Isnin, 1 September 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[KISAH MASYARAKAT] Bapa Tekup Mulut Anak Sampai Mati

Posted: 01 Sep 2014 12:32 AM PDT

Bukit Katil - Sepasang kekasih sanggup menanam anak mereka di belakang rumah apabila kanak-kanak berusia dua tahun itu tidak lagi bernafas selepas ditekup mulutnya, di sebuah rumah teres di Taman Bayan, di sini.

Perbuatan kejam yang dirahsiakan selama enam bulan itu bagaimanapun terbongkar selepas pasangan terbabit ditahan sepasukan polis berkaitan dadah dalam serbuan di sebuah rumah kira-kira jam 2 pagi di Sungai Mati, Muar, Johor, semalam.

Menurut sumber, rangka kanak-kanak lelaki yang dibalut dengan kain batik ditemui ditanam di dalam tanah yang sudah hitam seperti terbakar di dalam lubang sedalam kira-kira 0.3 meter di belakang rumah teres dua tingkat itu.

"Siasatan awal mendapati suspek lelaki itu, terbabit dalam kes curi kenderaan milik bapa saudaranya, seorang pesara tentera berusia 50-an, yang turut memberi keterangan memaklumkan cucu saudaranya itu dipercayai dibunuh suspek.

"Bapa saudara suspek memberikan maklumat itu selepas ibu kanak-kanak berkenaan yang pada awalnya mengaku anaknya dijaga ibu saudara, membongkar tindakan kejam kekasihnya dengan menceritakan kejadian sebenar selepas didesak," katanya.

Menurutnya, suspek mendakwa mangsa ditanam di belakang rumah Februari lalu selepas tinggal bersama di rumah yang disewa sejak awal 2014.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Abu Bakar berkata, suspek berusia 25 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun itu dibawa ke lokasi untuk membantu siasatan.

"Rangka mangsa ditemui di dalam tanah yang ditanam berhadapan pintu belakang rumah itu selepas ia digali semula sepasukan anggota jam 7 pagi, semalam.

"Rangka itu ditemui berbalut dengan kain batik dan siasatan awal suspek lelaki itu mengaku membunuh anaknya dengan menekup mulut mangsa sehingga lemas," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, punca dan motif kejadian masih disiasat namun kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Sabtu depan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, jiran mangsa dikenali sebagai Liza, 30-an, berkata pasangan itu yang menyewa kira-kira sebulan di situ mengaku sudah berkahwin dan kali terakhir dilihat tinggal di rumah terbabit antara Februari sehingga Mac lalu. -SH









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Muslimat PAS Bersama Wanita PR Sokong W Azizah Sebagai MB Tanpa Syarat

Posted: 31 Aug 2014 11:10 PM PDT

Wanita Pakatan Rakyat bersatu dalam menyatakan sokongan tanpa syarat untuk Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Demikian menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh tiga ketua wanita parti tersebut iaitu, Ketua Wanita PKR Zuraidah Kamaruddin, Ketua Wanita DAP Chong Eng, Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff.

"Kami telah bersama-sama bersatu dan mengukuhkan sokongan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor" kata kenyataan tersebut.

Dalam kenyataan yang sama, Wanita Pakatan berkata majoriti menunjukkan 30 dari 43 Ahli Undangan Negeri sudah bersetuju Wan Azizah sebagai MB.

Mereka turut mempersoalkan sekiranya Wan Azizah adalah lelaki adakah pelantikan beliau sebagai MB akan diadili.

Dengan berbekal semangat demokrasi, Wanita Pakatan turut menekankan bahawa perlembagaan negeri tidak menyokong diskriminasi terhadap jantina dan seterusnya tidak menghalang wanita menjadi pemimpin sesebuah negeri.

Wanita Pakatan turut menggambarkan Wan Azizah sebagai seorang wanita besi yang tabah menerima segala dugaan bersama suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta keluarga.

"Dari tahun 1998 sehingga kini, sudah 16 tahun Wan Azizah menghadapi segala tohmahan dan dugaan pada suami dan keluarganya.

Pilihan untuk beliau melangkah keluar dari kancah politik sentiasa ada, namun dengan sikap dedikasi kepada keluarganya, PKR dan Malaysia membuatkan beliau lebih tabah dalam perjuangannya untuk keadilan, demokrasi dan kebebasan" kata kenyataan itu lagi.

Sebelum ini 30 ADUN Pakatan Rakyat di Selangor menyatakan sokongan Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baharu.

Sokongan tersebut sekali gus menandakan ADUN Pelabuhan Klang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hilang kepercayaan majoriti di Selangor untuk terus kekal sebagai Menteri Besar. -aa

ULASAN GB

Ada pula nanti yang bersuara dan memabawa usul supaya tindakan disiplin dikenakan kepada Dewan Muslimat PAS.. atau ada yang usulkan nak pecat semua anggota muslimat PAS (?)









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[GAMBAR] Tumbuk Menumbuk & Baling Kerusi Di Mesyuarat UMNO Pokok Sena

Posted: 31 Aug 2014 04:35 PM PDT


Insiden baling kerusi mesyuarat Umno disiasat

ALOR SETAR - Jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menyiasat kekecohan ketika Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Kampung kelmarin.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pokok Sena, Datuk Ariffin Man berkata, jawatankuasa dianggotai kira-kira 10 ahli akan menyiapkan laporan mengenai kejadian itu sebelum dihantar kepada Umno negeri dan Pusat.

Menurutnya, tindakan yang akan dikenakan terhadap individu terlibat bergantung kepada Umno Pusat.

"Dari segi peraturan, persidangan mematuhi prosedur ditetapkan dalam tempoh notis 14 hari manakala semua senarai nama perwakilan calon G7 adalah sah berdasarkan undian majoriti.

"Namun kita yakin masalah berpunca dari kesilapan teknikal hingga berlaku provokasi yang mencetuskan tindakan mengikut perasaan," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Terdahulu, Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Pokok Sena dicemari insiden baling kerusi ketika persidangan bermula. Ia tercetus selepas perasminya, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan majlis.

Ariffin berkata, sepatutnya tidak berlaku masalah kerana mengikut senarai nama asal terdapat 16 calon perwakilan yang menawarkan diri untuk bertanding.

"Namun semasa hari mesyuarat, sebahagian nama itu tercicir kerana tidak dimasukkan ke dalam beg. Bagaimanapun semua ahli Umno mengenali semua nama calon.

"Daripada 16 calon, hanya tujuh terpilih untuk menjadi wakil ke perhimpunan agung di Kuala Lumpur. Pemilihan dibuat secara undian oleh kira-kira 700 perwakilan," katanya. -SH


Ahli didakwa bertumbuk pada Mesyuarat UMNO Pokok Sena

Apa lagi yang tak kena, Mesyuarat UMNO Bahagian Pokok Sena, Kedah tengahari tadi terpaksa berhadapan dengan kejadian tumbuk menumbuk dan baling kerusi ekoran dakwaan tidak puas hati sebaik sahaja Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal meninggalkan dewan selepas majlis perasmian.

Setiausaha Kerja UMNO Kedah, Haris Che Mat berkata, UMNO Bahagian Pokok Sena akan membuat laporan terperinci berhubung insiden kekecohan itu yang berlaku sewaktu mesyuarat perwakilan untuk diserahkan kepada UMNO Pusat dan Negeri.

"Siasatan awal kami mendapati kekecohan itu dicetuskan pihak tertentu, yang mahu melihat mesyuarat itu ditangguhkan namun tindakan itu tidak berhasil apabila mesyuarat diteruskan selepas keadaan kembali aman.

"Puncanya tidak diketahui lagi tetapi kesemua perwakilan yang hadir sepakat mahu mesyuarat diteruskan walaupun pihak terbabit mencetuskan provokasi serta mengajak perwakilan lain meninggalkan mesyuarat yang diadakan di Dewan SMK Hutan Kampung, Alor Star," dakwanya.

Jelasnya, pada mulanya, sekumpulan ahli UMNO yang hadir untuk bermesyuarat telah membuat bising kerana sebab-sebab tertentu tetapi enggan berdiam diri selepas ditegur.

Mereka kemudian membaling kerusi sebagai tanda tIdak puas hati dan tindakan itu telah menimbulkan kemarahan ahli-ahli UMNO lain menyebabkan berlakunya kejadian cabar-mencabar dan akhirnya bertumbuk sesama mereka.

"Kejadian itu dapat dileraikan dengan bantuan pasukan Rela dan mesyuarat diteruskan apabila suasana kembali tenang. Tidak ada sesiapa yang cedera pada kejadian itu," dakwanya.

Jelasnya, apa juga kejadian yang berlaku akan dilaporkan kepada UMNO pusat untuk tindakan selanjutnya.
- MalaysiaGazette










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tiada ulasan: