Jumaat, 15 Ogos 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


MUKA MB SELANGOR BARU

Posted: 15 Aug 2014 07:36 PM PDT










INGAT
AKU BAKAL
 MB SELANGOR

amaran untuk
mat ezam



INI PENYOKONG KAMI

Jangan babit Umno dalam krisis 

MB Selangor, kata Noh Omar‎ -

Badan Perhubungan Umno Selangor hari ini menolak dakwaan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) PAS Sallehen Mukhyi yang mendakwa parti Melayu itu mahukan RM3.2 bilion dana negeri melalui lantikan sebagai exco kerajaan negeri.

Pengerusinya Datuk  Noh Omar berkata Umno tidak harus dilibatkan dalam kemelut penyingkiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana isu itu melibatkan Pakatan Rakyat (PR).

"Masa bila Umno hendak jadi exco? Siapa yang cakap? Apa kena mengena masalah PR dengan Umno? Kami hanya nak undang."

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-babit-umno-dalam-krisis-mb-selangor-kata-noh-omar#sthash.uTxtzMCp.dpuf



----------

INI JAWAPAN HUSAM MUSA

Posted: 15 Aug 2014 07:00 PM PDT








TAN SRI KHALID IBRAHIM 

CUKUPLAH 

MEMPERALATKAN PAS

Saya memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak telah mengharu birukan lagi keadaan dengan komen-komen yang sesetengahnya tidak bertanggung jawab, bahkan mencederakan nama baik PAS. 

Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah dari membina.

Namun begitu, Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia  mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS. Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat. Presiden PAS telah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu telah berlalu.

Perkembangan lain telah berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam bersekali Tan Sri Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik yang dipegangnya dan amanah atas nama Pakatan rakyat yang ia perolehi dari rakyat Selangor.

Tan Sri telah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan Pakatan Rakyat, ia bukan mewakili PR lagi.

Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini?

Kerajaan Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat. Bukan kerajaan Tan Sri  Khalid Ibrahim. 

Bagaimana seorang ADUN bukan anggota PR boleh terus menjadi MB Pakatan Rakyat?

Tan Sri  memecat exconya dari PKR dan DAP. Juga mengambil pelbagai langkah politik lain lagi yang ikut memalitkan PAS tetapi PAS tidak pernah tahu mengenainya.
Tindakan ini boleh memecah belahkan Pakatan kerana seakan menunjukkan PAS terus mendokong MB yang sudah hilang legitimasi.

Ia merosakkan PAS dan Tan Sri tidak berhak berbuat demikian kepada PAS.

Untuk memecat Exco dari PKR dan DAP dan mengekalkan PAS, ia mesti dibincangkan lebih dahulu dengan PAS (Jawatankuasa PAS Pusat) dan mendapat persetujuan gabungan yang lain.

Setahu saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan kedudukan itu.

Saya selaku salah seorang Naib Presiden tidak pernah dimaklumkan oleh mana-mana pihak tentang hal ini. Setahu saya, PAS Pusat juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa untuk memutuskan perkara ini. 

Dengan ini, Tan Sri  telah melibatkan PAS untuk survival Tan Sri sebagai MB dengan cara yang menjejaskan nama baik PAS di mata rakyat Selangor. Ini sangat  tidak wajar.

Bagaimana Tan Sri  boleh kekal sebagai MB dengan tidak melepaskan jawatan secara bermaruah pada hari sama Tan Sri  dipecat sebagai ahli PKR? Sultan menitahkan untuk Tan Sri kekal adalah kebijaksanaan baginda tetapi Tan Sri mempunyai pilihan untuk menolak perkenan itu atas pilihan Tan Sri  sendiri.

Apa lagi bertindak seakan Tan Sri  masih berkuasa penuh pada hal asas legitimasi Tan Sri  sudah runtuh. Untuk kekal sebagai MB, Tan Sri tidak boleh mencaturkan 15 ADUN PAS untuk menggenapkan cukup bilang bagi pembentukan kerajaan Selangor PAS + UMNO + TSKI + lompat parti DAP/PKR.

Itu sangat tidak bermoral. Itu meniru gaya UMNO di Perak. Perbuatan tersebut amat terkutuk dan ditolak oleh amalan demokrasi yang mulia. Memasukkan perkongsian kuasa PAS dan UMNO melanggar banyak prinsip yang dipegang oleh PAS selama ini.
UMNO adalah lawan PAS dan tidak ada mana-mana kuasa dalam PAS boleh mengizinkan PAS berkongsi kuasa dengan UMNO tanpa melalui kelulusan Muktamar Agung PAS.

Ia tidak mungkin dilakukan dalam jangka masa Tan Sri membilang jumlah ADUN untuk mengekalkan Tan Sri sebagai MB sekarang. Tan Sri sudah tidak mempunyai cukup bilang sekarang.

Jika itu dilakukan oleh PAS, bermakna PAS menerima hubungan 'sodomy'. 15 ADUN PAS dipilih oleh rakyat Selangor atas tiket kerja sama Pakatan Rakyat. UMNO ditolak oleh majoriti rakyat Selangor kecuali di 13 dun. Kedudukan UMNO adalah sebagai pembangkang dan PAS adalah sebahagian dari Kerajaan Selangor.

Membawa UMNO dari pembangkang dan duduk sebagai kerajaan bersama PAS dengan menolak dua lagi parti gabungan yang telah dipilih secara sah oleh rakyat adalah perbuatan terkutuk yang tidak dizinkan oleh Islam.

Islam tidak mengizinkan pengkhianatan. Islam tidak mengizinkan pecah amanah. Dalam hal ini, amanah majoriti pengundi Selangor memilih Pakatan sebagai kerajaan dan menolak UMNO.

Tan Sri sebagai tokoh korporat yang biasa dengan angka tentu tahu, sekalipun 15 ADUN PAS  campur 12 ADUN UMNO dan turut campur Tan Sri, ia hanya berjumlah 28 ADUN dari 56 jumlah ADUN.

50:50. Ia tidak membolehkan Tan Sri mendapat simple majority dari awal, sekalipun jika PAS dan UMNO sanggup bersekongkol untuk mendaulatkan seorang insan bernama Khalid Ibrahim lebih dari segala-galanya.

Sementalah PAS  dan UMNO kedua-duanya, secara pendirian parti yang rasmi, tidak pernah memberikan persetujuan itu sehingga hari ini. Hari Jumaat yang mulia - 15 Ogos 2014 - hari ini.

Jika Tan Sri mengharapkan YB Rodziah dan YB Teng yang disebut-sebut kononnya akan bersama Tan Sri sehingga Tan Sri melewatkan pemecatan YB Rodziah berbanding yang lain, namun mereka telah mengambil pendirian insan bermaruah dan pendekar terbilang kerana kekal bersama parti masing-masing.

Syabas! Saya amat bangga dengan mereka dan ia telah memberikan hiburan bagi hati yang gundah di tengah kecenderungan menggunakan 'jual beli kuda taruhan'.

Kentalnya YB Rodziah menolak tawaran kekal dalam Exco sekalipun berkereta besar dan bergaji lumayan adalah  satu tamparan yang patut menyedarkan Tan Sri pada saat itu juga.

Legitimasi Tan Sri sebagai MB sudah berakhir. 

Harapan mendapatkan sekurang-kurangnya seorang ADUN untuk mendapatkan simple majority sudah tertutup. Apa lagi bila dua ADUN PAS mengambil langkah bersendiri mereka menolak Tan Sri sebagai MB secara terbuka.

Sekalipun jika jarum jam boleh berpatah ke belakang, saya akan menasihatkan mereka untuk terlebih dahulu mendapat restu parti. Itu yang terbaik.

Tetapi  tindakan mereka telah meletakkan usaha pihak mana jua untuk mewujudkan sebuah kerajaan gabungan PAS+UMNO+TSKI+lompat gagal dan mustahil.

Tan Sri  tahu ini. 

Lantas, apa lagi yang ditunggu?

Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan MB?

Atau Tan Sri  kini berfikir untuk membubarkan DUN?

Bukankah tindakan itu akan menyusahkan Tuanku Sultan Selangor?

Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri mengadap Sultan Selangor baru ini Tan Sri mencadangkan DUN di bubarkan?

Jika kerana Tan Sri  gagal mendapatkan cukup bilang Sultan Selangor mengambil langkah membubarkan DUN, ia pada hemat saya, akan mencemarkan istitusi diraja.

Model Perak di mana tokoh yang mendapat sokongan majoriti dilantik tanpa  pembubaran DUN dan tanpa sidang DUN hendaklah menjadi cermin. 

PAS telah mengalami pengalaman yang pahit bila MB Kelantan yang dilantik atas tiket PAS dan hendak ditukar oleh PAS, antara lain bukan kerana kesalahan jenayah rasuah tetapi semata-mata kerana gagal mengikut semangat dan arahan parti, telah mencetuskan krisis disebabkan  UMNO melanggar konvensyen urusan parti lain tidak boleh dicampuri oleh parti gabungan yang lain.

Malangnya UMNO melanggar konvensyen itu. Lama PAS mengutuk tindakan jahat UMNO. Dari dulu hingga kini. Ia tercatat dalam dokumen rasmi PAS, ucapan pemimpinnya dan tesis para mahasiswa.

Oleh itu, TAN SRI harus tidak mengheret PAS dalam krisis TAN SRI. Parti TAN SRI berhak menukar TAN SRI dengan calon lain.

PAS boleh memberikan pandangan tetapi harus akur prerogative itu adalah hak PKR.

Itulah yang berlaku di Kedah semasa ada pandangan YAB Ustaz Azizan wajar ditukar sebagai MB.

PKR tidak menjamah urusan itu.

Jika Tan Sri berterusan mengheret PAS, seakan TAN SRI mahu PAS dilihat melanggar konvensyen yang ia telah junjung sejak ia kehilangan kuasa di Kelantan 1978. 

Jika budi PAS yang telah menunjukkan setia kawan bersama TAN SRI dihargai, janganlah PAS diseret lebih jauh.

Meletakkan jawatan adalah langkah terhormat. Ia bukan akhir sebuah karier politik.

Namun, bertindak secara tidak bermaruah itulah sebenarnya akhir sebuah karier politik. Dan hitamnya rekod kehidupan.

Pada hari Jumaat yang berkat ini, kita memohon panduan Allah swt.


Husam Musa
Naib Presiden PAS
15 Ogos 2014.






-----------

APA DIA LANGKAH KAJANG

Posted: 15 Aug 2014 07:09 AM PDT



SIAPA JANTAN INI


Langkah kajang 

dimulakan DAP, PAS
Pemimpin aliran keras PAS mencaci PKR kononnya ingin menghuru-harakan negara dengan strategi Langkah Kajang. Namun menurut Pengerusi DAP Selangor Tony Pua dalam ceramahnya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini, usaha paling awal memberi kata dua kepada MB Khalid bukanlah dilakukan oleh PKR, sebaliknya DAP dan PAS. Menyedari PKR tidak bersetuju pada awalnya melantik semula Khalid Ibrahim sebagai MB sejurus selesai PRU 13 lalu, maka PAS dan DAP mengambil tanggungjawab bagi memastikan pentadbiran Khalid pada penggal kedua tidak mengulangi perangai angkuh beliau pada penggal pertama. PKR tidak bertanggungjawab sepenuhnya di atas sifat buruk Khalid kerana PAS dan DAP yang mengeluarkan surat sokongan kepada sultan Selangor terlebih dahulu sehingga memaksa PKR mempersetujui nama Khalid sebagai MB. Dalam pertemua kedua-dua parti itu, menurut Tony, Khalid berjanji pada tahun pertama pemerintahannya beliau akan berubah dan bekerja secara berpasukan; bukan lagi secara bersendirian dibantu oleh dua orang wanita Faekah dan Arfah seperti amalan dalam penggal pertama. Kedua-dua parti berpuas hati dengan janji Khalid. Oleh itu, apabila Khalid mengulangi perangani buruknya dalam beberapa isu maka PAS Selangor membuat aduan 67 perkara kepada PAS pusat. Jadi, penjelasan Khalid kononnya parti memaksa beliau meletak jawatan adalah bohong. Situasi Khalid sama seperti bekas MB Terengganu Ahmad Said yang hanya diberi muka oleh Umno untuk memerintah Terengganu untuk satu tahun sebelum digantikan. Dan Mat Said digantikan pada pertengahan tahun 2014. Umno tidak sewajarnya mengambil kesempatan dalam krisis di Selangor dengan menyokong Khalid kerana Pakatan Rakyat tidak berbuat demikian ketika krisis penukaran MB Terengganu. Sokongan Umno dalam krisis penukaran MB Selangor ini jelas mmpunyai matlamat yang lebih besar dan telah dirancang sejak sekian lama. Oleh itu, pemimpin PAS janganlah menipu diri sendiri kononnya mereka dibuli oleh Anwar Ibrahim dan PKR. PKR terbukti melaksakan apa yang telah dimulakan oleh PAS dan DAP. Langkah Kajang untuk menggantikan MB secara tertib didahului kata dua PAS dan DAP.


---------

RAMAI BERTANYA KEMANA MENGHILANG?

Posted: 15 Aug 2014 06:00 AM PDT









MANA 

MAT MONGOL 

MENGHILANG

tidak kelihatan
hilang salepas ke ukraine
di paris?
di london?
di laut mediterranean

atau
sedang buat deal
dengan mafia russia
untuk bantu besan 
yang ada kes bunuh


KAH KAH KAH





------

SEBAB SEBENAR WAN AZIZAH DITOLAK

Posted: 14 Aug 2014 10:43 PM PDT





'Kami tolak Azizah, tapi bukan sebab wanita'


Setiausaha Agung PAS  Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menyatakan sebab kepada PKR mengapa parti itu menolak  Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Mustafa berkata, sebab mengapa Wan Azizah ditolak tidak boleh didedahkan kepada umum buat masa ini.

Ketika ditanya sama ada Wan Azizah ditolak kerana beliau seorang wanita, Mustafa berkata: "Tidak".

"Tidak, tidak, bukan kerana gender.  Bukan gender. Kami bukan sexis."


"Kami tolak  Wan Azizah kerana seluar dalam dia sempit. Kami bersetuju dengan  sesiapa sahaja yang memakai seluar dalam sais 75. "

" Ini soal akidah seluar dalam. Kita tidak boleh pandang ringan hal ini":



--------

BERGANTUNG PADA APA

Posted: 14 Aug 2014 10:29 PM PDT




Hadi mungkin punca Pakatan dan PAS berpecah, kata Edge Review

Penghalang paling besar kepada agenda penting Pakatan Rakyat (PR) di Selangor ialah Abdul Hadi Awang – ulama yang tinggi semangat juangnya tetapi tidak begitu meyakinkan di peringkat negara, lapor The Edge Review hari ini.

Tambahan pula, menurut laporan itu, makin ramai takut kedudukan Hadi sebagai 'rakan yang tidak membina" dalam gabungan Pakatan boleh menyebabkan perpecahan di dalam partinya sendiri, PAS.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hadi-mungkin-punca-pakatan-dan-pas-berpecah-kata-edge-review#sthash.FpPPVz06.dpuf

KAH KAH KAH
woit
pecah atau tak pecah pakatan rakyat
bergatung pada...?

woit
cakap lah..
bergantung pada apa?
kah kah kah

bergantung pada harga ayam ke?
kah kah kah

Image result for wahid enduttidak bergantung pada ayam



kalau tak ayam
bergantung pada apa?

bergantung pada  apa
yang  hadi mimpi
kah kah kah

tak caya tanya pada
wahid endut

KAH KAH KAH





--------

HANTU ALTANTUYA DATANG LAGI

Posted: 14 Aug 2014 06:28 PM PDT







KAH KAH KAH

kain rentang yang amat
ditakuti mat mongol 
sama macam takut
drengan nama
altantuya

KAH KAH KAH
kah kah kah
kah

-----------

Tiada ulasan: