Jumaat, 5 September 2014

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Betulkah Ahli Majlis Syura buat kelaku ni?

Posted: 05 Sep 2014 09:00 AM PDT


Ramai dok cabar aku kata aku berani layang saja tak berani sebut nama siapa ahli Majlis Syura Ulamak yang jadi jurucakap syarikat besar deal projek.....

 Maka dengan ini aku umumkan di sini bahawa insan mulia tersebut ialah Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din.

 Dato' Dr Haron Din telah berjumpa dengan YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Lembah Pantai pada suatu ketika sekitar tahun 2009 untuk meminta YB Nurul Izzah tidak membantah projek Pantai Sentral Park di Bukit Kerinchi  yang dimajukan oleh Syarikat Amona Group.

 Aku juga dimaklumkan bahawa menantu Dato' Dr. Haron Din telah bersama Tan Sri Khalid Ibrahim berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin Yaasin.

 Apa kepentingan Dato' Dr Haron Din dengan Amona Group? Siapa pemilik Amona Group? Apa hubungan Amona Group dengan Tan Sri Muhyiddin Yaasin?

Sila...... bujur Lalu Melintang Patah.... silap-silap melintang pukang. ~Zulhazmi At-Takanan

Merapu raban ingat PAS ni dia punya sorangkah?

Posted: 05 Sep 2014 04:00 AM PDT


Orang tanya sebab nak tahu. Tapi dia tak nak bagi tahu....Dah tu pula minta jangan serkap jarang.....

Surat-menyurat diuruskan secara terus antara Hadi dan istana tanpa melalui pejabat Setiausaha Agung.

"Kami, AJK PAS Pusat tidak tahu menahu akan nama baru ini kerana ia tidak diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebagai badan eksekutif yang mengendalikan urusan harian pentadbiran dan strategi parti," kata Mat Sabu.

Woit? Sampaikan Mustafa Ali SUA , Mat Sabu Timbalan Presiden dan lain-lain AJK PAS pun tak boleh tahu?? memang tahap merapu raba Nakhoda ni...Dia ingat PAS ni dia punya sorangkah?

Presiden PAS enggan dedah calon MB Selangor

PAS dilihat terus berteka-teki tentang isu calon menteri besar Selangor apabila Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini enggan mengesahkan pencalonan yang dikemukakan.

 Ketika ditanya pemberita, Hadi meminta pihak media supaya tidak serkap jarang mengenai sama ada nama Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tersenarai dalam nama 3 calon yang dikemukakan PAS kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

 "Saya tidak mahu media serkap jarang dan terserah kepada istana kerana PAS berpijak atas konsep Raja Berperlembagaan.

 "Saya tak boleh sebut. Setelah saya serah pada Sultan saya tidak lagi boleh sebut apa-apa kerana tidak mahu mendahului kenyataan istana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya selepas kuliah Jumaat di Rusila di Terengganu, hari ini.

 Hadi turut enggan mengesahkan nama yang dikatakan 3 calon yang dikemukakan PAS atau sama ada 2 calon asal - Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali - kekal dalam senarai seperti yang diputuskan PAS pada mesyuarat anggota jawatankuasa pusat parti itu 17 Ogos lepas. – Bernama, 5 September, 2014. -  SUMBER

Berita Gembira dari Majlis Syura Ulama : Siapa tidak ikut gembira ~ Bughah!

Posted: 04 Sep 2014 05:56 PM PDT


KUALA LUMPUR 4 Sept. - Krisis Menteri Besar Selangor memasuki episod baharu apabila Pas hari ini mengesahkan telah menghantar tiga nama sebagai calon untuk jawatan itu termasuk seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti tersebut kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

 Difahamkan ADUN Pas yang dicalonkan ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad manakala dua lagi nama ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali.

 Berikutan perkembangan tersebut, kemungkinan untuk jawatan Menteri Besar Selangor yang baharu akan diisi oleh wakil Pas adalah amat besar.

 Ini kerana berdasarkan situasi sebelum ini, Istana Selangor dilaporkan menolak calon yang boleh dipengaruhi oleh individu tertentu melalui 'kawalan jauh', dipercayai merujuk kepada Wan Azizah manakala Azmin pula dari awal lagi menolak untuk namanya dipertimbangkan oleh Sultan Selangor.

 Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali seperti dipetik daripada portal rasmi Pas, Harakahdaily hari ini memberitahu, senarai nama itu dihantar berikutan titah Sultan Selangor supaya Pas, PKR dan DAP menghantar lebih daripada dua nama.

 "Buat masa ini (pengumuman) nama (calon Menteri Besar Selangor) itu biarlah dulu. Jadi (pihak kami menghantar) lebih daripada dua nama, sekurang-kurangnya tiga," katanya.

 Di TERENGGANU, Mustafa ketika dihubungi berkata, senarai nama calon untuk pertimbangan Istana Selangor itu diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.

 Menurutnya, dalam mesyuaratnya baru-baru ini, majlis itu menyenaraikan tiga calon, dua daripada PKR dan seorang ADUN Pas yang telah dipersembahkan kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah, namun menganggap tidak wajar baginya untuk mendedahkan nama-nama tersebut kerana berkait dengan urusan Majlis Syura Ulama.

 "Tidak seharusnya saya mengulas lanjut. Nama-nama itu terserah kepada pertimbangan saudara sendiri atau bertanyakan kepada Majlis Syura Ulama," ujarnya.

 Menurut Mustafa, beliau dimaklumkan mengenai keputusan itu oleh Majlis Syura Ulama yang jelas mengatasi pendirian Jawatankuasa Pas Pusat yang hanya mahu mencalonkan Wan Azizah dan Azmin.

 "Surat yang dipersembahkan kepada baginda sememangnya ditandatangani oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Pihak Presiden yang menguruskan penghantaran, tidak melalui Pejabat Setiausaha Agung Pas. Ini suatu amalan biasa, sebagaimana dalam pelantikan Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Umum 2008 dan 2013 apabila setiap parti menamakan calon pilihan masing-masing," katanya.

 Jawatankuasa Pas Pusat sebelum ini memutuskan kerusi Menteri Besar Selangor tetap milik PKR dan keputusan Majlis Syura Ulama difahamkan akan menyemarakkan lagi pergeseran dalam barisan kepimpinan Pas dan hubungan dalam pakatan pembangkang.

 Sementara itu, Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh ketika dihubungi mengesahkan bahawa senarai calon itu telah dihantar oleh Pejabat Presiden Pas ke Istana Selangor, semalam.

 Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan nama ketiga-tiga calon berkenaan sambil menambah terserah kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memuktamadkan perkara itu.

 Ditanya kemungkinan salah satu daripada dua nama calon PKR itu adalah Wan Azizah, beliau hanya menjawab: "Itu saya tak tahu, saya tak nak komen. Mungkin juga ada (Wan Azizah), mungkin juga tak ada. Tunggulah, kita serah kepada Tuanku Sultan Selangor (putuskan)". Artikel Penuh: DI SINI

Tiada ulasan: