Rabu, 22 Oktober 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Zahida Rafik "Berpurdah" Semasa Hadir Di Mahkamah

Posted: 22 Oct 2014 12:40 AM PDT


Polis, AG didakwa ganggu bekas pemandu artis

Seorang peguam mempersoalkan tindakan polis dan Jabatan Peguam Negara yang mahu menahan dan mendakwa anak guamnya, yang sedang memberi keterangan berhubung dakwaan hubungan seorang pelakon dan menteri Umno.

Latheefa Koya yang mewakili seorang bekas pemandu Noor Azman Azemi berkata anak guamnya secara sukarela pergi ke balai polis Bukit Indah semalam.

Ini berlaku selepas polis cuba menahannya semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di mana beliau memberi keterangan dalam samannya terhadap bekas majikan dan pelakon Zahida Mohamed Rafique.

Latheefa berkata, Noor Azman dimaklumkan polis bahawa beliau akan dituduh di mahkamah seawal-awalnya pada Khamis atas tuduhan lain yang tidak mereka ketahui.

"Noor Azman direman empat hari oleh polis dua tahun lalu ekoran dakwaan dia mencuri RM200,000.

"Bagaimanapun polis dan pendakwaan tidak bertindak ketika itu tetapi memilih semalam dan mahu mendakwanya hari ini ketika beliau memberikan keterangan dan ini gangguan terhadap saksi untuk melindungi menteri," katanya selepas prosiding.

Sebelum itu, hari ini, Noor Azman, yang juga pemimpin Pemuda Umno sebuah bahagian terus memberikan keterangan hari ini.

Zahida hadir memakai jubah hitam dan bertudung.

Di luar mahkamah, beliau turut memakai purdah dan beberapa perempuan lagi bergaya sama.


Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hue Siew Kheng mengarahkan polis untuk tidak menahan Azman.

Hue berkata perbicaraan dan pemandu itu tidak patut diganggu sehinggalah dia selesai memberikan keterangan.

Noor Azman memberi ketengan dan mendakwa terdapat hubungan antara Zahida dengan menteri luar bandar Datuk Seri Shafie Apdal, yang juga naib presiden Umno.

Shafie dan Zahid dilapor telah menafikan dakwaan itu.

Pada 2012, Zahid memberitahu media bahawa Noor Azman mencuri RM200,000 daripadanya.

Noor Azman juga menafikan dakwaan itu dan memfailkan saman terhadap Zahida tahun lepas. -mk


ULASAN GB

Pelik juga ya, Zahida Rafik yang selama ini terkenal dengan imej seksi tetapi bertudung malah berpuurdah semasa hadir di mahkamah.

Sudah bertaubatkah atau sekadar tidak mahu dikenali dan diganggu oleh wartawan?







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Muslim Dan Anjing – Harith Abdul Malek

Posted: 21 Oct 2014 07:01 PM PDT

Pada suatu petang, setahun yang lalu, seekor anjing jalanan masuk ke rumah kami kerana pintu pagar yang dibiarkan terbuka.

Disebabkan takutkan anjing tersebut menjilat baju di sidaian, ayah saya melemparkan seketul batu sebesar penumbuk ke arah anjing itu.

"Gedebuk!" Batu tersebut hinggap di kepala anjing yang malang itu. Dalam keadaan terkejut, anjing itu perlahan-lahan melangkah keluar dari rumah kami. Kami bersorak kegembiraan sambil mengagumi kehebatan lontaran ayah yang sungguh tepat.

Namun, jauh di sudut hati saya, tercetus rasa simpati mengenangkan kesakitan anjing tadi. Sehingga ke hari ini, bunyi nafas anjing yang tersedu-sedu sewaktu ia meninggalkan kami sekeluarga masih lagi terngiang-ngiang di hujung benak kepala saya.

Keluarga Abdul Malek v anjing kurap

Kadang-kadang saya terfikir, di akhirat nanti, bagaimana nasib kami sekeluarga sekiranya anjing tadi datang menuntut keadilan daripada Allah SWT ke atas perbuatan kasar kami terhadapnya?

Adakah Allah SWT akan melepaskan kami daripada sebarang hukuman sekiranya kami mengatakan kami hanya mengikut mazhab Syafi'e yang diamalkan di negara kami?

"Ya Allah, mengikut pegangan mazhab kami, anjing itu najis berat. Dan kalau mana-mana anggotanya terkena pada rumah kami atau pakaian kami yang tersidai, susah kami nak sertu," begitu agaknya hujah kami nanti.

"Lagipun, kalau nak halau cara lembut pun susah sebab ikut jabatan agama negeri kami, haram hukumnya pegang anjing tak sebab yang betul-betul urgent. Kalau kami angkat atau pegang anjing tu, apa pula kata jiran Melayu kami. Kami masyarakat Melayu memang sensitif pasal anjing dan babi," kami meneruskan hujah dengan harapan untuk menang kes perbicaraan kami vs. si anjing di hadapan Allah.

Macam mana? Anda rasa saya dan keluarga saya boleh menang kes ini dan si anjing yang kami sakiti tadi akan disia-siakan di hadapan Allah SWT? Semoga taubat kami diterima Allah SWT.

Islam agama rahmat

Saya yakin ramai masyarakat Melayu mempunyai pengalaman yang serupa atau hampir sama dengan apa yang saya kongsikan di atas. Ada yang kemudiannya mendapat kesedaran Islam datang sebagai punca kemaslahatan untuk semesta alam selain daripada menghukum-najiskan anjing dan babi. Ada yang tetap kekal dibelenggu stigma sensitivi dan taksub mazhab.

Kalau dibuat survey terhadap anak-anak Melayu, 99% daripada mereka tahu anjing itu najis berat dan kalau terkena atau terpegang, perlu disucikan dengan 7 basuhan dengan basuhan pertama air dicampurkan dengan tanah.

Tetapi sekiranya ditanyakan tahukah Islam dan Nabi SAW diturunkan sebagai rahmat ke atas seluruh alam manusia yang Muslim dan non-Muslim – binatang, pokok-pokok, langit dan lautan, bintang, bulan dan semua planet – saya tidak rasa 99% yang akan menjawab "Ya, saya tahu".

Pendidikan dari awal

Pendidikan asas agama perlu diperbaiki dari semasa ke semasa supaya melebihkan penekanan kepada perkara-perkara yang benar asas dalam agama. Sebagai contoh, sebelum diajarkan hukum-hakam fiqah, perlu diterangkan dahulu maqasid syariah dan konsep Islam agama pembawa rahmat.

Asas agama yang dibina atas perkara khilafiyyah, bukan atas perkara thawabit seperti yang sepatutnya, akan menumbuhkan salah faham agama yang boleh diwarisi sehingga bergenerasi. Salah faham agama ini dimanifestasikan dalam kehidupan bermasyarakat yang akhirnya menfitnahkan Islam dengan imej yang tersasar daripada wajahnya yang sebenar.

Sensitiviti Melayu dan Mazhab Syafi'e

Pihak penguasa mengambil keputusan untuk menyiasat program mesra anjing yang dianjurkan Syed Azmi Alhabsi. Antara sebab siasatan ini perlu dilakukan ialah program tersebut menyentuh sensitiviti orang Melayu.

Wahai orang Melayu, sampai bila harus kita kurung diri kita dalam temperung sensitiviti? Anjing, babi, kalimah Allah. Sensitif semuanya.

Judi, arak, rasuah, belasah isteri dan anak-anak, pukul binatang, buang sampah merata-rata, culas dalam bekerja, orang miskin melata, kita boleh tutup sebelah mata.

Tidak dinafikan, Imam asy-Syafi'e berfatwa anjing seluruhnya dikategorikan sebagai najis berat. Cumanya, sekiranya kita tidak bersetuju dengan tindakan Syed Azmi, saya rasa kurang adil apabila kita berhujah Islam mengharamkan umatnya memegang anjing dengan sengaja.

Walhal, pandangan Islam berkenaan anjing tidak hanya diwakili Imam asy-Syafi'e, bahkan 3 imam mazhab yang lain iaitu Imam Malik, Imam Ahmad, dan Imam Abu Hanifah. Adalah lebih adil sekiranya kita bercakap begini, "Saya kurang setuju dengan tindakan Syed Azmi kerana saya berpegang kepada pandangan dalam mazhab Syafi'e yang melarang kita memegang anjing untuk tujuan suka-suka."

Perkataan begini bukan sahaja memberi ruang kepada masyarakat untuk melihat Islam daripada pandangan mazhab-mazhab muktabar yang lain, bahkan menjauhkan kita daripada sikap taksub mazhab yang boleh memecah-belahkan umat. Suasana dakwah juga lebih segar dan harmoni dengan terpaparnya keluasan hukum syariah Islam.

Agenda asing?

Satu lagi belenggu yang melilit tengkuk orang Melayu selain saya, isteri saya, Dr MAZA, dan sahabat-sahabat lain yang dituduh liberal, ialah belenggu paranoia atau terma yang lebih saya gemari "syok sendiri."

"Program pegang anjing ini seperti ada agenda asing. Mula-mula pegang anjing, lepas ni pegang babi pula. Rosak anak orang Melayu," begitulah komen ramai orang Melayu yang saya dengar secara langsung atau baca di laman-laman media sosial berkenaan dengan program anjuran Syed Azmi ini.

Kawan oii, sedarlah tiada siapa yang mahu menjatuhkan kita kerana kita memang sudah lama tersungkur rebah di bumi sendiri.

Musuh sekarang cuma mentertawakan kita dek kerana kedegilan kita yang tidak mahu bangun dan bangkit merubah pemikiran menurut acuan Islam.

Ingat pesanan khalifah Islam yang mulia Saidina Umar ibnu al-Khattab, "Kita adalah kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam."

Cumanya, untuk masyarakat yang majoritinya Islam baka, saya rasa saya harus sertakan pesanan tersebut dengan klosa "sekiranya kita mengamalkan Islam dalam kehidupan kita secara total."

Kita tidak dimuliakan hanya sekadar nama kita bernada arab dan ada "bin" atau "binti". Kita dimuliakan Allah apabila kita bersungguh-sungguh untuk mempelajari, memahami, dan mengamalkan agama ini berdasarkan al-Quran dan Sunnah.

Penutup

Memang benar isu anjing adalah isu khilafiyyah. Tetapi, isu ini mendedahkan pekung kita yang masih jahil agama dan terbelenggu dengan penyakit-penyakit pemikiran yang sempit dan yang hakikatnya tidak Islami.

Saya amat berharap pihak penguasa dapat melihat isu ini bukan sekadar daripada sudut hukum fiqah dan sensitiviti orang Melayu semata-mata, tetapi sudut dakwah dan pembangunan agama dalam masyarakat Melayu sendiri.

Tahniah saya ucapkan kepada saudara Syed Azmi menempah pentas untuk untuk masyarakat Islam tampil menampakkan keindahan Islam, keluasan dan kebijaksanaan syariah. Semoga Allah menganjari kebaikan anda dan mengampunkan kekurangan dan kekhilafan anda dalam usaha anda yang #tamakpahala.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Sokongan Pakatan Meningkat Ke 43% Suntik Semangat Baru

Posted: 21 Oct 2014 07:40 AM PDT


Tinjauan Umcedel: Lonjakan sokongan pada Pakatan suntik semangat baru

KUALA LUMPUR, 21 OKT: Lonjakan sokongan kepada Pakatan Rakyat seperti yang ditunjukkan dalam tinjauan terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menandakan Pakatan sememangnya mampu kembali mencapai sokongan seperti sebelum ini

Tinjauan menunjukkan sokongan rakyat Selangor kepada Pakatan melonjak mencecah 43 peratus, selepas merudum pada 35 peratus ketika kemelut Menteri Besar Selangor Mei lalu.

"Ini membuktikan Pakatan boleh mengembalikan momentum politik, dengan syarat ia mengambil pengajaran daripada krisis MB Selangor yang berlanjutan sehingga lapan bulan.

"Lonjakan ini menjadi lebih bermakna kerana kekecewaan terhadap Pakatan di negeri itu berkemungkinan menyebabkan sokongan merudum lebih teruk daripada 35 peratus, terutama ketika kemucak kemelut itu sekitar Julai hingga September lalu," kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.

Tinjauan ini dibuat tiga hari selepas pelantikan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali 23 September lalu.

Ia melibatkan 1,165 responden di semua kawasan parlimen negeri menunjukkan, sokongan terhadap Barisan Nasional menurun daripada 25 hingga 20 peratus, manakala 28 peratus tidak pasti dan 9 peratus responden lagi enggan memberi jawapan.

Kata tokoh veteran DAP itu lagi, Pakatan harus melihat lonjakan ini sebagai satu suntikan semangat untuk terus kekal relevan selaku harapan rakyat negara ini.

"Dengan syarat, setiap pimpinan dan parti komponen Pakatan mengembalikan hala tuju dan dua prinsip asas Pakatan – dasar bersama Pakatan dan prinsip konsensus di kalangan ketiga-tiga parti.

"Penegasan dua prinsip ini akan membawa Pakatan ke tahap yang baru, manakala penafian terhadapnya akan pasti meletakkan kita ke dalam 'tong sampah' sejarah," katanya lagi.

Lebih menarik dalam tinjauan itu adalah 48 peratus responden ingin PAS kekal di dalam Pakatan, manakala hanya 19 peratus mahukan parti itu keluar.

Hubungan di antara PAS dan rakan Pakatan lain dilihat agak terjejas, memandangkan keengganan berterusan parti itu menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar sebelum digantikan Azmin.

"Tinjauan ini telah mengesahkan perubahan suasana politik negara, di mana Umno BN mewakili budaya politik lama, manakala Pakatan mewakili politik harapan dan keadilan," katanya lagi


Sokongan untuk Pakatan meningkat ke 43%, kata kajian

Sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) di Selangor melonjak kepada 43%, menurut satu kajian baru-baru ini, selepas jatuh teruk 5 bulan lalu, sebahagian besarnya kerana perbalahan dalaman gabungan pembangkang itu.

Sokongan untuk Barisan Nasional (BN) pula turun 5% daripada 25% Mei lalu, menurut kaji selidik yang dijalankan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

Kaji selidik yang dijalankan 3 hari selepas Menteri Besar Selangor baru Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah itu, juga mendapati 28% responden tidak yakin tentang kedua-dua pakatan.

Keputusan bagi PR itu merupakan satu peningkatan berbanding kajian UMcedel pada Mei tahun ini yang menyaksikan sokongan terhadapnya menjunam ke 35%, setahun selepas memenangi Selangor pada Pilihan Raya Umum 2013.

Tetapi, malang bagi BN, sokongan terhadapnya tidak bertambah sejak kaji selidik pada Mei itu, yang menunjukkan hanya antara 20-25% responden menyokong parti itu.

"Kajian ini menunjukkan walaupun dalam keadaan PR berkrisis, rakyat masih tetap bersama mereka. Respons pengundi menunjukkan mereka masih belum yakin BN/Umno dapat memberikan alternatif yang lebih baik dan kemarahan rakyat kepada BN di negeri itu masih belum terubat," kata sumber UMcedel.

Kajian terbaru UMcedel itu, yang dijalankan dari 26-28 September, juga mendedahkan 48% daripada responden mahu PAS kekal dalam PR, 19% mahu parti Islam itu meninggalkan PR, manakala 22% lagi tidak pasti .

Kajian tersebut melibatkan 1,165 responden di semua 22 kawasan Parlimen di Selangor, yang meliputi semua kaum. Ia dijalankan 36 enumerator dan empat penyelia dari UMcedel.

Kemelut dalaman PR bermula selepas PKR memulakan Langkah Kajangnya, yang menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Liew Chin Cheh, meletak jawatan bagi membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu dan menjadi menteri besar yang baharu.

Namun, PAS tidak bersetuju dengan langkah itu kerana ia mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar, menyebabkan episod itu berlarutan selama 9 bulan.

Suasana sentiasa menjadi tegang antara ketiga-tiga parti dalam PR itu sehinggalah Azmin mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar pada 23 September lalu.

Walaupun menteri besar baharu dilantik, krisis dalam PAS terus berjalan dengan retak menanti belah berlaku dalam parti itu.

Kemuncaknya adalah apapila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika memberikan ucapan penutup Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor mencabar mereka yang ingin jadi pemimpin utama keluar dari parti itu.

"Sesiapa yang rasa mahu jadi imam, baik cari tanah lain, bina masjid sendiri dan jadi imam," katanya yang turut mendakwa ada broker dan barua dalam parti Islam itu apabila dua Adunnya di Selangor mengambil tindakan sendiri menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Kedua-duanya Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) digantung keahlian selama satu tahun selepas kes mereka disiasat dan dibawa kepada Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini.

Sejak krisis, ada dua kumpulan pemikiran dalam PAS iaitu mahu kekal dalam Pakatan dan satu lagi yang diterajui oleh kumpulan ulama semacam mahu meninggalkan Pakatan.

Namun kajian terbaru oleh UMcedel ini jelas menunjukkan rakyat Selangor masih kekal menyokong Pakatan dan mahukan PAS juga kekal dalam gabungan politik itu.
-TMI










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tiada ulasan: