Isnin, 25 Ogos 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


PAS Serah Sultan Tentukan MB Selangor, Media dan Penyokong PR Bidas Tindakan Tersebut

Posted: 25 Aug 2014 05:45 AM PDT



Ikrar dan Janji PAS di Selangor Tiada Nilai 

[The Malaysian Insider] PAS hari ini bertukar haluan dan membuat keputusan menyerahkan kepada Sultan Selangor bagi melantik calon yang sesuai untuk memegang jawatan menteri besar Selangor. 

Ini menunjukkan PAS tidak boleh dipercayai untuk menunaikan janjinya selepas menunggu sebulan untuk memutuskan calon menteri besar Selangor disokongnya. 

Lebih daripada itu, PAS mengambil keputusan memberikan kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar. 

Apa yang kita semua ketahui adalah Sultan termaktub kepada sistem raja berperlembagaan dan berpandukan kepada undang-undang dan konvensyen yang ditetapkan sejak merdeka pada 1957. 

Ia mudah. Pemimpin sebuah parti akan mencadangkan dan menyokong ahli yang memiliki keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Hanya pada 2008, syarat tersebut dipecahkan, kemudian di Terengganu, Perlis dan Perak. Dua insiden melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kemudiaan melibatkan pertukaran kerajaan di Perak. 

Dan hari ini, PAS memutuskan mereka mengendahkan syarat tersebut danmemberi kuasa kepada Sultan Selangor untuk memutuskan siapa yang sepatutnya menjadi menteri besar. Bukan kepada gabungan pemerintah dan rakyat. 

"Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS memutuskan pada 25 Ogos untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan kepada Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor,"kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media hari ini. 

"Kami buat kenyataan terbuka. Apabila kata biar Sultan yang putuskan, bermakna Sultan yang boleh pilih," katanya. 

"Kami tidak kata secara spesifik...kamu boleh fikir sendiri." 

Keputusan tersebut menyaksikan 13 baki Adun PAS Selangor tidak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau parti Islam tersebut memberi sokongan kepada presiden PKR itu untuk menjawat kedudukan menteri besar. 

Bagaimanapun, perkara tersebut tidak penting kerana Dr Wan Azizah sudah memiliki sokongan 30 Adun. Beliau tidak perlu sokongan baki 13 Adun PAS tersebut. 

Kemelut ini menunjukkan secara PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai. 

PAS tidak faham mengenai gabungan dalam politik dan lebih memburukkan keadaan adalah mereka sanggup membelakangkan undang-undang untuk mencapai suatu matlamat. 

Adakah mereka memikirkan mengenai gabungan dalam politik semasa PKR dan DAP bersetuju melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada 2008 walaupun tidak memiliki majoriti dalam Dewan? 

Sebaliknya, ini hanya menyerlahkan wajah sebenar PAS. Sebuah parti yang sebelum ini bercakap mengenai negara berkebajikan tetapi kini lebih banyak bercakap mengenai undang-undang jenayah Islam, hudud dan hukuman daripada kebajikan atau ihsan. 

Keputusan hari ini membuktikan PAS hanya memberikan janji kosong. PAS bukan untuk semua, tapi hanya untuk mereka sendiri. - 25/8/14


Kredit: Kelab GB

Berkaitan:

ADUN PAS Tak Akan Tandatangan SD

[Malaysia Kini] Seramai 13 lagi ADUN PAS di Selangor tidak akan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail walaupun menyokong pencalonannya sebagai menteri besar baru Selangor. 

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali hanya memberikan kenyataan ringkas sewaktu ditanya tentang perkara itu pada sidang media pagi ini. 

"Nak tandatangan atau tidak? Tak," jawabnya ketika ditanya wartawan. 

Jelasnya sebelum itu, soal SD itu "tidak dibangkitkan" dalam mesyuarat anggota jawatankuasa Pusat PAS pagi ini. 

"Tak berbangkit itu maknanya taklah," katanya lagi. 

Sebelum ini PAS mencadangkan dua nama kepada Pakatan Rakyat bagi menggantikan Menteri Besar sekarang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Selain Wan Azizah, PAS turut mencadangkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebagai calon menteri besar yang baru. 

Bagaimanapun, Pakatan akhirnya hanya menghantar nama Wan Azizah kepada pihak istana. 

Sebelum ini, ADUN PAS Hulu Kelang Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin (Morib) menandatangani SD menyokong Wan Azizah ketika parti itu masih lagi menyokong Khalid untuk kekal sebagai menteri besar. 

Bagaimanapun, Saari Sungib kemudiannya menjelaskan bahawa kehadirannya di sidang media bersama Wan Azizah itu, bukan untuk menyokong presiden PKR itu sebagai menteri besar Selangor, sebaliknya bertujuan menolak Khalid, 

Sementara itu, dalam sidang media tengah hari ini, Mustafa turut membacakan kenyataan iringannya tentang pelantikan menteri besar Selangor. 

"Mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untik menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor," katanya. -25/8/14



Cara Atur Langkah Kajang Wujudkan Kemelut Selangor - Dr Nasir PSM

Posted: 25 Aug 2014 05:40 AM PDT



[Malaysia Kini] Parti Sosialis Malaysia (PSM) sesungguhnya yakin DYMM sultan Selangor akan, dengan kebijaksanaan baginda, menyanjung dan terus akur kepada perlembagaan negeri yang berpaksikan amalan demokrasi dan melantik menteri besar baru daripada parti yang mempunyai majoriti jelas dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kelayakan sama ada seorang calon itu sesuai memegang jawatan menteri besar seharusnya diserahkan kepada parti yang memiliki majoriti jelas dalam DUN.

Amalan demokrasi di Malaysia akan diperkasakan hanya jika semua pihak yang terlibat menghormati sistem Raja Berlembagaan yang menghadkan kuasa Raja kepada tugasan-tugasan tertentu .

Andaikata tidak ada majoriti jelas, satu persidangan khas DUN harus dipanggil untuk memilih menteri besar baru.

Dan jika DUN gagal menyelesaikan kemelut ini, maka satu pilihan raya negeri harus dipanggil untuk membolehkan rakyat mengundi parti dan seterusnya menteri besar dipilih secara amalan biasa.

Jawatankuasa Pusat PSM yang bermesyuarat pada 22 Ogos lalu berpendapat cara Pakatan Rakyat menangani krisis menteri besar amat mendukacitakan dan memalukan.

Tikam menikam

Sepatutnya tiga parti yang membentuk kerajaan di Selangor ini bermesyuarat terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan terbuka bersifat tikam menikam dan menjadikan proses membuat keputusan begitu sukar sekali.

PSM juga berpendapat cara PKR mengaturkan "Langkah Kajang" dan memilih bakal MB tanpa terlebih dahulu berbincang dengan rakan-rakan dalam PR turut menyumbangkan kepada kemelut krisis Menteri Besar Selangor.

"Langkah Kajang" yang dihebohkan pada awalnya sebagai satu langkah menghindar rampasan kuasa daripada BN juga nampaknya tidak masuk akal dan ia semakin jelas sebagai usaha menyelesaikan pergelutan kuasa dalam PKR.

PSM juga berpendapat Tan Sri Khalid Ibrahim seharusnya undur dan letak jawatan memandangkan beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti.

Namun kami juga berpendapat walaupun Khalid menjadi fokus utama, tetapi kepimpinan Pakatan juga harus bertanggungjawab atas calon-calon dan tingkah laku mereka.

Khalid ialah pilihan Pakatan sebagai calon menteri besar selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan jika ia pilihan salah maka Pakatan harus bertanggungjawab.

'Tuduh dulu baru minta tunjuk sebab'

PSM juga berharap sebarang tuduhan ke atas Khalid dilakukan secara profesional dan tindakan diambil melalui proses perundangan dan bukan melalui kerenah "politik".

Sememangnya tidak profesional tindakan menyebarkan tuduhan rasuah terhadap menteri besar secara terbuka dan baru selepas itu memberikan surat tunjuk sebab.

Ini menggambarkan proses tidak baik kepada cara pemerintahan Pakatan yang hendak ke Putrajaya dan menjadi alternatif kepada BN.

Exco juga harus bertanggungjawab atas segala keputusan yang telah diambil bersama dan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya mencuci tangan.

Mereka seharusnya lebih bertanggungjawab dan bukan sekadar melepaskan diri bercerita mengikut selera dan kehendak waktu.

Proses menewaskan BN di Selangor adalah keputusan berani oleh rakyat yang memilih kerajaan Pakatan.

Namun kepercayaan dan keyakinan ini tidak seharusnya dikhianati atas isu politik dalaman mahupun isu rebutan kuasa. - DR NASIR HASHIM pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM).



[Video] Raja Komando Dedah Dua Sebab Beliau Bantah dan Letak Jawatan dalam PKR

Posted: 25 Aug 2014 05:35 AM PDT






[Video] Laura Bushney Dedah Perincian Dakwaan Dirinya Dicabul, Klip Ketua Pramugara MAS Nafi & Mohon Maaf

Posted: 24 Aug 2014 06:08 PM PDT


Dakwaan 'Serangan Seksual' di dalam Pesawat

[Malaysia Kini] Warganegara Australia Laura Bushney, akhirnya mendedahkan kepada umum pengalaman diserang secara seksual oleh seorang ketua pramugara Malaysia Airlines (MAS).

Dalam rancangan temubual "Sunday Night" yang disiarkan saluran televisyen Australia Channel Seven hari ini, Bushney berkata ketua pramugara itu "mengurut kakinya" kononnya untuk "menenangkan beliau".


Menurut Yahoo! Australia Bushney berkata beliau tidak mampu bertindak balas kerana terlalu takut ketika insiden berlaku dalam penerbangan MAS MH20 dari Kuala Lumpur ke Paris 4 Ogos lalu.

"Saya hanya terus bertanya kenapa saya tidak menjerit? Kenapa saya tak hentikannya (perbuatan itu)? Saya seorang yang kuat kerana saya boleh berbuat demikian. Saya tahu saya boleh," kata beliau dipetik dari temubual itu.

Rakaman audio insiden itu yang dibuat menerusi telefon bimbit turut didedahkan dan Bushney didengari membisik "Dia (pramugara) sedang mengurut kaki saya... Saya sangat takut, saya kena turun dari kapal terbang ini."

Menurut laporan itu, Bushney berkata pramugara itu meletakkan tangan di kakinya kemudiannya menggerakkan jarinya ke arah pusat wanita itu tetapi ditolak.

Bushney dilapor mengadu kepada polis di Lapangan Terbang Charles De Gaulle selepas mendarat di Paris dan pramugara itu dikatakan telah membuat pengakuan.

Ia menambah, MAS mengesahkan seorang penumpang membuat dakwaan itu terhadap seorang kru penerbangannya.

"Kakitangan syarikat yang dipersoal itu sudah ditahan dan disiasat oleh polis Perancis," MAS dipetik sebagai berkata.

Dilaporkan MAS juga berkata mereka meletakkan piawai tertinggi berhubung tingkah laku anak kapalnya dan memandang serius dakwaan itu. -25/8/14





Tukang Masak Maut Dipatuk Kepala Ular

Posted: 24 Aug 2014 05:59 PM PDT



[Harian Metro] Guangzhou: Seorang chef mati dipatuk ular tedung 20 minit selepas kepala reptilia berkenaan dipisahkan dari badannya untuk dimasak.

Dalam kejadian itu, tukang masak berasal dari Foshan, Peng Fan dilaporkan sedang menyiang seekor ular tedung. Restoran berkenaan memang dikenali ramai kerana menyediakan hidangan istimewa menggunakan daging ular tedung Indochina.

Media semalam melaporkan, Peng bercadang membuang kepala ular itu ke dalam tong sampah apabila dia dipatuk. Sumber berkata, badan ular itu biasanya dimasak sup manakala kepalanya dibuang begitu saja. Ia adalah hidangan popular di Guangdong dan banyak ditawarkan di restoran mewah wilayah berkenaan.

Pelanggan restoran itu, Lin Sun, 44, berkata, dia datang bersama isterinya ke restoran berkenaan untuk meraikan hari lahir apabila tiba-tiba suasana menjadi kecoh.

"Kami tidak mengetahui apa yang berlaku, tetapi dapat mendengar jeritan dari dapur. "Kami nampak pekerja restoran menghubungi doktor. "Apabila bantuan perubatan tiba, dia sudah meninggal dunia," katanya.

Selepas mendengar berita itu, dia dan isterinya segera meninggalkan restoran berkenaan. Mangsa patukan ular tedung Indochina biasanya mengalami sesak nafas kerana toksik dalam bisa ular melumpuhkan sistem pernafasan.

Jurucakap polis berkata, ia adalah kes luar biasa tetapi dikategorikan sebagai kemalangan.

"Tiada apa yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan Peng. "Sepatutnya vaksin antibisa boleh membantu, namun ia tidak sempat diberikan. Ia memang tragik," katanya.

Pakar ular, Yang Hong-chang berkata, menyatakan semua reptilia boleh hidup sehingga satu jam selepas terputus sebahagian atau keseluruhan badannya.

"Memang ada kemungkinan ular itu masih hidup walaupun kepala dan badannya sudah terpisah. "Apabila kepala ular dipotong, sistem badannya terhenti namun masih ada tindak balas boleh berlaku dan ia mampu mematuk," katanya. - Agensi/25/8/14


Dulu Kecoh Warga China dan India Hilang Entah di Mana dalam Malaysia, Sekarang Beri Visa Percuma 3 Bulan Pula!

Posted: 24 Aug 2014 05:54 PM PDT


Visa Percuma 3 Bulan kepada Pelancong China

[Harian Metro] Kuala Kangsar: Jawatankuasa Kabinet Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sudah membincangkan tawaran untuk memberikan kelulusan visa percuma selama tiga bulan kepada pelancong dari China dalam usaha menarik kedatangan mereka susulan kejadian kehilangan pesawat penerbangan MH370.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab berkata, tawaran itu dibincangkan berikutan kebimbangan penurunan jumlah pelancong dari negara itu berikutan insiden terbabit dan penawaran itu dijangka mampu menarik pelancong dari China, sekali gus menjadi penyumbang kepada sektor ekonomi negara.

Menurutnya, walaupun insiden membabitkan penerbangan MAS itu dijangka memberikan impak kepada sektor pelancongan dari segi kedatangan pelancong dari China, ia kembali pulih selepas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke negara itu, Mei lalu.

Katanya, berdasarkan statistik jumlah pelancong dari negara China yang direkodkan kementerian sehingga Mei lalu mencatatkan jumlah peratusan pelancong sebanyak 10.1 peratus, sekali gus mencapai sasaran ditetapkan kementerian.

"Kementerian menetapkan sasaran 9.9 peratus melalui rekod jumlah kedatangan pelancong dari China ialah 10.1 peratus," katanya. -25/8/14

Ulasan dan berita berkaitan di sini, di sini

Tiada ulasan: