Selasa, 21 Oktober 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


'Saya tak pernah setuju peluk, cium anjing'

Posted: 21 Oct 2014 04:48 PM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Seorang pendakwah yang muncul dalam acara kontroversi 'Saya Mahu Sentuh Anjing', Ahad lalu kesal dengan tindakan peserta yang bermesra dengan haiwan dalam program tersebut.

Mohd Iqbal Parjin melalui kenyataannya di Facebook berkata beliau tidak pernah bersetuju dengan tindakan memeluk dan mencium anjing.

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya tidak bersetuju dengan aksi peluk, cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta program.

"Saya juga jelas menerangkan, tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu," kenyataannya dipetik.

Mohd Iqbal muncul dalam satu program dialog yang diadakan serentak dengan acara berkenaan, di tapak parkir sebuah pusat membeli-belah yang menarik kehadiran ratusan pengunjung.

Acara itu mula mencetuskan perbincangan apabila gambar hadirin beragama Islam merangkul, mengusap dan bermesra dengan anjing pada majlis itu dimuat naik di laman sosial.

Mengimbau acara itu, Mohd Iqbal turut menyalahkan dirinya sendiri turut terlibat memberikan gambaran bahawa penganut Islam digalakkan untuk bermesra dengan anjing.

"Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab.

"Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya," katanya lagi.

Mohd Iqbal turut kesal dengan liputan sebahagian media yang menurutnya hanya menyiarkan separuh daripada ucapannya.

"Saya terkilan kerana pihak media hanya menyebarkan sebahagian ucapan saya.

"(Ia) seolah-olah saya menyokong perbuatan tersebut, manakala bahagian hukum hakam tidak disebutkan oleh pihak media," katanya.

Beliau bagaimanapun memohon maaf kepada orang awam di atas kekeliruan yang timbul daripada ceramahnya pada majlis itu.

"Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku.
 

MAIS kesal peserta peluk, cium anjing

Posted: 21 Oct 2014 04:46 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) kesal dengan tindakan segelintir peserta yang sengaja memeluk dan mencium anjing dalam acara 'Saya Mahu Sentuh Anjing' di Petaling Jaya, Ahad lalu.

Pengerusi MAIS, Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, perlakuan tersebut bertentangan dengan hukum syarak dan bertentangan dengan tujuan sebenar acara berkenaan, sepertimana yang diluluskan.

"Perlakuan memegang, memeluk dan mencium anjing oleh orang Islam dengan sengaja seperti yang berlaku pada hari tersebut amatlah dikesali kerana perlakuan tersebut bertentangan dengan hukum syarak.

"Ini juga tidak sama sepertimana yang digambarkan oleh penganjur serta tidak menepati objektif program seperti yang disebut dalam surat permohonan penganjur," kata Mohamad Adzib dalam kenyataanya.

Beliau mengulas kontroversi yang timbul apabila gambar hadirin beragama Islam merangkul, mengusap dan bermesra dengan anjing pada majlis itu dimuat naik di laman sosial.

Jelasnya, surat permohonan penganjur sebaliknya menggariskan tujuan untuk memberi kefahaman atau hukum berkaitan kedudukan anjing dari sudut Islam.

Selain itu, penganjur juga ingin mendidik peserta mengenai kaedah penyucian dan juga keperluan untuk menyelamatkan anjing dalam situasi darurat, kata Mohamad Adzib.

"Objektif yang digariskan oleh penganjur dalam surat bertarikh 3 Oktober 2014 adalah untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam tentang keperluan untuk menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar.

"(Seterusnya, ia menggariskan) keadaan bagaimana yang mengharuskan orang Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, kaedah yang betul untuk memegang dan mengendalikan anjing, kaedah menyamak apabila ada berlaku sentuhan dalam keadaan lembap dengan anjing dan kaedah sertu dan penggunaan sabun yang dibuat dari tanah liat bagi tujuan penyucian."

Mohd Adzib juga menjelaskan bahawa Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan panduan yang menegaskan bahawa anjing tetap haram disentuh dalam keadaan basah.

"Walaupun anjing banyak memberi manfaat kepada manusia, tetapi Allah mengharamkan kita menyentuhnya dengan keadaan kita basah dan dia kering atau sebaliknya.

"Persentuhan ini dianggap sebagai najis berat (mughallazah). Tetapi jika kedua-duanya kering tidaklah dianggap najis.

"Oleh itu jika ingin menjadikan anjing sebagai penjaga rumah atau untuk berburu, ia hendaklah ditambat di luar rumah untuk mengelakkan kita terlibat dengan najisnya," kenyataan itu dipetik.

Membangun Bersama Islam lonjak pentadbir Kelantan

Posted: 21 Oct 2014 04:44 PM PDT

SALMAH MAT HUSAIN 


KOTA BHARU: Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) yang digembleng kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan ulama sejak 24 tahun lalu turut memberi kesan kepada jentera pentadbiran kerajaan.

Anugerah tertinggi diterima iaitu Penganugerahan Taraf  Lima Bintang Dalam Pelaksanaan Penilaian Star Ranting pada 9 Oktober lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat berkata, kerajaan negeri dianugerah Sijil Pengiktirafan Agensi Bertaraf 5 Bintang Negara.

"Ia merupakan pengiktirafan yang paling tinggi diberikan kepada pejabat kerajaan negeri seluruh negara oleh kerajaan Persekutuan," katanya pada sambutan ulang tahun ke-24 dasar MBI di KTC hari ini.

Teks ucapannya dibaca Pegawai Kewangan Negeri Datuk Nik Kazim Nik Yusof.

Mohd Faudzi berkata, beberapa anggota perkhidmatan awam negeri turut menerima anugerah peringkat persekutuan.

Selain itu penyediaan penyata kewangan dan pengurusan Pejabat Setiausaha Negeri Kelantan turut menerima penarafan empat bintang bagi 2013.

Anugerah itu paling tinggi dalam pengurusan kewangan di negara ini.

"Saya yakin dengan kesungguhan yang ditunjukkan kakitangan semua jabatan dan agensi. Tahun ini lebih banyak lagi jabatan negeri akan mencapai taraf empat bintang dalam indeks akauntabiliti pengurusan kewangan.

"Ini hasil penerapan nilai Islam dan dasar MBI diutamakan dalam gerak kerja pentadbiran," ujarnya. - HARAKAHDAILY

Penganjur 'sentuh anjing' tidak tepati persetujuan

Posted: 21 Oct 2014 04:41 PM PDT

BERNAMA


SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada Selasa menjelaskan penganjur 'I want to touch a Dog' telah tidak menepati objektif program seperti dipersetujui dalam surat permohonannya.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata pihaknya difahamkan program berkenaan pada mulanya dianjurkan bagi memberi pencerahan atau kefahaman mengenai hukum berkaitan anjing dalam perspektif Islam.

Beliau berkata menerusi surat penganjur pada 3 Okt lalu, program berkenaan dibuat untuk memberi persepsi sebenar kepada umat Islam tentang keperluan menyelamatkan anjing dalam situasi kecemasan seperti kesakitan atau terbiar.

Katanya program itu juga dianjurkan bagi menerangkan kaedah yang mengharuskan umat Islam menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan, memegang dan mengendalikan anjing serta cara menyamaknya.

"Saya telah menerima cadangan mengadakan program sedemikian dan telah membincangkannya dengan lebih lanjut bersama salah seorang wakil muda daripada pencadang malah saya juga berbincang dengan Mufti Selangor dan menyampaikan kertas cadangan tersebut kepada pihaknya," kata beliau.

Mohamad Adzib berkata bagaimanapun perlakuan memegang, memeluk dan mencium anjing oleh orang Islam dengan sengaja seperti yang berlaku pada hari tersebut amatlah dikesali dan bertentangan dengan hukum syarak.

Tambah beliau, Jabatan Mufti Selangor telah memberikan panduan kepada penganjur menerusi surat pada 9 Okt lepas bahawa walaupun anjing banyak memberi manfaat kepada manusia, namun ia tetap haram jika sengaja disentuh oleh umat Islam dalam keadaan haiwan itu basah atau sebaliknya.

Ini kerana persentuhan itu dianggap sebagai najis berat tetapi jika kedua-duanya bersentuhan dalam keadaan kering, ia tidak dianggap najis, katanya.

"Oleh itu, jika ingin menjadikan anjing sebagai penjaga rumah atau untuk berburu, hendaklah ditambat di luar rumah bagi mengelakkan kita terlibat dengan najisnya," katanya.

Program yang dianjurkan di sebuah taman rekreasi di Bandar Utama pada Ahad lepas mendapat kritikan pelbagai pihak apabila umat Islam dibenar bermesra dan bermain dengan anjing yang dibawa peserta bukan Islam. - Bernama

Terdedahkah Hubungan Shafie Apdal & Zahida Rafik Di Mahkamah?

Posted: 21 Oct 2014 04:37 PM PDT

KELAB GREENBOC




Mahkamah arah polis tak ganggu kes Zahida

Polis diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam untuk tidak mengganggu pendengaran kes sivil melibatkan seorang bekas pemandu dengan pelakon Zahida Mohamed Rafik, yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Shafie Apdal.

Arahan itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Hue Siew Keng selepas peguam bekas pemandu Noor Azman Azemi, Latheefa Koya memberitahu hakim kemungkinan ugutan atau penangkapan ke atas anak guamnya.

Hakim Hue selepas itu bertemu dengan kedua pihak di kamarnya, dan kemudiannya memanggil seorang polis berpakaian preman.

Beliau kemudian mendapati polis akan menangkap Noor Azman hari ini, selepas mendapat arahan sejak Julai lalu atas tuduhan pecah amanah.

Bagaimanapun Hakim Hue mengarahkan tiada gangguan terhadap kes sivil itu sehingga Noor Azman selesai memberi testimoni beliau.


Noor Azman, 40, yang kini bekerja sebagai pemandu teksi memberitahu mahkamah bahawa Zahida dan Shafie, yang juga naib presiden Umno mempunyai hubungan intim dan beliau sendiri pernah bertindak sebagai pengantara antara keduanya.

Bagaimanapun Zahida dan Shafie sebelum ini telah menafikan dan mengugut untuk menyaman Noor Azman berikutan dakwaan tersebut.

Pendengaran kes ini akan disambung hari ini.


LAPORAN SEBELUM INI


Noor Azman Fail Saman Terhadap Zahida Rafik

Bekas pemandu pelakon Zahida Mohamed Rafik hari ini memfailkan saman terhadap Zahida berhubung kenyataan yang dikatakan fitnah, disiarkan di akhbar berikutan kehilangan wang tunai berjumlah RM200,000.

Noor Azman Azemi, 39, yang pernah bekerja selama lima tahun dengan Zahida memfailkan saman itu melalui Tetuan Daim & Gamany di Mahkamah Tinggi Sivil di ibunegara.

Dalam penyata tuntutan, Noor Azman mendakwa Zahida mengeluarkan kata-kata fitnah yang kemudian diterbitkan akhbar Harian Metro pada 3 Mac tahun lepas bertajuk 'Zahida Rafik Terkedu.'

Beliau mendakwa pada 5 Mac tahun lepas, Zahida sekali lagi mengeluarkan kenyataan palsu dengan membuat pengumuman kepada orang awam dan menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang menjumpai Noor Azman atas alasan Noor Azman telah melarikan wang tunai miliknya.

Noor Azman turut mendakwa berikutan kenyataan fitnah itu, beliau gagal mendapat pekerjaan lain dan diburu pihak polis, hingga direman selama empat hari.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, kadar faedah dan injunksi untuk menghalang Zahida menyatakan kenyataan fitnah serta kos lain.
- Bernama

ULASAN GB

Apa yang menjadi fokus masyrakat kini ialah benarkah ada hubungan di antara Shafie Apdal dan Zahida Rafik?

Kedua-duanya pernah menafikan ada hubungan.

Namun telah tersebar luas sebelum Zahida telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta yang didakwa pemberian dari seorang menteri kepada artis tersebut.

Sokongan Pakatan Meningkat Ke 43% Suntik Semangat Baru

Posted: 21 Oct 2014 04:36 PM PDT

KELAB GREENBOC



 
Tinjauan Umcedel: Lonjakan sokongan pada Pakatan suntik semangat baru

KUALA LUMPUR: Lonjakan sokongan kepada Pakatan Rakyat seperti yang ditunjukkan dalam tinjauan terbaru Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menandakan Pakatan sememangnya mampu kembali mencapai sokongan seperti sebelum ini

Tinjauan menunjukkan sokongan rakyat Selangor kepada Pakatan melonjak mencecah 43 peratus, selepas merudum pada 35 peratus ketika kemelut Menteri Besar Selangor Mei lalu.

"Ini membuktikan Pakatan boleh mengembalikan momentum politik, dengan syarat ia mengambil pengajaran daripada krisis MB Selangor yang berlanjutan sehingga lapan bulan.

"Lonjakan ini menjadi lebih bermakna kerana kekecewaan terhadap Pakatan di negeri itu berkemungkinan menyebabkan sokongan merudum lebih teruk daripada 35 peratus, terutama ketika kemucak kemelut itu sekitar Julai hingga September lalu," kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.

Tinjauan ini dibuat tiga hari selepas pelantikan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali 23 September lalu.

Ia melibatkan 1,165 responden di semua kawasan parlimen negeri menunjukkan, sokongan terhadap Barisan Nasional menurun daripada 25 hingga 20 peratus, manakala 28 peratus tidak pasti dan 9 peratus responden lagi enggan memberi jawapan.

Kata tokoh veteran DAP itu lagi, Pakatan harus melihat lonjakan ini sebagai satu suntikan semangat untuk terus kekal relevan selaku harapan rakyat negara ini.

"Dengan syarat, setiap pimpinan dan parti komponen Pakatan mengembalikan hala tuju dan dua prinsip asas Pakatan – dasar bersama Pakatan dan prinsip konsensus di kalangan ketiga-tiga parti.

"Penegasan dua prinsip ini akan membawa Pakatan ke tahap yang baru, manakala penafian terhadapnya akan pasti meletakkan kita ke dalam 'tong sampah' sejarah," katanya lagi.

Lebih menarik dalam tinjauan itu adalah 48 peratus responden ingin PAS kekal di dalam Pakatan, manakala hanya 19 peratus mahukan parti itu keluar.

Hubungan di antara PAS dan rakan Pakatan lain dilihat agak terjejas, memandangkan keengganan berterusan parti itu menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar sebelum digantikan Azmin.

"Tinjauan ini telah mengesahkan perubahan suasana politik negara, di mana Umno BN mewakili budaya politik lama, manakala Pakatan mewakili politik harapan dan keadilan," katanya lagi


Sokongan untuk Pakatan meningkat ke 43%, kata kajian

Sokongan terhadap Pakatan Rakyat (PR) di Selangor melonjak kepada 43%, menurut satu kajian baru-baru ini, selepas jatuh teruk 5 bulan lalu, sebahagian besarnya kerana perbalahan dalaman gabungan pembangkang itu.

Sokongan untuk Barisan Nasional (BN) pula turun 5% daripada 25% Mei lalu, menurut kaji selidik yang dijalankan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).

Kaji selidik yang dijalankan 3 hari selepas Menteri Besar Selangor baru Mohamed Azmin Ali mengangkat sumpah itu, juga mendapati 28% responden tidak yakin tentang kedua-dua pakatan.

Keputusan bagi PR itu merupakan satu peningkatan berbanding kajian UMcedel pada Mei tahun ini yang menyaksikan sokongan terhadapnya menjunam ke 35%, setahun selepas memenangi Selangor pada Pilihan Raya Umum 2013.

Tetapi, malang bagi BN, sokongan terhadapnya tidak bertambah sejak kaji selidik pada Mei itu, yang menunjukkan hanya antara 20-25% responden menyokong parti itu.

"Kajian ini menunjukkan walaupun dalam keadaan PR berkrisis, rakyat masih tetap bersama mereka. Respons pengundi menunjukkan mereka masih belum yakin BN/Umno dapat memberikan alternatif yang lebih baik dan kemarahan rakyat kepada BN di negeri itu masih belum terubat," kata sumber UMcedel.

Kajian terbaru UMcedel itu, yang dijalankan dari 26-28 September, juga mendedahkan 48% daripada responden mahu PAS kekal dalam PR, 19% mahu parti Islam itu meninggalkan PR, manakala 22% lagi tidak pasti .

Kajian tersebut melibatkan 1,165 responden di semua 22 kawasan Parlimen di Selangor, yang meliputi semua kaum. Ia dijalankan 36 enumerator dan empat penyelia dari UMcedel.

Kemelut dalaman PR bermula selepas PKR memulakan Langkah Kajangnya, yang menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Liew Chin Cheh, meletak jawatan bagi membolehkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi itu dan menjadi menteri besar yang baharu.

Namun, PAS tidak bersetuju dengan langkah itu kerana ia mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar, menyebabkan episod itu berlarutan selama 9 bulan.

Suasana sentiasa menjadi tegang antara ketiga-tiga parti dalam PR itu sehinggalah Azmin mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar pada 23 September lalu.

Walaupun menteri besar baharu dilantik, krisis dalam PAS terus berjalan dengan retak menanti belah berlaku dalam parti itu.

Kemuncaknya adalah apapila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika memberikan ucapan penutup Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor mencabar mereka yang ingin jadi pemimpin utama keluar dari parti itu.

"Sesiapa yang rasa mahu jadi imam, baik cari tanah lain, bina masjid sendiri dan jadi imam," katanya yang turut mendakwa ada broker dan barua dalam parti Islam itu apabila dua Adunnya di Selangor mengambil tindakan sendiri menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

Kedua-duanya Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) digantung keahlian selama satu tahun selepas kes mereka disiasat dan dibawa kepada Jawatankuasa PAS Pusat baru-baru ini.

Sejak krisis, ada dua kumpulan pemikiran dalam PAS iaitu mahu kekal dalam Pakatan dan satu lagi yang diterajui oleh kumpulan ulama semacam mahu meninggalkan Pakatan.

Namun kajian terbaru oleh UMcedel ini jelas menunjukkan rakyat Selangor masih kekal menyokong Pakatan dan mahukan PAS juga kekal dalam gabungan politik itu.
-TMI

Hudud: DAP pusat harus beri penerangan kepada DAP Sarawak

Posted: 21 Oct 2014 04:33 PM PDT


 
 
Khalid Samad berpendapat hasrat DAP Sarawak ingin keluar daripada Pakatan Rakyat hanya pendirian DAP Negeri.

dap


PETALING JAYA : Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad berpendapat hasrat DAP Sarawak yang ingin keluar dari Pakatan Rakyat (PR) hanya merupakan pendirian DAP negeri.
Tambahnya, pihak PAS hanya mengadakan tahaluf siyasi dengan DAP peringkat pusat.

"Pandangan daripada DAP Sarawak itu kita ambil kira. Tetapi ianya tidak menjejaskan kerjasama antara kita (PAS) dengan DAP di peringkat pusat," katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen baru-baru ini yang berkata DAP Sarawak akan meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kumpulan ulama PAS yang memperjuangkan hukum hudud menguasai parti itu selepas pemilihan parti pada Jun tahun depan.

"Sekiranya (kumpulan) progresif liberal menguasai (jawatankuasa pusat PAS), maka tiada sebab kami akan keluar.

"Keputusan untuk keluar (daripada PR) adalah keputusan yang tidak dapat diubah. Sebelum kami mengambil keputusan yang tidak dapat diubah itu, kami perlu bersikap terbuka mengenai pilihan yang ada dan menyatakan pendirian kami secara jelas," katanya.

Khalid yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, DAP pusat seharusnya berbincang bersama DAP Sarawak berkenaan isu tersebut.

"Dia sama dia harus berbincang. Yang soal keluar atau tidak mahu keluar itu, tiada siapa yang boleh paksa," ujarnya.

Beliau turut berpendapat realiti politik di Sarawak amat berbeza dengan realiti politik Kelantan dan isu tersebut tidak menjejaskan Pakatan Rakyat.

"Tak perlu kita hendak melenting kerana ia merupakan pandangan peribadi seseorang dan yang paling penting DAP pusat perlu menjelaskan berkenaan isu tersebut," katanya.

Dalam pada itu Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berpendapat isu tersebut merupakan masalah yang ditimbulkan oleh DAP negeri.

"Itu kenyataan yang ditimbulkan oleh DAP negeri. Maka kepimpinan DAP pusat perlu jawab," katanya.

Melayu dianggap rasis bila bela kaum dan agama

Posted: 21 Oct 2014 04:31 PM PDT

 
Bila Cina dan India pertahankan hak kononnya terpinggir tetapi orang Melayu pula dianggap rasis.
Datuk Abdul Kadir Jasin

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times Datuk Dr A. Kadir Jasin berkata ramai orang Melayu Islam mula keliru dan curiga dengan pelbagai gagasan, dasar, slogan dan rancangan yang dibuat oleh pemimpin Melayu Kontemporari Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Mereka mula didedahkan oleh media baru/siber kepada fakta dan angka yang menunjukkan bahawa mereka sebenarnya makin tertinggal dan terkebelakang berbanding orang keturunan perantau.

Mereka tidak menelan bulat-bulat lagi propaganda dan percubaan tutup buruk (whitewash) media arus perdana.

"Orang Melayu itulah yang menerima perantau Cina, India dan segala rupa pelarian perang dan pelarian ekonomi. Hasilnya, perantau yang kebuluran dan dianiaya di bumi sendiri menemui kesenangan di bumi Melayu (Malaysia, Indonesia dan Brunei)," katanya.

Kadir turut berkata, ramai pemimpin Melayu Islam tidak faham asas kuasa Melayu. Yang mana asas Melayu bukan ekonomi tetapi asas mereka adalah politik.

Jelas Kadir, selepas era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad kepimpinan sekarang mula melakukan kesilapan satu demi satu sehingga mereka menjadi bahan caci, fitnah dan benci oleh orang Cina dan India.

Walaupun ada segelintir orang Melayu yang berani bersuara mempertahankan hak mereka namun mereka tetap dilabel 'racist' (perkauman) serta dianggap 'extremist' (pelampau) apabila mempertahankan Islam.

Jelas beliau, apabila orang Cina dan India mempertahankan bangsa dan agama mereka, mereka ini digambarkan sebagai orang yang terpinggir yang dianaktirikan.

"Kini semakin ramai orang Melayu dan orang Islam mula sedar bahawa mereka tidak lagi boleh bergantung semata-mata dan bulat-bulat kepada parti-parti politik Melayu Islam.

"Mereka mula bersuara di luar kerangka politik parti. Mereka tidak lagi yakin sepenuhnya terhadap komitmen kepemimpinan Melayu Islam sama ada di sebelah pihak Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat untuk mempertahankan Melayu dan Islam," katanya.

Jelas Kadir, pada era Abdullah dan Najib bukan sahaja kuasa politik Melayu yang semakin luntur malah undang-undang yang dibuat oleh orang Melayu semasa mereka kuat sudah mula disia-siakan dengan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kini cadangan memansuhkan Akta Hasutan pula diperjuangkan oleh golongan liberal.

"Semua ini adalah hasil ketohoran pemikiran dan kebutaan sejarah di kalangan elit politik Melayu Islam masa kini. Mereka mudah termakan dan menelan "hook, line and sinker" segala bentuk diayah golongan liberal Barat," ujarnya.

Tambah beliau, untuk melihat UMNO terus menjadi tunjang kepada kuasa Melayu Islam akan dapat diterjemahkan pada Perhimpunan Agung 25-29 November ini sama ada perhimpunan yang menandakan pengakhiran UMNO atau perhimpunan yang memulihkan UMNO.

PKNS tak terima aduan rasuah ke atas Azmin

Posted: 21 Oct 2014 05:34 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menjelaskan bahawa syarikat bawah kerajaan negeri itu tidak pernah menerima sebarang aduan berhubung kes rasuah melibatkan bekas pengarahnya, Azmin Ali.

Dalam kenyataannya, PKNS menegaskan demikian bagi mengulas laporan yang menyebut bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih meneruskan siasatan ke atas Azmin.

PKNS menerusi pengerusi perhubungan awamnya, Ishak Hashim menyebut, syarikat tersebut sedia memberi kerjasama kepada SPRM untuk siasatan berkenaan.

"Adalah ditegaskan bahawa PKNS tidak pernah menerima sebarang aduan terhadap beliau yang membabitkan salah laku atau penyalahgunaan kuasa.

"SPRM berhak membuat siasatan berkaitan PKNS berasaskan aduan oleh mana-mana pihak dan PKNS bersedia memberikan kerjasama untuk SPRM melaksanakan tugas mereka," kenyataan itu dipetik.

Menurut laporan 15 Oktober, SPRM menyiasat Azmin berhubung dakwaan salahguna dana semasa menjawat jawatan berkenaan.

Tuduhan penyalahgunaan dana itu berlaku dalam satu urusniaga melibatkan Projek Pembangunan PJ Sentral.

Laporan Bernama yang memetik kenyataan pengarah siasatan, Mohd Jamida Abdullah menyebut bahawa para penyiasat masih mengumpul bukti dan maklumat berhubung kes tersebut.

Azmin disingkir dari jawatan PKNS, bersama 22 orang kakitangan profesional lain, secara mendadak dari syarikat berkaitan kerajaan negeri itu, awal Februari lalu.

Pemecatan itu berlaku ketika kemelut politik dalaman PKR Selangor masih bergolak antara kem Azmin dan menteri besar pada masa itu, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Perpaduan kaum: Pakatan mesti tunjukkan contoh

Posted: 21 Oct 2014 05:32 AM PDT

MAZLAN ALIMAN 


HARI ini, saya difahamkan, Jabatan Perdana Menteri menganjurkan dialog Siri ke 4/2014 di Putrajaya yang disertai kakitangan awam.

Serangan utama ditujukan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap pemecah belah dan ejen Amerika. Cara mereka menghentam DSAI, saya dapat rasakan apakah nasib DSAI di Mahkamah Persekutuan 28 Oktober ini.

Seperti biasa, isu Hak Istimewa Orang Melayu dan Melayu Malaysia akan jadi seperti Melayu Singapura dikumandangkan. Skrip yang tidak berubah sejak merdeka.

Kakitangan awam diminta pertahankan kerajaan hingga ke titisan darah yang terakhir. Maka disenaraikan kononnya banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang beroleh dana asing, yang dianggap pengkhianat negara. Di terangkan pula isu GST; manfaatnya kepada rakyat negara ini.

Sampai kiamat pun perpaduan dan keharmonian kaum tidak akan dapat dicapai jika begini caranya kita mengurus kehidupan masyarakat berbilang kaum. Prasangka dan assabiyyah-rasis tidak pernah reda. Di khalayak rakyat, dinyatakan 1 Malaysia, disambut 16 September, diselaraskan cuti selama seminggu buat tiga kaum terbesar; Melayu, Cina dan India, diwujudkan jawatankuasa parlimen mengenai perpaduan; tapi dalam waktu yang sama, pemimpin Umno, BTN dan agensi Kerajaan tidak pernah berhenti memainkan sentimen perkauman yang menimbulkan kebencian antara satu sama lain.

Justeru, saya amat mengharapkan Pakatan Rakyat mengambil model pemerintahan yang adil dan saksama buat semua kaum. Uniknya, Datuk Ahmad Yaakob adalah Menteri Besar Kelantan daripada PAS, Azmin Ali pula Menteri Besar Selangor daripada PKR, manakala Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang daripada DAP. Ketiga-tiga parti berpeluang menerajui kerajaan dan mesti membuktikan Kerajaan yang dipimpin lebih baik daripada BN.

Kerajaan PR jangan dilihat pro kepada satu-satu kaum sahaja. Meskipun PAS hanya ada satu kerusi di Pulau Pinang, hakikatnya jumlah penduduk Islam hampir sama dengan masyarakat Cina di sana. Begitu juga di Kelantan, 5 peratus penduduk non muslim dan tiada satu pun kerusi pun DAP di Kelantan; hak mereka yang bukan Islam mesti dirai dan dihormati.

Jangan izinkan elemen tidak sihat yang memecah-belahkan perpaduan dalam PR berlaku. Pemimpin tertinggi dalam PR bukan untuk mewakili partinya sahaja, tetapi semua kaum. Saya terkilan dengan isu saman-menyaman dalam PR mutakhir ini, sama ada membabitkan Presiden PAS, Ketua Menteri Pulau Pinang dan YB Ust Nasrudin Hassan Tantawi. Ia memberi imej negatif kepada PAS dan PR. Berbagai-bagai usaha dibuat untuk mencari jalan penyelesaian, nampaknya menemui jalan buntu.

Apa pun keputusan yang membabitkan DSAI; pemimpin tertinggi PR mesti berjiwa besar dengan agenda perubahan buat seluruh rakyat. Pantai Timur, Pantai Barat serta Malaysia Timur  sama penting meskipun dibezakan komposisi kaumnya. Kembali muafakat, mencapai kata sepakat. Perkukuh PR dan angkat idea-idea besar sebagai dasar PR agar tidak ada kelompok kaum yang dizalimi.

Saya teringat kata-kata Tok Guru Nik Abdul Aziz ketika bertemu beliau di Pulau Melaka baru-baru ini. "...teruskan dakwah dengan bukan Islam, terutamanya anak muda Cina. Kalau intelek mereka masuk Islam, lebih cepat Islam berkembang'. Tok Guru berpandangan jauh, meskipun tinggal di negeri yang orang Cina boleh dibilang dengan jari di sesetengah tempat!

Jangan dipersia-siakan mandat rakyat, PAKATAN HARAPAN RAKYAT! – HARAKAHDAILY

Ada apa pada Parlimen Belia?

Posted: 21 Oct 2014 05:24 AM PDT



Oleh NUR NAJIHAH MUHAIMIN


Penghijrahan saya sekeluarga ke United Kingdom pada usia 15 tahun, menjadi satu titik tolak mengapa saya memilih untuk menjadi calon Parlimen Belia Malaysia. Sudah lama juga menunggu, mana tahu kerajaan Malaysia akan melaksanakan Parlimen Belia. Nak bersuara perlu ada kekuatan pengaruh.

Parlimen Belia sudah dilaksanakan di beberapa buah negara, antaranya UK, Sweden,negara-negara Eropah dan Malaysia akhirnya melaksanakan juga!

Parlimen Belia bertindak sebagai platform untuk anak muda bersuara dengan cara yang lebih professional dan juga mencari pemimpin pelapis negara.

Perbincangan saya bersama dengan salah seorang pegawai belia daerah, tahun pertama Parlimen Belia diperkenalkan adalah pada tahun 2013.

Pengakhiran 2014, Parlimen Belia mulai sedikit demi sedikit mendapat tempat, walaupun masih dingin lagi sambutannya.
Parlimen Belia mengunakan sistem online, termasuk mengundi, mendaftar dan melihat maklumat tentang calon, boleh dilayari di www.parlimenbelia.gov.my

Kadang melekat rasa membanding-bandingkan antara negara penjajah dan tanah air sendiri. Bukan tidak tahu rasa bersyukur, tetapi semangat untuk membawa idea-idea dari sana adalah untuk kebaikkan rakyat jelata.

Di UK, NGO memainkan pengaruh yang besar. Pilihan raya di sana tidak semeriah pilihan raya di sini. Masakan tidak ada perang poster, bendera atau lompat parti dan sebagainya. Lain  pula di Malaysia, aib dan hal peribadi seorang ahli politik boleh dijaja, dijual beli dan sepertinya tiada etika.

Rakyat di UK sudah jelek dengan janji manis parti-parti politik. Maka tidak hairanlah jika NGO menjadi pilihan. Ketika berada di sana, saya juga mulai terlibat sebagai aktivis Islamic Relief UK dan Amnesty International UK. Menjadi sukarelawan sedikit sebanyak menambahkan kemahiran sosial komunikasi, pengetahuaan dan keyakinan diri.

Ketika musim pilihan raya negara, guru besar sekolah saya, Mr Davies mengambil peluang untuk melihat kecenderungan pelajar-pelajar terhadap parti politik. Diletakkan peti undi di hadapan kantin, kemudian pelajar bebas untuk mengundi parti pilihan mereka.

Hebat bukan? Seawal 13 tahun diberikan pendedahan politik. Bukan itu sahaja, malahan pelajar boleh mengunakan dewan sekolah untuk tujuaan projek amal kebajikan. Pihak sekolah begitu positif melihat pelajar-pelajar yang terlibat dengan aktiviti kerja amal, ianya sesuatu yang biasa bagi mereka.

Saya juga telah dianugerahkan Headmaster Award 2010 sebagai penghargaan pihak sekolah kerana saya adalah antara pelajar yang aktif dalam kerja amal di bawah Islamic Relief UK dan Amnesty International.

Kesimpulannya, pendidikan politik haruslah dimulakan dengan cara yang lebih ilmiah, bersifat neutral, tidak mempunyai kepentingan kepada mana-mana parti tetapi dapat dimanfaatkan untuk semua.

Berikan kebebasan kepada anak muda untuk bersuara, bertindak dan mengambil inisiatif Parlimen Belia ini sebagai satu tanggungjawab rakyat jelata, bukan dibayar, diupah dan sebagainya. Saya sebagai salah seorang calon dari Praktikal Idealis Malaysia yang membawa mesej ke arah agenda pencerahan.

Saya berganding bahu tanpa mengira ideologi politik yang berbeza, bersepakat untuk membawa suara-suara belia tanpa kongkongan parti-parti politik.  Saya juga mewakili grup Buku Jalanan Teluk Intan iaitu satu grup Indie yang memupuk semangat sukarelawan di kalangan belia dan masyarakat.

Grup Indie memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan negara. Pihak berkuasa banyak terlepas pandang akan keberkesanan grup Indie ini membentuk satu masyarakat madani.

Saya membawa tema Belia Berani Berjiwa Merdeka Inspirasi Masyarakat, kerana ini selari dengan keperluaan belia masa kini. Dr Burhanuddin Al Helmy, A Samad Said, Prof Dr Muhaya, Yuna dan keluarag saya adalah antara pencetus tema ini.

Kepada yang berkuasa dan tidak berkuasa, biarkan kami bebas membawa idea. Bukan juga menafikan sumbangan parti-parti yang menyumbang kepada pembangunan negara Malaysia, tetapi untuk kali ini, kami anak muda Malaysia bersatu hati demi kebaikan negara.

Selamat datang ke Praktikal Idealis Malaysia dari Parlimen Belia Malaysia! Selamat mengundi dan selamat memilih pemimpin yang bukan sekadar mempunyai misi yang retorik, tetapi mempunyai rasa ikhlas dan jujur yang nyata.

Biar kalah bermaruah dari menang dengan rasuah!

(*) NUR NAJIHAH MUHAIMIN adalah seorang calon Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak.

Najib ‘moderat’ celaru, bakal jadi bahan jenaka antarabangsa

Posted: 21 Oct 2014 05:19 AM PDT

lks (3)

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak 'berisiko' menjadi bahan jenaka antarabangsa sebagai sebagai Perdana Menteri 'talam dua muka' apabila sibuk melaungkan seruan kesederhanaan di peringkat antarabangsa, namun tunduk kepada golongan ekstremis ketika di dalam negara.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Najib sekali lagi menunjukkan sifat 'skizofrenia' dengan pemahaman tentang prinsip kesederhanaan yang cukup berbeza di peringkat antarabangsa dan kebangsaan.

"Pada 27 September lalu, Najib memberikan ucapan yang amat baik dalam Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu, apabila menyeru golongan sederhana untuk mengambil kembali agama mereka (daripada puak ekstremis) dan mengambil jalan keamanan.

"Namun di 'rumah'nya sendiri, Najib mengelak daripada membendung sikap ekstrim dan tidak bertolak-ansur, sehingga berlaku provokasi antara kaum dan agama pada tahap terburuk sepanjang lima tahun pentadbirannya," katanya dalam satu kenyataan.

"Jelas, Najib mengalami 'skizofrenia' (fikiran celaru, berubah-ubah dan tidak stabil) dalam memahami konsep kesederhanaan, apabila pemahamannya di luar negara begitu berbeza dengan di sini," katanya, secara sinis merujuk laporan Bernama hari ini, bahawa seorang daripada 100 warga Malaysia mengidap penyakit itu.

Sehingga kini, kerajaan masih gagal mengambil sebarang tindakan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang mengancam untuk membakar kitab Bible bahasa Melayu tahun lalu.

Pada masa sama, puluhan ahli politik Pakatan, aktivis, ahli akademik dan wartawan disiasat di bawah Akta Hasutan, kononnya kerana mengancam keharmonian negara.

Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi, beliau yakin Najib akan dapat memberi jawapan yang hebat jika diminta mengulas tindakan biadap Ibrahim itu di luar negara.

"Namun di tanahair sendiri, kerajaan di bawah pimpinannya terus beralasan hanya untuk membela tindakan tersebut, antaranya menyifatkannya selaras dengan Perlembagaan Malaysia," katanya.

Sebab itu jugalah, katanya lagi, seruan Najib dalam Perhimpunan Agung Gerakan semalam untuk 'menolak ekstremisme kaum dan agama' langsung tiada kredibiliti dan tidak lebih sekadar omong kosong semata-mata. – Roketkini.com

Anwar kata tiada lagi sebab untuk dipenjara

Posted: 21 Oct 2014 05:14 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan pada minggu depan akan memihak kepadanya.

Katanya, tiada lagi sebab yang timbul, sama ada dari segi perundangan mahupun politik untuk menyabitkan beliau dengan kesalahan itu.

Jelasnya, keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara ke atas beliau awal tahun ini hanyalah untuk menghalang beliau dari bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang.

"Kalau ikut undang-undang saya tak masuk (penjara). Kalau saya takut undang-undang saya tak baliklah (ke Malaysia).

"Kenapa tak berjaya? Fakta tak ada. Tiada bukti. Dia nak guna alasan apa? Pilihan raya (kecil) Kajang dah lepas," katanya kepada pemberita.

Beliau menyertai program jelajah 'Rakyat Hakim Negara' di Klang hari ini bagi mengumpulkan penyokong untuk hadir ke mahkamah pada hari keputusan perbicaraan tersebut.

Anwar turut menafikan bahawa beliau terdesak sehingga terpaksa mendapatkan sokongan negara luar kepadanya dalam menghadapi keputusan kes pada 28 Oktober.

Anwar berada di United Kingdom pada hujung minggu lalu untuk menyertai mesyuarat jawatankuasa bertindak mengenai reformasi pendidikan tinggi di negara Islam.

Anwar menjelaskan, kenyataannya kepada media antarabangsa sebelum ini hanya untuk menunjukkan bahawa beliau dan pemimpin lain konsisten dalam pendirian mereka menentang ketidakadilan.

'Bukan soal Anwar, tapi keadilan'

Beliau membandingkannya dengan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta pertolongan dari Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Tujuan sama juga boleh dilihat dalam seruan menentang tindakan kezaliman yang menimpa masyarakat Islam di Palestin dan Myanmar, katanya.

"Datuk Seri Najib (Razak) tak pernah mintak tolong Obama? Isunya orang hendak pertahankan prinsip kebebasan demokrasi dan negara hukum.

"Ini kita bicara di mana-mana. Orang tanya saja di mana-mana, saya jawab sama.

"Sebab apa kita sokong Gaza? Sebab ketidakadilan oleh rejim Israel.

"Sebab apa kita suarakan nasib Rohingya? Sebab kezaliman keatas mereka. Jadi pandangan ini harus konsisten," tegas beliau.

Menurut beliau juga kempen 'Rakyat Hakim Negara' tidak harus dinilai dari segi pandangan media kerajaan sehaja sebaliknya isi hati rakyat yang menentang kezaliman kepada setiap rakyat.

"Ini bukan soal Anwar. Kalau bapa anda kena penjara kalau dia tak salah macam mana? Nak pertahan?"

Mahkamah pada Mac lalu mendapati beliau bersalah atas tuduhan liwat dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara, namun beliau masih bebas sementara menunggu keputusan rayuan.

Anwar, 67 didakwa meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium pada 2008, yang dinafikan oleh ketua pembangkang itu.

Polis, AG didakwa ganggu bekas pemandu artis

Posted: 21 Oct 2014 05:05 AM PDT

MALAYSIAKINI
 
 


Seorang peguam mempersoalkan tindakan polis dan Jabatan Peguam Negara yang mahu menahan dan mendakwa anak guamnya, yang sedang memberi keterangan berhubung dakwaan hubungan seorang pelakon dan menteri Umno.

Latheefa Koya yang mewakili seorang bekas pemandu Noor Azman Azemi (bawah) berkata anak guamnya secara sukarela pergi ke balai polis Bukit Indah semalam.

Ini berlaku selepas polis cuba menahannya semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di mana beliau memberi keterangan dalam samannya terhadap bekas majikan dan pelakon Zahida Mohamed Rafique.

Latheefa berkata, Noor Azman dimaklumkan polis bahawa beliau akan dituduh di mahkamah seawal-awalnya pada Khamis atas tuduhan lain yang tidak mereka ketahui.

"Noor Azman direman empat hari oleh polis dua tahun lalu ekoran dakwaan dia mencuri RM200,000.

"Bagaimanapun polis dan pendakwaan tidak bertindak ketika itu tetapi memilih semalam dan mahu mendakwanya hari ini ketika beliau memberikan keterangan dan ini gangguan terhadap saksi untuk melindungi menteri," katanya selepas prosiding.

Sebelum itu, hari ini, Noor Azman, yang juga pemimpin Pemuda Umno sebuah bahagian terus memberikan keterangan hari ini.

Zahida hadir memakai jubah hitam dan bertudung (kiri).

Di luar mahkamah, beliau turut memakai purdah dan beberapa perempuan lagi bergaya sama.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hue Siew Kheng mengarahkan polis untuk tidak menahan Azman.

Hue berkata perbicaraan dan pemandu itu tidak patut diganggu sehinggalah dia selesai memberikan keterangan.

Noor Azman memberi ketengan dan mendakwa terdapat hubungan antara Zahida dengan menteri luar bandar Datuk Seri Shafie Apdal, yang juga naib presiden Umno.

Shafie dan Zahid dilapor telah menafikan dakwaan itu.

Pada 2012, Zahid memberitahu media bahawa Noor Azman mencuri RM200,000 daripadanya.

Noor Azman juga me

Anwar: Lantik Rafizi bukan nak ikat Azmin

Posted: 21 Oct 2014 05:01 AM PDT

MALAYSIAKINI



 
 
 
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan pelantikan Rafizi Ramli sebagai setiausaha agung PKR untuk "mengikat" timbalan presiden parti itu Azmin Ali.

Anwar secara tegas menyatakan pelantikan Rafizi dibuat untuk menyediakan "pasukan terkuat" PKR dalam menghadapi cabaran politik menjelang pilihan raya umum ke-14 akan datang.

"Kenapa nak ikat dia (Azmin)? Kita sokong dia sebagai menteri besar. Kita sokong dia timbalan presiden.

"Mengapa Umno nak lagakan? Kita perlukan pasukan padu dan (perlukannya) sekarang ini," kata beliau semasa sidang media majlis jelajah rakyat hakim negara di Klang hari ini.

Pelantikan Rafizi dan beberapa pemimpin yang dianggap "pro-Anwar" kepada beberapa jawatan penting PKR dilihat oleh penganalisis sebagai cara beliau mengekang pasukan Azmin dalam parti.

Anwar mendakwa kontroversi itu dikatakan bermula dari penularan sebuah e-mel yang mendakwa Rafizi mencadangkan kepada Anwar untuk meminta Azmin menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh sebelum mengangkat sumpah sebagai menteri besar September lalu.

Perkara itu ditimbulkan oleh Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

Raja Petra mendedahkan e-mel didakwa daripada Rafizi kepada Anwar berkenaan langkah-langkah jika Azmin dilantik menjadi menteri besar

E-mel dihantar pada 19 September, tiga hari sebelum Azmin disahkan menjadi MB Selangor turut disalinkan kepada Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Anwar sendiri.

Anwar bagaimanapun mendakwa ia fitnah penulis blog dan media Umno.

Anwar berkata beliau langsung tidak menerima e-mel tersebut.

"E-mel itu katanya hantar kepada saya saya tak terima pun.

"Saya pun search (cari) e-mel, manalah tahu terlepas tapi tak ada," kata beliau.

Beliau mendakwa berkata itu semuanya strategi musuh politik beliau .

"Sebab itu strategi Umno. Media dia (bersifat) mengongkong. Dia buat fitnah dia sahkan sendiri.

"Soal e-mel ini dia keluarkan. Ini saya tak terima.

"Saudara ingat ada media Umno nak siarkan (jawapan saya) ini?"
 

Jangan pertikai ibadat orang Islam

Posted: 21 Oct 2014 04:54 AM PDT

SINAR HARIAN

Ahmad Yakob Ahmad Yakob
 
 
KOTA BHARU - Pihak yang cuba mempertikaikan ibadat orang Islam harus menghentikannya, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Beliau menegaskan mereka sepatutnya menghormati agama masing-masing.

"Ia hanya melibatkan orang Islam ... kita tak kritik dan tak pernah kata apa-apa tentang amalan agama lain, jadi mereka harus hormat agama kita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ulang Tahun Pentadbiran PAS Kelantan ke-24 di sini, hari ini.

Turut hadir Mursyidul Am Pas yang juga bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sebuah portal berita semalam melaporkan badan bukan kerajaan Lawyers for Liberty (LFL) menyifatkan tindakan kerajaan Kelantan untuk mengenakan tindakan terhadap orang Islam yang gagal hadir tiga kali solat Jumaat berturut-turut, akan memberikan kesan serius.

Menurut LFL tindakan kerajaan Pas Kelantan itu adalah bertentangan dan melanggar Perlembagaan negara iaitu Perkara 5 berkaitan kebebasan individu, Perkara 8 berhubung undang-undang sama rata, Perkara 9 berkaitan kebebasan bergerak dan Perkara 11 berkaitan kebebasan beragama.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata kerajaan negeri akan mengenakan tindakan terhadap mana-mana lelaki Islam di negeri ini yang didapati sengaja tidak menunaikan solat Jumaat tiga kali berturut-turut.

Katanya, mereka akan dikenakan tindakan mengikut Seksyen 104,  Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1994 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara maksimum satu tahun atau kedua-duanya. - Bernama

16 termasuk 5 wanita ditahan dipercayai pengikut ajaran sesat di Cheras

Posted: 21 Oct 2014 04:52 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyerbu sebuah premis dipercayai dijadikan lokasi penyebaran ajaran sesat dikenali Milah Abraham, di sebuah pusat perniagaan dekat Cheras, malam tadi.
 
Dalam serbuan kira-kira jam 9.30 malam oleh sekumpulan 30 penguatkuasa JAWI itu, 16 individu dewasa berusia sekitar 30-an hingga 50-an ditahan, membabitkan 11 lelaki dan lima wanita.
 
Turut ditahan dalam serbuan itu ialah tujuh kanak-kanak dipercayai anak kepada suspek dewasa berkenaan.
 
Dalam pemeriksaan hampir sejam di premis dua tingkat itu, barang milik semua individu termasuk telefon bimbit, komputer serta beberapa naskhah kitab turut dirampas.
 
Ketika anggota penguatkuasa menyerbu premis terbabit, semua pengikut kumpulan berkenaan sedang khusyuk mendengar ceramah di dalam sebuah kelas dikendalikan oleh seorang lelaki berusia 40-an.
 
Kesemua mereka kini dihantar ke Ibu Pejabat JAWI bagi pemeriksaan lanjut.
 
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Operasi JAWI, Muhamad Rais Rashid yang ditemui selepas serbuan itu memaklumkan, individu terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 4 dan 5 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan berkaitan penyebaran ajaran yang bertentangan dengan Islam.
 
Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah pengikut kumpulan berkenaan lebih besar berbanding yang ditahan malam ini.
 
Katanya, siasatan lanjut akan dijalankan, termasuk meneliti latar belakang semua individu yang ditahan sebelum proses pendakwaan.

Harga petrol RON95 mungkin kekal sehingga Jun 2015 - Ahmad Maslan

Posted: 21 Oct 2014 04:49 AM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 mungkin kekal pada kadar RM2.30 seliter sehingga Jun tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
 
Beliau berkata, rasionalisasi subsidi petrol mungkin tidak akan dibuat sehingga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan sistem pengkhususan pemberian subsidi petrol kepada golongan sasaran pada Jun 2015.
 
"Perincian bagi sistem ini masih lagi di peringkat kajian. Setakat ini, apa yang diberitahu kepada saya ialah sistem yang bakal dilaksanakan ini akan dimuatkan dalam MyKad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2014, di sini hari ini.
 
Ahmad berkata, sistem itu akan turut dilaksanakan ke atas pengguna diesel pada Januari depan, seperti pengumuman yang dibuat oleh Ketua Setiausaha KPDNKK baru-baru ini.
 
"Bagi subsidi diesel, saya difahamkan setakat ini sistem tersebut bakal dimuatkan dalam kad 'fleet' para pengguna," katanya, sambil menambah bahawa cadangan ini mungkin akan berubah disebabkan jangka masa yang masih panjang.
 
Ahmad berkata, KPDNKK telah membuka Permohonan Cadangan (RFP) untuk pelaksanaan sistem subsidi petrol yang menilai dari segi pendapatan individu dan hak milik kenderaan berkenaan.
 
Sementara itu, beliau berkata Kementerian Kewangan telah membuat permohonan bertulis kepada KPDNKK untuk menukar terma 'caj perkhidmatan' yang dikenakan oleh sesetengah restoran dan hotel, kepada 'caj restoran' atau "caj hotel'.
 
Beliau berkata, langkah ini wajar dalam memastikan rakyat tidak terkeliru dengan terma berkenaan dan menyangka bahawa kadar 10 peratus yang dikenakan ke atas bayaran itu diambil oleh kerajaan.
 
"Caj perkhidmatan diambil oleh restoran dan hotel. Ia bukan cukai perkhidmatan yang dikenakan oleh kerajaan," katanya.

Penceramah agama kempen sentuh anjing minta maaf

Posted: 21 Oct 2014 04:45 AM PDT

ANTARAPOS.COM


Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Ustaz Mohd Iqbal Parjin, individu yang terlibat secara langsung dengan kempen 'I Want To Touch a Dog' hujung minggu lalu meminta maaf kerana penglibatannya dalam acara itu mencetuskan kekeliruan kepada orang awam.
 
Beliau juga menegaskan tidak bersetuju sama sekali dengan aksi peluk, cium anjing seperti yang dilakukan peserta yang hadir, yang rata-ratanya beragama Islam.
 
"Saya memohon maaf secara terbuka di atas segala kecelaruan dan kepincangan yang berlaku. 
 
Iktibar dan pelajaran yang berharga saya perolehi dari apa yang telah berlaku," katanya menerusi satu surat terbukanya.
 
Iqbal berkata, beliau bersetuju untuk menyertai kempen itu sebaik diberitahu penganjur bahawa acara itu mendapat kebenaran daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
 
"Saya memenuhi jemputan ini, dan menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum-hakam yang jelas menurut mazhab Syafi'e, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM. 
 
"Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.
 
"Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh setengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab," katanya.
 
Iqbal berkata penyertaanya dalam kempen itu disalahtafsir dan beliau tidak pernah terfikir untuk menggalakkan umat Islam memegang anjing tanpa sebab yang perlu.
 
"Saya ingin JELASKAN disini bahawa saya TIDAK BERSETUJU dengan aksi peluk,cium anjing yang dilakukan pada hari tersebut oleh peserta-peserta program.
 
Saya juga jelas menerangkan,tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu," katanya.
 
Kempen sentuh anjing yang berlangsung di Central Park, One Utama pada Ahad lalu dianjurkan bagi membuang stigma masyarakat khususnya Islam tentang bersentuhan dengan anjing, dakwa penganjurnya Syed Azmi Alhabshi.
 
Kempen itu mendapat sambutan di mana lebih 1,000 hadir, lapor sebuah portal.

Tanah runtuh di Bukit Beruntung, 2,000 orang dipindah

Posted: 20 Oct 2014 10:28 PM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 2,000 penduduk di Pangsapuri Teratai di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung diarahkan berpindah ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku pada pagi Isnin. 
 
Ketua operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baru, Komander Azhar Tajudin berkata kejadian pergerakan runtuh itu berlaku di Block F, Pangsapuri Teratai. 
 
Azhar berkata seramai 12 orang anggota dikerahkan ke tempat kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.44 pagi. 
 
Penduduk pangsapuri tersebut ditempatkan di lokasi sementara di tiga sekolah berhampiran. 
 
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat masih memantau situasi semasa di pangsapuri lima tingkat berkenaan.

Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Perlu Patuhi Had Laju

Posted: 20 Oct 2014 10:23 PM PDT



Oleh: FARIK ZOLKEPLI
 
 
PETALING JAYA: Untuk mengelakkan rasa mengantuk dan memiliki kemahiran pemanduan yang bagus sering digunakan sebagai alasan oleh penunggang motosikal berkuasa tinggi, apabila mereka melanggar had laju yang ditetapkan, kata Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Asisten Komisioner DAtuk Mohd Fuad Abdul Latiff.  
 
Bagaimanapun, alasan tersebut kini sudah tidak boleh digunakan lagi, hal ini kerana kerajaan telah menetapkan had laju untuk penunggang motosikal berkuasa tinggi.

"Kerajaan telah menetapkan had laju yang bersesuaian selepas menjalankan kajian terperinci mengenai kaitan faktor persekitaran dan keselamatan penunggang motosikal berkuasa tinggi ketika memandu.

"Tiada alasan mengapa tidak harus mematuhinya, tidak betapa mahirnya penunggang berkenaan, mereka harus sentiasa berhati-hati," katanya ketika diminta mengulas mengenai kemalangan yang berlaku di KM26.5 Lebuh Raya Karak- Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam kemalangan tersebut dua orang penunggang motosikal berkuasa tinggi meninggal dunia, sementara seorang lagi  dilaporkan cedera parah.

Mohd Fuad berkata risiko untuk cedera atau terbunuh bagi mereka yang menunggang motosikal adalah dua kali ganda lebih tinggi berbanding mereka yang menaiki kenderaan lain.

"Ini merupakan sebab utama mengapa penunggang motosikal perlu mematuhi had laju yang ditetapkan dan memandu secara berhemah.

"Mereka bukan hanya membahayakan nyawa sendiri ketika mereka memandu melebihi had laju, malah nyawa pengguna jalan raya yang lain turut juga berada dalam keadaan baaya," katanya sambil menambah, polis telah membuat pemerhatian bahawa penunggang motosikal berkuasa tinggi tidak mematuhi had laju yang ditetapkan.

Ditanya mengenai kemahiran pemanduan yang dimiliki oleh penunggang yang terbunuh itu, Mohd Fuad berkata kemahiran pemanduan yang dimiliki bukanlah 'tiket' untuk seseorang pemandu melanggar peraturan had laju yang ditetapkan.

"Undang-undang dan peraturan perlu diikuti oleh semua, tanpa mengira apa jua kemahiran yang mereka miliki," katanya.

Jika mereka menggunakan alasan mengantuk menyebabkan mereka menunggang dalam keadaan laju, maka semua penunggang yang penat tidak seharusnya berada di atas jalan raya.

"Penunggang motosikal berkuasa tinggi harus berada dalam keadaan segar dan fokus terhadap pemanduan mereka. Kaedah yang sama juga harus digunapakai terhadap pembonceng motosikal," katanya sambil mengingatkan penunggang motosikal agar menghormati hak penunggang yang lain bagi mengelakkan daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.

"Mereka harus sedar tanggungjawab besar yang dipikul, terutamanya apabila mereka bergerak secara konvoi," katanya.

Ditanya sama ada kamera had laju boleh mengesan penunggang yang melanggar had laju yang ditetapkan, Mohd Fuad berkata perkara tersebut tidak menimbulkan sebarang masalah, ini kerana kamera berkenaan dapat menangkap imej nombor pendaftaran kenderaan daripada bahagian depan atau belakang.

"Namun, adalah lebih mudah sekiranya kamera itu memfokuskan kepada penunggang motosikal berbanding  di bahagian belakang," katanya.

S'gor jaga kebajikan mangsa tanah runtuh - Iskandar

Posted: 20 Oct 2014 10:15 PM PDT

HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Penduduk yang kediaman mereka terancam akibat kejadian tanah runtuh di Apartment Teratai, Bukit Beruntung diharap dapat bersabar kerana pemindahan mereka ke pusat penempatan sementara adalah untuk keselamatan mereka sendiri.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Iskandar Abdul Samad berkata, penduduk yang terlibat dinasihatkan supaya tidak pulang ke rumah masing-masing untuk sementara waktu.

Namun sekiranya mereka ingin pulang ke rumah untuk mengambil barang-barang, mereka hendaklah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu.

"Pihak Kerajaan Negeri memastikan kebajikan penduduk yang terlibat dengan menyediakan makanan dan selimut.

"Bagi penduduk seperti warga emas, pesakit dan kanak-kanak yang mempunyai keperluan-keperluan khas, mereka hendaklah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Seramai lebih 500 penduduk di Apartment Teratai telah dipindahkan ke tiga pusat penempatan sementara iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1, Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bunga Raya di Bukit Beruntung.

Ianya ekoran kejadian tanah runtuh yang berlaku boleh mengancam apartment terbabit khususnya blok K dan L.

Difahamkan, pergerakan tanah juga telah berlaku sebanyak dua kali pada awal pagi ini dan dibimbangi jika ianya berterusan akan memberi kesan kepada blok-blok terdekat.

Menurut Iskandar, kejadian ini sedang disiasat oleh pihak berkuasa tempatan dan tanggungjawab ini telah diserahkan kepada pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Pihak Kerajaan Negeri juga sedang memastikan rumah penduduk yang terlibat betul-betul selamat sebelum mereka boleh pulang ke rumah masing-masing kelak," katanya. - HARAKAHDAILY

TV AlHijrah terus hasilkan program mesra syariah

Posted: 20 Oct 2014 10:12 PM PDT


TV AlHijrah terus hasilkan program mesra syariah
 
 
KEHENDAK arus kemodenan dan penonton yang semakin bertambah membawa satu lagi revolusi baharu dalam dunia penyiaran tempatan.

Menyedari jalur penyiaran mampu membawa pelbagai manfaat kepada penonton, kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri memperkenalkan saluran TV AlHijrah yang dikendalikan oleh AlHijrah Media Corporation pada 2010.

Tidak hanya menumpukan kepada penonton beragama Islam, TV AlHijrah juga sesuai ditonton oleh semua masyarakat berbilang kaum di negara ini andai mereka ingin mengetahui lebih mendalam tentang nilai dan budaya dalam kehidupan masyarakat Islam itu sendiri.

Pembaharuan dinamik itu ternyata berjaya membawa pendekatan penyiaran yang berorientasikan Islam bertepatan dengan kandungan yang telah disusun dan disiarkan untuk tontonan masyarakat.

Justeru, sempena ulang tahun keempat stesen tersebut yang jatuh pada 1 Muharam, bersamaan 25 Oktober ini, TV AlHijrah mengadakan kempen 'Temasya 2 Minggu' dan membawakan hampir 20 program istimewa mulai 20 Oktober ini sehingga 2 November depan.

Menerusi satu sidang media yang disusun baru-baru ini Zass, mendapatkan Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Wan Alias Wan Abdullah bagi mengulas lanjut mengenainya.

Tahniah kepada TV AlHijrah kerana bakal meraikan ulang tahun keempat tidak lama lagi. Setakat ini, bagaimanakah respons penonton yang diterima?

Terima Kasih. Alhamdulillah, respons yang diberikan oleh penonton sangat baik terutamanya kepada program-program yang diterbitkan sendiri oleh produksi TV Al Hijrah dan kami menyasarkan angka tersebut akan terus meningkat pada masa hadapan.

Paling tidak disangka dan membuatkan kami di TV Al Hijrah sangat bersyukur apabila purata tontonan dicatat sekarang mampu mencecah sehingga 2.2 juta orang berbanding hanya 10,000 tontonan saja dulu. Sehingga Ogos lalu, boleh dilihat peningkatan penonton TV Al Hijrah cukup positif yang mana pertambahan berlaku sebanyak 50 peratus tontonan.

Bagi memastikan rating terus meningkat, apakah strategi yang dilakukan untuk memastikan ia sentiasa memenuhi kehendak penonton?

Sebenarnya, peningkatan rating berkait rapat dengan penyiaran program berkualiti. Kami bertanggungjawab memperoleh dan mengeluarkan program-program yang berkualiti. Bukan itu saja, ia juga seharusnya mengikut tuntutan syariah yang telah ditetapkan.

Jika dilihat kepada kebanyakan drama yang berunsurkan Islamik lebih kepada liberal yang mana tidak mengikut tuntutan syariah. Tambahan pula, kebanyakan cerita lebih kepada jalan yang sama iaitu masalah cinta ataupun harta. Selain itu,

rancangan mesra syariah juga bukan hanya berlandaskan pakaian yang menutup aurat semata-mata, malah ia turut melibatkan akhlak yang baik. Kita dapat lihat kini banyak drama dan filem yang berunsurkan Islamik. Hanya mengenakan jubah dan tudung serta menyelitkan serba sedikit Bahasa Arab dalam skrip, ia sudah dikira Islamik. Namun, rancangan Islamik yang sebenar-benarnya adalah lebih daripada itu. Ia juga harus memaparkan akhlak yang baik. Oleh itu, TV Al Hijrah akan berusaha menghasilkan program dan drama yang berkualiti serta mesra syariah. Rancangan kami pada masa depan adalah untuk memperbanyakkan lagi karya-karya dari negara kita sendiri di samping dapat mengetengahkan garis panduan Islam yang betul.

Seperti yang kita ketahui, bukan TV AlHijrah saja yang berkonsepkan Islamik, jadi bagaimanakah TV AlHijrah menghadapi persaingan?

Ingin saya tegaskan, kami tidak bersaing. Lagi banyak stesen TV yang 'bercakap' mengenai Islam, lagi bagus. Kami menyokong sepenuhnya. Itulah tujuan utama kami. Banyaknya stesen TV yang berkonsepkan Islam ini sekali gus dapat memberi manfaat kepada masyarakat sejagat. Tidakkah ia sesuatu yang bagus? Jika niat hanya untuk bersaing, maka masing-masing tidak akan sampai objektifnya.

Lagipun ramai pekerja yang bertugas di Al Hijrah mempunyai latar dari pelbagai media seperti Media Prima, Astro dan RTM. Malah, saya sendiri dari Media Prima dan hampir 20 tahun berkecimpung dalam bidang penyiaran.

Hakikatnya bukan mudah bagi mana-mana produk mahupun stesen televisyen baharu untuk meyakinkan penonton. Bagaimana pula dengan TV AlHijrah?

Bagi peringkat memperkenalkan TV AlHijrah, memang semua orang sudah kenal dan faham. Persepsi tentang ini sememangnya sudah terlampau jelas. Jika dulu, cabaran kami untuk meyakinkan orang ramai tentang kewujudan TV AlHijrah, kini kami berhadapan dengan proses untuk mencipta nama dan melahirkan lebih banyak lagi rancangan yang berkualiti. Biarpun bermula dari bawah, tetapi kami tahu kami mampu melakukannya dengan sebaik-baiknya. Kita berupaya menyediakan stesen TV Islamik. Begitu juga dengan penghasilan berita yang sudah tentunya punyai asas tertentu. Sebelum menyiarkannya, kita perlu selidik dan mengkajinya.

Memandangkan TV AlHijrah bakal meraikan ulang tahun keempat pada 1 Muharam ini, apakah program-program menarik yang akan  dihidangkan kepada penonton?

Ulang tahun keempat ini bakal diraikan selama dua minggu dengan pelbagai program menarik yang akan ditayangkan. Mengambil tema 'TV AlHijrah Kita Untuk Semua' dan antara program menarik yang bakal ditayangkan adalah TV Al Hijrah Suatu Realiti,

Menu Alam Edisi Ulang Tahun, Pentas Dakwah, Dengan Basikal Aku Menjelajah 2 dan Isu Akidah Edisi Ulang Tahun. Tidak ketinggalan drama bersiri Dalam Iradatmu dan dua buah telefilem istimewa berjudul Seindah Maharku dan The Oversized Coat.

Selain itu, Hari Terbuka TV Al Hijrah turut diadakan pada 25 Oktober ini, di perkarangan Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur bagi meraikan sambutan ulang tahun stesen TV berkenaan.

KJ: Perwakilan Gerakan kurang ajar

Posted: 20 Oct 2014 10:09 PM PDT


Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin
 
 
KUALA PILAH –  Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyifatkan kenyataan perwakilan parti Gerakan Johor, Tan Lai Soon yang menganggap orang Melayu juga pendatang di negara ini sebagai perbuatan kurang ajar.

Menurut Khairy, walaupun Lai Soon sudah  minta maaf,  permohonan maafnya tidak dibuat secara ikhlas.

"Dia buat kenyataan dengan tidak memahami sejarah, tidak hormati Perlembagaan Negara, dan ini kenyataan provokasi. Saya amat kecewa kerana kenyataan seperti itu datang daripada perwakilan Gerakan yang duduk di bawah BN. Seharusnya (Lai Soon) lebih berhati-hati ketika buat kenyataan. Jangan guris hati orang Melayu," tegasnya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutup Latihan Kem Tahunan Kolaboratif Siri 1/2014 Askar Wataniah dekat Felda Kepis, semalam. .

Khairy berharap Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong segera menyatakan pendirian Gerakan sama ada kenyataan Lai Soon itu pendirian parti atau peribadi.

"Sekiranya ia adalah pendirian peribadi, saya tidak berpuas hati dengan cara permohonan maaf dan mahu mengetahui apa tindakan Presiden terhadap individu berkenaan.

"Saya juga harap Gerakan berikan fokus kepada isu sebenar iaitu cara untuk memulihkan parti, bukan cari pasal dengan orang Melayu.

Sekiranya ini cara untuk memenangi undi Cina, dia keluarkan kenyataan provokasi terhadap orang Melayu,  sesiapa pun boleh buat macam ini lagi," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan BN sentiasa amalkan semangat setia kawan dan adil kepada semua.

"Apabila kenyataan seperti ini keluar,  ia membangkitkan kemarahan orang Melayu. Kalau itu strategi untuk memenangi undi Cina, saya rasa ia satu strategi yang tidak betul. Jika hendak menang ada caranya dan perlu menang dengan cara yang baik,  bukan buat kenyataan provokasi seperti itu," katanya.

Dalam ucapannya ketika Mesyuarat Agung Tahunan  Gerakan kelmarin, Lai Soon mengingatkan pemimpin Umno untuk tidak menggunakan kenyataan "pendatang" kepada bangsa lain dan memberitahu orang Melayu juga sebenarnya pendatang di negara ini.

Kempen sentuh anjing, Mufti suruh taubat

Posted: 20 Oct 2014 10:05 PM PDT


Datuk Mohamad Shukri Mohamad Datuk Mohamad Shukri Mohamad
 
 
KOTA BHARU - Penganjur program 'I Want To Touch A Dog' dan umat Islam yang menyentuh haiwan itu di majlis tersebut kelmarin wajib bertaubat.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ini kerana mereka secara jelas mempersendakan hukum ALLAH.  

Katanya, perbuatan sengaja menyentuh anjing adalah haram kerana ia najis mughalazoh (berat) dan bertentangan dengan mazhab Syafie.

"Jika dianjurkan oleh orang Islam, dia sebenarnya menghina hukum ALLAH dan boleh dianggap sebagai sindiran tajam terhadap kewibawaan umat Islam. Bertaubatlah," katanya.

"Memang sedih dengan gejala tidak sihat berlaku akhir-akhir ini. Lepas satu ada lagi yang lain ditimbulkan dengan sengaja dalam masyarakat kita," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohamad Shukri mengulas tentang program berkaitan sentuh anjing di taman rekreasi di Damansara, Selangor yang menunjukkan umat Islam membelai anjing.

Tiada ulasan: