Kelab Greenboc |
- Kes TBH: Mahkamah Rayuan Putuskan Beng Hock Tidak Bunuh Diri
- Ini Calon-calon MB Selangor Dari PAS (?)
- Hari Tu Kata Muktamad, Jawatan MB Untuk PKR, Hari ini Sudah Lain....
Kes TBH: Mahkamah Rayuan Putuskan Beng Hock Tidak Bunuh Diri Posted: 05 Sep 2014 01:01 AM PDT KMahkamah putuskan Beng Hock tidak bunuh diri Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan terbuka oleh koroner berhubung kematian Teoh Beng Hock 5 tahun lalu, dengan memutuskan "seorang atau beberapa orang bertanggungjawab atas kematiannya". Hakim Datuk Mohamad Arif Md Yusof, Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Hamid Sultan Abu Backer menyampaikan penghakiman berasingan. Mah berkata, koroner dan Mahkamah Tinggi khilaf dalam undang-undang yang digunakan hingga menyebabkan kesilapan bukti. Katanya, sepatutnya ialah keseimbangan kemungkinan dan bukan melampaui keraguan munasabah, menambah seorang atau beberapa orang bertanggungjawab atas kematiannya. Keputusan yang tidak ada duluan itu mungkin memaksa polis membuka semula siasatan kematian Teoh. Koroner Azmil Muntapha pada 5 Januari, 2011 memulangkan semula keputusan kematian Teoh bukan disebabkan bunuh diri atau pembunuhan. Mahkamah Tinggi pada 1 Disember, 2011 mengesahkan keputusan itu.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
Ini Calon-calon MB Selangor Dari PAS (?) Posted: 04 Sep 2014 11:05 PM PDT Majlis Syura Ulama larang PAS calonkan Wan Azizah, Azmin jadi MB Selangor, lapor Utusan Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS selepas muktamar membuat keputusan untuk turut menghantar nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS di samping nama dua Adun PKR, dedah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dalam Utusan Malaysia hari ini. Nama dua Adun PKR yang dihantar kepada istana Selangor bukan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali seperti yang dipersetujui jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lalu. Difahamkan, dua Adun PKR yang dimaksudkan itu adalah Dr Idris Ahmad (Adun Ijok) dan Dr Yaakob Sapari (Adun Kota Anggerik) manakala Adun PAS ialah Iskandar Abdul Samad, exco kerajaan negeri Selangor yang juga pesuruhjaya PAS Selangor. Bagaimanapun, setiausaha agung PAS itu tidak mahu mendedahkan nama ketiga-tiga Adun yang dihantar parti itu kepada istana Selangor kerana ia berkaitan dengan Majlis Syura Ulama. "Tidak seharusnya saya mengulas lanjut. Nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," katanya kepada Utusan Malaysia. Mustafa berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Majlis Syura Ulama yang jelas berbeza dengan pendirian Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya mahu mencalonkan Dr Wan Azizah dan Azmin. "Surat yang dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak presiden yang menguruskan penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung PAS. "Ini suatu amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan menteri besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008 dan 2013 apabila setiap parti menamakan calon pilihan masing-masing," kata Mustafa, sebagaimana dilaporkan akhbar milik Umno itu. Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi mengesahkan kepada Utusan Malaysia senarai calon itu dihantar Pejabat Presiden PAS ke istana Selangor, semalam. Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan nama ketiga-tiga calon berkenaan sambil menambah ia terserah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memuktamadkan perkara itu. Ditanya kemungkinan salah satu daripada 2 nama calon PKR itu adalah Dr Wan Azizah, beliau hanya menjawab: "Itu saya tak tahu, saya tak nak komen. Mungkin juga ada (Wan Azizah), mungkin juga tak ada. Tunggulah, kita serah kepada Tuanku Sultan Selangor (putuskan)." Mustafa memberitahu The Malaysian Insider semalam, pihaknya menafikan laporan The Star Online yang mengatakan PAS menghantar nama tiga Adun mereka sebagai calon menteri besar Selangor. Menurut laporan portal itu, PAS menghantar nama Iskandar, Sallehen Mukhyi dan Dr Yunus Hairi untuk dipertimbangkan sebagai menteri besar Selangor yang baharu untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR. "Laporan itu tidak betul kerana cadangan untuk mencadang ketiga-tiga nama itu sudah dibatalkan," katanya kepada The Malaysian Insider. Bagaimanapun, Mustafa pada masa ini enggan mendedahkan nama yang dicalonkan PAS kepada istana. Malam tadi selepas mesyuarat biro politiknya PKR berkata akan mengambil "langkah yang perlu dan sesuai" dalam tempoh 48 jam akan datang berikutan teguran pihak istana Selangor kerana hanya mencalonkan presidennya Dr Wan Azizah bagi jawatan menteri besar Selangor. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang enggan menjawab sama ada parti berbilang kaum itu akan menghantar lebih 2 nama seperti yang diminta Sultan Selangor mengakui PKR menerima surat daripada istana dua hari lalu. "Kami akan mengambil langkah yang perlu dan sesuai. Kami akan bertindak sewajarnya dalam tempoh 48 jam akan datang," katanya di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya malam tadi. Perkembangan terbaru itu menggugat lagi hubungan parti Pakatan Rakyat (PR) PKR, PAS dan DAP yang sudah tercalar dalam krisis menteri besar Selangor ini. Pada 6 Ogos lalu, Majlis Syura yang bermesyuarat di Kota Baru membuat keputusan mengekalkan Khalid selepas pendirian itu juga dibuat Hadi dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Keputusan itu dibuat sebelum mesyuarat AJK PAS Pusat yang dijadualkan berlangsung 10 Ogos dan kemudiannya dianjakkan ke 13 Ogos dan seterusnya menjadi kenyataan pada 17 Ogos. Pada mesyuarat yang sama, majlis syura juga membuat keputusan agar PAS terus kekal bersama Pakatan Rakyat. Krisis menteri besar Selangor bermula sejak pelantikan Khalid buat kali keduanya selepas pilihan raya umum ke 13 pada Mei 2013 lalu apabila Azmin juga mendesak agar beliau dipilih untuk memegang jawatan itu. Namun ketiga-tiga parti bertegas mahukan Khalid. Pada 22 Julai, Anwar mengumumkan keputusan Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor. Ia kemudiannya dimaklumkan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada keesokan harinya. Pimpinan PAS, khasnya Mustafa dan Iskandar sebelum ini mengumumkan PAS tidak akan mencalonkan pemimpinnya sebagai menteri besar. Namun keputusan kini dibuat Majlis Syura untuk turut mencalonkan Iskandar. Keputusan itu dikatakan diambil berikutan permintaan istana Selangor.
ULASAN GB Dari maklumat-maklumat yang sampai ke email GB, ini adalah senarai calon yang dikemukan oleh PAS. Betul atau tidak wallahu alam. 1. Dr Idris Ahmad (ADUN Ijok-PKR) 2. Dr Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik-PKR) 3. Ir Iskandar Abdul Samad (Adun Cempaka-PAS) Tak payah ulas panjang-panjang. Anehnya Mustafa Ali membuat kenyataan itu melalui akhbar Utusan Malaysia. Bukan oleh media-dia PR atau media PAS sendiri. GB sebelum ini pernah mencadangkan supaya peranan dan keanggotaan Majlis Syura Ulama disemak semula kerana majlis yang ada kini tidak dapat diterima oleh MAJORITI ahli PAS. Ini kerana keputusan muktamar PAS telah membuat keputusan untuk memperkukuhkan kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Majoriti AJK PAS Pusat yang memenangi pemilihan PAS tahun 2013 yang lalu adalah daripada kumpulan profesyenal. Kekalahan Nik Amar yang mewakili kumpulan ulamak tewas di tangan Mohammad Sabu di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden merupakan manifestasi majoriti ahli PAS mahukan golongan profesyenal memimpin parti. Terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan Majlis Syura Ulama untuk tujuan-tujuan tertentu. GB dah ulas sebelum ini di dalam entri bertajuk: Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain? Saranan GB telah disambut oleh calon Ketua Pemuda PAS yang penah gambarnya di"anjing'kan oleh golongan yang mengaku pro-ulama, Zulhazmi-At-takanan di dalam kertas cadanganya nya bertajuk MEMANTAPKAN DAN MEMPERKUKUHKAN MAJLIS SYURA ULAMAK (MSU) PAS. Petikan cadangannya: A) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah benar-benar menepati kelayakan yang ditetapkan oleh Fasal 8 (3) B) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pimpinan tertinggi parti di peringkat Pusat. C) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tidak memegang apa-apa jawatan di dalam mana-mana badan lain di dalam PAS seperti JKPP, DUPP, DPPP dan DMPP. D) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah di dalam bidang-bidang ilmu Islam yang berlainan. E) Dalam menjalankan tugasnya di bawah Fasal 8 (1), MSU hendaklah mengambilkira atau mendapatkan pandangan badan lain di dalam PAS yang mempunyai kepakaran berkaitan sesuatu perkara. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Hari Tu Kata Muktamad, Jawatan MB Untuk PKR, Hari ini Sudah Lain.... Posted: 04 Sep 2014 04:25 PM PDT Calon MB S'gor: PAS hantar 2 Adun PKR, 1 PAS KUALA LUMPUR: PAS menghantar dua nama Adun PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga Adun berkenaan. "Buat masa ini nama tu biarlah dulu," ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi. Menurutnya, senarai nama itu dihantar terus oleh Pejabat Presiden PAS kepada Istana Selangor. Jelasnya lagi, PAS menghantar tiga nama kerana pihak Istana Selangor telah menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama. "Jadi lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," ujarnya beliau lagi sambil menyatakan senarai itu dihantar semalam. Beliau menjelaskan lagi bahawa senarai calon Menteri Besar Selangor selepas Pilihan raya Umum 2008 dan 2013 lalu ditandatangani oleh Presiden PAS. Pada 27 Ogos lalu, Istana Selangor menghantar surat rasmi kepada PKR, PAS dan DAP yang menitahkan supaya menghantar lebih daripada dua nama calon menteri besar sebelum 3 September. Surat itu dialamatkan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan salinan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut mahukan calon yang dinamakan itu beragama Islam dan berketurunan Melayu menurut Perkara L1 (2), Undang-undang Tubuh Negeri Selangor. Sehari sebelum itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan. Baginda menitahkan supaya PAS, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan. - HARAKAHDAILY 4/9/2014 ULASAN GB Apa nak katakan.... hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. PAS pun nak tumpang semangkuk. Hari tu buat kenyataan bajet bagus kata PAS menghormati perjanjian dengan PR bahawa jawatan menteri besar akan diberikan kepada ahli PKR malah siap beri beri jaminan bahawa tidak akan ada nama daripada PAS. Baca di bawah untuk laporan dari harakahdaily sendiri. Hari ini, tup tup nama orang PAS dimasukkan. Patutlah hari itu PJ PAS Selangor kata pengumuman Mustafa itu tidak muktamad. Rupa-rupanya PAS Selangor tergila juga jawatan MB tersebut walaupun tiada sokongan majoriti. Tindakan yang betul-betul tak tahu malu dan memalukan parti dan para ahlinya. p/s Bagi yang tuduh GB melakukan fitnah kerana sebar berita dari portal bukan PAS, sekarang kedua-dua laporan tersebut adalah dari Harakahdaily. Kebenaran terdedah kini siapa yang jelas MUNAFIK dan PENDUSTA.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan