Selasa, 19 Ogos 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


'Michael Jackson' Ditembak Mati

Posted: 19 Aug 2014 01:19 AM PDT


[Berita Harian] SYDNEY: Buaya putih yang dinamakan 'Michael Jackson' ditembak mati hari ini selepas ia membaham seorang nelayan.

Pihak berkuasa dipanggil sebaik sahaja lelaki berusia 57 tahun hilang selepas dia memasuki ke dalam air di Sungai Adelaide yang mempunyai buaya bagi menanggalkan tali pancing.

Polis berkata isteri mangsa berada bersamanya di tebing sungai itu tetapi tidak nampak saat ketika buaya berukuran 4.5 meter itu melakukan serangan.

"Isterinya tidak nampak serangan buaya itu tetapi terdengar jeritan dan kemudian baru terlihat ekor yang membadai di dalam air," kata Superintendan Polis Wilayah Utara Jo Foley.

Polis kemudian menjumpai mayat lelaki itu dari sungai berkenaan.

Tempat di mana mangsa berkenaan dibawa, kira-kira 60 kilometer dari Darwin, adalah berdekatan kawasan popular di mana pelancong datang untuk melihat buaya melompat daripada air untuk mengambil makanan yang digantung pada tiang. - AFP/19/8/14

2 Maut, 4 Parah Kereta Perisai ATM Terbalik

Posted: 19 Aug 2014 01:11 AM PDT


Foto: NSTP
[Berita Harian] SANDAKAN: Dua anggota tentera maut manakala empat lagi parah selepas sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbalik di Jalan Sungai Tiram, Batu 19, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat yang parah dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini, untuk rawatan lanjut.

Dua anggota tentera yang maut ialah mohd Hanif Patahur Rahim, 31, dan Ahmad Fikri Mansor, 23.

Mereka bersama anggota yang cedera adalah dari Kem Batu 10 di Kuantan, Pahang yang bertugas di sini mengikut Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mulai 15 Jun lalu hingga 15 September ini.

Difahamkan, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke Kem Sri Kinabatangan selepas menjalankan rondaan keselamatan di sebuah resort di sini. - 19/8/14


Lelaki Mengaku Salah Rogol Anak Tiri

Posted: 18 Aug 2014 09:14 PM PDT


[Sinar Harian Online] TEMERLOH – Seorang lelaki berketurunan Orang Asli dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 15 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam selepas tertuduh mengaku salah merogol anak tirinya berusia 13 tahun hingga melahirkan bayi.

Hakim Jamaludin Mat menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Muhamad Sani 37, selepas mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anak tirinya itu di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Paya Sendayan, di sini dua tahun lalu.

Mangsa yang ketika itu berumur 13 tahun melahirkan bayi perempuan pada 11 Februari 2013 jam 3.40 petang di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini.

Bapa kandung mangsa yang tidak berpuas hati membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan meminta siasatan dilakukan ke atas bapa tiri mangsa kerana sewaktu kejadian mangsa tinggal bersama ibu kandung dan bapa tirinya.

Dalam laporan kimia yang diperoleh mendapati tertuduh adalah bapa kepada kandungan yang dilahirkan mangsa dan seterusnya tangkapan ke atasnya dibuat pada 17 Ogos lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwaraya Nik Rabiatul Adawiah Saupi. – 19/8/14


Perkosa 100 Mayat

Posted: 18 Aug 2014 09:09 PM PDT



[Harian Metro] Cincinnati (Amerika Syarikat): Seorang pekerja rumah mayat mengaku dia mungkin melakukan hubungan seks dengan lebih 100 mayat wanita dan terus melakukan perbuatan itu walaupun setelah isterinya mendedahkan perbuatannya kepada majikannya.

Pekerja rumah mayat daerah Hamilton Kenneth Douglas yang masih dalam penjara selepas didapati bersalah memperkosa tiga mayat, mengaku perbuatan kejinya itu dalam satu wawancara audio.

"Saya akan naik ke atas mayat dan menanggalkan seluar saya sebelum merogol mereka," katanya.

Bercakap mengenai mayat seorang mangsanya, Charlene Appling, Douglas berkata: "Saya masih ingat pergi ke tempat simpanan mayat, menarik mayatnya keluar ke bilik belakang dan mengadakan seks dengannya."


DOUGLAS

Mengenai jumlah mayat, Douglas berkata: "Mungkin sehingga seratus."

Menurut lelaki itu, tabiat buruknya itu berpunca daripada arak dan dadah.

"Jika saya tidak minum atau mengambil dadah ketika pergi kerja, ia tidak akan terjadi. Saya akan melakukannya apabila saya mengambil dadah atau minum arak," katanya.

Isterinya, dalam keterangannya kepada penyiasat pula berkata, dia cuba mendedahkan mengenai tabiat suaminya kepada seseorang, tetapi tindakannya itu menyebabkan dia dipecat.

Menurut laporan stesen televisyen tempatan, WCPO, Douglas mengaku mengadakan seks dengan mayat April Hicks, Karen Range and Charlene Appling. 

Charlene dan Karen adalah mangsa pembunuhan.

Pada 2008, ujian DNA mengesahkan air mani Douglas ditemui dalam mayat Karen dan dia dikenakan hukuman tiga tahun penjara selepas mengaku bersalah.

Pada 2012, Douglas sekali lagi mengaku bersalah, kali ini atas tuduhan memperkosa mayat April dan Charlene. - Agensi/19/8/14


"Kak tolong saya...saya hampir nak dirogol...laki tu nak bunuh saya...tolong saya kak."

Posted: 18 Aug 2014 06:50 PM PDT


[Sinar Harian] PUCHONG - "Kak tolong saya...saya hampir nak dirogol...laki tu nak bunuh saya...tolong saya kak."

Rayu seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah, di tepi jambatan Taman Mas menghubungkan Kampung Seri Aman, Puchong dengan Bandar Saujana Putra di sini, petang semalam.

Wanita Indonesia berusia 32 tahun itu memberitahu kejadian berlaku ketika dia menunggu bas di hentian Taman Putra Perdana untuk pulang ke rumah setelah tamat waktu bekerja jam 3 petang.

Selepas beberapa minit menunggu bas, mangsa yang mahu dikenali sebagai Yusma berkata, tiba-tiba dia didatangi seorang penunggang motosikal yang mempelawa untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Mulanya mangsa enggan menerima pelawaan tersebut namun berubah fikiran selepas melihat wajah lelaki itu yang kelihatan baik dan seperti berniat ikhlas.

Yusma berkata, dia bagaimanapun mula rasa risau apabila motosikal dibonceng bukan menghala ke rumahnya sebaliknya ke laluan tak pernah dilaluinya.

"Masa itu saya cuba untuk turun dari motosikal tapi lelaki itu menunggang dengan laju dan hanya berhenti di tepi jambatan yang sunyi. Saya cakap kat dia kalau nak ambil rantai leher ambillah tapi dia bukan saja menyentap barang kemas dipakai tetapi turut menghentak muka dan tangan saya beberapa kali menggunakan topi keledar," katanya.

Menurut Yusma, lelaki itu tidak terus melepaskannya sebaliknya meluru ke arahnya dan beberapa kali mengatakan hendak merogol dan membunuhnya.

Akibat terlalu takut Yusma berlari untuk menyelamatkan diri namun lelaki itu terus mengejarnya.

"Lelaki itu memukul saya lagi beberapa kali dan cuba untuk merogol saya, ketika itu saya gagahkan diri untuk bangun, menendang kemaluannya menyebabkan dia terjatuh sebelum terus bersembunyi di sebalik kawasan semak.

"Dari celah-celah rimbunan rumput, saya nampak lelaki itu cuba mencari saya namun beredar beberapa minit kemudian," katanya.

Dia yang mengalami kecederaan serius di muka dan tangan kemudian diselamatkan orang awam yang melalui jalan itu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut. - 18/8/14


Tiada ulasan: