Selasa, 26 Ogos 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Haji Hadi Perlu Diangkat Mursyidul Am PAS, Lepaskan Jawatan Presiden

Posted: 26 Aug 2014 12:40 AM PDT


Mesyuarat PAS tegang, pemimpin tolak pilihan MB Selangor Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan penentangan ahli partinya sendiri apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor menolak calon menteri besar Selangor pilihannya – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika mesyuarat jawatankuasa pusat, seminggu selepas mereka memutuskan menghantar dua nama.

Mesyuarat semalam menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kata sumber.

"Terdapat ketegangan apabila Hanipa mempersoalkan langkah menyokong Azmin selepas 30 Adun termasuk Azmin sendiri menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Hanipa mahu tahu siapa lagi menyokong Azmin," satu sumber memberitahu The Malaysian Insider dan menambah tiada jawapan diberikan kepada soalan itu.

PAS mempunyai 15 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR mempunyai 13 dan DAP 15. Selebihnya adalah 12 Adun Barisan Nasional (BN) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar yang kini menjadi Adun bebas selepas dipecat PKR.

PAS, PKR dan DAP menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) yang mengatakan 30 Adun, termasuk dua dari parti Islam itu menyokong Dr Wan Azizah bagi jawatan tertinggi negeri itu.

Sumber itu juga memberitahu, mesyuarat semalam menyaksikan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kecewa dengan pendirian keras Hadi agar dua nama dihantar kepada Sultan Selangor untuk jawatan menteri besar.

Mohamad tidak ada bersama pada sidang akhbar selepas mesyuarat PAS semalam. Difahamkan timbalan presiden PAS itu mengelak untuk bertemu media dan meninggalkan mesyuarat menggunakan pintu belakang selepas ia berakhir, begitu juga Hanipa.


Hadi juga tidak bertemu media selepas mesyuarat dan menghantar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk memberikan kenyataan satu perenggan dan memberikan penjelasan kepada media yang menanti.

Dalam mesyuarat semalam, ketegangan berlaku kerana Hadi bertegas tidak mahukan Dr Wan Azizah untuk memimpin negeri terkaya itu, menjadikan PAS tersepit selepas Adun mereka di Selangor memberitahu Hadi mereka tidak akan menyokong Azmin.

"Presiden tidak mahu Dr Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.

Sebaik saja selepas mesyuarat selama dua jam semalam, Mustafa membacakan kenyataan satu perenggan yang berbunyi:"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor."

Mustafa juga enggan mengesahkan sama ada parti itu bersama pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan Dr Wan Azizah dan sebaliknya memberitahu pemberita agar 'tafsir (kenyataan) itu sendiri'.

"Mesyuarat (semalam) bertujuan untuk memutuskan sikap PAS selepas keputusan Pakatan berbeza dengan keputusan PAS," kata sumber itu.

"Hasilnya mesyurat memutuskan, kita serah kepada Tuanku untuk memilih siapa calon menteri besar Selangor."

Sumber berkata, ramai dalam mesyuarat semalam terkejut dengan penegasan Hadi kerana beliau sendiri yang mencadangkan kedua-dua Dr Wan Azizah dan Azmin dipertimbangkan untuk jawatan itu semasa mesyuarat parti pada 17 Ogos.

"Presiden memberikan dua alasan. Satu alasan agama dan satu lagi kelayakan," kata sumber itu merujuk kepada hujah mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak memimpin kerana beliau merupakan seorang wanita.

13 Adun PAS Selangor bertemu Hadi dua kali selepas rakan mereka Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah.

Kali terakhir mereka bertemu pada 20 Ogos di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Azmin juga dikatakan sudah bertemu dengan Hadi pada hari berkenaan untuk membincangkan beberapa perkara termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

Mustafa semalam berkata, 13 Adun PAS tidak akan menyertai dua rakan mereka dan 28 Adun PR menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan semalam surat mencalonkan isterinya untuk jawatan itu sudah dihantar ke istana.

Beliau berkata, tiada keperluan parti gabungan itu menghantar surat secara individu kepada Sultan berhubung pencalonan tersebut.

ULASAN GB

Jika benar laporan di atas, maka ketara sangat keputusan semalam TIDAK menggambarkan persetujuan majoriti AJK PAS Pusat. Ia adalah lebih kepada memenuhi kehendak Presiden PAS.

Melalui coretan di media sosial, rata-rata pimpinan dan ahli tidak menyukai keputusan semalam. Jika kurang percaya yang majoriti ahli PAS tidak menyukainya, boleh buat konsensus, atau panggil Muktamar Khas, jika ada kejujuran dan keberanian menghadapinya.

Haji Abd Hadi yang namanya baru dilantik sebagai Naib Presiden Ulamak Sedunia memang seorang ulamak yang bagus yang dengan sebab itu terlantiklah beliau ke jawatan tersebut, tetapi bukan bererti beliau seorang pemimpin yang baik kerana nampaknya banyak tindak-tanduknya sebagai seorang pemimpin parti dipersoalkan, bukan saja oleh pemimpin dan ahli PAS sendiri malah oleh pemerhati politik luar juga.

Penganalisis Politik UIA, Dr Mazlee Malik di dalam satu kenyataannya pernah menyatakan:

Dr. Mszlee melihat krisis itu (isu MB Selangor) menjadi ujian paling getir untuk menguji sejauh mana "politik baru" yang ingin dibawa oleh Pakatan, dalam keadaan tiada pihak dominan dalam gabungan mereka.

Katanya, walaupun majlis presiden sepatutnya memainkan peranan tersebut, seringkali ada sahaja pemimpin parti, terutamanya daripada PAS yang bertindak menyalahi keputusan itu.
-petikan mk (10/4/2014)


Sebagai seorang pemimpin yang berstatus ulamak, apakah wajar beliau terlibat misalnya di dalam soal fitnah "pil kuda" terhadap orang lain sehingga belum ada bukti yang sahih? Mungkin bukan salah beliau tetapi salah "orang sekelingnya" yang memberikan maklumat salah kepadanya, tetapi mengapa beliau menerimanya? Bagi GB ini adalah satu keadaan yang amat mencacatkan bukan sahaja nama baiknya malah nama baik Parti Islam SeMalaysia seluruhnya. Tidakkah beliau dan penyokongnya merasa berdosa kerana fitnah itu?

Kini di dalam isu MB Selangor. Bukankah mesyuarat 17 Ogos sudah memutuskan untuk bersama dan mengukuhkan PR dan mencalonkan Wan Azizah selain Azmin, mengapa dikhianati kepususan itu?

Demi untuk menyelamatkan nama baik beliau dan PAS sendiri, ahli PAS di Muktamar nanti perlu berani untuk melakukan perubahan terhadap kepimpinan tertinggi parti.

Haji Abdul Hadi, dengan kedudukannya di peringkat dunia sudah diakui sebagai Naib Presiden Majlis Ulamak Sedunia, beliau hendaklah diangkat menjadi Mursyidul Am PAS menggantikan TG Nik Aziz yang kelihatan sudah uzur. Dengan kedudukan itu beliau akan menentukan dasar perjuangan PAS dan institusi Majlis Syura Ulama di dalam PAS dapat diperkasakan (akan diulas kemudian). Jawatan organisasi dunia banyak dosanya untuk seorang ulama seperti Haji Abdul Hadi sepertimana kata Umar ra... di dalam keluarga Umar, biarlah Umar seorang saja masuk neraka! Kasihanilah Hadi.

Jawatan "Presiden" parti hendaklah digalas oleh orang lain. Ia memerlukan pemimpin yang boleh bekerjasama dengan semua pihak di dalam Pakatan Rakyat, tidak bermuka-muka dan tidak hanya memenuhi aspirasi orang-orang tertentu di dalam parti. Soalnya siapa? Ramai yang masih layak. Ustaz Tn Ibrahim Tn Man, Ust Ahmad Awang, Ust Abd Ghani Shamduddin... diantara nama-nama yang boleh dicalonkan.

Perubahan perlu dilakukan. Ahli-ahli PAS perlu berani untuk melakukannnya!









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Yang Separuh Bogel Itu Bukan Pengantin Tetapi Model ...

Posted: 25 Aug 2014 08:03 PM PDT


Gambar 'Pengantin Separuh Bogel' Jadi Tarikan Di Laman Sosial

IPOH: Gambar separuh bogel pasangan pengantin yang dikatakan bergambar di hadapan sebuah bank Jalan Sultan Yussuf kini mula tersebar dan menjadi tarikan di laman sosial.

Gambar tersebut menunjukkan pengantin wanita itu hanya memakai pakaian dalam dan vel pengantin, manakala pasangan lelaki tidak berbaju dan hanya memakai 'bow tie' serta seluar panjang bewarna hitam.

Tidak dijelaskan bila penggambaran itu dibuat, namun gambar tersebut berada di laman sosial sejak Isnin.

Pasangan pengantin itu kelihatan tidak segan walaupun ada pengguna jalan itu mengambil gambar mereka.

Bagaimana pun, pengurus besar galeri perkahwinan yang hanya mahu dikenali sebagai Koo berkata, pasangan tersebut merupakan model dan hanya menjalankan penggambaran, bukan untuk berkahwin.

Koo yang menguruskan penggambaran itu berkata, jurugambar biasanya lebih 'kreatif' dan amat terkejut dengan maklum balas di laman sosial.

Katanya, dia sudah mengambil kira dari segi aspek undang-undang dan yakin ia bukan satu kesalahan.

"Orang ramai terlalu 'berlebih-lebih' kerana mereka tidak pernah melihat wanita yang memakai bikini berjalan di tengah jalan sebelum ini.

"Mereka ada hak untuk mengadu," jelas Koo sambil memberitahu sudah menjadi jurugambar profesional lebih 20 tahun.

"Saya memilih lokasi ini kerana amat bersesuaian dengan tema dan konsep," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihak belum menerima sebarang laporan, namun akan menyiasat perkara tersebut.

ULASAN GB

Ia menjadi isu hangat sejak semalam.



Ia meletup dan menjadi viral di dalam waktu yang singkat.

Lebih menyulitkan apabila terdapat kumpulan masyarakat di media sosial mengaitkan isu tersebut dengan rasisma dan ini mempertajamkan jurang hubungan di antara masyarakat pelbagai bangsa dan agama di negara ini.

Apa pun alasan dan jawapan pihak yang terbabit, seharus ia perlu peka dan sensitif terhadap nilai-nilai masyarakat negara ini, dan tidak sewajarnya penggambaran itu dilakukan di tempat terbuka dan tempat lalu-lalang orang awam.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



PAS Dibelasah Sebagai Parti Yang Tidak Boleh Dipercayai!

Posted: 25 Aug 2014 05:15 PM PDT


Ikrar dan janji PAS di Selangor tiada nilai

PAS hari ini bertukar haluan dan membuat keputusan menyerahkan kepada Sultan Selangor bagi melantik calon yang sesuai untuk memegang jawatan menteri besar Selangor.

Ini menunjukkan PAS tidak boleh dipercayai untuk menunaikan janjinya selepas menunggu sebulan untuk memutuskan calon menteri besar Selangor disokongnya.

Lebih daripada itu, PAS mengambil keputusan memberikan kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar.

Apa yang kita semua ketahui adalah Sultan termaktub kepada sistem raja berperlembagaan dan berpandukan kepada undang-undang dan konvensyen yang ditetapkan sejak merdeka pada 1957.


Ia mudah. Pemimpin sebuah parti akan mencadangkan dan menyokong ahli yang memiliki keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hanya pada 2008, syarat tersebut dipecahkan, kemudian di Terengganu, Perlis dan Perak. Dua insiden melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kemudiaan melibatkan pertukaran kerajaan di Perak.

Dan hari ini, PAS memutuskan mereka mengendahkan syarat tersebut dan memberi kuasa kepada Sultan Selangor untuk memutuskan siapa yang sepatutnya menjadi menteri besar. Bukan kepada gabungan pemerintah dan rakyat.

"Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS memutuskan pada 25 Ogos untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan kepada Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor,"
kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media hari ini.

"Kami buat kenyataan terbuka. Apabila kata biar Sultan yang putuskan, bermakna Sultan yang boleh pilih," katanya.

"Kami tidak kata secara spesifik...kamu boleh fikir sendiri."

Keputusan tersebut menyaksikan 13 baki Adun PAS Selangor tidak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau parti Islam tersebut memberi sokongan kepada presiden PKR itu untuk menjawat kedudukan menteri besar.

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak penting kerana Dr Wan Azizah sudah memiliki sokongan 30 Adun. Beliau tidak perlu sokongan baki 13 Adun PAS tersebut.

Kemelut ini menunjukkan secara PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai.

PAS tidak faham mengenai gabungan dalam politik dan lebih memburukkan keadaan adalah mereka sanggup membelakangkan undang-undang untuk mencapai suatu matlamat.


Adakah mereka memikirkan mengenai gabungan dalam politik semasa PKR dan DAP bersetuju melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada 2008 walaupun tidak memiliki majoriti dalam Dewan?

Sebaliknya, ini hanya menyerlahkan wajah sebenar PAS. Sebuah parti yang sebelum ini bercakap mengenai negara berkebajikan tetapi kini lebih banyak bercakap mengenai undang-undang jenayah Islam, hudud dan hukuman daripada kebajikan atau ihsan.

Keputusan hari ini membuktikan PAS hanya memberikan janji kosong. PAS bukan untuk semua, tapi hanya untuk mereka sendiri. -TMI




ADUN PAS tak akan tandatangan SD

Seramai 13 lagi ADUN PAS di Selangor tidak akan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail walaupun menyokong pencalonannya sebagai menteri besar baru Selangor.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hanya memberikan kenyataan ringkas sewaktu ditanya tentang perkara itu pada sidang media pagi ini.

"Nak tandatangan atau tidak? Tak," jawabnya ketika ditanya wartawan.

Jelasnya sebelum itu, soal SD itu "tidak dibangkitkan" dalam mesyuarat anggota jawatankuasa Pusat PAS pagi ini.

"Tak berbangkit itu maknanya taklah," katanya lagi.

Sebelum ini PAS mencadangkan dua nama kepada Pakatan Rakyat bagi menggantikan Menteri Besar sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selain Wan Azizah, PAS turut mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baru.

Bagaimanapun, Pakatan akhirnya hanya menghantar nama Wan Azizah kepada pihak istana.

Sebelum ini, ADUN PAS Hulu Kelang Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) menandatangani SD menyokong Wan Azizah ketika parti itu masih lagi menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, Saari Sungib kemudiannya menjelaskan bahawa kehadirannya di sidang media bersama Wan Azizah itu, bukan untuk menyokong presiden PKR itu sebagai menteri besar Selangor, sebaliknya bertujuan menolak Khalid,

Sementara itu, dalam sidang media tengah hari ini, Mustafa turut membacakan kenyataan iringannya tentang pelantikan menteri besar Selangor.

"Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untik menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor," katanya.
-mk












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



PAS Menang Isu Saman Zoo Bukit Takal

Posted: 25 Aug 2014 03:05 AM PDT


Tiga panel Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini menolak rayuan Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) berhubung saman fitnah mereka terhadap PAS dalam itu "Zoo Bukit Takal".

Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Pemuda PAS dalam kenyataannya berkata, Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Zaharah Ibrahim memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi membuat keputusan betul berkaitan isu itu sebelum ini.

Mahkamah Tinggi sebelum ini memutuskan MPK gagal membuktikan artikel yang dikatakan fitnah bertajuk "Fakta Zoo Bukit Takal" itu ditujukan kepada pihak berkuasa tempatan itu.

Mahkamah Rayuan hari ini turut memerintahkan MPK membayar kos RM10,000 terhadap PAS, menurut JUHAM lagi.

Hakim Mahkamah Rayuan lain yang turut bersidang ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mah Weng Kwai.

PAS diwakili peguam Noorazmir Zakaria yang juga pengarah JUHAM.

MPK memfaikan saman pada 22 Mac tahun lalu terhadap PAS yang didakwa mengedarkan pamflet mengandungi kesalahan dan kata-kata fitnah tentang Zoo Bukit Taka -mk.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Tiada ulasan: