Rabu, 20 Ogos 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MALAM INI KAH KAH KAH

Posted: 20 Aug 2014 07:28 PM PDT





MALAM INI

kah kah kah
kah kah
kah
jemput datang
 buat ramai
kah kah kah



KITA MASIH BERHARI RAYA

Pada hari Khamis ini 21 Ogos 2014 (25 Syawal 1432H) kita masih lagi di bulan raya. Persembahan ini kedua dalam musim kedua. Kali ini kita tampilkan komik mat salleh tersesat dan yang biasa dengan  stand-up comedy berbahasa Inggeris yang ingin mencuba bakat dalam Bahasa Melayu.

Buat pementasan ini komik yang tersenarai ialah:


1. Botak
2. Sulaiman Azmil
3. Jonathan Atherton
4. Teruna Wangi
5. Isey Fazlisham
6. JD Raja Lawak
7. Hishamuddin Rais
8. Cemkar Singh
9. Rayza Mukmin

Seperti biasa, hos anda ialah Faisal Mustaffa

Persembahan ini akan dijalankan di PJ Live Arts, Petaling Jaya. Dapatkan petanya di sini.

Cara bagaimana untuk ke PJLA menonton standup comedy ‪#‎CeritaMalamJumaat‬ dengan menggunakan pengangkutan awam: Turun di stesen LRT Universiti. Ada feeder bus T635 di bus stand bawah stesen (bukan di tepi stesen), atau ambil Metrobus 16.

Untuk tempahan tiket, anda boleh buka pautan ini atau hubungi 017-2BUY-TIX (017-2289-849).

Anda juga boleh turut menyumbang kepada kami. Sila rujuk ke POZIBLE.

Jika anda ingin turut serta menjadi komik di persembahan kami seterusnya, sila hubungi 012-229-0944.





----------

KIBAR KAN SANG SAKA

Posted: 20 Aug 2014 07:00 PM PDT






KIBARKAN

SANG SAKA
malam 30 ogos 
jam 10:00 malam
dataran merdeka

datang buat ramai
kibarkan sang saka 




Malam Merdeka kita berhimpun

Bawa sepanduk, bawa Bendera Rakyat, bawa poster Burhanuddin Al-Helmy, poster Ahmad Boestamam, Pak Sako, Ustaz Abu Bakar Baqir, Mat Indera dan semua pejuang kemerdekaan yang cuba dilupakan, tetapi tidak dilupa oleh anak muda celik...

Semua gerakan anak muda dijemput menyertai himpunan ini. Inilah hari penyatuan anak muda berjiwa merdeka!




========

TEKA -KONTREKTOR MANA?

Posted: 20 Aug 2014 06:35 PM PDT





SATU KEMALANGAN 
ATAU KERJA 
SUBCON

MRT: Kontraktor tidak ikut SOP punca nahas - JKKP


SELASA, 19 OGOS 2014 - 9:24PM

MRT: Kontraktor tidak ikut SOP punca nahas - JKKP
KUALA LUMPUR: Siasatan awal kejadian blok landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) runtuh semalam mendapati prosedur operasi standard (SOP) pemasangan landasan terbabit tidak dipatuhi oleh kontraktor.


KAH KAH KAH
cuba teka siap kontrektor
kontrektor siam?
kontrektor jepun?
kontrektor sweden?
kontrektor itali?
atau
kontrektor melayu
bumiputera

i rest my case mi lord

KAH KAH KAH


TUMBANGKAN GEROMBOLAN

Posted: 20 Aug 2014 06:00 PM PDT








TUMBANGKAN MUSUH
aku puji sahak sebab air free di selangor (20liter pertama), dia pandai berjimat, dia lunaskan hutang anak toyo, dia kumpul duit negeri selangor, dia kutip hutang pasir, dia tak songlap duit, dia buat benda-benda yg anak toyo tak buat. itu yg aku nampak sebagai rakyat marhaen. aku nampak dia baik. 

yang mana aku tak nampak, aku tak peduli. dia berhutang, kidex, loji langat blah bluh blah, aku tak peduli. yang aku tau, PKR pecat dia, parti komponen PAS dan DAP setuju sahak mesti diturunkan dari kerusi MB. aku nak tumbangkan kerajaan BN, walaupun dimata aku sahak nampak baik, aku tetap istiqamah utk tumbangkan BN. 

sahak, kalau aku sokong kau, BN takkan tumbang tapi kalau aku sokong PR, insyaAllah BN akan tumbang. sori sahak. khalas. on APA DIA KRISIS SELANGOR
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/20/14


-------------

RUNDINGAN TAK PERLU SELUAR DALAM

Posted: 20 Aug 2014 07:30 AM PDT





KOMENTAR
jelas terang
tanpa sorok sorok
tanpa runding dalam gelap
tanpa runding
tak pakai selur dalam

hanya satu pilihan
dr wan azizah
bakal mb selangor


Tiada calon lain jika Sultan tolak Wan Azizah, kata PKR


PKR tetap kekal dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor walaupun walaupun berdepan kemungkinan Sultan Selangor menolak pencalonan presiden parti itu sekaligus memberi laluan pilihan raya negeri diadakan

Pendirian tersebut dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata keputusan sudah dicapai dan hanya nama Dr Wan Azizah dihantar kepada istana.

"Kita tidak bincang langsung mengenai perkara itu," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider apabila ditanya mengenai langkah seterusnya jika Sultan menolak presiden PKR tersebut.

Saifuddin berkata mereka menanti maklum balas daripada pihak istana selepas nama Dr Wan Azizah dihantar sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/tiada-calon-lain-jika-sultan-tolak-wan-azizah-kata-pkr#sthash.Xqh7tmGr.dpuf


KAH KAH KAH
woit
jangan frus 
menonggeng
pergi minum kopi
di kl sentral... oppss..
di pj sentral..opps...
pj sentral projek patah 
kerana  ada rusuk
kena tumbuk 

KAH KAH KAH 




---------

NGO MELAYU ISLAM TERLAMBAT

Posted: 20 Aug 2014 07:00 AM PDT









 NGO bersatu pertahan Khalid Ibrahim





Bandan NGO  PASEMBUR (Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Untuk Rakyat ) akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menuntut agensi berkuasa itu mengisytiharkan Khalid bebas korupsi.

Manakala CRABS (Cawangan Anak Bugis Selangor)  dan NGO Solidariti untuk Khalid Ibrahim yang dipimpin oleh Hazlan Shaffii Adil pula akan menghantar memorandum menyokong Khalid ke Istana Alam Shah, di Klang petang ini.


KAH KAH KAH
woit
dah terlambat 
ngo melayu islam
selalu lambat
utusan sudah lapor
straits times sudah lapor
khalid didapati bersih
lebih puteh dari puteh

KAH KAH KAH




----------

JENG JENG JENG

Posted: 20 Aug 2014 06:30 AM PDT







KOMENTAR

najib akan terus dikepong
di peranchis 
mahkamah 
sedang berjalan
di amerika
menantu najib di cari polis
di kazakhtan
besan najib di cari interpol

di kuala lumpur
madey sedang cucuk muhyiddin



Kes SD Bala: Saksi misteri dijangka muncul

Peguam kanan Cecil Abraham dijangka akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Peguam-Peguam dalam pendengaran yang akan turut melibatkan kemunculan seorang saksi misteri.

Saksi tersebut dijangka akan memberi kenyataan bersama peguam kepada mendiang penyiasat persendirian P Balasubramaniam, Americk Sidhu.

Saksi misteri tersebut dispekulasikan sebagai peguam pertama yang diminta untuk menderaf pengakuan tersebut


JENG JENG JENG 
siapa saksi misteri ini?
dari mana?
jantan ke betina?
jeng jeng jeng

sepupu altantuya?
atau....
jeng jeng jeng
tak perlu beri tahu
sekarang!

KAH KAH KAH




------------

PASEMBUR SOKONG KHALID

Posted: 20 Aug 2014 01:29 AM PDT






12 NGO bersatu pertahan Khalid Ibrahim


Sekumpulan 12 NGO mewakili rakyat Selangor hari ini melancarkan gerakan untuk mempertahankan pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga penggalnya berakhir.

Kumpulan NGO itu mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang didakwa mereka menjadi punca krisis, kekecohan dan ketidaktenteraman politik di negeri itu ketika ini.

Seramai 30 wakil NGO hadir antaranya dari Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Untuk Rakyat (PASEMBUR), Cawangan Anak Bugis Selangor (CRABS), Majlis Angkatan Lestari  Sedar (MALAS) dan beberapa lagi NGO wakili pelbagai golongan masyarakat.


KAH KAH KAH
woit
nama pasembur ini
dari tanjung
ini makanan eee
woit
carilah nama lain
pakuteh ke...
pakudis ke...
baru cool
susah susah pakai
pacucengs


KAH KAH KAH

nota:
pakuteh - persatuan kuat minum teh
pakudis - persatuan kaki berkudis
atau
pesatuan cuba cengkam geng selangor
kah kah kah



--------

APA DIA KRISIS SELANGOR

Posted: 19 Aug 2014 09:25 PM PDT








APA DIA KRISIS SELANGOR?

Apa yang berlaku di Selangor dari bulan March 2014 hingga sekarang adalah perjalanan sejarah. Ianya adalah pertembugan garis politik antara suara ramai dengan suara sosok Khalid Ibrahim. Pertembungan garis politik ini wajib dilalui untuk mendewasakan pemahaman kita tentang politik.

Semua yang telah dan yang akan berlaku adalah babak-babak politik yang wajib dijadikan ilmu pengetahuan. Kenyataan dari pelbagai sudut bukan hanya merancakkan lagi suasana dan iklim politik Selangor. Kenyataan ini membawa pencerahan untuk dijadikan ilmu pengetahuan

Suara-suara dari pemimpin yang terlibat sedang membuka kembali latar persejarahan Khalid Ibrahim. Paling terbaru ialah kenyatan YB Khalid Samad dalam satu forum terbuka pada petang 17 Ogos ini. YB Khalid telah menerangkan bagaimana PKR telah becadang untuk mengugurkan Khalid Ibrahim dari menjadi calon PRU13. Ini telah dibantah oleh PAS.

PKR sebenarnya telah lama sedar bahawa Khalid Ibrahim ini tidak terdidik kefahamanan politiknya dan tidak dapat disusun dalam struktur kepartian. Dua pekara ini menjadikan penggal pertama Khalid Ibrahim di Shah Alam sebagai 'okay' sahaja.

Potensi Selangor untuk dijadikan basis mengepong wilayah negeri lain gagal dilakukan. Selangor gagal dilihat sebagai negeri contoh yang menjadi rupa bentuk pentabiran kerajaan Pakatan dibawah pimpinan PKR. Shah Alam hendak dijadikan kota Baghdad saperti dizaman Khalifah Harun Al-Rasheed gagal meleset. Baitul Hikmah menjadi Batu Bebal.

Mengikut YB Tony Pua dalam satu forum - cara pentabiran Khalid Ibrahim telah menjadi titik hitam yang perlu dibaiki. Cara pentabiran tanpa perbicangan kolektif ini mejadikan DAP tidak bagitu selesa. Secara terbuka dalam satu forum YB Tony Pua telah membocorkan bagaimana pucuk pimpin PAS dan DAP secara senyap-senyap telah pergi menemui Khalid sebelum Khalid menerima watikah dari PKR. Si Khalid ini sedar yang dia akan disingkir telah berjanji untuk mengubah cara mengendalikan Selangor.

Fakta-fakta saperti ini makin diketahui ramai. Malah satu fakta yang amat memeranjat umum ialah bagaimana 500 juta ringgit duit peruntukan dari Kerajaan Pesekutuan untuk memperbaiki jalan-jalan di Selangor telah tidak digunakan. Menurut YB Tony Pua, apa yang TIDAK diketahui umum ialah duit ini telah dimasukan sama ke dalam DANA SELANGOR – yang diheboh-hebohkan oleh Khalid sebagai satu kejayaan mengumpul dana. Maklumat – duit tidak diguna pakai – telah disahkan pula oleh laporan terbaru Audit Negara.

Dalam hujah menolak pimpinan Khalid, PKR telah menimbulkan kecurigaan tentang 'hutang Khalid Ibrahim'. Soal cara penyelesian hutang Khalid sebanyak 70 juta ringgit dengan Bank Islam menimbulkan banyak persoalan. Kecurigaan bukan hanya datang dari PKR malah warga Selangor yang mula mendapat pencerahan kini mempersoalkan bagaiman hutang 70 juta rinngit dapat dilupuskan bagitu sahaja.

Kepada warga Selangor dan kepada rakyat Malaysia pasti akan bertanya TIDAK KAH PKR tahu tentang hutang Khalid ini berpotensi untuk dijadikan bahan ugutan?

Jawabnya: Para pemimpian PKR telah berkali-kali menemui Khalid Ibrahim dan meminta dia menerangkan duduk pekara. Ini sebelum Pilihgan Raya Kecil Ijok, sebelum PRU12 dan sebelum PRU13.

Hutang Khalid yang berjua-juta ringgit ini bukan satu rahsia. Umum telah berkali-kali membaca diakhbar tentang saman Bank Islam terhadap Khalid Dan juga saman Khalid terhadap Pemodalan Nasional Berhad (PNB). Justeru, Khalid telah menerangkan kepada pimpinan PKR bahawa hutang piutannya akan diselesaikan. Kes hutangnya masih dimahkamah. Dalam masa yang sama PKR juga memiliki keyakinan bahawa Khalid Ibrahim bekas CEO PNB dan Guthrie ini memiliki keupayaan untuk melunaskan hutang hutang ini. Khalid Ibrahim bukan meniaga petai di Pasar Chow Kit.

Saya yakin pasti masih ramai masih tertanya-tanya apa sebenarnya dibelakang krisis Selangor ini? Selain dari hutang apakah lagi yang tersorok. Apakah lagi yang wajib diketahui umum? Justeru. disini saya akan cuba membawa pencerahan agar kita semua dapat mempelajari dari krisis ini.

Saya akan cuba merungkai apa yang terpendam. Apa yang tidak dapat dilihat. Dan apa yang tersorok, terselit dan tersepit dari penglihatan mata.



Hakikatnya, semua laporan akhbar – sama ada dari media milik United Malays National Organisation atau pun media baru – hanya melaporkan menifestasi. Babak-babak politk, berita berita politik yang telah berlaku ini hanyalah manifestasi dari pertempuran yang lebih luas.

Tidak dapat tidak dibelakang krisis ini ialah ringgit dan dolar, Para pembaca jangan sesekali lupa bahawa kuasa politik ialah kuasa ekonomi. Kuasa ekonomi bermakna memiliki harta kekayaan, dolar dan ringgit. Hukum ini tidak akan berubah – sama ada dalam parti PAS, parti DAP, parti PKR atau parti Islam , parti bukan Islam mahu pun dalam Parti Ketuanan Melayu. Asas politik ialah ekonomi. Perebutan politik ialah perebutan ekonomi.

Justeru jika kita melihat kembali krisis kerajaan Pakatan di Perak (2009) – kita akan bertemu dengan fakta 'pow' atau 'diugut'. Ugutan bukan dengan hutang tetapi dengan 'China Doll'. Kita juga difahamkam dibelakang Krisis Perak ialah kontrek Gamuda – projek MRT yang bernilai berbilion-bilion ringgit.

Krisis Selangor juga pada hemat saya TIDAK ada bezanya dari apa yag telah berlaku di Perak. Saya akan buktikan bahawa apa yang berlaku di Perak ada hubung kait dengan apa yang sedang berlaku di Selangor.

Selangor wilayah terkaya dalam Asia Tenggara selama ini telah dijadikan ' tabung buluh' oleh United Malays National Organisation. Projek-projek mega di Selangor telah memberi para polong United Malays National Organisation hisapan darah yang tak putus-putus. Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan Parti Ketuanan Melayu menjadi polong Kontrektor Kelas F yang berkerja mencari dan menjual projek. Semua polong-polong ini mati kering sesudah PRU12.

Pertama: Projek Langat Dua – waduk takungan air yang akan menjamin keselesaan warga Selangor untuk beberapa jenerasi yang akan datang. Projek ini bernilai hampir 3 billion rinngit. Ini bukan projek buat meriam buluh. Projek Langat Dua ini akan mengeluarkan taring polong-polong United Malays National Organisation yang selama ini tidak berkarat.

Hingga tulisan ini digarap tidak ada siapa yang tahu apakah perincian perjanjian Langat Dua. Selain dari Khalid tidak ada siapa yang tahu. Perjanjian ini diwartakan sebagai sulit. Justeru ini samalah saperti perangai United Malays National Organisation yang hingga ke hari ini tidak ada satu pun perjanjian lebuh raya yang diketahui umum. Semuanya rahsia kerajaan.

Kedua: Projek Lebuh Raya Kidex. Projek inilah yang berkait rapat dengan apa yang telah berlaku di Perak pada tahun 2009. Projek Kidex ini bernilai lebih 1 bilion ringgit. Projek ini dimiliki oleh Peguam yang memenangkan United Malays National Organistaion dalam kes 'rampasan kuasa di Perak'. Tuan empunya Projek Kidex telah menyerahkan Perak kembali kepada United Malays National Organisation.

YB Rafizi secara terbuka dalam media telah berkata penglulusan Kidex ini dilakukan oleh Khalid sebagai sebahagian dari 'deal' hutang Bank Islam. Malah YB Rafizi telah berkata ' tuan empunya projek ini mempertahankan Khalid Ibrahim dan menentang keras Wan Azizh. Menurut Rafizi jika Wan Azizzh menjadi MB Selangor Projek Kidex ini akan bungkus. Tidak ada kata dua lagi.

Untuk memahami apa yang tersorok kita wajib melihat kepentingan ekonomi dalam semua projek-projek ini. Siapa pemiliknya, siapa pemegang sahamnya dan siapa yang akan mendapat laba apabila Khalid Ibrahim meluluskan projek-projek ini. Siapa pula yang akan hilang kekayaan jika Wan Azizah menjadi Menteri Besar Selangor.

Pada Ahad 17 Ogos 2014 – Parti Pas , DAP dan PKR – dalam persidangan Majlis Presiden Pakatan Rakyat telah bersetuju menobatkan Dr Wan Azizah Presiden PKR untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor dari Khalid Ibrahim. Keputusan ini jelas saperti siang dipanah matahari. Malah dua hari sebelum ini seramai 30 DUN Selangor telah menanda tangai surat akuan untuk menyokong Wan Azizah.

Akhirnya, sama saperti di Perak kita akan berhadapan dengan peranan Sultan. Sultan dan lembaga Raja Raja Melayu dalam Perlembagan Persekutuian jelas dinyatakan peranan mereka. Sultan dan Raja diangkat sebagai Ketua Agama, simbol adat istiadat Melayu dan menjaga amanah anak semua bangsa dalam negara ini. Malaysia mengamalkan Raja Berparlimen. Sultan dan Raja hanyalah simbol kerana dalam sistem Raja Berparlimen suara terkuat ialah suara majoriti rakyat. Ini jelas tertulis dalam Perlembagan Persekutuan.

Ketika tulisan ini ditulis Sultan Selangor sedang berada diluar negara. Baginda hanya akan pulang pada 27 haribulan ini. Kalau mengikut ilmu politik. Kalau mengikut lunas demokrasi. Kalau mengikut Perlembagaan Persektuuan, Kalau mengikut apa yang telah berlaku di Perak pada tahun 2009 yang lalu – jelas Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah Menteri Besar Selangor yang baru. Tetapi ini Malaysia. (TT)

NOTA
tulisan ini
telah disiarkan dalam
SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan
akhbar mingguan ini 
sila pukul talipon
03-92-21-30-45
--------

JANGAN BUAT SANDIWARA

Posted: 19 Aug 2014 08:43 PM PDT






KOMENTAR
tak perlu dipujuk pujuk
sosok ini mahu menunjukkan
contoh yang dia bertanggung jawab

jika dipujuk dia kembali
maka lachaulah tanggung jawab itu

maka letak jawatan itu 
dilihat hanya satu 
boleh letak jawatan kemudian
boleh dipujuk pujuk
ini akan menjadi ikutan

akhirnya ramai politikus
ramai pemimpin akan bersandiwara
letak jawatan
kemudian para macai akan pujuk

NOTA
minggu lalu
azahar hamid ini
telah dilaporkan dalam media
bahawa mrt dibawa pimpimnannnya
tidak ada kemalangan nyawa

bila ada kemalangan nyawa
maka wajib letak jawatan

NOTA
bukan itu sahaja
syarikat siapa ini?




MRT Corp akan pujuk Azhar tarik peletakan jawatan


Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) akan memujuk Ketua Pegawai Eksekutifnya  Azhar Abdul Hamid supaya tidak meletak jawatan susulan kejadian maut membabitkan tiga pekerja Bangladesh di tapak pembinaan MRT semalam, lapor Utusan Online.

Pengarah Perhubungan Pelabur dan Pengurusan Tanah MRT Corp Haris Fadzilah Hassan dilaporkan berkata akan memujuk Azhar untuk menarik balik keputusannya itu berikutan insiden itu bukan kesalahan MRT semata-mata kerana ia membabitkan pekerja sub kontraktor iaitu Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn Bhd.


KAH KAH KAH
i rest my case
my lord

KAH KAH KAH




---------

JANGAN DI CATUK ULAR SEKALI LAGI

Posted: 19 Aug 2014 08:07 PM PDT






KOMENTAR

ketika khalid ibrahim
mahu diundurkan oleh pkr
para pemimpin pas 
kurang arif sebab musabab
kenapa khalid ibrahim perlu diundurkan

setiausaha agong pkr
secara sopan telah ke kota baru
untuk bertemu dengan nik aziz

tok guru meminta pencerahan
maka pencerahan pun dibuat
pencerahan dibuat secara bertulis

nampaknya sama juga 
sedang berlaku kepada azmin ali 

jelas pemimpin pas
perlu di beri pencerahan tentang
siapa sebenarnya azmin ali ini
agar tidak ada kesilapan 
agar apa yang berlaku di selangor
tidak berulang sekali lagi

kita semua wajib berwasapada
kita hendaknya jangan masuk 
ke lubang yang sama 
untuk dipatuk ular sekali lagi

NOTA
kalau khalid kena pow kes hutang
azmin ali lagi banyak kes pow


Hadi pilih nama Azmin selepas mengadap Sultan, kata Ketua Pemuda PAS


Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mendedahkan keputusan partinya mengemukakan nama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon alternatif menteri besar Selangor adalah disebabkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sudah mengadap Sultan Selangor dan dinasihatkan menghantar dua nama calon.

Suhaizan berkata PAS tidak pernah mengkhianati Pakatan Rakyat (PR) seperti yang dituduh terhadap parti Islam ketika kemelut menteri besar di Selangor minggu lepas.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-pilih-nama-azmin-selepas-mengadap-sultan-kata-ketua-pemuda-pas#sthash.Bi6wWFfX.dpuf


---------

TANDA TANDA SUDAH SAMPAI

Posted: 19 Aug 2014 07:48 PM PDT





AL-FATIHAH


Adun Pengkalan Kubor meninggal dunia di China

20 Aug — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor, Kelantan daripada Barisan Nasional Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia jam 5.45 pagi tadi, lapor portal berita Sinar Harian Online. Sementara itu, Presiden Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia…

YAHOOOOOO

i've nating to sai

our lord has given

us the message

KAH KAH KAH







---------------

Tiada ulasan: