Tukar Tiub |
- ANAK MUDA KE JALAN RAYA
- SATU LAGI BUKTI ROSMAH
- IMEJ BURUK KERAJAAN NAJIB ROSMAH
- JEMPUTAN KULIAH SEHARI
- AKAN AKAN DIPENJARA
- LAWAK HARI JUMAAT
- PENGUMUMAN
- NAK JATUHKAN
Posted: 24 Oct 2014 06:54 PM PDT RAMAI RAMAI KE JALAN RAYA KOMENTAR anak muda mahasiswa anak muda pelajar dimana mana pun dalam dunia ini akan terus mendobrak kezaliman dari cairo ke canada dari paris ke pakistan dari chicago ke chengmai dari berlin ke bangkok dari hamburg ke hong kong dari katachi ke kuala lumpur anak muda turun ke jalan raya akhirnya dunia ini adalah milik anak muda PELAJAR PMUM 1974 Apa salahnya Fahmi sokong Anwar, soal pertubuhan mahasiswa Sebuah pertubuhan pelajar membidas tindakan Universiti Malaya (UM) yang bakal menggantung pengajian Presiden Persatuan Mahasiswa UM (PMUM) Fahmi Zainol, gara-gara penglibatannya dalam menganjurkan program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara." Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang) menyifatkan tindakan menggantung pengajian Fahmi sangat memalukan dan sekali lagi, mencerminkan sikap kerakusan dan autoritarian pihak pengurusan UM. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/apa-salahnya-fahmi-sokong-anwar-soal-pertubuhan-mahasiswa#sthash.UG7RAyGM.dpufPELAJAR PMUM 1974 --------- |
Posted: 24 Oct 2014 07:00 AM PDT NAJIB KENA SIKU klip video ini bembuktikan bukan saja dikesahkan bahawa rosmah boleh kencing berdiri kah kah kah |
IMEJ BURUK KERAJAAN NAJIB ROSMAH Posted: 24 Oct 2014 06:00 AM PDT TINDAKAN BARISAN NASIONAL MEMBERI IMEJ BURUK KEPADA MALAYSIA DI MATA MASYARAKAT ANTARABANGSA Saya sudah menjangkakan bahawa akan ada pimpinan Umno/Barisan Nasional yang menggunakan taktik lama menuduh bahawa pimpinan Pakatan Rakyat memburukkan negara di peringkat antarabangsa setiap kali ada pertemuan di antara kami dan pimpinan negara luar. Kenyataan Shahidan Kassim dua hari lepas kononnya saya dan rakan-rakan delegasi KEADILAN yang lain memburukkan nama Malaysia dalam pertemuan dengan Menteri Luar Australia, Julie Bishops dan ahli-ahli Parlimen Australia yang lain tidaklah mengejutkan. Saya membincangkan isu-isu berhubung kecenderongan Umno/Barisan Nasional menggunakan kempen yang memanipulasi agama dan perkauman untuk kekal berkuasa, selain dari tindakan-tindakan Umno/Barisan Nasional yang menekan pihak yang berbeza pendapat dengan menggunakan Akta Hasutan dan fitnah terhadap Anwar Ibrahim. Isu-isu ini bukanlah perkara yang baru dan telah menerima liputan meluas di peringkat antarabangsa. Apatah lagi apabila Umno/Barisan Nasional enggan bertindak terhadap ugutan-ugutan perkauman dan manipulasi agama yang dibuat oleh kumpulan-kumpulan yang rapat dengan Umno/Barsian Nasional; contohnya ugutan untuk membakar Bible yang dibuat oleh Datuk Ibrahim Ali. Malah, tindakan Umno/Barisan Nasional yang terus menyalahgunakan institusi undang-undang untuk menekan Anwar Ibrahim dan pimpinan lain melalui Akta Hasutan telah pun meletakkan fokus masyarakat antarabangsa kepada rekod hak asasi manusia kerajaan Malaysia yang semakin merudum. Dalam pertemuan saya dengan Human Rights Watch dan Amnesty International, saya telah dimaklumkan bahawa laporan tahunan hak asasi manusia bagi tahun 2014 yang bakal dikeluarkan oleh Human Rights Watch akan mengkritik rekod hak asasi manusia yang semakin buruk kerana beberapa tindakan kerajaan Umno/Barisan Nasional terutamanya pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim dan penggunaan Akta Hasutan. Human Rights Watch dan Amnesty International juga peka dengan kecenderongan Umno/Barisan Nasional kebelakangan ini untuk menggunakan seksyen-seksyen tertentu dari Kanun Keseksaan (Penal Code) sedia ada bagi tujuan pendakwaan politik dengan memberi gambaran seolah-olah pendakwaan tersebut adalah siasatan jenayah biasa. Oleh sebab itu, jika Umno/Barisan Nasional benar-benar ikhlas mahu menjaga nama baik Malaysia di mata antarabangsa, ia perlulah menghentikan tindakan dan perkara-perkara yang bertentangan dengan amalan demokratik. Tindakan Umno/Barisan Nasional selama inilah yang sebenarnya telah pun menarik perhatian masyarakat antarabangsa kepada rekod demokratik dan hak asasi manusia kerajaan Malaysia yang semakin buruk. Saya suka mengingatkan Umno/Barisan Nasional bahawa dalam suasana dunia sekarang, sebarang tindakannya yang bertentangan dengan adab demokrasi akan mengundang kecaman dan tindakbalas dari banyak pihak di seluruh dunia. Sekiranya ada campur tangan politik untuk mempengaruhi keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung fitnah terhadap Anwar Ibrahim, kecaman dan tindakbalas itu bukan sahaja datang dari negara-negara lain dan badan-badan antarabangsa, malah ia mengundang satu lagi gelombang aktivisme di kalangan pelajar-pelajar Malaysia luar negara dan rakyat Malaysia di luar negara seperti mana yang berlaku di dalam tahun 1998 dahulu. Pertemuan saya dan rakan-rakan dengan mahasiswa Malaysia di Melbourne, Adelaide, Perth, Canberra dan Sydney membuktikan bahawa mahasiswa Malaysia (baik yang di bawah tajaan atau persendirian) mengikuti perkembangan politik di Malaysia dengan dekat. Lahirnya kumpulan mahasiswa seperti Malaysian Progressives (MP) di Australia yang menganjurkan siri dialog dengan mahasiswa bagi menggalakkan kesedaran politik di kalangan mereka membuktikan Umno/Barisan Nasional tidak boleh mengambil mudah keberanian dan kematangan mahasiswa Malaysia di luar negara yang akan memberi tindakbalas kepada perkembangan politik di Malaysia. Pimpinan KEADILAN akan terus menjalin hubungan rapat dengan rangkaian ahli politik di seluruh dunia yang mempunyai pandangan yang sama mengenai hak demokratik, kedaulatan undang-undang dan hak asasi manusia. Itu adalah hak kami sebagai ahli parlimen dan pimpinan sebuah parti politik yang sah dan telah mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia. Taktik menuduh kononnya pembangkang suka memburukkan nama Malaysia di mata antarabangsa yang selalu digunakan Umno/Barisan Nasional tidak boleh dipakai lagi. Umno/Barisan Nasional bukanlah Malaysia dan tindakan buruk mereka tidak melambangkan rakyat atau negara Malaysia, apatah lagi bila mana Umno/Barisan Nasional adalah kerajaan minoriti yang hanya mendapat sokongan 47% pengundi dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu. RAFIZI RAMLI Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN Ahli Parlimen Pandan 24 Oktober 2014 ----------- |
Posted: 24 Oct 2014 01:00 AM PDT KULIAH SEHARI HARD TALK bersama Prof Dr Abdul Aziz Bari (Pakar Perlembagaan) TARIKH : 25/10/14 HARI : Sabtu SESI 1 @ Pejabat ENGAGE : No.55-A, Jln Molek 2/4, Tmn Molek, 81100 JB. MASA : 9.30-10.45 pagi TAJUK : Memahami Asas2 Perlembagaan Malaysia (Persekutuan & Negeri) MASA : 11.00-12.30 tengah hari TAJUK : Undang2 Tanah Negeri - Untuk Rakyat VS Untuk Keuntungan? *Jemputan bersama: Hj Dzulkefly Ahmad (Timb Pesuruhjaya PAS Johor) & YB Liew Chin Tong (Pengerusi DAP Johor) SESI 2 @ PKR JB HQ : Jln Padi 1, BBU, JB (berdekatan Petronas BBU) MASA : 8.00 - 11.00 mlm TAJUK : Akta Hasutan - Kearah Negara Demokratik VS Negara Polis? |
Posted: 23 Oct 2014 09:18 PM PDT KENAPA ANWAR WAJIB DIPENJARA Bacalah surah yang aku bawa ini. Surah ini bukan warita orang-orang dahulu kala - warita orang kini jua. Aku membawa surah surah songsang untuk tatapan kita semua. Tuan Pembaca yang budiman jangan terasa hati. Jangan merasa marah. Iqrak dahulu. Nobat merpati di gunung Memberi salam nuri di pintu Berbeka burung di bumbungan Berkokok si tambang denak Bertitir ketitir jantan Berkubu balam tembaga tiga gaya Surah yang ditulis ini aku harapkan akan dihanyutkan air dari gunung melimpah ke sungai dari sungai mengalir ke laut. Surah ini aku harapkan akan akan diterbangkan angin naik ke awan. Jatuh diawan disambar helang dan gagak untuk disebar ke Kampong Hulu dan Kampong Hilir. Hendaknya. Titir canang pemanggil Pukul tabuh larangan Palu gong pelaung Aku amat amat yakin pada Selasa 28 haribulan Oktober 2014 ini nanti Anwar Ibrahim akan dipenjara. Rayuan Anwar akan meleset dan gagal. Lima orang Tuan Hakim termasuk Ketua Hakim Negara yang akan menjadi Pengerusi Sidang Mahkamah Rayuan ini akan mendapati Anwar bersalah. Inilah surah songsang yang aku bawa. Sabar dahulu, biar aku huraikan kenapa Si Anwar ini akan dipenjara. Kau baca dahulu apa yang aku tulis ini. Satelah selesai bacaan maka kau berbunyilah sahendaknya. Aku berani menulis sademikian kerana dari apa yang aku amat-amati telah jelas. Bagaikan terang lagi bersuluh. Bagaikan talipon telah berdering. Bagaikan durian sudah dapat aku ciumi. Semua babak-babak politik yang berlaku kebelakangan ini menyatakan bahawa Si Anwar ini akan masuk penjara. Awal-awal duhulu aku memiliki pandangan bahawa 'tidak mungkin' Si Anwar ini dihantar ke Sungai Buluh atau Kajang. Kenapa aku beralih pandangan. Apakah aku telah ditumbuk rusuk hingga terbatuk-batuk? Jawabnya tidak. Realpolitik – uberpolitik kata orang German – menyakinkan aku bahawa Anwar akan dipenjara. Awal wahid: Pada hemat aku memasukkan Anwar ke penjara ini adalah satu pelaburan Najib dan Rosmah yang paling lumayan. Umum telah mengetahui bagaimana Najib dan Rosmah bersama Saiful telah bersama merancang untuk memerangkap Anwar. Mustahil para pembaca lupa bagaimana Saiful menutup lubang juburnya selama tiga hari. Mengikut surah media lubung juburnya tertutup dan padat dengan air mani. Walau pun juburnya sendat dengan air mani Si Saiful ini telah datang bertemu Najib dan Rosmah untuk membincagkan stratiji memerangkap Anwar. Malah Najib sendiri telah memegang tangan Saiful yang dilaporkan oleh media – Najib memegang TANGAN SAIFUL YANG SEJUK. Inilah buktinya - satu pelaburan murah tetapi pulangan yang amat lumayan. Najib dan Rosmah meraih pulangan yang tidak terhingga. Apakah para pembaca telah lupa bagaimana juru lecok dan juru heboh Mahathir telah berleter tentang Najib seorang Perdana Menteri yang manai. Najib lebih lembik dari Dolah Badawi. Apakah perlu aku ingatkan tentang Kadir Jasin dan Zainuddin Mydin telah secara terbuka memukul canang memberi tanda bahawa Najib Razak wajib ditendang jika United Malays National Organisation mahu selamat. Dalam firasat dua ekor budak suruhan Anak Lelaki Iskandar Kutty ini Najib adalah 'jantan lembik' yang tidak bermaya dan tidak bertenaga untuk mengkemudikan ajenda – ketuanan Melayu. Najib wajib diganti. Justeru apabila Anwar dipenjara ini ialah sebotol Viagra yang ditelan Najib. Dengan pantas Najib akan naik 'ngang' dan memiliki syawat keberanian untuk melakukan sesuatu. Selama ini dilaman media sosial – di Face Book, blog dan di Tweeter - Najib digambarkan sebagai Jantan Mandul yang takut kepada bini. Imej Najib kena ' rojak kang kang' ini telah tersebar meluas. Kesah-kesah Rosmah menengking Najib secara terbuka telah menjadi rahsia umum. Aku wajib mengingatkan pembaca bahawa yang membebaskan Anwar Ibrahim ialah Abdullah Badawi. Tun Dolah sosok yang warak ini juga adalah musuh ketat Anak Lelaki Iskandar Kutty. Justeru, dengan memasukkan Anwar sekali lagi ke penjara pasti akan mengumbirakan Anak Lelaki Iskandar Kutty gumbira. Satu KPI untuk Najib. Pada hemat aku masa dan saat untuk Anwar ke penjara ialah 29 haribulan ini. Ini tarikh yang tepat. Aku TIDAK perlu mencari Raja Bomoh atau berjumpa Harun Din untuk menilek air dipinggan. Aku sendiri boleh meramalkan apa yang akan berlaku minggu depan. Pergolakan politik terkini meyakinkan aku bahawa Anwar akan kena. Pada ketika ini Pakatan Rakyat tidak sekuat ketika mula menang PRU13 dahulu. Apabila Sultan Selangor memungut Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak lagi kompak dan padu. Malah Sultan Selangor telah menerangkan kenapa Baginda memungut Azmin Ali. Menurut Sultan ini kerana wujudnya perbalahan dalam Pakatan. Ini kata-kata Sultan Selangor. Kata-kata ini tepat sekali. Apakah perlu aku melakarkan bukti tentang apa yang terjadi dalam Pakatan. Apakah para pembaca telah mula lupa tentang perangai dan kelakuan Hadi Awang yang berdulak dalik? Haji Hadi yang kini dianggap Jaguh You Turn adalah salah satu punca yang menjadikan Pakatan Rakyat tidak keras padu. Kelakuan Hadi Awang yang berdolak dalik ini telah memberahikan nafsu syawat Najib untuk bongkar dan mengembang. Najib merasa dan melihat Pakatan tidak 'solid' lagi. Dalam masa yang sama umum juga telah diberitahu bahawa wujudnya satu gerombolan yang menamakan diri mereka Youji. Gerombolan ini dikatakan telah 'bersulit-sulit dan bercanda-canda' dengan Najib. Bila aku mencongak pada 29 haribulan ini gerombolan Youji ini pasti akan 'bersyukur' Anwar Ibrahim dipenjara. Disini biar aku buka labon sejarah - pada 20 September 1998 apabila Anwar Ibrahim ditangkap – dia adalah bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan juga Timbalan Presiden Parti Gerombolan Ketuanan Melayu. Penangkapan Anwar ini memeranjatkan Minah dan Mamat dari hujung kampong hingga ke cerok Felda. Penangkapan ini telah menjemput ribuan warga dan anak muda untuk berpolitik di jalan raya. Benterokan dan pertempurran hebat berlaku di jalan raya. Ramai yang cedera dan ramai yang ditangkap. Pada 29 haribulan nanti aku yakin TIDAK ramai yang akan datang ke Mahkamah di Putrajaya. Ini bukan kerana TIDAK ada sokongan kepada Anwar. Sokongan masih teguh. Apa yang kurang ialah jenerasi anak-anak muda yang membesar 15 tahun lalu kurang arif tentang sejarah Bontot Azizan yang berbulu dan juga lubang jubur Saiful yang sendat dengan air mani. Aku juga yakin bahawa pemenjaraan Anwar ini amat-amat disukai oleh Cucu Iskandar Kutty dan Menantu Dolah Badawi. Khairy Jamluddin dan Mukhriz pasti menyimpan niat untuk menjadi ketua Gerombolan Ketuanan Melayu. Budak dua ekor ini pasti melihat Anwar Ibrahim ini sebagai penghalang projek mereka untuk menjarah harta kekayaan negara ini. Malah aku rasa bukan sahaja Khairy dan Mukhriz merasa selesa apabila Anwar dipenjara – ramai juga pemimpin dan ahli United Malaya National Organisation akan merasa 'happi' kerana Anwar telah menerima hukuman. Tocang Najib yang terbarai akan mencanak naik dalam Parti Ketuanan Melayu. Nyawa Najib dan Rosmah bersambung apabila Anwar dalam penjara Akhirnya dalam surah songsang ini aku wajib menjelaskan bahawa kes jubur Saiful ini bukan hal undang-undang atau hukum hakam atau Perlembangan Persekutuan. Ianya juga pada hemat aku tidak ada sangkut paut dengan agama agama, dengan Islam, dengan Tok Arab, dengan ilmu fikah atau ilmu tajweed. Ianya juga bukan tentang bahan bukti, atau tentang keterangan saksi atau juga alabai atau tentang bagaimana undang-undang dan hukum wajib di fahami. Ianya juga TIDAK ada sangkut paut dengan semangat perundangan atau pun bersangkutan dengan Piagam Hak Asasi Manusia yang digunapakai oleh Bangsa Bangsa Bersatu. Anwar Ibrahim dipenjara untuk menyelamatkan United Malays National Organisation dari runtuh terbarai. Anwar Ibrahim dipenjara untuk tujuan politik. Anwar Ibrahim dipenjara untuk memastikan Pakatan Rakyat akan kucar kacir dan koyak rabak. Selagi sosok yang bernama Anwar Ibrahim dapat bergerak bebas. Selagi Anwar Ibrahim dapat berhadapan dengan Mak Cik dan Pak Cik di kampong. Selagi Anwar Ibrahim dapat berkata kepada media. Selagi Anwar Ibrahim dapat berucap diluar negara – nyawa dan nafas United Malays National Organisation akan menjadi sesak dan pendek. Sama ada Haji Hadi menerima hakikat ini, sama ada Nik Abduh menerima hakikat ini, sama ada Harun Din menerima hakikat bahawa sosok Anwar Ibrahim inilah yang melahirkan ikatan setiakawan antara PAS, DAP dan PKR. Benci bagaimana pun sesorang terhadap Anwar Ibrahim – mereka TIDAK akan dapat menafikan apa yang aku tulis ini. Tanda dan makna telah aku lakar. Aku ingin ingatkan bagaimana datuk nenek moyang kita mengira hari; Tengah malam sudah terlampu Dinihari belum lagi tampak Budak budak dua kali jaga Orang muda pulang bertandang Orang tua berkalih tidur Embun jantan rintik rintik Bunyi kuang jauh ke tengah Sering lanting riang di rimba Melenguh lembu di padang Sambut menguak kerbau di kandang Berkokok mandung merak mengigal Fajar sedang menyingsing naik Kicak kicau bunyi murai Tak tibau melambung tinggi Berkuku balam di hujung bendul Terdengut puyuh panjang bunyi Puntung sejengkal panjang sejari Itulah alamat hari nak siang Inilah tanda Anwar akan dipenjara (TT) NOTA tulisan ini telah disiarkan dalam SUARA KEADILAN sesiapa yang ingin melangan akahbar mingguan ini sila pukul talipon 03-92-21-30-45 --------- |
Posted: 23 Oct 2014 08:45 PM PDT KOMENTAR betul ke berita ini? ini berita benar ke? ini berita saheh ke? atau wartawan salah lapor? SPRM banteras rasuah habis-habisan10 individu ditahan, 30 akaun bernilai RM18 juta dibeku"Tiada lagi maaf'' - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membanteras habis-habisan kegiatan rasuah melibatkan anggota agensi penguat kuasa di seluruh negara dalam memastikan perbuatan haram itu tidak berakar umbi dalam mana-mana jabatan kerajaan. Selain itu turut menjadi sasaran ialah orang awam yang cuba merasuah atau memberi habuan kepada anggota penguat kuasa bagi melindungi perbuatan jenayah mereka. Langkah tersebut berikutan amalan rasuah yang dikatakan semakin serius dalam kalangan anggota agensi penguat kuasa sehingga menyebabkan kerajaan kerugian berbilion-bilion ringgit. Terbaharu, SPRM menahan 10 individu termasuk seorang pegawai kanan polis dalam satu operasi di Sarawak, sejak minggu lalu kerana terlibat dalam pembalakan haram yang mengakibatkan kerugian RM43 juta dalam tempoh sembilan bulan. KAH KAH KAH ini lawak hari jumaat bila hasan malek rehat ada ahmas maslan bila dua dua rehat ada sprm KAH KAH KAH ------------ |
Posted: 23 Oct 2014 08:08 PM PDT 29 OKTOBER 2014 DI BERI TAHU adalah diberitahu adalah dipukul canang dari cerok ke hujung kampong di bukit ke tepi gunung saentaro negara orang ramai anak muda ahli pkr ahli pas ahli dap penyokong pakatan rakyat sesiapa sahaja yang anti kezaliman diminta datang berhimpun pada rabu 29 oktober 2014 di hadapan mahkamah putrajaya jam 10:00 pagi hari jatuh hukum ini ada lah keputusan yang telah diambil oleh jawatankuasa mobilisasi yang bermesyuarat di ibu pejabat pkr petang kelmarin dari tian chua dari nik nazmi dari faris jingga --------- |
Posted: 23 Oct 2014 07:45 PM PDT Video lucah taktik kotor jatuhkan ulama KUALA TERENGGANU - Penyebaran video lucah di media sosial yang kononnya ada kaitan dengan pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI), hanyalah usaha jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di negara ini. Sambil menafikan sekeras-kerasnya pelaku dalam video lucah yang sudah tersebar luas itu adalah UAI, pembantunya, Zulkifli Wahab berkata, ia adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah dalam kalangan umat Islam di negara ini. "Bukan... jangan percaya... itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI, tetapi juga golongan ulama di negara ini. KAH KAH KAH ooooh teknoloji nak jatuhkan dari mana ke mana saje nak tanya jangan marah KAH KAH KAH --------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan