Selasa, 21 Oktober 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Anjing Itu Tidak Pernah Minta Dilahirkan Sebagai Anjing!

Posted: 21 Oct 2014 12:50 AM PDT


Ulama putar belit, ampu seperti anjing jelirkan lidah, kata bekas mufti

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini mengatakan golongan ulama yang menjadi pengampu dan menyembunyikan kebenaran seperti anjing menjelirkan lidah, meneruskan debat mengenai program "I Want To Touch A Dog" yang dianjurkan di Selangor hujung minggu lalu.

Bekas mufti Perlis itu berkata Al-Quran menyatakan ulama yang menjual ajaran agama hanya untuk kepentingan dunia sama seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

"Menjadi mat rempit, perompak, atau pemimpin yang tidak jujur tidak lebih buruk daripada ulama yang menyembunyikan kebenaran atau menyeleweng fakta sehingga manusia tersesat.

"Maka Al-Quran menyamakan ulama yang memutarkan kebenaran itu seperti anjing yang menjelirkan lidah," katanya menerusi kiriman di akaun Facebook Dr Maza.com.

Asri berkata anjing menjelirkan lidah disebabkan kepanasan badan atau oksigen yang tidak cukup bagi tubuhnya, seperti juga ilmuan yang sentiasa kepanasan kerana gilakan dunia.

Katanya golongan itu sentiasa merasa tidak memadai dengan kedudukan mulianya sebagai ilmuan, lalu dia menjelirkan lidahnya yang hodoh mencari habuan yang lain.

"Pelbagai fatwa mengampu dikeluarkan. Jika pihak yang diampu membuat salah, dia mencari dalil menjustifikasikannya.

"Jika musuh pihak yang diampu membuat salah, dia mencari puluhan dalil yang memasukkan mereka ke dalam neraka.


"Jika pihak yang diampu itu betul, berlebih-lebihan dia memuji dengan segala dalil agama. Jika musuh pihak yang diampu betul, dia cuba mencari dalil agama untuk melihat kelemahan dari sudut yang lain," katanya.

Semalam, bekas mufti Johor Datuk Nooh Gadut berkata program "I Want To Touch A Dog" anjuran umat Islam di Selangor satu percubaan untuk menghina ulama dan pihak berkuasa agama.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (Maij) itu berkata, perbuatan menyentuh anjing secara sengaja adalah haram kerana ia merupakan najis berat iaitu najis mughallazah yang dipandang serius dalam mazhab Shafie dan Hanbali.

"Jangan cuba mencipta budaya yang bercanggah dengan Islam dan mazhab Shafie, apatah lagi mempunyai unsur menghina ulama di negara ini," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Katanya jika ulama berpegang atas prinsip ilmu, mereka akan mendapat kemuliaan, namun jika gopoh dengan silauan tawaran dunia, samalah golongan itu seperti anjing yang sentiasa menjelirkan lidah.

"Ya, ulama itu bukan malaikat atau nabi yang maksum. Mereka seperti insan lain yang terdedah kepada salah dan dosa.

"Namun walau apa pun keadaannya, mereka tidak boleh menyeleweng fakta atau menyembunyikan kebenaran sehingga mengelirukan manusia tentang hakikat ajaran Allah.

"Ini kerana yang menyebabkan mereka itu dianggap ulama kerana ilmu yang dimiliki oleh mereka. Peranan mereka adalah menjaga ilmu dan memastikan ilmu itu berfungsi untuk kemaslahatan manusia," katanya.

Asri berkata beliau bukanlah menyokong kempen menyentuh anjing seperti yang digambarkan media tertentu, namun hanya bercakap dari dimensi teks Islam berkaitan anjing dan bukannya mengenai kempen berkenaan.

Katanya apa yang cuba dibangkitkan hanyalah untuk menghilangkan persepsi negatif terhadap ajaran Islam berkaitan dengan anjing.

"Saya tidak menyatakan sokongan atau pun bantahan kepada kempen tersebut kerana saya tidak jelas apakah tujuan kempen sentuh anjing itu dianjurkan.

"Ini seperti mana saya juga tidak jelas mengapakah jutaan ringgit dibelanjakan untuk membolehkan rakyat melihat panda dari China.

"Jika saya ingin menyokong atau pun membantah, saya hendaklah jelas dan adil ke atas kedua-dua kes ini,"
katanya. -TMI

ULASAN GB

GB hairan mengapa isu "acara sentuh anjing" tiba-tiba menjadi polemik yang begitu hebat.

Sedangkan matlamat utama acara itu sepertimana yang disebutkan oleh penganjur adalah untuk "hilangkan perasaan takut terhadap anjing"."

Pelbagai persepsi negatif dilemparkan yang kebanyakannya hanya bersifat prejudis, lebih buruk apabila ianya cuba dipolitikkkan oleh sesetengah pihak.

Lebih teruk ada ulama-ulama dan para pengikutnya cuba menunjukkan anjing itu sebagai makhluk yang hina, lantas lansung tidak boleh disentuh, tidak boleh bela dan sebagainya.

Kebenarannya, menyentuh anjing tidak haram. ulama sepakat mengatakan anjing yang kering tidak najis, namun ‎najis boleh disentuh tetapi dengan syarat perlu dibasuh jika hendak beribadat atau pun berurusan dengan masyarakat.

Di kalangan masyarakat Melayu Islam, telah ditanamkan perasaan takut dan benci terhadap anjing sekian lama. Sehingga dilemparkan kayu, batu dan ada kes sebelum ini yang sampai memanah anjing.


Sedangkan anjing itu anjing. Dia tidak pernah meminta dirinya untuk dilahirkan ke dunia sebagai anjing. Ia sebagai makhluk Allah yang lain, menumpang kehidupan di dunia ini. Tetapi mengapa umat Islam perlu menghina anjing? Apa hak manusia untuk menghina makhluk Allah yang lain?

Bagaimana agaknya jika manusia yang menghinakan anjing itu dulu dilahirkan sebagai seekor anjing? Apa perasaannya jika ia dihina, dibaling tak tentu pasal, dibenci, dicerca, disiksa, didera dan seumpamanya?

Dan sampai bila umat Islam berbangsa Melayu yang ada di dalam negara ini perlu phobia dengan anjing dan tidak mengasihi malah suka bertindak agresif ke atas makhluk Allah tersebut?

Jangan sampai di hari akhirat nanti, manusia-manusia yang menghina anjing itu akan ditukarkan menjadi anjing-anjing belaka untuk merasakan apa juga penghinaan yang mereka telah lakukan terhadap anjing semasa di dunia ini!









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Terdedahkah Hubungan Shafie Apdal & Zahida Rafik Di Mahkamah?

Posted: 20 Oct 2014 07:40 PM PDT


Mahkamah arah polis tak ganggu kes Zahida

Polis diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam untuk tidak mengganggu pendengaran kes sivil melibatkan seorang bekas pemandu dengan pelakon Zahida Mohamed Rafik, yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Shafie Apdal.

Arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Hue Siew Keng selepas peguam bekas pemandu Noor Azman Azemi, Latheefa Koya memberitahu hakim kemungkinan ugutan atau penangkapan ke atas anak guamnya.

Hakim Hue selepas itu bertemu dengan kedua pihak di kamarnya, dan kemudiannya memanggil seorang polis berpakaian preman.

Beliau kemudian mendapati polis akan menangkap Noor Azman hari ini, selepas mendapat arahan sejak Julai lalu atas tuduhan pecah amanah.

Bagaimanapun Hakim Hue mengarahkan tiada gangguan terhadap kes sivil itu sehingga Noor Azman selesai memberi testimoni beliau.


Noor Azman, 40, yang kini bekerja sebagai pemandu teksi memberitahu mahkamah bahawa Zahida dan Shafie, yang juga naib presiden Umno mempunyai hubungan intim dan beliau sendiri pernah bertindak sebagai pengantara antara keduanya.

Bagaimanapun Zahida dan Shafie sebelum ini telah menafikan dan mengugut untuk menyaman Noor Azman berikutan dakwaan tersebut.

Pendengaran kes ini akan disambung hari ini.

LAPORAN SEBELUM INI


Noor Azman Fail Saman Terhadap Zahida Rafik

Bekas pemandu pelakon Zahida Mohamed Rafik hari ini memfailkan saman terhadap Zahida berhubung kenyataan yang dikatakan fitnah, disiarkan di akhbar berikutan kehilangan wang tunai berjumlah RM200,000.

Noor Azman Azemi, 39, yang pernah bekerja selama lima tahun dengan Zahida memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di ibunegara.

Dalam penyata tuntutan, Noor Azman mendakwa Zahida mengeluarkan kata-kata fitnah yang kemudian diterbitkan akhbar Harian Metro pada 3 Mac tahun lepas bertajuk 'Zahida Rafik Terkedu.'

Beliau mendakwa pada 5 Mac tahun lepas, Zahida sekali lagi mengeluarkan kenyataan palsu dengan membuat pengumuman kepada orang awam dan menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang menjumpai Noor Azman atas alasan Noor Azman telah melarikan wang tunai miliknya.

Noor Azman turut mendakwa berikutan kenyataan fitnah itu, beliau gagal mendapat pekerjaan lain dan diburu pihak polis, hingga direman selama empat hari.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, kadar faedah dan injunksi untuk menghalang Zahida menyatakan kenyataan fitnah serta kos lain.
- Bernama


ULASAN GB

Apa yang menjadi fokus masyrakat kini ialah benarkah ada hubungan di antara Shafie Apdal dan Zahida Rafik?

Kedua-duanya pernah menafikan ada hubungan.

Namun telah tersebar luas sebelum Zahida telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta yang didakwa pemberian dari seorang menteri kepada artis tersebut.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[GAMBAR & VIDEO] Bagaimana Kemalangan Ngeri Itu Berlaku...

Posted: 20 Oct 2014 05:20 PM PDT


Kronologi Kemalangan Maut di Lebuhraya Karak

Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi telah disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi parah selepas terlibat dalam sebuah kemalangan di Kilometer 25 Lebuhraya Karak sekitar jam 11.15 pagi semalam.

Di bawah adalah kronologi kemalangan di lebuhraya Karak yang berlaku semalam :

  1. Enam buah motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, sebuah trak penunda dikatakan sedang menunda lori pasir seberat 3 tan tersasar arah ketika mendaki laluan lebuhraya yang berbukit lalu menutup ketiga-tiga laluan terbabit.
  2. Seorang mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha R1 dipercayai menekan brek kecemasan lalu hilang kawalan dan tercampak apabila sebuah kereta jenis Myvi menukar laluan secara mengejut dari lorong tengah ke kanan.
  3. Penunggang kedua dan ketiga turut menekan brek lalu hilang kawalan hingga tercampak kira-kira 10 meter. Motosikal terbabit terbabkar lalu menggelongsor ke arah penunggang pertama. Mangsa dihempap motosikal yang terbakar hingga rentung di lokasi kejadian.
  4. Penunggang keempat dan kelima juga tercampak ke lorong kiri manakala penunggang keenam terperosok di bawah kereta jenis Honda City yang berada di lorong kanan. Mangsa mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
kemalangan maut motosikal karak highway terbakar
















IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tiada ulasan: