Selasa, 19 Ogos 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


BERITA BAIK UNTUK KHALID IBRAHIM

Posted: 19 Aug 2014 07:34 PM PDT




BERITA  

HANGAT

berita baru masuk
berita baik untuk
kahlid ibrahim menteri besar
selangor darul faekah 





-----------

SATU JEMPUTAN MENONTON

Posted: 19 Aug 2014 06:38 PM PDT







JEMPUTAN
tak perlu heboh diface book
tak perlu heboh di tweeter
tak perlu mengaku sokong gaza
cukup dengan  
datang tonton filem dokumentri ini
lihat 
bagaimana rumah diruntuh di gaza
sama macam rumah diruntuhkan di chu badak
sama macam rumah diruntuh di berembang

chu badak kini dipanggil gaza luar
banda dalam kini
dipanggil gaza dalam



---------

CUKONG MULA BERANI

Posted: 19 Aug 2014 06:00 PM PDT






MCA, Gerakan minta  Mahathir buktikan kelemahan Najib


Dua parti komponen Barisan Nasional (BN) – MCA dan Gerakan – mendesak mantan Mahathir Mohammad mengemukakan bukti dakwaannya mengenai kelemahan kepimpinan  Najib Razak.

Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng berkata, kritikan membina itu perlu tetapi perlu dilakukan secara tertutup berbanding membuka pekung di hadapan umum.

"Kritikan sedemikian akan menjejaskan kedua-dua perdana menteri dan imej BN.

"Saya mahu bukti kekurangan kepimpinan polisi Najib.

"Saya juga mahu tahu atas dasar apa yang mengatakan Najib lebih teruk berbanding Pak Lah," katanya merujuk kepada mentor Najib,  Abdullah Ahmad Badawi.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mca-gerakan-minta-dr-mahathir-buktikan-kelemahan-najib#sthash.Jjiv2vjZ.dpuf

KAH KAH KAH
dua geng cukong
sudah berani 
tibai madey
ini semua 
kerana najib

apa sudah jadi
cukong pun 
sudah berani
tidak hormat
 pada mahafiraun
ini semua kerana najib

KAH KAH KAH

-----------

RAKYAT AMERIKA MULA BANGUN

Posted: 19 Aug 2014 06:30 AM PDT


BERITA

 MELAWAN
sepuluh hari dahulu
micheal brown berumur 18 tahun
telah ditembak mati oleh polis
di kota fergusson missouri

dari laporan bedah mayat
anak muda ini telah ditembak
berkali kali di bahagian kepala

anak muda ini berkulit hitam
penembak berkulit puteh
polis kulit puteh
pertahankan kekayaan
warga kulit puteh
polis kulit puteh
jaga harta kulit puteh

warga miskin kulit hitam
tak ada harta apa apa
maka mereka mengamok
maka mereka bangun memberontak

fergosson kini dijadikan gaza
ramai aktvis sejauh new york
teah datang untuk turut sama
bangun melawan

NOTA
ingat apa jadi
dengan aminulrashid
ini kes yang sama







HARI KE 10

Michael Brown, the unarmed teenager killed by a police officer in the Missouri city of Ferguson, was shot multiple times and finally felled by a mortal wound to the head, according to a preliminary autopsy and an account of the shooting provided by the officer, Darren Wilson.

The disclosures came on a night marred by shootings and clashes between protesters and police, the worst in eight days of turmoil, which terrified residents and left Ferguson resembling a war zone.

Police arrested 31 as they clashed with protesters in another night of gunfire, teargas and chaos in Ferguson 10 days after the shooting of an unarmed teenager ignited an uproar over race in America

ANAK MUDA AMERIKA
BANGUN MELAWAN
Police in Ferguson
Police in Ferguson


---------

TANDA TANGGUNG JAWAB - AL-FATIHAH

Posted: 19 Aug 2014 02:18 AM PDT







KOMENTAR

kita ucapakan takziah
kepada tiga keluarga buruh
yang meninggal dunia
kita hadiah al-fatihah

DETIK SEJARAH
hari ini paling bersejarah
detik sejarah buat malaysia
untuk pertama kali
ada sosok memikul
tanggung jawab
atas kemalangan yang berlaku

inilah budaya baru
yang membina negara bangsa
inilah budaya tanggung jawab
yang memperkasa negara bangsa

para politikus
para pemimpin negara
sesiapa sahaja yang memimpin
apa sahaja yang dipimpin
wajib bertanggung jawab

NOTA
jangan jadi khalid ibrahim
dah kena terajang pun
masih belum pulang kunci

SOSOK YANG 
WAJIB DI HORMATI

CEO MRT Corp letak jawatan

PETALING JAYA - [DIKEMASKINI]Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit (MRT) Corp dilaporkan meletak jawatan, sebentar tadi.

Azhar Abdul Hamid letak jawatan serta-merta berikutan insiden konkrit MRT runtuh yang mengorbankan tiga  pekerja Bangladesh, malam tadi




----------

BUJAT UNDANG UNDANG

Posted: 19 Aug 2014 01:35 AM PDT



KOMENTAR
apakah ada
keupayaan untuk warga
sesebuah negara
untuk menghormati
pemimpin negara yang
dikatakan terlibat
dalam kes bunuh?

ini persoalan hakiki
untuk kurun ini



Pemimpin dipilih rakyat harus dihormati
BANGI - Seseorang pemimpin yang telah dipilih rakyat harus dihormati termasuk oleh bekas pemimpin, kata Menteri Dalam Negeri,  Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata setiap pemimpin juga mempunyai era masing-masing yang menjadikan setiap pemimpin berada pada zamannya sendiri.

"Seorang pemimpin yang dipilih rakyat perlu dihormati oleh semua rakyat termasuk bekas pemimpin," katanya pada sidang media.




KAH KAH KAH

molek canteeek

lebih zahadia lagi ..opps
lebih shafie lagi..opps
lebih afdal lagi
kalau parlimen
lulus undang undang
wajib hormat pada
mat mongol

KAH KAH KAH



------------

MAHARAJA FIRAUN SUDAH BERSABDA

Posted: 18 Aug 2014 10:30 PM PDT





KOMENTAR

apakah sudah ada rancangan
untuk terajang najib
apakah muhyiddin sudah sedia
apakah zahid sudah sedia



Kritikan Mahathir kepada Najib untuk pemilihan Umno tahun ini, kata bekas menteri


Kritikan  Mahathir Mohamad ke atas pentadbiran Najib Razak adalah cabaran kepada pewakilan akar umbi menjelang Perhimpunan Agung Umno November ini, kata bekas menteri kabinet Zainuddin Maidin.

Bekas menteri penerangan itu berkata, kenyataan Mahathir itu bertujuan menyeru akar umbi supaya berani dan mengkritik perdana menteri daripada sekadar membodek.

"Ini adalah suatu strategi Mahathir yang akan membangunkan gelombang baru dari kocak arus yang tidak kelihatan di permukaan dalam kehilangan keyakinan suatu bangsa yang merasa  terumbang-ambing dalam kepimpinan yang tidak jelas dan tidak tegas untuk menjamin masa depan mereka di negara sendiri.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kritikan-dr-mahathir-kepada-najib-untuk-pemilihan-umno-tahun-ini-kata-bekas#sthash.dTqp24km.dpuf


KAH KAH KAH 
woit
awal awal sudah sedia
semua nak terajang najib
atau nak minta projek

silap besar
najib tak jaga projek
yang jaga projek
bik mama
pergi bodek bik mama
katakan tahun ni
nampak bik dah slim
jamin dapat projek

KAH KAH KAH



---------

KARI KEPALA IKAN LONDON STYLE

Posted: 18 Aug 2014 08:18 PM PDT




TAPAI
babak akhir tapai
kari kepala ikan london style

tapai
akan bermula lagi
tunggu dan nanti
jalan jalan cari apam


KEMPEN ANTI MEK DOGAL DITERUSKAN LAGI

Posted: 18 Aug 2014 07:49 PM PDT








KOMENTAR
akhirnya
segala berita dalam internet
terbukti berita benar

akhirnya segala penafian
bermakna pekara memang bedrlaku

akhirnya terbukti bahawa malaysia
telah menghantar batuan sawit dan getah
kepada rejim zionis israel

TERUS KAN 
KEMPEN KEMPEN

Perdagangan dengan Israel dihentikan

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Malaysia telah menghentikan perdagangan secara langsung dengan Israel, menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,  Mustapa Mohamed.
Bagaimanapun, beliau mengakui agak sukar menghalang perdagangan secara tidak langsung dengan Israel.

Menurutnya, perdagangan secara tidak langsung sukar dielak memandangkan realiti perniagaan global ketika ini menjangkau sempadan sesebuah negara, khususnya yang membabitkan pelaburan langsung asing (FDI) di pelbagai tempat.

Katanya, perdagangan terus mungkin berlaku memandangkan Malaysia merupakan pengeluar sarung tangan getah terbesar dengan penguasaan pasaran 70 peratus pengeluaran dunia.


KAH KAH KAH
woit
ingat macam mana baca
berita di malaysia
kalau di nafikan
ertinya pekara itu berlaku

i rest my case mi lord

KAH KAH KAH



--------

KHALID IBRAHIM TIDAK RASUAH

Posted: 18 Aug 2014 07:33 PM PDT




CEPAT 

DAN PANTAS



KAH KAH KAH

sah khalid ibrahim
tidak main rasuah
kah kah kah 

ARKIB BERITA

Anda di sini: Laman Utama | Nasional »

SPRM sedia siasat dakwaan salah laku Abdul Khalid

SPRM sedia siasat dakwaan salah laku Abdul Khalid
SPRM sedia siasat dakwaan salah laku Abdul Khalid. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menyiasat dakwaan salah laku melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika benar ia ada kaitan dengan kes rasuah.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata kes itu bagaimanapun diserahkan kepada Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull untuk mengkaji kes berkenaan.







-------

JANGAN TIPU MAK CIK FELDA

Posted: 18 Aug 2014 07:08 PM PDT






KOMENTAR
tahap ekonomi negara terkini
di tahap terbaik

dalam tahap terbaik sekarang
semua harga barang naik
semua bahan keperluan naik harga

bayangkan bagaimana agaknya
kalau tahap ekonomi kurang baik

bayangkan bagaimana agaknya
kalau tahap ekonomi merundum

NOTA
menggunakan angka dan peratus
mengguna statistik dan numbor
adalah cara untuk menipu
kerana angka dan peratus
tidak memberi apa apa makna

YANG MANA BADAK

Pengurusan ekonomi negara pada tahap terbaik

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Najib Razak berkata, pengurusan ekonomi negara kini berada pada tahap terbaik memandangkan pertumbuhan ekonomi berkembang luar daripada jangkaan pada suku kedua.

Perdana Menteri berkata, ekonomi negara mencatat kadar pertumbuhan 6.2 peratus pada suku pertama, dan pada suku kedua meningkat pada tahap 6.4 peratus.

"Ekonomi negara kita telah berkembang luar daripada jangkaan," kata Najib ketika berucap pada Majlis Aidilfitri dan Pelancaran Program Pembangunan Usahawan Melayu Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, di sini hari ini.

Najib berkata, pertumbuhan ekonomi yang semakin baik ini didorong oleh peningkatan eksport yang meningkat kepada 14.2 peratus berbanding 10.8 peratus.



KAH KAH KAH

woit
mak cik felda
tak faham peratua peratus

mak cik felda tak faham
apa makna berita 
berat badan rosmah 
dilapor turun 5.9 peratus
berbanding 7.3 peratus
tiga tahun dahulu
dan akan turun
0.57 peratus sebulan

yang mak cik felda faham
rosmah mansor gemok
macam badak
masuk pintu kena mengereng

KAH KAH KAH




---------

Tiada ulasan: