Komentar Kini |
Posted: 20 Oct 2014 06:30 AM PDT Ramai orang melayu mempersoalkan iklan bahasa Melayu yang berbunyi "Rasa village"pada midin Mall Wakaf Tembesu Kuala Nerus Kuala Terengganu. Pada penulis, perkataan "Rasa village" Iklan pada midin Mall yang akan dibuka tidak lama lagi itu seolah olah memperkecil bahasa Melayu dan mendewa dewakan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu adalah keutamaan bagi iklan iklan di Malaysia disamping lain lain bahasa yang tidak menjadi keutamaan tetapi telah jadi keutamaan para peniaga berbangsa China. Jika kita tak pernah ke Johor baharu dan Kuala Lumpur sudah barang tentu tak percaya ini Negara ini Negara Malaysia dengan iklan iklan dalam bahasa China dan Inggeris lebih terserlah berbanding iklan iklan bahasa Melayu di pusat pusat perniagaan. Berbalik dengan perkataan Rasa village adalah gabungan dua bahasa iaitu rasa adalah bahasa melayu dan village adalah bahasa Inggeris. Oleh itu ianya jelas suatu yang salah, kerana midin maal tidak menggunakan bahasa utama yang ditetap oleh pihak majlis bandaraya Kuala Terengganu. Pihak bertanggungjawab kena ambil tindak memberi nasihat pada pihak Midin maal untuk menukar perkataan "rasa village" dan "rasa kampung". Jika pihak midin maal enggan atau berdegil juga pihak berwajib mesti memusnahkan iklan tersebut supaya penggunakan bahasa Melayu tidak tercemar. Penulis hairan mengapa midin cuba memusnahkan bahasa Melayu yang menjadi keutamaan satu satu iklan di Negara ini. Tidak nafikan di ibukota Kuala Lumpur Johor bahru ada pihak yang cuba memusnahkan penggunaan bahasa Melayu hasil ketidakperihatian pihak PBT. Tidak mustahil ia boleh berlaku di Bandaraya Kuala Terengganu. Lebih lebih lagi gedung gedung perniagaan di Wakaf tembesu 90 peratus adalah hak milik china Singapura. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan