Kelab Greenboc |
- Rendah & Aibkan Wan Azizah, Hj Hadi Perlu Cermin Diri - Abu Hassan Adam
- Benarkah Presiden PAS Ada Kuasa Penuh Lantik MB?
- [VIDEO & GAMBAR] Ini Kerja Uniit Amal Rupanya, Patutlah Setan Geram!
Rendah & Aibkan Wan Azizah, Hj Hadi Perlu Cermin Diri - Abu Hassan Adam Posted: 07 Sep 2014 12:48 AM PDT PAS - PEMIMPIN BERFIKIRAN 'USANG' HARUS UNDUR Tindakan TG Haji Hadi Awang 'mengaibkan' DS Wan Azizah amat bertentangan dengan prinsip keislaman. Ramai yang berkata begitu. TG Haji Hadi tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian rupa, apatah lagi apa yang diperkatakannya itu tidak dapat diterima oleh ramai rakyat Malaysia. Malah, 'musuh' politik Pakatan pun merasakan bahawa apa yang diperkatakan oleh TG Haji Hadi amat tidak kena dengan kedudukan beliau sebagai Presiden parti yang sentiasa berlandaskan Islam sebagai wadah perjuangannya. Antara 'hujah'nya mengenai Dr Wan Azizah, "Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan jawab soalan di parlimen, untuk soal di parlimen, soalan dalam DUN, nak berdialog dengan lawan dalan Dewan Negara pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin…Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor" MALAYSIAIKINI 6 SEPTEMBER 2014. TG Haji Hadi sepatutnya 'mencermin diri' terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Apakah beliau lupa yang beliau terbukti gagal mentadbir negeri Terengganu sehinggakan dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional. Dan apakah beliau juga sudah tidak ingat tentang tokoh PAS yang dipilih oleh beliau untuk menerajui Kedah juga gagal meneruskan pentadbiran sehingga dapat ditawan juga oleh BN. Dan mengenai peranan beliau sebagai ahli Parlimen juga haru disentuh. Seingat aku tidak ada satu isu besar yang pernah diketengahkan oleh TG Hajid Hadi sepanjang beliau 'memanaskan kerusi' di parlimen. Dan kebanyakan isu yang disentuh hanya berlegar di sekitar soal-soal agama dan hampir tidak ada langsung kebolehan beliau untuk berbicara mengenai soal ekonomi dan hal-hal antarabangsa. Dengan mengeluarkan kenyataan yang merupakan satu penghinaan kepada Presiden sebuah parti PKR yang merupakan rakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat sudah menampakkkan yang TG Haji Hadi sudah amat jauh 'terpesong' dari tindak tanduk sebagai seorang pemimpin sebagai sebuah parti berasaskan Islam. Kesanggupan beliau untuk mengeluarkan kata-kata sedemikian dengan sendirinya membayangkan bahawa PAS sememangnya berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Membayangkan juga bahawa TG Haji Hadi sememangnya bersedia untuk 'berkerat rotan dan berpatah arang' dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Hanya menunggu masa dan ketika. Jika ditinjau tentang penglibatan TG Haji Hadi dalam Pakatan Rakyat sepanjang 'persahabatan'nya dengan pakatan sedemikian, menampakkan seolah-olah beliau hanya 'berlakon' dalam memperjuangkan sesuatu isu yang berkait rapat dengan soal keadilan bagi rakyat Malaysia. Seolah-olah TG Haji Hadi 'hanya tidur sebantal tetapi berlainan mimpi'. Kini sudah terserlah hasrat dan impian TG Haji Hadi yang sebenar. Jikalau dulu kita hanya melihat 'sekilas ikan di air' dan belum begitu jelas tentang ' jantan dan betina'nya. Kini hal sedemikian sudah amat jelas dan tidak ada jalan lain bagi TG Haji Hadi melainkan mengundurkan diri dari perjuangan yang belum selesai ini. Rakyat Malaysia masih mahu meneruskan perjuangan yang telah tersedia diasaskan oleh tokoh-tokoh pakatan Rakyat yang sedar tentang erti perjuangan abad baru. TG Haji Hadi dan beberapa orang pemimpin usang lain dalam PAS harus sedar bahawa mereka tidak sesuai lagi berada dalam PAS sekiranya mereka tidak bersedia untuk mengadakan anjakan paradigma dari segi tindakan mereka. Yang dimaksudkan dengan pemimpin usang adalah mereka yang berfikiran yang tidak selari dengan perjuangan nasional yang sedang ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin progresif dalam Pakatan Rakyat, PAS,PKR dan DAP. Ramai pemimpin yang sudah agak lanjut usia namun masih befikiran yang sesuai dengan Kurun ini. Sebaliknya ramai juga pemimpin muda yang masih 'ditakuk' lama dimana fikiran mereka sudah agak 'usang' dan 'jumud' dan amat tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Lantas harus mengundurkan diri. Pemimpin usang sedemikian harus sedar bahawa mereka sudah tidak sesuai berada untuk memimpin generasi kini yang sedang gigih untuk memperjuangkan nasib rakyat sesuai dengan tututan masa. Hendaknya janganlah pemimpin sedemikian masih mahu 'berpaut' kepada perjuangan yang sudah ketinggalan zaman terutama bagi masyarakat majmuk seperti negara kita. Harus disedari bahawa ' sekali air bah sekali pantai berubah'. Dan sekiranya ada pemimpin yang masih berdegil dan tidak mahu berubah mengikut zaman, janganlah hendaknya mengharapkan rakyat untuk 'menolak' mereka kerana adab dan budaya masyarakat Malaysia tidak menghendakkan keadaan sedemikian. Namun sekiranya keadaan amat mendesak dan memerlukan, tentulah rakyat tidak mempunyai pilihan lain. Masyarakat Kurun ke 21 mungkin bertindak sedemikian rupa. -abuhassanadam
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Benarkah Presiden PAS Ada Kuasa Penuh Lantik MB? Posted: 06 Sep 2014 08:54 PM PDT Ada lima (5) tugas Presiden yg dinyatakan di dlm perlembagaan. Tidak ada satu pun memberitahu tugas Presiden ialah memberi kata putus dlm pelantikan MB mana mana negeri atau mempunyai kuasa pemutus atas satu satu perkara. Mengambil contoh Kelantan dan Terengganu di mana Ustaz Fadzil Noor dan TG Nik Aziz melantik terus Menteri Besar tanpa merujuk kepada jawatankuasa pusat adalah kesasar kerana sememangnya negeri-negeri tersebut adalah diperintah oleh PAS sepenuhnya. Berbeza di Selangor dimana tiada satu parti pun di dalam Pakatan Rakyat yang memperolehi majoriti yang mencukupi untuk mendakwa MB itu milik mereka. (DAP 15, PKR 14, PAS 15). Dan telah disepakati dan diputuskan oleh Pakatan Rakyat, jawatan Menteri Besar diberikan kepada PKR. Justeru itu, membelakangkan Jawatankuasa PAS Pusat adalah sesuatu tindakan yang amat dikesalkan. Di dalam perkembangan berkaitan, Mursyidul Am PAS di dalam kenyataannya menyatakan bahawa beliau menyerahkan isu MB Selangor ini kepada Jawatankuasa PAS Pusat, bukan kepada Presiden, bukan kepada Majlis Syura Ulama. Sila tonton video di bawah: Mengenai permintaan Sultan ang berkehndakkan lebi dari satu nama untuk calom Menteri Besar, itu adalah "permintaan" Sultan sahaja. Sebelum ni pun Pakatan Rakyat (termasuk PAS di dalamnya) hanya menghantar satu nama sahaja kepada Sultan sekalipun pihak istana telah meminta lebih dari satu nama. Petikan laporan BERNAMA sebelum ini: SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberikan tiga sebab mengapa baginda berkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas. Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata baginda berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebab ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Pas, DAP dan PKR mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon menteri besar. Kebenaran tetap kebenaran, marilah kita terus berdoa: اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
[VIDEO & GAMBAR] Ini Kerja Uniit Amal Rupanya, Patutlah Setan Geram! Posted: 06 Sep 2014 04:55 PM PDT Amal kerana Allah' kunci kekuatan Unit Amal PAS KUALA LUMPUR: Moto 'Beramal Kerana Allah menjadi asas kekuatan anggota Jabatan Amal Malaysia di bawah Pemuda PAS Malaysia (PPM) untuk memberikan perkhidmatan apabila diperlukan. Terkenal dengan gelaran 'tentera merah', anggota Unit Amal ini sering muncul menghulurkan bantuan kepada komuniti yang memerlukan disaat ditimpa musibah. Kemunculan mereka membantu mangsa banjir di Johor, Pahang dan Terengganu telah menjadi sebutan masyarakat khususnya mereka yang terlibat dengan banjir sendiri. Ketua PPM, Suhaizan Kaiat berkata, anggota Unit Amal tidak pernah mengharapkan pujian masyarakat dalam setiap khidmat bantuan yang diberikan sebaliknya menghulurkan bantuan secara sukarela. "Bukan pujian manusia yang kita cari. Bukan publisiti yang kita mahu. Bagi Unit Amal, niat kita membantu orang yang memerlukan dan semoga ia dikira sebagai amal ibadah. "Usaha ini sangat murni dan bagi Pemuda PAS, memang kita tidak mampu balas dengan wang ringgit," katanya. Menurut beliau, sudah terbiasa dalam keadaan yang sentiasa bersedia, ada anggota Unit Amal yang rata-ratanya berkerja makan gaji, sanggup memohon cuti untuk turun membantu mangsa banjir tanpa diarahkan. "Unit Amal bekerja secara sukarela, dari pagi sampai ke lewat malam dan kadang-kadang tanpa henti. "Mereka mengagih sumbangan, tolong angkut barang dan jadi tukang masak, mengikut keperluan dan situasi. "Tidur pula kadang-kadang dalam khemah, surau atau masjid," katanya. Tambah beliau juga, kerja lebih berat menanti Unit Amal iaitu operasi pembersihan rumah mangsa banjir selepas banjir surut. "Kerja paling berat adalah selepas banjir, iaitu kerja-kerja pembersihan. Kadang-kadang lumpur paras betis dalam rumah kena dicuci dan sudah tentu menggunakan tenaga yang banyak," katanya lagi. Namun tegasnya, dalam kesibukan dan kepenatan membantu orang yang memerlukan, anggota Unit Amal tidak sesekali meninggalkan ibadah wajib di samping mengamalkan perkara-perkara sunat. "Dalam sibuk tolong orang, solat zikir kita tak tinggal. Semua ibadah yang wajib kita laksanakan dan kita jaga betul-betul kerana itu kewajipan kita," katanya. Justeru Suhaizan sangat berharap agar lebih ramai anak muda yang akan menyertai Unit Amal dan sanggup menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan material. "Pemuda PAS sangat mengalu-alukan orang ramai khususnya anak-anak muda yang masih kuat bertenaga untuk menyertai unit amal bagi memberi khidmat ketika diperlukan," katanya. ULASAN GB GB hanya nak sertakan foto dan video apa yang Unit Amal telah lakukan. Mereka tak minta publisiti, tetapi kebenaran menyerlahkan siapa mereka.... Membantu mangsa banjir, tugas lazim yang dihulurkan oleh Unit Amal Mengutip sampah - satu pemandangan biasa selepas perhimpunan Membersihkan kawasan di jalanraya untuk kelancaran trafik Membantu seorang anggota polis trafik yang terjatuh VIDEO di bawah memperlihatkan bagaiaman UNIT AMAL membantu tanpa mengira fahaman politik. Meskipun seorang petugas UMNO BN terjatuh dari motorsikal dan dibiarkan rakan-rakannya, tapi UNIT AMAL menghulurkan bantuan Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
1 ulasan:
Wan Azizah mengiyakan yang beliau sememangnya rela jadi MB boneka. Sudah pasti ianya tidak elok. Pilihlah yang berwibawa dan lebih bagus daripada Khalid.
Catat Ulasan