Selasa, 26 Ogos 2014

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


KEADILAN dan DAP hanya kemuka nama Wan Azizah

Posted: 26 Aug 2014 08:13 AM PDT

KEADILAN dan DAP hanya kemuka nama Wan Azizah

KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato' Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato' Mohamad Munir bin Bani hari ini.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato' Menteri Besar sebelum ini.


Wawi


DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato' Menteri Besar dalam tahun 2013.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.

Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato' Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).

KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.


DATUK SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung KEADILAN

TONY PUA
Pengerusi DAP Selangor

Hanya satu nama dari PKR, DAP: Azizah

Posted: 26 Aug 2014 08:10 AM PDT


JANGAN TANYA PAS PULAK? NANTI KATA HJ HADI KECIK HATI. KAN PAS DAH SERAH PADA SULTAN....SO PKR DAN DAP SAJA BAGI SOKONGAN PENUH TERMASUK 2 DARI PAS DAH CUKUP MAJORITI........13 LAGI WALA ?  .....TAK JUGA ....
PKR dan DAP hanya akan mencalonkan satu nama sahaja, iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk dipersembahkan kepada sultan Selangor sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Menurut kenyataan bersama kedua-dua parti itu sebentar tadi, tindakan itu diambil sejajar dengan konvensyen pencalonan menteri besar pada 2013 dan mengambil kira titah sultan Selangor.

Ia juga mengambil kira keadaan semasa yang menyaksikan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor (termasuk dirinya sendiri).

Selepas pilihan raya umum lalu, menurut PKR dan DAP, parti-parti dalam Pakatan Rakyat hanya mencalonkan Tan Sri Khalid Ibrahim sahaja walaupun istana turut meminta lebih daripada satu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

"PKR dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor," kata mereka.

Surat daripada istana berkaitan pencalonan menteri besar tahun lalu bertarikh 7 Mei, dua hari selepas pilihan raya umum, itu turut dilampirkan dalam kenyataan media yang diedarkan.

Istana minta 4 tahun lalu

Surat itu antaranya menyebut sultan Selangor menitahkan pemimpin PAS, PKR dan DAP bermesyuarat untuk mencadangkan empat nama sebagai calon menteri besar.

Khalid petang tadi memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor dan sultan menangguh menerimanya sehingga penggantinya ditentukan.

Sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon layak menggantikan Khalid.

Menurut setiausaha sulit sultan, ia sejajar dengan konvensyen yang diamalkan berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini.

Pendirian PAS berhubung pencalonan mereka setakat ini masih belum jelas.

Mereka sebelum ini mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di samping Azizah tetapi Pakatan akhirnya memutuskan menerima Azizah sahaja.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS semalam bagaimanapun memutuskan menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan sultan Selangor dalam menentukan jawatan itu.

WALA AHLI PAS PADA PRESIDEN YANG KHIANAT?

Posted: 26 Aug 2014 03:09 AM PDT



Apa cerita Hj Hadi tentang setiap ceramah beliau untuk menolak Umno  dan perjuangan Islam.Malah jika menyokong Umno juga di anggap sebagai murtad ?  ha.ha,ha....Dulu orang PAS kutuk Anwar dan penyokonya , Kini siapa pulak yang nak menjatuhkan hukum pada Hj Hadi?

SILA BACA DIBAWAH INI TENTANG TINGKAH LAKU HJ HADI . RUPA RUPANYA ADA JUGA HATI NAK JOIN Umno. TOK GURU NIK AZIZ KALAU TAHU SAH KECEWA. DULU BELIAU PERNAH TERSINGGUNG APABILA TULANG BESI MENDEDAHKAN PERJUMPAAN SECARA SENYAP PUAK UG YANG DI KETUAI HASAN ALI, NASARUDDIN DAN TURUT DI KETAHUI OLEH HJ HADI. SEHINGGAKAN TOK GURU NIK AZIZ MENGELUARKAN AMARAN....AYUH ORANG PAS....APAMACAM...........NAK JAWAB MACAMANA NI???? NAK HADIS DAN FATWA MACAMANA NI????

KALAU BIRO POLITIK TAK NAK AZMIN DAN 13 ADUN LAIN JUGA TIDAK MAHUKAN AZMIN, TIBA TIBA HJ HADI TAWARKAN KEAPADA AZMIN MINTA BELIAU LOMPAT SERTAI PAS....

KALAU IKUT LOGIK LA....KALAU SETAKAT NAK CARI DUIT, AKU RASA BAIK AZMIN LOMPAT MASUK UMNO....BELIAU BEKAS PEGAWAI KHAS MAHATHIR, SETIUSAHA POLITIK ANWAR IBRAHIM....MUDAH SANGATKAH AZMIN NAK MEMBELOT SERTAI PAS???

MALU ORANG PAS KALAU BETUL APA YANG BERLAKU SEMALAM......APA YANG ORANG PAS HARUS LAKUKAN DEMI NAK JAGA AIR MUKA HJ HADI.....GULINGKAN DAN GANTIKAN DENGAN PRESIDEN BARU....KEMUDIAN BUAT KEPUTUSAN NAK JOIN PAKATAN ATAU BERJUANG BERSENDIRIAN.....HANYA ITU SAHAJA PAS ADA...ATAU KEKAL SEPERTI SEKARANG.

AKU RASA KES ANWAR MENINGKATKAN SOKONGAN KEPADA PAS. AKU JUGA RASA SOKONGAN KAUM CINA DAN INDIA MENJADIKAN PAS MENANG DI BANDAR....LAIN KALAU ORANG PAS TAK BERFIKIRAN SEPERTIMANA AKU FIKIR....MUNGKIN NAK JOIN DENGAN UMNO????

PILIHANRAYA SEKALI LAGI , DAP DAN PKR  YANG AKAN MENGEKALKAN PAKATAN RAKYAT AKAN MENENTANG PASUMNO/BN /UMNOPAS

 HJ HADI MENAFIKAN. BACA BERITA DI BAWAH......

BAGAIMANA PULA JIKA ADA TAPE HJ HADI TIBAI ANWAR IBRAHIM BILA BERJUMPA DI TERENGGANU???? ATAU PUN ADA TAPE PERBUALAN ANTARA AJK PAS PUSAT DAN HJ HADI BARU BARU INI????

SAMAN AMIN ISKANDAR JIKA TIDAK BETUL......

/http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/presiden-pas-nafi-tawar-azmin-bentuk-kerajaan-bersama-umno


Menurut kenyataan itu, intipati pertemuan antara Hadi dan Azmin seperti dilaporkan itu berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin kepada presiden parti Islam itu yang menamakan beliau sebagai calon menteri besar pada mesyuarat 17 Ogos lalu.
"Tidak disebut langsung mengenai kerajan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa," kata Samsuri dalam kenyataan itu.


Namun begitu The Malaysian Insider mempertahankan laporannya. – 26 Ogos, 2014.

Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat




Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku semalam yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2014. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku semalam yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2014.

 Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.

Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.

Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.
  AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.
Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, "Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?"
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.
Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.

Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.

Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor.

Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.

Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor.
Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa berkata, mesyuarat  mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru. – 26 Ogos, 2014.


SULTAN SELANGOR DIJANGKA MENERIMA KAK WAN SEBAGAI MB BARU?

Posted: 26 Aug 2014 12:51 AM PDT



Suasana di pintu masuk utama Istana Kayangan, Shah Alam sekarang. DYMM Sultan Selangor telah memasuki Istana Kayangan dan diikuti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lima minit kemudian.

Suasana di pintu masuk utama Istana Kayangan, Shah Alam sekarang. DYMM Sultan Selangor telah memasuki Istana Kayangan dan diikuti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lima minit kemudian.

PENDEDAHAN TULANG BESI YANG PATUT AHLI PAS BACA.....WALA...WALA...WALA

Posted: 26 Aug 2014 12:35 AM PDT

Pendedahan: Presiden PAS Sokong Kerajaang Perpaduang dgn UMNO Atas Dasar Melayu

AKHIRNYAAA!!!!!!

Rupa2nya Dr. Zuhdi Marzuki hanyalah tukang sampai sahaja.

Masej wassap beliau tempoh harisebenarnya adalah berasal dari Presiden PAS sendiri.

Mesyuarat AJK PAS Pusat hari ini menjadi bukti. Mereka yang hadzir menjadi saksi di hadapan Allah dan para Malaikatul Muqarrabin.

Ia bermula apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada Presiden adakah benar perkhabaran Presiden dan SU Agung telah mengadakan pertemuan dgn Azmin Ali.

Presiden mengatakan perkhabaran itu benar. Kalau PKR boleh curi wakil2 rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama.

AJK yang sama bertanya lagi apa isi kandungan perbincangan dgn Azmin. Dijawab Azmin diajak masuk PAS bersama-sama dua atau tiga orang lagi ADUN PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang ADUN PKR bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?

Belum sempat Presiden menjawab dicelah oleh seorang AJK lain, adakah Presiden bersetuju untuk bekerja sama dengan UMNO.

Lantas Presiden menyatakan persetujuan malahan Presiden memberikan alsan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan.

Ertinya Presiden PAS telah mengkonfirmasi kepada seluruh AJK PAS Pusat akan sokongan terbuka beliau kepada Kerajaan Perpaduang UMNO-PAS.

Juga, Presiden telah mendedahkan akidah Presiden yang terbaru yakni nasionalisma Melayu. Dengan kata lain Presiden PAS telah pun menukar aqidah beliau dari Islam yang syumul kepada Nasionalisma Melayu.

Apa2 pun penahahan surat sokongan kepada Wan Azizah adalah selari dgn kehendak UMNO dan BArisan Nasional serta Najib dan Rosmah.

Sila rujuk kepada mana2 AJK PAS Pusat yang hadzir dlm mesyuarat tersebut untuk konfirmasi.

Wala' kepada Presiden sekarang ini adalah wala' kepada ideologi kebangsaan Melayu.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hijack keputusan AJK PAS Pusat??

Posted: 26 Aug 2014 12:29 AM PDT

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hijack keputusan AJK PAS Pusat??

 OLEH:  Amirulmukminin


"Nak tandatangan atau tidak? Tak," jawab Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali ketika ditanya wartawan merujuk kepada arahan agar 13 Adun PAS tidak menandatangani Akuan Bersumpah untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor menyokong pencalonan Dr Wan Azizah Ismail sebagai MB baru.

Namun perkara yang paling besar sepatutnya dipersoalkan oleh wartawan adalah korum mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang dipanggil oleh Mustafa itu. Jelas pemimpin ranking tertinggi yang kelihatan dalam sidang media hanyalah Naib Presiden Salahuddin Ayub. Tidak seperti mana mesyuarat 17 Ogos lalu yang memanggil kesemua 35 AJK PAS Pusat dan pesuruhjaya negeri-negeri.

Tentunya mesyuarat dengan keanggotaan sebanyak itu dan mencapai persetujuan sebulat suara tidak boleh dicabar oleh mesyuarat lain.
Apa yang cuba dilakukan PAS ini seolah-olah mencabul semangat setiakawan bersama Pakatan, dan telah diputuskan dalam Majlis Pakatan Rakyat pada 17 Ogos lalu yang bersetuju menamakan hanya Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.

Arahan agar 13 Adun PAS tidak mencalonkan Wan Azizah dan membiarkan sultan memilih sendiri calon MB adalah bertentangan dengan persetujuan sebelum itu.

Usul mesyuarat jawatankuasa kerja ini membolehkan sultan memilih sesiapa sahaja menjadi MB dan tidak lagi terikat kepada calon PKR. Bagaimanakah PAS dengan keanggotaan sejuta ahli boleh melakukan mesyuarat kecil yang merubah keputusan mesyuarat lebih besar?

Tindakan seperti ini akan menghilangkan kesabaran rakan-rakan dalam Pakatan. Malah rakyat Malaysia juga akan menganggap PAS parti yang tidak boleh dipercayai. Lebih buruk berbanding Umno yang sekular, kerana PAS menggunakan agama untuk menarik kesetiaan ahlinya kepada pemimpin.

Ternyata PAS terperangkap oleh dendam segelintir puak 'unity government' yang tidak berpuas hati selagi tidak wujud kerjasama PAS - Umno. Mereka terlalu tertarik untuk membuat duit dan menimbun kekayaan dengan hasil masygul Selangor.

Puak UG telah merosakkan banyak perjuangan asal PAS dan kini kesepakatan dalam Pakatan juga sedang menjadi mangsa kegelojohan mereka.

Maka tidak hairanlah jika akhirnya PAS akan terbelah dua. Puak yang waras dan bersama Pakatan menubuhkan parti baharu manakala puak UG akan membawa PAS menjadi sekutu Umno. Perpecahan telah amat dalam dan tidak boleh diubati lagi dengan perpaduan yang dilakonkan di depan media. Hanya masa akan menentukan titik ledak kemarahan golongan profesional waras dalam PAS.

Tiada ulasan: