Isnin, 18 Ogos 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Khalid Sokong Wan Azizah Sebagai MB?

Posted: 18 Aug 2014 12:51 AM PDT


Kemelut Menteri Besar di Selangor bakal menyaksikan kejutan di luar jangkaan apabila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin membuat 'pusingan U' dengan membenarkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih jawatannya.

Ini kerana Menteri Besar itu enggan memberi laluan kepada Timbalan Presiden, Azmin Ali untuk menggantikannya, kata sumber terdekat kepada Khalid.

"Saya percaya Khalid sanggup mengalah kepada Wan Azizah dan akan mengatur beliau (Wan Azizah) menghadap Sultan," kata sumber itu yang juga ahli PKR.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menolak permintaan Wan Azizah untuk menghadap baginda pada awal bulan ini.

Menurut sumber, Khalid mungkin tidak akan memohon untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi melancarkan proses peralihan kuasa diantara beliau dan Wan Azizah, isteri kepada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid yang enggan meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Wan Azizah dipecat oleh parti pada minggu lalu.

PAS pada Ahad sebulat suara memutuskan untuk tidak menyokong Khalid sebagai menteri besar tetapi meminta nama Azmin dicalonkan bersama dengan Wan Azizah bagi jawatan tersebut.

Azmin mengisytiharkan bahawa beliau menghormati keputusan parti untuk hanya mengemukakan nama Wan Azizah.

Bekas setiausaha politik Khalid, Faekah Husin berkata Wan Azizah mahupun Azmin tidak mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

"Adalah baik untuk mengadakan forum bagi mengetepikan kebaikan dan keburukan daripada mempunyai salah seorang daripada mereka sebagai Menteri Besar," katanya.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, beliau yakin Khalid akan 'berjuang hingga ke penghujungnya'.

"Jika beliau masih gagal menghalang Azmin untuk mengambil alih jawatan itu, Khalid boleh memohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN," katanya. -mstar

ULASAN GB

Kalau benar berlaku demikian barulah gentleman.

Ini dah jelas 43 ADUN sudah tolak, silap gaya, 12 ADUN BN pun sama tolak... jika undi tak percaya dijalankan...

Kalau bubar DUN ketara sangat pula mementingkan diri sendiri, pun belun tentu menang jika bertanding di atas tiket BEBAS...









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Kedudukan 43 - 13, TSKI Perlu Kosongkan Kerusi MB Sekarang!

Posted: 17 Aug 2014 09:05 PM PDT

Khalid hampir pasti hilang jawatan MB

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hampir pasti hilang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor berikutan sokongan majoriti Adun negeri itu kini memihak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, calon yang mendapat sokongan majoriti dalam Dun akan menjadi menteri besar.

Dalam situasi itu, beliau berpendapat, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan melihat kepada sokongan majoriti Dun.

"Sama ada Dr Wan Azizah akan diperkenan oleh Sultan Selangor, itu terpulang kepada baginda. Namun, Dr Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti lebih dua pertiga Dun seperti yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Malah, nama yang dicadangkan PR juga cuma satu. Melainkan PR meletakkan beberapa nama lain, barulah baginda (kemungkinan) memilih (calon lain)," katanya.

Semalam, PR bersetuju sebulat suara untuk mencadangkan Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon bagi menggantikan Abdul Khalid selepas Pas mengumumkan pendirian akhir mereka.

Sokongan tersebut sekali gus menjadikan Abdul Khalid yang kini ahli parti Bebas hanya bergantung kepada sokongan 12 Adun Umno, berbanding 43 Adun PR.

Namun, Mohd Azizuddin berkata, Abdul Khalid masih mempunyai hak sebagai menteri besar untuk menasihati Sultan Selangor membubarkan Dun.

"Tetapi, ia masih tertakluk kepada perkenan baginda. Dalam keadaan sekarang, saya tidak melihat pembubaran Dun dan mengadakan pilihan raya negeri merupakan pilihan terbaik kerana sudah ada calon menteri besar yang dapat sokongan," katanya.

Ikut undang-undang, Khalid perlu undur sekarang, kata pensyarah

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikehendaki di bawah undang-undang meletak jawatan ekoran pengumuman PAS hari ini menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan timbalannya Mohamed Azmin Ali, sebagai calon pengganti menteri besar (MB) Selangor, menurut seorang pensyarah undang-undang hari ini.

Profesor Gurdial Singh Nijar dari Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya berkata sekiranya Khalid enggan mengundur diri, jawatan MB dan jawatan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) dianggap dikosongkan, tanpa perlu Sultan Selangor menyingkirkan mereka dari kedudukan tersebut.

Gurdial merujuk penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, di mana diputuskan: "Apabila menteri besar dimaklumkan dia hilang kepercayaan majoriti anggota dewan undangan, dia dikehendaki dengan cara yang mulia meletakkan jawatan beliau dan jawatan majlis eksekutif.

"Jika menteri besar enggan atau tidak meletak jawatan beliau dan majlis eksekutif, hakikatnya ialah majlis eksekutif dibubarkan (yang juga termasuk menteri besar) disebabkan oleh menteri besar hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan,"
kata Gurdial.

"Oleh itu ia tidak perlu untuk Sultan... menyingkirkan Nizar (menteri besar Perak waktu itu) dan ahli majlis eksekutif. Sultan hendaklah melantik seseorang yang mempunyai keyakinan majoriti ahli Dewan Undangan."

Tambah Gurdial, berdasarkan kes sebelum ini, yang tinggal kini hanya untuk Sultan melantik "seseorang" sebagai MB.

"Ini juga bermakna semua tindakan MB sejak beliau dimaklumkan kehilangan sokongan majoriti mungkin tidak sah," kata Gurdial.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu terdahulu semalam mengumumkan PAS bersetuju sama ada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau timbalannya Mohamed Azmin Ali mengambil alih kepimpinan negeri Selangor sebagai menteri besar.

Beliau juga berkata PAS memutuskan untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, nama Khalid tidak lagi berbangkit kerana sudah dipecat partinya (PKR).

"Beliau kena pecat, kita tahaluf dengan parti bukan individu."
-TMI


Selepas ditolak PAS, Khalid batal perjumpaan dengan penjawat awam

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membatalkan program perjumpaan bulanan dengan penjawat awam pagi ini selepas Pakatan Rakyat (PR) memutuskan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal menteri besar yang baharu.

Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor yang sepatutnya diadakan di Dewan Jubli Perak di Shah Alam pada 8 pagi ini dibatalkan pada saat akhir selepas Pejabat Menteri Besar memaklumkannya jam 7.40 pagi tadi.

"Program Perhimpunan Bulanan yang dijadualkan pada pagi Isnin 18 Ogos anjuran Yayasan Selangor dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan," kata sekretariat akhbar dalam satu kenyataan pagi tadi.

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat semalam bersetuju Khalid digantikan dan mahu kekal dalam PR, tetapi mengemukakan calon alternatif, Mohamed Azmin Ali selain Dr Wan Azizah.

PR pada petangnya memutuskan hanya nama Dr Wan Azizah saja yang akan dihantar ke istana, selepas Azmin yang juga timbalan presiden PKR menolak cadangan pencalonan daripada PAS itu
-TMI










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[VIDEO] Azmin Tarik Diri, Pakatan Hanya Hantar Nama Wan Azizah Sebagai MB

Posted: 17 Aug 2014 05:13 PM PDT


Pakatan akhirnya terima Azizah calon tunggal

Pakatan Rakyat akhirnya memutuskan untuk mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail sahaja sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Perkara itu baru diputuskan dalam mesyuarat majlis presiden PKR, DAP dan PAS di sebuah hotel di Subang Jaya, Selangor sebentar tadi.

"Majlis Pimpinan (Pakatan) juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan Wan Azizah dan Azmin Ali untuk jawatan senteri besar.

"Bagaimanapun Azmin menegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai calon menteri besar baru Selangor," kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media sebentar tadi.

Mesyuarat PKR sebelum itu telah memutuskan untuk tetap menyokong Wan Azizah seperti yang diputuskan parti 21 Julai lalu.

PAS pada tengah hari telah meminta satu lagi nama iaitu Azmin untuk dicalonkan sebagai menteri besar bersama Wan Azizah.

Justeru Anwar berkata PKR akan meneruskan proses memohon menghadap sultan Selangor untuk mempersembahkan keputusan itu kepada baginda secepat mungkin.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata PAS akur dengan keputusan itu selepas Azmin bersetuju mengikut keputusan parti.

"Dua calon dah ada di sini dan selepas mesyuarat tadi Azmin hormati keputusan partinya," kata Mohamad ringkas.





Parti lebih penting daripada jawatan MB,kata Azmin

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali berkata, beliau sanggup mengorbankan jawatan menteri besar Selangor demi memberi keutamaan kepada kepentingan parti.

Azmin dicalonkan sebagai menteri besar Selangor bersama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail oleh PAS awal hari ini bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Bagi saya parti lebih utama. Saya bercakap dengan rakan-rakan pimpinan, kita mesti bekerja untuk PKR tanpa mengira apa sekalipun," kata Azmin ketika ditemui pemberita selepas sidang media pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Subang Jaya, Selangor petang ini.

Azmin, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa berkata, PR akan lebih bersatu padu selepas krisis membabitkan isu penggantian menteri besar di Selangor ini.

"Saya percaya, selepas krisis ini, PR dan PKR akan lebih kuat," katanya.

Ditanya sama ada beliau masih ingin menjadi menteri besar, jawabnya: "Saya tidak memaksudkan demikian, saya hanya mengulangi komitmen parti."
-TMI




ULASAN GB

Demikianlah harmonisnya selesai kemelut yang melanda Pakatan.

Dengan keputusan Pakatan Rakyat tersebut, ini juga bererti kesemua 15 orang ADUN PAS di Selangor perlu memberikan sokongan kepada Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor mengikuti jejak langkah dua orang YB PAS yang dituduh "pengkhianat" oleh sesetengah pihak sebelum ini. kesemua ADUN PAS wajib mematuhi keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang hanya mencalonkan Dr. Wan Azizah dan Azmin Ali sbeelum ini dan kini setelah Azmin menarik diri, maka mereka perlu menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal MB dari Pakatan Rakyat.

Memang benar apa yang dinyatakan oleh YB Saari Sungip sebelum ini.

Saari berkata, mereka berdua (beliau dan YB Hasnul Baharuddin) berbuat demikian kerana "dasar PAS yang bersama-sama Pakatan Rakyat".

"Saya bergerak dari satu asas iaitu polisi dan dasar PAS untuk bersama-sama Pakatandan polisi ini saya sokong untuk membolehkan Pakatan terus memerintah dan mentadbir Selangor," kata Saari.

Menurutnya, beliau yakin baki 13 orang ADUN PAS lain akan menurut jejak langkah beliau.

"Saya percaya rakan-rakan ADUN dari PAS juga akan mengambil langkah yang sama,"

Saari juga yakin mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos ini akan memutuskan untuk terus berada bersama Pakatan.

"Saya yakin selepas 17 hari bulan, sekiranya benar apa yang saya yakini PAS tidak akan berganjak daripada Pakatan Rakyat.

"Saya anggap memperkukuhkan Pakatan di Selangor tidak bertentangan dengan PAS," katanya

Dengan sokongan tersebut sekarang kedudukan Pakatan Rakyat yang menyokong Wan Azizah ialah 15 (DAP) + 15 (PKR) + 13 (PKR) = 43. Sedangkan di satu pihak lagi UMNO (12) + Bebas (1) = 13.

Semuga Pakatan Rakyat terus bertambah kukuh dengan episod ini.

Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Sesungguhnya Allah tidak mensia-sia ornag yang telah banyak berbakti kepada parti meskipun masih ramai tidak mengetahui. Baca SINI.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Tiada ulasan: