Kelab Greenboc |
- [VIDEO & GAMBAR] Pesawat Bawa 20 Jenazah Mangsa MH17 Selamat Mendarat
- MH17: Selamat Pulang & Takziah Kepada Keluarga Mangsa -updated
- [VIDEO] Ribut Dasyat Sebabkan Bumbung-bumbung Rumah Berterbangan
- Nakhaei Ahmad Keluar UMNO?
[VIDEO & GAMBAR] Pesawat Bawa 20 Jenazah Mangsa MH17 Selamat Mendarat Posted: 22 Aug 2014 01:10 AM PDT Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pukul 9.54 pagi ini. Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam pukul 9.40 malam tadi untuk penerbangan selama 12 jam ke Kuala Lumpur, membawa kumpulan pertama jenazah dalam 17 keranda dan tiga dalam kendi berisi abu mayat. Setiap keranda yang membawa jenazah mangsa tragedi MH17 dibawa ke kenderaan jenazah oleh kumpulan pengusung seramai lapan anggota ATM. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) untuk memberi penghormatan kepada 20 jenazah rakyat Malaysia mangsa tragedi MH17. Bersama Seri Paduka berdua ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Sudah sedia berada di KLIA ialah waris-waris mangsa yang menunggu ketibaan jenazah pagi ini di kompleks bersebelahan terminal utama KLIA. Yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, menteri-menteri Kabinet, para anggota Parlimen daripada Barisan Nasional dan anggota pembangkang serta para diplomat asing. Empat puluh tiga rakyat Malaysia terbunuh dalam tragedi itu semasa Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine. -mk
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
MH17: Selamat Pulang & Takziah Kepada Keluarga Mangsa -updated Posted: 21 Aug 2014 08:33 PM PDT Berkut adalah maklumat pergerakan jenazah mangsa nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 sebaik sahaja Majlis Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 berakhir pada Jumaat. Konvoi diiringi oleh unit bermotorsikal dan MPV Trafik PDRM. Sila berikan laluan dengan memperlahankan/memberhentikan kenderaan dengan menghimpit ke kiri untuk memberi laluan kepada konvoi. 1.MASTURA MUSTAFA KLIA - Lebuh Raya Utara Selatan - Tol Senawang - Jalan Seremban - Kuala Pilah - Masjid Al-Taqwa Paroi - Tanah Perkuburan Paroi. 2. AHMAD HAKIMI HANAPI KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Putrajaya - Lebuh Persiaran Perdana - Masjid Putrajaya - Lebuh Presint 20 3. HAMFAZLIN SHAM MOHAMED ARIFIN KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Bukit Jalil - MRR2 - Wangsa Maju (Rumah) - Tanah Perkuburan Gombak. 4. NUR SHAZANA MOHAMED SALLEH KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Putrajaya - Lebuh Persiaran Perdana - Masjid Putrajaya - Lebuh Presint 20. 5. DORA SHAHILA KASSIM KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Jalan Kuchai Lama - Jalan Istana Baru - Jalan Duta - Jalan Semantan - Jalan Damansara - Masjid Al-Taqwa - Jalan Tun Muhd. Fuad - Tanah Perkuburan Bukit Kiara. 6. FOO MING LEE KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi. 7. KARAMJIT SINGH KARNAIL SINGH KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur Seksyen 20 - Nirvana Shah Alam. 8. NG QING ZHENG KLIA - Lebu Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi. 9. MABEL ANTHONY SAMY KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi. 10. PAUL RAJASINGAM SIVAGNANAM KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Jalan Kuchai Lama - Nirvana Sungai Besi. 11. ELISABETH NG LYE TI KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya MEX - Susur Bukit Jalil - MRR2 - Bulatan Kuari - Xiao En Bereavement. 12. LEE HUI PIN KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur USJ - Rumah Mangsa - Nilai Memorial Park. 13. ANGELINE PREMILA RAJANDARAN KLIA - Lebuh Raya Elite - Lebuh Raya Kesas - Susur Banting/Klang - Jalan Ampuan Rahimah - Rumah Mangsa. 14. ARIZA GAZALEE (Helikopter) KLIA - TUDM Kucing (Van Jenazah) Jalan Lapangan Terbang - Jalan Tun Jugah - Jalan Tun Razak - Jalan Marikan Salleh - Jalan Tun Sallehudin - Bulatan Bersik - Bulatan Mahkamah - Bulatan Sesco - Jalan Sarawak Golf Club - Jalan Masjid Negeri - Bulatan Semariang - Jalan Sultan Tengah (Tanah Perkuburan). 15. MUHAMMAD AFIF TAMBI (Helikopter)KLIA - TUDM Kucing. (Van Jenazah) Jalan Lapangan Terbang - Jalan Tun Jugah - Jalan Tun Razak - Jalan Marikan Salleh - Jalan Tun Sallehudin - Bulatan Bersik - Bulatan Mahkamah - Bulatan Sesco - Jalan Sarawak Golf Club - Jalan Masjid Negeri - Bulatan Semariang - Jalan Sultan Tengah (Tanah Perkuburan). 16. AZRINA YAKOB (Helikopter) KLIA - LT Tekah (Van Jenazah) Taiping - Jalan Tekah - Masjid Al-Hidayahassam Kumbang - Tanah Perkuburan Masjid Al-Hidayah - Jalan Muzaffar Shah - Assam Kumbang. 17. HASNI HARDI PARLAN (Helikopter) KLIA - LP Padang B Sekolah Tinggi Segamat. (Van jenazah) Masjid Jamek Segamat - Jalan Johor Bahru (KM185 - KM198) - Seremban - Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Kampung Paya Luas. 18. MOHD. ALI MD. SALIM (Helikopter) KLIA - IKBN Pagoh. (Van Jenazah) Jalan Pagoh - Pekan Pagoh - Jalan Sengkang - Jalan Kampung Raja (Tanah Perkuburan). 19. RAHIMMAH NOOR (Helikopter) KLIA - LTAS Ipoh. (Van Jenazah) Jalan Persiaran Azlan Shah - Jalan Azlan Shah - Jejantas Jalan Gopeng - Jejantas Pantai Puteri - Jalan Tambun - Jalan Tambun Ampang - Tanah Perkuburan Kampung Masjid Lama. 20. CHONG YEE PHENG (Helikopter) KLIA - LTAS Ipoh LTAS (Van Mayat) Jalan Persiaran Azlan Shah - Rumah.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
[VIDEO] Ribut Dasyat Sebabkan Bumbung-bumbung Rumah Berterbangan Posted: 21 Aug 2014 05:24 PM PDT Menggigil lihat bumbung rumah terbang Sungai Siput: "Sebaik saja melihat bumbung di bahagian depan rumah diterbangkan angin badan saya tiba-tiba menggigil lalu cuba menyelamatkan diri di kawasan lapang dan selamat," kata Jamaliah Basri, 33, penduduk Kampung Sentosa di sini, salah seorang daripada mangsa ribut minggu lepas. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, hampir 40 rumah di sekitar kampung berkenaan mengalami kerosakan selepas hujan lebat disusuli ribut menyebabkan atap beberapa rumah di kawasan itu terbang, malah bumbung sekolah juga mengalami kerosakan. Menurut Jamaliah, ketika kejadian dia bersama dua anak perempuannya berusia 15 tahun dan seorang lagi yang berusia tiga tahun berada di bilik tidur sebelum bertindak menyelamatkan diri ke rumah jiran kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku. "Secara tiba-tiba, angin kuat datang, habis atap rumah saya terbang. Ketika itu saya berasa amat takut sehingga menggigil badan.Bila saya pergi ke rumah jiran, baru rasa ada kekuatan sikit dan tidak lagi begitu takut "Apabila keadaan sudah reda, saya kembali ke rumah dan lihat keadaan rumah agak teruk. Hampir semua peralatan elektrik basah dan tilam serta kerusi juga basah," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini semalam. Katanya, pakaian dan buku sekolah anaknya turut mengalami kerosakan akibat kejadian itu. Sementara itu, seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hashim, 40-an, berkata, kejadian itu menyebabkan bumbung dan dinding rumah turut mengalami kerosakan akibat ribut. Menurutnya, beberapa batang pokok besar yang berada berhampiran kawasan kampung juga tumbang dalam kejadian itu. Berikut ini dipaparkan sebuah video kejadian ribut yang menerbangkan bumbung rumah berterbangan. Tidak diketahui di mana kejadian ini berlaku, mungkin tiada kena mengena dengan berita di atas. Namun ia cukup menginsafkan kita, dimana tiada siapa dapat menahan kekuasaan Allah. Ia hanya sekelumit, mungkin tidak sampai 1% daripada peristiwa yang bakal dan pasti terjadi ..... seperti yang dikisahkian di dalam Al-Quran. Apakah mereka tidak menunggu melainkan kedatangan malaikat (yang mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (azab) Tuhanmu, atau kedatangan sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu (yang menjadi alamat hari kiamat). Pada hari datangnya sebahagian dari tanda-tanda Tuhanmu itu, tidak berfaedah lagi iman seseorang yang tidak beriman sebelum itu, atau yang tidak berusaha mengerjakan kebaikan mengenai imannya. Katakanlah: "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu berhak mendapatnya), dan kami pun sebenarnya menunggu (akan apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada kami)". Surah - Al an'am 158. video ikhsan fb sukan star tv Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
Posted: 21 Aug 2014 06:50 AM PDT Menurut laman sosial facebook Mohd Nakhaei bin Ahmad, beliau telah membuat kenyataan bahawa beliau bukan lagi seorang ahli UMNO. Kenyataan penuhnya berbunyi: Mengapa saya harus keluar UMNO? Saya menyertai UMNO untuk perjuangan bagi menegakkan agama, memertabatkan bangsa, dan negara. Perjuangan itu sudah tiada lagi di dalam UMNO sekarang. Tidak wajar lagi saya berada di dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan UMNO lagi. Nakhaie pernah menjadi Naib Presiden PAS dan pernah menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS. Beliau juga pernah mengasaskan pertubuhan ABIM pada 1975. Ustaz Ahmad Awang, bekas Presiden Persatuan Ulama Malaysia pernah menulis mengenai Nakhaei. Petikan: Ketika dalam PASlah beliau memenangi kawasan Parlimen Baling, manakala apabila menyertai UMNO, nak jadi calon di kawasan yang sama pun ditolak dan tersepit di antara Datuk Seri Abdullah Badawi (sekarang Tun) dan Dr Mashitah Ibrahim. Nakhaei menyertai UMNO pada 1989 sebelum pilihan raya umum Malaysia 1990. Selepas itu dilantik menjadi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Ketika Operasi Lalang 1987 beliau dikatakan berada di luar negara dan terlepas dari ditangkap. Beliau pernah tewas dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian Baling, Kedah. Beliau juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Di persada politik tanahair, nama Nakhaei semakin hilang semenjak beliau menyertai UMNO. Beliau seperti tersisih dan disisihkan di dalam UMNO. Tulis Ahmad Awang lagi, Ustaz Nakhaie terus dirundung malang apabila kalah untuk merebut jawatan Ketua Bahagian UMNO Baling dan seterusnya terpaksa melupakan niat untuk menjadi calon Ahli Parlimen Baling walaupun telah turun berkempen sebelum senarai nama-nama calon diumumkan, apabila ternyata kemudiannya Dr Mashitah calon yang dipilih partinya. Lebih mengecewakan lagi perasaan Nakhaie apabila dia hanya mendapat satu pencalonan sahaja untuk bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2000. Semenjak itu nama Nakhaie terus dilupakan oleh UMNO tetapi Nakhaie terus menjiwai UMNO untuk perpaduan Melayu, kononnya. Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita, Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE. KLIK SINI LIKE kami di SINI Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki dengan produk kami. Sila klik SINI |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan