Selasa, 26 Ogos 2014

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Kenyataan Media Dari PKR Dan DAP

Posted: 26 Aug 2014 08:52 AM PDT

KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK

PERLANTIKAN DATO' MENTERI BESAR
KEADILAN DAN DAP MENJUNJUNG TITAH DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR

KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato' Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato' Mohamad Munir bin Bani hari ini.

Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato' Menteri Besar sebelum ini.

DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato' Menteri Besar dalam tahun 2013. Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.

Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato' Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).

KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

DATO' SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong KEADILAN

TONY PUA
Setiausaha Publisiti DAP

26 Ogos 2014

Warga Asing Merogol Rakyat Malaysia

Posted: 26 Aug 2014 04:12 AM PDT



Mereka bermaharaja lela gunakan subsidi yang mana dilaungkan oleh kerana sebagai hak rakyat.

Anda boleh tengok gelagat mereka tanpa rasa takut di sekitar negeri sempanan.

Salah siapa?

Khalid letak jawatan, tiada p'raya negeri

Posted: 26 Aug 2014 02:31 AM PDT

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini memohon meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Menurut kenyataan istana, sultan bagaimanapun menangguh menerima peletakan jawatan itu sehingga penggantinya ditentukan.

Munir berkata, sultan Selangor juga menitahkan agar pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon layak menggantikan Khalid.

Ia, menurut Munir lagi, bagi memudahkan sultan menentukan dan memberi perkenannya.

"Ini sejajar dengan konvensi yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan menteri besar Selangor sebelum ini," katanya.

Khalid turut mengumumkan perkara itu di Facebook beliau.

"Saya telah kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Datuk Menteri Besar Selangor dan baginda telah memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatan saya sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai," tulisnya.

Khalid sebelum itu tiba di istana Bukit Kayangan di Shah Alam untuk menghadap Sultan Selangor.

Khalid memasuki kawasan istana pada jam 2.20 petang, lima minit selepas kenderaan Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba di istana.

Menteri besar kelihatan tersenyum melalui tingkap keretanya.

Tiada ulasan: