Jumaat, 29 Ogos 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


MAS Akan Buang 6 000 Pekerja, Pindah Ibu Pejabat ke KLIA

Posted: 29 Aug 2014 01:08 AM PDT



[The Malaysian Insider] Syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) akan mengurangkan 6,000 (30%) daripada 20,000 pekerja kepada 14,000 dan akan memindahkan ibu pejabat dan operasi utama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di bawah pelan pemulihan syarikat itu, kata Khazanah Nasional Berhad.

Khazanah sebagai pemegang saham terbesarnya hari ini mengumumkan pengurangan pekerja besar-besaran dilakukan selepas MAS kerugian sekurang-kurangnya RM3 juta sehari bagi separuh pertama tahun kewangan semasa.

Kerugian semakin bertambah selepas syarikat itu berdepan dua tragedi besar, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac lalu dan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai.

Pengarah Urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar menggariskan 12 perkara bagi membolehkan MAS mencatatkan semula keuntungan dan memulihkan syarikat penerbangan negara itu.

Antara 12 perkara yang disenaraikan dalam pelan penstrukturan semula MAS juga melibatkan rombakan menyeluruh MAS, yang akan membolehkan syarikat penerbangan itu mencapai keuntungan mampan dalam tempoh 3 tahun daripada penyahsenaraian daripada Bursa Malaysia, menjelang akhir 2017.

Azman berkata, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya akan terus berkhidmat setahun lagi sehingga Julai, 2015. – 29 Ogos, 2014.


Seks pada Pertemuan Pertama, Hamil, Teman Lelaki Meninggal Dunia, Pelajar 15 Tahun Tanggung Aib

Posted: 28 Aug 2014 07:40 PM PDT



[Sinar Harian] KUALA TERENGGANU - Malang berganda! Seorang remaja berusia 15 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung aib apabila disahkan mengandung tujuh bulan, malah lebih malang apabila mengetahui 'ayah' kepada anak di dalam kandungannya itu sudah meninggal dunia April lalu akibat kemalangan.

Remaja yang merupakan pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Besut itu disahkan mengandung selepas dihantar ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di klinik kesihatan berhampiran kediaman mereka, Selasa lalu, selepas mengadu sakit perut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, sebelum itu, mangsa sudah mengetahui yang dirinya mengandung, namun mendiamkan diri kerana takut.

Menurutnya, mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek melalui telefon sebelum membuat keputusan berani untuk bertemu di pantai Air Tawar.

"Mangsa mengakui melakukan hubungan seks dengan suspek pada pertemuan pertama iaitu awal tahun ini.

"Bagaimanapun, selepas mengetahui teman lelakinya itu meninggal dunia akibat kemalangan berhampiran Kampung Raja, Besut, April lalu, mangsa bertindak membeli alat ujian mengandung sebulan selepas itu iaitu Mei lalu," katanya ketika ditemui di pejabatnya.

Wan Abd Aziz berkata, hasil ujian menunjukkan mangsa positif mengandung, namun bertindak mendiamkan diri kerana bimbang perkara itu diketahui keluarga.

Bagaimanapun katanya, pada pagi Selasa lalu, mangsa yang mengalami sakit perut telah dihantar ke klinik kesihatan oleh kedua orang tuanya sebelum dikejutkan dengan pengesahan doktor memaklumkan mangsa mengandung tujuh bulan.

"Sejurus menerima maklumat itu, pegawai kesihatan bertugas membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja, Besut, kira-kira jam 2.30 petang.

"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol, namun kita akan membuat beberapa penilaian memandangkan suspek sudah meninggal dunia," katanya. - 29/8/14


Tiada ulasan: