Khamis, 4 September 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Berita Pemindahan Makam Nabi Muhammad Suatu Pembohongan - ISISCO

Posted: 04 Sep 2014 08:30 AM PDT



[BERNAMA] KUALA LUMPUR – Berita mengenai rancangan pemindahan makam Nabi Muhammad S.A.W yang disiarkan oleh akhbar Britain 'The Independent' adalah suatu pembohongan, kata Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Islam (ISISCO).

Dalam siaran akhbar yang dihantar kepada Bernama hari ini, ISISCO yang berpangkalan di Rabat, Mahgribi, mengecam sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dalam artikel ditulis oleh wartawan akhbar itu, Andrew Johnson.

Akhbar itu pada hari ini menyiarkan artikel itu yang menyebut cadangan kontroversi itu terkandung dalam satu dokumen kajian yang disediakan oleh seorang tokoh akademik Arab Saudi.

Laporan itu menyebut makam Nabi Muhammad S.A.W akan dipindahkan daripada kedudukannya sekarang dalam Masjid al-Nabawi di Madinah ke kawasan perkuburan Baqi yang terletak berdekatan masjid itu dan pihak berkuasa Arab Saudi sedang berbincang berhubung cadangan itu.


ISISCO berkata laporan tidak bertanggungjawab itu merupakan suatu pembohongan besar berpunca daripada rasa benci dan konspirasi terhadap umat Islam dan kerajaan Arab Saudi yang menjadi tuan rumah kepada tempat-tempat suci Islam.

Tuduhan palsu itu juga bertujuan untuk mewujudkan kekeliruan dan kekacauan yang mampu mengancam keselamatan dan perpaduan serta memburukkan lagi keadaan di rantau ini di mana peperangan dan keganasan antara agama berlaku, menurutnya.

ISISCO menyeru umat Islam di seluruh dunia supaya tidak mempercayai tuduhan jahat itu dan berkata makam Rasulullah S.A.W akan kekal di tempat mulianya sehingga hari kiamat.

ISISCO juga menuntut pihak berkuasa Arab Saudi menyaman penulis dan akhbar yang menerbitkan artikel pembohongan itu. – 4/9/14

Tiga Tahun Jadi Hamba Seks Bapa

Posted: 04 Sep 2014 08:09 AM PDT


[Sinar Harian] JERTIH - Harapkan pegar, pegar makan padi. Itulah perumpamaan yang boleh digambarkan kepada seorang bapa di sebuah kampung di sini apabila dipercayai tergamak merogol anak kandungnya sendiri sejak empat tahun lalu.

Suspek yang berusia 41 tahun sepatutnya menjadi pelindung kepada gadis itu sebaliknya bertindak di luar kewarasan akal apabila merogol anak perempuannya itu sejak mangsa berusia 13 tahun.

Namun kerana tidak tahan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya sendiri, pelajar tingkatan empat sebuah sekolah di sini nekad melaporkan perbuatan keji suspek kepada polis di Balai Polis Jertih pada Khamis lalu.

Menurut sumber, aduan tersebut dibuat selepas suspek didakwa merogol mangsa untuk kali terakhir ketika mangsa sedang tidur kira-kira jam 2 pagi pada Rabu lalu di rumahnya di sebuah kampung di sini.

Katanya, mangsa yang tersedar daripada tidur terkejut melihat suspek berada di hujung kakinya sebelum bertindak merogol mangsa.

"Sebelum itu mangsa membantah perbuatan bapanya namun dengan kudratnya sebagai wanita menyebabkan dia tidak mampu menolak perbuatan keji bapanya itu," katanya.

Kata sumber itu lagi, tidak tahan dengan sikap kebinatangan bapanya dan tidak sanggup berterusan diperlakukan begitu lagi mangsa kemudiannya membuat laporan polis pada jam 1.15 petang sehari selepas kejadian.

Difahamkan juga, mangsa mengakui menjadi mangsa rogol bapanya yang bekerja sebagai jurujual di Jertih itu sejak dia di tingkatan satu lagi dan perbuatan tersebut berlaku di rumah.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan serta tindakan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, mangsa telah dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan untuk pemeriksaan lanjut.

Bertindak atas laporan sepasukan anggota polis kemudian giat memburu suspek sebelum lelaki itu ditahan di depan sebuah kedai di bandar Jertih, kira-kira jam 5 petang pada Khamis lalu.

"Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Jumaat lalu untuk membantu siasatan," katanya.

Menurutnya kes ini disiasat mengikut Seksyen 376 (B)Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram. -3/9/14


'Azizah, Azmin tiada dalam senarai PAS'

Posted: 04 Sep 2014 07:51 AM PDT



[Malaysia Kini] PAS membuat gempar apabila tidak menamakan dua calon menteri besar Selangor daripada PKR yang dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa pusatnya sebelum ini.

Beberapa pemimpin kanan PKR memberitahu, bukan sahaja presiden mereka Datuk Seri Wan Azizah Ismail, malah timbalannya Azmin Ali juga tidak dihantar PAS kepada pihak istana.

Perkara itu dimaklumkan beberapa pemimpin kanan PKR kepada Malaysiakini petang ini.

Seorang sumber yang enggan dinamakan menganggap tindakan itu "mempermain-mainkan PKR" dan mereka akan bertemu dengan PAS bagi mendapatkan penjelasannya sebelum ini.

Pertemuan itu dikatakan akan berlangsung sama ada malam ini atau esok.

Biro politik PKR hari ini mengambil masa hampir empat jam untuk membincangkan isu itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifudin Nasution turut ditanya pemberita berhubung kemungkinan nama Azizah dan Azmin tidak dikemukakan kepada istana oleh PAS.

Saifuddin mengakui PKR terpaksa membuat perancangan semula berkenaan isu itu jika ia berlaku.

"Kami bincang semua sekali. Kami kembali ke drawing board," kata beliau kepada wartawan selepas mesyuarat di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hari ini mengesahkan menghantar dua nama ADUN PKR dan satu daripada parti itu sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut nama ketiga-tiga ADUN berkenaan.

Sebuah portal melaporkan hari ini, sumber rapat dengan PAS Selangor menghantar nama tiga exco PAS iaitu Iskandar Ab Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus Hairi.

Ini bertentangan dengan pendirian PAS pada 17 Ogos lalu yang memutuskan menyokong Azizah di samping Azmin sebagai calon menteri besar. -Radzi Razak/4/9/14


P/s: Mahu belajar khianat kawan, mari belajar di Selangor.


Kerjasama dengan UMNO, Isu MB, Apa Kata Pemimpin PAS?

Posted: 04 Sep 2014 07:41 AM PDT


'PAS kiamat jika kerjasama dengan Umno'

[Malaysia Kini] Cakap-cakap berhubung kerjasama PAS dan Umno kini membimbangkan pemimpin parti Islam itu.

Tanpa bersembunyi, anggota jawatankuasa Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad memberikan amaran supaya perkara itu tidak berlaku kerana "kiamat jika PAS bekerjasama dengan Umno".

Katanya, tiada sebarang kemungkinan untuk bekerjasama dengan parti lawan itu atau mana-mana blok ketuanan Melayu kerana "ia bukan cara negara ini untuk membangun".

"Ia bertentangan dengan perkara pokok pentadbiran dan kerajaan seperti disebut dalam al-Quran, yang dipegang PAS selama ini.

"(Kerjasama dengan Umno) seolah-olah datangnya hari kiamat," katanya kepada Malaysiakini. - 4/9/14


Untuk Kalahkan BN, PAS Perlu Bersama Pakatan, Kata Mat Sabu 

[The Malaysian Insider] Pakatan Rakyat (PR) perlu dijadikan sebagai platform jika PAS berhasrat untuk menawan Putrajaya dan mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang, kata Mohamad Sabu. 

Timbalan presiden PAS itu berkata, sejarah membuktikan PAS meraih kejayaan terbesar bersama PR pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12), di mana 5 negeri berjaya dimenangi gabungan pembangkang itu diikuti mendapat undi popular melebihi BN pada PRU13. 

"Saya hendak simpulkan di sini, kejayaan PAS melonjak apabila ada di dalam pakatan atau tahalluf siasi atau coalition dan PAS mendapat undi yang parah apabila tidak ada 'tahalluf', tidak ada pakatan atau bertelagah di antara parti dalam Pakatan. 

"Jika PAS dan rakan dalam PR berangan atau berazam untuk menguasai Putrajaya, iaitu melalui pilihan raya dan proses demokrasi, maka tidak ada jalan lain, melainkan jalan terbaik melalui kerjasama politik antara parti pembangkang dan NGO untuk hadapi pemerintah BN," katanya yang dikenali sebagai Mat Sabu dalam satu artikel bertajuk "Tahalluf siasi punca utama kejayaan PAS" diterbitkan portal Harakahdaily. 

Pada PRU12, buat pertama kalinya majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan dan merupakan kejayaan paling besar dicapai parti pembangkang sejak Merdeka apabila 5 negeri jatuh ke tangan PR iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. 

Menerusi PRU12 juga, PAS berjaya memenangi 23 kerusi Parlimen dan 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Malaysia. 

Mohamad berkata, sejarah membuktikan PAS mengalami kekalahan teruk apabila tidak berada dalam gabungan politik menerusi beberapa siri pilihan raya umum yang lepas. 

Katanya, PAS berdepan kekalahan teruk pada pilihan raya umum 2004 apabila DAP meninggalkan Barisan Alternatif (BA) dan mereka gagal mempertahankan Terengganu selain mencatatkan penurunan undi di seluruh negara termasuk undi orang Melayu Bumiputera. 

"Pada pilihan raya 2004, DAP mengumumkan untuk meninggalkan BA di atas beberapa perkara yang mereka tidak bersetuju dan tidak bersamaan dengan PAS terutama dalam hal konsep negara Islam. 

"Maka pada 2004, PAS mengalami kekalahan yang agak teruk, hilang kerajaan Terengganu, manakala di Kedah, yang tinggal hanyalah satu kerusi di peringkat Parlimen dan 5 kerusi Parlimen di Kelantan," katanya. 

Beliau berkata, sejarah kegemilangan PR bermula pada 1999 ekoran peristiwa yang menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim maka terbentuklah BA yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR. 

Katanya, pada ketika itu PAS berjaya memenangi 27 kerusi Parlimen iaitu Kedah (8), Kelantan (10), Terengganu (7) dan Perak (2) serta menguasai Kelantan dan Terengganu yang ditawan semula PAS selepas kehilangan 2 negeri itu pada 1962. 

"PR dan tahalluf siasi diteruskan menjelang PRU13 di mana sekali lagi PR mencatat kemenangan undi popular lebih 52% dan BN mendapat undi 46% sesudah ditolak undi rosak kira-kira 2%. 

"Walaupun tidak berjaya menawan semula Terengganu, PAS hanya kehilangan 2 kerusi untuk memerintah semula Terengganu. Merosot sedikit undi di Kedah tetapi kejayaan yang besar ialah PAS capai di Selangor iaitu berjaya mencapai kemenangan 15 kerusi DUN," katanya. – 3 September, 2014. 


PAS Hilang 10 Kerusi Jika PRN- Bekas MB Selangor 

[bnbbc.my]30 OGOS: Ahli PAS yang juga bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hari ini memberi peringatan kepada PAS bahawa ada kemungkinan parti itu akan berhadapan dengan kekalahan besar sekiranya meninggalkan Pakatan Rakyat (PR). 

Beliau bertegas bahawa perkara sebegitu akan berlaku sekiranya PAS mengambil langkah meninggalkan PR di dalam keadaan sebegini (krisis MB Selangor) . 

Tambahnya, PAS perlu diperingatkan selama ini pengundi Cina juga turut memberikan sokongan mereka apabila parti Islam itu berada bersama dalam PR. 

"PAS akan kalah banyak kerana mungkin orang Cina tidak mahu mengundi PAS. Jangan kita 'sentimen Allahu Akbar' sahaja. Kita kena praktikal dengan keadaan pengundi. 

"Jika kita silap percaturan, PR akan menang dan PAS yang tidak dapat undi. Jika ada pilihan raya negeri di Selangor, saya ingat kurang-kurang PAS akan kalah 10 (kerusi)," katanya dalam Wacana Merdeka di Universiti Selangor di Shah Alam pada Sabtu. 

PAS sebelum ini mengambil pendirian yang berlainan dengan PR apabila memilih untuk memberi lebih nama calon menteri besar kepada Sultan Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Pendirian itu ternyata dikecam oleh sebilangan ahli politik dari PKR dan DAP yang dianggap sebagai tidak sependirian dengan mereka. 

PKR dan DAP sebelum ini berkeras untuk menamakan calon tunggal, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - QURNISHA HAMKA  


Berkaitan: 


P/s: Daripada kenyataan semasa, orang ramai boleh menilai golongan yang mahu rapat kepada UMNO/jauh daripada PR dan sebaliknya.


Lapor The Star, Hadi Mahu PAS Duduki Kerusi MB Selangor; Lapor BH, PAS Hantar 3 Nama Termasuk ADUNnya...PANAS!!!

Posted: 04 Sep 2014 12:44 AM PDT


Hadi Mahu PAS Duduki Kerusi MB Selangor

[Mstar] PETALING JAYA: Krisis menteri besar di Selangor telah menemui kemelut terbaharu apabila PAS dipercayai telah mengemukakan nama tiga ahli majlis eksekutif untuk jawatan itu.

Tiga nama tersebut ialah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus.

Surat daripada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh 3 September bagi mengemukakan lebih daripada dua nama calon jawatan menteri besar berikutan pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari PKR, menurut beberapa sumber di negeri ini. 
Mereka berkata Hadi secara peribadi telah menandatangani surat untuk istana, menamakan tiga ahli exco parti itu dalam pentadbiran negeri sebagai calon.

Pembantu kanan Hadi ketika dihubungi The Star untuk mendapatkan komen, tidak menafikan surat itu telah dikemukakan dan berkata terpulang kepada kepimpinan parti untuk membuat kenyataan mengenai perkara itu.

"Ini adalah perkara yang sulit dan oleh itu, saya tidak boleh membincangkannya," katanya.

Surat itu akan dilihat sebagai satu penghinaan kepada konsensus yang dipersetujui oleh sekutu Pakatan Rakyat yang lain iaitu PKR dan DAP yang telah bersetuju untuk mengemukakan hanya satu nama iaitu nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke istana untuk dipertimbangkan.

PAS menegaskan bahawa lebih dari dua nama hendaklah dikemukakan mengikut permintaan istana. -4/9/14


PAS Hantar Tiga Nama, Termasuk ADUN Parti Itu - Mustafa Ali

[Berita Harian] KUALA LUMPUR: PAS mengesahkan menghantar tiga nama, termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baharu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, senarai nama itu diserahkan kepada pihak Istana, semalam.

"Betul, PAS hantar sudah hantar tiga nama kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah," katanya ketika dihubungi BH Online.

Mustafa berkata, keputusan menamakan tiga calon dibuat kelmarin, sebagai memenuhi kehendak Sultan.

Sementara itu, sumber istana mengesahkan surat untuk mengemukakan calon tambahan Menteri Selangor sudah diserahkan kepada PKR.

PKR sebelum ini bertegas mahu Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dinamakan sebagai calon tunggal menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - 4/9/14


P/s: Jika berita ini benar, maka mereka sudah tentu tahu akan akibatnya dari segi politik mahupun setiakawan. Umum tahu bahawa kerusi MB di Selangor telah disepakati oleh ketiga-ketiga parti akan iisi oleh ADUN daripada PKR.

Kata orang, mengkhianati janji itu munafik. Kalau ini...


Tiada ulasan: