Sabtu, 9 Ogos 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


JAIS Tak Boleh Kacau Rumah Urut?

Posted: 09 Aug 2014 06:04 AM PDT



Wow! Habis tu apa kuasa JAIS?

BEBERAPA KEMUNGKINAN SELEPAS TAN SRI KHALID DIPECAT

Posted: 09 Aug 2014 06:01 AM PDT

Kamarul Yusoff


(1) Apakah ada kemungkinan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan meletakkan jawatan beliau selaku Menteri Besar kerana berpendapat pemecatan beliau dari PKR tidak sah, kerana berpendapat beliau masih diperkenankan oleh Sultan Selangor dan kerana berpendapat beliau masih mempunyai majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Selangor?

(2) Apakah ada kemungkinan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor akan mengemukakan satu representasi bertulis kepada Sultan Selangor bahawa mereka telah hilang kepercayaan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi Sultan Selangor mungkin akan meminta perkara ini diselesaikan di dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri Selangor?

(3) Apakah ada kemungkinan sebahagian Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor akan mengemukakan satu usul tidak percaya terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim tetapi ini mungkin tidak akan dapat dilakukan sehingga bulan Disember 2014 kerana beliau mungkin tidak akan menasihatkan Sultan Selangor untuk memanggil Dewan Undangan Negeri Selangor?

(4) Apakah ada kemungkinan PKR akan cuba membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor tetapi ini mungkin tidak akan dapat dilakukan sehingga satu usul tidak percaya terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim dikemukakan di dalam dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor dan sehingga Sultan Selangor memperkenankannya?

(5) Apakah ada kemungkinan pihak-pihak tertentu akan cuba mencetuskan suasana huru-hara di Selangor bagi membantah cubaan menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan beliau selaku Menteri Besar dengan mengharapkan agar darurat akan diisytiharkan dan pemerintahan berbentuk MAGERAN dilaksanakan di Selangor?

Abdul Khalid terima keputusan parti

Posted: 09 Aug 2014 05:58 AM PDT

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima keputusan pemecatan keahliannya dari PKR seperti yang diumumkan sebentar tadi.

"Saya terima keputusan oleh PKR untuk membatalkan keahlian saya dalam parti walaupun keputusan adalah salah dan cacat dari segi undang-undang.

"Seperti yang saya nyatakan menerusi maklum balas terhadap surat tunjuk sebab, PKR sendiri keliru dengan maklumat lanjut mengenai tuduhan terhadap saya.

"PKR telah gagal menjelaskan secara khusus artikel mana dalam perlembagaan parti yang telah saya cabuli," katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya, sebentar tadi.

Petang tadi, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong mengumumkan pemecatan Abdul Khalid daripada PKR yang berkuat kuasa serta-merta.

Menurutnya, Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membuat keputusan itu berdasarkan tindakan Abdul Khalid mengingkari arahan parti untuk meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.

Selain itu, kata Tee Kwong lagi, Abdul Khalid juga telah ingkar beberapa keputusan yang dibuat Majlis Presiden PR.

Sementara itu, Abdul Khalid menambah, beliau akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memaklumkan kepada baginda perkembangan terbaharu ini dan untuk mendengar pandangan baginda.

"Sehingga isu ini diselesaikan mengikut peruntukan undang-undang, saya akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai Menteri Besar.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong saya dalam menempuh masa-masa yang sukar ini," katanya lagi.

PKR pecat Khalid Ibrahim

Posted: 09 Aug 2014 03:52 AM PDT

PETALING JAYA : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat serta merta sebagai ahli seumur hidup Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Perkara itu diputuskan sebulat suara dalam Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) di Ibu Pejabat Keadilan di sini, sebentar tadi.

"Tindakan disiplin itu diambil berikutan keengganan Ahli Dewan Undangan Pelabuhan Klang itu meletak jawatan selepas didesak parti untuk berundur ," kata Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong pada sidang media di sini.

Beliau berkata, Abdul Khalid juga didapati mengingkari keputusan MPP yang melantik Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

"Dengan pemecatan itu, Abdul Khalid kini menjadi ADUN Bebas walaupun kekal sebagai Menteri Besar," katanya.

Giliran Ustaz Fadhli KP Kelantan Pula Difitnah

Posted: 09 Aug 2014 01:54 AM PDT

Ahmad Fadhli Bin Shaari

Saya diberikan keratan laporan ini di dalam laman portal Malaysia Insider yang memetik kenyataan saya yang menyebut bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz hadir selama dua jam di dalam mesyuarat Syura Ulama. Saya suka memberikan penjelasan seperti berikut :

1. Saya dihubungi secara tidak formal oleh seorang wartawan yang telah lama saya kenal iaitu Zakiah Koya. Saya tidak diberitahu bahawa kenyataan saya akan dipetik sebagai sebuah kenyataan kerana saya hanya menyangka ia sekadar 'bual-bual' biasa.

2. Saya disebut sebagai 'Pegawai Nik Aziz'. Ini adalah satu fakta yang salah di mana saya sudah tidak menjadi pegawai beliau semenjak beliau bersara sebagai Menteri Besar Kelantan selepas PRU yang lalu. Sekalipun saya banyak dipanggil oleh beliau untuk menulis kenyataan dan sebagainya, namun itu tidak lebih daripada melaksanakan arahan Al-Mursyidul Am ke atas ahli parti seperti saya. Saya tidak mempunyai sebarang autoriti rasmi untuk bercakap bagi pihak beliau apatah lagi untuk menyatakan fakta tentang Mesyuarat Syura Ulama yang saya langsung tiada kaitan dengannya.

3. Justeru apabila saya ditanya tentang 'bolehkah tokguru hadir mesyuarat dan duduk lama memandangkan beliau uzur (dengan keadaannya yang sudah dimaklumi semua?)'. Saya katakan, beliau mampu Insya allah bahkan untuk berkuliah selama dua jam pun masih mampu.

4. Saya juga diberitahu bahawa ada laporan menyatakan bahawa beliau berada selama setengah jam di dalam mesyuarat tersebut. Respon saya ialah, ia kedengaran agak mustahil memandangkan kenyataan yang dikeluarkan kelihatan cukup teratur. Ia kemudiannya dijelaskan sendiri oleh Tuan Guru bahawa beliau telah ditunjukkan dengan kenyataan tersebut oleh Setiausaha Majlis Syura sebelum diterbitkan.

5. Saya kira apa yang dilaporkan Malaysian Insider itu adalah satu silap faham sahaja terhadap perbualan yang saya anggap biasa. Sewajarnya pihak penerbit lebih maklum autoriti saya yang bukan merupakan pegawai rasmi Al-Mursyidul Am untuk bercakap bagi pihak beliau. Apatah lagi saya bukan ahli mesyuarat tersebut. Saya tidaklah ingin menyalahkan pihak penerbit berkenaan kerana saya kira ia sebagai salah faham sahaja dan mungkin terdorong dengan keghairahan mengeluarkan maklumat sensasi, laporan ini keluar dan menjadi sebahagian daripada kontoversi.

6. Lebih dari itu, saya berpandangan tidak timbul soal Al-Mursyidul Am hadir mesyuarat samada setengah jam mahupun dua jam memandangkan beliau telah menyerahkan mandat kepada mesyuarat untuk membuat keputusan dan sekali lagi disemak sebelum diterbitkan. Apa yang saya faham dari kenyataan beliau kemudiannya ialah beliau hanya ingin menegaskan pendiriannya hanya sekali sahaja iaitu pendirian beliau yang dikeluarkan pada 29 Ramadhan yang lepas.

7. Harapan saya dengan penjelasan ini dapat memberikan kefahaman kepada mana-mana pihak yang menggunakan laporan ini bagi menampakkan pertembungan dengan kenyataan Tuan Guru.

Boikot McD Di Kota Bharu Gagal?

Posted: 09 Aug 2014 12:57 AM PDT



Ada lagi yang masih tidak hiraukan kempen boikot mcd.

Gambar diambil sekitar kota bharu.

Betul Ke Tok Guru Dapat Maklumat Salah?

Posted: 08 Aug 2014 11:12 PM PDT




Bagi mereka yang mengatakan tok guru tidak mendapat makkumat yang sebenar.

Tiada ulasan: