Selasa, 19 Ogos 2014

Komentar Kini

Komentar Kini


Pemimpin tertinggi PAS juga mahu Hadi Letak jawatan?

Posted: 19 Aug 2014 04:32 PM PDT

Membaca tajuk diatas pasti ia prejudis. Akan tetapi apa yang penulis Nampak mungkin ramai yang tidak Nampak.

Penulia dengan nyata apabila DatukSeri Haji Abdul Hadi Awang buat pendirian mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Apa kata Mohammad Sabu orang nombor dua dan rakan rakannya. Mereka tidak setuju dengan pendirian yang dibuat oleh presiden.

Nampak dengan jelas bahawa mereka tidak setuju dengan presiden mereka dan sebalik sangat setuju dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu tukar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan isteri sebagai menteri besar baru Selangor.

Setelah untuk ada suara yang mahu Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang "letak jawatan". Ini menunjukkan bukan sahaja orang luar yang mahu peresiden PAS sekarang letak jawatan malah orang dalam sendiri dah tak mahu Haji Abdul Hadi pegang jawatan presiden PAS.

Penulis tidfak hairan jika orang umno yang buat mulut agar haji abdul Hadi Awang letak jawatan, tetapi tersiratnya orang dalaman sendiri pun sudah tidak mahu presidennya kekal sebagai presiden.

Bukti yang sangat nyata, PAS pusat dengan sebulat suara cadang dua nama calon menteri besar Selangor Dr Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali, tapi pada mesyuarat PR Mohamad Sabu setuju dengan Pakatan bahawa calon menteri besar hanya satu nama sahaja.

Ini menunjukkan sudah belaku pukulan hebat bukan sahaja pada presidennya malah terhadap partinya sendiri bahawa timbalan presiden ketika dalam mesyuarat  pakatan rakyat setuju dan hormat dengan keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tak hormat dengan presiden dan partinya sendiri.

Ini juga merupakan suatu tindakan yang sangat tidak patuh dilakukan oleh seorang timbalan presiden jika tidak ada agenda tertentu.

Yang pasti Mohammad sendiri mahu supaya presidennya letak jawatan. Kalau tidak mana mungkin belaiu langgar keputusan sebulat suara parti yang dibuat bersama pada mesyuarat parti 17 ogos itu.

Ahli jawatankuasa  professional PAS pusat kelihatan mahukan Abdul Hadi di tukar kepada Mohammad Sabu, sesuai dengan PAS yang telah dilebalkan beberapa orang penganalisis politik Negara sebagai pas moden dan dah tak sesuai lagi berketuakan seorang  ulamak.


Rupa rupanya sudah sekian lama bukan  orang umno sahaja yang tak mahu Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang pegang jawatan presiden, malah orang pas sendiri pun demikian.


Tiada ulasan: