Selasa, 26 Ogos 2014

dollah yankee

dollah yankee


Malang bukan macam taik kucing, ada bau!

Posted: 26 Aug 2014 08:08 AM PDT

ANTARA DUA DARJAT  Ramai yang baca dalam akhbar mengenai tragedi ini TRAGEDI RUNTUH KONKRIT MRT Namun ramai yang tidak post dalam media FB dan sebagainya mengucapkan takziah dsbnya ::::: Kerana dia makhluk bawahan? Makhluk hinaan? Atau pemikiran kita masih di selaputi KASTA? :::::: Elahi Hossain, 31 Alauddin Mollik, 34  Mohamad Faruk Khan  Salam takziah dari kami sekeluarga  Al Fatihah  Credit : John Ramond

Gurkah-gurkah politik di'port' turut tumpang sedih dengan kematian 3 warga Bangladesh (yang tidak diketahui status mereka sama ada datang mereka secara 'halal' atau 'haram') semasa berkerja di kawasan pembinaan landasan MRT di-Kota Damansara pada 18 ogos lepas.

Mereka datang ke negara ini dengan harapan yang cukup tinggi untuk cari duit, untuk bagi kesenangan kepada orang-orang yang mereka sayang di negara mereka. Malangnya impian mereka hancur musnah sepertimana hancurnya penyambung konkrit seberat 650 tan yang jatuh menimpa mereka.

Apakah ini kemalangan yang pertama kali yang terjadi? Tidak, ini bukan kemalangan yang pertama kali yang terjadi, tetapi kemalangan yang sebegini sudah terjadi berkali-kali.

Ketika negara sedang berkabung berikutan dengan kemalangan pesawat MH17 dan rakyat serta ahli-ahli keluarga serta sanak saudara penumpang pesawat tersebut mengutuk perbuatan yang terjadi, gurkah-gurkah ini juga dapat bayangkan bertapa kesedihan dan penderitaan ahli-ahli keluarga 3 warga Bangladesh ini dimana juga tidak akan terlepas untuk mengutuk dan memaki hamun kontraktor MRT ini.

Gurkah-gurkah ini cuma berharap supaya kontraktor MRT ini (MRT Corp) dapat memberikan pampasan yang sewajarnya dan adil sepertimana MAS yang telah memberikan pampasan kepada penumpang-penunpang yang terkorban dalam kemalangan MH17.

Pokoknya pihak-pihak yang berwajib dan pihak yang berkuasa sebenar nya tidak pernah belajar dan tidak pernah ambil iktibar untuk mengelakan perkara yang sebegini dari berulang.

Kita hanya perlu tunggu untuk berita-berita kemalangan yang seperti ini yang akan terus berlaku.

dollah yankee -
Malang memang tak terbau, tak macam taik kucing...

Tiada ulasan: