Sabtu, 2 Ogos 2014

dollah yankee

dollah yankee


Hidup melayu !!??

Posted: 02 Aug 2014 05:00 PM PDT


Macam ni lah nasib kita orang Melayu
Kalau cakap kita la nombor Satu
Kunun tuan di tanah Melayu
Kita berkuasa di hilir dan hulu.

Betoi la macam Syaykh Ismail kata
Buatlah kedai buatlah menara
Yang beli Cina dan India
Melayu Bumiputera dok ternganga.

India Cina ada stor dan gudang
Minta hutang bank bagi senang-senang
Melayu terhegeh-hegeh buka gerai tepi longkang
Mai penguat kuasa lari tunggang-langgang.

Projek besar langsonglah tak rasa
Modai kecik pengetahuan tak ada
Anak orang besar bolot semua
Kongsi dengan cina jadi Ali Baba.

Agenda Melayu dah lama mati
Khairy kata tak laku lagi
Mai Mat Najib dia buat transformasi
Tinggailah kita air liar basi.

Tapi Melayu ni dia lalai
Ada otak dia tak pakai
Pasai tu mengaji tak berapa pandai
Siang malam kena juai.

Lagilah teruk bila pemimpin tipu
Bagi kontrak kat anak cucu
Sana sini cakap pasai Melayu
Tapi Cina India depa tulung dulu.

Minta maaf berkoyan koyan
Mat dok merapu macam orang meroyan
Otak kusut dah jadi belacan
Tengok orang Melayu dibuat korban.

Selamat hari raya kepada semua
Ampun dan maaf Mat minta
Kepada Allah kita berdoa
Dibagi rezeki disambong usia.

Mat Tunjang Enterprise

'Setia-Kawan',depan maki...belakang hisap 'peliaq' !

Posted: 02 Aug 2014 01:09 AM PDT


Mustahil dan amat-amat mustahil perkara yang dikatakan dibawah ini boleh berlaku kepada Malaysia yang mengamalkan semangat 'setia-kawan' ...

SHAH ALAM – Tidak mustahil sekiranya Malaysia dikenakan sekatan ekonomi kerana kelantangannya menentang tindakan kejam rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, kemungkinan itu mungkin berlaku dalam usaha Israel melumpuhkan ekonomi negara yang menyokong Palestin.

"Kegawatan ekonomi seperti yang berlaku pada 1997, 1998 dan 2008 boleh berulang. Harga bahan api, getah dan kelapa sawit akan naik mendadak dan kejatuhan ringgit boleh jejas ekonomi negara.

"Keterbukaan ekonomi Malaysia yang membuka ruang syarikat luar untuk melabur juga berisiko (terjejas) sekiranya negara luar (yang menganggap Malaysia sebagai penyokong pengganas) menarik balik pelaburan mereka di negara ini," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, langkah berjaga-jaga tetap perlu diambil, kerana negara-negara Barat terutama yang menguasai ekonomi dunia mungkin mengambil kesempatan ke atas Malaysia pada bila-bila masa.

Media Israel kelmarin memetik agensi keselamatan negara itu, Shin Bet yang menuduh kononnya Malaysia dijadikan tempat latihan pejuang Hamas, sekali gus cuba melibatkan Malaysia dengan konflik itu.


Kita dan rakyat amnya tidak perlu bimbang dengan perkara yang diatas yang bakal terjadi kerana penasihat kerajaan kita ada lah APCO Worldwide yang dipilih sendiri olih Najib, sebuah badan penasihat Zionis Israel yang telah,sedang dan akan terus menasihati Najib dan Rosmah dalam perkara pentadbiran negara ...,jadi amat lah mustahil ianya boleh berlaku. Tak kan lah penasihat yang terdiri dari orang-orang yahudi itu sanggup pelingkup kawan sendiri?Kah..Kah..Kah..

...Itamar Rabinovich adalah salah satu figur senior consultant untuk APCO Worldwide. Beliau adalah seorang zionis israel dan menjadi duta Israel untuk negara Amerika Syarikat. Beliau adalah penasihat kepada Amerika tentang apa-apa tindakan Amerika untuk keuntungan Israel. Dan untuk matlumat, beliau adalah salah satu seorang yang akan menasihati kerajaan UBN samada secara langsung atau tidak langsung. Bermaksud tindakan kerajaan UBN adalah tindakan dari nasihat yang diperolehi dari zionis israel.

Selain Itamar, A. Elizabeth Jones juga adalah figur senior consultant untuk APCO Worldwide. Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau ini. Namun sebenarnya beliau adalah satu batang tubuh yang begitu anti kepada pertubuhan Islam seluruh dunia. Beliau merupakan bekas duta Amerika di negara Kazakhstan. Dan tugasan beliau disana bukan hanya menjadi sebagai duta, tetapi menjadi mata kepada perkembangan pertubuhan Islam di Asia tengah. Dan beliau juga akan secara langsung dan tidak langsung akan menasihati kerajaan UBN.

Seorang lagi figur, Marc Ginsberg, senior vice presiden APCO Worldwide adalah seorang Yahudi Amerika yang bertanggungjawab terhadap perkembangan polisi di timur tengah kepada kerajaan Amerika semasa pemerintahan Jimmy Carter. Beliau juga adalah bekas Duta Amerika di Maghribi. Lihatlah sekatan kepada perkembangan pertubuhan Islam di Maghribi oleh kerajaan Maghribi semasa beliau menjadi duta disana. Lihatlah apa tindakan Amerika Syarikat semasa beliau bertanggungjawab kepada polisi Amerika terhadap negara Timur Tengah ketika tahun 70-an dahulu. Beliau jugalah nanti yang akan menasihati kerajaan UBN secara langsung atau tidak langsung untuk tindakan politik dan pemerintahan kerajaan UBN. Hancur Malaysia oleh figur-figur Zionis Israel dan musuh Islam ini.

Akhirnya, terbuktilah dengan pengakuan UBN sendiri, bahawa APCO Worldwide adalah penasihat mereka. Maka memang benarlah, selama ini ada kata-kata belakang bahawa kerajaan UBN sekarang ini adalah dibawah telunjuk Zionis Israel ada kebenarannya. Maka apa akan terjadi dengan negara Malaysia ini apabila dinasihati dibawah telunjuk APCO Worldwide? Hancur lebur mungkin akan berlaku oleh negara Malaysia dibawah kerajaan ubn ini ......

APCO worldwide nasihat Najib dan Rosmah, Asiasoft PLC pula nasihat polis kita ...Kah..Kah..Kah.. TERBAIKKK !!!

Malaysia masih menanggung risiko berikutan golongan Zionis mempunyai akses kepada maklumat keselamatan milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) walaupun kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) mendakwa sudah menghentikan khidmat syarikat berpangkalan di Israel itu.

Anwar Ibrahim berkata(nasib baik Anwar bagitau kita), kehadiran pakar Zionis dari syarikat Asiasoft Ltd untuk merombak sistem komputer di Bukit Aman sepatutnya tidak berlaku sama sekali.

Beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjelaskan mengapa Asiasoft yang berpangkalan di Israel dibenar mengendalikan sistem komputer PDRM begitu lama walaupun ada laporan polis terhadap isu itu, dibuat sebelum itu.

"Asiasoft yang diambil membantu komunikasi polis di ibu pejabat PDRM, buat server komputer. Di mana syarikat Asisoft? Di Singapura. Di mana pangkalannya? Di Tel Aviv, Israel.

Apabila sudah heboh, dia (kerajaan Umno-BN) hentikan khidmat Asiasoft. Tapi, kita kena ingat, mereka sudah masuk dalam sistem kita. Kalau mereka hentikan pun, sebenarnya mereka sudah masuk dah," katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh mendedahkan dua individu Israel yang terlibat secara langsung iaitu Mr. Izhak Naskar dan Dr. Ido Schechter , Izhak merupakan pakar sistem komputer yang pernah memenangi anugerah dari Kementerian Pertahanan Israel.

Izhak kemudiannya, menurut Anwar, bertanggungjawab membangunkan sistem perisikan berteknologi tinggi negara haram Israel beberapa dekad lalu.

Manakala, Ido pula, menurut Anwar dipercayai masih berkhidmat sebagai tentera kor risik Israel.

Kedua-dua peribadi misteri tersebut, menurut dakwaan Anwar, sedang melakukan tugas masing-masing di tingkat dua dan tiga, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Tidak cukup dengan itu, menurut Anwar, keterlibatan perisik Zionis-Israel dalam PDRM dan sistem keselamatan dalam negeri turut disahkan sendiri oleh (Unit Polis) Cawangan Khas dan Jabatan Logistik Polis Bukit Aman.

Pun begitu, menurut Anwar, pegawai tertinggi dalam Polis dan KDN sendiri seolah-olah merestui keterlibatan dua perisik Israel dalam sistem keselamatan negara.

Dari segi yang lain, Anwar berkata, walaupun AsiaSoft tersebut didaftarkan di Malaysia, namun syarikat itu dimiliki secara penuh oleh Asiasoft Pte. Ltd yang berpangkalan di Singapura.

dollah yankee -
Depan kita maki Israel, di belakang kita hisap 'peliaq' depa!!!


Tiada ulasan: