Khamis, 23 Oktober 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[VIDEO] Aksi Rosmah Senggol Najib Memalukan Negara!

Posted: 23 Oct 2014 01:05 AM PDT


Video Rosmah senggol Najib jadi viral di laman sosial, dikritik umum

KUALA LUMPUR 22 OKT: Video aksi Datin Seri Rosmah Mansor menyenggol bahu Datuk Seri Najib Razak dalam satu majlis rasmi bersama pemimpin Indonesia menjadi viral di laman sosial dan mendapat kritikan hangat orang ramai.

Insiden tersebut berlaku ketika Najib yang diiringi isterinya itu menghadiri upacara mengangkat sumpah Joko Widodo sebagai Presiden Indonesia ketujuh, di Jakarta Isnin lalu.

Rosmah yang duduk bersebelahan, mengalih pandangan ke arah Najib terlebih dahulu sebelum menyenggol kuat bahu Najib sehingga kejadian itu disedari orang yang duduk bersebelahan mereka.

Malah perlakuan Rosmah itu turut ditayangkan dalam slot berita perdana RTM pada hari yang sama.


Video berdurasi selama tiga saat itu secara jelas memperlihatkan tindakan Rosmah berkenaan sangat memalukan kerana sanggup memperlakukan Najib sedemikian rupa di hadapan umum.

Tingkah laku Rosmah itu bahkan menjadi 'buah mulut' rakyat Malaysia.

Salah seorang pengguna facebook, Terence Yeoh berkata, "tiada apa yang terkejut, rakyat Malaysia sudah tahu siapa 'bos' sejak dulu lagi".


Murni Sootchi pula menyatakan: "punya lah kuat singgung…sekarang tahulah kita macam mana PERMATA dapat peruntukan RM711 juta dalam Bajet 2015″.

Pengguna bernama Bigbosman Bos Buat turut membidas kelakuan Rosmah itu dengan berkata, "apa yang big mama menyasak kat situ..lepas itu buat perangai…menjatuhkan maruah PM je.. kampungan betullah…".

Sarif Sharifuddin pula mempersoal – "agaknya di rumah macam mana yer…(Rosmah)", tulisnya di facebook.

Ada juga yang memberi jolokan Rosmah sebagai 'queen control', 'contoh wanita mithali, 'Malaysia first lady', selain menyifatkan tindakan Rosmah itu sebagai 'memalukan Malaysia'. -KD


ULASAN GB

Hukum kebenaran mendedahkan perlakuan buruk dan hodoh Rosmah. Sekarang baru kita tahu mengapa Najib jadi PM paling lemah, paling boros dan paling bodoh.... rupa-rupanya angkara istgerinya sendiri...

GB sudah lama ulas perlakuan Rosmah di dalam entri bertajuk Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah.. petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Janin Dalam Sampah - "Pesta" Senyap Yang Menjadi-jadi

Posted: 22 Oct 2014 06:01 PM PDT


Seorang pekerja pembersihan sampah di Sungai Segambut terkejut apabila menemui satu janin yang tersangkut di perangkap sampah, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.05 pagi itu, pekerja terbabit terus mengangkat janin terbabit ke atas jalan sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis forensik dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati janin terbabit berusia lingkungan lima hingga enam bulan tetapi jantina masih belum dapat dipastikan.

"Janin yang ditemui ini sudah dihantar ke bahagian Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.

"Polis masih menyiasat keturunan janin terbabit dan usaha mengesan saksi ataupun ibu kepada janin berkenaan masih dijalankan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Munusamy, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat dengan sulit.

Katanya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. -hm

ULASAN GB

Kes buang bayi akibat dari perzinaan kian menjadi-jadi. Ia seumpama "pesta senyap" yang tidak ramai mengambil berat terhadapnya, tidak seperti isu anjing dan arak.

Kita tertanya-tanya, mengapa begitu "selective" di dalam isu-isu sebegini...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tiada ulasan: