Khamis, 14 Ogos 2014

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Undi Tidak Percaya Kepada Khalid: Menunggu Sidang Tergempar DUN

Posted: 14 Aug 2014 01:21 AM PDT


Khalid cabar Wan Azizah ‎buktikan sokongan majoriti dalam DUN

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabarAhli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuktikan sokongan majoriti yang diperolehinya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Khalid berkata, ‎sokongan itu perlu dibuktikan melalui undi tidak percaya dalam DUN.

"Saya maklum tentang pengumuman Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti ahli DUN.

"Sungguh begitu, dakwaan ini tetap perlu diterjemahkan melalui proses undi tidak percaya di Dewan Negeri Selangor.

"Sehingga proses itu berlaku, pentadbiran kerajaan akan berjalan seperti biasa," katanya dalam kenyataan melalui akaun Facebook sebentar tadi. -TMI


Azizah umum Pakatan dapat sokongan majoriti di DUN S'gor

Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Pakatan Rakyat kembali mempunyai majoriti di DUN Selangor apabila dua orang ADUN PAS menyatakan sokongan kepadanya bagi menggantikan menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.

Menurut Wan Azizah, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.

"Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

"Saya juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.

Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.

"Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.

"Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.

"Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.


"Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri," tegas Wan Azizah.
-mk


ULASAN GB

Ada dua isu di sini.

Pertama Sidang tergempar DUN yang perlu dipanggil untuk pembentangan usul undi tidk percaya kepada Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar.

Berdasarkan kepada precedence kes di Perak, sidang tergempar DUN perlu mendapat perkenan Sultan Selangor terlebih dahulu.

Maka itu dilaporkan:

"Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri," tegasnya.

"Saya (Wan Azizah) juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar," katanya.


Jika Khalid jujur dengan kata-katanya bahawa: "Wan Azizah perlu membuktikan sokongan majoriti yang diperolehinya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor", maka Khalid perlu menyetujui di hadapan Sultan Selangor supaya Sidang Tergempar DUN dipanggil. Ini kerana Sultan mengikut nasihat Menteri Besar. Persoalan berani dan jujurkah Khalid di dalam usaha ini dimana beliau sendiri terlibat secara lansung sebagai MB yang bakal menerima usul undi tidak percaya?

Kedua isu dua orang ADUN PAS Hulu Kelang dan Morib yang telah menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR tanpa menunggu Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang akan diadakan pada 17 Ogos ini.

Bagi GB kedua-duanya (malah kesemuanya jika boleh) berhak untuk membuat keputusan TANPA perlu menunggu Jawatankuasa PAS Pusat. Seperti kata seorang sahabat di dalam komennya di blog ini

Rumah dah terbakar.. masih nak tunggu tarikh bermesyuarat lagi... haha...hahaha masa nak buat press statement dulu tak pulak bermesyuarat dulu.....


Mengenai isu keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini yang meminta PAS menyokong Khalid Ibrahim, bukanlah satu keputusan yang WAJIB untuk dipatuhi kerana:

Keputusan majlis Syura bukan mengenai rukun iman atau rukun islam yang tak boleh dipertikaikan, hanya siasah...tidak sampai tahap syarie


Ia adalah pandangan Majlis Syura semata-mata. Lagipun banyak hal yang boleh dipertikaikan mengenai keputusan Majlis Syura berkenaan. Malah entiti Majlis Syura itu sendiri masih boleh dipertikaikan dari segi bidangkuasa, keanggotaan dan tatacara perlantikan ahlinya.

Untuk mendapatkan "wala" (kesetiaan), Majlis Syura Ulamak perlu diperbetulkan terlebih dahulu. Tanpa pembetulan itu, ia hanya menjadi entiti yang boleh dimanipulasi oleh kumpulan tertentu di dalam parti untuk membuat keputusan yang berpihak, tidak adil malah tidak Islamik.

Oleh itu PAS tidak boleh dan tidak wajar mengambil tindakan disiplin ke atas mana-mana ADUN yang tidak menunggu tarikh 17 Ogos kerana ada keperluan mendesak melakukannya dan tidak selari dengan keputusan Majlis Syura Ulamak kerana ia hanyalah soal siasah bukan soal dasar parti seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan parti.











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Tahniah YB Saari Sungip Kerana Tegas Bersama Pakatan Rakyat

Posted: 13 Aug 2014 10:28 PM PDT


Saari Sungip : Satu Tindakan Luar Biasa

Orang putih kata,' a friend in need is a friend indeed'. Sesuai untuk ditujukan kepada YB Saari Sungip yang sanggup membuat keputusan 'menentang arus' ketika partinya sedang 'berkira-kira' untuk membuat keputusan samada (mungkin!) untuk terus bersama Pakatan Rakyat ataupun 'meninggalkan' sahabat lama yang sedang 'nazak'. Tindakan YB Saari Sungip dari PAS membayangkan iltizam yang terlalu tinggi untuk terus bersama-sama berjuang menyokong terus Pakatan Rakyat.

Memang wajar bagi YB dari Ulu Kelang ini mengambil tindakan sedemikian memandangkan 'persahabatan' yang telah terjalin antara PAS, DAP dan PKR telah agak sekian lama terjalin dan tentulah amat sukar untuk menyatukan semula jika berlaku sesuatu keadaan yang tidak diingini. Sebagaimana yang dinyatakan beliau bahawa persoalan tentang siapa yang akan menggantikan TS Khalid adalah merupakan 'perkara kecil' berbanding dengan isu keruntuhan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang telah sekian lama dibina semenjak tahun 1998.

"I would like to remind my colleagues in PAS that we have built this strength from 1998... and we used it to bring fresh air to politics by creating a two-party system. …So, why do we want to give up this strength? To rebuild this will take another 20 to 30 years. We have gone through it" (Malaysiakini 12 Ogos 2014)

Dan perlu diingat oleh kepimpanan PAS secara umumnya, bahawa adalah amat tidak rasional dan lojik sekiranya penanganan isu kemelut Selangor dilihat melalui perspektif yang sempit. Harus diingat bahawa kelahiran Pakatan Rakyat (PAS,DAP,PKR) telah menelurkan kesan yanga amat besar kepada senario politik tanah air. PR yang telah melahirkan sebenar-benarnya Bangsa Malaysia yang sudah mula memahami perasaan dan aspirasi rakyat Malaysia yang sebenar. Rakyat Malaysia amat yakin bahawa PR akan memulakan 'kehidupan baru' bagi rakyat Malaysia sekiranya berjaya menawan Puterajaya. Bermakna rakyat telah meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada Pakatan Rakyat.

Kini nampaknya harapan rakyat hampir berkecai dengan tercetusnya kemelut Selangor ini apatah lagi sekiranya PAS sudah mula 'goyang' dengan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Dalam artikel berjodol, Presiden PAS belum mahu beri kenyataan isu MB' bertarikh 12 Ogos 2014 (Malaysiakini) menyatakan bahawa, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahad ini'

Apakah 'muslihat' pemimpin tertinggi PAS ini sehinggakan sanggup 'mengenepikan' hasrat 'kawan' yang betul-betul mengharapkan pertolongan dalam keadaan saat-saat yang memerlukan pertolongan. Apakah pemimpin berkenaan 'mahu menahan lukah di pergentingan?' atau sedang 'menangguk di air keruh'. Apakah kepimpinan PAS sudah melupakan 'falsafah' yang dipegang selama ini bahawa sebarang masalah dapat diselesaikan melalui rundingan dan 'akan bersetuju' dengan isu-isu yang dipersetujukan disamping terus merundingkan isu –isu yang tergantung ( yang belum sesuai untuk diselesaikan'.

Bukan semua pemimpin PAS yang bersikap demikian. Tidak. Ramai yang sudah memahami senario politik Malaysia Kurun ke 21 disamping sedar tentang perkembangan politik di dunia. Sudah ramai pemimpin PAS yang sudah keluar dari 'bawah tempurung' dan mula 'mengenali dunia' yang penuh dengan reality. Walau bagaimana pun masih terdapat segelintir pemimpin PAS yang masih 'bergelumang' dalam 'cocoon' mereka yang tersendiri dan seolah-olah menganggap bahawa 'dunia' mereka adalah yang paling ideal di dunia ini.

Amat tidak wajar rasanya apabila ada pemipin tertinggi PAS yang menawarkan keahlian PAS kepada TS Khalid Ibrahim, sejurus selepas TS Khalid dipecat daripada PKR. Apakah pemimpin berkenaan tidak tahu 'adab' dan tatasusila dalam berparti terutama apabila mengaitkan parti kawan dalam satu pakatan. Apakah pemmpin sedemikian tidak ada 'empathy' untuk meletakkan dirinya di pihak yang bertentangan. Yang sedihnya 'perlakuan' sebegini dilakukan oleh 'sekerat-dua' pemimpin kanan dalam PAS.

Sedikit sebanyak keadaan dan imej Pakatan Rakyat kini, sudah tercalar. Banyak kenyataan-kenyataan yang dihamburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab telah 'mengecilkan hati' banyak pihak. Bak kata pepatah Melayu, ' apabila mata berpandangan, maka budi kedapatan'.

Rakyat mula mempersoalkan kejujuran PAS dalam menangani isu kemelut Selangor ini. Apakah kepimpinan PAS (sebahagian pemimpinnya) betul-betul jujur untuk besama-sama dengan DAP dan PKR untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat ataupun hanya menunggu peluang untuk 'menangguk di air keruh'.

Apakah begitu keadaannya? -abuhassanadam

ULASAN GB

Sekurang-kurangnya dua orang YB PAS yang telah terang-terang menyatakan tetap bersama Pakatan Rakyat.

Jika undi tidak percaya dilakukan di DUN Selangor, dipercayai majoriti ADUN akan mengundi "tidak percaya". DAP 15 + PKR 13 + PAS 2 = 30. Tak tahulah jika ada ADUN DAP & PKR yang belot.. rasanya tiada ...

Khalid Ibrahim sedar hal itu, sebab itu beliau tidak mahu layan tuntutan supaya persidangan DUN dipanggil.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Apabila Exco PAS Tersenyum Gembira Bersama Pengkhianat Pakatan Rakyat...

Posted: 13 Aug 2014 06:29 PM PDT


Pas tidak tunjuk simpati kepada Exco DAP, PKR

Permintaan DAP dan PKR kepada Pas agar keempat Exconya tidak menyertai mesyuarat Exco dipengerusikan Khalid Ibrahim hari ini tampaknya tidak dilayan oleh Pas. Keempat Exco Pas hadir dan bermesyuarat seperti biasa bersama Khalid Ibrahim.

Semalam apabila Khalid menghantar surat pemecatan enam Exco DAP dan PKR, Lim Guan Eng telah menghubungi Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali agar memberi mesej kepada pucuk pimpinan menunjukkan rasa simpati dan sokongan (solidariti) kepada pemecatan enam Exco, tetapi ia tidak menjadi kenyataan.

Lim Guan Eng tidak menjelaskan reaksi Mustapa. Apabila keempat Exco daripada Pas itu hadir ia memberi tafsiran bahawa Pas tidak bersedia untuk bersolidariti atas pemecatan itu. Salah seorang Exco Pas menyatakan mereka hadir sebagai tanggungjawab kepada rakyat dan atas kehendak parti.

Apakah perkembangan ini memberi isyarat bahawa Pas sedia untuk keluar atau "dipecat" daripada Pakatan Rakyat? Kelewatan Pas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa juga memberi indiksi bahawa parti itu masih dalam berkira dan membuat perhitungan terbaik buat mereka.

Dalam keadaan kemelut hari ini Pas tidak sepatutnya melengah-lengahkan masa untuk mengadakan mesyuarat bagi membincang isu sepenting itu. Kelewatan ini dilihat sebagai muslihat oleh Pas dan menimbulkan berbagai-bagai persepsi negatif mengenai Pakatan Rakyat.

Pas menanggungkan mesyuarat yang ditetaokan 10 Ogos kepada 13 Ogos kemudian 17 Ogos dengan alasan untuk membolehkan mesyuarat itu dihadiri semua anggota?

Alasan diberikan Mustapa itu tampak ia disengajakan bagi melengahkan mesyuarat itu atas motif tertentu.

Bertolak dari situasi ini juga mesyuarat jawatankuasa kerja Pas 17 Ogos ini penting dan mungkin hangat sehingga memutuskan sesuatu yang boleh mengejutkan. Semua orang khasnya ahali dan penyokong Pas dalam keadaan tertanya-tanya apa yang akan berlaku.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu telah menegaskan yang Pas tidak akan bekerjasama dengan Umno untuk membentuk kerajaan Selangor dengan berMBkan kepada Khalid Ibrahim.

Seorang Exco Pas, Sallehen Mukhyi pula mengatakan Pas akan meletak jawatan sekiranya Khalid melantik Adun Umno menjadi Exco. Tegasnya Umno bukan kerajaan kalau dia (Umno) ada dalam kerajaan Pas akan letak jawatan.

Penjelasan dan penegasan Sallehen itu memberi gambaran Pas tidak bersedia berkawan dan bekerjasama dengan Umno untuk mempertahankan Khalid. Bantahan ini menjelaskan akan berlaku konflit besar dalam Pas kerana ada sebahagian mahu menjalini kerjasama dengan Umno. -Mohd Sayuti Omar


DAP selar PAS hadir mesyuarat exco, tiada semangat Pakatan Rakyat

Exco DAP yang dipecat Ean Yong Hian Wah menyelar tindakan empat exco PAS yang masih mahu menghadiri mesyuarat mingguan exco walaupun diarahkan pemimpin PKR dan DAP untuk memboikotnya.

Ean berkata, pihaknya kesal dengan sikap empat exco PAS yang masih mahu bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali gus tidak menunjukkan semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat (PR).

"DAP kecewa dengan PAS sebab mereka tetap masuk mesyuarat.

"Mereka tidak ada semangat dalam Pakatan," katanya kepada pemberita sejurus tiba di lobi bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam, pagi ini.

Beliau juga mendesak Khalid segera meletakkan jawatan dan mengembalikan semula mandat kepada rakyat Selangor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan itu turut menggesa pemimpin PR segera mengadakan perbincangan dan menyelesaikan segera krisis pentadbiran di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Datuk Teng Chang Khim pula berkata, kerajaan PR masih wujud, sehubungan itu akan meneruskan tugasnya seperti biasa.

"Selangor masih kerajaan Pakatan Rakyat tetapi disabotaj oleh Adun Bebas.

"Kehadiran saya membuktikan kami masih kerajaan yang sah," katanya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam dilaporkan berkata, 4 Exco PAS digesa menyatakan solidariti kepada tindakan pemecatan tersebut rakan mereka.

"Saya sudah hubungi Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan sampaikan amanat daripada pucuk pimpinan parti meminta solidariti kepada 6 Exco DAP dan PKR.

"Saya menggesa 4 lagi Exco PAS tidak hadir mesyuarat esok," kata Lim di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, malam tadi.

Lim berkata pemecatan tersebut tidak adil dan boleh dipertikaikan daripada segi undang-undang.
– TMI


ULASAN GB

Susah mahu cakap.

Tatkala ramai pemimpin dan ahli Pakatan Rakyat berdukacita kerana telah dikhianati oleh Khalid Ibrahim, ahli-ahli exco PAS masih boleh tersenyum riang bergambar bersama pengkhianat berkenaan.

Mengapa GB gelarkan Khalid sebagai pengkhianat PR? Sebab beliau menyatakan tiada kerajaan Pakatan Rakyat. Boleh baca SINI. Memang lansung tidak amanah dengan rakyat yang telah mengundi mereka di atas kapasiti mereka sebagai seorang calon PR.

Kerja gila. Lansung tidak bermaruah malah memaparkan kebebalan di tahap maksima.

Gambar itu juga menghilangkan "respek" pejuang PR terhadap kamu. Lansung tidak berperinsip. Tetapi apakan daya... kerana hanya setakat itu tahap pemikiran mereka. .

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Hari ini senyum dan ketawa puas-puas... esok belum tentu!









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Patutlah ROS Belum Luluskan Pakatan Rakyat Sampai Sekarang,..

Posted: 13 Aug 2014 08:15 AM PDT


MB: S'gor bukan k'jaan Pakatan, 'tak daftar'

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan Selangor bukanlah kerajaan Pakatan Rakyat kerana ia gabungan itu bukan badan berdaftar.

Menurut beliau nama itu tidak penting kerana ADUN Selangor terdiri daripada parti berlainan.

"Kita ada nama DAP ada, PAS pun ada dan PKR pun ada, Umno juga ada.

"Kalau kamu ambil perkara itu begitu (merampas kerajaan Pakatan Rakyat sebagai MB bebas), tapi kamu perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat bukanlah satu badan yang berdaftar," kata beliau dalam sidang media selepas mesyuarat exco hari ini.

Semalam, lima exco daripada PKR dan DAP dipecat oleh Khalid kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.

Khalid menghantar surat pemecatan kepada lima exconya, tiga daripada DAP dan dua daripada PKR. Beliau bagaimanapun belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.

Nasib ahli majlis esok

Sementara itu Khalid berkata akan membuat pengumuman mengenai nasib ahli majlis tempatan selepas mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor esok.

Khalid bagaimanapun tidak mahu mengulas sama ada ahli majlis daripada PKR dan DAP akan dipecat atau lantikan baru akan dibuat.

"Kita akan beri tumpuan kepada pembangunan negeri dan kelicinan pentadbiran, jika kelicinan pentadbiran tidak memerlukan kita buat pertukaran, kita tidak buat pertukaran.

"Jika kita rasa ada beberapa pertukaran yang dibuat, kita akan lakukan,"kata beliau. -mk


ULASAN GB

Maka terjawablah mengapa sehingga kini ROS tidak/belum luluskan Pakatan Rakyat. Dari dulu lagi GB sudah gesa PR ambil tindakan mahkamah terhadap ROS kerana kegagalannya untuk meluluskan pendaftaran berkenaan. Tulis GB di SINI, petikan :
Melambat-lambatkan pendaftaran Pakatan Rakyat adalah strategi jahat yang digunakan oleh RoS supaya Pakatan Rakyat tidak dapat menggunakan nama parti itu untuk bertanding di dalam pilihanraya.

Sudah bertahun permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat dikemukakan untuk kelulusan tetapi ROS mengemukakan pelbagai alasan dan helah untuk melambat-lambat proses pendaftarannya.

ROS, salah satu agensi yang diperalatkan yang digunakan UMNO BN untuk menekan dan menzalimi PR agar tidak berkesemapatan untuk menggunakan satu nama dan lambang di dalam pilihanraya yang akan datang.

Pakatan Rakyat PERLU mengheret RoS ke muka pengadilan dan pihak pendaftar RoS perlu dihukum oleh mahkamah kerana strategi jahatnya itu yang bertindak secara diskriminasi dan pilih kasih.

Apakan daya... cadangan GB dulu tidak diindahkan oleh pimpinan PR.

Sekarang Khalid Ibrahim menggunakan isu tidak berdaftar itu untuk menidakkan kewujudan kerajaan Pakatan Rakyat untuk beliau kekal sebagai MB walaupun hanya bersendirian sebagai ahli Bebas.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



Tiada ulasan: