Datuk Mohamad Tamyes Abdul Wahid.

Katanya, gambar anjing berserban serta berjubah yang disebar di media sosial oleh pihak tidak bertanggungjawab dan perbuatan itu lebih bertujuan untuk menghina masyarakat Islam terutama ulama di negara ini.

"Ulama yang sentiasa memberi pandangan baik kepada masyarakat, memberi garis panduan untuk bergerak melaksanakan tugas berkaitan dengan hukum hakam, tiba-tiba dihina sebegitu rupa.

"Ini adalah satu agenda yang menjijikkan, langsung tidak menghormati ulama, mereka memberi tentangan secara fizikal, tidak berani berdepan untuk berhujah, tetapi melahirkan tentangannya melalui perbuatan menghina," katanya.

Bukan itu sahaja, sesetengah pihak di negara ini telah mengambil kesempatan dengan menggunakan isu program menyentuh anjing itu sebagai bahan untuk menaikkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Walaubagaimanapun, gambar tersebut merupakan gambar lama, dan telah dimuatnaik oleh Mujahid Asari Dokubo pada 9 dan 15 Jun 2014.

Gambar anjing berpakaian serban dan jubah itu merupakan gambar yang diambil oleh bekas militan dan Pemimpin Niger Delta Peoples Volunteer Force (NDPVF), Mujahid Asari Dokubo.

Gambar tersebut bertujuan untuk menghina Emir baru di Negeri Kano iaitu Sanusi Lamido Sanusi.

Kano merupakan sebuah negeri yang terletak di Utara Nigeria

Asari telah menggelar Sanusi sebagai seekor anjing ekoran cara beliau berbusana.


Bekas militan tersebut telah membuat posting di dalam Facebooknya dengan meletakkan sekeping gambar seekor anjing lengkap berserban dengan menyatakan, "seekor anjing boleh menjadi Emir? Tahniah Rabiu Kwankwaso." Sumber
 
 
tikaqbuloh.blogspot.com

Zahid harus tahu cara tangani ahli politik dibiayai penjenayah - Hazlan Zakaria

Posted: 24 Oct 2014 04:30 AM PDT



KOMEN: Saya harus memuji Menteri Dalam Negeri kerana keberaniannya mendedahkan mengenai dakwaan penglibatan sindiket perjudian haram dalam bidang politik, walaupun saya tertanya-tanya jika dia cukup berani untuk mengambil tindakan sebenar.
Lagipun beliau adalah Datuk Seri Zahid Hamidi, menteri yang terkenal dengan kesediaannya untuk mengambil tindakan terhadap wartawan-wartawan yang tidak mahu bekerjasama.
Seperti katanya kepada media ketika berbicara tentang orang-orang yang dianggapnya sebagai bermasalah, "Saya tahu apa yang perlu dilakukan".
Saya berharap bahawa dia "tahu apa yang perlu dilakukan" apabila ia melibatkan ahli-ahli politik yang didakwa mungkin dibiayai oleh unsur-unsur jenayah.
"Berdasarkan maklumat yang saya terima, ada ahli-ahli politik yang terlibat. Jika mereka mahukan bukti, pihak polis mempunyai buktinya," Zahid dilaporkan berkata kepada pemberita awal minggu ini. 
Walaupun saya tertanya-tanya jika beliau benar-benar sedar bahawa hubungan antara ahli-ahli politik dan elemen jenayah, atau pegawai-pegawai kerajaan dengan elemen-elemen kurang wajar, bukanlah sesuatu yang baru.
Ada sebuah parti politik yang keanggotaannya telah dikaitkan rapat dengan gengster. Dengan beberapa personaliti dalam kepimpinan parti itu dan NGO yang rapat dengannya telah didedahkan sebagai anggota elemen jenayah.
Sebuah lagi parti utama dalam parti pemerintah itu telah dikatakan mempunyai pemimpin-pemimpin yang mempunyai kaitan rapat dengan kumpulan-kumpulan gengster atau mengambil bahagian dalam kegiatan kongsi gelap itu sendiri. Ada yang dituduh menggunakan samseng untuk "melindungi" kawasan mereka dari ahli-ahli politik pembangkang.
Turut ada desas-desus mengenai seorang tokoh biro aduan terkenal sebuah parti komponen pemerintah yang membantu rakyat dengan memberikan mereka pinjaman, dengan faedah yang tinggi.
Salah seorang pegawai kanan penguatkuasaan undang-undang turut pernah dikaitkan dengan seorang anggota sindiket perjudian sebelum ini. Namun individu ini menafikannya dan sebaliknya menuduh bahawa ahli-ahli politik lain yang memiliki hubungan langsung dengan gangster ini, yang beliau berusaha untuk hentikan.
Walau apapun, penglibatan dunia jenayah dalam bidang politik dan kerajaan kita adalah sebuah rahsia terbuka.
Jadi mungkin Zahid tidak seharusnya bertindak seperti ini adalah sesuatu yang baru, atau hanya dilakukan satu pihak dari spektrum politik. Atau mungkin dia menyedarinya, tetapi tidak mempedulikannya.
Kerana jika dia mempunyai bukti, kita tertanya-tanya mengapa Zahid tidak memastikan yang tindakan diambil. Lagipun saya menganggap yang ianya melibatkan tindakan yang bersifat jenayah dan mesti dihukum di bawah undang-undang yang sedia ada.
Aneh bahawa Zahid memberitahu parti-parti politik itu untuk mengambil tindakan terhadap ahli-ahli politik yang mendapat dana dari elemen ini.
Ini adalah perkara jenayah, bukannya masalah disiplin. Walaupun tindakan oleh parti adalah sesuai, apa yang diperlukan adalah supaya undang-undang ditegakkan.
Maksud saya kita tidak boleh memilih dan hanya menguatkuasakan undang-undang ke atas hal-hal seperti hasutan, dan tidak mengendahkan isu-isu seperti pembiayaan jenayah, salah guna kuasa dan rasuah, bukankah begitu?
Tentu saja kita mungkin dapat beri alasan mengenai kesedaran dan semangat beliau untuk bertindakan dalam hal ini, kerana beliau baru setahun menjadi Menteri Dalam Negeri.
Atau mungkin, ia disebabkan kepentingan politiknya dan pemuliharaan diri sendiri.
Lagipun, jika dia betul-betul mahu mengambil tindakan terhadap semua ahli politik yang didakwa dibiayai oleh dana jenayah, mungkin beliau akan nampak ramai muka-muka yang dikenali dari balik jeriji besi
- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Zahid-harus-tahu-cara-tangani-ahli-politik-dibiayai-penjenayah#sthash.7ll7Q2dd.dpuf


Projek Mengkayakan Kroni UBN - Jambatan 20 Meter Bernilai RM36 juta ?

Posted: 24 Oct 2014 03:45 AM PDT


Ini satu lagi projek UBN untuk mengayakan kroni mereka dan bukan untuk rakyat. Jambatan Sungai Limbung yang merentasi Jalan Sulaimani ini runtuh ketika banjir besar tahun lepas. 

Jambatan ini ada 4 lorong dan panjangnya lebih kurang 20 meter saja tetapi menelan belanja RM36 Juta bagi 2 lorong atau satu jambatan yang baru siap itu. 

Jika keduanya siap maka kosnya berjumlah RM72 Juta. Aku pun tak tahu apa yang dibuatnya sehingga kosnya mencecah RM36 Juta ni. Lastly rakyat jugak jadi mangsa puak haramjadah ini. 

Dari pemerhatian aku tiada mana-mana bahagian pun ditambah pada jambatan ini melainkan membaiki apa yang telah rosak saja. 

Patutlah minyak naik, barang naik dan mahu GST disegerakan, rupa-rupanya nak memastikan jerung-jerung ni cukup buncit. 

Sial lah lu UMNO BN. Main contractor untuk projek ini pun orang UBN jugak

Bangang - Selfie Dengan Mayat Bapa

Posted: 24 Oct 2014 03:08 AM PDT

 



Gadis selfie dengan jenazah bapa dapat teguran

TINDAKAN seorang gadis yang sempat 'berselfie' disamping jenazah ayahnya, mengundang kritikan pengguna media sosial.

Tindakannya itu menimbulkan perasaan kurang senang  dikalangan pengguna laman sosial yang 'terlihat' gambar itu yang dimuatnaik di laman sosial Instagram.

Menurut seorang pengguna Abdul Hafiz, dia mengatakan bahawa gambar selfie itu kurang 'enak' dilihat kerana tidak bersesuaian dengan masa dan keadaan.

"Hmmm, janganlah bertindak sebegitu," tulisnya.

Dalam masa yang sama si gadis ini turut menyiarkan gambar ibunya yang sedang bertafakur di tanah perkuburan dengan kapsyen  gambar dia berjanji akan menjaga ibunya selepas kehilangan ayahnya itu.

"Mama you still have us. I Promise gonna take care of you...insya-ALLAH #nyawaku," tulisnya.
  
 

Fitnah: Video lucah UAI, NGO buat laporan polis - MUHAMMAD FAIZAL

Posted: 24 Oct 2014 02:00 AM PDT

 KUALA LUMPUR: NGO Pertubuhan Angkatan Belia Bersama Ulama Malaysia (Panglima Malaysia) membuat satu laporan polis semalam berhubung penyebaran video lucah di laman sosial yang dikaitkan dengan seorang yang mirip pendakwah dan penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus.

Presidennya, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Dang wangi pada jam 4 petang semalam.

Beliau yang menyedari penyebaran video tersebut pada 13 Oktober lalu kira-kira jam 2.30 petang ketika berada di kawasan Masjid India.

"Saya menyedari penyebaran video itu ketika melayari laman sosial facebook dan whatapp dan mendapati ada video lucah melibatkan tokoh agama dan pendakwah.

"Saya merasakan ini satu penyebaran fitnah yang tidak sewajarnya dilakukan terhadap individu yang dikenali ramai apatah lagi mempunyai latar belakang agama yang cukup baik.

"Atas dasar itu, saya mewakili Panglima Malaysia membuat laporan polis dan mengesa agar siasatan segera dilakukan terhadap penyebaran video tersebut," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang turut mengutuk tindakan tersebut yang dilihat mengaibkan individu dan agama Islam itu sendiri.

"Saya berharapan pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memandang serius dan mengambil tindakan kerana ia melibatkan isu agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.

"Tanpa tindakan tegas serta pemantauan saya khuatir gejala ini akan terus berleluasa dan jangan hanya memantau isu politik sahaja, penyebaran fitnah vidoe lucah perlu diberi perhatian," sambung beliau lagi.

Tambah beliau lagi, jika tiada sebarang siasatan atau tindakan diambil oleh pihak berkuasa, Panglima Malaysia akan mengadakan satu himpunan protes besar-besaran di hadapan pejabat SKMM. –  



HARAKAHDAILY 23/20/2014

Tindakan BN beri imej buruk M'sia di mata antarabangsa RAFIZI RAMLI |

Posted: 24 Oct 2014 01:15 AM PDT

 
SAYA sudah menjangkakan bahawa akan ada pimpinan Umno/Barisan Nasional yang menggunakan taktik lama menuduh bahawa pimpinan Pakatan Rakyat memburukkan negara di peringkat antarabangsa setiap kali ada pertemuan di antara kami dan pimpinan negara luar.

Kenyataan Datuk Seri Shahidan Kassim dua hari lepas kononnya saya dan rakan-rakan delegasi Keadilan yang lain memburukkan nama Malaysia dalam pertemuan dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishops dan ahli-ahli Parlimen Australia yang lain tidaklah mengejutkan.

Saya membincangkan isu-isu berhubung kecenderungan Umno/Barisan Nasional menggunakan kempen yang memanipulasi agama dan perkauman untuk kekal berkuasa, selain dari tindakan-tindakan Umno/Barisan Nasional yang menekan pihak yang berbeza pendapat dengan menggunakan Akta Hasutan dan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu-isu ini bukanlah perkara yang baru dan telah menerima liputan meluas di peringkat antarabangsa. Apatah lagi apabila Umno/Barisan Nasional enggan bertindak terhadap ugutan-ugutan perkauman dan manipulasi agama yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional; contohnya ugutan untuk membakar Bible yang dibuat oleh Datuk Ibrahim Ali.

Malah, tindakan Umno/Barisan Nasional yang terus menyalahgunakan institusi undang-undang untuk menekan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan lain melalui Akta Hasutan telah pun meletakkan fokus masyarakat antarabangsa kepada rekod hak asasi manusia kerajaan Malaysia yang semakin merudum.

Dalam pertemuan saya dengan Human Rights Watch dan Amnesty International, saya telah dimaklumkan bahawa laporan tahunan hak asasi manusia bagi tahun 2014 yang bakal dikeluarkan oleh Human Rights Watch akan mengkritik rekod hak asasi manusia yang semakin buruk kerana beberapa tindakan kerajaan Umno/Barisan Nasional terutamanya pendakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penggunaan Akta Hasutan.

Human Rights Watch dan Amnesty International juga peka dengan kecenderongan Umno/Barisan Nasional kebelakangan ini untuk menggunakan seksyen-seksyen tertentu dari Kanun Keseksaan (Penal Code) sedia ada bagi tujuan pendakwaan politik dengan memberi gambaran seolah-olah pendakwaan tersebut adalah siasatan jenayah biasa.

Oleh sebab itu, jika Umno/Barisan Nasional benar-benar ikhlas mahu menjaga nama baik Malaysia di mata antarabangsa, ia perlulah menghentikan tindakan dan perkara-perkara yang bertentangan dengan amalan demokratik. 


Tindakan Umno/Barisan Nasional selama inilah yang sebenarnya telah pun menarik perhatian masyarakat antarabangsa kepada rekod demokratik dan hak asasi manusia kerajaan Malaysia yang semakin buruk.

Saya suka mengingatkan Umno/Barisan Nasional bahawa dalam suasana dunia sekarang, sebarang tindakannya yang bertentangan dengan adab demokrasi akan mengundang kecaman dan tindak balas dari banyak pihak di seluruh dunia.

Sekiranya ada campur tangan politik untuk mempengaruhi keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, kecaman dan tindak balas itu bukan sahaja datang dari negara-negara lain dan badan-badan antarabangsa, malah ia mengundang satu lagi gelombang aktivisme di kalangan pelajar-pelajar Malaysia luar negara dan rakyat Malaysia di luar negara seperti mana yang berlaku di dalam tahun 1998 dahulu.

Pertemuan saya dan rakan-rakan dengan mahasiswa Malaysia di Melbourne, Adelaide, Perth, Canberra dan Sydney membuktikan bahawa mahasiswa Malaysia (baik yang di bawah tajaan atau persendirian) mengikuti perkembangan politik di Malaysia dengan dekat. 


Lahirnya kumpulan mahasiswa seperti Malaysian Progressives (MP) di Australia yang menganjurkan siri dialog dengan mahasiswa bagi menggalakkan kesedaran politik di kalangan mereka membuktikan Umno/Barisan Nasional tidak boleh mengambil mudah keberanian dan kematangan mahasiswa Malaysia di luar negara yang akan memberi tindak balas kepada perkembangan politik di Malaysia.

Pimpinan Keadilan akan terus menjalin hubungan rapat dengan rangkaian ahli politik di seluruh dunia yang mempunyai pandangan yang sama mengenai hak demokratik, kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia. 


Itu adalah hak kami sebagai ahli parlimen dan pimpinan sebuah parti politik yang sah dan telah mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia.

Taktik menuduh kononnya pembangkang suka memburukkan nama Malaysia di mata antarabangsa yang selalu digunakan Umno/Barisan Nasional tidak boleh dipakai lagi. Umno/Barisan Nasional bukanlah Malaysia dan tindakan buruk mereka tidak melambangkan rakyat atau negara Malaysia, apatah lagi bila mana Umno/Barisan Nasional adalah kerajaan minoriti yang hanya mendapat sokongan 47% pengundi dalam Pilihan raya Umum ke-13 yang lalu. -  



HARAKAHDAILY 24/10/2014

Sikap Pemuda UMNO Yang Tidak Berpuas Hati Dengan Ayat Al Quran ?

Posted: 24 Oct 2014 12:30 AM PDT

 



Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii supaya tidak membenci Al-Quran kerana mengecam kenyataan "anjing menjelirkan lidah" semalam.

Bekas mufti Perlis itu mempertahankan kenyataan golongan ulama yang menyembunyikan kebenaran seperti "anjing menjelirkan lidah" kerana ia dipetik daripada Al-Quran sendiri.

"Dia bukan menolak saya sebab itu bukan kenyataan saya tetapi ayat Al-Quran yang menyebut bandingan ulama yang menyalahgunakan ilmu seperti anjing yang menjelirkan lidah.

"Allah yang sebut dalam surah al-A'raf ayat 176," kata Asri kepada The Malaysian Insider.
Beliau turut mempersoalkan sikap Pemuda Umno tersebut yang tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dipetik dalam Al-Quran tersebut.

"Kenyataan Al-Quran itu umum tidak dikhususkan kepada ulama Umno ataupun PAS, kenapa yang beliau terasa sangat?

"Saya menyeru Pemuda Umno itu untuk beriman dan berpuas hati serta jangan membenci Al-Quran," katanya.

Katanya, jika Pemuda Umno tersebut menolak Al-Quran ia bukan suatu yang baik sebaliknya akan merosakkan akidah beliau.

"Sebagai umat Islam saya menyeru beliau beliau agar beriman dan terimalah Al-Quran. Menolak Al-Quran itu merosakkan akidah," katanya.

Semalam, Razlan berkata tindakan bekas mufti Perlis itu bukan saja memalukan malah secara tidak langsung memperlekehkan umat Islam di negara ini.

Selain itu, katanya, oleh kerana kelantangan tokoh Islam itu mengkritik ulama lain secara terbuka, ia menyebabkan kaum lain mengambil kesempatan memburukkan agama Islam.

"Kita amat kecewa apabila beliau (Asri), seorang tokoh agamawan membuat kenyataan begitu. Ia kata-kata yang amat memalukan dan memperlekeh orang Islam di seluruh Malaysia.

"Kerana perbuatannya yang mengkritik secara terbuka, akhirnya umat Islam dimalukan apabila pemimpin parti chauvanis (DAP) mengambil kesempatan memainkan isu ini," kata Razlan.

Beliau merujuk kepada entri status Facebook Ahli Parlimen DAP Nga Kor Ming yang menulis:"Sentuh anjing tidak haram di sisi Islam, kata bekas mufti Datuk Dr Mohd Asri. Orang Umno boleh faham?"

Nga merujuk kepada posting Asri di Facebook pada Ahad malam, membuat kesimpulan "tidak haram menyentuh anjing" selepas merujuk beberapa pandangan ulama terdahulu dan mazhab berbeza.

Selepas itu Asri menulis satu lagi posting, menyamakan ulama yang mengeluarkan "fatwa mengampu" demi kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.


"Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah," kata Asri. Sumber

MUDAHNYA MUHDALENA NI LARI

Posted: 23 Oct 2014 11:45 PM PDT

 
Muhdalena Ahmad, wanita yang terlibat dengan kejadian amuk di depan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya dua tahun lepas, melarikan diri dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada Khamis.

Muhdalena, 30, yang dimasukkan ke HSA pada Ahad lepas kerana bersalin,didapati hilang dari hospital itu pada kira-kira 9 pagi.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Datuk Hasnan Hassan dalam kenyataan disini berkata polis giat mencari Muhdalena, yang merupakan tahanan di Hospital Permai, Tampoi.

Suspek pernah dituduh di Mahkamah Putrajaya, Kuala Lumpur mengikut kesalahan Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya.

Pada akhir perbicaraan, suspek dimasukkan ke Hospital Permai atas perintah Mahkamah Putrajaya mengikut Seksyen 348 Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593) demi penjagaan selamat orang yang dibebaskan.

Hasnan berkata orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihakpolis di talian 07-2212999.

Tiada ulasan: