Isnin, 1 September 2014

.

.


Usul tidak cerminkan Islam daripada Dewan Ulamak Selangor

Posted: 31 Aug 2014 08:01 PM PDT

LIDAH ISNIN                                                                                     

Tindakan Dewan Ulamak Pas Negeri Selangor meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan dua Adun Pas, Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin kerana kedua mereka menanda tangani akur janji menyokong Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dilihat tidak berapa cantik dan relevan.

Anggota Dewan Ulamak Selangor bersidang.
Sebagai sebuah dewan (sayap parti) yang dianggap mulia dengan namanya "al ulamak", golongan yang senantiasa bertaaruh diri kepada Allah, menyeru kebaikan dan memberi nasihat demi maslahat ummah, tidak sepatutnya mengambil jalan politik menghentam wakil rakyatnya sendiri yang merupakan darah dagingnya juga.

Ayat atau bahasa yang digunakan dalam usul berkenaan juga (mengutuk dan mengecam) kurang sopan dan tidak menandakan ianya lahir dari sebagai sebuah dewan ulamak yang diharap penuh berakhlak.

Penggunaan bahasa kesat dan ksar itu boleh mengelirukan orang bukan Islam apa lagi yang baru mendekati diri dengan Islam dan mengharapkan Pas menyediakan lorong ke Syurga untuk mereka. Mereka akan berfikir dan bertanya apakah begini cara Islam? Sedangkan setahu mereka Nabi Muhammad seorang yang penuh berakhlak dan lemah lembut.

Disini diturunkan usul berkenaan yang diambil dari laman Facebook Dewan Ulamak Pas Negeri Selangor:

USUL Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor kali ke - 26

Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor Kali ke - 26 Tahun 2014 yang bersidang pada 5 Zulkaedah 1435 bersamaan 31 Ogos 2014 di Dewan Al-Munirah, Johan Setia, Klang, Selangor Darul Ehsan, telah bersetuju sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan YB Saari Bin Sungib dan YB Hasnul Bin Baharuddin yang bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (Statutory Declaration) menyokong Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa pengetahuan & persetujuan parti, serta menyerahkannya kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat untuk mengambil tindakan ke atas ADUN berkenaan berdasarkan Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011.


Daripada konteks politik juga tindakan dewan itu sudah tersasau. Sebagai dewan yang ditubuhkan untuk menyuburkan Islam (sebenarnya kumpulan agama) dalam Pas, dewan itu sepatutnya lebih berlunak dan bijaksana (fatanah). Cara mereka mengumukakan usul agar diambil tindakan ke ata kedua Adun itu mengikut Fasal 82, tidak menggambarkan mereka sebagai sebuah badan penasihat dan pemantau seperti mana diharap dan difikirkan.

Yang sepatut dilakukan dewan berkenaan ialah memberi nasihat atau pun pandangan serta peringatan kepada mereka berdua atau sesiapa sahaja agar tidak mengulangi perkara sama dimasa-masa depan dan perlu berwaspada dengan sebarang tindakan boleh merumitkan keadaan. Tindakan paling baik dan sempurna diambil dewan itu ialah dengan menyatakan nasihat atau memberi amaran. Apa dibuat itu tidak memperlihatkan sikap "tasamuh" dewan berkenaan dan tanggungjawab itu sesuai dengan fungsinya.

Usul itu mungkin berniat baik, tetapi cara implimantasinya tidak baik sehingga ia menggambarkan satu dendam dan kesumat daripada dewan berkenaan. Mungkin sewaktu memulakan mesyuarat para ulamak yang hadir itu tidak berwuduk? Lantaran itu ia lebih mirip kepada unsur politik. Usul dan tindakan itu juga dangkal kerana ia menunjukkan kecetakan minda ulamak mengenai kerenah politik.

Sekali lagi hendak dikatakan Dewan Ulamak seharusnya tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana sentimen politik baik dari dalam Pas atau diluar Pas. Dewan Ulamak harus konsisten sebagai badan penasihat dan penunjuk ajar dan pemandu memisahkan mana jalan ke Syurga dan mana jalan ke Neraka. Dewan Ulamak perlu bertindak sebagai saksi bukannya pendakwa, jika tidak mampu untuk menjadi hakim yang adil.

Dalam masa sama juga Dewan Ulamak jangan sahaja faqeh mengenai hukum syarat, tetapi seharuslah mendalami dan tahu seluk beluk politik dalam kata lain berstrategi juga. Apabila kita sudah memasuki gerbang politik kita tidak boleh melindungi kepala kita hanya dengan kopiah dan serban sahaja, tetapi ada masanya di tempat-tempat tertentu kita perlu memakai topi keledar. Inilah baru dikatakan bijak bersiasah.

Dibimbangi kalau Dewan Ulamak asyik jinak berbuat demkian, lama kelamaan orang akan hilang keyakinan kepada fungsi dan matlamat penubuhan dewan berkenaan. Orang akan melihat dewan itu tidak lebih daripada cop mohor agama untuk sesuatu tujuan demi kepentingan pihak tertentu. Malang sekali kalau orang meletakkan dewan itu sama fungsi dan darjahnya sama tinggi dan sama rendah dengan Dewan Pemuda. Kita tidak mahu Dewan Ulamak juga nanti dikatakan dianggotai oleh para ustaz Juz Amma.

Mungkin ramai yang ralat dengan tindakan Dewan Ulamak Selangor itu sehingga ada yang memikirkan kalau itulah peranan dan akhlak Dewan Ulamak, elok ia dibubarkan sahaja kerana kewujudannya tidak membantu mengharmonikan parti, sebalik menambahkan lagi keretakan dalam parti. Karekator atau tindakan dewan itu sedemikian juga mencamarkan nama al Ulamak itu sendiri sebagai pewaris Nabi. Tindakan, hatta atas nama kebenaran, tetapi kalau tidak bijaksana ia membawa kerosakan kepada maksud kebaikan yang lebih besar. Maka sia-sialah.

Melucukan apabila Dewan itu menyarankan agar dua orang wakil rakyat itu diambil tindakan dibawah Fasal 82 mengikut Perlembnagaa Pas. Kerana kalau membaca dan memahami serta mengmbil kira apa yang dibuat oleh dewan itu, dewan itu juga tertakluk dengan perkara (f) dalam fasal berkenaan; "mengamal akhlak Islam". Di mana usul dikemukakan dewan itu sendiri sudah tidak menggambarkan mereka tidak berakhlak Islam, maka mereka juga tertakluk dengan Pekara (f) itu.

Untuk dimasa-masa depan Dewan Ulamak di peringkat mana juga harus lebih berhati-hati dan menjaga martabat diri mereka agar ia dihormati sebagai dewan tertinggi di dalam Pas dan menjadi paksi kepada Pas sebagai parti agama. Dewan ulamak jangan menjadikan mereka sebagai dewan suci dalam Pas. [wm.kl/10:46 am 09/09/14]

Tiada ulasan: