Sabtu, 25 Oktober 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kita tidak ada masalah pendatang, masalahnya ialah yang mempunyai mentaliti pendatang

Posted: 25 Oct 2014 08:06 AM PDT



Tindakan Parti Gerakan menggantung keahlian seorang perwakilan yang memainkan isu 'pendatang' dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini sebagai satu tindakan yang patut menjadi contoh kepada parti-parti lain yang masih terlalu bebas menggunakan isu pendatang dan yang bukan pendatang akhir-akhir ini.

Mana-mana pihak yang menganggap Melayu juga sebagai pendatang itu merupakan satu usaha yang cuba membuat 'equation' yang Melayu dan bangsa lain itu semuanya pendatang. Melayu bukan pendatang kerana mereka adalah rakyat yang dari dulu adalah rakyat yang dari 'Malay archipelago' yang merentasi sehingga ke Filipina Selantan dan Indonesia dan kawasan-kawasan yang berhampiran.

Dulu kaum Cina dan India itu adalah pendatang tetapi setelah negara mencapai kemerdekaan mereka diberikan kerakyatan hasil dari rundingan di antara pemimpin-pemimpin berbagai kaum yang mendiami negara ini termasuk yang datang dari negara China dan India. Setelah merdeka mereka ini bukan lagi pendatang kerana mereka sudah diberikan kerakyatan oleh negara ini dan bersama-sama mendiami dan hidup dalam negara ini dengan bersatu padu merentasi cara hidup dan agama serta budaya masing-masing.

Maka adalah tidak wajar ada di antara kita yang menuduh pihak yang lain sebagai pendatang di negara ini. Itu adalah pengakuan yang termaktub di dalam Perlembagaan negara kita, malah ada di antara mereka yang dari keturunan pendatang ini juga menjadi pemimpin negara kita.

Tetapi apa yang masih ada dan kekal bagi setengah dari mereka yang datang dari keturunan pendatang ini mempunyai 'mentaliti pendatang' (migrant mentality) walaupun mereka tidak lagi tergulung kepada apa yang disebut oleh setengah pemain politik sempit sebagai pendatang. Mereka sudah menjadi rakyat bagi negara ini dan adalah tidak bermoral untuk memanggil mereka sebagai pendatang.

Yang perlu dididik bagi keturunan dari pendatang ini ialah untuk menghilangkan 'migrant mentality' yang masih jelas wujud sekarang ini.

Apa dia yang dikatakan dan siapa pula yang boleh dianggap sebagai orang yang mempunyai 'migrant mentality ini?

Mereka yang mempunyai mentaliti ini ialah mereka yang sentiasa merasakan yang mereka tidak selamat walaupun pun Perlembagaan telah menjamin mereka sebagai rakyat negara ini tanpa persoalan lagi. Mereka akan sentiasa merasa yang mereka perlu untuk persoalkan semua apa yang diperuntukan oleh Perlembagaan yang memberikan 'keistimewaan' kepada bangsa watan tanpa menyedari 'protection' yang diperuntukan kepada mereka itu lebih kuat dari mereka yang diberikan keistimewaan.

Mereka ini adalah lebih 'protective' terhadap bangsanya dan akan melakukan apa sahaja untuk mengaut segala keuntungan dan tidak akan rela mematuhi apa dasar-dasar yang telah persetujui bersama dengan melaksanakan 'parochialism' dalam segala tindakan mereka. Apa yang dikuasai oleh mereka, seperti bidang 'industry' dan 'commerce' misalnya, mereka akan hanya membawa bersama dalam pengurusan syarikat dan pertubuhan yang mereka kuasa itu untuk bangsanya walaupun sebelum itu mereka telah bersetuju untuk bersama-sama memainkan peranan untuk memperseimbangkan penyertaan dari semua kaum terutamanya dengan anak watan negara ini secara jujurnya.

Banyak syarikat yang telah mensyaratkan kefasihan dalam bahasa Mandarin sebagai syarat untuk menyertai syarikat walau pun syarikat yang mereka kuasa itu adalah syarikat awam yang tersenarai dalam Bursa Malaysia. Banyak di antara syarikat-syarikat yang dikuasai oleh mereka yang mempunyai 'migrant mentality' ini hanya mempunyai sebilangan kecil yang boleh dikira dengan jari jumlah kakitangan daripada anak watan Bumiputra itu tadi.

Mereka yang bermentaliti seperti inilah yang selalu memainkan isu perkauman dan menuduh pihak lain yang mempunyai mentaliti perkauman ini dan menggunakan isu ini untuk memperbesarkannya untuk kepentingan politik mereka. Akhirnya menguasai politik negara itu sebagai 'ultimate' mereka dalam jangka masa yang panjang nanti.

Kesedaran sebahagian dari anak watan inilah yang menyebabkan mereka juga terbentuk perasaan 'defensive' terhadap bangsa mereka dan akhirnya wujud pertubuhan-pertubuhan yang berhaluan kanan seperti yang disasarkan oleh sebahagian dari mereka yang mempunyai 'migrant mentality' sekarang ini. Mereka juga mempunyai matlamat politik bagi mempertahankan bangsanya yang begitu 'imminent' akan di kuasai oleh bangsa yang bermentaliti 'migrant' ini.

Sikap rakyat yang masih mempunyai 'migrant mentality' inilah yang menyebabkan keadaan rasa tidak mempercayai wujud terhadap gulungan ini, maka gulungan berhaluan kanan dikalangan anak watan dan Bumiputra ini bertambah subur dan itu yang menjadi isu politik kepada gulungan ini. Pendeknya mereka yang mempunyai mentaliti migrant inilah yang membuatkan keadaan penyatuan kaum ini terbantut kerana mereka terlalu menumpukan kepada bangsanya sendiri dari berfikir sebagai 'Malaysian'.

Tetapi mereka jugalah yang menuduh setengah pemimpin Melayu sebagai tidak 'Malaysian' kerana menumpukan kepada melayu dahulu baru bercakap tentang 'Malaysians'. Cuba dihazamkan betul-betul tentang isu yang saya sebutkan ini kerana kita memerlukan pencapaian penyatuan kaum yang berbagai itu sebagai agenda yang sangat penting bagi keperluan negara dalam jangka masa yang panjang. Tanpa kerjasama dan penyatuan kaum yang berbagai ini tidak mungkin kita capai matlamat kita yang 'ultimate' iaitu perpaduan kaum ini.

Pihak ini tidak boleh terus menerus menuduh pihak lain yang mempunyai pandangan berhaluan kanan ini, kerana mereka yang menuduh ini pun sama juga sikapnya malahan lebih menakutkan lagi bagi bangsa-bangsa anak watan yang mendiami negara ini.

Itu sebabnya dari awal tadi saya mengakui yang bangsa Cina dan India dan yang lain-lain yang keturunan mereka dari lain dari kawasan 'Malay archipelago' tadi telah diterima sebagai rakyat Malaysia dan tidak dianggap sebagai pendatang lagi, tetapi mereka masih mempunyai sifat-sifat dan 'attribute' sebagai kaum pendatang walaupun mereka bukan lagi pendatang.

Selagi masih ada perasaan curiga dikalangan anak watan tadi terhadap rakan yang sudah dianggap sebagai rakyat negara ini sejak berapa keturunan dahulu lagi, selagi itulah mereka tidak akan mampu diyakini oleh orang Melayu dan anak-anak watan yang lain untuk bersama-sama menjamah kuasa politik negara ini.

Kita tidak boleh marah dan sangsi terhadap mereka yang kita sangsikan itu, kerana kita sendiri mempunyai 'attribute' dan sifat-sifat dan mentaliti 'migrant' itu sendiri. Kita di negara ini tidak ada yang 'migrant'. Yang ada hanya mereka yang mempunyai 'migrant mentality' sahaja.

Siapa yang mampu menyelesaikan masalah ini, itulah pemimpin yang sejati negara.

Kanser payu dara: Utamakan rawatan moden

Posted: 25 Oct 2014 08:01 AM PDT

SINAR HARIAN

Fatimah Abdullah Fatimah Abdullah
 
 
SIBU - Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, Datuk Fatimah Abdullah menasihatkan wanita yang didiagnos positif kanser payu dara supaya mengutamakan rawatan perubatan moden dan nasihat doktor daripada rawatan tradisional.
  
Beliau berkata, ini kerana rawatan tradisional belum lagi diuji keberkesanannya secara saintifik dan klinikal.
  
"Tetapi apabila rawatan tradisional itu tidak berkesan barulah mereka pergi kepada doktor dan ini mungkin sudah agak lewat.
  
"Kita sepatutnya tidak berlengah sebab bagi penyakit kanser, masa serta rawatan segera adalah sangat penting," katanya.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran kempen "Ucap Selamat Tinggal Kepada Kanser Payu Dara" bagi negeri Sarawak anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan kerjasama Avon Cosmetic (M) Sdn Bhd di Butik Kecantikan Avon Kampung Dato di sini hari ini.

Fatimah berkata, sejak pelancaran kempen itu pada Mei 2007 sehingga 30 September tahun ini, seramai 28,043 wanita di Sarawak telah menjalani saringan mamogram dan 35 orang telah disahkan positif kanser payu dara.
  
"Saringan ujian ini sangat penting bagi membantu wanita mengesan kanser payu dara lebih awal dan membolehkan doktor melakukan rawatan-rawatan susulan dengan kadar segera," katanya. - Bernama

13 lembu mati dipanah petir

Posted: 25 Oct 2014 07:59 AM PDT


Kamaruddin bersama beberapa penduduk kampung melihat lembu yang mati di sawah padi Kampung Kemat, di sini. Kamaruddin bersama beberapa penduduk kampung melihat lembu yang mati di sawah padi Kampung Kemat, di sini.
 
 
HULU TERENGGANU – Seorang penternak yang menyangka sekumpulan lembu sedang tidur di bawah pokok bongor terkejut apabila mendapati kesemua 13 ekor lembu itu mati dipercayai terkena renjatan kilat dalam kejadian di Kampung Kemat, di sini, lewat petang kelmarin.

Kamaruddin Ali, 53, berkata, ekoran kejadian bencana alam itu, dia terpaksa menanggung kerugian hampir RM20,000 termasuk lima ekor lembu milik saudaranya yang diserahkan untuk dijaga.

Dia menyedari lembunya mati kira-kira jam 5.30 petang kelmarin apabila dia datang untuk membawa ternakan itu masuk ke kandang yang terletak lebih kurang satu kilometer dari kawasan kejadian.

"Memang petang itu (kelmarin) hujan lebat berserta kilat, tetapi saya tidak terfikir langsung akan berlaku kejadian buruk kepada lembu-lembu di sini kerana menyangka ia selamat berada di kawasan seperti ini (sawah padi).

"Saya amat terkejut dengan kejadian ini kerana apabila tiba, semua lembu sudah tidak bernyawa dipercayai mati akibat dipanah petir, lagipun terdapat kesan terbakar pada daun pokok bongor ini," jelasnya ketika ditemui di tempat kejadian, pagi semalam.

Apa yang lebih menyedihkan Kamaruddin, dia baharu sahaja melepaskan lembu itu dua hari lalu kerana pemilik sawah telah selesai mengetam padi.

Menurutnya, menjadi rutin penduduk di kampung itu apabila selesai musim mengetam padi, penternak akan melepaskan lembu mereka di kawasan terbabit.

"Saya baru sahaja melepaskan lembu di sini dua hari lepas dan tidak menyangka kejadian ini berlaku menyebabkan sekelip mata sahaja saya kehilangan lapan ekor lembu serentak," katanya.

Ekoran kejadian itu juga, Kamaruddin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu pagi semalam dan dalam masa sama akan menyelesaikan urusan menanam ternakan berkenaan.

Boleh cuba mohon bantuan

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Nawi Mohamad berkata, mangsa boleh memohon bantuan daripada kerajaan walaupun kejadian itu disebabkan bencana alam.

"Insya-Allah kita akan menyalurkan sedikit bantuan sebagai ihsan daripada kerajaan kerana penternak menanggung kerugian yang banyak akibat kejadian itu walaupun lembu terbabit adalah milik persendirian.

"Apa yang penting, surat permohonan perlu dibuat dan disertakan sekali dengan laporan polis supaya memudahkan urusan pemberian bantuan," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri, Dr Abdul Razak Mohd Zailan berkata, pihaknya telah pun mengarahkan pegawai veterinar daerah untuk ke kawasan kejadian petang semalam.

Bagaimanapun, menurut Razak, jabatannya tidak menyediakan bantuan khas untuk kes sedemikian tetapi boleh dirujuk kepada majlis mesyuarat kerajaan negeri berkaitan.

'Nik Aziz orang pertama nasihat agar bersabar'

Posted: 25 Oct 2014 07:54 AM PDT


  • azmin ali


BISIKAN nasihat ibu di telinga menjadi kata azimat kepada beliau meneruskan perjuangan politiknya. Berada di kerusi nombor satu negeri Selangor, beliau terus mengatur langkah memimpin negeri ini dengan penuh yakin.

Meskipun dilanda pelbagai kontroversi sehinggalah mengheret ibunya ke kancah politik, beliau tetap tenang menangkis fitnah dan tohmahan musuh.

Semalam, genaplah sebulan Mohamed Azmin Ali menerajui negeri ini. Ikuti sambungan temubual Penasihat Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali, Editor, Lailatun Khalilah Nasir, wartawan, Mohd Syairi Mohamad Shaari dan jurufoto, Afiq Razali yang melakukan kunjungan hormat ke pejabatnya, baru-baru ini.

Boleh YAB kongsikan apakah fikiran pertama yang terlintas di fikiran YAB ketika menerima surat pelantikan dari pihak istana?

Terima kasih. Sejujurnya saya tidak tahu apaapa. Saya dipanggil untuk ditemuduga oleh pihak istana dan ini kali pertama saya menghadap Tuanku secara bersemuka selain urusan rasmi sebagai Adun dan Ketua BBC.

Pada pertemuan kali pertama itu, Tuanku titahkan harapan baginda terhadap Selangor. Tetapi belum ada sebarang keputusan ketika pertemuan itu. Saya difahamkan Tuanku ada dua nama lagi yang dicadangkan dan saya diberitahu, saya adalah orang ketiga yang ditemuduga.

Sehinggalah saya dimaklumkan pada hari Isnin, 22 September 2014, jam 3.36 petang secara rasminya saya menerima surat daripada pihak istana yang mengesahkan pelantikan saya sebagai menteri besar baharu.

Saya terus sujud syukur di pejabat sejurus menerima pelantikan itu. Kemudian saya memaklumkan kepada parti dan parti memberi dokongan kepada saya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan tarik diri dari pencalonan sebagai menteri besar, malah beliau sendiri mengusulkan supaya saya dicalonkan oleh parti. Saya mendapat sokongan dari Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat serta sokongan dari DAP. Sokongan dari PR cukup padu.

Boleh YAB ceritakan apakah yang dibisikkan oleh ibu YAB ketika mendapat restunya?

Sebelum ini, banyak pihak melontarkan fitnah kepada saya dengan mengatakan saya mempunyai masalah dengan ibu saya. Fitnah ini memang tidak adil kepada diri saya kerana saya mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan ibu dan arwah ayah. Malah, ayah saya juga adalah insan yang mempertahankan saya apabila insiden pada 1998.

Selama setahun beliau terpaksa menanggung kesusahan dan hampir setiap minggu arwah berulang alik masuk Institut Jantung Negara dan meninggal dunia pada Julai 1999.

Begitu pun, arwah sempat berjumpa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon maaf bagi pihak keluarga di atas tindakan Ummi  Hafilda dan ayah saya meninggal di dalam dakapan saya.

Setelah meninggal, ibu saya tinggal seorang dan sebagai anak yang kasih dan hormat kepada ibu, saya laksanakan tanggungjawab sebagai anak, saya lakukan semampu saya. Tetapi bila timbul isu fitnah ini, saya rasa perkara ini tidak sepatutnya dan saya terkilan mengenainya.

Saya mahu tegaskan, saya tidak pernah mengheret ibu saya dalam kancah politik dan apabila timbulnya isu fitnah ini, antara orang pertama yang menasihati saya agar tabah dan bersabar adalah Tok Guru, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saya cukup terkesan dengan tindakan Nik Aziz kerana beliau banyak memberi semangat dan kekuatan untuk saya berdepan situasi itu.

Saya ingat ketika ada pihak berusaha menyebarkan fitnah dengan gambar lucah, orang pertama yang memanggil saya ke Kota Bharu adalah Nik Aziz. Nik Aziz jugalah orang pertama yang membuat kenyataan secara terbuka mempertahankan saya lebih awal dari rakan dalam parti.

Dalam isu saya sebagai anak derhaka, orang yang paling awal menasihati saya adalah Nik Aziz. Beliau pesan pada saya, supaya menjadi anak yang soleh dan dihormati.

Berbalik kepada soalan tadi, apabila saya selesai mengangkat sumpah sebagai menteri besar di istana, saya ke rumah ibu di Hulu Kelang untuk mendapatkan restu.

Ibu saya cukup gembira dengan pelantikan ini dan menasihati saya supaya mentadbir Selangor dengan jujur, amanah dan jangan menzalimi mana-mana pihak. Pesanan ibu yang akan saya pegang sampai bila-bila.

Penjaga kunci Kaabah meninggal dunia

Posted: 25 Oct 2014 07:53 AM PDT

SINAR HARIAN

SHEIKH ABDUL QADIR SHEIKH ABDUL QADIR
 
 
MAKKAH - ARAB SAUDI. Penjaga kunci tradisional pintu Kaabah, Sheikh Abdul Qadir Taha Al-Shaibi meninggal dunia di Hospital Raja Khaled, di sini pada usia 74 tahun.

Memetik laporan Arab News, beliau dinamakan sebagai penjaga kanan kunci pintu Kaabah selepas kematian bapa saudaranya, Abdul Aziz Al-Shaibi kira-kira empat tahun lalu.

Difahamkan, Dr Saleh bin Taha Al-Shaibi akan mengambil alih tanggungjawab itu berikutan ia telah diamanahkan kepada anggota  keluarga tertua Al-Shaibi sejak zaman pra-Islam.

Pencalonan Azizah ada agenda

Posted: 25 Oct 2014 07:51 AM PDT


Anwar (kanan) berucap ketika pertemuan bersama pimpinan PKR Perak, kelmarin Anwar (kanan) berucap ketika pertemuan bersama pimpinan PKR Perak, kelmarin
 
 
IPOH - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan mencalonkan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini sebagai agenda yang perlu dilaksanakan.

Menurutnya, walaupun menyedari dan memahami risiko bakal dihadapi, namun keputusan itu dianggap agenda yang mesti diteruskan.

Katanya, bagaimanapun pelbagai isu dibangkitkan media telah memberi gambaran keadaan yang berbeza.

"Sebenarnya ini adalah agenda untuk kita laksanakan. Inilah pentingnya kita faham dengan risiko yang kita ambil.

"Saya kenal dan saya tahu populariti itu akan jatuh sebab media gasak dengan mengatakan kita seolah-olah hendak rebut jawatan sahabat pula," katanya ketika berucap semasa pertemuan bersama pimpinan PKR Perak di sini.

Sementara itu, mengulas mengenai isu penganjuran program 'Saya Mahu Sentuh Anjing',  Anwar berkata, ia bukan satu kesalahan serius.

Katanya, jika berdasarkan pada mazhab Syafie, perkara itu sememangnya salah dan tidak digalakkan tetapi tidak termasuk dalam kategori boleh dijatuhi hukuman berat atau dikenakan hukum hudud kerana melakukannya.

Jokowi jadi inspirasi Azmin

Posted: 25 Oct 2014 07:45 AM PDT


azmin ali
 
 
SABAK BERNAM – Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mengakui ingin menjadikan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sebagai contoh dalam pentadbirannya kerana merasakan bahawa Jokowi adalah seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan menjadi menteri besar baharu, beliau dan kepimpinan kerajaan negeri telah 'menerjah' empat daerah sehinggakan beliau digelar Jokowi Malaysia.

"Saya pernah mengunjungi beliau (Jokowi) tahun lepas ketika beliau menjadi gabenor di Jakarta. Saya tanya apakah kejayaan beliau sebagai gabenor?

"Beliau memberitahu saya, dia kata... Azmin, saya hanya 20 peratus di pejabat, manakala 80 peratus saya di lapangan. Saya dengar masalah rakyat, saya duduk bersama rakyat,  saya duduk bersama nelayan, saya duduk bersama peneroka, baru saya boleh digelar pemimpin yang berjiwa rakyat," katanya pada Majlis Perhimpunan Pagi Penjawat Awam Daerah Sabak Bernam di Dewan Seri Bernam, Sungai Besar, di sini, semalam.

Mengambil contoh kewibawaan Jokowi itu, katanya, beliau akan sentiasa mendengar dan memahami permasalahan rakyat dan akan bertemu dengan mereka seperti pada kunjungannya di Sabak Bernam untuk bertemu petani dan peneroka.

"Jika kita dengar taklimat semuanya cantik belaka, tapi bila kita turun baru kita faham bahawa ada masalah dan tanggungjawab sebuah kerajaan negeri yang maju seperti Selangor supaya kekayaan negeri ini mesti dipulang semula kepada rakyat dalam bentuk pembangunan dan kesejahteraan," katanya.

Gaji Pendapatan Bawah RM4,000 Boleh Beli Minyak Petrol RON95 Dengan Subsidi. Apa Nasib RM4,001 Hingga RM12,000?

Posted: 25 Oct 2014 07:32 AM PDT

 



petrol dengan subsidi



Gaji Pendapatan Bawah RM4,000 Boleh Beli Minyak Petrol RON95 Dengan Subsidi. RM4,001 Hingga RM12,000? : Sekarang ini kita lihat penguatkuasaan larangan terhadap pembelian minyak petrol RON95 oleh rakyat Singapura dan Thailand di kawasan larangan yang telah ditetapkan masih lagi lemah. Mereka terus tersenyum gembira menikmati limpahan subsidi minyak yang diraih oleh mereka selama ini. Selepas….

Selepas kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON95 naik baru-baru ini, nampaknya kerajaan sudah tidak menoleh kebelakang lagi. Kali ini dengan formula beli minyak petrol dengan subsidi berdasarkan gaji dan pendapatan bulanan anda.

Masih anda ingat lagi formula Ahmad Maslan sekitar September 2013 seperti di bawah ini :
KLIK SINI : Guna Minyak RON 95 Sebulan : Gaji RM3000 & Ke Bawah (Minyak RM132)
 VS Gaji RM5000 & Ke Bawah (Minyak RM375). Setuju?

 

Berita Terkini Semakan Mekanisme Beli Minyak Petrol RON95 Dengan Subsidi?


Berdasarkan Berita Terkini yang Berita Semasa perolehi :
  1. Sistem subsidi petrol di Malaysia akan bermula 1 Jun 2015
  2. Difahamkan pelaksanaan pemberian dan pembayaran BR1M adalah "serampang dua mata" bagi pengumpulan data untuk penentuan pemberian hak dan kemudahan kepada rakyat Malaysia yang bakal dapat beli minyak petrol RON95 dengan subsidi
  3. Sistem baru subsidi petrol di Malaysia akan mahu diberikan kepada yang "benar-benar layak" sahaja. berdasarkan gaji dan pendapatan bulanan anda. Adakah anda orangnya yang layak itu? Atau….
  4. Pembelian & pembayaran petrol RON95 dengan subsidi perlu disertakan sekali kad pengenalan anda
  5. Anda boleh beli petrol RON95 dengan subsidi jika tangga gaji dan pendapatan bulanan anda antara RM4,000 dan ke bawah
  6. Walaubagaimanapun, jika anda memiliki pendapatan antara lebih RM4,000 hingga RM12,000 sebulan, keputusan masih lagi terumbang ambing. Anda dapat sikit atau tidak akan dapat langsung.
Bagi Berita Semasa sendiri pada peringkat awal lagi adalah lebih baik mantapkan dulu pemantauan dan penguatkuasaan bagi mengurangkan lagi kerugian negara dek kerana kes penyelewengan minyak ke negara jiran. Ini kerana pada masa sekarang dilihat pelaksanaan menggunakan IC, ada banyak "loophole". Jikalau beriya benar mahu gunakan IC sebagai medium untuk rakyat Malaysia beli minyak petrol RON95 dengan subsidi, sebelum mahu laksanakannya :
  1. Perbaiki dahulu kualiti MyKad. Hakikatnya, kualiti chip mykad mudah sangat rosak dan tidak boleh 'read'
  2. Pertingkatan sistem network server
  3. Perbetulkan isu lembap, lag semasa akses server oleh cikgu-cikgu, sudah diperbaiki?
  4. Inikan pula, berapa umat manusia di Malaysia yang bakal akses server pada satu-satu masa yang sama untuk mengesahkan maklumat minimum gaji dan tangga gaji serta pendapatan rakyat yang telah diettapkan oleh kerajaan Malaysia untuk dibenarkan beli minyak petrol RON95 dengan subsidi
Biasakah anda mendengar ayat lazim daripada pihak bank, "Maaf, MyKad anda tidak boleh baca".

beli petrol ron95

 

Beli Minyak Petrol RON95 Dengan Subsidi : Kad Pengenalan VS Kad Subsidi?

 

Bukankah :
"Prevention is better than cure"
Mengapa mesti menggunapakai kad pengenalan (IC) untuk beli benarkan rakyat Malaysia beli minyak petrol RON95 dengan subsidi? Kenapa? Mengapa tidak benarkan sahaja pemilik kenderaan yang sah di Malaysia sahaja diberikan satu "kad subsidi" walaupun ada banyak kereta dimilikinya sekalipun seperti mana yang diamalkan di Iran sekarang ini? Atau anda mungkin ada cadangan lain? 

Pendapat anda?

Segera! Tinggalkan MCA bagi mencapai usia tua

Posted: 25 Oct 2014 07:22 AM PDT




Oleh Chang Teck Peng 


Pada 12 Okt, di sesi penutup Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-61 presiden Datuk Seri Liow Tiong Lai berbicara tentang bagaimana angka ahli MCA berkurangan dari 1.14 juta ke 1.06 juta. Alasan utama yang diberi ialah "ahli telah mati" namun "jumlah yang keluar parti amat rendah".

Kenyataan ini memang wajar menjadi tajuk berita namun tidak ramai wartawan di sidang akhbar selepas itu bertanya tentangnya.

Daripada keahlian seramai 1.14 juta, terdapat pengurangan pada kadar 80,000, atau 6.98%. Mengapa Liow berkata angka tersebut amat kecil? Saya tidak pasti kerana tiada laporan dibuat tentangnya.

Apa sebenarnya ukuran bagi "angka yang kecil"? Jika jumlahlah kira-kira 80,000, berapa pula yang dikatakan keluar parti? Berapa pula agaknya yang telah menemui ajal mereka? Ada yang berpendapat, sebanyak 79,200 yang telah pergi takkan kembali. Namun ada yang berkata, jumlah ahli yang telah meninggal ialah 72,000.

Aiyoh, sungguh menghairankan kerana sama ia 79,200 ataupun 72,000, ia bukan jumlah kecil. Umno punyai 3.4 juta ahli pada Disember 2013, iaitu tiga kali ganda keanggotaan MCA. Namun berapa ramai ahli yang mati dalam tempoh setahun?

Menurut laporan yang dibentangkan setiausaha agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan di perhimpunan yang sama, tiga negeri iaitu Selangor, Johor dan Perak menyaksikan keanggotaan atau keahlian semakin merudum.

Di Selangor, MCA hilang 16,000 ahli, di Johor sebanyak 13,000 manakala di Perak, 15,000 tidak lagi bersama parti itu.

Statistik ini punyai implikasi terhadap politik tanahair kerana di negeri-negeri ini Pakatan Rakyat semakin mendapat tempat sejak PRU12 di 2008. Selangor semakin selesa dengan kepimpinan Pakatan Rakyat manakala kedudukan PR di Perak kembali pulih selepas BN merampas kuasa pada tahun 2009 dahulu.

Walau oposisi gagal merampas kepimpinan di Johor, 5 kerusi parlimen dan 18 kerusi DUN berjaya dimenangi Pakatan Rakyat. Barisan Nasional juga hampir gagal mencapai kemenangan majoriti dua pertiga di negeri yang menjadi kubu kuatnya itu.

Dengan membandingkan statistik, kita percaya kekalahan MCA berhubung kait dengan peningkatan kerusi Pakatan Rakyat di negeri-negeri ini. Ia juga menampakkan bertapa sukarnya MCA memulihkan semangat di kalangan ahli-ahlinya.

Namun Liow berdegil dan enggan mengakui bahawa semakin ramai yang telah meninggalkan perjuangan MCA.

Maka hujahnya, ahli ramai yang telah mati. Waduh! Takkan itu punca 80,000 keahlian berkurangan.
Jika anggaran tersebut dikurangkan kepada 70% atau 56,000 ahli sekalipun, ia masih dianggap tinggi!

Atau mungkin pembantu beliau bodoh dungu kerana mahu menggunakan hujah tak masuk akal itu.
Maka mungkin parti perlu melaksanakan sistem kad tunai bagi para ahli membeli produk-produk agar terjamin kesihatan dan kekuatan mereka.

Atau mungkin lebih baik ahli-ahli MCA menggesa Liow menggaji pakar Feng Shui bagi mengubah atmosfera parti, supaya mereka bisa hidup lebih lama!-bm.theantdaily.comuf

[MENARIK] Itik Pulang Ke Reban Setiap Kali Azan Asar

Posted: 25 Oct 2014 07:18 AM PDT

KELAB GREENBOC



 
Tumpat: Setiap kali azan Asar berkumandang, 1,800 itik milik Nawi Latiff, 61, akan mula bergerak masuk ke dalam reban terletak berhampiran rumahnya.

Seperti sudah dididik, semua itik milik warga emas yang mesra dikenali sebagai Pok Wie itu berbuat demikian tanpa arahan daripadanya.

Nawi berkata, selewat-lewatnya jam 5 petang, semua itik berkenaan yang mula dipelihara sejak tujuh tahun lalu akan memenuhi reban tanpa seekor pun tertinggal di luar.

Menurutnya, ada tekniknya untuk mengajar itik berkenaan berdisiplin hingga begitu.

"Sebagai permulaan setiap kali azan Asar berkumandang, saya akan mengumpan semua itik ini dengan meletakkan dedak dalam reban. -HM




ULASAN GB

Menarik bukan?

Setiap ali azan Asar berkumandang itik-itik ini pulang ke reban.

Annehnya terdapat juga manusia yang beragama Islam, sekalipun azan Maghrib telah berkumandang tapi masih sibuk di pusat membeli belah atau tengah mentekedarah di restoran....

Bajet 2015 ‘meragukan’

Posted: 25 Oct 2014 12:08 AM PDT

 
Kerajaan Pusat sepatutnya memberi peruntukan yang lebih besar kepada negeri ini, berdasarkan keperluan mendesak di kawasan pedalaman Sarawak.

Budget2015


KUCHING: Peruntukan untuk pembangunan kawasan luar bandar yang dibentangkan dalam Bajet 2015 baru-­baru ini, dilihat kurang berkesan untuk meningkatkan taraf ekonomi rakyat luar bandar di Sarawak.

ADUN Semop merangkap Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional Sarawak Abdullah Saidol berkata kerajaan Pusat sepatutnya memberi peruntukan yang lebih besar kepada negeri ini, berdasarkan keperluan mendesak di kawasan pedalaman Sarawak.

"Secara peribadi saya kurang berpuas hati dengan Bajet 2015 kerana jumlah yang diperuntukan untuk membangunkan kawasan luar bandar agak kecil berbanding jangkaan awal.

"Dengan Bajet 2015 yang agak sedikit dan ditambah lagi dengan pengurangan subsidi minyak petrol, kami selaku wakil rakyat luar bandar bimbang keadaan ini akan menjejaskan sokongan rakyat pada pilihan raya negeri akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Portal Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, semalam.

Abdullah memberitahu, beliau 'curiga' mengapa pengumuman penting seperti rasionalisasi pengurangan subsidi minyak petrol dibuat ketika Sarawak hendak berdepan dengan bahang PRN.

"Peningkatan kos hidup berikutan kenaikan harga barang yang dipengaruhi oleh pengurangan subsidi minyak petrol secara tidak langsung akan membebankan rakyat luar bandar," jelasnya.

Katanya bantuan BR1M RM900 yang diagihkan oleh kerajaan BN adalah lebih baik kalau ditukar nilainya untuk membangunkan infrastruktur di kawasan luar bandar.

"Sebagai contoh, kawasan DUN Semop memerlukan banyak lagi kemudahan infrastruktur asas seperti elektrik, bekalan air bersih dan jalan raya," katanya sambil menambah, wang BR1M hanya boleh dibelanja dalam tempoh singkat berbanding jika digunakan untuk membiayai projek pembangunan luar bandar.

Penganjur kempen sentuh anjing mohon maaf

Posted: 25 Oct 2014 12:03 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Penganjur acara kontroversi 'Saya Mahu Sentuh Anjing', Syed Azmi Alhabshi hari ini tampil secara terbuka dan memohon maaf atas sebarang perasaan "tidak senang yang berbangkit' daripada program itu.

Beliau yang membacakan satu kenyataan muncul dalam satu sidang media turut menyatakan rasa kecewa tindakan segelintir peserta Islam di program itu yang didapati memeluk dan mencium anjing di acara berkenaan.

Katanya, tindakan itu tersasar dari tujuan sebenar acaranya – antaranya untuk memberi pendedahan mengenai kaedah bersuci apabila tersentuh anjing.

Menurut Syed Azmi, ia juga bertujuan untuk mengatasi rasa takut terhadap anjing di kalangan penganut Islam.

Selain itu, ia diadakan bagi menjelaskan cara membantu anjing jika ia berada dalam kesusahan, dan batasan bersama anjing dalam konteks Islam, katanya.

"Di sini saya ingin menegaskan yang program ini sama sekali tidak menggalakkan anjing sebagai binatang peliharaan.

"Kenyataan ini telah kami nyatakan dalam laman sosial kami sejak 19 September 2014," katanya.

Beliau turut menafikan program itu dibuat untuk memesongkan kepercayaan orang Islam dan memperlekehkan ulama.

"Terus terang dengan hati yang ikhlas tujuan saya menganjurkan program ini adalah kerana Allah dan bukan untuk memesongkan akidah, menukar hukum agama, mempersendakan ulama, atau menggalakkan liberalisme," katanya lagi.

Seorang lagi penganjur, Norhayati Ismail turut memohon maaf atas kegagalan pihaknya mengawal acara itu.

Namun tegasnya, pihaknya tidak pernah menggalakkan peserta untuk bermesra-mesra dengan anjing.

"Kami menafikan kami menyuruh orang secara suka-suka kerana sentuh secara suka-suka menurut mazhab Shafie adalah haram.

"Kami akui kelemahan kami. Kami tak dapat kawal acara itu. Kami tak pernah suruh peserta peluk dan cium anjing," katanya.

Jelasnya, mereka yang bertindak memeluk dan mencium anjing mungkin terdiri daripada mereka yang lewat hadir ke program itu.

Katanya, kumpulan itu dan tidak mendengar penerangan dari seorang pendakwah yang berceramah sebelumnya.
 

Siswa ikat perut kerana kos makanan

Posted: 24 Oct 2014 11:59 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Beban kos untuk menyiapkan tugasan, penginapan dan untuk perjalanan setiap hari menyebabkan golongan siswa ini amat berkira-kira untuk berbelanja bagi makanan harian.

Ada yang terpaksa makan mi segera setiap malam demi menikmati hidangan nasi, ayam goreng dan sedikit sayur untuk makan tengahari dengan harga RM7.

Buat masa ini mereka masih mampu untuk menganggung kos makan minum namun bimbang jika harga barangan akan terus meningkat.

Pelajar tahun tiga Universiti Selangor ini berkata beliau menyaksikan harga makanan di sebuah restoran yang sering dikunjunginya di Shah Alam naik saban tahun.

"Disebabkan kenaikan harga makanan, ia menyebabkan saya terpaksa menyekat keinginan untuk berbelanja lebih," kata siswi jurusan seni fotografi, Nur Afiqah Anissa.

Seorang lagi pelajar universiti itu berpendapat, kos untuk makan minum itu tidak akan memberi beban sekiranya mereka bijak merancang perbelanjaan.

"(Kenaikan harga) tak menjejaskan (kemampuan) untuk beli makanan, tapi kita kena buat perkiraan setiap apa yang kita makan, takut terlebih dan bila hujung bulan duit tak ada.

"Kalau kita pandai bahagikan duit kita, dan beli untuk keperluan sahaja, rasanya tak perlu belanja lebih," kata Noor Syamimi, seorang pelajar jurusan kewartawanan.

Pandangan itu dipersetujui seorang lagi siswi dari fakulti sama, Monika Lok yang pasrah dengan kenaikan harga makanan yang menurutnya "tidak akan turun".

"Semuanya semakin mahal. Cuma kita perlu pilih dengan berhati-hati dan pastikan pembelian tidak melampaui bajet," kata gadis kelahiran Sarawak itu.


SYIFA AZHAR adalah wartawan foto pelatih Malaysiakini.
 

'Penjara Anwar 5 tahun tak memadai'

Posted: 24 Oct 2014 11:45 PM PDT

MALAYSIAKINI



 


Pasukan pendakwaan dalam kes Liwat II berpendapat bahawa hukuman penjara lima tahun penjara yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memadai.

Menurut dokumen yang disaksikan oleh Malaysiakini, pasukan itu memberi hujah bahawa hukuman lima tahun penjara itu tidak memenuhi keadilan dari sudut kepentingan awam.

Pasukan pendakwaan berpendapat bahawa hakim rayuan membuat kesilapan kerana hukuman penjara tidak mencerminkan tahap kesalahan itu, dan tidak menjadi teladan kepada masyarakat.

Menurut pasukan itu lagi, hukuman lima tahun penjara tidak memadai berbanding peruntukan 20 tahun penjara dan rotan dalam Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Perkara itu difailkan oleh pasukan pendakwaan untuk menuntut Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman lebih berat ke atas Anwar.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu membatalkan keputusan tahun 2012 oleh Mahkamah Tinggi Kuala LumpurOn March 7, dan seterusnya mendapati Anwar bersalah atas tuduhan Liwat II, dan menjatuhkan hukumen lima tahun penjara ke atasnya.

Pasukan pembelaan Anwar, yang kini diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, memfailkan 35 asas dalam rayuan ke atas sabitan di mahkamah tertinggi itu.

Rayuan terakhir oleh ketua umum PKR itu, kini 67 tahun, ditetapkan selama dua hari bermula Selasa.

Dalam rayuan balasnya, pendakwaan memohon hukuman penjara lebih lama dikenakakan ke atas Anwar.

Fahmi Zainol: Saya tidak gentar ugutan pihak UM

Posted: 24 Oct 2014 05:02 PM PDT

 
Saya tahu apa yang saya buat dan kami di peringkat PMUM akan terus jalankan program kami.

"40 Tahun- Dari Universiti Malaya Ke Penjara


PETALING JAYA: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol menyatakan bahawa beliau tidak pernah gentar dan takut dengan ugutan yang diberikan oleh pihak Universiti Malaya (UM) terhadapnya.

Sebelum ini, Fahmi dilaporkan bakal menerima tindakan disiplin termasuk digantung pengajiannya selepas diberi surat tunjuk sebab oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) kerana menganjurkan program "40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara".

Naib Canselor HEP, Prof Datuk Rohana Yusof berkata, pihaknya melarang penganjuran program terbabit kerana ia melanggar peraturan universiti.

"Bagi saya, saya tidak pernah takut dengan ugutan oleh pihak Universiti, Saya tahu apa yang saya buat dan kami di peringkat PMUM akan terus jalankan program kami," katanya kepada FMT ketika dihubungi.

Dalam pada masa yang sama, Fahmi turut menyatakan bahawa pihaknya tidak mencabar pengurusan pihak UM, tetapi hanya memperjuangkan ketidakadilan yang berlaku dalam sistem.

"Dalam pada itu, mereka yang mendapat manfaat daripada sistem yang tidak adil ini mungkin akan merasa tersinggung," katanya lagi.

Jelasnya, PMUM hanya berusaha untuk memulihkan falsafah UM. Ia termasuk kebebasan akademik, autonomi universiti dan urus tadbir pelajar.

"Universiti adalah milik awam dan kebebasan bersuara. Datuk Seri Anwar Ibrahim haruslah dilindungi," jelas beliau.

Tambah Fahmi lagi, siswa-siswi haruslah dilayan seperti orang dewasa. Mereka haruslah diberikan kebebasan untuk menganjurkan program tanpa dikawal oleh pihak universiti selagi mana program tersebut tidak bertentangan dengan undang-undang negara.

"PMUM akan terus memastikan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki UM dan membiarkan siswa-siswi dan pihak pengurusan mendapat satu pengajaran mengenai kebebasan bersuara.

Sementara itu, PMUM menyeru seluruh mahasiswa dan anak muda hadir untuk mendengar pidato Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "40 Tahun: Dari Universiti Malaya Ke Penjara" di Dataran Dewan Tunku Canselor di kampus Universiti Malaya (UM), pada hari Isnin, jam 9 malam.

Jangan perjudikan pendidikan kerana politik – Lim Guan Eng

Posted: 24 Oct 2014 04:57 PM PDT

SONY DSC

Roketkini.com


GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang menggesa agar jangan ada pihak yang mengancam untuk menutup sekolah vernakular semata-mata untuk mendapat sokongan politik.

"Jangan kerana politik, kita politikkan pendidikan. Pendidikan sangat penting untuk masa depan anak-anak kita," katanya dalam sidang media semalam.

Beliau menyelar tindakan pemimpin Umno, termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang masih mempersoalkan perkara itu sedangkan perkara tersebut dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Itu memang bercanggah dengan Perlembagaan yang beri jaminan kepada rakyat untuk menggunakan dan belajar bahasa ibunda," katanya lagi.

Pada 20 Oktober lalu, Zahid mencadangkan agar sistem vernakular diadakan sehingga peringkat rendah sahaja, manakala sekolah satu aliran apabila memasuki peringkat menengah.

Tanpa merujuk secara langsung kepada Zahid, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem menyifatkan cadangan menutup Sekolah Jenis Kebangsaan sebagai 'cakap bodoh' dan memberi jaminan bahawa ia tidak akan berlaku di negeri itu.

Malah, beliau turut mengumumkan sumbangan RM3 juta kepada Sarawak United Association of Private Chinese Secondary School Managemnet Board, untuk diagihkan kepada semua 14 sekolah swasta Cina di sana.

Memuji langkah itu, Setiausaha Agung DAP itu berharap agar jaminan tersebut akan diterjemahkan melalui pelaksanaan.

"Kita harap ia dapat dilaksanakan. Begitu juga dengan kenyataan Adenan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (Unified Examination) yang dijalankan di Sekolah Tinggi Persendirian," katanya.

Beliau juga berharap pemimpin Umno akan mencontohi komitmen Adenan dan tidak lagi mempersoalkan kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.

"Ia hanya menimbulkan kerisauan kepada masyarakat Cina dan Tamil.

"Umno perlu hentikan cadangan 'cakap bodoh' ini. Adakah mereka juga mahu semua sekolah antarabangsa yang gunakan Bahasa Inggeris turut ditutup?" soalnya lagi. – Roketkini.com

DAP gesa Baitulmal Sarawak kemuka laporan kewangan

Posted: 24 Oct 2014 04:55 PM PDT

masjid_bahagian_kuching

Roketkini.com


KUCHING: DAP mempersoalkan tindakan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Sarawak (LAKMNS) dan Baitulmal Sarawak (TBS) yang enggan menyatakan laporan tahunan kewangan mereka.

Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa berkata, laporan tersebut perlu dikemukakan kerana melibatkan kepentingan awam, khususnya umat Islam di negeri ini.

"Wang dikutip TBS setiap tahun adalah daripada pembayar zakat. Adalah hak rakyat untuk tahu ke mana wang itu pergi dan bagaimana ia dibelanjakan.

"TBS seharusnya memiliki salinan penyata kewangan yang sedia untuk dibuat semakan awam pada bila-bila masa," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut mempertikaikan LAKMNS yang bertanggungjawab menjaga kebajikan di Sarawak, namun mengambil sikap lepas tangan dan tidak menyalurkan dana secukupnya menyebabkan sebahagian umat Islam di negeri ini hidup dalam kesempitan.

Lebih menyedihkan, kedua-dua badan terbabit dilaporkan menggunakan wang zakat untuk membina projek mega atas nama agama, sekaligus memberikan keuntungan kepada syarikat-syarikat dan kontraktor tertentu.

"Kenapa ini berlaku? Bagaimana LAKMNS boleh memberikan dana yang sangat kecil kepada sebuah masjid, tetapi mampu untuk membina Bangunan Baitulmakmur 2 (MASJA 2)?" soalnya.

"Jika LAKMNS termasuk TBS boleh membina projek mega seperti Kompleks Islam Kuching (KIC), Kompleks Islam Sibu (SIC) dan Kompleks Miri Islam (MIC), mengapa masih ramai orang Muslim yang hidup dalam kemiskinan?

"Undang-undang Islam manakah yang membolehkan wang zakat digunakan untuk membina bangunan sebagai lambang kemegahan?" soalnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa kedua-dua lembaga berkenaan agar mendedahkan laporan kewangan secepat mungkin.

"DAP akan membawa perkara ini dalam sidang DUN November ini dan kami berharap Menteri dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Islam menjawabnya," kata Aziz. – Roketkini.com

Bukan ‘buru’ Nancy, tetapi rakyat mahu jawapan kenapa Ibrahim tak didakwa

Posted: 24 Oct 2014 04:51 PM PDT

03.06.13-LKS-ceramah kluang-perjuangandi teruskan (10)

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, beliau tidak pernah membuat ikrar, mahu pun ancaman dengan maksud bahawa DAP akan 'memburu' Nancy Shukri berikutan isu ugutan membakar kitab Injil oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Kit Siang dalam satu kenyataan berkata, artikel di Malay Mail Online pada 21 Oktober bertajuk 'DAP vows to hound Nancy Shukri over Ibrahim Ali's Bible-burning threat' (DAP ikrar buru Nancy Shukri berikutan ugutan membakar kitab Injil oleh Ibrahim Ali) telah disalah erti dan mengelirukan.

Jelas Kit Siang, kenyataannya menegaskan adalah tidak adil kepada Nancy 'diburu' lebih dua minggu kerana jawapannya di parlimen bahawa Ibrahim tidak akan didakwa, namun yang dimaksudkan Kit Siang adalah kemarahan rakyat Malaysia atas kegagalan Nancy memberi penjelasan mengenai dua perkara.

Pertama, keputusan Peguam Negara yang tidak mendakwa Ibrahim Ali dan kedua, jawapan Nancy bahawa tindakan Ibrahim bertujuan mempertahankan agama Islam dan dilindungi oleh Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan

"Ugutan Ibrahim Ali untuk membakar Bible berbahasa Melayu dan kemudiannya menikmati kekebalan undang-undang akan terus 'memburu' Nancy, sehinggalah kerajaan memberikan satu jawapan yang munasabah dan memuaskan berhubung perkara itu.

"Tiada ada apa-apa yang peribadi tentang kontroversi ini, melainkan ia berkenaan prinsip asas pentadbiran bertanggungjawab, berperlembagaan dan demokratik," kata Kit Siang dalam satu kenyataan.

Tambah Kit Siang, Nancy sebelum ini bertindak ibarat 'robot' yang hanya membaca teks disediakan Peguam Negara mengenai kegagalan kerajaan memberi jawapan munasabah kerana tidak mendakwa Ibrahim.

"Persoalannya, mengapa sehingga hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih membisu, ketika jelas tindakan Peguam Negara itu bertentangan dengan seruannya di persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk menentang segala bentuk ekstremisme dan sikap tidak bertoleransi?

"Atau, apakah Malaysia kini mempunyai Peguam Negara paling berkuasa di kalangan negara Komanwel, lebih berkuasa daripada Perdana Menteri dan kabinet kerana tidak terikat kepada prinsip kebertanggungjawaban dan perlu menjawab kepada Parlimen?" soal Kit Siang.

Tambahnya, perkara tersebut bertentangan dengan prinsip tadbir urus, kerana Peguam Negara di Malaysia berpotensi menyalahguna kuasa dan budi bicaranya.

Malah, sehingga hari ini tiada penjelasan mengenai pihak mana yang menyediakan jawapan bertulis Nancy Shukri kepada Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng pada 7 Oktober lalu berhubung rasional kerajaan tidak membuat pendakwaan terhadap Ibrahim Ali.

"Jika jawapan itu disediakan pegawai undang-undang tanpa kelulusan Peguam Negara sendiri, ini bermakna Menteri di Jabatan Perdana Menteri hanya diberi tugas sekadar pembantu kepada Peguam Negara, bahkan kepada pegawai undang-undang pula.

"Keadaan ini seolah-olah satu penghinaan kepada menteri Undang-Undang," kata Kit Siang. – Roketkini.com

Acara Makan Katak Itu Dusta!

Posted: 24 Oct 2014 04:49 PM PDT

KELAB GREENBOC


 
Kisah SEBENAR ACARA MAKAN KATAK DI SEKOLAH

Setelah digemparkan dengan acara pegang anjing baru-baru ini, kini Malaysia dikecohkan pula dengan isu makan katak disekolah. Gambar-gambar yang memperlihatkan beberapa orang guru dan pelajar di sebuah sekolah telah tersebar secara meluas dilaman sosial sejak 22 Oct.

Bagaimanapun, ada pihak tampil untuk memberikan penjelasan. Menurut pihak terbabit, acara tersebut merupakan acara survival dari pihak sekolah, bukannya acara makan katak.

Assalamualaikum admin sstv(sukan star tv).. mohon jasa baik admin untuk remove pasal makan katak tu.. sebenarnya ia program demomstarsi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu.

Berikut pula penjelasan dari seorang yang menyatakan anaknya salah seorang dari pelajar yang menghadiri program survival tersebut.



Diharap agar orang ramai tidak mudah percaya dengan apa yang disebarkan melalui media sosial terutamanya apa-apa yang berkaitan dengan isu yang panas sebegini. Diharap juga pihak yang mempunyai 'kuasa untuk menyebar' sentiasa memeriksa sumber dan kesahihan tentang perkara yang mereka kongsi. -penmerah

Muhammad Rizalman lantik peguam

Posted: 24 Oct 2014 04:42 PM PDT

SINAR HARIAN

 Rizalman Rizalman
 
 
PUTRAJAYA - Pegawai Waran Kedua Muhammad Rizalman Ismail, telah melantik peguamnya memandangkan bekas pembantu staf pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia itu akan dihadapkan ke mahkamah di Wellington pada Sabtu berhubung tuduhan pecah rumah dan menyerang seorang wanita di ibu negara New Zeland.

Muhammad Rizalman, 38, dihantar balik ke New Zealand hari ini berikutan permohonan ekstradisi yang dibuat pada 3 Oktober.

Seorang pegawai Wisma Putra ketika dihubungi mengesahkan hari ini bahawa Muhammad Rizalman telah berlepas ke New Zealand menaiki penerbangan Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8.55 pagi tadi.

"Dia mempunyai peguam, yang dilantiknya sendiri...(peguam) itu bukan dilantik oleh kerajaan," kata pegawai itu.

Pegawai itu berkata, penerbangan MAS yang membawa Muhammad Rizalman akan terbang ke Auckland sebelum dia mengambil penerbangan domestik ke Wellington.

Wakil media yang menunggu di KLIA seawal pukul 6 pagi untuk menatap wajahnya sepintas lalu sebelum berlepas, kecewa.  

Pegawai Wisma Putra berkata, mereka telah menjangka kemungkinan wakil media berada di KLIA.

Muhammad Rizalman dapat mengelak daripada bertembung dengan media dan perhatian umum memandangkan dia dibawa menaiki pesawat dengan menggunakan "laluan khas".

Pegawai itu berkata, Muhammad Rizalman diiringi dua kakitangan Kementerian Pertahanan Malaysia dan dua pegawai polis New Zealand dalam penerbangan itu.

Muhammad Rizalman ditahan polis New Zealand pada 9 Mei dan dihadapkan ke mahkamah pada hari berikutnya untuk menghadapi tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual dengan niat untuk merogol seorang wanita berusia 21 tahun.

Dia dan keluarganya telah diterbangkan balik ke Malaysia pada 22 Mei dan sejurus selepas itu, Kementerian Pertahanan segera menjalankan siasatan terhadap insiden itu.

Muhammad Rizalman dilaporkan menjalani penilaian psikiatri di Hospital Tentera Tuanku Mizan selepas kembali dan dibenarkan keluar pada akhir Julai.

Sementara itu, Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata Malaysia yakin bahawa Rizalman akan dibicarakan dengan adil oleh mahkamah di New Zealand.

Penghantaran balik Muhammad Rizalman ke New Zealand adalah bukti kerjasama erat antara pelbagai agensi kerajaan Malaysia dan New Zealand dan selaras dengan kedaulatan undang-undang kedua-dua negara.

Wisma Putra telah mengesahkan bahawa ia telah menerima permohonan rasmi untuk mengekstradisi Muhammad Rizalman pada 9 Oktober. - Bernama

Serpihan MH370, tiada pengesahan Indonesia

Posted: 24 Oct 2014 04:38 PM PDT

SINAR HARIAN


MH370
 
 
PUTRAJAYA - Tiada pengesahan diterima daripada Indonesia tentang kemungkinan serpihan pesawat MH370 ditemui di perairan negara itu, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Ruhaizah Mohamed Rashid.

Beliau berkata, sekiranya benar serpihan pesawat itu ditemui, sudah tentu pihak Indonesia akan menghubungi pihak Malaysia.

"Hubungan rapat antara kedua-dua negara dapat memberi jaminan jika ada sebarang maklumat berkaitan pesawat itu pastinya akan terus dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia", katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat kepada media tentang status terkini pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac, di sini hari ini.

Taklimat disampaikan Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Judith Zielke dan jurucakap Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Peter Forley.

Ruhaizah berkata, untuk proses pengecaman sebarang serpihan dipercayai daripada pesawat itu yang ditemui di mana-mana, ia akan dibawa ke Australia untuk diambil gambar dan dihantar kepada pihak syarikat Boeing untuk tujuan pengesahan.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac setelah berlepas kira-kira sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Misi mencari pesawat itu sedang giat dijalankan di selatan Lautan Hindi, tempat pesawat itu dipercayai 'berakhir'.

Mengenai operasi pencarian pesawat itu, Ruhaizah berkata, semua pihak mengharapkan pencarian MH370 akan berhasil sebagaimana pencarian Air France, dalam masa terdekat.

"Sistem pencarian iaitu 'bathymetric survey' yang digunakan pada masa sekarang adalah lebih kurang sama dengan sistem pencarian Air France, pengenalpastian akan bergantung kepada serpihan yang dijumpai sebab sekarang ini kita masih tidak ada sebarang petunjuk.

"Jadi kita ada maklumat dan data maka berdasarkan itu kita analisis dan jika kita dapat serpihan, itu akan lebih jelas (pencarian). Jadi kita mengharapkan ada serpihan yang akan ditemui," katanya.

Ruhaizah berkata, faktor kawasan pencarian yang sangat luas juga menyukarkan misi pencarian dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

'Tapi Alhamdulillah, sekarang cuaca semakin baik di selatan Lautan Hindi, jadi kita berharap dengan peralatan dan kapal yang ada, kita akan dapat mencari sekurang-kurangnya serpihan pesawat bagi menunjukkan di mana lokasi kapal terbang itu," katanya. - Bernama

Pahang layak ke final Piala Malaysia

Posted: 24 Oct 2014 04:34 PM PDT

SINAR HARIAN

Penyerang Pahang, Matias Ruben Conti (kiri) meraikan jaringan dengan rakan sepasukan Mohd Saiful Nizam Miswan ketika menentang Kedah pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam ini. 
- Foto Bernama Penyerang Pahang, Matias Ruben Conti (kiri) meraikan jaringan dengan rakan sepasukan Mohd Saiful Nizam Miswan ketika menentang Kedah pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam ini. 
- Foto Bernama
 
 
PAHANG berjaya menempah slot ke perlawanan akhir Piala Malaysia selepas menumpaskan Kedah dengan agregat 6-3 pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur di sini, malam ini.
  
Skuad Tok Gajah berpesta gol di halaman sendiri apabila berjaya mencipta lima gol tanpa balas.
  
Pada babak pertama perlawanan, tuan rumah selaku penyandang Piala Malaysia dilihat berusaha  bermati-matian mencari gol awal untuk memberi semangat ekoran ketinggalan 1-3 dalam perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar.
  
Skuad Tok Gajah berjaya memecah kebuntuan seawal minit ke-4 menerusi Matias Ruben Conti yang menanduk bola masuk ke gawang lawan selepas menyambut tendangan sudut Azidan Sarudin.
  
Gol kedua Pahang pula hadir pada minit ke-25 menerusi R. Gopinathan yang merembat kencang di dalam kotak penalti untuk  menewaskan penjaga gol Kedah, Saiful Amar Sudar.

Pada minit ke-29, Azidan sekali lagi menjadi pencetus apabila melakukan hantaran silang sebelum disambar oleh Conti untuk meledakkan gol ketiga untuk Pahang.
  
Conti muncul penjaring hatrik pada perlawanan ini selepas menjaringkan gol keempat Pahang pada minit ke-36 rentetan gerakan menarik Dickson Nwakaeme yang menggelecek ke dalam kotak penalti sebelum  melakukan hantaran kepada penyerang berbisa itu.
  
Pada awal babak kedua perlawanan, Kedah dilihat beraksi agresif melakukan serangan ke arah kubu Pahang untuk mengurangkan  defisit gol, namun berjaya dikekang barisan pertahanan skuad Tok  Gajah.
  
Pada minit ke-73, Nwakaeme beraksi cemerlang apabila melakukan larian dari tengah padang sehingga masuk ke kotak penalti sebelum merembat kencang membolosi gol lawan, menjadikan keputusan  5-0.
  
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Tengku Abdullah  Sultan Ahmad Shah dan Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah hadir menyaksikan perlawanan. - Bernama

Tiada ulasan: