Selasa, 19 Ogos 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Lagi Kes Kereta Kebal Terbalik, 2 Maut

Posted: 19 Aug 2014 01:06 AM PDT


Sandakan: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta perisai Adnan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dan terbalik di Labuk Bay, Jalan Sungai Tiram, Batu 19, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa yang maut Ahmad Fikri Mansur, 23, berasal dari Kelantan dan Mohd Hanif Fattahur Rahim, 31, berasal dari Johor.

Sementara itu, empat mangsa yang cedera kini menerima rawatan di Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

Difahamkan, ketika kejadian semua anggota tentera dalam perjalanan dari Kampung Sungai Titam menuju ke Kem Sri Kinabatangan Batu 7, di sini.

Apabila tiba di lokasi kejadin kereta perisai berkenaan hilang kawalan lalu terbalik menyebabkan dua anggota tentera maut di tempat kejadian manakala empat anggota tentera cedera ringan dikejarkan ke hospital.


BERITA SEBELUM INI



2 maut, 2 parah kereta perisai terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan


Dua anggota tentera masing-masing berpangkat Sarjan dan Koperal maut manakala dua lagi parah apabila kereta perisai yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232.6 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Kuala Kangsar hari ini.

Sarjan Bayong Burma mati di tempat kejadian manakala Koperal Che Mohd Patanah Che Ismail meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Kuala Kangsar.

Dua anggota tentera yang parah, iaitu Koperal Sharifuddin Abdullah dan Lans Koperal Freaddy Barlabas, menerima rawatan di hospital sama.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus berkata pihaknya menerima panggilan berhubung nahas itu, yang berlaku pukul 6.30 petang, kira-kira 15 minit kemudian dan lapan anggota dikejar ke tempat kejadian.

"Setiba di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta perisai berada dalam keadaan terbalik dan ada mangsa tersepit. Kesemua mangsa dikeluarkan anggota tentera yang berkonvoi bersama-sama," katanya ketika dihubungi di Ipoh.

Ismail berkata kereta perisai itu dipercayai terbabas dan merempuh pembahagi lebuh raya sebelum terbalik.

"Apabila kita lihat kesemua mangsa dikeluarkan, kita segera membuat kawalan dan memastikan tumpahan minyak yang berlaku tidak mencetuskan kejadian lebih buruk.

"Apabila mangsa dibawa ke hospital, kita terus lakukan pembersihan kawasan kejadian," katanya.

Beliau juga berkata kereta perisai itu sedang berkonvoi dari Sungai Petani, Kedah ke Gemas, Negeri Sembilan bersama-sama kenderaan lain pasukan tentera.

"Kereta perisai yang terlibat dalam kemalangan itu diuruskan pihak tentera sendiri," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Ghuzlan Salleh, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya masih menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-Bernama, 3 Julai, 2014
.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[OFF POLITIK] Peserta Pesta Bogel Diburu Ketakutan, 3 Serah Diri

Posted: 19 Aug 2014 12:30 AM PDT

Selepas video pesta bogel di Teluk Bahang yang dimuatnaik dalam internet menjadi viral dalam laman sesawang, peserta yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral itu difahamkan hidup dalam ketakutan.

Salah seorang penganjurnya yang merupakan warga tempatan dan kini bermastautin di Singapura, menggambarkan kehidupan peserta yang terlibat berada dalam keadaan ketakutan setiap hari kerana mereka dilihat seperti seorang 'penjenayah'.

"Kami tidak dapat tidur setiap hari kerana kehidupan kami tertekan, takut dan sedih. Juga kami dalam situasi cuba mengelak diri daripada semua pihak.

"Kami perlu berterima kasih kepada salah seorang kawan yang membantu mengambil langkah untuk menyerah diri. Tanpa tindakannya, saya fikir tidak ada rakan lain yang berani tampil untuk menyerah diri," katanya dalam laporan yang dipetik oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin.

Cetusan perasaan penganjur pesta terbabit dikirimkan melalui emel kepada akhbar Kwong Wah Yit Poh di Pulau Pinang.

Peserta yang berusia 46 tahun itu berkata, mereka kemudian berbincang dan mengambil keputusan untuk menyerah diri bersama-sama.

"Kami ingin memohon maaf kerana mengadakan acara berkenaan di Pulau Pinang yang mencetuskan 'ribut' di Malaysia. Kami tidak akan mengulangi dan berharap permohonan maaf yang tidak terhingga kerana salah laku kami di Teluk Kampi memalukan negara.

"Kami sangat menghormati undang-undang di Malaysia," katanya dalam emel berkenaan yang difahamkan turut dihantar kepada 13 rakannya yang lain.

Lelaki itu juga mendakwa bahawa akaun dalam laman web perkongsian video YouTube digodam dan dikongsi tanpa pengetahuannya.

Beliau juga sedang mempertimbangkan menyaman mereka yang memuatnaik klip untuk pelanggaran hak cipta.

Sementara itu, dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, pihak penganjur perlu meminta maaf kepada Taman Negara Pulau Pinang kerana di situ berlaku pesta sukan bogel.

Selepas video peserta sukan terbongkar dalam internet, polis memulakan siasatan mengenai kejadian itu yang diadakan di pantai Teluk Kampi pada 30 Mei.

Kelmarin, tiga peserta sukan bogel warga tempatan dilaporkan menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Barat Daya termasuk seorang bekas guru dan ahli politik.

Pada 13 Ogos lalu, seorang juruvideo Singapura menyerah diri dan hari berikutnya seorang ahli peniagaan Malaysia juga difahamkan menyerah diri.

Kelima-lima suspek itu direman tiga hari mulai kelmarin. Tiga lagi rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam aktiviti itu sedang dikesan.

Polis menyiasat kes itu bawah Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan mengenai kesopanan di tempat awam yang membawa hukuman maksimum penjara tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -SH


Tiga Peserta Sukan Bogel Termasuk Penganjur Serah Diri

GEORGE TOWN: Tiga lagi peserta pesta sukan bogel telah menyerah diri, kira-kira 24 jam selepas Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi mendedahkan butiran mereka di akhbar.

Mereka yang menyerah diri ialah Tok Chew Hwa, 57, dipercayai menjadi penganjur, Justin Ang Ji Keng, 24 dan Carmen Chan, 27.

Sumber polis berkata, ketiga-tiga mereka menyerah diri di ibu pejabat polis daerah di Balik Pulau pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Balik Pulau Superintendent Lai Fah Hin enggan mengulas mengenai perkara itu dan berkata Abdul Rahim akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi.

Dilaporkan bahawa 18 dipanggil termasuk enam wanita, telah dalam rakaman video semasa mengambil bahagian dalam satu siri aktiviti bogel pada 31 Mei lalu, yang digelar sebagai Sukan Bogel Penang 2014.

Video lima minit menunjukkan peserta berbogel di pantai Teluk Kampi ketika mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti seperti lukisan badan, larian berganti-ganti dan 'catwalk' kumpulan.

Sembilan daripada 18 peserta itu juga bermalam di kebun di Balik Pulau dalam keadaan bogel.

Abdul Rahim berkata, pada 6 hingga 8 Jun lalu, sembilan daripada peserta-peserta ini turut menyertai parti bogel di Pattaya bersama 30 negara lain.
-mstar


ULASAN GB

Pepatah ada menyatakan:
,br>Sesal dahulu penpadatan, sesal kemudian tidak berguna...

Berfikir dahulu sebelum melakuan sesuatu...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Tiba-tiba, Rumah Ahli Palimen Di Selangor Disimbah Cat Merah

Posted: 18 Aug 2014 10:05 PM PDT

Antara tompokan cat yang yang dilemparkan dipercayai perbuatan khianat oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Antara tompokan cat yang yang dilemparkan dipercayai perbuatan khianat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Kuala Langat – Rumah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, di Bandar Sungai Mas, di sini, disimbah cat.

Menurutnya, kejadian jam 10.28 malam kelmarin itu disedari anak kelimanya.

"Ketika itu saya menghadiri majlis rumah terbuka di Permatang Pasir. Saya bergegas pulang selepas dihubungi anak," katanya, semalam.

Beliau berkata, sebaik sampai di rumah, beliau mendapati terdapat dua tompokan cat berwarna merah.

"Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat," katanya.

Setakat ini beliau tidak menerima apa-apa ugutan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak, ketika dihubungi berkata, polis sedang menyiasat untuk mengetahui punca kejadian itu dan sedang menjejak mereka yang melakukannya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat," katanya. -SH

ULASAN GB

Di dalam hiruk-pikuk rkayat membicarakan krisis politik penukaran MB Selangor, tiba-tiba kita dikejutkan dengan berita rumah MP Kuala Langat disimbah cat merah.

Kita tidak mahu berspekulasi. Tetapi kita berharap ia tiada kaitan dengan krisis politik yang melanda Selangor kini.

Namun kita juga berharap ia bukan percubaan untuk menimbulkan "huru-hara" sepertimana apa yang berlaku di Kelantan pada tahun 1977 dahulu bila mana MAGERAN diisytiharkan apabila penyokong Datuk Muhammad Nasir mewujudkan kacau-bilau dan huru-hara di Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan membantah kumpulan majariti yang menyokong "pengkhianat parti" itu diturunkan.

Berwaspada terhadap provokasi, supaya sejarah hitam itu tidak berulang lagi.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Bukankah Najib Pernah Mengaku Jumpa Saiful? Kenapa Surendran Didakwa?

Posted: 18 Aug 2014 06:30 PM PDT


Peguam Anwar ditahan kerana menghasut, bebas selepas beri kenyataan

Polis merekodkan kenyataan Naib Presiden PKR N Surendran di Ibu Pejabat Polis Wangsa Maju petang ini selepas mengeluarkan waran tangkap berikutan dakwaan kenyataan berunsur hasutan.

Timbalan Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, waran itu disampaikan kepada ahli Parlimen berkenaan pada jam 7.52 petang dengan kehadiran peguamnya Latheefa Koya.

Khairi berkata Surendran, yang akan didakwa di mahkamah esok mengikut ‎Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, kemudian dibebaskan dengan ikat jamin selepas kenyataannya direkodkan.

Surendran dijangka didakwa kerana berkata dakwaan kes Liwat 2 terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik yang melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Polis sebelum ini berkata, mereka mengeluarkan waran tangkap terhadap Surendran, yang juga peguam Anwar, dan meminta beliau membawa penjamin ke mahkamah esok.

Latheefa yang mengiringi Surendran di balai polis itu berkata, beliau menerima panggilan hari ini daripada seorang pegawai polis memberitahu waran tangkap dikeluarkan terhadapnya kerana menghasut.

"Pegawai polis memberitahu beliau akan didakwa esok. Mereka tidak perlu mengeluarkan apa-apa waran tangkap tetapi saya rasa mereka tidak mahu mengambil sebarang risiko," kata Latheefa.

Surendran berada di sana lebih daripada sejam bagi kenyataannya direkodkan.

Beliau memberitahu pemberita kemudian, pertuduhan itu tidak akan menghalangnya daripada meneruskan perjuangan.

"Saya pada awalnya ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin supaya dapat hadir di mahkamah esok bagi menjawab pertuduhan kenyataan berunsur hasutan terhadap saya dan kerana mengkritik keputusan perbicaraan Liwat 2 Anwar. Mereka mengatakan ia adalah menghasut.

"Ini tidak menghalang saya daripada melakukan tugas saya. Saya akan meneruskan perjuangan bagi menjadikan Malaysia lebih baik," katanya.

Surendren berkata keputusan mendakwanya akan memberi gambaran buruk kepada kerajaan memandangkan proses rayuan terhadap kes Anwar semakin hampir.

Terdahulu, ahli Parlimen Padang Serai itu berkata Najib dan Umno akan mendedahkan diri mereka kepada penelitian jika beliau didakwa dengan pertuduhan itu.

Mereka yang disabitkan dengan tuduhan hasutan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Kerjaya politik beliau sebagai wakil rakyat akan berakhir kerana akan kehilangan kelayakan, jika didenda lebih daripada RM2,000 atau penjara lebih setahun dan tidak menerima pengampunan.

Pada 8 Ogos, Surendran, yang merupakan seorang daripada peguam yang mewakili Anwar dalam rayuan kes liwat di Mahkamah Persekutuan didakwa membuat kenyataan mengenai Najib berhubungan pertuduhan yang dihadapi oleh pemimpin pembangkang itu. – TMI


Anwar dakwa Umno 'ganggu' rayuan Liwat II

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Umno cuba mengganggu proses rayuan terhadap sabitan kes liwatnya di Mahkamah Persekutuan dengan dengan menyerang peguamnya.

Katanya, sejak ditetapkan tarikh rayuan, Umno melalui bahagian-bahagiannya di seluruh negara membuat beratus-ratus laporan polis terhadap N Surendran dan rencana di akhbar mahukan tindakan serta-merta terhadapnya.

"Sekarang, Umno sedang bertungkus-lumus untuk menghalang peguam-peguam saya dari menyebut tentang keterlibatan Najib (Razak) dalam konspirasi ini," katanya.


Sedangkan, kata Anwar, dalamnya daripada kandang tertuduh, beliau menyebut bahawa keseluruhan proses itu "konspirasi" Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak.

Ia juga didakwa bertujuan menghapuskannya daripada persada politik dengan "cuba memasukkan ke dalam penjara" , menurut kenyataan Anwar itu lagi.

"Kenapakah ia satu kesalahan untuk peguam saya menyebut perkara yang akan menjadi dasar pembelaan saya dalam rayuan kes Fitnah 2? "


Najib pada 30 Jun 2008 menafikan yang beliau terbabit dengan isu laporan kes liwat terhadap Anwar yang dibuat oleh seorang pembantu ketua umum PKR itu.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 28 dan 29 Oktober untuk mendengar rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman bagi tuduhan Liwat II dan rayuan balas pihak pendakwa untuk menambah hukuman itu.
-mk


IMBAS KEMBALI



Najib mengaku jumpa Saiful

Timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan datang menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, Mohd Saiful menemuinya beberapa hari sebelum membuat laporan polis tersebut, bercerita mendakwa telah diliwat oleh penasihat PKR.

"Saya mula-mula tidak berapa yakin dengan ceritanya. Saya menerima kedatangannya atas sifat saya seorang pemimpin.

"Dia datang beberapa hari lalu, sebelum laporan polis dibuat.

"Dia datang kerana mahu pertolongan daripada saya," katanya sambil menambah, Saiful kenal salah seorang pegawainya.

"Dia datang di pejabat saya, saya nampak dia dalam ketakutan. Tangan seram sejuk," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen.

Najib berkata, bekas pemimpin pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu telah menceritakan segala-galanya kepada beliau.

Bagaimanapun, kata Najib, beliau tidak menasihatkan Saiful supaya membuat laporan polis.

Najib juga berkata, Saiful pernah datang menemuinya di kediamannya sebelum ini untuk memohon biasiswa.

"Saya biarkan kepada pihak berkuasa mengambil tindakan tapi saya ada hak apabila saya difitnah," tambahnya.

Menjawab soalan pemberita sama ada beliau risau, Najib berkata:

"Saya tidak perlu risau kerana saya percaya kepada sistem".

Selasa lalu, PKR menyatakan ia mempunyai satu akuan berkanun yang mengaitkan pembabitan pejabat Najib dengan dakwaan liwat terbaru yang dilaporkan kepada polis Sabtu lalu, kata Anwar.

"Hari ini kita ada satu pengakuan bersumpah daripada seseorang yang belum kita dedahkan yang tahu bahawa memang ada pakatan dan perencanaan yang melibatkan pejabat timbalan perdana menteri untuk menghina saya," katanya dalam program ceramah penjelasan isu panas tersebut.

Pada sebelah petang hari sama, beliau mendakwa di sidang media bahawa wujud penglibatan Najib bersama isterinya Rosmah Mansor dan pegawainya Khairil Anas Yusof dalam dakwaan Mohd Saiful.

Sementara angkatan muda PKR semalam mencabar Najib menafikan pernah bertemu Mohd Saiful.

"AMK percaya bahawa wujud kerjasama terancang yang melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya dalam konspirasi ini, bertujuan untuk mengelakkan pendedahan gempar Raja Petra Kamarudin melalui perakuan sumpah beliau mengenai pembunuhan Altantuya," kata ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin.


"AMK mencabar Najib untuk menafikan bahawa wujud satu pertemuan sulit yang melibatkan beliau dan Saiful dengan disertai oleh beberapa orang lain beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful pada 28 Jun 2008."
-mk (3/7/2008)


ULASAN GB

Yang jelas dan nyata, laporan polis yang dibuat oleh ratusan bahagian UMNO adalah seperti "satu arahan" sempena rayuan Anwar terhadap kes liwat 2 yang dihadapinya.

GB berpendapat, ia samata-mata bertujuan untuk menganggu konsentrasi peguam tersebut supaya tidak menumpukan perhatian terhadap pembelaan ke atas Anwar.

Dengan cara itu, peguam Anwar berkemungkinan tidak mempunyai ruang berfikir dan ruang berhujjah dengan baik apabila mindanya diganggu dengan pendakwaan terhadap dirinya sendiri.

Namun hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan. Episod Anwar dipenjara mungkin tidak dapat edielakkan, tetapi ia akan mewujudkan sentimen simpati terhadap Anwar di kalangan rakyat seperti mana Anwar dipenjarakan pada tahun 1998. Pilihanraya 1999 menyaksikan UMNO BN kalah teruk dan ia menyaksikan permulaan kebangkitan rakyat yang yang berterusan sehingga kini.

Kita tunggu dan lihat.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Selangor: Selesai Debaran 17 Ogos, Debaran 27 Ogos Menyusul....

Posted: 18 Aug 2014 08:25 AM PDT


Sultan tolak jumpa Khalid di luar negara

SHAH ALAM – Keputusan bagi mengakhiri kemelut perebutan jawatan bagi Menteri Besar Selangor hanya akan terjawab setelah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kembali ke tanah air nanti.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Muhamad Munir Bani mengesahkan ada menerima permohonan daripada Abdul Khalid untuk menghadap Sultan Selangor di luar negara bagi menjelaskan tentang perkembangan terbaru membabitkan isu jawatan Menteri Besar Selangor.

"Bagaimanapun baginda telah menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," jelas kenyataan itu.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan semalam memaklumkan beliau akan menghadap Sultan Selangor untuk mendapatkan nasihat mengenai kedudukannya selepas Pas memutuskan untuk menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu.

Sultan Selangor dijadual berangkat pulang dari luar negara pada 27 Ogos. -SH


Azizah tetap perlu tunggu keputusan Sultan

SHAH ALAM – Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan PR sebagai calon menteri besar tetap perlu menanti perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyandang jawatan nombor satu di Selangor itu.

Menurut Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, meskipun PR telah memilih calon Menteri Besar Selangor, namun keputusan akhir tetap terletak di tangan Sultan Selangor.

Malah beliau menjangkakan, perjalanan Wan Azizah dalam usaha mendapatkan perkenan Sultan Selangor agak sukar.

"Perjalanan Azizah agak sukarlah sebab sekarang ini, mahu atau tidak, beliau tetap perlu mendapat restu daripada Sultan.

"PR sudah menyatakan sokongan kepada Azizah, jadi, dia kena kemukakan bukti kepada Sultan mengatakan bahawa dia mendapat sokongan majoriti.

"Selepas itu kena tunggu Sultan buat keputusanlah,"
katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini,

Menurutnya, andai Sultan Selangor tetap menolak Wan Azizah, PR perlu mengemukakan calon lain ataupun baginda mungkin akan memanggil kesemua Adun PR bagi memilih siapa yang layak untuk jawatan itu.

"Cuma sekarang ini sama ada Sultan setuju atau tidak setuju untuk terima Azizah. Kalau Sultan tak setuju juga, mungkin Sultan kena panggil semua ahli PR untuk mesyuarah bagi memilih siapa yang layak untuk menjadi MB.

"Tapi nampaknya agak sukarlah kerana nama yang dicadangkan itu hanya satu. Jadi saya rasa, bergantung pada mesyuarah Sultan dengan PR untuk tentukan," katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya pilihan raya sekiranya isu menteri besar ini tetap tidak menemui jalan penyelesaian.
-SH


ULASAN GB

Sepatutnya tak timbul masalah MB Selangor apabila 43 ADUN Selangor sudah pun membuat keputusan mencalonkan DS Dr. Wan Azizah.

UMNO sendiri, bukan PAS, bukan PKR, bukan DAP, satu ketika dulu pernah meminta raja-raja usah campur dalam hal politik.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[VIDEO] Semua Perlu Akur: TGNA Setuju PAS Pusat Tolak Khalid Ibrahim

Posted: 18 Aug 2014 05:45 AM PDT


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini bersetuju dengan segala keputusan mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat semalam yang menolak kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Nik Abdul Aziz berkata, keputusan menyokong itu dibuat selepas beliau mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali di Kota Baru.

"Saya mendengar penjelasan daripada presiden PAS dan setiausaha agung dan saya bagi sokongan penuh terhadap keputusan AJK PAS Pusat itu.

"Alhamdulillah keputusan itu kita kekal dalam Pakatan (Rakyat) dan saya menyokong apa yang diputuskan semalam," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darul Naim di Kota Baru.

Hadi dan Mustafa juga turut hadir dalam sidang akhbar itu.

Sebelum ini, Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Nik Aziz membuat keputusan menyokong penuh Khalid untuk kekal sebagai menteri besar.

Semalam, AJK PAS pusat itu turut mencadangkan dua nama iaitu Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baharu bagi menggantikan Khalid.

Ketika ditanya kenapa bertindak menyokong Dr Wan Azizah sedangkan keputusan sebelum itu berbeza, Nik Aziz kemudiannya berkata:"Siapa jadi MB (menteri besar) itu terpulang kepada perkenan Sultan."

Sementara itu, Hadi berkata keputusan yang diputuskan parti itu adalah berdasarkan kepada keadaan semasa iaitu pada masa menyokong Khalid adalah kerana ketika itu beliau ia masih merupakan ahli PKR.

"Masa itu, Khalid masih dalam PKR dan kini dipecat dan masalah berkaitan dengannya sudah tidak timbul lagi,"
katanya.

Beliau berkata, persoalan sama ada Khalid bersalah atau tidak terhadap tuduhan yang dilemparkan parti termasuk dakwaan salah laku, itu merupakan isu yang berbeza dan tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat semalam.

Hadi berkata, keputusan PAS memilih Dr Wan Azizah itu juga tiada kaitan dengan dakwaan menyokong nepotisme yang cuba diamalkan oleh PKR.

"Saya tidak mahu komen dengan nepotisme atau tidak atau ia bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama. Terpulang kepada Sultan untuk menentukan dan itu bukan hak kita," katanya.

Ketika ditanya adakah Hadi menasihatkan Khalid dalam soal itu, beliau hanya berkata:"Nanti saya jumpa dia (Khalid) dan bukannya nasihat melalui akhbar."

Hadi berkata, PAS berharap pilihan raya negeri tidak akan diadakan, tetapi tetap bersiap sedia menghadapinya.

"Bubar dewan itu hak Tuanku dan tiada siapa boleh campur tangan tetapi kita harapkan ia tidak berlaku,"
katanya. – Bernama


ULASAN GB

Kita berharap tidak ada lagi mereka yang menggunakan nama TGNA dan TGHH untuk mempertahankan Khalid Ibrahim atau menolak Wan Azizah.

Semua perlu akur, suka atau tidak suka. Tidak patut lagi berbangkit soal nak pertahankan Khalid. Beliau sudah dipecat dari PKR.

Yang menjadikan keheranan bagi kita ialah mereka yang menamakan kumpulan mereka sebagai "penyokong ulamak" sanggup menggunakan bahasa kasar dan caci maki. Tak cukup dengan fitnah-fitnah, malah sanggup memberi gelaran "binatang" seperti ayam sabung, ayam daging dan seumpamanya kepada golongan yang mereka tidak suka. Hal ini akan GB ulas sedikit masa lagi.











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Tiada ulasan: