Jumaat, 15 Ogos 2014

dollah yankee

dollah yankee


Telenovela PAS

Posted: 15 Aug 2014 12:30 AM PDT


Yang sebenarnya ialah PKR,DAP dan PAS sudah pun mencapai kata sepakat dan persetujuan dalam perkara perlantikan MB Selangor yang baru. Sebenarnya juga tidak ada gaduh-gaduh dalam PR. Dan bila 4 exco Selangor dari PAS hadir pada mesyuarat exco hari rabu yang lepas ianya hanyalah melengkapkan skrip lakunan sinetron sandiwara telenovela politik PR yang digarap begitu cantik untuk menceriakan suasana politik (karung guni) Malaysia serta bertujuan menyekolahkan rakyat-rakyat yang bangang tentang politik dan strategi-strategi melawan.

PKR dan DAP juga sebenarnya paham kenapa 4 exco PAS Selangor ini perlu hadir pada mesyuarat exco negeri pada hari rabu itu.

Undang-undang tubuh negeri Selangor jelas menyatakan MB hanya perlu sokongan minimum majoriti 4 exco da maksimum 10 exco untuk kerja-kerja mentadbir negeri Selangor. Jadi bila Khalid jumpa sultan dan mengatakan yang dia ada majoriti exco yang sokong dia, maka dia betul dan dia tak tipu sultan. Dan jika 4 exco PAS ini tak sokong Khalid, ini bermakna Khalid terpaksa merekomen kepada sultan untuk bubar DUN dan bila DUN bubar, Khalid tak ada tempat nak bertanding, jawatan MB terlepas, SPRM akan ketuk pintu rumah dan Pakatan Rakyat akan hilang 20-30% kerusi DUN (Khalid tak mahu dan PR juga tak mahu pilhanraya negeri).

4 exco PAS ini telah diarah untuk menyokong Khalid buat sementara waktu untuk 'tarik-time' agar PR dapat jumpa dengan sultan dengan majoriti lebih 30 orang exco yang sokong Wan Azizah tanpa perlu melalui pilihanraya negeri.

Sekurang-kurangnya PR ada masa 2 minggu untuk atur strategi a,b,c,d...1,2,3,4... macam mana nak mencekik Khalid sebelum dapat jumpa dengan sultan yang telah pergi 'makan angin' dan akan kembali dalam masa 2 minggu.

Bila sultan balik dari 'makan-angin' nanti, dia pasti akan panggil mengadap semua ADUN negeri Selangor dan nak tengok sendiri siapa yang sokong Khalid,siapa yang sokong Wan Azizah. Atau dia mungkin akan menerima mengadap Wan Azizah dan 32 adun-adun yang mahukan Wan Azizah menjadi MB baru.

Kalau nak tunggu semua adun-adun buat undi tak percaya pada Khalid, maka mereka terpaksa tunggu lagi 3 bulan untuk dewan negeri bersidang.

Cita-cita Khalid yang mahukan dia dan PAS bekerjasama dengan umno sebagai kerajaan perpaduan/ campuran mungkin tak boleh jadi sebab MCA dan MIC yang bermesyuarat kelmarin dulu telah mencapai kata sepakat untuk tidak akan ber'kerjasama dengan PAS dan mereka juga bagi amaran pada Noh Omar supaya 'kasi-respect' pada keputusan mereka.

dollah yankee -
Sultan juga yang baguihhh...cuti dan makan angin 2 minggu.

Tiada ulasan: