Ahad, 31 Ogos 2014

Komentar Kini

Komentar Kini


PAS Tidak berminat jadi menteri besar Selangor

Posted: 31 Aug 2014 04:57 PM PDT

Beberapa orang PAS call penulis dan bertanya mengapa PAS tak mahu jadi menteri besar Selangor. Itulah bunyi soalan yang di kemukakan kepada penulis kerdil ini.

Susah juga nak jawab. Lebih lebih lagi sudah ada jawapan dari PAS, yang PAS tidak akan tuntut jawatan menteri besar Selangor.Sah, PAS tak minat dengan jawatan tersebut.

Maka Sesuai dengan tajuk rencana penulis bahawa PAS tidak berminat jadi menteri besar Selangor, miskipun kekosongan itu layak di isi oleh salah seorang ADUN PAS.

Persoalan sekarang PKR tidak akan tunduk dan akur dengan kemahuan Al Sultan Selangor agar lebih dua nama di hantar untuk calon menteri besar negeri terkaya itu.

Kalau sudah tahu yang Sultan Selangor mahu begitu, maka akurlah untuk menyelesaikan kemelut  yang kelihatan akan lebih gawat lagi dek pendirian yang membabi buta itu.

Bukankah Azmin Ali sudah buat kenyataan yang dia tidak berminat lagi untuk menjadi menteri besar Selangor.

Oleh itu, besar kemungkinan nama DR Wan Azizah Ismail akan diberi perhatian setelah  Azmin Ali menolaknya.

Akan tetapi cuba bayangkan, orang tergila gila nak jadi menteri besar sudah barang tentu prejudis dan merasakan peluang presiden PKR jadi menteri besar Selangor gelap.

Jangan takut, kerana PAS sudah buat kenyataan terbuka yang dia tidak akan tuntut jawatan menteri besar itu nanti.

Pasti jawatan menteri besar Selangor jatuh ke tangan PKR, Cuma sekarang ini PKR takut dengan bayang bayang sendiri takut sultan tak terima Dr Wan Azizah.

Cuba dahulu apa kemahauan sultan baru boleh tahu kedudukan sebenarnya,. Jangan main serkap jarang mengandakan begitu dan begini.

Penulis pernah tulis yang berbunyi: "jangan main main dengan Sultan" Lebih lebih lagi undang undang tubuh negeri Selangor Sultan punya kuasa mengenai pelantikan menteri besar.

Macam juga negeri Terengganu, Al Sultan tak mahu nama Datuk Seri Idris Jusoh jadi menteri besar negeri kaya rakyat miskin ini.

Hendak buat macam mana. Akhir sekali, umno terpaksa akur dan mengalah bubuh  nama Datuk Ahmad Said, di terima dengan hati terbuka.

Kedua, bukan soalan lagi dikemukakan pada penulis, tetapi satu perkataan yang bunyinya begini: Mungkin Sultan Selangor mahu orang PAS jadi menteri besar baru Selangor.

Jawab penulis ringkas sahaja,kan PAS dah kata yang dia tidak akan tuntut jawatan itu dan sesuai dengan tajuk rancana ini orang PAS tak minat jadi menteri besar Selangor miskipun diberi peluang dan tawaran.

Akan tetapi tak mustahil, Sultan mahu orang PAS, kerana inilah pilihan terbaik untuk menyelesaikan krisis menteri besar Selangor yang dijangka akan lebih gawat jika PKR berkeras juga dan tak akur dengan kemahuan Al Sultan.



Tiada ulasan: