Selasa, 12 Ogos 2014

Komentar Kini

Komentar Kini


Hendak buat macam mana

Posted: 12 Aug 2014 03:54 AM PDT


Jika betul Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika bertemu dengan Datuk Anwar Ibrahim di Kuala Ibai itu mahu nama lain bukan Dr Wn Azizah Wan Ismail pasti akan gagal untuk tukar menteri besar Selangor yang masih disandang Tan Sri Khalid Ibrahim itu.

Bukan kerana Datuk Seri Anwar tidak setuju dengan nama lain selain daripada nama isterinya, tetapi Al Sultan punya angkara yang tetap mahu Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Ianya bukan kerana Datuk seri Haji Abdul Hadi Awang yang mahu nama lain dan bukan juga kerana Anwar tetap mahu Dr Wan Azizah sebagai menteri baru Selangor ganti Khalid Ibrahim, tetapi kerana Sultan salngor sendiri yang setuju khalid Ibrahim kekal menteri besar.

Memang tidak pernah berlaku seorang bebas (tiada menganggotai mana mana parti boleh jadi menteri besar) sedangkan mengikut perlembagaan Negara dan negeri parti yang menang majoriti dalam musim PRU boleh bentuk kerajan dan melantik menteri besar dari kalangan ADUN.

Pelik dan ajaib Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah dipecat oleh PKR boleh kekal menjadi menteri besar Selangor atas kemahuan Sultan negeri tersebut yang berbunyi: " beta mahu Khalid Ibraim kekal sebagai menteri besar Selangor.

Meneliti kes ini, teringat penulisdengan apa yang telah berlaku di Terengganu selepas PRU12 yang mana Datuk Seri Idris Jusoh bekas menteri besar Terengganu (2004-2008) yang telah dilantik melalui surat watikah pelantikan menteri besar negeri minyak itu oleh umno pusat gagal jadi menteri besar Terengganu.

Umno gagal jadikan Idris Jusoh sebagai menteri besar.Mengapa boleh jadi demikian? Kerana Al Sultan Terengganu berkata yang berbunyi: beta tak mahu Datuk Seri Idris Jusoh sebagai menteri besar Terengganu.

Hal ini ada persamaan dengan apa yang berlaku di Selangor. Bayangkan jika Sultan Selangor berkata yang berbunyi: " beta mahu Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, wal hal Khalid Ibrahim bukan lagi ahli mana mana parti gabungan yang memerintah Negari terkaya itu.

Hendak buat macam mana jika sultan kata beta mahu Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor. Sudah barang tentu ia jadi sukar untuk tukar menteri besar yang kemelutnya semakin hari semakin parah itu.

Kata kata beta tak mahu Datuk Seri Idris Jusoh dapat diselesaikan apabila nama Datuk Ahmad said dicalonkan sebagai menteri besar negeri kaya rakyat miskin itu yang bertahan selama satu penggal satu tahun itu atas sebab Datuk Seri Mohd Najib Razak mahu nama lain sebagai menteri besar Terengganu selepas PRU13.

Oleh kerana perancangan Datuk Seri Mohd Najib Razak untuk melantik menteri besar lain di Terengganu gagal atas sebab awal awal lagi disekat oleh Datuk Seri Ahmad Said, maka nama Mat Said tidak kekal dan diminta letak jawatan untuk ganti dengan Razif Abdul Rahman.

Macam mana Datuk Seri Anwar Ibrahim nak buat untuk tukar menteri besar Selangor, sedangkan Haji Hadi Awang mahu nama lain dan Anwar Ibrahim sendiri mahu Wan Azizah Ismail calon menteri besar Selangor yang baru dan Al Sultan mahu Khalid Ibrahim kekal sandang jawatan menteri besar.







Tiada ulasan: