Selasa, 19 Ogos 2014

dollah yankee

dollah yankee


Khalid dah jadi selipar buruk

Posted: 19 Aug 2014 07:52 AM PDT

Bila Khalid Ibrahim mohon maaf kepada semua rakyat Selangor kerana telah menyusahkan mereka, bila Tuanku Sultan kata Khalid tak payah nak naik kapal terbang untuk terbang jumpa dengan Tuanku di seberang laut, bila semua orang dah penerajang Khalid, maka dia tahu dan dah sedar yang dia sekarang dah jadi kasut selipar buruk.

Ribut kini sudah reda bila PR dengan jelas mengatakan mereka hanya mahu Presiden PKR Wan Azizah sebagai MB ganti Khalid biarpun Azmin Ali juga telah dicadangkan (tapi dia tarik diri dan tetap sokong Wan Azizah).

Ribut yang sudah reda itu juga menunjukan kini rakyat Selangor hanya perlu tunggu dan lihat sehingga Tuanku Sultan balik dari 'makan angin' yang dijangka balik tujuh atau lapan hari lagi.

Empat exco negeri Selangor dari PAS pula dikatakan akan meneruskan tugas-tugas mereka macam biasa biarpun enam rakan-rakan mereka dari DAP dan PKR yang telah di'terajang' olih Khalid telah pun memunggah barang-barang mereka dan pejabat mereka juga telah dikosongkan.

Demi kepentingan rakyat negeri Selangor Khalid Ibrahim akan dibiarkan untuk terus menjadi MB sehingga Sultan balik dari 'makan angin' supaya pentadbiran kerajaan negeri dan rakyat tidak terganggu.

Khalid Ibrahim pula yang dikatakan menangis dan menghentak-hentak kaki setelah hilang sokongan seratus peratus dari ahli-ahli dewan undangan pula mula tukar nada bila dia kata dia akan terima sesiapa saja yang telah dan akan dicalunkan sebagai penggantinya.

Anwar Ibrahim pula kata biar lah pergaduhan politik ini diselesaikan olih ahli-ahli politik dan buat sementara waktu ini empat exco dari PAS yang mewakili PR akan bertindak sebagai penjaga rakyat negeri Selangor supaya rakyat negeri Selangor tidak akan terbeban.

dollah yankee -
6 tahun dapat jadi MB tak kan tak cukup lagi Khalid woii...?!

1 ulasan:

Amuraria berkata...

geng-geng goyang punggung,macai-macai haprak kaki jarum dalam krisis mb selangor & jangan lupa geng 'ug' tarak apa-apa ka mau goyang ? ABU !