Rabu, 27 Ogos 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kepompong PAS - PAS Sedang Melalui Proses Kematangan Politik

Posted: 27 Aug 2014 01:10 AM PDT

Tahap ketiga kitaran hidup seekor rama-rama ialah tahap kepompong. Tahap ini berlangsung bermula saat beluncas menganyam kepompongnya, sehinggalah ia lahir semula sebagai seekor rama-rama. Yang memerhati boleh menentukan tahap kepompong ini hanya dengan melihat warna kulit kepompong yang bermula hijau dan seterusnya berubah perang, kuning dan akhirnya jingga."

Terdapat beberapa pihak yang mengungkap kemelut Selangor sebagai suatu ancaman besar kepada demokrasi serta kehendak rakyat Selangor. Dan ya, sebahagian besar kehendak rakyat ke arah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat diperjudikan kerana PAS nampaknya tidak dapat membuat keputusan, selain kerana sikap PKR yang tergesa-gesa memaksakan Langkah Kajang. Akhirnya kita menyaksikan perkembangan yang sedang terjadi.

Pada waktu ini, PAS adalah pihak yang menanggung kerugian terbesar. Semua muncung senjata dihalakan ke arahnya, termasuk dari kalangan pemimpin dan penyokong akar umbinya sendiri. Kita telah pernah mendengar bagaimana sistem Whip Parlimen dikhianati, malah ada yang telah melanggar arahan parti demi kepentingan diri dan/atau mempertahankan prinsip yang lebih besar, bergantung kepada sudut mana yang dipilih untuk membina perspektif ke atas situasi berkenaan.

Walau bagaimanapun, masa depan Pakatan nampaknya kian kelam, sementara BN sedang duduk rehat-rehat di bilik mesyuaratnya sambil menyeringai dari telinga ke telinga menantikan apa lagi kerosakan yang bakal dilakukan. Akhirnya nanti mereka yang akan menangguk untung.

Tetapi saya ingin memohon semua orang untuk berhenti seketika daripada menzahirkan tuduhan dan prasangka terhadap Pakatan, terutamanya PAS, dan melihat gambaran yang lebih besar.

Saya memohon semua orang untuk melihat PAS yang tampaknya seperti sedang cuba memusnahkan diri sendiri itu sebagai sebuah parti yang sedang menempuh proses peralihan daripada cara berfikir PAS GANTI UMNO kepada cara berfikir PAS FOR ALL.

Saya minta anda melihat hal ini sebagai suatu tindakan yang amat diperlukan dan sebagai suatu proses kematangan politik, sama seperti metamorfosis seekor beluncas menjadi seekor rama-rama.

Dari sudut positif, PAS sedang melangsungkan debat dalamannya, meski secara begitu terbuka, yang sangat diperlukan demi memutuskan bagaimana rupa bentuknya dalam proses melangkah maju. Keberanian politik untuk memulakan perjalanan ini, walaupun tak elok dipandang, sedang dilakukan secara bersungguh-sungguh.


Jika boleh kita tolak ke tepi dulu soal krisis Selangor dan soal kelangsungan Pakatan, sekiranya metamorfosis PAS ini melahirkan PAS FOR ALL, politik Malaysia pastinya akan memasuki suatu era baru.

PAS memasuki tahap kepompongnya dengan warna hijau dan kini kelihatan berwarna perang, hampir kotor. Tiada yang akan menafikannya, hatta dari kalangan pimpinan dan kadernya sendiri. Pupa rama-rama atau tahap kepompong ini berakhir apabila kulitnya bertukar Jingga. Sang beluncas muncul semula dengan dirinya yang berwarna gemilang Jingga selepas itu.

Marilah kita berharap bahawa persamaan warna metamorfosis rama-rama dengan Pakatan adalah petanda dari alam tentang rupabentuk PAS yang akan muncul nanti.


Kita harap rama-rama dalam PAS akan bersama-sama visi yang telah dilancarkan sejak 2008, beserta impian PAS FOR ALL, dalam Malaysia untuk rakyat Malaysia, demi rakyat! – Howard Lee/Roketkini







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[VIDEO] Kemenangan Hamas Hapuskan Mitos Israel Tidak Boleh Dikalahkan!

Posted: 26 Aug 2014 08:45 PM PDT


Hamas: Kita Hancurkan Mitos Pasukan yang Tak Bisa Dikalahkan

Gaza - Gerakan Perlawanan Islam (Harakah Muqawamah Islamiyah/Hamas) mengumumkan kemenangannya ke atas penjajah Israel serentak dengan pengumuman kesepakatan dalam perundingan di Mesir, Selasa (26/8/2014).

Dalam sambutannya, juru bicara Hamas, Sami Abu Zuhri, mengatakan, "Berkat kemuliaan dari Allah, pengorbanan rakyat, dan kegigihan gerakan penentangan, terutama Brigade Izzudin Al-Qassam dan gerakan-gerakan yang lain, hari ini kita menyatakan kemenangan kita atas kekuatan jahat Israel."

Zuhri menambahkan, "Kita boleh meraih kemenangan yang selama ini belum dapat diraih oleh pasukan negara-negara Arab. Hari ini, rakyat Palestin yang terkepung dan lemah boleh menang ke atas kekuatan jahat Israel. Kita dapat menghancurkan pasukan yang katanya tidak pernah kalah."

Menurutnya, Hamas juga mengizinkan para pemukim Yahudi untuk meninggalkan tempat persembunyian dan kembali ke rumah-rumah mereka, "Sekarang kami izinkan para pemukim Yahudi, terutama yang berada di sekitar Jalur Gaza untuk kembali ke rumah-rumah mereka. Itu adalah izin dari Hamas, bukan dari perdana menteri Netanyahu."

Zuhri mengatakan bahwa perdana menteri Netanyahu tidak akan dapat mempertahankan diri dari kekalahan menghadapi perlawanan Palestin. Perlawanan boleh mengakhiri perang dengan dahsyat, sama seperti saat memulainya.

Sementara itu, juru bicara Hamas lainnya, Fauzi Barhum, mengatakan, "Kemenangan ini membuktikan bahwa hanya penyelesaian perlawanan dan senjata yang dapat memerdekakan Palestin. Perang ini tidak akan menjadi yang terakhir. Ini hanya satu pusingan dari perang panjang untuk membebaskan Masjidil Aqsa."

Sebelumnya, pemerintah kudeta Mesir yang menjadi mediasi perundingan damai Gaza-Israel mengumumkan telah tercapainya kesepakatan damai antara Gaza dan Israel. kesepakatan itu mulai berlaku sejak pukul 19.00 waktu tempatan, Selasa kemarin.

Di Ramallah, Presiden Palestin, Mahmud Abbas, juga menyatakan bahawa delegasi Palestin telah menyetujui kesepakatan gencatan senjata di Gaza yang dimulai pada pukul 19.00 petang semalam.

Gencatan senjata ini akan berlaku untuk jangka waktu yang panjang.

Sementara itu delegasi Hamas dalam perundingan, Musa Abu Marzuq menyatakan bahawa perundingan yang telah sampai pada kesepakatan adalah kemenangan yang akan disematkan kepada seluruh rakyat Palestin. Kerana mereka kuat bertahan dan memberi dukungan besar kepada gerakan perlawanan.

Beberapa sumber informasi dalam pemerintahan Palestin, seperti diberitakan Stesyen television Aljazeera, menyebutkan bahawa di antara fasal kesepakatan adalah dibukanya pintu perbatasan, dibangunnya kembali Jalur Gaza, dan dimasukkannya bantuan kemanusiaan secara cepat. dakwatuna/al-jazeera











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Apakah Hud-hud Yang Tidak Wala Kepada Sulaiman Maka Ia Harus Disembelih?

Posted: 26 Aug 2014 05:22 PM PDT


Dewan Ulama gesa 2 Adun dipecat

KUALA TERENGGANU - Selepas Pas Terengganu mendesak dua Adun Selangor dipecat, Dewan Ulama Pas Negeri Terengganu pula tampil mendesak tindakan sama terhadap Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Morib, Hasnul Baharuddin.

Desakan terhadap keduanya yang dianggap membelakangi parti itu, merupakan usul dibentangkan timbalan ketuanya, Dr Abu Bakar Abdullah dalam Muktamar Dewan Ulama Pas Terengganu.

Menurutnya, siasatan perlu dijalankan dan jika didapati bersalah kedua-duanya perlu dipecat keahlian berdasarkan Perlembagaan Pas Fasal 82(6)(d).

"Dua Adun Pas (Hulu Kelang dan Morib) bertindak membelakangi keputusan parti dalam isu Menteri Besar Selangor, selain mencabar parti dengan kesediaan untuk diambil apa-apa tindakan," katanya di Markas Tarbiah Pas Kuala Terengganu di Kuala Ibai, di sini.

Selain tindakan terhadap dua Adun terbabit, Dewan Ulama Pas negeri turut meminta tindakan tatatertib diambil terhadap beberapa pemimpin Pas lain yang membelakangi adab berjemaah terutama dalam mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi Menteri Besar Selangor, baru-baru ini.

Jelasnya, dalam kalangan pemimpin Pas ada yang menyanggah presiden parti dengan menganggap kenyataan presiden bukan mewakili parti sebaliknya peribadi.

"Kedua, mereka mengkritik kenyataan presiden parti secara terbuka di khalayak ramai dan melalui media dengan mencabar parti serta kesediaan mereka diambil tindakan.

"Ketiga, mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama yang merupakan badan tertinggi parti," katanya.

Beliau berkata, bagi kesalahan tersebut, mana-mana pemimpin yang didapati bersalah boleh diambil tindakan berdasarkan Perlembagaan Pas fasal 82 (6) (b) iaitu hak mereka dalam parti dilucutkan.

Usul itu kemudian, disokong dan diluluskan kesemua 64 perwakilan dari lapan kawasan Parlimen di negeri ini dalam Muktamar Dewan Ulama Pas Terengganu.

Abu Bakar berkata, tindakan seumpama itu tidak boleh dibiarkan sama sekali kerana dikhuatiri berulang dan memberi ruang kepada yang lain melakukan tindakan sama.

"Keadaan ini tentu membawa kemudaratan dan kerosakan kepada parti serta bercanggah dengan thiqah, taat dan wala' kepada pimpinan dan parti selama mana ia tidak bercanggah dengan syarak serta Perlembagaan parti," katanya. -SH

ULASAN GB

Kalau nak diambil tindakan disiplin kepada 2 orang ADUN dan kesemua yang berbeza pendapat dengan Presiden PAS, maka ramailah nanti yang akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin. Kalau nak dipecat rasanya hampir tiga suku jumlah ahli PAS yang terlibat bermula dengan Timbalan presiden, lebih separuh AJK Tertinggi PAS Pusat dan tiga suku jumlah ahli biasa PAS.

Maka yang tinggal cuma geng ulama.

Sebab nak dipecat, membelakang adab jemaah, tak wala' katanya!

GB suka menjawab soal wala' ini kerana ramai yang menggunakan alasan ini untuk memecat ahli PAS.

Sila buka Al-Quran. Di sana ada kisah burung hud-hud yang menyalahi adab jemaah Nabi Allah Sulaiman.

Pada satu ketika, Nabi Sulaiman A.S mengumpulkan seluruh pengikut-pengikutnya dan memeriksa mereka baik dari kalangan manusia, jin dan haiwan. Sesudah diteliti, ternyata burung Hud-Hud didapati tidak hadir sehingga menyebabkan Nabi Sulaiman A.S murka kepada Hud-Hud dan bertekad akan menyembelihnya sebagai hukuman.

"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)." (An Naml:21)

Sekali imbas ancaman yang dituturkan oleh Nabi Sulaiman A.S kepada Hud-Hud tersebut adalah amat menggerunkan, apalagi jika ucapan tersebut ditujukan kepada manusia yang tidak mengikut katanya. Seolah-olahnya Nabi Sulaiman mengeluarkan 'pekeliling surat pecat serta merta' kepada Hud-Hud, tetapi sambungan ayat selanjutnya menyerlahkan sisi lain yang walaupun disampaikan dalam keadaan murka, namun rasional masih menguasai diri Nabi Sulaiman, "...Kecuali jika dia datang kepadaku dengan alasan yang jelas".

Tidak lama kemudian, Hud-Hud datang menghadap Nabi Sulaiman dengan penuh pengaduan, menjelaskan sebab-musabab beliau tidak beratur menyertai jemaah yang diwajibkan oleh Baginda Sulaiman.

Hud-Hud menjelaskan kepada Baginda bahawa ia terserempak dengan seorang wanita bernama Balqis, seorang ratu kerajaan Saba' yang memiliki singgahsana yang besar, tetapi malangnya ratu tersebut tidak beriman dan tunduk kepada Allah Taala. Pengaduan Hud-Hud diterima oleh Nabi Sulaiman, lantas Baginda mengarahkan Hud-Hud untuk menyiasat perkara itu dan membawa surat perutusan dari Baginda.

Nabi Sulaiman a.s mengutuskan surat kepada Ratu Balqis untuk mengajaknya memeluk islam dan dipendekkan cerita akhirnya Ratu Balqis akur dan memeluk isalm dengan hati terbuka. Menurut sebahagian ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, bahawa Nabi Sulaiman akhirnya berkahwin dengan Balqis dan dari perkahwinannya itu lahirlah seorang putera.

Apakah Nabi Sulaiman terus menangkap dan menyembelih burung hud-hud tersebut sekalipun hud-hud itu tidak mengikut adab jemaah untuk patuh supaya berhimpun di depannya?

Apakah dua orang ADUN yang tidak patuh kepada Presiden terus hendak dipecat sedangkan kedua-dua ADUN itulah yang menyelamatkan Pakatan Rakyat yang jika tanpa mereka PR tidak mempunyai bilangan ADUN yang mencukupi bagi menamatkan krisis MB Selangor waktu itu?

Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin terpaksa membuat "ijtihad" (keputusan) peribadi untuk menyelamatkan PR walaupun PAS hanya membuat keputusan rasmi mengenai isu tersebut dalam mesyuarat 17 Ogos, dan keputusan 17 Ogos itu juga berpihak kepada kedua-dua ADUN berkenaan.

Dua Adun PAS ini membuka pintu untuk peralihan kuasa tatkala Selangor mengalami kebuntuan dalam krisis menteri besar dan Khalid yang pada ketika itu sudah dipecat daripada partinya.

Ada yang beranggapan kerana kedua-dua ADUN bertindak lebih awal daripada Jawatankuasa PAS Pusat. Jika demikian apa masalahnya? Burung hud-hud tadi bertindak lebih awal daripada sekalian makhluk Allah yang ada di depan Nabi Sulaiman, tidak beratur dan tidak ikut adab jemaah, membawakan perkhabaran dan berita besar Nabi Sulaiman TIDAK pula menyalahkan tindakan hud-hud berkenaan malah menyuruh pula burung itu menjadi "posmen" diantaranya dengan Ratu Balqis.

Dua ADUN PAS membawa perkhabaran bahawa ADUN-ADUN PKR & DAP telah bersetuju mencalonkan Wan Azizah, dan demi menjaga kesepakatan Pakatan Rakyat kedua-dua ADUN itu merasakan perlu untuk mereka bersama-sama rakan-rakan di dalam PKR dan DAP berkenaan. Bukankah menjadi matlamat PAS juga untuk mempastikan PR utuh dan kukuh sepertimana Deklarasi 17 Ogos?

Dimana logiknya hendak dikenakan tindakan ke atas kedua-dua ADUN berkenaan?

Ada masanya terutama di waktu-waktu kritikal "adab jemaah" perlu ditinggalkan terutama apabila berdepan dengan keadaan mendesak. Itulah prinsip orang berakal. Bukan si bebal.

Tidak mengapa. Pecatlah sesuka hati kamu. Ramai ahli yang bersedia untuk dipecat, termasuk GB, jika itu kemahuan kamu.



Laporan sebelum ini
klik untuk baca









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Isu UG: TMI Tetap Pertahankan Laporannya Walaupun S/U Politik Hadi Menafikannya

Posted: 26 Aug 2014 07:01 AM PDT


Presiden PAS nafi tawar Azmin bentuk kerajaan bersama Umno

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan berita bertajuk "Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat" sebagaimana disiarkan The Malaysian Insider hari ini, kata setiausaha politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurut kenyataan itu, intipati pertemuan antara Hadi dan Azmin seperti dilaporkan itu berkisar kepada perasaan terima kasih Azmin kepada presiden parti Islam itu yang menamakan beliau sebagai calon menteri besar pada mesyuarat 17 Ogos lalu.

"Tidak disebut langsung mengenai kerajan perpaduan bersama Umno seperti yang didakwa," kata Samsuri dalam kenyataan itu.

Namun begitu The Malaysian Insider mempertahankan laporannya. – TMI (26 Ogos, 2014)


KENYATAAN MEDIA RINGKAS
MENAFIKAN LAPORAN BERITA DARI THE MALAYSIAN INSIDER

Saya merujuk kepada berita yang dipaparkan oleh The Malaysian Insider (TMI) pada hari ini, 26 Ogos 2014 dengan tajuknya "Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK Pas Pusat" adalah bukan sahaja tidak benar tetapi juga bertujuan jahat.

Saya yang juga turut hadir semasa YB Mohamed Azmin Ali mengunjungi YB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang baru-baru ini juga ingin menjelaskan bahawa intipati perbincangan adalah berkisar kepada perasaan terima kasih YB Azmin Ali kepada YB Tuan Guru yang mencalonkan nama beliau sebagai calon Menteri Besar Selangor pada 17 Ogos lalu, selain dari meminta kata nasihat dan pandangan secara umum sebagai panduan untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat. Tiada disebut langsung mengenai kerajaan perpaduan bersama UMNO seperti yang didakwa. Pihak kami amat kesal dengan fitnah yang sengaja diwujudkan untuk mengelirukan rakyat dan pihak TMI bertanggungjawab untuk melaporkan penafian ini dan meminta maaf secara terbuka.

DR AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
26 Ogos 2014


ULASAN GB

S/U Politik Presiden PAS menafikan laporan The Malaysian Insider (TMI), tetapi akhbar online tersebut tetap mempertahankan laporannya.

Apa yang jelas ialah penafian S/U Akhbar tersebut tidak menyentuh laporan TMI berkenaan. TMI melaporkan tentang apa yang berlaku pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat semalam, sedangkan yang dinafikan oleh S/U Politik Presiden PAS ialah apa yang berlaku pada pertemuan Azmin Ali dan Presiden PAS. Justeru itu, penafian S/U Politik Presiden PAS itu tidak betul dan tidak sah. Entah macamana boleh jadi S/U Politik Presiden jika penafian pun dah salah, bertaraf PhD plak tu!

Kedua, TMI mendapat maklumat daripada seorang AJK PAS Pusat yang menghadiri mesyuarat semalam. Ada juga yang mendesak TMI menamakan siapa AJK berkenaan. TMI berhak untuk tidak menyiarkan nama AJK berkenaan kerana etika kewartawanan meemperuntukkan pihak media untuk tidak mendedahkan identiti sumber berkenaan. Kerana ia bakal mendedahkan sumber berkenaan kepada unsur-unsur kemerbahayaan yang tidak diduga kecuali dengan perintah mahkamah.

Ketiga, ketika ulasan ditulis BELUM ADA sesiapa pun daripada AJK yang hadir mesyuarat berkenaan menafikan laporan TMI tersebut.

Keempat, Untuk membersihkan nama Presiden PAS, saman dan tindakan undang-undnag boleh dikemukakan terhadap TMI dan mengheretnya ke mahkamah.

Demi menegakkan kebenaran, GB akan membuat kenyataan "permohonan maaf" besar-besar kerana turut menyebarkan laporan tersebut jika laporan itu disahkan fitnah dan palsu. Namun dalam apa jua keadaan GB tetap mempertahankan pandangan dan cadangan GB sebelum itu iaitu supaya Presiden PAS digantikan dengan orang lain. Sila baca: Haji Hadi Perlu Diangkat Mursyidul Am PAS, Lepaskan Jawatan Presiden









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[RAHSIA TERBONGKAR] Haji Hadi Ajak Azmin Bentuk Kerajaan Perpaduan Bersama UMNO

Posted: 26 Aug 2014 02:45 AM PDT


Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.

Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.

Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.

Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.

AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.

Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.

Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.

"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.

AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.

AJK yang sama menyambung pertanyaan, "Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?"

Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan,"
kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.

Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.

Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.

Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor.

Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.

Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor.

Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa berkata, mesyuarat mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru. -TMI

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan. Terdedah sebuah tembelang paling jijik.

Baru sebentar tadi GB mencadangkan supaya Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang perlu diangkat sebagai Mursyidul Am PAS dan lepaskan jawatan Presiden parti.

Tetapi dengan perkembangan terbaru ini, maka Haji Hadi sepatutnya dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan jika terbukti benar bahawa beliau ingin mengadakan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO, bererti beliau telah mengkhianati keputusan Muktamar sebelum ini yang mahu PAS kekal bersama Pakatan Rakyat. Haji Abdul Hadi perlu dipecat dari PAS!

Rupa-rupanya perjuangan Hj.Hadi untuk MELAYU.
AJK yang sama menyambung pertanyaan, "Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?"

Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.

"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan,"

Di dalam tahun 2009 sewaktu idea Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO mula hangat, GB pernah mengulas:

Sebenarnya isu tersebut tidak perlu diulas panjang lagi. Jawapan masyarakat sudah cukup untuk membuktikan idea itu ditolak.

Jika masih ingin terus memproklamirkan idea tersebut adalah terlebih baik yang termasuk di dalam kumpulan 3% yang menyokong itu menyertai UMNO. Itu jalan paling mudah. Tak perlu susah-susah untuk cipta satu utopia yang hanya indah pada sebutan tetapi hakikatnya ia sama sekali tidak akan tercapai.

Kezaliman yang dilakukan oleh BN selama ini terhadap kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat tidak boleh tiba-tiba dikompromikan dengan pewujudan Unity Government sementelah lagi kita tidak cukup bijak untuk menandingi strategi Rasulullah di dalam bernegara. Jika tidak sudah pasti Rasulullah merupakan orang pertama mewujudkan Unity Government sewaktu kezaliman Quraisy Mekkah tertimpa kepada umat Islam.

Kezaliman dan kemungkaran tidak boleh dihapuskan dengan kita kononnya menjadi pentadbir bersama, dengan entiti politik yang masih berbeza. Jika demikian apa gunanya berpilihanraya lagi? Di mana pengertian jihad kecuali jihad untuk mengejar keduniaan yang menjadi matlamat Kerajaan Unity ini?

Juga, kerajaan unity ini adalah satu penempelakan dan penghinaan terhadap para syuhada yang telah mengorbankan darah dan nyawa untuk Islam zaman berzaman.

Jika ada kerajaan yang sedemikian di dalam Al-Quran dan Sunnah, sila buktikan, kami sedia menimbangkan malah mengikuti dan mendokonginya. Namun jika tidak ada, maka kembalilah ke pangkal jalan setelah jalan yang menyesatkan itu diwarwarkan untuk memecahbelahkan ummah seadanya.

Yang lebih utama perbaiki diri dan parti supaya kita bertambah perkasa untuk diterima oleh rakyat sebagai pemerintah negara. Perbaiki diri wakil-wakil rakyat yang kita ada. Tidak ada apa-apa makna jika bercakap berdegar-degar tentang Kerajaan Unity, tetapi semasa seorang ahli Pakatan Rakyat sedang menerima usul untuk digantung di Dewan Rakyat, mereka tidak ada untuk bersama menentang kezaliman yang menimpa. Sama juga disaat ketika mana kerajaan Perak dirampas kuasanya, mereka sedang berada di luar negara pula. Itukah contoh teladan yang ditunjukkan kepada rakyat jelata? Itukah cara memimpin bagi seorang yang bergelar ketua? Kemudian pulang untuk berucap berapi-api di pentas untuk buktikan aku masih setia sedangkan yang tinggal masa itu hanyalah sisa-sisa yang sudah tidak mempunyai makna apa-apa!

Bukan tugas yang disuruh Allah untuk kita mendengar atau mencipta panggilan di kiri kanan jalan yang melecehkan kejayaan perjuangan Islam sebenarnya sepertimana syaitan yang telah cuba melecehkan perjalanan Rasulullah ke siratul-muntaha di dalam peristiwa Isra Mikraj satu ketika. Perjuangan haq menentang batil akan tetap ada sepanjang masa. Dan bukan tugas kita untuk meneroka jalan singkat ke syurga. Ia sama sekali tidak akan terjumpa. Jalan singkat yang bernama kerajaan perpaduan itu hanya ilusi semata-mata!

Dengan pembongkaran ini, 13 ADUN PAS perlu menentukan sikapnya SEKARANG. Samada ingin bersama Pakatan Rakyat atau Presiden PAS yang telah khianat terhadap partinya sendiri.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Tiada ulasan: