Ahad, 26 Oktober 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pengurusan eCONomy yang membebal dan membebankan.

Posted: 26 Oct 2014 07:31 AM PDT

sakmongkol.blogspot




Pengalaman saya dengan orang UMNO yang berkuasa ini ialah mereka rasa mereka melakukan perkara2 yang menyebelahi kepentingan rakyat. Tapi sebenarnya sebaliknya yang berlaku.

Kepentingan yang mereka perjuangkan ialah kepentingan kelompok2 tertentu dan ianya adalah untuk kepentingan mereka sendiri untuk berfikiran demikian. Dengan berfikiran demikian sahaja, dapatlah mereka mensahihkan perlakuan mereka. Hitam jadi putih, salah jadi betul, tidak adil jadi adil.

Inilah punca minda kerajaan tahu yang terbaik untuk kamu. Walaupun PM Najib jerit sana sini mengistiharkan zaman kerajaan lebih tahu yang terbaik untuk kamu sudah berakhir, sebetulnya sebaliknya yang berlaku.  Kita tahu Najib kaki kelentong.

Kerajaan bernafsu buas untuk mengekang kepentingan rakyat.  Semua protes yang legitimate dianggap sebagai hasutan menjatuhkan kerajaan. UMNO tidak sedar bahawa kerajaan yang meraka ada hanya disokong oleh 47% pengundi dalam PRU13. Dikawasan saya, yang dapat 47%, calun MCA tewas.

PTPTN di gambarkan sebagai suatu yang baik. Orang kampong yang berpendapatan rendah menerima gambaran tersebut. Mereka sokong dan ada yang sanggup berdemonstrasi menyokong PTPTN. Banyak sangat kah wang orang Melayu?  Mengapa kita biarkan diri kita diperbodohkan? Tidak kesian kita pada anak2 kita?

 40% golongan bawahan mempunyai pendapatan isi rumah purata sebanyak RM1600. Itu angka purata. Menerima kesahihan angka ini samalah seperti kita menerima jumlah saiz purata sebuah keluarga ialah 3.5 orang. Pernah sesiapa melihat 0.5 orang?

Yang mempunyai pendapatan tidak lebih RM1000 sebulan berjuta jumlah mereka. Sebab itu ada 7 juta rakyat Malaysia layak mendapat BR1M. jumlah yang layak saya rasa sepatutnya 11 juta orang.

 Tapi mereka tidak fikir bahawa anak2 mereka, ramai yang jadi graduan tapi tidak mendapat kerja yang diimpikan, akan berhutang dan mungkin akan bengkrap. Kitaran membengkrapkan akan berulang. Yang tak dapat kerja memerlukan proses memahirkan diri lagi, masuk pusat latihan, kena bayar lagi, kena ambil PTPTN. Hutang bertambah.

Kita membiarkan kebaradaan jenerasi yang berhutang dan kita lupa bahawa ini angkara durjana sebuah kerajaan yang korap dan rasuah dan menyalah guna kuasa.

Kerajaan mengeksploitasi mimpi ibu bapa dan impian anak muda. Wahai anak muda- dalam PRU14 nanti ada 7 juta jumlah kamu- tendang keluar kerajaan bangsawan yang ada sekarang, kembalikan kuasa rakyat. Sokong kemunculan kerajaan yang baru.

Dahulu apabila saman AES dikenalkan, ada kelompok Melayu yang sanggup berdemonstrasi mempertahankan pengenaan saman AES sedangkan orang Melayu yang memiiki kereta bukan semua kaya. Kereta adalah suatu keperluan sekarang. Tapi mereka mempertahankan kenaan saman tersebut yang mengayakan syarikat yang membuat cadangan. hari ini kita tahu, kamera tak seberapa yang dipasang tapi kerajaan bayar RM700 juta dan kena bayar ganti pula kerena memberhentikan projek curi wang rakyat tersebut.

Kegilaan tambah berleluasa. Tidak salah mencadangkan memilhara ikan sturgeon dalam hutan Jerantut walaupun ianya akan menyebabkan balak RM60-70 juta akan disapu habis. Bagaimana pemegang kuasa dalam negeri saya Pahang boleh menjustifikasikan projek ini yang dari segi common sense, akan gagal dari mula lagi. Hutan dan bukit akan gondol.

Sabsidi minyak dibayar oleh kerajaan bukanlah suatu perkara yang menakjubkan. Tapi tiap kali dalam parlimen, sahabat saya Ahmad Maslan, AP Pontian akan ungkit2 perkara ini.

Ini bukti kerajaan perihatin dan pro rakyat. Banyak ni, kata nya.

Kerajaan pulang kepada kita RM40,000 juta setahun. Ini jumlah yang besar. Jika pendapatan negara ialah sebanyal RM1.3 trillion jumlah sabsidi ialah 3% dari KDNK. Tapi banyak mana kita serahkan kepada kerajaan tahun demi tahun? 10 tahun kebelakang ini, kita serah kepada kerajaan 230,000 juta. Kita beri kerajaan hampir 6 kali ganda daripada apa yang kerajaan beri kepada kita dalam bentuk sabsidi. Jadi, apa yang hendak di ungkit? 40,000 juta sebahagian kecil dari 230,000 juta.

Dalam parlimen kita bukan datang untuk berceramah. Bajet ialah pembentangan keluar masuk wang. Semua perbelanjaan yang kerajaan cadang untuk 2015 datang dari rakyat. Kerajaan BN mesti bersyukur kerana rakyat membayar cukai yang menjadi hasil kerajaan. Yang patut bersyukur lebih ialah kerajaan bukan rakyat.

Sabsidi minyak naik dari RM1.65 billion dalam tahun 2002 kepada RM23 billion tahun 2013. Kenapa? Tidak ada misteri dan tidak perlu disorakkan. Jawapan nya sudah diberi- jumlah kereta bertambah. Orang pun bertambah. Jadi penggunaan petrol, disel dan gas pun bertambah. Apa yang ek sangat hendak dislogankan bayaran sabsidi petrol dan gas?

Ramai yang mengguna kreta dan kenderaaan. Kerana itu, maka penggunaan petrol, disel pun bertambah. Orang yang menggunakan gas pun bertambah. Jadi sabsidi bertambah.

Jika kenderaan awam baik dan mantap mungkin penggunaan kenderaaan peribadi berkurang. Jika petrol naik, dan kerajaan meliberalkan import kreta, kereta yang efisen minyak akan ditambah.  Jika harga kreta murah, kenaikan petrol tidak dirasa teruk sangat.

Penyokong UMNO gembira bila dengar Ahmad Maslan mengulangi kenyataan bahawa kerajaan ini baik hati- setiap tahun belanja RM40 billion untuk sabsidi. Macam2 ada. Sabsidi minyak, dan LPG sahaja RM21billion. mana nak cari kerajaan sebaik hati? Sampai naik loya tekak kita mendengar ulang tayang cerita lama ini.

Semua orang kena bersyukur sebab mana ada kerajaan yang belanja sebanyak itu untuk rakyat. Rakyat atau kerajaan yang patut bersyukur?

Yelah- orang UMNO yang kurang cerdik semua angguk ya seolah2 wang tersebut UMNO yang punya. Atau kerajaan yang dikuasai UMNO yang punya. Fakta nya ialah,, kerajaan tidak ada wang. Wang yang ia ada semua datang dari hasil cukai dan hasil bukan cukai yang di kutip dari rakyat semua. Yang mereka belanja itu, dalam bahasa yang mudah, bukan bapak mereka yang punya.

Tujuan sabsidi ialah mengurangkan harga sesuatu barang supaya meringankan beban rakyat. kerajaan belanja RM20-21 billion setiap tahun keatas sabsidi RON95, disel dan LPG. Juga untuk mengurangkan harga meringankan beban rakyat yang sussah.

Soalaan: adakah membantu rakyat susah menjadi susah kepada kerajaan? Kalau rasa susah sangat, undur biar Pakatan Rakyat ambil alih dan tunjukkan bagaimana kita boleh urus ekonomi negara dengan lebih baik.

Setiap tahun kita rakyat menyerahkan RM230-240 billion kepada kerajaan apa macam? Bagaimana duit kita kerajaan belanjakan? Jika dari 230 blllion itu dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk sabsidi sebanyak RM40 billion , apa yang hendak dibising dan diungiktkan. Betul jumlah sabsidi itu banyak tapi kenapa ianya jadi demikian?

Itulah sebabnya saya katakan dalam sebuah artikel- keberadaan sabsidi ini menyembunyikan kegagalan kerajaan BN untuk memikirkan dan melaksanakan dasar2 ekonomi yang mengurangkan sabsidi  tersebut. Jika terlalu banyak sabsidi bererti kerajaan gagal memikirkan dan menjalankan dasar2 yang membaiki keadaan ekonomi. Jika pengurusan ekonomi baik, sabsidi boleh dikurangkan.

Sabsidi tidak sama dengan pemberian wang kepada mereka yang tidak berdaya, tua, sakit dan yang memerlukan bantuan kebajikan masyarakat. Ini pemberian yang mana2 kerajaan yang perihatin sediakan untuk sebahagan mereka yang benar2 tidak terdaya.

Saudara Anwar ' ......... The Last Straw....'

Posted: 26 Oct 2014 07:06 AM PDT





Oleh Abu Hassan Adam


Peribahasa Inggeris ada menyebut, ' it is the last straw that breaks the camel's back'. Lebih kurang maknanya adalah sesuatu keadaan yang pada mulanya dianggap kecil akan bertukar menjadi sesuatu yang besar disebabkan sesuatu peristiwa yang dianggap remeh atau tidak mendatangkan kesan yang mendalam.

Perbicaraan mengenai rayuan Saudara Anwar Ibrahim yang akan datang bukan merupakan peristiwa 'ditelan mati emak dan diluah mati bapak". Bagi aku tidak ada 'dilemma'nya dalam menentukan keputusan perbicaraan itu. Namun demikian segala keputusan terletak di atas kebijaksanaan para hakim yang mengendalikan kes berkenaan. Bagi 'orang luar' seperti aku sekiranya Saudara Anwar 'dihumban' ke penjara bermakna akan lahir seorang lagi 'Nelson Mandela' di negara kita Malaysia.

Itulah senario yang dapat aku bayangkan yang akan terjadi di Malaysia dan tentang bagaimana reaksi rakyat Malaysia secara keseluruhannya terhadap pemenjaraan Saudara Anwar adalah diluar kemampuan aku untuk menggambarkannya. Berbagai spekulasi telah diutarakan oleh penganalisis politik tanah air. Sekiranya Saudara Anwar dipenjarakan begini jadinya dan sekiranya 'dilepaskan' begitu pula jadinya.

Bagi aku tidak ada 'kalau'nya. Minat aku terhadap perjuangan Nelson Mandela dan Martin Luther King tidak ada batasnya. Dan mengikut pengamatan aku perjuangan Saudara Anwar Ibrahim juga adalah lebih kurang sama dengan perjuangan kedua-dua tokoh ini. Mungkin agak keterlaluan bagi setengah pihak apabila aku membuat perbandingan sedemikian. Namun setelah mengikuti sekian lama perjuangan Saudara Anwar Ibrahim tidak syak lagi bahawa 'langkah' Anwar adalah lebih kurang sama dengan 'langkah' Mandela dan Martin Luther Kings.

Ada pihak yang merasakan bahawa Pakatan Rakyat akan menghadapi masalah sekiranya ketiadaan Saudara Anwar. Apakah 'padam' api perjuangan rakyat Afrika menentang Apartheid setelah Mandela dipenjarakan selama 27 tahun? Apakah malap perjuangan rakyat kulit hitam di Amerika Syarikat setelah Martin Luther King di tembak. "I have a dream'nya terus menjadi mimpi dan igauan rakyat kulit hitam sehingga akhirnya berjaya juga meletakkan Obama (kulit hitam) ditakhta Presiden Amerika. Dan sekiranya kita beranjak ke belakang lagi melihat sejarah perjuangan Jose Rizal menentang Sepanyol, akan dapat lihat bahawa obor perjuangan tokoh-tokoh ini tidak akan padam. Berbagai tindakan dilakukan oleh Sepanyl namun gagal juga akhirnya.

Begitu jugalah dengan perjuangan yang telah dilancarkan oleh Saudara Anwar Ibrahim. Sebagaimana yang pernah aku katakan dalam blog terawal bahawa 'Anwar' sudah berada di mana-mana dalam hati sanubari rakyat Malaysia, samada di bandar, di kampung, golongan elit, pemuda,wanita dan yang paling menakjubkan lagi ialah beliau telah menjadi ikon rakyat Malaysia dari semua bangsa dan keturunan. Lebih jauh dari itu perjuangan beliau telah diketahui oleh kebanyakan penduduk dunia yang mengikuti siaran CNN, BBC, Aljazeera, dan puluhan akhbar dunia yang menyiarkan ucapan dan temuramahnya.

Beliau akan terus 'hidup' walaupun dipenjarakan. Sekiranya ada pihak yang merasakan bahawa dengan memenjarakan beliau akan melemahkan Pakatan Rakyat, bagi aku tanggapan sedemikian merupakan satu kesilapan yang amat besar.

Saudara Anwar Ibrahim adalah merupakan 'catalyst' sesuatu perjuangan. Maksud aku bukan badan tubuh Anwar Ibrahim yang dilihat oleh rakyat terbanyak, tetapi roh perjuangannya akan 'menakluki' hati dan perasaan rakyat terbanyak. Aku yakin yang musuh politik Saudara Anwar juga faham tentang hakikat ini. Sekiranya mereka tidak faham, masakan berbagai langkah dan tindakan yang dilakukan bagi menyekat kemaraan Saudara Anwar dalam politik tanah air.

Mungkin ada juga yang memikirkan bahawa sekiranya Saudara Anwar Ibrahim dipenjarakan, pasti akan wujud suatu 'mercu tanda' baru dalam pemikiran rakyat terbanyak bahawa perjuangan yang dilancarkan oleh Saudara Anwar Ibrahim perlu diteruskan tanpa ada titik noktahnya. Mungkin keadaan politik kini agak 'sejuk' disebabkan tidak ada petanda baru yang 'menghangatkannya'. Dan sekiranyalah Anwar dipenjarakan maka akan muncul suatu kesedaran baru dikalangan rakyat sepertimana tindakan mereka terhadap 'mata lebam' pada tahun 1999 dulu.

Barisan Nasional terselamat pada ketika itu disebabkan kesedaran golongan bukan Melayu terhadap persitiwa demikian kurang meluas berbanding dengan keadaan yang berlaku kini. Lantas undi bukan Melayu masih memihak kepada Barisan Nasional disamping belum wujudnya media sosial secara meluas dan berkesan. Dan dalam masa yang singkat, isu 'mata lebam' telah menjalar seperti 'api ditiup angin' keseluruh pelusuk negara.

Itu suasana tahun 1999 setelah Saudara Anwar dipenjara. Kini adalah tahun 2014, lebih kurang tiga tahun menjelangnya PRU 14. Pasti isunya adalah ' Anwar dipenjara'. Isu sedemikian pasti digembar-gemburkan dan seolah-olah memberikan 'peluru' yang amat berkesan kepada pihak pembangkang. Jikalau pada tahun 1999, kempenya kurang berkesan tetapi kempen kali ini akan jauh lebih berkesan daripada keadaan sebelumnya.

Perkembangan terbaru yang membimbangkan pihak tertentu adalah keberanian yang ditunjukkan oleh setengah pemimpin pelajar dari pusat pengajian tinggi terhadap perjuangan Saudara Anwar Ibrahim. Hal ini tidak berlaku sebelum ini. Dan sekiranya para pelajar sudah mula tampil, maka sesuatu perubahan pasti akan berlaku. Sejarah telah menunjukkan bahawa sesuatu perubahan biasanya dicetuskan oleh pelajar pusat pengajian tinggi.

Sekiranya ada pihak tertentu yang boleh berperanan untuk 'menghalang' Saudara Anwar dari dipenjara, aku pasti tindakan sedemikian perlu dilakukan kerana 'jangan disangka air tenang tiada buiaya'. Itulah gambaran sebenar di negara ini. Mungkin para pemimpin atasan tidak melihat 'kocakan' yang berlaku 'di bawah' dan janganlah meletakkan harapan begitu tinggi kepada 'pengaruh' BRIM, kerana 'pengaruh' sedemikian akan lenyap dalam sekelip mata.

Hanya sekadar mengajak rakyat berfikir…..

MCA ikrar rampas 9 kerusi DUN di Johor

Posted: 26 Oct 2014 07:03 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Faktor kembalinya sokongan pengundi Cina kepada BN akhir-akhir ini memberikan keyakinan kepada MCA untuk merampas kembali sembilan kerusi DUN Johor, yang ia tewas pada pilihan raya umum 2013 (PRU13), daripada pembangkang.
  
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga timbalan presiden MCA berkata parti itu akan meningkatkan jenteranya bagi mempertahan dua kerusi DUN Johor yang dimenanginya pada PRU13 iaitu Paloh dan Pulai Sebatang.
  
"Beberapa pilihan raya kecil sebelum ini seperti Parlimen Teluk Intan dan DUN Kajang menunjukkan sokongan pengundi Cina sudah kembali kepada BN," katanya pada sidang media selepas merasmikan pejabat MCA Bahagian Johor Baharu hari ini.
  
Pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan 31 Mei lepas, Wee berkata sokongan pengundi dalam kalangan masyarakat Cina terhadap BN mencatatkan peningkatan 14.5 peratus berbanding pada pilihan raya umum sebelumnya.
  
Analisis MCA juga menunjukkan trend sama di mana sokongan pengundi Cina pada pilihan raya kecil DUN Kajang juga menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan.

Berikutan trend peningkatan sokongan pengundi Cina terhadap BN, beliau berkata MCA akan melipatgandakan usaha untuk merampas kembali sembilan kerusi DUN yang majoriti undi kemenangan pembangkang adalah di bawah 10 peratus.
  
Antara kerusi berkenaan ialah Stulang, Parit Yaani, Johor Jaya dan Mengkibol, kata Wee yang juga ahli Parlimen Ayer Hitam itu.
  
Selain itu, katanya parti komponen BN akan merangka strategi bagi mempertahan empat kerusi Parlimen dan merampas semula empat kerusi lain termasuk Gelang Patah yang dimenangi pembangkang tahun lepas.
  
Selain Ayer Hitam, kerusi Parlimen milik MCA ialah Labis, Tebrau dan Tanjung Piai.
  
Anggota Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad, yang turut hadir pada majlis itu, berkata BN mempunyai peluang yang baik untuk merampas semula Parlimen Gelang Patah yang kini disandang oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang.
  
Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi DUN.-Bernama

'Tiang seri' negara bakal dibahas dalam AGM Umno

Posted: 26 Oct 2014 06:54 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Umno sedang mengumpul pandangan daripada akar umbi berhubung perkara berkaitan 'tiang seri' negara seperti agama, kaum dan institusi diraja untuk dibahaskan pada perhimpunan agung parti itu bulan depan.
  
Naib Presiden parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pandangan berkenaan penting bagi mengelak perkara berkaitan 'tiang seri' negara menjadi polemik hingga mencetuskan perpecahan kaum di negara ini.
 
"Majlis Tertinggi Umno sudah putuskan saya memimpin Jawatankuasa Usul dan Jurucakap sempena Perhimpunan Agung Umno. Saya juga pengerusi Biro Perlembagaan dan Perundangan Umno.
  
"Sehubungan itu, Umno menerusi jawatankuasa dan biro ini sedang mendapatkan pandangan daripada akar umbi mengenai perkara-perkara 'tiang seri' untuk dibawa dan dibahaskan ke Perhimpunan Agung parti," katanya selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali Muafakat Johor di Kluang, hari ini.
  
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia Johor R Vidyanathan.

Hishammuddin yang juga menteri pertahanan berkata pandangan daripada akar umbi amat penting bagi Umno dalam menyatakan pendirian parti itu berhubung perkara-perkara yang sering diperkatakan rakyat terutamanya Akta Hasutan.
 
Menurutnya mengambil kira pandangan akar umbi juga merupakan amalan tradisi Umno dan Barisan Nasional dalam menjaga kepentingan rakyat.
 
Konvensyen Umno Johor di Johor Baharu awal bulan depan juga akan dijadikan medium bagi mendapatkan maklum balas daripada akar umbi berhubung perkara berkenaan, katanya. 
-Bernama

Ali larikan diri bimbang keselamatan nyawanya

Posted: 26 Oct 2014 06:19 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Walaupun ditangkap empat kali dan dan didakwa beberapa tuduhan menghasut, aktivis sosial Ali Abd Jalil sentiasa memperlihatkan ketenangan beliau dan mengekalkan suasana positif dalam apa yang dihadapinya.

Oleh itu ramai yang terkejut apabila Ali melarikan diri ke Sweden, tetapi beliau berkata bukan hanya setakat Akta Hasutan. Dia bimbang keselamatan nyawanya.

Beliau mendakwa polis, samseng, NGO PERKASA, kumpulan sayap kanan Melayu, kumpulan dalam Umno sedang mencarinya dan mendakwa ada di antara mereka telah mengugut untuk membunuh dan memukulnya.

"Bahkan ada yang mengatakan bahawa saya pengkhianat dan saya tidak sepatutnya diperlakukan seperti manusia.

"Kebanyakan kumpulan Melayu (seperti) PERKASA mengatakan saya seperti sampah dan polis tidak mempertahankan saya," kata Ali yang sekarang kini berada di Gavle, 170 kilometer di Barat Laut ibu negara Sweden, Stockholm.

Bercakap kepada Malaysiakini menggunakan perkhidmatan mesej segera (IM), Ali berkata beliau akhirnya meninggalkan negara kerana tidak berdaya lagi untuk berbuat apa-apa.

'Tubuh lembaga cari, desak ganti tanah rizab'

Posted: 26 Oct 2014 06:16 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Seorang pensyarah mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan satu badan berkanun bagi mempertahankan dan mendesak pihak berkuasa mencari ganti bagi tanah rizab Melayu yang diambil sebelum ini.

Pensyarah Kanan Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur Universiti Teknologi Mara (Uitm) Perak Mohd Hasrol Haffiz Aliasak berkata cadangan mewujudkan Lembaga Amanah Tanah Rizab Melayu bagi memastikan kepentingan orang Melayu.

"Badan ini dapat jadi satu mekanisme yang diberi kuasa untuk mencari dan mendesak kerajaan negeri dan persekutuan menggantikan tanah rizab Melayu yang hilang," katanya.

Beliau demikian ketika ditemui media selepas Wacana dan Forum Isu Tanah Rizab Melayu anjuran NGO pendesak Melayu, PERKASA di ibu negara hari ini.

Mohd Hasrol sebelum ini mendedahkan kajian beliau pada 2009 mendapati keluasan tanah berkenaan hanya kira-kira 12 peratus daripada 12.9 juta hektar keseluruhan tanah semenanjung Malaysia tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka.

Bagaimanapun mereka bakal berdepan dengan langkah sukar kerana kuasa tanah kini berada di bawah kerajaan negeri mengikut senarai dua perlembagaan persekutuan

"Masukkan tanah dalam senarai bersama Perlembagaan Persekutuan. Bila kita wujudkan akta dan undang-undang seperti Lembaga Pembangunan Tanah Persekutuan (Felda).

"Kalau perbadanan sebegini boleh wujud dengan satu akta persekutuan, tak ada masalah," katanya.

Sementara itu, Hasrol berkata sekarang bukan masa untuk mencari pihak yang salah kerana hal itu tidak akan selesai.

Sebaliknya, beliau percaya mekanisme baru dengan kerjasama kerajaan pusat dan negeri ini dapat menyelesaikan masalah kehilangan tanah rezab Melayu ini.

"Bukan cara terbaik nak salahkan sesiapa. Sekarang kita kena pertahankan baki tanah dan minta kerajaan siasat di mana tanah ini.

"Kalau nak cari dalang sahaja sampai bila nak selesai?" katanya.

UM nafi polis berkawal, halang pidato Anwar

Posted: 26 Oct 2014 06:14 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Universiti Malaya (UM) menafikan telah mengeluarkan notis amaran kepada mahasiswa melarang mereka menghadiri pidato Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus perdana itu esok.

Pentadbiran UM turut menafikan bahawa polis akan mengambil alih menjaga keselamatan kampus itu esok bagi menghalang majlis itu.

"Tiada ada perkara bahawa polis akan mengambil alih. UM mempunyai sekuriti sendiri, kenapa kami perlu pihak polis masuk ke sini?" kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Datuk Rohana Yusof.

Beliau juga menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang ancaman untuk mengambil tindakan displin terhadap pelajar yang terlibat dalam majlis itu.

"Tidak ada notis. UM tidak pernah memberi kebenaran pada aktiviti ini, jadi kami tidak jangka majlis tersebut akan berlaku," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Terdahulu wakil majlis perwakilan pelajar Timbalan Setiausaha Leong Yu Sheng mengeluarkan kenyataan media yang mendakwa pihak universiti akan menutup kawasan kampus bagi menghentikan acara pada malam esok

Jangan salah guna logo PDRM

Posted: 26 Oct 2014 06:06 AM PDT




Abdul Rahim bersalaman dengan orang ramai sempena program PDRM bersama pelanggan di sebuah pasar raya di Bandar Baharu Farlim hari ini. Abdul Rahim bersalaman dengan orang ramai sempena program PDRM bersama pelanggan di sebuah pasar raya di Bandar Baharu Farlim hari ini.
 
 
GEORGETOWN - Pasukan peronda sukarela dan pertubuhan keselamatan tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pakaian seragam mereka kerana menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ada pertubuhan keselamatan di negeri ini menggunakan logo PDRM pada kemeja-T dan vest pantulan cahaya pasukan masing-masing.

Beliau berkata, perbuatan itu bertentangan dengan Akta Polis 1967 dan boleh dikenakan tindakan.

"Hanya pasukan polis bantuan dibenarkan menggunakan logo PDRM pada pakaian seragam mereka.

"Saya menasihatkan mereka yang masih menggunakan logo PDRM pada pakaian seragam agar menanggalkannya segera atau bakal diambil tindakan," katanya kepada media selepas menghadiri program PDRM bersama pelanggan di sebuah pasar raya di Bandar Baharu Farlim di sini hari ini.

Beliau bimbang ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk tujuan penyamaran dan melakukan jenayah jika logo PDRM bebas digunakan oleh pihak tertentu.

Anggota bomba maut motosikal dipercayai dilanggar lori

Posted: 26 Oct 2014 06:04 AM PDT

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
  
 
BAGAN SERAI: Seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau maut apabila motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di sini awal pagi tadi.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu, Ab Latiff Sulaiman, 56, maut di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badannya.
 
Kejadian di persimpangan lampu isyarat di tengah-tengah pekan ini, dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki mangsa dilanggar dari belakang oleh lori terbabit sehingga terperosok di bawah lori berkenaan.
 
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai, Alias Bahari, berkata pasukannya dipanggil untuk membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah lori itu.
 
"Kami kemudian menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya di sini, hari ini.

Fitnah video seks: Ustaz Azhar tidak buat laporan polis

Posted: 26 Oct 2014 06:03 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA TERENGGANU: Tiada laporan polis akan dibuat oleh pendakwah dan penceramah terkenal, ustaz Azhar Idrus (UAI) susulan dakwaan penyebaran video lucah dan gambar lucah di laman sosial yang tersebar sejak Rabu lalu.
 
Rakaman berdurasi 38 saat itu dikatakan dikongsi melalui beberapa blog, Facebook dan WhatsApp sehingga menjadi topik hangat.
 
Menurut sumber rapat dengan UAI, penceramah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran video lucah itu yang dianggap hanya niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan imej beliau dan golongan ulama di negara ini.
 
"Tiada laporan polis akan dibuat. Baik daripada pihak UAI sendiri atau pihak penyokong UAI," katanya.
 
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan tiada laporan diterima pihaknya sehingga semalam berhubung penyebaran video dan gambar lucah berkenaan.

Pidato terakhir Anwar di UM, esok dijangka kecoh

Posted: 26 Oct 2014 05:56 AM PDT

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM : Esok bakal berlangsung 'Pidato Umum Anwar Ibrahim 40 tahun, dari UM ke Penjara' yang telah dirancang  pada malam sebelum Mahkamah Rayuan memutuskan samaada  Ketua Pembangkang itu dibebas atau dipenjarakan buat kali kedua.
 
Anwar sebelum ini memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah meliwat bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
 
Anwar berkata beliau akan turun ke Universiti Malaya (UM) pada malam menjelang kes liwatnya dibicara di mahkamah tertinggi dalam negara ini.
 
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu  berkata beliau mengetahui  program anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) itu tidak mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran institusi itu.
 
Namun beliau tetap akan hadir bagi memberikan ceramah terakhirnya, sebelum nasibnya diputuskan mahkamah pada keesokan harinya.
 
Tentunya perkembangan itu diramal banyak pihak, bakal berakhir dengan kekecohan dan situasi itu mungkin juga akan mencetuskan siri penentangan mahasiswa terhadap kerajaan pemerintah kini.
 
Di pihak Anwar sendiri, kekecohan itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memupuk rasa simpati orang ramai terhadap nasibnya yang kononnya menjadi mangsa tekanan politik.
 
Presiden PMUM, Fahmi Zainol menegaskan program bersama Anwar tetap akan diteruskan sebagai tanda solidariti terhadap Ketua Umum PKR itu.
 
Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2012 dan memutuskan beliau dihukum penjara lima tahun.
 
Pasukan pembelaan Anwar, yang kini diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, memfailkan 35 asas dalam rayuan ke atas sabitan di mahkamah tertinggi itu.

Lokasi tanah runtuh Bukit Beruntung diisytihar stabil

Posted: 26 Oct 2014 05:54 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
HULU SELANGOR:  Lokasi tanah runtuh dekat Apartment Teratai di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung diisytiharkan stabil dan pihak berkuasa telah memberikan lampu hijau kepada penduduk untuk kembali ke kediaman mereka mulai pukul 3 petang Ahad.
 
Pegawai Majlis Daerah Hulu Selangor, Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, tiada pergerakan tanah baharu yang direkodkan sejak cerucuk telah dipasangkan pada Sabtu.
 
"Kita telah membuat kesimpulan bahawa kawasan itu selamat dan mangsa-mangsa boleh mula berpindah keluar dari tempat perlindungan pada kira-kira pukul 3 petang hari ini (Ahad)," katanya dipetik The Star.
 
Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Khamis lalu mula melakukan kerja-kerja pemasangan cerucuk di kawasan tanah runtuh di Apartment Teratai bagi menghentikan pergerakan tanah.
 
Jabatan itu berkata, ia turut menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji penyelesaian jangka panjang untuk mengelakkan kejadian tanah runtuh berulang.
 
Pasukan khas itu melibatkan pegawai-pegawai dari JKR, Jabatan Mineral dan Geosains, Majlis Daerah Hulu Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran, serta Tenaga Nasional Bhd.
 
Kejadian tanah runtuh pada Isnin lalu mengakibatkan pemindahan 1,163 orang dari 289 keluarga.

Zul Ariffin Jawab Isu Mabuk Bersama Wanita Seksi

Posted: 26 Oct 2014 05:45 AM PDT

Oleh: MOHD AL QAYUM AZIZI
 
 
Zul sangkal dakwaan berada dalam keadaan mabuk di sebuah kelab.
 
 
 
PETALING JAYA: Pelakon Zul Ariffin menyangkal dakwaan kononnya dia berfoya-foya dan berada dalam keadaan mabuk dengan seorang wanita ketika menjalani penggambaran drama bersiri terbaharunya berjudul Istiqarah Cinta di Pulau Langkawi, Kedah baru-baru ini.

Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 28, berkata, individu yang dikaitkan bersamanya di sebuah kelab sehingga gambar mereka tersebar adalah peminatnya dan dia menegaskan tidak mengenali wanita berkenaan.

"Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya.

"Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat," katanya kepada mStar Online.

Zul ditemui pada majlis pengumuman pengacara Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) di Sri Pentas di sini pada Isnin.


Foto Zul bersama seorang wanita seksi yang tersebar sehingga menimbulkan pelbagai tuduhan tidak benar terhadapnya.

Selain Zul, ASK 2014 turut diterajui oleh Fahrin Ahmad, Amyra Rosli, Nabila Huda, Shukri Yahya, Tasha Shilla, Fiza Sabjahan dan Fara Fauzana.

Dalam pada itu, Zul berkata, dia tidak menyalahkan wanita berkenaan untuk memuat naik foto berkenaan di laman sosial dan menganggap ada pihak cuba memutarkan cerita sebenar disebalik gambar tersebut.

Bagaimanapun kata Zul, selepas ini dia akan lebih berhati-hati sekiranya ingin bergambar dengan peminat wanita supaya tidak timbul salah faham.

"Kadang-kadang rasa serba salah untuk menolak permintaan peminat untuk bergambar atau menegur cara mereka kerana bimbang mereka berkecil hati.

"Namun kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati apabila bergambar dengan peminat wanita selepas ini," jelasnya.

Menjawab persoalan kononnya dia seolah-olah melarikan diri daripada media apabila isu itu timbul, Zul berkata, dia tidak berniat berbuat demikian kerana lebih selesa menjawab secara berhadapan dengan pihak wartawan.

"Saya bukan lari tapi tunggu masa sesuai dapat berjumpa semua media untuk jelaskan situasi sebenar kerana lebih mudah menjelaskan secara berhadapan.

"Tetapi dua orang pertama yang tahu situasi sebenar adalah ibu saya dan Gayatri (kekasihnya)," ujar Zul.

Dalam perkembangan lain Zul berkata, dia terkejut apabila dipilih sebagai hos bersama ASK 2014 bergandingan dengan tujuh lagi selebriti lain.

Kata Zul, biarpun tidak merasakan mempunyai bakat sebagai pengacara namun dia tetap menerima tawaran tersebut kerana menganggap ia sebagai satu pendedahan kepadanya sebagai pelakon.

"Saya sendiri kurang pasti mengapa pihak TV3 memilih saya tetapi saya melihat ia sebagai satu peluang untuk mencuba sesuatu yang baharu.

"Tetapi untuk meneruskan karier dalam bidang pengacaraan mungkin tidak kerana saya sebenarnya gemuruh apabila perlu bercakap memandang kamera," katanya.

Geng Sekinchan Tumpas, 12 Lelaki Warga Tempatan Ditahan

Posted: 26 Oct 2014 05:40 AM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
 
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket mencuri kereta dikenali sebagai Geng Sekinchan dan menemui semula sebanyak 11 buah kenderaan bernilai RM1.3 juta.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, polis turut menahan 12 lelaki warga tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 40-an sejak 14 Oktober hingga semalam di sekitar ibu negara.

Menurutnya Geng Sekinchan ini menjalankan kegiatan mencuri kenderaan dan kemudian menjualnya semula kepada pembeli yang hanya mengetahui ditipu apabila cukai jalan mereka tamat tempoh dan tidak dapat diperbaharui.

ESSCom Tembak Mati Penjenayah Rentas Sempadan

Posted: 26 Oct 2014 05:38 AM PDT

MSTAR ONLINE


 
 
 
SEMPORNA: Seorang suspek lelaki dipercayai penjenayah rentas sempadan ditembak mati dalam operasi oleh pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) di kawasan perairan Bangau Bangau, di sini awal pagi Ahad.

Komander ESSCom Datuk Abdul Rashid Harun berkata suspek yang belum dikenal pasti identitinya itu ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di perairan berkenaan kira-kira pukul 2.15 pagi.

Beliau berkata ketika kejadian, pasukan peronda terserempak dengan sebuah bot berwarna biru dan mempunyai garisan merah di bahagian atas bot yang dikemudi seorang lelaki.

"Apabila cuba dihampiri, suspek terus melarikan diri dan setelah berjaya dikejar, suspek bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis," katanya dalam sidang media di sini, Ahad.

Beliau berkata selepas insiden berbalas tembakan, pihaknya terus menghampiri bot berkenaan dan mendapati suspek terbaring berlumurah darah serta dipercayai telah meninggal dunia.

Abdul Rashid berkata hasil pemeriksaan, sepucuk pistol bersama dua kelongsong peluru dan tiga butir peluru hidup di dalam silinder dijumpai di tempat kejadian.

"Tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai dan suspek dipercayai berusia 40-an," katanya.

Beliau berkata terdapat dua kesan tembakan di bahagian kiri bot yang dinaiki pasukan peronda, bagaimanapun pasukan peronda tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Semporna dan hasil pemeriksaan mendapati terdapat empat kesan tembakan di belakang kepala dan ada kesan luka di bahagian hadapan kepala, katanya.

Beliau berkata susulan kejadian itu, pihak ESSCom melakukan operasi di beberapa buah perkampungan air di sekitar Semporna kira-kira pukul 10 pagi ini.

"Hasil daripada operasi itu, kami menahan tujuh lelaki dan dua wanita berusia 30 hingga 40 tahun. Mereka yang ditahan dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes tembakan itu," kata Abdul Rashid.

Beliau berkata pada masa sama, pihaknya sedang mengesan enam lelaki berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun yang dipercayai dapat membantu siasatan berhubung kes jenayah rentas sempadan.

"Mereka dikenali sebagai Badong, Bocai, Wahab, Ali, Nilson dan Alex. Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pihak ESSCom di talian 089-863181 atau balai polis berhampiran," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali MIC Sabah di Kota Kinabalu, berkata beliau telahpun diberi taklimat tentang kejadian itu oleh ESSCom.

Beliau merakamkan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang bertindak pantas dalam mengendalikan keadaan dan menasihati penduduk di Semporna supaya tidak panik memandangkan keadaan terkawal.

"Paling penting adalah perlu ada kerjasama dan sokongan (kepada pasukan keselamatan) daripada penduduk di kawasan berkenaan (Semporna)," katanya.

Tidak rugi kalau Mara atau Felda bantu pelajar persendirian di Mesir

Posted: 26 Oct 2014 01:52 AM PDT

MSO


Dua hari lepas saya bersarapan pagi dengan seorang wakil rakyat BN asal Kelantan. Walaupun antara kami sibuk dengan urusan masing-masing, tetapi sesekali ada juga kami bersua muka. Dan bila bersua muka banyaklah perkara diperkatakan, ada yang serius mengenai masalah negara dan politik serta soal-soal yang rengan termasuk juga hal ehwal keluarga. Kebetulan saya dengan wakil rakyat berkenaan ada bau-bau bacang.

Entah kenapa, topik yang turut terbual pagi itu ialah mengenai nasib pelajar persendirian dalam bidang perubatan (doktor) di Timur Tengah khususnya di Mesir. Wakil Rakyat itu menimbulkan soal nasib pelajar persendirian itu yang tidak mendapat bantuan atau pun perhatian daripada pihak kerajaan.

Beliau telah mengajukan masalah ini kepada Menteri Pendidikan untuk dipedulikan dan tidak diabaikan begitu sahaja memandangkan kesemua mereka yang melanutkan ilmu perubatan di Mesir terdiri daripada anak berbangsa Melayu. Menurutnya adalah wajar kalau kerajaan mempedulikan nasib mereka atas semangat nasionalisme.

Sekarang ini terdapat kira-kira 2,000 orang pelajar perubatan di Mesir yang pergi secara bersendirian. Mereka tidak mendapat bantuan mana-mana institusi kewangan sebaliknya seratus peratus perbiayaan mereka oleh keluarga sendiri. Mereka ke sana kerana tidak mendapat tempat di IPTA dalam negara. Pencapaian atau keputusan mereka tidak melepas pointer yang ditetapkan iaitu 3.9 atau 4 CGPA. Jadi kerana hasrat ibubapa bergitu tinggi untuk melihat anak menjadi doktor maka dihantar ke Mesir.

Itulah punca kenapa ramai menghantar anak ke Mesir walaupun terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi sampai ada yang bergadai bergolak, jual lembu kerbau atau pun tanah air.

Menurut wakil rakyat berkenaan, ibubapa dan pelajar berkenaan menyedari akan risiko dan masalah mereka. Perubatan memerlukan kewangan yang banyak. Pihak kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak akan menawarkan biasiswa kepada mereka, kerana mereka pergi atas tanggungjawab dan usaha sendiri. Begitu juga institusi kewangan lain tidak sedia untuk menaja mereka.

JPA atau institusi kewangan hanya akan melihat pelajar-pelajar yang cemerlang sahaja untuk menaja atau memberi biasiswa. Hakikat ini disedari oleh pelajar berkenaan dan keluarga mereka. Sebenarnya mereka tidak pun mengharap apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak. Tetapi apa yang dibangkitkan oleh wakil berkenaan, apakah kerajaan tidak ada cara lain untuk membantu mereka. Atau langsung akan membiarkan begitu sahaja.

Wakilo Rakyat itu sebagai orang politik melihat dari sudut politik. Baginya tidak patut kerajaan UBN tidak membantu mereka dan melepaskan begitu sahaja. Katanya, apapun terjadi, susah payah mencari wang sendiri, mereka yang ke Mesir itu akhirnya akan balik menjadi seorang doktor juga. Kalau mereka tidak ada peluang bekerja dengan kerajaan mereka akan bersama swasta ataupun membuka klinik sendiri.

Hujahnya, kalau mereka tidak dibantu mereka tidak akan merasai apa-apa budi kerajaan kepada mereka. Mereka tidak akan merasa berterima kasih kepada kerajaan. Kesan daripada itu menyebabkan mereka itu akhirnya akan menentang kerajaan dalam politik. Dan katanya kalau mereka menentang kerajaan atau tidak menyokong kerajaan jangan marahkan mereka, kerana mereka tidak pernah dibantu.

"Saya melihat dari aspek berkenaan, di samping mereka perlu dibantu kerana mereka adalah anak-anak Melayu," tegas wakil rakyat berkenaan yang sejiwa dengan saya. Memang kerajaan atau mana-mana institusi berkenaan kerajaan seperti GLC seharus memberi bantuan mereka.

Mungkin mereka tidak layak untuk mendapat biasiswa kerana kerajaan ada pelajar yang ditaja. Tetapi apa salah kalau kerajaan membantunya untuk membayar fee yuran tahunan atau semesta mereka untuk beberapa semesta sahaja. Janji adalah budi ditabutkan kepada mereka?

Menurut wakil rakyat itu peranan ini boleh dimainkan oleh institusi kerajaan seperti Felda atau Mara. Kalau Felda boleh melaburkan untuk perniagaan lain kenapa tidak boleh curi sedikit peruntukan untuk dibaktikan kepada pelajar perubatan di Mesir itu?

Saya sangat bersetujuan dengan pandangan dan idea wakil rakyat berkenaan. Tetapi kalau Mara atau Felda menyediakan sedikit peruntukan bukan mengharap agar mereka menyokong kerajaan, tetapi apa yang utamanya mereka semua adalah anak-anak Melayu daripada golongan kurang berada. Apa salahnya kalau kita keluarkan sedikit wang untuk membantu mereka.

Dalam hal syarikat Petroleum Negara (Petronas) juga boleh membantu pelajar di Mesir itu. Kalau mereka boleh memperuntukkan hingga RM1 untuk seseorang pelajar tajaan dalam bidang petroleum, apalah sangat kalau disedekah sedikit kepada pelajar perubatan di Mesir itu. Tidak rugi pun.

Tidak rugi kalau membantu pelajar perubatan di Mesir. Kalaupun tahap atau kualiti mereka tidak sehebat pelajar perubatan di Eropah tetapi suasana di negara mereka belajar itu memungkin mereka pulang membawa dua kemahiran, perubatan dan pengetahuan agama Islam. Yang sudah pastinya mereka akan menguasai bahasa Arab kerana pengantar asasnya di sana adalah bahasa Arab.

Seorang kawan saya guru, berkata untung kita hantar belajar di Mesir selain daripada ilmu dunia (profesional) mereka juga akan membawa balik ilmu dunia, samping jadi doktor mereka juga menjadi imam

Anak muda beri isyarat tidak setuju naik harga minyak

Posted: 26 Oct 2014 01:48 AM PDT

MUHAMMAD FAIZAL






MELAKA: Pemuda PAS Malaysia ‎menyifatkan kempen berterusan perlu dilakukan bagi memastikan rakyat lebih sedar tentang kesan kenaikan harga minyak.

Ketua Pemuda PAS Melaka, Jauhar Muhammad Dawi berkata, anak muda mula memberi isyarat tidak bersetuju dengan kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan sebanyak 20 sen seliter sebelum ini.

‎"Hari ini kita dapat melihat anak muda mula memberi isyarat bahawa mereka juga menolak dasar kerajaan yang menekan hidup rakyat terutamanya soal kenaikan harga minyak.

"‎Anak muda semakin matang dan bakal mengubah arus politik di Melaka, tetapi kempen ini harus berterusan agar mereka akan lebih faham," katanya kepada Harakahdaily.

Tambah beliau lagi, perubahan anak muda bukan hanya setakat sambutan pada program jelajah hari ini tetapi turut berlaku pada laman sosial.

"Kesedaran secara mendadak berlaku akibat dari kenaikan harga minyak apabila mereka melihat sejak kenaikan tersebut harga barang terus mendadak naik.

"Walaupun kenaikan hanya 20 sen seliter tetapi kesannya amat teruk, kita akan meneruskan kempen protes ini agar maklumat akan terus sampai kepada rakyat," sambung beliau pada program Jelajah Penerangan Rakyat Protes di negeri ini hari ini.‎

Jauhar turut memberitahu kempen penerangan yang dilakukan hari ini cukup memberi kesan kepada rakyat Melaka.

"Pemuda PAS Melaka akan mengerakkan kempen ini ‎secara berskala, kita berpuas hati dengan perjalanan jelajah kempen di negeri ini.

"Kerjasama baik Pemuda PAS Pusat dan juga NGO telah melancarkan perjalanan kempen," katanya.‎

Kempen Penerangan Jelajah Rakyat Protes di Melaka hari ini meliputi empat kawasan iaitu Jasin, Kota Melaka, Alor Gajah dan Masjid Tanah.

Turut hadir pada program itu adalah‎ Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaie Ismail.

Sementara itu satu himpunan besar-besaran rakyat protes kenaikan harga minyak dan kos sara hidup akan diadakan di KLCC pada 7 November depan pada jam 2 petang. - HARAKAHDAILY 




Share on Myspace

Sekarang waktu bekerja, jangan berpolitik - Azmin

Posted: 26 Oct 2014 01:47 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, misinya kini adalah untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan serta menerajui kerajaan negeri demi kepentingan rakyat, lapor Selangor Kini.

"Tiadak ada, tidak ada. Sekarang waktu untuk bekerja. Jangan berpolitik. Masa berpolitik sudah selesai," katanya dalam sidang media di Shah Alam hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai menafikan dakwaan terdapat usaha dari dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahukan dirinya diangkat ke jawatan Presiden daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Sehubungan itu, beliau yang Ahli Parlimen Gombak bersyukur kerana didukung pasukan baru daripada PAS, DAP dan PKR sendiri dengan penuh kerjasama.

Kini, jelas Azmin tanggungjawab beliau untuk memenuhi aspirasi rakyat kerana mereka mahu pembangunan di Selangor diteruskan dengan baik dan amanah.

"Fokus kerja," katanya yang juga Timbalan Presiden PKR.

5 unit rumah teres musnah terbakar di Temerloh

Posted: 26 Oct 2014 01:43 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Lima unit rumah teres kos rendah di Taman Mewah, Kuala Krau dekat Temerloh musnah selepas terbabit dalam kebakaran tengah malam tadi.
  
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang Anuar Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.36 tengah malam tadi.
  
"Seramai sembilan anggota bomba bersama dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh bergegas ke lokasi kejadian dan seramai 24 anggota Bomba sukarela dari Kuala Krau turut membantu memadamkan api.
  
"Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 1.42 pagi tadi dan padam sepenuhnya kira-kira pukul 4.01 pagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Kuantan hari ini.
  
Beliau berkata, kesemua penghuni rumah berkenaan berjaya menyelamatkan diri dan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku.
  
Katanya, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-Bernama

K'jaan digesa tegas perkasa agenda nasional

Posted: 26 Oct 2014 01:42 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Kerajaan diminta mengambil tindakan lebih tegas dalam memastikan pemerkasaan agenda nasional dapat digerakkan bagi menjamin perpaduan rakyat berbilang bangsa di negara ini dapat dieratkan.
  
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata pihaknya mendapati kerajaan ketika ini lebih bersifat defensif sehingga menolak ke tepi dasar agenda nasional sebaliknya meletakkan agenda politik di hadapan.
  
Katanya Perkasa juga berharap kerajaan dapat memastikan matlamat agenda nasional dapat dicapai dalam menjamin kestabilan dan keamanan negara.
  
"Apa yang berlaku sekarang ini adalah rakyat berpecah dan matlamat agenda nasional untuk melihat penyatuan rakyat berbilang kaum masih jauh.
  
"Mengapa setelah 50 tahun  kita merdeka masih ada lagi rakyat tidak boleh berbahasa Kebangsaan. Apa punca semua ini terjadi dan kerajaan perlu mencari penyelesaiannya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perkasa Peringkat Parlimen Bayan Baru, di Georgetown malam tadi.

Ibrahim berkata kewujudan sekolah berbagai aliran, siaran televisyen dan radio dalam bahasa tertentu perlu dikaji semula dan ditambah baik supaya selari dengan agenda nasional yang digariskan.
  
Katanya Perkasa juga bimbang dengan kewujudan sistem pelbagai bahasa di negara ini yang dikhuatiri mampu  memberikan kesan buruk kepada negara khususnya kebersamaan dan kesatuan rakyat.
  
"Kita bukan rasis apabila menyentuh isu sekolah pelbagai aliran dan siaran radio dengan pelbagai bahasa tetapi disebabkan perkara ini telah melahirkan rakyat yang langsung tidak boleh berbahasa kebangsaan.
  
"Sudah sampai masanya kerajaan bertegas dengan menekankan semula penggunaan bahasa kebangsaan di negara ini supaya tiada lagi rakyat tidak mampu menggunakan bahasa negara sendiri," katanya.
  
Sementara itu, Ibrahim menyelar tindakan pihak tertentu yang sering melabelkan Perkasa dan perjuangan mempertahankan hak Bumiputera di negara ini sebagai rasis.
  
"Perjuangan Perkasa jelas adalah mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera seperti yang terkandung dalam Perlembagaan dan tidak timbul isu rasis di sini.
  
"Mengapa kita pertahan hak kita dilabel rasis sedangkan kaum lain yang bangkit pertahan hak mereka tidak (dilabel rasis). Perkara ini tidak betul dan sekiranya tidak diambil serius oleh kerajaan, kita risau ia akan memberi kesan kepada kestabilan dalam negara khususnya melibatkan hubungan antara kaum," katanya.-Bernama

'Mereka lebih buruk dari pekerja Bangladesh'

Posted: 26 Oct 2014 01:38 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Penolong Pengarang Mingguan Malaysia Ku Seman Ku Hussain berkata segelintir pelajar dari sekolah jenis kebangsaan (SJK) lebih buruk penguasaan bahasa Melayu berbanding pekerja Bangladesh yang berjaya menguasainya dalam tempoh tiga bulan.

Dalam kolum Anekdot yang disiarkan dalam akhbar edisi mingguan hari ini, Ku Seman merujuk hasil kajian Prof Dr Teo Kok Seong yang mendapati 604 pelatih Cina dan India daripada 14,000 pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara pada 2010 tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

"Nisbahnya sangat besar dan inilah 'sumbangan' sekolah vernakular dalam konteks perpaduan yang kita laung-laungkan.

"Nampaknya puak 604 orang ini jauh lebih buruk daripada orang Bangladesh yang baru tiga bulan sudah boleh berbahasa Melayu," kata Ku Seman dipetik akhbar milik Umno itu hari ini.

Dalam tulisannya itu, Ku Seman mempertahankan cadangan "realistik" Timbalan Ketua Umno Petaling Jaya Utara Mohamad Azli Mohamed Saad yang mencadangkan supaya isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Umno bulan depan.

Beliau turut bersetuju cadangan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi yang secara peribadi menyatakan bahawa sudah tiba masannya sekolah satu aliran diperkenalkan.

Dalam tulisan itu, Ku Seman berpendapat isu SJKC sudah lapuk kerana tidak ada ruang untuk dibahaskan di pentas intelektual sebaliknya dipenuhi dengan prejudis dan kepentingan politik.

"Sekolah vernakular yang terus wujud dan diberi bantuan kewangan adalah suatu yang sangat tidak masuk akal.

"SJKC menjadi pemangkin kepada sebahagian besar orang Cina yang memilih pengasingan atau mengasingkan diri daripada menerima sosio-budaya etnik Melayu.

"Pengasingan ini berlaku secara besar-besaran terutama apabila pengaruh politik Cina yang semakin besar pada pasca pilihan raya Umum ke-12.

"Malah parti politik Cina yang bertentangan ideologi boleh duduk semeja mempertahankan SJKC. Tidak adakah dalam kalangan pembuat dasar yang boleh membaca mesej ini?" kata Ku Seman dipetik.

Anwar: Saya mungkin dipenjara atas hasutan juga

Posted: 26 Oct 2014 01:31 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui bukan saja beliau bakal berdepan hukuman penjara kerana kes liwat kedua, bahkan terdapat kemungkinan berdepan hukuman penjara tambahan atas dakwaan kes hasutan.

Katanya, meskipun beliau dipenjarakan kerana kes liwat yang bakal diputuskan Mahkamah Persekutuan, kemungkinan pihak berkuasa mahu beliau mendiami penjara lebih lama dengan kes hasutan.

Dalam wawancara di kediamannya di Segambut itu, Anwar nampak mesra dan tersenyum walaupun berdepan kemungkinan karier politik beliau akan sekali lagi dijejaskan dalam masa beberapa hari lagi.

Malah ada yang mengatakan karier politik Anwar bakal berakhir sekiranya dijatuhkan hukuman lebih lima tahun penjara.

"Kes (hasutan) ini diluar siasatan polis kerana mereka telah menutup kes ini. Tetapi ada arahan dari Putrajaya kepada Pejabat Peguam Negara (AG).

"Saya ada masalah dengan AG, (Tan Sri) Abdul Gani (Patail) kerana beliau menganggap ia peribadi, walaupun saya amat berhati-hati.

"Saya hanya bercakap menentang sistem, kemungkinan penglibatan perdana menteri (dalam kes Altantuya Shaariibuu) dan langsung tidak menyentuh AG.

"Saya diberitahu mereka (polis) perlu mengambil keterangan saya kerana mereka (kerajaan) mahu membuat pendakwaan (hasutan), dan sepatutnya ia disediakan minggu depan (selepas kes liwat)," katanya dalam wawancara itu kepada Malaysiakini.

Anwar yang juga ketua umum PKR antara beberapa ahli politik terbaru yang disiasat bawah akta hasutan sejak Ogos lalu.

Polis mengambil kenyataan Anwar bulan lalu kerana isi ceramahnya pada 2011 di Gombak di mana beliau melancarkan kempen 'Datuk Najib Altantuya' (DNA).

Tiada Perjanjian 2004

Anwar turut menafikan bahawa beliau mempunyai perjanjian dengan kerajaan bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004, untuk membebaskan dari kes liwat sebelum ini yang dianggap "tidak dapat dipertahankan sebabnya."

"Ini tidak benar. Tiada sebarang jawapan diberi, kecuali ketika mula-mula berlaku (pendakwaan kes liwat pertama).

"Satu-satunya masa saya meninggi suara adalah ketika menentang (bekas PM) Tun Dr Mahathir Mohamad (ketika beliau membuat tawaran): 'Anda pilih dakwaan, atau mahu berapa banyak wang untuk tinggal di luar negara?" kata Anwar ketika menceritakan tawaran bekas ketuanya itu.

Anwar pada 1998 dipecat Mahathir yang menuduh beliau seorang homoseksual dan menyebabkan episod liwat 1.

"Saya berkata tidak (kepada tawaran Mahathir), ia satu-satunya ketika hal ini diperkatakan.

"Walaupun selepas itu, saya dengar ada beberapa rancangan, tetapi tidak pernah sampai kepada saya.

"Walaupun ia sampai kepada saya, tak mungkin selepas dipenjara enam tahun untuk tuduhan tidak betul. Kenapa nak kompromi?" katanya.

Seorang peguam kanan yang rapat dengan kepimpinan Umno memberitahu Malaysiakini terdapat perjanjian pada 2004 untuk membebaskan Anwar, di mana sebahagian daripadanya ialah bekas timbalan perdana menteri itu bersara terus dari politik.

Perjanjian itu turut melibatkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tun Abdul Hamid Mohamad menulis dalam penghakimannya insiden liwat itu benar-benar berlaku.

Anwar telah memohon untuk membuang ayat yang dipertikaikan dalam penghakiman majoriti Abdul Hamid awal tahun ini tetapi gagal.

Ketua pembangkang itu dalam reaksi segera terhadap keputusan mahkamah ketika itu ialah "Allah! Ini seperti satu lagi keputusan penghakiman! Mengapa semua yang dibuat menentang Anwar jadi seperti ini?"

Kemudian Malaysiakini bertanya apakah pendakwaan kes liwat II dilakukan kerana beliau tidak mematuhi perjanjian 2004, dan beliau menyatakan perjanjian sebegitu adalah salah dan tidak patut dibuat.

"Adakah ketika itu menjadi asas (untuk mendakwa saya) kerana Anwar tidak mematuhi komitmennya (terhadap perjanjian itu), adakah ada komitmen?

"Ini amat penting, melibatkan persoalan moral dan etika. Jika terdapat perjanjian, ia memang tidak betul. Walaupun untuk mereka mematuhi perjanjian itu, ia tidak dapat dipertahankan," kata beliau.

Insiden mata hitam

Sementara itu Anwar menyatakan beliau kini lebih bersedia secara mental jika hukuman penjara dijatuhkan. Bagaimanapun persediaan fizikal mungkin terjejas kerana faktor usia beliau yang menjangkau 67 tahun ini.

Anwar berkata masih jelas ingatan beliau apabila kali pertama ditangkap dan dibawa ke ibupejabat polis Bukit Aman (pada 1998) dengan digari, dicampak ke dalam lokap sebelum diserang oleh ketua polis negara ketika itu (Tan Sri Abdul Rahim Noor) menyebabkan mata kanannya lebam.

"Tentunya ia memberi trauma. Anda sedar ia salah satu episod paling teruk dan hitam dalam hidup. Ketika itu saya berumur 50, kuat dari segi mental dan fizikal, bukan 67 (seperti sekarang)," kata beliau.

Walaupun menyatakan bersedia dari segi mental, Anwar berkata beliau mempunyai harapan kecil bahawa mahkamah akan membuat keputusan yang masuk akal dan siuman.

"Saya menjangkakan mahkamah paling tinggi negara akan menghormati prinsip kebebasan perundangan dan membuat keputusan berdasarkan undang-undang dan fakta," kata beliau.

Anwar yang mempunyai enam anak dan lima cucu setakat ini berkata beberapa rakan dari luar negara telah meminta beliau untuk tidak kembali dalam lawatan terakhirnya keluar negara minggu lalu, tetapi beliau tetap kembali ke negara ini.

Beliau juga berkata ini bukan bermaksud mahu membuktikan diri sebagai hero tetapi dia mahu menunjukkan beberapa kroni yang memanggil beliau pengecut walaupun mereka sendiri tidak berani berdepan satu hari dalam penjara.

Menurut beliau, kesediaan beliau berdepan dengan kemungkinan dipenjara menjadi cara untuk memberitahu golongan muda menuntut perubahan serta memperjuangkan kebebasan dan keadilan.

"Untuk mendapatkan perubahan, perjuangan untuk kebebasan dan keadilan menuntut pengorbanan kecil, dan ini harga yang saya perlu bayar," kata beliau.

Keputusan rayuan kes liwat II Anwar akan didengar di Mahkamah Persekutuan Selasa dan Rabu ini dijangka depan panel lima hakim.

[Baca berita asal]


Wawancara ini dijalankan oleh Zakiah Koya, Hafiz Yatim, Alyaa Azhar, Radzi Razak dan Prasadh Michael.

Video seks: Pihak berkuasa perlu bertindak

Posted: 26 Oct 2014 01:26 AM PDT


Mohd Khalil Abdul Hadi Mohd Khalil Abdul Hadi
 
 
SHAH ALAM  - Pemuda Pas menggesa pihak berkuasa memandang serius soal penyebaran video dan gambar lucah mengaitkan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus yang mula tersebar, Khamis lalu.

Timbalan ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, perkara seumpama ini tidak boleh dibiarkan dan tindakan perlu diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab.

"Imej dan reputasi UAI yang sengaja dicalarkan dengan apa juga sebab ini sangat merunsingkan kita semua.

"Insiden ke atas UAI ini harus dipandang dan diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa. Siasatan perlu dilakukan dan tindakan perlu dikenakan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, jika dulu artis dan ahli politik menjadi sasaran, kini golongan ulama turut cuba dibogelkan di khalayak ramai.

"Sebelum ini, hanya para artis sahaja dikaitkan dengan skandal seumpama itu. Disusuli pula ahli politik menjadi sasaran yang bertujuan menjatuhkan seteru politik sendiri.

"Suburnya perangai jahat ini, kini para ulama dan agamawan pula cuba dibogelkan di hadapan khalayak ramai.

"Musibah sungguh umat kita dihinggapi penyakit rosak ini yang merosakkan ramai orang dan ketamadunan ketimuran manusia kita di negara ini.

"Jika dibiarkan, kelak tidak perlu lagi sesiapa pun membogelkan orang lain, mereka sendiri akan rela hati membogelkan diri mereka," katanya.

Menyentuh soal penzahiran rasa dukacita ke atas insiden tersebut oleh pelbagai pihak, Muhammad Khalil berkata, situasi itu bukti bahawa Allah tidak mengizinkan makhluk yang mulia dihina.

"Seluruh pencinta ilmu dan ulama merasa amat dukacita dengan insiden penyebaran video fitnah yang dikaitkan dengan da'i kesayangan ummah dan dambaan jutaan pemuda, Ustaz Azhar Idrus.

"Rasa dukacita yang dimanifestasikan dengan pelbagai ekspresi oleh bermacam-macam pihak itu tanda bahawa Allah tidak mengizinkan makhluk yang dimuliakanNYA itu dihina tanpa kehendakNYA. Bahkan, suatu kehinaan pula ke atas pelaku fitnah itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau sempat mendoakan agar UAI sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian tersebut dan sentiasa istiqamah dalam menyebarkan ilmu.

Rakaman berdurasi 38 saat itu dikatakan mula tersebar melalui beberapa blog, Facebook dan WhatsApp sehingga menjadi topik hangat.

Menurut sumber rapat kepada UAI, penceramah itu tidak akan membuat sebarang laporan polis berhubung penyebaran video lucah itu yang dianggap hanya niat jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan imej beliau dan golongan ulama di negara ini.

BAM sahkan ikon negara gagal doping

Posted: 26 Oct 2014 01:22 AM PDT


Foto: Azmi Aryanto Foto: Azmi Aryanto
 
 
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) hari ini tampil mengesahkan seorang atlet 'terkemuka' negara yang gagal dalam ujian doping oleh Agensi Antidoping Dunia (WADA) baru-baru ini adalah pemain dibawah naungan badan induk itu.

Ini diumumkan oleh Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria selepas mengadakan mesyuarat tergempar di Hotel Grand Dorsert hari ini.

Mengakui ia membabitkan atlet yang berprofil tinggi,  Norza bagaimanapun berkata, pihaknya tidak boleh mengumumkan nama atlet terbabit selagi tidak mendapat kebenaran daripada Persatuan Badminton Dunia (BWF).

Tiada ulasan: