Khamis, 4 September 2014

.

.


Dr Wan Azziah harus surrender...

Posted: 03 Sep 2014 06:22 PM PDT

MENJOLAK MENTARI                                                                    

Masa untuk menyelamatkan DUN Selangor dibubarkan ekoran kegagalan menyelesaikan kemelut pengganti Khalid Ibrahim masih ada sedikit sahaja lagi. Di pihak Sultan Selangor dikira sudah begitu melegakan apabila baginda telah memberi ruang meminta parti-parti Pakatan, PKR, Pas dan DAP menghantar lebih dua nama.

Sedikit sebanyak sultan telah bermurah hati dan sedia melayan demokrasi di Selangor. Atas budibicara baginda boleh sahaja meminta Khalid "menasihatinya" agar membubarkan DUN Selangor. Tetapi nampaknya tidak begitu. Semangat Perlembagaan dan Undang-undang tampaknya dipedulikan oleh sultan. Baginda juga peka dengan implikasi yang bakal menimpa batang tubuhnya sekiranya tindakan membubar dewan dilakukan. Baguslah.

Kini semuanya terletak kepada PKR bagi menentukan apakah DUN Selangor perlu dibubarkan atau tidak. Kata putus tergenggam dalam tangan PKR. Semalam pihak istana telah mengutus surat kepada parti itu agar menamakan nama lain selain Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk diklantik menjadi MB. Tetapi ada usaha untuk memanipulasikan hakikat surat berkenaan menyebabkan kenyataan dikeluarkan ditarik balik. Kenapa terjadi begini? Seolah-olah orang yang melakukan ini sebagai satu sabotaj dalaman pula.

PKR berpegang kepada prinsip dan pendiriannya menghantarkan hanya satu nama sahaja. Semua orang kena menerima dan menghormati pendirian itu. Tetapi dalam politik tidak semestinya pendirian yang betul itu tetapi kalau ia mendatangkan masalah perlu ditegakkan.

Apakah PKR tetap berpegang kepada pendirian itu hanya mahukan Dr Wan Azizah sahaja? Kalau itulah pendirian tegas PKR, ini bermakna jalan ke arah pembubaran DUN semakin cerah. PKR terutamanya pemimpin yang bersedia untuk memasuki ke pejabat MB bersama Dr Wan Azizah harus berfikir jauh dan berfikir untuk diri sendiri.

Kalaulah DUN dibubarkan dan pilihan raya diadakan semula, katalah Pakatan Rakyat menang dan PKR sekali lagi diberikan kepercayaan oleh rakannya untuk mengetuai parti, dan nama Wan Azizah juga diajukan kepada sutltan untuk jadi MB apakah keadaan yang berlaku sekarang ini tidak berulang? Apakah boleh dipastikan kalau hari ini sultan tolak nama Wan Azizah esok sultan boleh menerimanya.

Walaupun ia tidak mustahil tetapi ia agak mustahil untuk berlaku begitu.

Rasanya kalau hari ini jarum tidak dapat meloloskan diri maka kelendan juga tidak akan dapat menurtinya. Hari Jumaat tidak akan mendahului hari Khamis kerana sunatullahnya begitu. Pada saya seeloknya Dr Wan Azizah kena surrender.

Saya yakin waktu ini atau malam tadi pimpinan PKR sudah pun membincangkan hal ini dan keputusan sudah pun ada serta sedia untuk dimaklumkan. Cuma diharap keputusan itu janganlah tegang sehinggakan pembubaran DUN berlaku. Sebab seperti dikatakan tadi kalau DUN dibubarkan apa yang berlaku kini tetap akan berlaku. Tidak semudah itu untuk memaksa hati sultan daripada menerima seseorang yang tidak diperkenankannya. Sultan adalah sultan. Berihu kali puyuh berkokok macam terkukur, ia tetap puyuh juga yang ekornya pendek dan terbang rendah.

Yang terbaik PKR bersama Pakatan Rakyat hantarlah nama lain. Sekiranya nama Mohamed Azmin Ali tidak dapat dipersetujui kerana masalah tertentu, hantarlah nama lain. PKR masih ada 12 nama lagi yang boleh diangkat menjadi MB. Itu Adun Ijok Dr Isris Ahmad boleh diangkat untuk jadi MB sementara. Dalam soal ini baik Dr Wan Azizah dan mereka yang mengekorinya dan juga Azmin redalah dengan apa yang berlaku.

Bersabit dengan Azmin hairan kenapa timbalan presiden ini tidak dapat diterima. Apakah penolakan kerana kelemahan kepimpinannya ataupun kerana ada chemistry tertentu? Kalau ia ditolak kerana hal-hal personal ini bermakna PKR sudah tidak rasional lagi dalam politik. Masalah ketidakrasionalan inilah menjadikan PKR bermasalah dan juga mengheret sama Pakatan Rakyat.

Saya diberi tahu Azmin tidak disenangi oleh Dr Wan Azizah dan keluarganya. Begitu juga Khalid Ibrahim tidak menyenangi Azmin. Saya faham kalau Khalid tidak menenangi Azmin, tetapi tidak faham kalau Dr Wan Azizan dan keluarganya tidak menyenangi Azmin. Maaf saya terpaksa menyebut dan bertanyakan hal ini? Ingat Azmin bukan milik sesiapa tetapi dia milik PKR.

Semua orang dalam PKR harus berjiwa berjiwa besar untuk memastikan kerajaan negeri Selangor dapat diteruskan oleh Pakatan Rakyat. Setidak-tidak tahan diri untuk kira-kira tiga tahun lagi sebelum pilihan raya umum ke-14 menjelang. Masa itu atur dan susunlah agar hasrat dan cita-cita peribadi masing-masing tercapai?

Perkara yang perlu diutamakan bukan soal peribadi atau melantik sesiapa yang kita berkenan dan suka, tetapi lantiklah mereka yang boleh diterima sultan dan diperkenankan olehnya. Sebab perlu diketahui pemutusnya di situ. Berkeras dengan sultan sampai ke bila pun tidak akan menang. Sultan diibartkan durian rakyat (PKR) diibaratkan mentimun. Tergolek kena digolek pun kena. Apa lagi dalam keadaan apa juga dan bila-bila masa sahaja akan wujud dua kumpulan orang Melayu di negara ini satu menyokong raja dan satu lagi tidak setuju dengan raja.

Kewujudan dua kumpulan yang bertentangan inilah yang menyebabkan segala masalah berhubung dengan kepentingan orang Melayu juga sukar dilaksanakan. Tidak mahu pula saya memberi anologi lebih kepada bangsa yang satu ini, Melayu. [wm.kl.9:20 am 04/09/14]

DUN Selangor akan dibubar setelah semuanya siap sedia

Posted: 03 Sep 2014 03:32 AM PDT

RENUNGAN PETANG                                                                          

Selepas Sultan Selangor memberi tempoh yang tamat hari ini kepada parti-parti Pakatan Rakyat mengemukakan sekurang-kurang dua nama sebagai pengganti Khalid Ibrahim, kini semua orang sedang menanti apakah tindakan selanjutnya. Parti Pakatan Rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menentukan siapa jadi MB walaupun mereka mempunyai sokongan majoriti dalam Dun Selangor.

Keadaan ini agak anih dan berbeza, kalau Umno yang mendapat majoriti sudah pasti siapa pengganti Khalid awal-awal lagi sudah diketahui. Biasanya orang yang akan diberikan nama untuk diperkenan menjadi MB dibuat oleh presiden parti dan bukan pihak lain.

Inilah nasib pembangkang dalam negara demokrasi bernama Malayisa yang bersimbolkan abjabkan "tigatujuhkosong".



Bagi saya apabila sultan meminta lebih dari satu nama bermakna ia ada masalah. Nama yang dipersetujuan Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah pasti akan ditolak. Penolakan itu tidak boleh dipertahankan lagi kerana ia tertakluk kepada soal adat dan budibicara. Budibicara kedudukannya lebih tinggi dari perlembaga. Kalau orang negara demokratik mendengarnya mungkin ia mengatakan demokrasi kita gila.

Sebab itu saya katakan, tak payahlah pakar perlembagaan atau sesiapa bertermpik menegaskan yang perlembagaan sebagai perkara tertinggi, tetapi budibicara yang ada kepada sultan dan amalan sebelum ini akan mengatasinya. Sultan tetap sultan walau bagaimana sekali pun. Bagi sesetengah orang inilah rahisa kenapa institusi sultan dipertahankan, kononnya untuk menjadi penyelamat?

Kerumitan untuk menggantikan Khalid sebagai MB bukan sahaja terbatas setakat kedegilan Khalid sahaja, tetapi sudah ada kuasa atau tangan lain dalam diri MB bebas itu. Khalid hanya seorang Adun yang dirinya sudah ditumpangi hantu atau pun roh lain. Perangai dan saksyiah Khalid yang baik sebelum ini telah rusak bila dia dirasuk.

Seperti orang yang memelihara hantu raya pada saat nyawa dan jasadnya hendak berpisah. Walaupun badanya sudah lemah kerana tidak makan berbulan-bulan, tetapi dia masih ada kudrat dan kuasa kerana tubuhnya dimasuki unsur luar. Begitu juga dengan Khalid. Selagi unsur luar itu menumpang ditubuhnya ia terus hidup dan menjadi kuat dan bertahan. Sebenarnya apabila dia sudah hilang sokongan di DUN, Khalid telah pun tidak bernyawa lagi. Tetapi kenapa beliau masih bergerak, kerana ada hantu dalam tubuhnya.

Perkara ini sepatutnya difahami oleh semua orang yang beriya-iya hendak menurunkan Khalid. Patut fikir yang Khalid ada memelihara hantu raya. Tetapi kerana terlupa melihat akan perkara ini menyebabkan kerumitan menukar MB yang selalunya mudah itu menjadi rumit. Memang kematian orang biasa yang tidak diganggu hantu dan syaiatan senang, tidak nazak begitu lama. Bahkan sekali baca Yassin sahaja sudah go.

Firasat saya masih seperti awal-awal dulu. Bahawa kemelut di Selangor akan berakhir dengan pembubaran DUN Selangor. Hari ini pihak tertentu sedang membuat kajian dan soal selidik sejauh mana kesediaan dan peluang Umno kalau DUN dibubarkan. Pelan juga diatur sebaik mungkin bagi memastikan kalau pilihan raya semula diadakan, ertinya Umno sudah bersiap sedia. Kerumitan sengaja dinantikan untuk menghalalkan tindakan.

Boleh jadi Sultan akan memberi perkenan kepada nama dari Adun Pas. Dan bila nama ini diangkat dan menjadi MB, Adun ini akan ditentang dalam DUN dengan mengemukakan undi tidak percaya. Saat berlaku kekalutan inilah nanti pelaung terbaik untuk membubarkan DUN dibuat. Sandiwara ini sedang siap untuk dimulakan.

Jadi pendek cerita, penutup kata sebelum hendak melaram makan tea tarik, kata perintah untuk bubar DUN dibuat setelah semuanya sudah siap sedia. Jadi kalau hendak tahu bila kena tanya Umno sebab parti itu ada akses yang baik dengan kuasa penentu DUN dibubarkan. Pembubar DUN Selangor saya yakin diambil restu daripada Umno. [wm.kl.6: 20 pm 03/09/14]

Tiada ulasan: