Tukar Tiub |
- SELAMAT JALAN
- WAN AZIZAH MB SELANGOR BARU
- MARI BELAJAR DARI SEJARAH
- TOLONG JANGAN TIPU ORANG KAMP:ONG
- NASI PANGGUNG KELMARIN
- DAH GANTI DARAH ATAU BELUM?
- HABIS SEMUA LARI
- ILMU CARA SELESAI HUTANG
- KES REMBAT TANAH
- JANGAN LUPA
Posted: 11 Aug 2014 07:08 PM PDT SELAMAT JALAN kau telah memberikan ketawa kepada dunia kau telah membawa lawak ketika dunia bersedih kau lah mork & mindy salut au revoir KAH KAH KAH Actor Robin Williams found deadOscar-winning actor and comedian Robin Williams has been found dead at his home in California , police said Monday. --------- |
Posted: 11 Aug 2014 06:00 PM PDT KENYATAAN MEDIA 11 OGOS 2014 Pakatan Rakyat Perlu Namakan Menteri Besar Selangor Yang Baharu Untuk Tangani Krisis Perlembagaan BERSIH 2.0 hari ini berpendirian bahawa Pakatan Rakyat perlu dengan kadar segera menamakan Menteri Besar yang baharu dari kalangan mereka untuk menangani dan menamatkan krisis perlembagaan yang sedang melanda Selangor. BERSIH 2.0 terkejut dan kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim berkaitan dengan kedudukan beliau di Selangor. Kami ingin mengingatkan bahawa kemelut yang timbul hasil perdebatan berkaitan dengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri telah pun menyebabkan timbulnya krisis perlembagaan di Selangor hari ini. Maka yang demikian, untuk menyelesaikan kemelut dan memecahkan kebuntuan ini, Pakatan Rakyat melalui sidang kaukus ADUN Pakatan Rakyat perlu segera menamakan Menteri Besar yang baharu. Berikut adalah pendirian penuh BERSIH 2.0: 1. Badan Eksekutif dalam sistem berparlimen seperti yang diamalkan di negara ini perlu berfungsi sebagai sebuah pasukan yang seia dan sekata. Tidak wajar sebuah kerajaan atau badan eksekutif dianggotai oleh ahli yang bercanggahan dari segi kedudukan politik. Pengekalan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar hanya menyebabkan berlaku krisis perlembagaan disamping menafikan hak rakyat Selangor untuk mempunyai sebuah kerajaan yang sah dan berfungsi sepenuhnya. 2. Seorang Menteri Besar perlu ditentukan oleh parti politik atau gabungan yang mendapat majoriti di dalam pilihan raya, bukan sebaliknya. Maka dengan itu, Pakatan Rakyat di Selangor bertanggungjawab memanggil sidang kaukus yang perlu dihadiri oleh kesemua 43 orang Ahli Dewan Undangan Negeri dari Pakatan Rakyat, yang telah pun membentuk majoriti 2/3 DUN bagi melantik ketua ADUN yang baru dan seterusnya mengisi jawatan Menteri Besar. Pakatan Rakyat kemudiannya boleh mengemukakan nama calon Menteri Besar yang baharu secara rasmi untuk perkenan Sultan. 3. Dengan nama calon yang dikemukakan melalui lantikan kaukus ADUN Pakatan Rakyat tersebut, Duli Yang Maha Mulia Sultan kini jelas boleh menentukan ADUN yang benar-benar secara sah mendapat sokongan majoriti dalam kalangan mereka, seterusnya layak dan perlu diperkenankan menjadi Menteri Besar seperti yang digariskan di dalam Artikel 53(2) Perlembagaan Negeri. 4. Kami memohon Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk memberi ruang kepada proses ini mengambil tempat di Dewan Undangan Negeri. Adalah penting bagi DYMM Sultan dari kalangan Raja Berperlembagaan untuk tidak diheret ke dalam pergelutan politik partisan yang hanya akan mencemarkan imej dan nama baik DYMM. 5. Setiap pihak dan parti yang terlibat perlu mengambil langkah segera dalam menangani krisis ini secara bijak dan mengikut Perlembagaan. Kepentingan rakyat Selangor, kelangsungan Raja-raja Berperlembagaan, dan keutuhan kerajaan Negeri perlu diutamakan berbanding mana-mana kepentingan peribadi, mahupun kepentingan parti, individu atau badan institusi. Ditandatangani oleh Jawatan Kuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada: Masjaliza Hamzah (Bendahari), Farhana Halim, Thomas Fann (Naib Pengerusi Semenanjung Selatan), Jannie Lasimbang (Naib Pengerusi Sabah), Simon Lee Ying Wai (Naib Pengerusi Semenanjung Tengah) and Dato' Dr Toh Kin Woon (Naib Pengerusi Semenanjung Utara). |
Posted: 11 Aug 2014 07:28 AM PDT LIHAT DAN TONTON babak babak sejarah agar kita semua dapar belajar dari babak sejarah ini |
TOLONG JANGAN TIPU ORANG KAMP:ONG Posted: 11 Aug 2014 06:30 AM PDT BN akan sokong Khalid kekal MB Selangor, kata MuhyiddinMuhyiddin Yassin hari ini menjelaskan Barisan Nasional (BN) akan memberikan sokongan penuh kepada Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor tanpa syarat bagi menjayakan perjanjian air yang sudah ditandatangani - KAH KAH KA woit tanpa syarat kah kah kah lee kuan yew dapat tanah ktm di singapura pun memang tidak ada syarat tapi ada gambar altantuya khalid terus jadi mb mustahil tak bersyarat syarat amat jelas lulus langat dua lulus kidex beri tanah pada adik vincent tan baru khalid diumum selesai hutang tidak bangkrap KAH KAH KAH -------- |
Posted: 10 Aug 2014 11:30 PM PDT NASI PANGGUNG PETANG KELMARIN Semalam, datang petang hujan berhenti, Seolah memberi laluan kepada anak semua bangsa Berkongsi rasa, merapat jiwa, bersetiakawan dengan warga miskin kota Menu & para penyumbang hari ini:- Tim Dapur Jalanan - Bihun Sup Ayammm Tim Syed Syahir - Roti Canai // Air Mineral Tim UM kolej ke 7 - Pek Roti // Air Mineral Qish awek cun - Cekodok Pisang Kak Ogy Sekeluarga - Bubur Kacang Fuzzy Ampang - Pakaian TERIMA KASEH Mereka yg sama kerja bakti; buat sibuk & buat ramai di Jln Panggong:- Aisyah Amira, Husna, Fahmi, Husin, Paramjit, Yan & Acino mat Brickfield Hazman, Syu, Nad, Ajim, Quratul & cikgu2 Kelas Tuisyen percuma Nicholas & seluruh tim UM kolej ke-7, Najwa & kawan2 dari Kolej Tunku Jaafar Muzz, Fauzi, Ayah Halim, Kak Ogy sekeluarga Eddy Gordo, Brader2 cool Geng Kotak, Awek-awek cun & semua kawan2 yg sama hadir bantu, menghidang, basuh pinggan, memeriahkan petang ahad di Jln Panggung Terima Kasih daun keladi, semoga kita berjumpa lagi, minggu depan masih disini, dengan warga miskin kota bersolidariti! KAKI BUAT SIBUK TERIMA KASIH + Dapur Raya, Hari Raya Rakyat sedang dirancang. Akan diumum dalam masa terdekat. Meraikan hari raya bersama warga miskin kota. Tungguuu! + Untuk maklumat info, sila cari dan tekan like Facebook page DapurJalanan KualaLumpur dan follow twitter: dapurjalananKL & insta - dapurjalananKL + Untuk yang mahu menyumbang boleh masuk ke akaun dapur jalanan 8001-7278-49 spkl collective + Untuk yang ingin sama-sama potong bawang atau sumbang makanan atau apa-apa nak disumbang boleh tekan number dibawah Pakwan = 019-2671285 Hadikhalid = 012-6648873 ------------ |
Posted: 10 Aug 2014 10:06 PM PDT NOTA nak tanya dah tukar darah atau belum tukar dulu baru shafie...opps... baru afdal bercakap hal islam Adun PAS lebih layak jadi MB Selangor, kata Ridhuan Tee11 Aug — Pakatan Rakyat (PR) perlu memberi laluan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor kerana calon parti Islam itu lebih berkredibiliti, kata Ridhuan Tee Abdullah. Pensyarah… KAH KAH KAH kalau makan coklat cadbury kena tukar darah bagimana pernah makan bak ku teh KAH KAH KAH |
Posted: 10 Aug 2014 09:48 PM PDT MB K'tan nafi pelawa Khalid sertai PASMenteri Besar Kelantan menafikan laporan berita yang beliau mempelawa pemimpin PKR yang dipecat, Abdul Khalid Ibrahim untuk menyertai PAS.Satu kenyataan oleh setiausaha akhbar menteri besar lewat malam tadi berkata laporan yang menyebut PAS membuka pintu kepada Khalid adalah tidak benar sama sekali. Ia juga menafikan sama sekali petikan dalam laporan tersebut yang menyebut beliau sebagai berkata, "terpulanglah kepada beliau jika ingin menyertai PAS selepas ini kerana telah dipecat PKR". KAH KAH KAH kah kah kah tergolek dog ketawa bila bangkai mula berulat anjing dan lalat cabut lari kah kah kah I REST MY CASE MY LORD KAH KAH KAH ---------- |
Posted: 10 Aug 2014 09:08 PM PDT MARI BELAJAR CARA SELESAI HUTANG ILMU UNTUK UTANG PTPTN Semua peminjam PTPTN boleh langsaikan hutang mereka jika jika beramai-ramai keluar tunjuk perasaan menghentam AI/PKR/DAP dan bodek habis-habisan Najib/Rosmah/UMNO/PAS/BN/ Mufti/Imam al sunah al rasuah dan putuskan segala masalah besar yang melanda kroni-kroni tua UMNO kini adalah kerana Anuar Ibrahim yang penderhaka, anti Melayu, anti Islam dan pelbagai anti lagi.Khalid Ibrahim entah macam mana terjebak/terjerat dengan hutang lalu menjadi serabut untuk menggekalkan stabilitinya lalu main cerita serabut dan tak masuk akal dan rela diekploitasikan oleh UMNO untuk menghuru-harakan keadaan politik PR di Selangor tanpa disedari yang kroni-kroni tua UMNO dapat lebih dari RM70 juta melalui projek KIDEK, Langat2 dan lain-lain lagi. Caranya member gaji lumayan pada exco Selangor dan sebulan bonus duit raya tak mampu nak senyapkan gerakan yang mempecatnya.KI namapak bijak sebenarnya tak pakai OTAK on SATU SOALAN HAKIKI Anonymous on 8/11/14 KHALID DFAN DEEPAK SAMA Sudah jelas lagi bersuloh, hutang Khalid diselesaikan olih Umno seperti hutang Deepak dan hutang Tanjuddin Ramli. Khalid diikat dan ditarik olih Umno. Tu fasal tak mahu lepas jawatan. Yang herannya, ulamak Pas and Majlis Syuranya sokong Khalid yang diikat dan ditarik hidungnya olih Umno. on SATU SOALAN HAKIKIAnonymous on 8/11/14 ----------- |
Posted: 10 Aug 2014 08:48 PM PDT KOMENTAR hukum hukum hukum undang undang penjara rotan dan gantung semua tak boleh semua dilarang kerana apa? dikatakan kerana rakyat dikatakan untuk kesejahteraan rakyat dikatakan untuk agama dikatakan untuk bangsa tapi sebenarnya semua undang undang semua hukum ini dilahirkan dengan tujuan: memastikan kuasa politik memastikan kuasa ekonomi terus berada dalam tangan united malays national organisation hujah untuk rakyat hujah untuk orang ramai hujah untuk agama hujah untuk bangsa hanya gula sira untuk menyedapkan cerita Sedia pinda Akta HasutanBera: Kerajaan bersedia meminda Akta Hasutan dan undang-undang lain bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap individu yang menggunakan media sosial untuk menghina agama atau menyebarkan kenyataan berunsur hasutan, kata Muhyiddin Yassin. » KAH KAH KAH bagaimana kes bunuh altantuya? bagimana kes rasuah scorpene? bagaimana kes tanah stamford holding? kenapa buat deeeek? KAH KAH KAH ---------- |
Posted: 10 Aug 2014 08:00 PM PDT KHALID AJEN GEROMBOLAN 'SAYA KENA SABOTAJ'Shah Alam: Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan pemecatannya sebagai ahli PKR adalah tindakan sabotaj daripada pihak tertinggi parti itu. » KUALA LUMPUR 9 Ogos - Pemecatan Abdul Khalid Ibrahim sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan menggugat kedudukan beliau sebagai Menteri Besar Selangor kerana pemecatan tersebut hanya... BENTONG 10 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin menyifatkan situasi politik di Selangor ketika ini sebagai luar biasa yang berlaku disebabkan kerakusan kuasa pihak-pihak terlibat. ... KAH KAH KAH ingat macam mana baca akhbar milik gerombolan kalau akhbar gerombolan sokong ertinya itu orang jahat kalau akhbar gerombolan tibai ertinya itu orang baik KAH KAH KAH --------- |
You are subscribed to email updates from Tukar Tiub To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan