Kelab Greenboc |
- UMNO BN Cemburu & Dengki Kejayaan Cemerlang UNIT AMAL
- Peguam: Polis Boleh Disaman Kerana Panahanan Salah Anggota PPS
- “Saya Cuma Tukar Agama,Tidak Tukar Bangsa” - Sophea Ng, 佩琼
- Benarkah Muktamar PAS Ke 60 Berpindah Lokasi Ke Batu Pahat?
UMNO BN Cemburu & Dengki Kejayaan Cemerlang UNIT AMAL Posted: 02 Sep 2014 01:01 AM PDT Saya sedia pertahan Unit Amal dengan nyawa - Salahuddin KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, beliau sanggup pertahan dengan nyawa jika ada pihak yang mahu menzalimi anggota Unit Amal PAS. Menurutnya, Unit Amal PAS adalah sebuah badan kebajikan yang telah mengharumkan bukan sahaja nama PAS, tetapi nama Malaysia itu sendiri melalui misi kebajikan dan kemanusiaan yang dijalankan mereka. Ianya termasuk misi kemanusiaan ketika banjir besar melanda Johor pada 2006 dan di Pahang dua tahun lalu. Selain itu jelasnya, di peringkat antarabangsa pula Jabatan Amal PAS telah mengharumkan nama negara apabila turut turun membantu mangsa gempa bumi di Pakistan dan Tsunami di Aceh. "Saya sedia pertahan dengan nyawa saya selagi mana kita yakin mereka menjalankan tugas kebajikan dan bukan aktiviti keganasan," tegas beliau kepada Harakahdaily. Salahuddin berkata, ketika dalam pemuda, beliau antara yang awal terlibat dalam pemerkasaan Unit Amal sejak ia ditubuhkan 30 tahun dahulu. Matlamat asal penubuhan katanya adalah untuk melakukan kerja kebajikan dalam parti, dan khidmat sosial dalam masyarakat umum. "Sehingga sekarang kita yakin mereka masih di atas landasan yang betul," tegasnya. Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam yang melahirkan keyakinan bahawa anggota Unit Amal PAS turut akan ditahan seperti 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang. Menurut Zahid, penahanan anggota PPS dibuat kerana beliau turut menerima laporan bahawa mereka turut memukul orang dan melakukan tindakan yang melanggar Perlembagaan termasuk mengambil tugas polis. Mengulas lanjut, Salahuddin berkata beliau bersedia untuk bertemu Zahid bagi memberi penjelasan berhubung tugas dan operasi Unit Amal. "Kita sedia beri kerjasama kepada polis. Saya harap Zahid boleh panggil saya sendiri bila-bila masa," tegasnya. -HD
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Peguam: Polis Boleh Disaman Kerana Panahanan Salah Anggota PPS Posted: 01 Sep 2014 09:05 PM PDT Penangkapan 154 ahli Pasukan Peronda Sukarela (PPS) termasuk warga emas dan wanita adalah menyalahi undang-undang kerana PPS adalah organisasi yang belum diharamkan dan boleh menyebabkan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap polis kerana penahanan tidak sah, demikian kata beberapa orang peguam Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen berkata bahawa pihak berkuasa sepatutnya melalui proses yang perlu di dalam mewartakan PPS sebagai sebuah organisasi haram seperti yang mereka lakukan terhadap Hindraf pada tahun 2008 - sebelum sebarang tindakan boleh diambil terhadap organisasi berkenaan, lapor The MalayMail. Paulsen berkata sehingga hal ini (pewartaan PPS sebagai sebuah organisasi haram) dilakukan, sebarang tangkapan terhadap mana-mana anggota PPS adalah salah di sisi undang-undang. "Penangkapan yang dilakukan tempohari begitu meragukan kerana menjadi ahli organisasi yang tidak berdaftar bukan merupakan satu kesalahan," katanya. Paulsen memberitahu bahawa mereka yang ditahan boleh didakwa di bawah Akta Pertubuhan setelah PPS diwartakan sebagai haram. "Buat masa ini, ia kelihatan seperti tangkapan dan penahanan yang dilakukan bermotifkan politik," katanya. Peguam bebas yang terkenal, Syahredzan Johan juga mempersoalkan tangkapan tersebut, dengan menyatakan bahawa PPS yang tidak berdaftar tidak secara automatik menjadikan ia menyalahi undang-undang. "Kecuali jika permohonan telah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dan telah ditolak, maka pertubuhan itu hanya boleh menjadi salah di sisi undang-undang melalui satu perintah dari menteri. "Di sini, tidak ada satu pun keadaan di atas yang boleh dikaitkan dengan PPS maka jelas ia bukan satu pertubuhan haram, "katanya. Syahredzan berkata polis mungkin boleh menangkap ahli-ahli PPS jika mereka telah secara peribadi terlibat dalam jenayah, tetapi bukan semata-mata untuk dikaitkan dengan PPS. Tambahnya menangkap ahli PPS semata-mata kerana terlibat dengan pertubuhan berkenaan, ia adalah seperti di luar bidangkuasa pihak polis dan agensi penguatkuasaan undang-undang dan mendedahkan mereka untuk disaman.. Sementara itu, bekas Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan menyifatkan tangkapan pada pagi Hari Merdeka itu sebagai "penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis". "Tidak perlu berkonfrontasi dengan kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan (Rakyat). "Ia hanya akan mengesahkan persepsi umum bahawa instrumen kerajaan kini berkhidmat untuk kepentingan politik BN," katanya dalam satu mesej teks. Beliau juga berkata, tangkapan boleh dicabar di mahkamah, katanya kepada wartawan. Pagi 31 Ogos, kira-kira 200 anggota PPS dilaporkan telah ditangkap selepas mengambil bahagian dalam perarakan Merdeka di Georgetown, Pulau Pinang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kemudian mengesahkan bahawa ahli-ahli 154 Penang unit rondaan sukarela (PPS) telah ditangkap kerana mengabaikan perintah untuk menghentikan menyertai aktiviti pertubuhan "haram". Katanya, beliau sebelum ini telah memberi amaran tentang akibat yang perlu dihadapi jika terus menyertai pertubuhan berkenaan. Khalid juga berkata anggota PPS telah didakwa melanggar undang-undang dan dikatakan telah mencabar polis dan perintahnya dengan meneruskan aktiviti mereka seperti biasa. PPS menjadi pusat kontroversi selepas seorang lelaki berusia 51 tahun mendakwa beberapa ahli-ahli PPS telah menyerang beliau. Ini telah menyebabkan kemarahan kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan mendesak spaya unit itu dibubarkan manakala kumpulan hak Melayu Perkasa juga membuat laporan polis menggesa pihak polis untuk menyiasat aktiviti pasukan tersebut. Khalid kemudiannya mengisytiharkan kumpulan itu menyalahi undang-undang dan berkata polis sedang menyiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana ia tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS). Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertindak balas dengan mengumumkan saluran bantuan undang-undang kepada mana-mana ahli-ahli PPS yang ditahan sepanjang tempoh mereka berkhidmat dengan PPS. PPS telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada Mei 2011 untuk membantu orang awam dalam pelbagai keadaan termasuk mengarahkan lalu lintas, masa bencana dan untuk membuat rondaan di jalan-jalan sebagai langkah pencegahan terhadap jenayah. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 9,000 ahli-ahli PPS di negeri ini dan ahli-ahli semua telah menjalani pelbagai kursus yang termasuk bantuan kecemasan dan pengurusan bencana. CONTOH KES PENAHANAN SALAH OLEH POLIS
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
“Saya Cuma Tukar Agama,Tidak Tukar Bangsa” - Sophea Ng, 佩琼 Posted: 01 Sep 2014 05:25 PM PDT KAlhamdulillah.. bertambah seorang lagi saudara seagama kita. Admin tabik dan hormat pada beliau. Baca apa yg dia tulis tentang nama cina pada IC tapi agama islam. Assalammualaykum to my dearest readers Ok today.. my blog is regarding my name . last month I went to collect my identity card from JPN. Alhamdulillah , it was done after such a long process. Then..suddenly I recall an incident that happened when I was attending a talk regarding Shalat. This talk was registered by my boss from my working place ( All Praise to Allah, my boss sayang me so much and she reserved this ceramah agama seat for me ) So I was searching my name on the attendance sheet…… and I found this : Sophea Ng bt Abdullah Hmm…. Since when my father become Abdullah? Then I took my pen and draw a line on the name, and I wrote my name beside it — Ng Pooi Kheng. And then there was a pretty lady ( the person incharged of the attendance ) looked at me with a very unusual eye sight and asked : " ni ke nama betul?" "ya Cik , ni nama saya." I answered. "eh.. betul ke ?" she asked again. " ya Cik." I answered again , with a big wide smile *wink* , xxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxx Hmmm….. lots people still dunno that it is not compulsory to change the name after someone embrace Islam. I was once asked by someone : XX :" tahniah dah masuk Islam.. nama baru ?" ME : "oh… saya takde nama baru." XX : "yang orang lain dok panggil Sophea tu?" ME : "ooh tu nama panggilan. Dalam IC tak tukar." XX : "ekk apasal pulak? Kena lah tambah bt Abdullah kat belakang." ME : "yea boleh kalau nak tambah BT ABDULLAH.. tapi kalau x tambah pun takpe. Tak wajib." XX : " ehhh kenalah tambah. Ng Pooi Kheng tu nama orang cina. Dah masuk Islam kena tukar nama , baru lar orang lain tau dah tukar agama." ME : " Saya tukar agama , tapi saya tak tukar bangsa." Don't worry , I answered it in a very nice way and smile of course… *ngeeee* xxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx Ng is my surname — 黄 (huang2) Pooi Kheng is my name — 佩琼 (pei4 qiong2) My name roughly means — fine , nice, good things and happiness. For me…it might not be an Islamic name. but my name was given by my parents. It is just like the first gift they gave me when I was born. I appreciate my name so much. And again.. embraced Islam doesn't mean I turn myself into a Malay or Arabian. Not to be racist, but I am sure all of us are proud of our own blood. Same goes to me. I was a Chinese, and the only thing changed is… I am now a Chinese Muslim ( Allah is the Greatest) Islam is a peaceful religion, that teach and guide us towards the right pathway. The beauty of Islam should be seen through our attitude, personality, our life, our heart and our soul…. Not through our name. But anyway…. You can still call me anyway u like.. depends on how close we are Ng, Angie, Sophea, Sophy, ah kheng, pooi kheng, kheng kheng….et c. hehehe if we are close enough, no matter how u called me, I will sure recognize you that's all I want to share. Chinese is my root ; Islam is my way of life. forgive me if my sentences offended anyone. Allah knows the Best. Lots of love Wa'laykumussalam Regards, Sophea Ng, 佩琼。 sumber:beritapower Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
Benarkah Muktamar PAS Ke 60 Berpindah Lokasi Ke Batu Pahat? Posted: 01 Sep 2014 07:35 AM PDT Telah tersebar di media sosial menyatakan lokasi Muktamar PAS Kali Ke 60 yang dijadualkan berlansung di Taman Sutera Utama, Skudai dari 18 hingga 20 September akan terpaksa dipindahkan lokasi ke Pt. Salleh Ros, Pt. Raja, Batu Pahat. Menurut maklumat yang tersebar itu, UMNO/BN telah memaksa "TANAH SUTERA MALL" pemilik tanah yang PAS sewa untuk mendirikan khemah supaya membatalkan perjanjian sewa tersebut. Pengurusan Tanah Sutera Mall telah membatalkan perjanjian sewa dan memulangkan deposit berjumlah RM 75K pada 27 ogos 2014 walaupun usaha rayuan diplomasi telah dibuat Justeru itu, PAS Johor telah mengumumkan lokasi baru muktamar iaitu di Parit Raja, Batu Pahat dimana tanah berkenaan adalah milik seorang ahli PAS. Lokasi bermpiran dengan UTHM di tepi jalan utama. Kenyataan itu menyebut, pihak PAS Johor memohon maaf kepada semua yang telah menempah Penginapan di Johor Bahru agar dapat dibatalkan. Penginapan baru untuk di booking di Batu Pahat senarai hotel atau home stay akan dikeluarkan. PAS Johor juga memohon maaf di atas kesukaran sedikit kerugian kerana perpindahan ini. Setiausaha Agung PAS dikatakan akan membuat pengumuman rasmi perpindahan berkenaan selepas mesyuarat PAS PUSAT pada 7 September. Oleh kerana maklumat tersebut telah tersebar luas, pimpinan PAS perlu segera untuk memberikan maklumbalas samada berita tersebut benar atau palsu. Untuk menunggu Mesyuarat PAS Pusat pada 7 September sudah terllau lewat kerana ia begitu hampir dengan tarikh muktamar dan akan menyulitkan persiapan perwakilan dan pemerhati yang menghadiri muktamar tersebut. Media rasmi PAS, harakahdaily/Harakah belum lagi mebuat sebarang laporan atau ulasan mengenainya.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan