Selasa, 12 Ogos 2014

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KES HEBOH - APA JADI

Posted: 12 Aug 2014 07:00 PM PDT







KES HILANG
heboh macam
nak rak
bising sana
heboh sini
heboh sama
apa jadi dengan mak cik ini
lepas itu senyap


KAH KAH KAH

satu lagi kes
hot hot
chicken shit
senyap sepi
kuntut pun
tak tak munyi

KAH KAH KAH 


-----------

SELAMAT JALAN SAYANG

Posted: 12 Aug 2014 06:42 PM PDT






AKHIRNYA
here looking at you kid
temuilah kekasih kamu
temuilah bogart
yang lama menunggu

selamat jalan sayang!

Lauren Bacall, smoky-voiced Hollywood legend, dies at 89


The actor, best known for The Big Sleep and How to Marry a Millionaire, dies at family home after suffering stroke



----------

SELAMAT JALAN KAH KAH KAH

Posted: 12 Aug 2014 06:38 PM PDT





ROBIN 

WILLIAMS

1951-2014



KHALID IBRAHIM MAKIN GILA

Posted: 12 Aug 2014 06:00 PM PDT



PEMECATAN EXCO: 
MENTERI BESAR ATAU SULTAN ?

Petang ini kita sekali lagi dikejutkan dengan tindakan Abdul Khalid Ibrahim memecat 6 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) berkuatkuasa serta merta. Tindakan Abdul Khalid Ibrahim tersebut kononnya dibuat berikutan tindakan 6 orang Exco tersebut yang telah membuat beberapa kenyataan dan menandatangani surat supaya diadakan satu blok bertujuan untuk mengurangkan keberkesanan Exco. Adakah tindakan Abdul Khalid itu betul dan berperlembagaan?

Perkara 53(2)(b) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor menyatakan bahawa atas nasihat Menteri Besar, Sultan hendaklah melantik tidak lebih dari 10 orang dan tidak kurang dari 4 orang dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Berdasarkan peruntukan ini, kuasa melantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan terletak pada Sultan atas nasihat Menteri Besar. Perkara 53(7) pula menyatakan bahawa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan memegang jawatan selama yang diperkenankan oleh Sultan dan ahli-ahli termasuk Menteri Besar boleh meletakkan jawatannya pada bila-bila masa sahaja.

Abdul Khalid Ibrahim sering meratibkan penyingkirannya harus dibuat selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor nyata tersilap dan bertindak membelakangkan undang-undang apabila memecat 6 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ini. Kenapa saya mengatakan sedemikian ? Kerana hanya Sultan sahaja yang boleh memecat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Walaupun Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tidak menyatakan secara spesifik kuasa pemecatan, saya berpendapat Perkara 53(7) sudah memadai. Tambahan Seksyen 47 Akta Interpretasi 1948 dan 1967 (Akta 338) menyatakan bahawa sesiapa yang diberikan oleh undang-undang kuasa untuk melantik maka dia juga mempunyai kuasa untuk memecat, menggantung dan lain-lain.  Abdul Khalid Ibrahim hanya bertanggungjawab menasihati Sultan dan tidak lebih dari itu.

Peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor tidaklah jauh berbeza dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Menteri-Menteri selain Perdana Menteri memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong, melainkan perlantikan mana-mana Menteri dibatalkan oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri. Di dalam kes Kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri hanya menasihati Yang Dipertuan Agong dan pembatalan dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong.

Saya kira Abdul Khalid Ibrahim perlu sedar dan maklum bahawa keenam-enam yang dipecat serta-merta adalah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan bukan Ahli Majlis Kerajaan Menteri. Oleh itu pemecatan mereka hendaklah mengikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dan bukan sesuka hati.

Ditulis oleh:
Afiq M Noor
Lawyers for Liberty

-----------

TUKAR TIUB PECAH BERITA SEDUNIA

Posted: 12 Aug 2014 11:07 AM PDT





TAHNIAH 

NIK NAZMI

dipilih untuk menjadi
ketua angkatan muda
parti keadilan rakyat
yang terbaru

nik nazmi secara
resminya telah
menanng dalam pemilihan
yang baru selesai














------------

PENCERAHAN BELAJAR DARI SEJARAH

Posted: 12 Aug 2014 07:00 AM PDT



HADI MAKSUM

hahaha.. sampai mati org akan ingat pasal hadi maksum yg terkinja-kinja nak berpadu-padu dgn umno. hahaha susah aku nak bayangkan slogan pas+umno, adakah "hidup melayu islam" atau "hidup islam melayu"? kalau di indonesia mungkin jadi "hidup islayu" atau mungkin "hidup melam". 

 korang bayangkan hadi maksum, tantawi dan sekutu pakai songkok tinggi atau najib, muhyiddin dan isham tun hussein pakai serban!! warghahaha!! kalau berlaku UG masa tu, sekarang ni semua ulamak pas dah pakai sekurang-kurang range rover sport mungkin! setakat mini cooper, vellfire apa kellasssss. penjaga (baca peniaga) agama mesti ada standad, status dan mesti dilihat elit barula melayu percaya cakap ulamak. (WTF!) on MARI BELAJAR DARI SEJARAH
Publish | Delete | Spam
Anonymous
on 8/12/14
---------

BILA AKU LIHAT GAMBAR ITU

Posted: 12 Aug 2014 05:00 AM PDT



 




BILA AKU LIHAT GAMBAR ITU



bila aku terlihat gambar itu
lalu aku teringat kota beirut
lalu aku teringat sabra dan shatila
lalu aku teringat tal al zaatar
lalu aku teringat kamar aku
yang aku tiduri di kota beirut


ah! apakah ianya masih selamat
atau ianya telah lama runtuh
diledak oleh mig
atau kini telah menjadi 
laluan kereta

yang segar hanya ingatan
yang selamat hanyalah lamunan
yang terpahat berkurun kurun
saperti air terjun jeram toi

lalu aku teringat

jejak jejak muda
yang aku tinggalkan
di gigi pantai liban
lalu aku teringat ledakan grenade
lalu aku tergambar keindahan rpg
lalu aku teringat nyanyian kalashinkov
lalu aku teringat ketika
aku mencelupkan badan ke laut tengah 
jiwa aku sedang berdendang 
dengan sonata kalashinkov


ah! berkelana lagi hati ini

bagaikan semalam yang tak sudah sudah
bagaikan panas semakin terik
bagaikan jerebu yang tak mahu hilang
bagaikan hati yang putus cinta

ah! hati ini berkelana lagi


bila aku melihat gambar itu
lalu aku teringat akan pembelotan
lalu aku teringat akan pengkhianatan


nah!
akhirnya pembelotan
akhirnya pengkhianatan
wajib dibayar dengan harga yang paling mahal


sebelum dakwat oslo itu dilecok
sebelum dakwat itu kering
sebelum pejanjian itu dimetri
aku telah tercium
bau pembelotan
bau pengkhianatan

kepada kawan-kawan 
yang bersama di kota beirut
apakah kau masih ingat lagi
apakah kau masih  setia
pada janji 
pada revolusi
pada darah yang telah terpercik
antara tiang lampu
dan tembok bangunan

kepada kawan-kawan 
yang bersama di kota beirut
dimana kamu sekarang
apakah telah pulang ke kota paris
atau telah pulang ke al-gadir
atau telah pulang ke adis ababa
atau kini menjadi suami yang setia
atau seorang pemadat yang tegar


kepada yang telah gugur
mustahil dapat aku bisikan sekali lagi
kesah kita dengan chai dan khalwa
labon dipetang musim bunga yang indah
tentang rasuah dan saudi arabia
tentang moscow dan peking
tentang yasser arafat dan george habash
tentang pembelotan dan pengkhianatan


nah!
bila aku lihat gambar itu
pada pagi raya ini
maka aku tahu
pembelotan dan pengkhianatan
wajib dibayar dengan harga yang paling mahal

kepada  kau kawan aku
yang belum aku kenali
kepada kau yang membaca puisi ini
saperti petang itu dikota beirut
dimana aku dan kawan kawan
hanya ditemani oleh chai dan kahwa
sedang berlabon panjang
tentang yasser dan george
tentang pengkhianatan dan pembelotan

kau yang membaca puisi aku ini
kau yang sedang diiringi indah
oleh ketupat dan rendang
kau yang didendang 
sonata mercun dan bunga api
kau yang sedang mamakai baju baru
kau yang bersongkok dan berpantalon baru
kau yang berselfie dengan keluarga
kau yang sedang bersalaman dan bermaafan

jangan sesekali kau lupa
untuk berlabon tentang selangor
untuk tahu siapa itu hadi
untuk tahu siapa itu khalid
kerana pembelotan
kerana pengkhianatan
akan dibayar dengan harga yang paling mahal 
saperti pembayaran yang sedang
ditunaikan oleh warga gaza

- pagi raya 2014- 

-----------

PECAH BERITA - BERITA SAHEH BARU MASUK

Posted: 12 Aug 2014 04:10 AM PDT






BERITA 

SAHEH 
khalid ibrahim
yang hutangnya
di bank islam
telah langsai
petang ini telah memecat
6 ahli exco
dari dap dan pkr

ini
 cara bayar hutang
yang paling senang

kini jelas
khalid ibrahim
dilihat sebagai musuh
dan membuatkan
kerja kerja amal kita
lebih  senang untuk
dibereskan





---------

CEPAT DAN PANTAS

Posted: 12 Aug 2014 12:38 AM PDT







KOMENTAR


sprm adalah jentera daulah
atau state apparatus
tujuan bukan melawan rasuah
tapi membunuh musuh politik
membunuh sesiapa sahaja
yang dianggap musuh
kepada kuasa elit politik
yang sedang berkuasa


kalau menentanag rasuah
kalau melawan rasuah
najib
hishamuddin
muhyiddin
isa samad
ali rustam
semua dah lama duduk dalam penjara


DATUK NORZA
contoh terbaik
ialah apa yang terjadi
pada datuk norza pada awal tahun 2009
ketua pemuda wilayah
ahli majlis tertinggi
kawan baik menantu  dolah badawi
sedang cerah bersinar cahaya politik
tup tup di tahan sprm
di belasah sprm
akhirnya datuk muda ini
gagal bertanding

sampai hari ini 
kes datun norza senyap
tak ada riak rintik
tapi yang jelas politik
datuk muda ini hamcur lebur
sampai tak boleh  bangun

lupa kes datuk harun?
menteri besar selangor?
juga kes rasuah

KES KHALID
bukan saja sprm bergerak cergas
tak pernah dalam sejarah
sacepat ini bergerak

ini bertujuan untuk
membersihkan khalid
sebelum 17 ogos kalau dapat
untuk membantu hadi
untuk memberi keyakinan
kepada pimpinan pas 
bahawa khalid ibrahim
suci bersih tidak rasuah

NOTA
jamin khalid
tidak rasuah
jika ini tidak difahami
maka lebih baik jadi unta


Abu Kassim Mohamed
SHAH ALAM - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia,  Abu Kassim Mohamed hari ini mengesahkan agensi itu sudah pun memulakan siasatan...

KAH KAH KAH

tukar tiub
dah ada jawapan
khalid ibrahim
tidak rasuah

KAH KAH KAH


----------

MAT GAGAP SAMAN PULAK

Posted: 11 Aug 2014 11:41 PM PDT






Jawapan kami terhadap laporan saman menteri besar Selangor‎


Terdapat laporan di beberapa portal berita menyatakan Menteri Besar Selangor  Abdul Khalid Ibrahim memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap The Malaysian Insider semalam dan injunksi menghalang kami daripada menerbitkan berita mengenai beliau.

Pemilik The Malaysian Insider, Edge Insider Sdn Bhd, Pengarang Jahabar Sadiq dan Pengarang Berita Bahasa Melayu Amin Iskandar dan peguam mereka masih belum menerima sebarang notis hingga hari ini.

The Malaysian Insider sudah membalas surat tuntutan daripada peguam i Abdul Khalid Ibrahim dan akan bersungguh-sungguh mempertahankan diri daripada sebarang tuntutan saman jika ia difailkan.

The Malaysian Insider, pemiliknya dan para pengarangnya bingung apabila ada laporan menyatakan mengenai tuntutan saman fitnah sedangkan tiada sebarang notis pemberitahuan diterima.

Kami juga keliru apabila The Malaysian Insider dilihat "seperti menjalankan kempen anti-Khalid", seperti dilaporkan portal berita Malaysiakini sedangkan kami berusaha untuk memberi liputan di setiap sudut berhubung isu menteri besar Selangor.

The Malaysian Insider cuba menembual Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu yang beliau sebut dan perkembangan politik terkini tetapi tidak mendapat maklum balas yang menggalakkan daripada pejabatnya.

Kami akan ke mahkamah dan mempertahankan gaya laporan dan komentar kami dan mengharapkan testimoni lengkap dan terbuka mengenai isu yang berkaitan dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dan menjelaskan semua keraguan termasuk penyelesaian hutang Bank Islam beliau.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri sebagai menteri besar Selangor dan beliau tidak boleh menyembunyikan butir perjanjian penyelesaian luar mahkamah dengan alasan ia adalah perkara peribadi.

Beliau bukan rakyat biasa yang tidak perlu memberi penjelasan mengenai rundingannya kepada orang awam. – 12 Ogos, 2014.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jawapan-kami-terhadap-laporan-saman-menteri-besar-selangor#sthash.JgpcT42R.dpuf

KAH KAH KAH

saman 
jangan tak saman
mat gagap saman
sampai boleh
bercakap

KAH KAH KAH



-----------

LAWAK BERDIRI DISAMBUNG LAGI

Posted: 11 Aug 2014 10:08 PM PDT





KHAMIS

 MALAM


tukar tiub buat 
kah kah kah
di pj lives arts
pj one seksyen 17
14 ogos 2014
jam 9 malam

lawak berdiri
tidak di taja
oleh mek donal
tidak di taja
oleh air badak
semua jemput
buat bising

KAH KAH KAH











---------

BERITA MEMERANJATKAN

Posted: 11 Aug 2014 08:54 PM PDT





KOMENTAR
politik dimana mana
pun sama hukumnya
tentang kuasa
tentang ekonomi
tentang dolar
tentang dinar
tentang ringgit

Nouri al-Maliki

Nouri al-Maliki forced out as Iraq's political turmoil deepens


Iraq's embattled prime minister, Nouri al-Maliki, appeared to have lost his job on Monday, after the country's president appointed a rival Shia candidate to form a new government in a bid to end the deadlock that has paralysed the Baghdad government while jihadists have swept through the country's north.
Maliki had seemed to be clinging to his post, but he was abandoned by party allies and sidelined by religious and regional backers who no longer believe he can save the crumbling state .
baca disini:http://www.theguardian.com/world/2014/aug/11/nouri-al-maliki-iraq-forced-out-prime-minister
KAH KAH KAH
di baghdad pun
ada mat gagap
yang juga
ada menantu
meniaga ayam

i rest my case
my lord

KAH KAH KAH



--------

LAGI ILMU SEMIOTIK

Posted: 11 Aug 2014 08:28 PM PDT




FACE BOOK



gambar muka2 majoriti di belakang MB - macam stress je..
 — with Angah Rabiah and Hanisya Abdul Hamid.













LikeLike ·  · Share

KAH KAH KAH
ini ilmu semiotik
i rest my case
ya tunku dapor
kah kah kah



---------

SULTAN KENA KELENTONG?

Posted: 11 Aug 2014 07:52 PM PDT






KOMENTAR

jelas 35 adun
telah tanda tangan
sokong wan azizah
tidak lagi sokong khalid

dua kemungkinan:
satu:khalid tipu sultan
dua: khalid tak tahu kira

PERSOALAN HAKIKI

apakah tipu sultan
dianggap derhaka
apakah tipu sultan
dianggap hina sultan



Majoriti Adun Pakatan Selangor tandatangan surat sokong Wan Azizah jadi MB


Sekurang-kurangnya 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat (PR) sudah menandatangani Akuan Berkanun (SD) menyatakan hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid Ibrahim dan memberikan sokongan kepada  Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti menteri besar Selangor. 

Semua 15 Adun DAP, 13 PKR dan 4 Adun PAS menandatangani SD tersebut, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap Khalid yang mengatakan memiliki sokongan majoriti selepas menghadap Sultan Selangor semalam.

Sumber daripada DAP dan PAS memberitahu The Malaysian Insider dengan kenyataan bersumpah itu, sangat tidak logik apabila Khalid mengatakan dirinya masih memiliki sokongan.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/majoriti-adun-pakatan-selangor-tandatangan-surat-sokong-wan-azizah-jadi-mb#sthash.dymsYITF.dpuf



KAH KAH KAH

bangang ni
pandai tipu angka
patutlah hutang
bank islam berjuta juta
apa dah kelentong
dengan sultan
hanya kavita singh
saje yang tahu

KAH KAH KAH


--------

PROGRAM MELAWAN DISANA SINI

Posted: 11 Aug 2014 07:48 PM PDT






JEMPUTAN FORUM

JUMAAT MALAM

DI IPOH PERAK




radio bangsar 
akan buat siaran langsung
untuk warga di mana saja berada

SILA DATNG

BUAT RAMAI





---------

Tiada ulasan: