WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Rakyat teruskan perjuangan walau saya dipenjara – Anwar
- Dirgahayu Tuanku, Ketua Agama Islam Pahang
- NAJIB BALIK KAMPUNG...PATUT KITA KENA TINDAS
Rakyat teruskan perjuangan walau saya dipenjara – Anwar Posted: 23 Oct 2014 03:55 PM PDT (Oleh: Nazar Hashim) SUNGAI PETANI 23 OKT: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Barisan Nasional (BN) beranggapan bahawa dengan memenjarakan beliau akan melemahkah perjuangan Pakatan Rakyat. Katanya, perjuangan rakyat yang dipelopori Pakatan hampir kepada kejayaan dan ini amat merisaukan BN sehingga terpaksa memperalatkan sistem perundangan negara. "Mereka guna semua alat yang ada termasuk Akta Hasutan bagi menyekat rakyat untuk mendapat pelbagai maklumat mengenai ketirisan, korup, curi tanah, curi wang rakyat yang diamalkan oleh pemimpin kerajaan," katanya ketika berucap di Dewan Lip Seang Khor, di sini semalam. Lebih 2,000 hadirin yang memenuhi ruang dewan tersebut tetap tidak berganjak untuk mendengar amanat Anwar yang turut disertai oleh kepimpinan PR Kedah. Anwar dalam ucapannya berkata, pembangkang di negara ini menerima pelbagai tekanan apabila mengkritik dan mendedahkan salah laku kerajaan. "Kalau cakap banyak, melawan kerajaan, membongkar penipuan mereka, menceritakan kezaliman pemerintah, rakyat akan dibuli dan diheret ke sel. Jika orang Umno dan BN maki rakyat, hina rakyat, zalimi rakyat sudah pasti mereka bebas semahu mereka tanpa didakwa," tambahnya lagi. Beliau juga menggesa rakyat bangkit meneruskan perjuangan menentang penyalahgunaan kuasa yang dilakukan BN meskipun beliau dipenjarakan. "Biarpun saya disumbat oleh Umno dan BN ke sel Kajang atau Sungai Buloh, namun rakyat wajib terus berjuang. Tentang habis habisan kerajaan zalim dan tidak adil yang sedang memerintah negara ini. "Teruskan perjuangan bagi generasi dan anak cucu kita yang akan datang, supaya mereka juga tidak akan menjadi mangsa kezaliman kerajaan Umno dan BN," jelasnya lagi sambil tepukan gemuruh pada hadirin. Hadir sama dalam ceramah tersebut ialah Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, Ketua pembangkang negeri Kedah, Datuk Ir Amirruddin Hamzah dan pimpinan DAP Kedah. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63581 |
Dirgahayu Tuanku, Ketua Agama Islam Pahang Posted: 23 Oct 2014 03:47 PM PDT Al HusseynPotrait KDYMM Sultan Pahang sewaktu kecil bersama Nendanya (datuk) iaitu KDYMM Paduka Seri Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak Ke-30. Comel kannnnnnnnnn Jumaat merupakan penghulu segala hari seolah-olah turut sama memuliakan sambutan keputraan baginda tuanku, Ketua Agama Islam Pahang yang mahir dalam agama Islam dan boleh bercakap mengenainya. Begitu juga baginda menyanjung tinggi agama Islam dengan sepenuh hati. "Tidak semestinya orang yang mahir tentang Islam boleh bercakap mengenai Islam, saya juga mahir dan boleh juga bercakap mengenai Islam tapi kita ada majlis agama Islam, ulama kita semua bijak bistari, sebab itu saya tak berani bercakap". "Saya sayang agama saya. Kita kena sanjung agama kita setinggi-tingginya dan jaga dengan sepenuh hati. Dalam Perlembagaan turut menyebut bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini". Demikian itulah titah tuanku di sini . Ingatlah pesanan itu, wahai semua yang melata diatas muka bumi! Hamba rakyat jelata berasa amat bersyukur kerana dapat menikmati sedikit juadah yang ala kadarnya malam tadi selepas membaca Yaasin, bertahlil dan menadah tangan mengaminkan untuk kesejahteraan tuanku di mesjid dan surau ..... Ketika Doa Khutbah Jumaat, hari ini, rakyat akan angkat tangan lebih tinggi lagi untuk mengaminkan doa kesejahteraan tuanku , insya' Allah. Malam ni,Kuantan ada pertunjukan bunga api macam tahun lepas tak? Atau hanya buat macam pada keputeraan ke 81, sambut di UK ? DIRGAHAYU TUANKU |
NAJIB BALIK KAMPUNG...PATUT KITA KENA TINDAS Posted: 23 Oct 2014 07:00 AM PDT |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan