Jumaat, 15 Ogos 2014

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Isu MB Selangor: Apa kata Mat Sabu, Khalid Samad, dan Mujahid Yusof Rawa?

Posted: 15 Aug 2014 07:15 AM PDT


[AlHusseyn] Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, "Bagaimana kita (PAS) boleh menyokong Khalid apabila beliau tidak lagi dalam PKR?". 

"Beliau adalah seorang menteri besar Bebas sekarang. Tak ada isu lagi untuk kita menyokong Khalid," katanya ketika ditemui di Pulau Pinang hari ini.

Untuk ini, Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu , berkata, "Sudah pasti kita bersama dengan Pakatan." 

"Ia adalah wajib bagi kita untuk bersama Pakatan. Kita tidak boleh lari daripada ini. 

"Kita akan rugi jika kita berpecah dari Pakatan," katanya, merujuk kepada kerjasama dimanfaatkan dengan sekutunya DAP dan PKR terutamanya semasa pilihan raya kecil sejak 2008.

"Ada pendapat peribadi tertentu yang mengatakan sebaliknya tetapi itu masih pendapat peribadi mereka, kepimpinan adalah komited kepada Pakatan," katanya di sini




Sementara itu MP PAS Khalid Samad berkata parti itu sudah memberi masa secukupnya untuk Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berundur.

"Beliau tidak setia pada Pakatan Rakyat dan apabila (Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin) menyokongnya tanpa belah bagi, menyebabkan timbul lebih banyak tanda tanya.

"Jadi, walau (PKR dan DAP) marah dan cuba menekan PAS agar membuat keputusan lebih awal, saya percaya perkembangan yang berlaku kini akan membantu kami membuat keputusan yang betul," katanya dalam satu sidang media di sini


 

Sebelum ini, Mujahid Yusof Rawa, seorang AJK PAS Pusat telah berkata, "Menukar seorang MB adalah satu biasa. Mungkin akan ada lebih banyak kes-kes atau cabaran seumpama itu pada masa akan datang. Malah, parti itu tidak memerlukan sebab untuk mengeluarkan Khalid. Ia adalah dalam kuasa parti itu untuk melakukannya. 

"Siapa Khalid? Mengapa dia begitu istimewa? Kita telah melihat Menteri Besar datang dan pergi. Ia tidak boleh dianggap sebagai sesuatu yang istimewa atau mengejutkan," katanya di sini. -14/8/14


P/s: Panas telinga geng UG.


Isu MB Selangor: Pesan Husam kepada Khalid Ibrahim

Posted: 15 Aug 2014 06:39 AM PDT


Khalid Ibrahim Cukuplah Memperalatkan PAS

Saya memerhatikan pergolakan Selangor sambil mendisiplinkan diri dengan membisu sekian lama. Diharapkan ia tidak menambahkan kekeruhan sedia ada sekalipun sekian ramai awak-awak mengharu-birukan lagi keadaan dengan komen yang sesetengahnya tidak bertanggungjawab, bahkan mencederakan nama baik PAS.

Tikus lebih mudah merosakkan labu kerana menghancurkan lebih mudah daripada membina.

Namun begitu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai seorang insan gentleman dan berakhlak mulia mesti tahu batas beliau boleh menumpang PAS.

Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan PAS dalam lingkungan semangat Pakatan Rakyat (PR). Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu sudah berlalu.

Perkembangan lain berlaku selepas episod itu. Di mana PAS tidak wajar timbul tenggelam dengan Khalid dan menggorbankan prinsipnya yang lebih besar, nama baiknya, akhlak politik dipegangnya dan amanah atas nama PR yang ia perolehi daripada rakyat Selangor.

Tan Sri sudah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan dan bukan mewakili PR lagi.

Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini?

Kerajaan Selangor adalah kerajaan PR. Bukan kerajaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Bagaimana seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas bukan anggota PR boleh terus menjadi menteri besar PR?

Tan Sri memecat exco daripada PKR dan DAP. Juga mengambil pelbagai langkah politik lain lagi yang ikut memalitkan PAS tetapi PAS tidak pernah tahu mengenainya.

Tindakan ini boleh memecahbelahkan PR kerana seakan-akan menunjukkan PAS terus mendokong menteri besar yang sudah hilang legitimasi.

Ia merosakkan PAS dan Tan Sri tidak berhak berbuat demikian kepada PAS.

Untuk memecat exco daripada PKR dan DAP dan mengekalkan PAS, ia mesti dibincangkan lebih dulu dengan PAS (Jawatankuasa PAS Pusat) dan mendapat persetujuan gabungan yang lain.

Setahu saya, PAS Pusat tidak pernah bermesyuarat dalam tempoh ini untuk memutuskan kedudukan itu.

Saya selaku salah seorang naib presiden tidak pernah dimaklumkan mana-mana pihak tentang hal ini. Setahu saya, PAS Pusat juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa untuk memutuskan perkara ini.

Dengan ini, Tan Sri sudah melibatkan PAS untuk survival Tan Sri sebagai menteri besar dengan cara yang menjejaskan nama baik PAS di mata rakyat Selangor. Ini sangat tidak wajar.

Bagaimana Tan Sri boleh kekal sebagai menteri besar dengan tidak melepaskan jawatan secara bermaruah pada hari sama Tan Sri dipecat sebagai ahli PKR? Sultan menitahkan untuk Tan Sri kekal adalah kebijaksanaan baginda tetapi Tan Sri mempunyai pilihan untuk menolak perkenan itu atas pilihan Tan Sri sendiri.

Apa lagi bertindak seakan-akan Tan Sri masih berkuasa penuh padahal asas legitimasi Tan Sri sudah runtuh. Untuk kekal sebagai menteri besar, Tan Sri tidak boleh mencaturkan 15 Adun PAS untuk menggenapkan cukup bilangan bagi pembentukan kerajaan Selangor PAS + Umno + Khalid + lompat parti DAP/PKR.

Itu sangat tidak bermoral. Itu meniru gaya Umno di Perak. Perbuatan terkutuk dan ditolak amalan demokrasi yang mulia. Memasukkan perkongsian kuasa PAS dan Umno melanggar banyak prinsip yang dipegang PAS selama ini.

Umno adalah lawan PAS dan tidak ada mana-mana kuasa dalam PAS boleh mengizinkan PAS berkongsi kuasa dengan Umno tanpa melalui kelulusan Muktamar Agung PAS.

Ia tidak mungkin dilakukan dalam jangka masa Tan Sri membilang jumlah Adun untuk mengekalkan Tan Sri sebagai menteri besar sekarang. Tan Sri sudah tidak mempunyai cukup bilangan sekarang.

Jika itu dilakukan PAS, bermakna PAS menerima hubungan 'sodomy'.

15 Adun PAS dipilih rakyat Selangor atas tiket kerja sama PR. Umno ditolak majoriti rakyat Selangor kecuali di 12 DUN. Kedudukan Umno adalah sebagai pembangkang dan PAS adalah sebahagian kerajaan Selangor.

Membawa Umno daripada pembangkang dan duduk sebagai kerajaan bersama PAS dengan menolak dua lagi parti gabungan yang dipilih secara sah oleh rakyat adalah perbuatan terkutuk yang tidak dizinkan Islam.

Islam tidak mengizinkan pengkhianatan. Islam tidak mengizinkan pecah amanah. Dalam hal ini, amanah majoriti pengundi Selangor memilih PR sebagai kerajaan dan menolak Umno.

Tan Sri sebagai tokoh korporat yang biasa dengan angka tentu tahu, sekalipun 15 Adun PAS campur 12 Adun Umno campur Tan Sri, ia hanya berjumlah 28 Adun daripada 56 jumlah Adun.

50:50. Ia tidak membolehkan Tan Sri mendapat majoriti mudah dari awal, sekalipun jika PAS dan Umno sanggup bersekongkol untuk mendaulatkan seorang insan bernama Khalid Ibrahim lebih daripada segala-galanya.

Sementara PAS dan Umno kedua-duanya, secara pendirian parti yang rasmi, tidak pernah memberikan persetujuan itu sehingga hari ini. Hari Jumaat yang mulia - 15 Ogos 2014 - hari ini.

Jika Tan Sri mengharapkan Rodziah Ismail dan Datuk Teng Chang Kim yang disebut-sebut kononnya akan bersama Tan Sri sehingga Tan Sri melewatkan pemecatan Rodziah berbanding yang lain, namun mereka mengambil pendirian insan bermaruah dan pendekar terbilang kerana kekal bersama parti masing-masing.

Syabas! Saya amat bangga dengan mereka dan ia memberikan hiburan bagi hati yang gundah di tengah kecenderungan menggunakan "jual beli kuda taruhan".

Kentalnya Rodziah menolak tawaran kekal dalam exco sekalipun berkereta besar dan bergaji lumayan adalah satu tamparan yang patut menyedarkan Tan Sri pada saat itu juga.

Legitimasi Tan Sri sebagai menteri besar sudah berakhir.

Harapan mendapatkan sekurang-kurangnya seorang Adun untuk mendapatkan majoriti mudah sudah tertutup.

Apa lagi bila dua Adun PAS mengambil langkah bersendiri mereka menolak Tan Sri sebagai menteri besar secara terbuka.

Sekalipun jika jarum jam boleh berpatah ke belakang, saya akan menasihatkan mereka untuk terlebih dulu mendapat restu parti. Itu yang terbaik.

Tetapi tindakan mereka meletakkan usaha pihak mana jua untuk mewujudkan sebuah kerajaan gabungan PAS, Umno, Khalid dan Adun lompat gagal dan mustahil.

Tan Sri tahu ini.

Lantas, apa lagi yang ditunggu?

Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan menteri besar?

Atau Tan Sri kini berfikir untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)?

Bukankah tindakan itu akan menyusahkan Tuanku Sultan Selangor?

Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri mengadap Sultan Selangor baru-baru ini Tan Sri mencadangkan DUN dibubarkan?

Jika kerana Tan Sri gagal mendapatkan cukup bilangan Adun dan Sultan Selangor mengambil langkah membubarkan DUN, ia pada hemat saya, akan mencemarkan istitusi diraja.

Model Perak di mana tokoh yang mendapat sokongan majoriti dilantik tanpa pembubaran DUN dan tanpa sidang DUN hendaklah menjadi cermin. PAS sudah mengalami pengalaman pahit bila menteri bedar Kelantan yang dilantik atas tiket PAS dan hendak ditukar oleh PAS, antara lain bukan kerana kesalahan jenayah rasuah tetapi semata-mata kerana gagal mengikut semangat dan arahan parti, mencetuskan krisis disebabkan Umno melanggar konvensyen urusan parti lain tidak boleh dicampuri parti gabungan yang lain.

Malangnya Umno melanggar konvensyen itu. Lama PAS mengutuk tindakan jahat Umno itu. Dari dulu hingga kini. Ia tercatat dalam dokumen rasmi PAS, ucapan pemimpinnya dan tesis para mahasiswa.

Oleh itu, Tan Sri tidak harus mengheret PAS dalam krisis Tan Sri.

Parti Tan Sri berhak menukar Tan Sri dengan calon lain.

PAS boleh memberikan pandangan tetapi harus akur prerogative itu adalah hak PKR.

Itulah yang berlaku di Kedah semasa ada pandangan Tan Sri Azizan Abdul Razak wajar ditukar daripada terus menjadi menteri besar.

PKR tidak menjamah urusan itu.

Jika Tan Sri berterusan mengheret PAS, seakan Tan Sri mahu PAS dilihat melanggar konvensyen yang sudah dijunjung sejak ia kehilangan kuasa di Kelantan 1978. Jika budi PAS yang sudah menunjukkan setia kawan bersama Tan Sri dihargai, janganlah PAS diseret lebih jauh.

Meletakkan jawatan adalah langkah terhormat. Ia bukan akhir sebuah karier politik.

Bertindak secara tidak bermaruah itulah sebenarnya akhir sebuah karier politik. Dan hitamnya rekod kehidupan.

Pada hari Jumaat yang berkat ini, kita memohon panduan Allah.

Husam Musa,

Naib presiden PAS, 15 Ogos 2014.

*Datuk Husam Musa merupakan naib presiden PAS dan Adun Salor.


P/s: Panas telinga ejen UG.

Salut!!!


Allah Selamatkan Selangor dengan 2 Adun PAS - AJK Pusat

Posted: 15 Aug 2014 06:31 AM PDT



[The Malaysian Insider] Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad menganggap tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pertolongan Allah untuk menyelamatkan Selangor dan Pakatan Rakyat (PR).

Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin terpaksa membuat "ijtihad" (keputusan) peribadi untuk menyelamatkan PR walaupun PAS hanya akan membuat keputusan rasmi mengenai isu tersebut dalam mesyuarat 17 Ogos ini.

"Dua Adun PAS ini membuka pintu untuk peralihan kuasa ketika Selangor mengalami kebuntuan dalam krisis menteri besar dan Khalid kini sudah tidak mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur hari ini,

"Tindakan kedua-dua Adun PAS ini saya anggap sebagai pertolongan Allah untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat dan kerajaan negeri Selangor," katanya.

Semalam Adun Hulu Klang dan Adun Morib bersama-sama 28 lagi Adun PKR dan DAP menyatakan secara terbuka mereka hilang kepercayaan terhadap Khalid dan mahu Dr Wan Azizah yang merupakan Adun Kajang menjadi menteri besar Selangor yang baharu.

Khalid yang kini merupakan Adun Bebas selepas dipecat PKR, hanya mempunyai sokongan 13 Adun daripada PAS dan 12 Adun Umno, menjadikannya hanya 26 Adun.

Dzulkefly sebelum ini pernah berkata, PR sedang dalam proses memusnahkan diri sendiri dan hanya bantuan Allah (divine intervention) dapat menyelamatkannya.

"Dengan adanya 30 Adun menyokong Dr Wan Azizah, tidak perlulah Sultan Selangor membubarkan DUN dan menteri besar baharu sudah boleh dilantik.

"Khalid kini sudah tidak mempunyai sokongan majoriti Adun Selangor dan beliau perlulah berundur secara terhormat," katanya.

Dzulkefly berkata, PAS sedar dengan kemarahan penyokong PR dan orang ramai kerana masih belum membuat keputusan ketika krisis besar melanda dan berkemungkinan akan menyebabkan berakhirnya kerjasama dengan PKR dan DAP sejak 6 tahun lalu.

"Tindakan 4 exco PAS itu terus bersama Khalid semata-mata untuk mempertahankan kerajaan negeri Selangor," katanya.

Semalam Setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman meminta kedua-dua Adun Hulu Klang dan Adun Morib memberikan penjelasan dalam masa 24 jam.

Khairuddin berkata, sekiranya kedua-dua Adun berkenaan enggan berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan tindakan disiplin.

"PAS Selangor memandang serius tindakan 2 Adun PAS ini yang mengambil pendirian dan bersikap bersendiri tanpa menurut tatacara serta arahan yang ditetapkan parti.

"Saya nasihat kedua-dua Adun ini menarik balik tindakan (menyokong Dr Wan Azizah) atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan bai'ah (janji) yang dilafazkan sewaktu mereka menjadi calon (Adun)," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Walaupun Dr Wan Azizah sudah membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti 30 daripada 56 Adun Selangor, Khalid tetap mengatakan beliau kekal sebagai menteri besar dan hanya proses undi tidak percaya di DUN Selangor dapat menyingkirkannya. – 15 Ogos, 2014.

P/s: Panas telinga ejen UG.

Salut!!!


[Gambar] Budak Sekolah Sudah Macam Suami Isteri

Posted: 15 Aug 2014 02:03 AM PDT

Foto: FB
Anak siapa? 

Komen? Rasanya, anda pun berkongsi pandangan dengan DCM dan pembaca yang lain.

Bagi yang ada anak, hati-hati, jangan sampai anak anda bergambar begini.

Masalah sosial hari ini kian meruncing.

Itu fakta.

Itu realiti. -DCM




Kiki Kamaruddin Sertai Perkasa

Posted: 14 Aug 2014 09:18 PM PDT



[The Malaysian Insider] Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri Selangor semalam menyerahkan kad dan sijil keahlian kepada Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin atau lebih mesra dengan panggilan Kiki, yang mengejutkan negara dengan tindakan ganasnya membuli seorang warga tua selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.

Yang Dipertua Perkasa Selangor Abu Bakar Yahya berkata, Kiki bersama seorang lagi ahli baru Mohd Syahidzuan Samsudin menerima keahliannya di pejabat Perkasa negeri pada jam empat petang semalam.

"Kutipan wang yang dikutip Perkasa Selangor juga akan diserahkan kepada Kiki dalam satu majlis bersama penyerahan wang bantuan ke Gaza.

"Kami akan panggil rakan media untuk penyerahan. Kami hanya mengadakan kutipan bantuan kewangan kepadanya. Itu sahaja," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mahkamah Sesyen Kuantan pada 22 Julai lalu menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan diperintah melakukan khidmat sosial selama 240 jam dalam tempoh tiga bulan.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu selepas Kiki, 30, mengaku bersalah dan memohon maaf atas perbuatannya itu terhadap warga emas, Sim Siak Heong, 68.

Berdasarkan pertuduhan, Siti Fairrah didakwa dengan sengaja melakukan khianat terhadap sebuah kereta jenis Toyota Corolla yang dipandu oleh Siak Heong dengan cara mengetuk menggunakan kunci stereng di bonet hadapan, bonet atas dan cermin kenderaan itu yang menyebabkan mangsa kerugian RM500.

Kejadian didakwa berlaku di kawasan letak kenderaan Pusat Transformasi Bandar (UTC), Jalan Sekilau di Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.10 petang, 14 Julai lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh bertindak memarahi mangsa dan turut merampas kunci kereta serta pengunci stereng milik mangsa berikutan berlaku perlanggaran kecil antara mangsa dan tertuduh yang menaiki kereta jenis Peugeot dengan nombor pendaftaran CDM 25.

Abu Bakar ketika ditemui media awal bulan ini berkata tindakan Kiki yang sedia meminta maaf atas kelakuannya itu wajar dicontohi rakyat Malaysia.

Katanya, Perkasa Selangor tidak sesekali mempertikaikan keputusan mahkamah terhadap Kiki, kerana percaya sesiapa yang bersalah harus dihukum.

"Kiki sudah meminta maaf, bahkan dia juga mengakui kesalahan yang dilakukan serta menerima hukuman yang dikenakan terhadapnya.

"Lebih menarik perhatian, dia langsung tidak melawan hukuman yang dikenakan dan tidak merayu untuk diringankan hukumannya. Ini menunjukkan beliau menerimanya dengan hati terbuka," katanya seperti dilaporkan media.

Kiki semasa ditemui media di luar mahkamah pada hujung bulan lalu ternyata kesal dengan tindakan dilakukannya.

Katanya, ekoran kejadian itu, banyak ugutan yang diterima dan tidak senang dengan ugutan sedemikian.

"Saya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut pada masa akan datang. Hakikatnya, saya menerima hukuman atas perbuatan tersebut kerana kini hidup dalam keadaan trauma dan tertekan.

"Saya diekori hingga ke rumah, diugut rogol beramai-ramai, dicerca dan dimaki hamun di laman-laman sosial," katanya kepada media ketika ditemui di luar mahkamah. – 15 Ogos, 2014.


Budak 13 Tahun Bagi Gambar Bogel kepada Teman Lelaki, Kemudian...

Posted: 14 Aug 2014 09:13 PM PDT

Sekadar hiasan.

[Sinar Harian] KUALA TERENGGANU - Seorang remaja perempuan hidup dalam ketakutan selepas tindakannya menghantar gambar bogel kepada teman lelaki baru dikenali mengundang padah apabila dirinya diaibkan susulan penyebaran gambar tersebut.

Tidak cukup dengan itu, remaja berusia 13 tahun itu turut menerima beberapa ugutan akan diculik oleh teman lelakinya yang hanya dikenali melalui telefon.

Difahamkan, mereka tidak pernah berjumpa sepanjang tempoh perkenalan tersebut, iaitu sejak April lalu.

Bagaimanapun menurut sumber, selepas hampir sebulan berhubung tanpa bersemuka, teman lelakinya bertindak berani meminta mangsa menghantar sekeping gambar bogel kepadanya tetapi mangsa enggan berbuat demikian.

"Pada mulanya suspek memberi alasan kononnya meminta gambar berkenaan hanya sekadar simpanan dirinya sendiri, bagaimanapun, mangsa enggan berbuat demikian kerana malu dan tidak yakin dengan suspek.

"Keengganan mangsa telah mengundang kemarahan suspek sebelum mengugut mahu menculik mangsa sekiranya mereka terserempak di luar.

Bimbang dengan ugutan itu, mangsa yang ketakutan akur dengan arahan tersebut sebelum bertindak menghantar gambar separuh bogelnya," katanya.

Bagaimanapun suspek yang masih tidak berpuas hati kerana permintaannya untuk mendapatkan gambar bogel tidak ditunaikan, sekali lagi memaksa mangsa menghantar gambar yang menampakkan keseluruhan badan.

"Suspek yang masih tidak berpuas hati tetap memaksa dan mengugut remaja malang itu dengan niat untuk menakutkannya.

"Risau dengan ugutan tersebut, mangsa tanpa berfikir panjang mengikut arahan suspek dengan menghantar gambar bogelnya," katanya.

Jelas sumber lagi, mangsa hanya mengetahui berhubung penyebaran gambarnya pada minggu lalu selepas dimaklumkan rakan sekolah sebelum mengambil keputusan membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya dan ingin memastikan gambar terbabit tidak terus disebarkan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan dan pihaknya sedang giat mengesan suspek. -Rubiah Omar/15/8/14

Kenyataan YB Hasnul Baharudin Berhubung Dakwaan Khianat terhadap Dirinya dan YB Saari Sungip

Posted: 14 Aug 2014 08:48 PM PDT


Tindakan PAS sengaja melambat2 kan usaha melantik Menteri Besar adalah satu kesilapan yang besar dan pendapat ini dikongsi bersama kebanyakan AJK PAS Pusat.

Itulah sebabnya Presiden tidak memanggil mesyuarat AJK PAS Pusat yang mempunyai kuasa eksekutif. 10/8 di tunda ke 13/8 ke 17/8.

Alasan untuk bargain dan tidak bersetuju dgn Dr Wan Azizah adalah tidak munasabah. Kita pakatan rakyat boleh duduk berbincang sehingga rentung dan hantar satu nama. Kalau sultan tolak kita hantar nama lain dan seterusnya. Tapi kita terus amik sikap sambil lewa. Sehingga imej kita rosak di mata pengundi2 pLPakatan Rakyat terutama bangsa Cina. Pesuruhjaya Selangor tidak memanggil mesyuarat dan ambil tindakan proaktif dan serahkan 100 peratus ke pusat. Kita yang duduk di Selangor tentu lebih faham dan seharusnya bertanggungjawab.

Saya yang menyokong pakatan rakyat akan di hadap ke tindakan disiplin.

Macam mana exco yg bersekongkol dengan mb bebas dan memecat semua exco pakatan rakyat yang lain. Kalau tidak kerana tindakan saya hari ini, semua ahli majlis PKR dan DAP pun akan di pecat oleh Khalid Ibrahim dan disokong oleh EXCO2 PAS yang wala' dengan pimpinan kononnya. Siapa yang khianat sebenarnya. Pejabat MB sudah telefon bekas2 ahli majlis yang sudi untuk setia dengan Khalid Ibrahim.

Exco2 pakatan rakyat dipecat dan dihalau keluar bersama dengan 30 staf2 dan ada yang tunggu masa hendak bersalin. TSKI juga seorang yang suka meninggalkan solat. Majlis syura ulamak tahu tak maklumat ini?

EXCO yang duduk berjam2 dengan TSKI boleh mengesahkan perkara ini. Kenapa nak pertahankan tski sampai setengah mati?

Saya mengambil tindakan ini untuk menyelamatkan pas dari terus hanyut dengan tindakan2 yang merugikan.

Kita kata masih bersama PR tapi perbuatan kita menghancurkan PR.

Saya sudah bersedia untuk terima apa juga akibatnya dari tindakan saya.

Hasnul b. Baharuddin.

(Dipetik daripada kedahlanie)


Tiada ulasan: