Khamis, 7 Ogos 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Rahsia Gadis Cantik Ini Terbongkar

Posted: 07 Aug 2014 12:57 AM PDT


Guo Terlanjur Mengikut Nafsu

[Harian Metro] Beijing: Seorang 'perempuan simpanan profesional' yang selama ini mendakwa menerima banyak hadiah mewah hasil kerja amal, memohon maaf secara terbuka di stesen televisyen China selepas dia ditahan kerana terbabit dalam skandal perjudian Piala Dunia 2014.

Guo Meimei, 23, menjadi fenomena di laman sosial Weibo kerana sering memuat naik gambarnya bersama kereta mewah di beberapa lokasi eksotik.

Melalui laman sesawang itu Guo mendakwa kononnya kenderaan berkenaan adalah hadiah sebagai penghargaan terhadap tugasnya sebagai pengurus kanan pertubuhan Palang Merah.

Bagaimanapun, selepas ditahan di bawah akta perjudian China, Guo terpaksa mengakui dia hidup dengan wang sebagai pelacur kelas atasan dan menjadikan golongan kaya sebagai sasaran.

Malah Guo mengaku dia tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pertubuhan kebajikan berkenaan.

Bagi pertubuhan Palang Merah pula, mereka sukar mendapatkan sumbangan sejak tingkah laku Guo tersebar.

Mereka kemudian menuntut Guo memohon maaf secara terbuka di stesen televisyen China.

Kata Guo, dia mengaku bersalah kerana suka berlagak dan mengikut nafsu semata-mata. "Saya memohon maaf kepada Pertubuhan Palang Merah China yang sukar mendapat bantuan kerana tindakan saya," katanya.

Guo juga mengakui terbabit dalam skandal perjudian ketika pertandingan Piala Dunia 2014 berlangsung di Brazil bulan lalu.

Dia ditangkap hasil siasatan unit khas polis China.

Tidak cukup dengan itu, Guo mendedahkan dia membuka pusat perjudian tanpa lesen di Beijing selain melacur untuk mendapatkan wang.

"Ia adalah sebahagian daripada cara saya mendapatkan semula perhatian orang ramai," katanya. Pada kemuncak 'kegemilangannya' Guo mempunyai hampir 1.9 juta pengikut di Weibo dan kebanyakan mereka amat kagum dengan kemewahannya.

Dengan kekayaan dimiliki Guo pernah membiayai penerbitan filem mengenai dirinya pada tahun lalu.

Melalui filem itu Guo digambarkan sebagai kanak-kanak bermasalah di Hunan sebelum belajar di Akademi Filem Beijing. - Agensi /6/8/14


Lelaki Saudi Tidak Boleh Berkahwin dengan Wanita...

Posted: 07 Aug 2014 12:51 AM PDT



[Harian Metro] Makkah: Akhbar tempatan semalam melaporkan lelaki Arab Saudi kini dilarang berkahwin dengan wanita Bangladesh, Pakistan, Chad dan Myanmar.

Ketua Polis Makkah, Mejar Jen Assaf Al-Qurashi mengumumkan peraturan terbaru itu kelmarin.

Menurut data tidak rasmi, terdapat kira-kira 500,000 wanita dari empat negara terbabit kini menetap di Arab Saudi.

Tindakan kerajaan itu dilihat sebagai langkah mengurangkan lelaki tempatan memilih wanita warga asing sebagai pasangan hidup.

Jika sebelum ini niat mereka dapat dilaksanakan dengan mudah, peraturan terbaru berkenaan memperlihatkan keinginan itu akan berdepan pelbagai proses lebih rumit.

Assaf berkata, mana-mana lelaki yang ingin mengahwini wanita asing perlu mendapatkan kebenaran kerajaan terlebih dulu dan mengisi borang permohonan perkahwinan.- Agensi/7/8/14


Larangan Berimej Islam: Lelaki, Wanita Muslim Terus Jadi Mangsa Diskriminasi

Posted: 07 Aug 2014 12:48 AM PDT


[Harian Metro] Beijing: Xinjiang semalam melarang wanita bertudung atau lelaki berjanggut panjang menaiki bas dalam usaha kerajaan menangani pergolakan di antara penganut Islam dan bukan Islam di situ.

Pelaksanaan polisi baru kerajaan itu disifatkan pengkritik sebagai satu lagi siri diskriminasi terhadap masyarakat Muslim di China.

Xinjiang yang menjadi petempatan Muslim Uighur dilanda pergolakan dan keganasan sejak beberapa tahun lalu dan kerajaan China mendakwa ia disebabkan oleh militan dan puak pemisah.

Melalui pelaksanaan polisi baru itu, pihak berkuasa akan melarang penumpang yang memakai tudung, niqab, jubah, pakaian yang mempunyai lambang bulan dan bintang serta mereka yang menyimpan janggut panjang daripada menaiki bas di bandar Karamay.

Lambang bulan dan bintang yang dikenali simbol Islam dan diletakkan pada kebanyakan bendera negara Islam turut digunakan pejuang Islam di China yang ingin mewujudkan sebuah negara Turkestan Timur.

Menurut laporan media tempatan, polisi baru itu didakwa bertujuan mengukuhkan kawalan keselamatan menjelang acara sukan yang bakal berlangsung 20 Ogos ini.

"Mereka yang enggan bekerjasama akan dilaporkan kepada polis," lapor media berkenaan.

Bulan lepas, pihak berkuasa di Urumqi melarang penumpang bas awam daripada membawa barangan seperti pemetik api, yogut dan air yang kononnya bagi membendung serangan pengganas.

Masyarakat Uighur dan aktivis hak asasi manusia menyifatkan polisi berat sebelah kerajaan itu bakal menambahkan lagi pergolakan namun ia dinafikan Beijing.

- Agensi Presiden Persatuan Uighur-Amerika yang berpangkalan di Washington, Alim Seytoff menyatakan polisi berkenaan ternyata sebuah polisi yang bersifat perkauman.

"Pihak berkuasa di Karamay melaksanakan polisi yang rasis dan diskriminasi secara terbuka ke atas masyarakat Uighur," katanya, semalam.- Reuters/7/8/14


Ulama Indonesia Haramkan ISIS

Posted: 07 Aug 2014 12:44 AM PDT


[Harian Metro] Jakarta: Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Tengah semalam mengeluarkan fatwa mengharamkan gerakan radikal Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dan tiada sesiapa pun dibenarkan menyertainya atas alasan apa saja.

Ketuanya, Ahmad Darodji berkata, fatwa berkenaan akan diikuti dengan keputusan sama oleh MUI Pusat hari ini.

Keputusan itu diambil selepas MUI Jawa Tengah mengadakan pertemuan tertutup mengenai ISIS semalam.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Informasi Indonesia Tifatul Sembiring mengarahkan supaya tujuh rakaman video pejuang ISIS disekat daripada diakses oleh seluruh penduduk negara berkenaan mulai semalam.

Tindakan berkenaan diambil selepas menteri terbabit mendapat kecaman hebat daripada orang ramai.

Menurut Tifatul, walaupun tujuh klip video itu sudah dibuang masih wujud 20 salinan lain mengenainya.

"Kerajaan sedang berusaha memadamnya," katanya.

Di samping itu, menurut Tifatul, jika wujud lagi mesej daripada kumpulan bersenjata Sunni berkenaan ia perlu dipantau agar mudah untuk disekat penyiarannya.

Jika ada individu yang bertindak membuat salinan video seumpama itu, katanya, mereka akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk dikenakan tindakan sewajarnya.

"Jika ada mana-mana pihak melakukan kesalahan seperti itu sewajarnya diserahkan kepada Jabatan Jenayah Siber polis," katanya. - Agensi/7/8/14


Remaja Potong Anu Pak Cik Dipuji

Posted: 07 Aug 2014 12:34 AM PDT


[Harian Metro] New Delhi: Seorang remaja perempuan mendapat pujian polis India kerana keberanian memotong kemaluan bapa saudara yang cuba merogolnya.

Kejadian dilaporkan akhbar Independent itu berlaku di wilayah Madhepura di negeri Bihar. 

Remaja berusia kira-kira 17 tahun terbabit pertama kali dirogol bapa saudaranya pada 1 Julai lalu selepas dibawa ibunya untuk 'berubat' dengan lelaki berkenaan yang juga dikenali penduduk setempat sebagai dukun. 

Mangsa yang didakwa mengalami gangguan makhluk halus dibawa bapa saudaranya ke sebuah bilik sebelum diikat tangan serta mulutnya untuk dirogol.

Keesokan hari, bapa saudaranya itu datang melawat mangsa dan meminta dia datang sekali lagi ke rumah berkenaan kononnya untuk dipulihkan.

Bagaimanapun kali ini remaja terbabit datang dengan persediaan lebih - dia membawa alat perakam dan pisau bagi membolehkannya merakamkan perbualan dengan lelaki itu yang sekali lagi didapati cuba merogolnya. 

Bersedia dengan serangan seksual baru, remaja perempuan terbabit melawan dan nekad memotong kemaluan bapa saudaranya ketika sekali lagi cuba dirogol. 

Ditanya sama ada tindakan akan diambil terhadap remaja terbabit, pegawai kanan polis tempatan berkata, tiada sebab untuk itu. 

"Sepatutnya dia dipuji kerana berani," katanya.- Agensi/7/8/14


Isu MB Selangor: Mengapa Tan Sri Khalid Perlu Letak Jawatan? Baca Alasan PKR...

Posted: 06 Aug 2014 11:03 PM PDT



Yang berikut adalah penjelasan yang dibuat oleh YAB Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat19:

"… bahawa beliau mempunyai kenalan dari Bank al-Rajhi dari Arab Saudi yang sudi membantu tetapi beliau perlu merahsiakannya kalau tidak urusniaga itu bocor.

… bahawa Bank Islam bersetuju untuk menghentikan tindakan mahkamah kerana YAB Tan Sri Khalid (dalam masa satu hingga dua bulan dari tarikh itu) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Permodalan Nasional Berhad (PNB). Beliau yakin akan menang dan menyatakan akan mendapat wang bayaran RM300 juta dari PNB yang akan digunakan untuk melunaskan hutangnya dengan Bank Islam.

… bahawa berdasarkan janjinya untuk mengambil tindakan terhadap PNB dan bakal menang wang RM300 juta, Bank Islam bersetuju untuk menggugurkan tindakan undang-undang menuntut hutang dari beliau."

Penjelasan beliau itu tidak masuk akal dan tidak dapat diterima oleh pimpinan KEADILAN yang menguatkan lagi keraguan terhadap integriti beliau apabila beliau tidak dapat menerangkan dengan telus dan baik kenapa beliau diberi layanan paling istimewa oleh Bank Islam yang sudah beberapa kali menang kes terhadap beliau di mahkamah.

Baca di sini. Penjelasannya terlalu panjang untuk dimuatkan di blog ini.


Kekal Khalid Selagi Tidak Disabit Langgar Amanah - Majlis Syura

Posted: 06 Aug 2014 09:57 PM PDT



[Harakah Daily] KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.

Dalam kenyataan yang ditandantangani Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan juga Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Dr Haron Din itu menyatakan, keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

Bagaimanapun kata kenyataan itu, jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah, maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan Khalid.

Yang berikut ialah kenyataan penuh.

Kenyataan Majlis Syura Ulamak

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan PAS, bahawa dasar PAS ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha PAS adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara" ,

Maka, Majlis Syura Ulamak PAS yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat untuk meneruskan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas Pilihanraya Umum ke-13. Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti SPRM atau Mahkamah maka Majlis Syura Ulamak bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulamak menegaskan sekali lagi bahawa PAS akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus memberi komitmen bersama Pakatan Rakyat .

Datuk Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Islam Se-Malaysia

7/8/2014

Isu MB: Khalid Berdepan Risiko Dipecat Parti - Sumber Dalaman PKR

Posted: 06 Aug 2014 09:55 PM PDT



[The Malaysian Insider] Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berdepan risiko dipecat daripada parti kerana enggan menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan terhadapnya. Gambar fail The Malaysian Insider.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim besar kemungkinan akan dipecat daripada PKR, menjadikan beliau tidak boleh kekal sebagai menteri besar Selangor, kata satu sumber dalaman parti.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider lembaga disiplin akan menyiasat dakwaan terhadap MB penggal kedua itu dan mencadangkan keputusan dan hukuman yang sesuai kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

"Melihat kepada senario ini, Khalid besar kemungkinan akan dipecat daripada parti kerana tidak mematuhi arahan parti.

"Dia masih akan tetap menjadi menteri besar, tetapi sebagai Adun bebas. Ia akan menyebabkan kerosakan imej kepada PAS jika beliau diterima di kalangan mereka," kata sumber itu berhubung isu yang menyelubungi Adun Pelabuhan Klang dan ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu.

Sumber berkata, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution akan memaklumkan kepada Khalid mengenai keputusan jawatankuasa itu dan dia boleh merayu keputusan dan hukuman itu (kepada MPP).

Katanya, menjadi persefahaman selama ini sesuatu pihak dalam PR tidak akan mengambil ahli yang dipecat daripada parti lain dalam pakatan itu.

PKR, PAS dan DAP melalui pergabungan berkuasa di negeri paling kaya di Malaysia sejak Pilihan Raya Umum 2008.

PKR bertindak selepas kedegilan Khalid semalam untuk menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Khalid, yang ditekan agar meletak jawatan sebagai menteri besar untuk memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mempersoalkan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan parti kepadanya pada hari Selasa.

Khalid berkata, notis itu "cacat" kerana tidak mempunyai tuduhan khusus untuk dia membalasnya walaupun Naib Presiden PKR N Surendran berkata surat tunjuk sebab itu mempersoalkan alasan menteri besar itu terhadap arahan parti.

MB penggal kedua itu menerima surat tunjuk sebab daripada PKR kerana ingkar terhadap keputusan parti itu untuk menggantikan beliau dengan Dr Wan Azizah bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan di Selangor itu.

Dalam jawapan tiga muka surat kepada Dr Tan, menteri besar Selangor itu berkata, surat tunjuk sebab itu tidak mempunyai bukti yang khusus untuk beliau jawab.

"Apabila suatu notis dikeluarkan, notis itu perlu menyatakan dengan jelas dan khusus tuduhan terhadap saya dengan menyatakan fasal yang relevan sebagaimana yang ditetapkan dalam perlembagaan parti, termasuk fasal hukuman yang boleh diambil terhadap saya.

"Perkara khusus seperti ini perlu disenaraikan tetapi malangnya notis bertarikh 5 Ogos itu rosak tanpa apa-apa bukti yang berkaitan untuk saya menjawabnya," katanya.

Walaupun DAP menyokong penyingkiran Khalid, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Khalid boleh kekal sebagai MB kerana beliau tidak mengkhianati amanah rakyat.

Bagaimanapun, parti itu masih belum membuat keputusan dan jawatankuasa kerja PAS pusat akan bermesyuarat pada 10 Ogos untuk menentukan keputusannya.

PKR, yang kini bertelagah dengan PAS mengenai isu pelantikan MB baharu, mengambil sikap ketua kerajaan Selangor perlu datang daripada parti itu.

Peguam Syahredzan Johan berkata pilihan Khalid adalah terhad jika dia dipecat daripada parti kerana Akta Pertubuhan menghalang mahkamah untuk masuk campur dalam perkara disiplin parti.

"Dia tidak boleh pergi di luar parti itu untuk mendapatkan keadilan berikutan pindaan kepada undang-undang 25 tahun lalu selepas Umno diisytiharkan haram pada 1988," katanya.

Dalam jawapannya kepada surat tunjuk sebab, Khalid berkata beliau kecewa dengan kepimpinan parti sejak "Langkah Kajang" yang dia dakwa tidak adil kepadanya.

Beliau berkata, "Langkah Kajang" adalah "arahan" kepadanya tanpa memberi pertimbangan yang wajar kepadanya yang bertanggungjawab sebagai menteri besar Selangor.

Khalid menghadapi tekanan daripada kepimpinan PKR untuk meletak jawatan berikutan cara beliau mengendalikan hal ehwal Selangor.

Ini termasuk pengurusan sumber air, Lebuhraya Kidex dan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor. – V Anbalagan/ 7 Ogos 2014.


Tiada ulasan: