Kelab Greenboc |
- Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?
- Kes Khalid Ibrahim: Isu Mudah Yang Menjadi Rumit - Sakmongkol
- Setelah Ditolak PKR, Khalid Ibrahim Mewakili Parti Apa?
Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain? Posted: 07 Aug 2014 12:44 AM PDT Ssemua dah jadi kelam kabut apabila Majlis syura Ulamak tiba-tiba membuat pendirian sesuatu yang tiada kena mengena dengan dasar PAS. Harakah melaporkan bahawa "Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah." ,br> Aneh! Bukankan Majlis Syura Ulamak berfungsi untuk hal-hal mengenai "dasar" perjuangan PAS? Apa kena-mengena isu MB Selangor dengan dasar perjuangan PAS? Jika alasan Majlis Syura Ulama membuat keputusan berkenaan "jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat", maka bukankah keputusan Majlis syura Ulamak itu telah juga melanggar persefahaman dengan parti-parti yang ada di dalam Pakatan Rakyat dimana sepatutnya ia perlukan persetujuan bersama kesemua parti yang ada di dalam PR! Dinyatakan bahawa: "keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti." Sejak bila Majlis Syura Ulamak ada membuat kajian untuk menentukan majoriti rakyat menyokong Tan Sri Khalid? Dari kalangan ADUN-ADUN Selangor sendiri belum tentu Khalid berjaya mem[perolehi majoriti inikan pula seluruh rakyat! Sementelah lagi ahli partinya sendiri sudah pun menolak beliau dari dipilih menjadi Ketua Cabang dan Timbalan Presiden PKR! Soal integriti adalah soal yang lain. Tetapi soal Khalid tidak mematuhi arahn kepimpinan partinya sendiri adalah jelas satu penderhakaan dan pengkhianatan terhadap partinya sendiri. Majlis Syura Ulamak mengajar ahlinya supaya tidak ikut arahan kepimpinan parti? Di dalam Islam, siapa kata panglima Islam yang bernama Khalid Al-Walid tidak berintegiriti? Tetapi beliau dipecat dan digantikan olehg orang lain sekalipun seluruh masyarakat Islam ketika itu menyokong Khalid Al-Walid. Tak timbil soal integriti. Tetapi Khalid Al-Walid akur dengan keputusan kepimpinan. menagapa? Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a. Namun apa yang memeranjatkan, setelah takhta khalifah diwariskan kepada Saidina Umar al Khattab r.a, beliau bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Tindakan ini amat mengecewakan kebanyakan orang ramai dan menimbulkan perasaan tidak puas hati. Walau bagaimanapun, Saidina Khalid al Walid r.a menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a. Nampaknya Muktamar PAS akan datang perlu membincangkan semula Perlembagaan Parti khususnya berkaitan dengan peranan dan keanggotaan ahli Majlis Syura Ulamak. Ia perlukan penilaian, penelitian dan pemerkasaan semula supaya tidak lagi menjadi alat sekumpulan tertentu di dalam parti/jemaah bagi mencapai matlamat tertentu. Jika GB dan yang-lain yang mengkritik keputusan Majlis Syura Ulama dituduh ingkar kepada arahan kepimpinan parti, maka tindakan Majlis Syura Ulamak yang membela Khalid Ibrahim yang ingkar kepada partinya itulah menjadi penyebabnya! GB dan lain-lain bersedia untuk dipecat dari PAS lantarannya.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
Kes Khalid Ibrahim: Isu Mudah Yang Menjadi Rumit - Sakmongkol Posted: 06 Aug 2014 09:00 PM PDT Isu Tan Sri Khalid ialah satu kes yang mudah- iaitu kes Khalid Ibrahim tidak akur kepada cakap boss dan tidak akur kepada keputusan parti. Boss ialah Anwar Ibrahim dan parti ialah PKR- bukan oang lain dan bukan parti selain PKR. Perkara ini kenalah difahami oleh bos dan parti lain. Itu sahaja. Nak sibuk kaitkan parti PAS, sibuk dengan hujjah2 lain – undang2 lah, perlembagaan negeri lah. It's a simple case of Khalid Ibrahim tidak tunduk kepada cakap boss dan tidak akur kepada parti. Maka jalan penyelesaian nya ialah- singkir dan pecat Khalid. Atau jika Khalid merasakan teraniaya sangat - keluar PKR. Jika mana mana berlaku, kita tidak fikir berkurangan kepada Khalid. ( we think not less of Khalid Ibahim). Kita hormat keputusan yang diambil. Tidak timbul dia khianat, atau belot atau apa. PKR tidak miskin dengan pengeluaran Khalid, dan Khalid pun tidak kaya dengan keluar dari PKR. Ianya akan menyelamatkan kedua dua dari mendapat aib dan malu yang lebih besar. Hanya soalan nya ialah Anwar Ibrahim , boss PKR sudah kah berbuat demikian? Yakni beri Khalid Ibrahim the marching orders? Jika belum, tidak guna kita berhujjah disini, bertekak dan bertegang leher. Tunjukkan kepimpinan. Jika sudah, Khalid jangan fikir jawatan MB milik peribadi dia- atau dikalangan orang Pahang, mereka akan kata- jangan fikir jawatan ini bapaok awok punye. Jika Khalid tidak mahu beri PKR kepuasan memecatnya, dia keluar parti terlebih dahulu. Dia sudah pun berkelahi secara terbuka dengan pimpinan parti- mencemuh keputusan parti. Yang dia belum lakukan ialah secara terbuka mencemuh dan membantai Anwar Ibrahim. Bab itu dia tidak perlu lakukan sebab kerja kotor tersebut sudah pun dilakukan oleh UMNO, media dan akhbar milik UMNO. Dan oleh golongan yang mesra UMNO. Ini bukan kes tidak menghargai khidmat Khalid. Atau sebab tidak faham undang2, proses perlantikan MB atau lain2. Bukan sebab undang2 seperti yang hendak dihujjahkan oleh Faekah. Ia nya terbit sebab- daripada Faekah, penyokong Khalid Ibrahim dan membawa kepada Khalid Ibrahim sendiri - semua mereka ingat bahawa jawatan MB ialah jawatan yang dipilih secara lansung oleh pengundi. Ini perkara asas yang tidak dihahami dan enggan difahami. Campur pula dengan kesemulajadian karakter Khalid Ibrahim. Dia ingat dia seorang sahaja yang betul dalam dunia ini. Fakta ini juga mesti difahami oleh PAS. Mengapa mahu ambil risiko berpecah hanya kerana mempertahankan Khalid Ibrahim? Itulah sebab nya saya menyebut perlakuan Khalid sebagai pelacur politik yang menjaja kesana sini cerita hiba dan pilu nya dianiayai dan dizalimi oleh parti dan boss nya. saya tidak kata Khalid seorang pelacur – itu olahan media mesra UMNO. Saya kata pelacur-politik – suatu term of art. Hendak buat macam mana- sememang nya cara saya tulis ialah intense. Beberapa minggu yang lalu saya menulis sebuah artikel mengenai isu ini dan merupakan antara orang yang awal mengatakan, satu kemungkinan ialah mencadangkan ADUN Ijok, Dr Idris untuk jadi MB. Sama ada dia jadi MB atau tidak, itu suatu ketentuan yang akan kita lihat; tapi yang menarik ialah kenyataan nya terbaru ini. Yakni dia akan akur apa ketua dan parti kata. Ertinya- dia orang parti dan kenyataan tersebut mengesahkan apa sebenarnya masaalah Khalid Ibrahim. Khalid tidak ikut cakap bos( bos senentiasa betul) dan Khalid tidak ikut keputusan parti. It's a simple case of babir dan degil. -sakmongkol Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
Setelah Ditolak PKR, Khalid Ibrahim Mewakili Parti Apa? Posted: 06 Aug 2014 06:36 PM PDT Kalau TV3, Utusan, RTM sokong Khalid, bermakna Khalid jahat Pemerhati politik, Hishamuddin Rais menjelaskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya meletakkan jawatannya bukan hari ini, tetapi semalam. "Khalid tidak lagi mewakili sesiapa, dan partinya juga tidak lagi menyokongnya dan kini yang menyokongnya hanyalah Hadi dan 'Din xxxx'," katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi. Beliau yang juga merupakan seorang aktivis politik difahamkan bahawa PKR telah bermesyuarat dan Presiden PKR meminta untuk bertemu dengan Khalid yang pada awalnya telah bersetuju namun kemudiannya dibatalkan. "Kalau parti tidak lagi menyokong kamu, kamu mewakili beruk mana?" soalnya. Dalam majlis yang sama, Hishamuddin turut menyatakan bahawa beliau sering mendapat surat yang mempersoalkan kenapa masalah rasuah dan sebagainya tidak disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Respon beliau berkenaan hal tersebut adalah kerana SPRM hanya senjata dari BN untuk membunuh musuh politiknya dan bukan untuk menyelesaikan masalah rasuah. "Kenapa tuan-tuan semua tidak faham, kalau SPRM menjalankan tugasnya untuk menyelesaikan masalah rasuah, Najib, Hishamuddin, Muhyiddin semuanya kini duduk di (penjara) Kajang," ujarnya. Sementara itu, bercakap mengenai Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) Faekah Husin yang mengancam untuk membubarkan DUN, Hishamuddin dengan tegas mengutarakan pandangannya. "Teruskan dan kita tidak takut kerana orang kampung suka. Kalau dibubarkan DUN, inilah masanya untuk PKR tidak melantik lagi Xavier dan Amir Shaari, kita buang mereka." Beliau turut menjelaskan bahawa mungkin PKR kalah pada kali ini, tetapi PKR tidak mahu hilang kredibiliti. "Di Malaysia, politiknya mudah sahaja, tidak perlu belajar tinggi-tinggi, siapa yang disokong oleh Utusan Malaysia dan TV3, itu bermakna orang itu adalah orang jahat. "Takkan kamu semua tidak faham-faham lagi, kalau musuh kita memuji kita, ada maknanya tu," ujarnya. Jelasnya, jika pihak RTM, TV3 memuji Khalid, bermakna Khalid itu orang jahat. "Kalau RTM puji Tony Pua, itu bermakna Tony Pua telah memegang kerajaan," katanya. -FMT
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan