Khamis, 7 Ogos 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PKR Selangor : 'Azmin Paling Layak Jadi MB'

Posted: 07 Aug 2014 06:03 AM PDT

RAKYATNEWS


alt
 


KUALA LUMPUR  - Majlis Pimpinan PKR Selangor memutuskan menamakan Timbalan Presidennya, Azmin Ali sebagai seorang lagi nama calon Menteri Besar bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam satu kenyataan hari ini, pihak pimpinan negeri meminta PKR Pusat mempertimbangkan tuntutan mengangkat Azmin bagi jawatan tersebut yang dilihat lebih releven berbanding Presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismai.

"Kami erpendirian pertimbangan itu wajar dibuat (terhadap Azmin Ali) berdasarkan sokongan diterima dari sebahagian besar pimpinan kanan parti termasuk lapan pengerusi pimpinan negeri PKR," kata kenyataan tersebut yang dikeluarkan atas nama Ketua Penerangan PKR Selangor yang juga ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie serta Setiausahanya, Amirudin Saari.

PKR Selangor turut menyenaraikan lapan pimpinan negeri yang menyokong pencalonan Azmin termasuk Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, Kelantan serta Sarawak.

Sebelum ini, Lembaga Disiplin PKR telah menetapkan Jumaat ini bagi mendengar penjelasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atas kegagalan beliau mendengar arahan parti agar meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor.

Misi Pencarian Dan Siasatan MH17 Digantung

Posted: 07 Aug 2014 04:28 AM PDT

RAKYATNEWS


alt
 
 
 
AMSTERDAM - Kerajaan Belanda menggantung misi mencari mayat mangsa dan serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 ekoran pertempuran antara tentera Ukraine dan kumpulan pemberontak pro-Rusia yang semakin membimbangkan di timur negara itu.
 
Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte berkata, risiko yang perlu ditanggung oleh pasukan pakar dari Australia, Belanda dan Malaysia sangat tinggi untuk meneruskan tugas di kawasan nahas.
 
"Situasi di timur Ukraine dan lokasi pesawat MH17 terhempas semakin buruk, sekali gus menyukarkan pasukan pakar melaksanakan tugas mereka,"katanya.
 
Bagaimanapun beliau tidak menyatakan bila tugas pencarian dan siasatan akan disambung semula. - REUTERS

Tinggal menumpang di bawah rumah orang lain

Posted: 07 Aug 2014 04:11 AM PDT

HARAKAHDAILY



Warga emas ini dan isterinya tinggal berteduh di bawah rumah kediaman orang lain untuk meneruskan hidup.

 
BATU SAPI: Dengan hasil pungutan zakat mencecah RM 1.5 bilion setahun, sepatutnya kes kemiskinan tegar di kalangan umat Islam di negara ini sudah tidak kedengaran lagi.

Malangnya ketika sistem pungutan zakat ditambah baik saban tahun, kaedah pengagihannya masih di takuk lama dan gagal memberikan manfaat kepada golongan asnaf.

Melalui program 'Menjejak Asnaf' anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan kerjasama Pemuda PAS Batu Sapi dan Sandakan yang diadakan baru-baru ini, PAS berusaha menjejak golongan asnaf di kawasan parlimen Batu Sapi bagi menyampaikan bantuan dalam bentuk barangan keperluan harian seperti beras, minyak masak, gula dan wang tunai.

Sejumlah 35 keluarga daripada empat kampung menerima sumbangan antaranya Kampung Lupak Meluas Darat dan Kampung Lupak Meluas Laut, Kampung Karamunting dan Taman Po Hing.

Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat, Ustaz Fadhli Shaari yang juga Ketua Pemuda PAS Kelantan melahirkan rasa terkejut dengan pengalaman yang dilaluinya semasa memasuki kawasan-kawasan penempatan penduduk.

"Walaupun ramai orang miskin di Kelantan keadaan tidaklah seteruk ini. Saya tidak pernah menjangka masih ada rakyat yang hidup menumpang di bawah rumah orang lain dan di rumah-rumah tanpa dinding," kata Ustaz Fadhli.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Sapi, Hamzah Abdullah, Ketua Pemuda PAS Batu Sapi, Haris Alimudin dan Ketua Pemuda Sandakan, Samsul Rijal.

Pada masa yang sama, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berpusat di Selangor iaitu Persatuan Jaringan Siswazah Malaysia (Jasa) turut menyampaikan bantuan kepada penduduk hasil sumbangan orang ramai.

Pihak Jasa diwakili Penyelaras Jasa Sabah, Khairul Anuar Muhammad.



Ustaz Fadhli menyampaikan sumbangan kepada seorang penduduk sambil diiringi Hamzah Abdullah.

PAS Perak sokong pertemuan 8 mata

Posted: 07 Aug 2014 04:06 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: PAS Negeri Perak menyambut baik saranan Pemuda Pakatan Rakyat yang mencadangkan agar pertemuan lapan mata diadakan membabitkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.

Ketua Penerangannya, Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki (gambar) menyifatkan cadangan itu sebagai sangat baik dan wajar dilaksanakan bagi menyelesaikan konflik yang timbul sekaligus mengekalkan keutuhan dan keharmonian Pakatan Rakyat.

"Penyelesaian berbentuk umum dengan menggunakan media tidak mampu menyelesaikan masalah sebaliknya menambahkan lagi barah yang sedang berusaha untuk diubati.

"Ketika ini pendedahan dan perbincangan dilakukan secara umum di media-media dan ianya menggambarkan satu perkara yang tidak baik di mata masyarakat yang sangat memberikan harapan kepada Pakatan Rakyat untuk masa depan negara," ujar beliau.

Menurut Misbah, kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat perlu dijaga dengan tidak menggambarkan permasalahan dan konflik dalaman secara umum.

Konflik dan salah faham di dalam organisasi, ujar beliau adalah perkara biasa namun tidak wajar dibahaskan secara terbuka sebaliknya diselesaikan secara musyarawah dalam perbincangan yang harmoni.

"Penyelesaian melalui media tidak akan mampu menyelesaikan masalah dan justeru itu dinasihatkan agar semua pimpinan Pakatan Rakyat terutama PAS mengambil kira faktor negatif daripada apa jua tindakan yang dilakukan.

"PAS Perak yakin jika perbincangan lapan mata ini berjaya direalisasikan, masalah yang sedang menimpa ini akan berjaya diselesaikan secara harmoni," ujarnya. - HARAKAHDAILY,

Isu MB: PAS tunda mesyuarat 13 Ogos

Posted: 07 Aug 2014 04:05 AM PDT

HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: PAS Pusat menunda tarikh mesyuarat kepada 13 Ogos ini bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily petang ini.

Bagaimanapun, katanya masa dan tempat mesyuarat tidak berubah.

Sebelum ini, PAS menetapkan 10 Ogos untuk mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut. - HARAKAHDAILY

Langkah Kajang’ satu arahan parti

Posted: 07 Aug 2014 01:38 AM PDT




Khalid tidak pernah bersetuju dengan tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor tanpa sebaran alasan yang munasabah


khalidibrahim


PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa alasan-alasan untuk 'Langkah Kajang' itu tidak pernah dikemukakan kepada beliau secara tulus dan ikhlas supaya beliau dapat mempelajarinya.

Menurutnya, alasan-alasan yang diberikan adalah berubah-ubah dan tidak menentu serta mewujudkan kekeliruan.

"Saya menegaskan di sini, saya tidak pernah bersetuju dengan tindakan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor tanpa sebaran alasan yang munasabah dan ternyata tindakan tersebut telah mencemar prinsip demokrasi dan mengkhianati kepentingan rakyat Selangor khususnya para pengundi di Kajang,"katanya dalam menjawab surat tunjuk sebab yang kemudiannya dipanjangkan kepada  Pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Tan Kee Wong.

Bahkan, 'Langkah Kajang ini adalah satu perkara yang tidak dibincang oleh pihak-pihak berkenaan dalam cara yang efektif dan adil serta tidak pernah di rujuk atau di bincang dengan Khalid.

"Apa-apa keputusan yang dibuat berkenaan 'Langkah Kajang' ini telah cuba dilaksanakan sebagai 'satu arahan' oleh parti kepada saya tanpa memberi pertimbangan yang wajar bahawa tanggungjawab saya sebagai Menteri Besar juga merangkumi tanggungjawab eksekutif terhadap semua rakyat Selangor.

"Begitu juga Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, termasuk menasihati Sultan Selangor berkenaan hal-hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri," ujarnya.

Katanya lagi, beliau turut kesal setelah Chin Cheh melakukan tindakan tersebut, Chin Cheh tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib malah telah dibenarkan kebebasan oleh parti serta
Jawatankuasa Pemilihan Parti untuk bertanding di peringkat Cabang dan Pusat sedangkan tindakan tersebut telah mencemar nama baik parti di mata DAP, PAS serta khususnya rakyat Selangor.

Ujarnya yang juga merupakan ahli PKR seumur hidup, pihak-pihak yang berkenaan dalam perlaksanaan 'Langkah Kajang'  tahu  bahawa pengunduran beliau sebagai Menteri Besar hanya akan diteruskan setelah mendapat persetujuan kesemua parti dalam gabungan Pakatan Rakyat serta mendapat perkenan daripada Sultan Selangor.

"Parti, pada 21 Julai 2014 telah membuat keputusan dengan mengambil langkah keras memaksa saya untuk meletakkan jawatan. Tindakan ini merupakan satu tindakan pramatang yang tidak boleh dilaksanakan.

"Malah, jika keputusan itu dilaksanakan ia merupakan satu tindakan merbahaya dan akan memprejusdiskan kestabilan kerajaan negeri Selangor, selain ia adalah satu keputusan yang tidak adil bukan sahaja terhadap saya, tetapi kepada kesemua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor khususnya," katanya lagi.

Jelasnya, anggapan salah berkenaan kebolehan PR untuk mentadbir dan mengurus sesebuah kerajaan negeri juga akan disebarkan oleh pihak-phak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau turut menegaskan bahawa setelah dilantik menjadi Menteri Besar mengikut peruntukkan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, beliau perlu menghormati dan melaksanakan tanggungjawabnya untuk menegakkan peruntukkan undang-undang tersebut.

"Saya masih mendapat sokongan majoriti dari Dewan Negeri Selangor dan tidak ada apa-apa alasan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang menyatakan bahawa saya harus meletakkan jawatan saya.

"Sebarang keputusan berkenaan penukaran Menteri Besar perlu memegang kepada prinsip undang-undang dan hendaklah mengikut tatacara dan prosedur sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor termasuk memperoleh perkenan dari Sultan Selangor," ujarnya.

Bukan itu sahaja, Khalid turut menjelaskan bahawa apabila satu notis tunjuk sebab dikeluarkan, adalah menjadi keperluan utama bagi notis tersebut menyatakan dengan jelas dan spesifik semua tuduhan yang dikenakan terhadapnya dengan menyatakan pelanggaran mana-mana peruntukan di dalam perlembagaan parti.

"Pernyataan secara spesifik tersebut adalah wajar dan harus diberikan secara bertulis, malangnya setakat ini, notis bertarikh 5 Ogos dilihat sebagai satu notis yang cacat, tanpa butir-butir relevan serta memadai bagi membolehkan saya menjawab," katanya.

Di akhir surat itu juga, Khalid turut nyatakan bahawa beliau bersedia untuk menjawab sebarang pertuduhan yang dikenakan terhadapnya jika ia dilakukan secara betul dan tertib pada bila-bila masa.

"Saya berdoa agar kekeliruan dan kemelut ini tidak akan berlanjutan dan kita semua dapat bersatu meneruskan perjuangan politik parti dan bersama-sama menentang kezaliman, korupsi dan penyalahgunaan kuasa pihak-pihak tertentu," ujarnya,

Tiada siapa untung dalam kemelut MB Selangor

Posted: 07 Aug 2014 01:17 AM PDT


Analisis Berita Oleh Sheridan Mahavera .


Krisis menteri besar Selangor menguji gabungan parti dalam Pakatan Rakyat dan mereka berdepan risiko kehilangan Selangor jika pilihan raya negeri diadakan. Gambar fail The Malaysian Insider.
Krisis menteri besar Selangor menguji gabungan parti dalam Pakatan Rakyat dan mereka berdepan risiko kehilangan Selangor jika pilihan raya negeri diadakan. Gambar fail The Malaysian Insider.


Jalan keluar daripada kemelut isu menteri besar Selangor adalah sukar, sama ada untuk mereka yang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal atau mereka yang mahu bekas tokoh korporat itu pergi.

Menurut pakar sains politik dan penganalisis, ini kerana rakyat Selangor yang kebanyakannya celik politik dan kritis akan menghukum parti dalam Pakatan Rakyat (PR) berdasarkan tingkah laku mereka mereka menerusi kemelut ini.

 Senario paling teruk adalah krisis ini akan mencetus pilihan raya negeri di mana PR akan berdepan dengan pengundi yang hilang kepercayaan pada gabungan itu untuk mengurus dengan baik. Senario paling baik adalah PR akan terus berkuasa.

Tetapi kredibiliti mereka sebagai satu gabungan padu selain Barisan Nasional (BN) yang mampu mentadbir Malaysia akan dipersoal.

Dalam sistem demokrasi berparlimen yang dipraktikkan di Malaysia, seorang pemimpin yang memegang jawatan dalam pentadbiran awam terikat keputusan partinya. Prinsip ini berkuatkuasa walaupun pemimpin itu dipilih rakyat dalam pilihan raya.

Dalam kes ini, Khalid dipilih pengundi untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.

Tetapi di kalanagan 56 Adun Selangor, beliau dipilih parti komponen PR untuk dicalonkan kepada Sultan Selangor sebagai menteri besar. Sekiranya beliau hilang kepercayaan gabungan itu, beliau boleh diarahkan mengosongkan jawatan itu.

 Bukan senang jika Khalid mahu kekal Buat masa kini, Khalid berpendirian beliau masih mendapat sokongan majoriti Adun PR dan enggan berundur daripada jawatan itu. Ini walaupun PKR sudah mengeluarkan surat tunjuk sebab agar beliau mengosongkan jawatan tersebut seperti yang diputuskan parti itu pada bulan lepas.

Khalid berdepan kemungkinan akan disingkir daripada PKR. Penganalisis politik dari Penang Institute Dr Wong Chin Huat berkata sekiranya PKR mengambil tindakan untuk menamatkan keahliannya, Khalid hanya boleh ditamatkan sebagai menteri besar melalui usul undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Sekiranya beliau gagal mendapat sokongan daripada sekurang-kurangnya 29 Adun Selangor semasa usul itu dibentangkan, beliau mesti melepaskan jawatannya.

Wong berkata, kemungkinan pilihan raya negeri diadakan juga boleh berlaku sekiranya Khalid kalah dalam usul itu.

 Pemerhati politik percaya PKR dan rakannya DAP akan bersepakat dalam usul itu dan memberi sekurang-kurangnya 28 undi tidak percaya terhadap Khalid. DAP menguasai 15 kerusi, manakala PKR 13, selepas undi Khalid ditolak.

 Sekiranya Khalid ingin menewaskan undi tidak percaya itu, beliau perlu sokongan daripada PAS yang mempunyai 15 Adun dan 12 Adun Umno. Beliau juga mesti menarik sokongan daripada satu Adun PKR atau DAP.

Tetapi senario ini amat bahaya.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu sokongan semua Adun PAS dan Umno untuk menang dalam undian tidak percaya terhadapnya dalam DUN. Gambar fail The Malaysian Insider.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu sokongan semua Adun PAS dan Umno untuk menang dalam undian tidak percaya terhadapnya dalam DUN. Gambar fail The Malaysian Insider.

Sekiranya semua Adun PAS menyokong Khalid, sepertimana dimahukan presiden dan mursyidul am parti itu, ia satu tindakan yang serupa dengan keluar daripada PR.

 "Adalah amat tidak wajar bagi PAS untuk menyokong Khalid," kata Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

"Ia adalah satu tindakan yang membelakangi prinsip disiplin di dalam parti," katanya.

Beliau berkata, sebagai ahli, Khalid mesti akur kepada keputusan partinya. Sokongan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap tingkah laku Khalid seolah-olah menghalalkan tindakan mana-mana ahli parti untuk mengingkari partinya, kata Wan Saiful.

 "Sekiranya Adun PAS membelangkangi keputusan PR dan menyokong Khalid dalam usul undi tidak percaya, PAS sendiri akan dicap sebagai parti "yang tidak boleh dipercayai", kata Wan Saiful.

Walaupun Khalid berjaya menghadapi undi tidak percaya itu, imej PAS di kalangan pengundi Selangor akan terjejas teruk.

"Pengundi Selangor berilmu dan sentiasa mengikuti perkembangan politik," kata seorang lagi penganalisis politik, Ibrahim Suffian.

 "Mereka mempunyai pandangan yang mendalam tentang situasi politik dan tingkah laku politik yang baik," kata Ibrahim, yang menerajui Merdeka Center.

Bagaimanapun, seorang pemimpin veteran PAS berkata semua 15 Adun PAS Selangor itu dijangka mengundi berdasarkan keputusan parti itu pada 10 Ogos.

PAS dikatakan akan mengeluarkan pendirian tentang jawatan Khalid selepas mesyuarat itu. "Majoriti pemimpin PAS mahu PR bersatu dan tidak berpecah. Cuma ada segelintir yang tidak mahu PAS seolah-olah kelihatan tunduk kepada kemahuan PKR," kata pemimpin itu yang enggan namanya disiarkan.

Pilihan raya negeri yang mencabar Adalah sukar bagi kedua-dua gabungan, sama ada PR atau BN, untuk meraih undi sekiranya pilihan raya negeri diumumkan. PR terpaksa menjalankan sebuah kempen yang berbentuk defensif, kata Ibrahim.

Gabungan itu perlu banyak mempertahankan dirinya daripada kritikan ia gagal mengurus masalah kepimpinan dalaman sehingga orang awam terpaksa terbeban dengan sebuah lagi pilihan raya. "PR terpaksa banyak meminta maaf daripada mengemukakan platform baru," kata Ibrahim.

 Ibrahim berkata, peratusan keluar mengundi akan merosot dan pengundi yang keluar akan meneliti setiap parti dan calon, dan perbuatan mereka semasa krisis itu.

 Sentimen perubahan yang menguntungkan PR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan kelihatan dalam pilihan raya tersebut, kata Ibrahim. Wong berkata, PR mungkin akan kalah sekiranya krisis ini memaksa rakyat Selangor sekali lagi.

"BN boleh menang dalam banyak kerusi jika penyokong PR membuat keputusan untuk menghukum gabungan itu. Kempen rosak undi boleh diadakan atau sebuah 'gerakan ketiga' boleh dilahirkan untuk cuba mendapat sokongan.

 "Penyokong konservatif dalam PAS juga berkemungkinan akan undi untuk mengalahkan calon PKR supaya PAS dapat menang lebih kerusi dan mendapat pengaruh untuk calonkan menteri besar.

"Pada masa sama, orang bukan Islam dan penyokong PKR mungkin akan cuba menggunakan undi mereka untuk mengalahkan calon PAS," katanya.

 Ibrahim berkata, BN juga akan menghadapi masalah dalam meraih sokongan daripada pengundi Selangor yang kebanyakannya celik politik. Isu prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, persepsi BN membenarkan ketegangan kaum dan agama berleluasa dan kenaikan harga barang akan menghantui BN.

 Sekirnya PR masih menang, gabungan itu akan berdepan dengan isu siapa akan jadi menteri besar. Oleh kerana tiada siapa yang boleh menjangkakan parti mana akan mendapat kerusi paling banyak, tiada yang boleh menjangkakan menteri besar baharu akan datang daripada PKR, PAS atau Umno.

Malah jika dilihat bagaimana PR sedang menyelesaikan kemelut menteri besar sekarang, belum tentu lagi gabungan itu dapat menghadapi sebuah lagi krisis menteri besar yang bakal terjadi.

'Hari penentuan' nasib MB Khalid Ahad ini

Posted: 07 Aug 2014 12:57 AM PDT

MALAYSIAKINI



 


Kedua-dua PAS dan DAP akan mengadakan mesyuarat kepimpinan tertinggi masing-masing pada 10 Ogos ini untuk memutuskan sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu kekal sebagai menteri besar Selangor.

Mesyuarat jawatankuasa pusat PAS yang akan diadakan di ibu pejabat parti itu pada 10 pagi Ahad ini, sangat penting kerana DAP telahpun memberi sokongan bagi seorang wanita dilantik menggantikan Khalid, jelas merujuk kepada calon pilihan PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jika PAS memutuskan untuk menyokong Khalid kekal sebagai menteri besar, maka masalah besar akan timbul dalam krisis yang sudah pun berlarutan.

Ia memungkinkan berlaku perpecahan dalam Pakatan Rakyat, walaupun  Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas bahawa penentangan PAS terhadap usaha untuk menggantikan Khalid, tidak akan meretakkan gabungan itu.

Walaupun forum-forum yang diadakan dalam tempoh dua hari lalu menyaksikan penceramah yang terdiri daripada penganalisis politik hingga kepada ahli-ahli politik, jelas mahu Khalid berundur, tetapi para pemimpin tinggi PAS telah menyatakan sokongan mereka kepada menteri besar Selangor itu.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah menyatakan
sokongannya kepada Khalid manakala PAS Mursyidul Am Nik, Datuk  Abdul Aziz Nik Mat telah mempersoalkan keperluan untuk menukar ketua kerajaan negeri Selangor.

Dan dengan Nik Aziz, yang semalam mengulangi bahawa Khalid tidak perlu diganti, maka PAS mungkin berdiri teguh di belakang menteri besar Selangor itu.
     
Kumpulan konservatif dalam parti Islam itu dikatakan berkeras bahawa wanita tidak boleh memegang jawatan menteri besar.

Jika PAS memutuskan untuk bersama Khalid dalam berdepan dengan DAP dan PKR, maka soalan yang lebih besar ialah mengenai nasib gabungan Pakatan Rakyat.

PAS mempunyai 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP 15 kerusi dan PKR 14 kerusi. Umno pula mempunyai 12 kerusi. DUN Selangor mempunyai 56 kerusi.

Khalid, yang diberikan surat tunjuk sebab oleh PKR dua hari lepas kerana "mengengkari keputusan parti" supaya meletak jawatan, enggan menjawab pertuduhan itu kerana mendakwa notis itu "cacat".

Khalid juga bertegaskan bahawa beliau telah dilantik mengikut perlembagaan negeri, dan mengikut perlembagaan, beliau masih menerima keyakinan majoriti di dewan undangan negeri.

Sama ada beliau akhirnya akan berundur atau tidak, Khalid berkata, ia bergantung kepada keputusan bersama majlis kepimpinan Pakatan Rakyat, yang dijangka akan dibuat beberapa hari lagi.

Pakatan dikatakan akan mengadakan mesyuarat pada malam 10 Ogos ini tetapi ianya masih belum disahkan.

'Khalid enggan letak jawatan macam Anwar'

Posted: 07 Aug 2014 12:54 AM PDT

MALAYSIAKINI


 


Wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin berpendapat bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hanya mencontohi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui tindakannya yang sehingga kini masih enggan mengikut telunjuk parti agar meletak jawatan.

Anwar menggunakan strategi sama ketika diminta meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri pada 1998, kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu dalam tulisan di blog kadirjasin.blogspot.com.

"Jadi kita janganlah terperanjat kalau Abdul Khalid juga mengamalkan strategi yang serupa, iaitu menunggu disingkir dan bukan meletakkan jawatan. Bapa borek anak rintik," katanya.

Beliau memberi alasan, Khalid akan dianggap mengakui kesalahan dan tuduhan ke atasnya jika memilih untuk meletak jawatan tanpa memberi apa-apa penentangan.

Tambahan pula setiausaha agung parti, Datuk Saifuddin Nasution telahpun mendedahkan dokumen berhubung tuduhan untuk menjejaskan integriti Khalid.

"Kalau letak jawatan, beliau akan hanyut begitu saja dan akan ada orang yang percaya beliau telah melakukan sesuatu yang buruk seperti yang dibayangkan oleh (setiausaha agung PKR) Saifuddin (Nasution).

"Tetapi kalau beliau mempertahankan kedudukan dan dipecat, beliau akan dianggap hero oleh sesetengah pihak dan dihormati manakala yang lain pula menganggap beliau mangsa konspirasi dan memberi simpati," katanya.

Kadir turut memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat mengundang bahaya jika memilih untuk menjalankan pilihan raya negeri untuk menyelesaikan kemelut tersebut.

Katanya lagi, para pengundi dan anggota Pakatan mungkin sudah kecewa dengan Anwar susulan pilihan raya kecil DUN Kajang, yang membuka jalan bagi projek "Langkah Kajang" untuk menyingkirkan Khalid.

Abdul Khalid tetap sah MB jika gugur ahli PKR

Posted: 07 Aug 2014 12:36 AM PDT


Abdul Khalid Ibrahim Abdul Khalid Ibrahim



SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih boleh mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor walaupun digantung atau digugurkan sebagai ahli PKR.

Penganalisis Perundangan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia, Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz berkata, tidak termaktub dalam amalan demokrasi di negara ini individu yang digugurkan dalam parti tidak boleh jadi menteri besar.

"Jika dilihat dari sudut perundangan, seseorang yang digantung atau dipecat dalam parti tidak ada masalah untuk menjadi Menteri Besar Selangor kerana beliau adalah Adun.

"Jadi tiada masalah jika Abdul Khalid enggan melepaskan jawatannya kerana beliau masih mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan," katanya berhubung krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor.

Beliau berkata, sekiranya PKR nekad mahu Abdul Khalid melepaskan jawatannya, ahli dalam dewan negeri perlu meluluskan usul atau membuat undi tidak percaya.

"Kalau parti tidak gembira dengan Abdul Khalid, ahli dewan negeri boleh guna alternatif itu.

"Hanya cara ini saja boleh memecat Abdul Khalid dan perkara ini tidak sepatutnya dilengah-lengahkan oleh PKR," katanya.

Menurutnya, segala serangan berbentuk politik yang PKR lakukan ketika ini sebenarnya tidak sedikit pun menjejaskan Abdul Khalid kerana tindakan tersebut tidak berkaitan dengan amalan perundangan negara ini.

"Kalau hendak menggunakan tekanan politik untuk Abdul Khalid bersara...itu isu lain kerana perkara itu tiada kena mengena dengan isu undang-undang," katanya.

Jelas Sham Rahayu, jika Abdul Khalid meletakkan jawatannya secara sukarela maka peletakan jawatan itu sah di sisi perundangan.

Komuniti Islam di Belanda bantu urus jenazah

Posted: 07 Aug 2014 12:31 AM PDT

MH17
 
 
 
PUTRAJAYA - Komuniti Islam tempatan di Belanda bersedia memberikan bantuan kepada wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk pengurusan pengendalian jenazah rakyat Malaysia yang terlibat dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, persediaan untuk menguruskan jenazah oleh enam imam daripada Jakim juga berjalan lancar dengan bantuan serta hubungan baik dengan komuniti tempatan itu.

"Persiapan pengurusan jenazah di sana (Belanda) dan di sini berjalan lancar. Setibanya di sini (Malaysia) pengurusan jenazah akan dilakukan oleh saya dan Jakim bagi jenazah Islam manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Joseph Kurup bagi jenazah bukan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani MoU Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), semalam.

Penerbangan MH17 yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai.

Pesawat yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun sehingga kini belum ada pihak mengaku bertanggungjawab.- Bernama

Isu MB: Ulama Pas capai empat perkara

Posted: 07 Aug 2014 12:30 AM PDT

Isu MB: Ulama Pas capai empat perkara
 

BERIKUT adalah kenyataan penuh Majlis Syura Ulama:

Merujuk kepada Fasal 3 Perlembagaan Pas, bahawa dasar Pas ialah Islam, dan Fasal 6(2) bahawa antara usaha Pas adalah "memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariat serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara".

Maka, Majlis Syura Ulama Pas yang telah bersidang pada 9 Syawal 1435 bersamaan 6 Ogos 2014 di Kota Bharu telah membuat keputusan berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti seperti berikut:

"Bahawa jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat (PR) untuk meneruskan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar di Selangor bagi penggal kedua selepas PRU13.

Maka selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulama Pas memutuskan untuk mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Jika sekiranya ada pertuduhan yang disabitkan bersalah kemudiannya oleh pihak yang berautoriti seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau mahkamah maka Majlis Syura Ulama bersedia untuk menilai kembali kedudukan beliau.

Majlis Syura Ulama menegaskan sekali lagi bahawa Pas akan tetap istiqamah dengan dasar dan prinsip perjuangan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaannya dan terus  memberi komitmen bersama PR.


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Pas

Datuk Dr Haron Din
Timbalan Mursyidul Am Pas

'Tolong jangan doa kami ditimpa bala'

Posted: 07 Aug 2014 12:24 AM PDT


Lokasi pesta berkenaan diadakan. Lokasi pesta berkenaan diadakan.


TELUK BAHANG - Penduduk di sini kesal kerana ada yang mendoakan supaya kawasan mereka ditimpa bala ekoran isu pesta sukan bogel di situ.

Rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi dan memberikan komen mereka di dalam laman sosial.

Antara komen paling popular ialah mengaitkan kemungkinan turunnya bala seperti tsunami di Teluk Bahang.

Penduduk, Nor Ariffin Mohammad, 43, berkata, tidak dinafikan kawasan berkenaan pernah ditimpa kejadian Tsunami.

"Namun seeloknya janganlah orang ramai doakan kami sekali lagi ditimpa bencana sama, sebaiknya kita doakan perkara yang baik-baik.

"Kami sebagai penduduk sendiri memang tidak mahu ia terjadi tetapi ia di luar pengetahuan orang kampung," katanya.

Sekiranya acara berbogel itu diketahui penduduk kampung di situ berkemungkinan ada yang sudah membawa parang dan mengamuk.

Sementara itu, nelayan Zabidi Ali berkata, orang kampung pasti akan mengamuk jika dapat tahu ada acara berbogel.

"Ini kawasan kami, kenapa hendak buat perkara tak menentu? Kita tidak mahulah disebabkan perbuatan tidak senonoh mereka, kami pula kena tempias," katanya.

MB: Jambatan ke-3 Klang siap Julai 2016 lonjak ekonomi & nilai hartanah

Posted: 06 Aug 2014 10:50 PM PDT

Oleh: AFIX REDZUAN


KLANG,: Projek Pembinaan Jambatan Ketiga Sungai Klang apabila siap menjelang Julai 2016 akan meningkatkan nilai hartanah di kawasan itu seterusnya melonjakkan sektor ekonomi.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Selangor memberikan keutamaan kepada projek ini dan memantau perkembangannya sehingga siap sepenuhnya.

Pelancaran projek jambatan ke-3 Klang MB (53)a"Kita akan sentiasa memantau perkembangan projek ini di setiap peringkat untuk memastikan semua ciri yang ditetapkan dapat dicapai," kata Abdul Khalid.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Jambatan Ketiga Sungai Klang di tapak cadangan pembinaan berhampiran Jalan Sungai Bertih, di sini, hari ini.

Majlis pecah tanah itu menandakan pembinaan jambatan ketiga bakal dimulakan, sekali gus memenuhi tanggungjawab menyiapkan projek yang gagal dilaksanakan Barisan Nasional selepas tewas dalam Pilihan Raya Umum ke-12.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Datuk Ir Hamizan Mohd Inzan berkata, pembinaan jambatan ini dijangka akan mengurang kesesakan trafik di dua jambatan utama Klang,
Jambatan Kota sebanyak 20 peratus dan Jambatan Tengku Kelana 40 peratus.

Melalui proses tender terbuka, syarikat Cergas Murni Sdn Bhd memenangi tender projek berkenaan selepas melepasi syarat penilaian teknikal dengan tawaran harga berjumlah RM199,156,069.36.

Sebelum ini, Cergas Murni sudah melaksanakan proses awal seperti kerja ukur, penyediaan insurans dan bon pelaksanaan.

Proses tender terbuka dibuka kepada umum pada 19 Mac hingga 22 April lalu dan 23 syarikat kontraktor mengambil bahagian.

Reka bentuk jambatan terbabit bercirikan kapal layar dan keris yang dihasilkan syarikat Vast Consultants Sdn Bhd selepas memenangi pertandingan yang dianjurkan Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, tahun lalu.

Jambatan ketiga Klang sepanjang 2.5 kilometer akan bermula selepas persimpangan Sungai Udang/Teluk Pulai dan berakhir di persimpangan Jalan Goh Hock Huat.EZY

LIHAT VIDEO DI SINI


Tutup pusat cuci kenderaan haram langkah jimat air

Posted: 06 Aug 2014 10:46 PM PDT

SELANGOR KINI


Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang mengadakan mesyuarat semalam telah mengarahkan supaya semua pihak berkuasa tempatan (PBT) menutup pusat mencuci kenderaan tidak berlesen serta merta sebagai langkah menjimatkan penggunaan air.

Bagi pusat cuci kenderaan berlesen pula, premis mereka hanya dibenarkan beroperasi selama enam jam sehari dari pukul 12 tengahari hingga 6 petang dan arahan ini bermula dengan serta merta.

Sehubungan itu, kesemua PBT diarahkan mengeluarkan notis pemberitahuan kepada pengusaha-pengusaha pusat cuci kenderaan supaya membuat persediaan yang sewajarnya.

Kerajaan Selangor sedang berusaha memastikan bekalan air mencukupi dan mampu bertahan sehingga fenomena El Nino berakhir. Catuan air adalah langkah terakhir sekiranya kesemua usaha-usaha yang dijalankan tidak berjaya.

Pada masa yang sama, Kerajaan Selangor menyeru pengguna menggunakan air secara berhemah dan setiasa mengamalkan langkah berjimat cermat.

Buat masa ini, segala langkah mitigasi yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sedang dijalankan.

Langkah berterusan ini adalah termasuk pengurangan kadar pelepasan air Empangan Sungai Selangor kepada 700 juta lliter sehari (JLH) dan Empangan Sungai Tinggi kepada 500 JLH.

Bekalan air mentah ke loji pembersihan air (LPA) dibantu dengan pengepaman air kolam alternatif ke dalam sungai dengan pengeluaran sebanyak 500 JLH. Jumlah pengeluaran tersebut akan ditingkatkan kepada 800 JLH dengan penambahan bilangan pam mulai 8 Ogos 2014.

Selain itu, operasi pembenihan awan juga dilakukan secara berterusan dengan kerjasama Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), dan syarikat AF Jet Sdn. Bhd di seluruh kawasan tadahan di Negeri Selangor.

SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

RAMLY bakal jadi pesaing hebat produk McD

Posted: 06 Aug 2014 10:42 PM PDT

Oleh: AFIX REDZUAN


SHAH ALAM: Selepas tentangan hebat diberikan kepada premis makanan segera McDonalds berhubung isu boikot ekoran serangan rejim Zionis terhadap Palestin, pengguna tempatan mula mengalihkan perhatian dan memberikan sokongan terhadap produk Halal Burger Ramly.

Laman sosial facebook sudah pastinya menjadi tumpuan berkenaan usaha itu sebagai alternatif dalam mendapatkan hidangan makanan segera yang dimiliki sepenuhnya oleh orang Islam.

Kebanyakan pelayar laman sosial memberikan respon positif terhadap perkara ini selain berkongsi gambar hidangan burger Ramly yang boleh didiapati di beberapa premisnya iaitu Ramly Halal Mart, Ramly Kiosk dan Ramly Café.

RAMLY Burger
Safrina Sulaiman Safri, berkata pengusaha produk tempatan perlu memanfaatkan peluang yang ada untuk menarik perhatian pengguna.

"Inilah masa terbaik local brands nak ambik kesempatan tarik hati pelanggan setia McD…keluarkan produk yang macam McD tapi local made (buatan tempatan). siap ada burger oblong lagi.

"Macam Radix Fried Chicken (RFC) dengan KFC tu…ok je…ramai orang beratur kat RFC tu nak makan," katanya.

Namun, terdapat cadangan kepada premis Ramly supaya mempertingkatkan lagi perkhidmatan mereka kerana masyarakat tempatan sedia untuk memberikan sokongan terhadap produk terbabit.

"Kat Bukit Tinggi Klang ade satu outlet Ramly..pernah mkn..kena tingkatkan kualiti dengan kualiti servis," cadang Syed Lan.

ramlyHarga hidangan yang ditawarkan juga sangat berpatutan dengan pelbagai pilihan yang sesuai untuk semua peringkat golongan, selian ditawarkan dalam set lengkap.

Ramly Food Processing Sdn Bhd mula diasaskan pada tahun 1984 dan dimiliki sehingga kini oleh Datuk Ramly Mokni dan Datin Shala Siah Abdul Manap hasil cetusan idea juga hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih serta bermutu.

Produk bumiputera itu terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama RAMLY.-NFN-

Baik kekal daripada diubah

Posted: 06 Aug 2014 10:22 PM PDT


Oleh Mohamad Ammar Atan


Senario kekalutan yang berlaku memungkinkan kedudukan menteri besar Selangor akan diubah demi kepentingan beberapa pihak dalam kelangsungan politik akan datang serta juga melihat kepada kepentingan rakyat Selangor khususnya.

Kemelut yang berlaku berkaitan dengan kedudukan menteri besar Selangor hendaklah diselesaikan sama ada dengan mengekal atau meletakkan calon menteri besar yang benar-benar sesuai menepati kehendak rakyat dan bukannya bergantung kepada parti semata-mata.

Ramai mengetahui kedudukan menteri besar yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah kedudukan yang tidak kekal dan keputusan ini berdasarkan konsensus parti komponen Pakatan Rakyat (PR) dan kuasa Sultan Selangor akhirnya.


Kedudukan yang disandang kini tidak seharusnya diubah kerana melihat prestasi dan respon kebanyakan rakyat yang merasakan Khalid perlu kekal pada posisi tersebut sekiranya merujuk kaji selidik yang dijalankan beberapa badan seperti Astroawani yang mengunjurkan lebih 60% rakyat Selangor mahu Khalid kekal. Bagaimanapun data yang dibekalkan ini mampu berubah dengan pelbagai politik kejutan yang bakal menyusul.

Sekiranya keputusan untuk mengubah kedudukan Khalid masih kekal, maka PR perlu meletakkan calon menteri besar enar-benar sesuai yang menepati kehendak rakyat dan perlu ada road talk untuk memberi penerangan khusus berkaitan kemelut yang berlaku.

Semangat nepotisme terpancar apabila keputusan meletakkan isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga selaku presiden PKR dan individu yang menggantikan Anwar semasa Langkah Kajang dilakukan memberi sisi negatif kepada PR, adakah PR kekurangan figura politik yang boleh diletakkan dalam posisi seorang MB selain Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail?

Maka lebih baik kekal daripada diubah, keputusan PR yang didominasi PKR dalam meletakkan Dr Wan Azizah sebagai calon MB tindakan yang kurang tepat kerana beliau merupakan individu yang tidak berpengalaman baik atau rekod yang boleh menyakinkan rakyat hatta pimpinan parti komponen PR.

Calon bagi menggantikan Khalid hendaklah diambil berdasarkan pengalaman dan kredibiliti dalam mentadbir urus negeri Selangor, dan sebaiknya calon tersebut diambil daripada barisan exco kerajaan negeri Selangor yang berpengalaman dalam kerumitan pentadbiran atau ada hubungan baik bersama rakyat dan latar belakang yang baik.

Sebagai seorang mahasiswa Universiti Malaya yang berasal dari Klang, Selangor saya berhasrat menegaskan individu yang menggantikan Khalid perlu memihak kepada rakyat dan bukan saja berdasarkan parti diwakili.

Perlu PR dan kita semua sedar kedudukan kerusi MB bukan konkrit daripada PKR tetapi juga PAS asalkan individu tersebut ada kredibiliti, mesra rakyat dan pengalaman menyakinkan.

Apa pun keputusan PR, pelantikan menteri besar Selangor yang bakal dilakukan bergantung kepada baginda, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berpandukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 dan mengambil kira dua artikel penting.

Dengan merujuk kepada Artikel 51 (1) berdasarkan Artikel 53 (2)(a); dan Artikel 51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Sehubungan itu, kemelut yang berlaku ini perlu dicapai dengan konsensus kedua-dua pihak dalam memastikan kelangsungan PR di Selangor dan kesepakatan PR dalam mentadbir Selangor bak kata pepatah "kalau hendak membunuh ular, ular biar mati, buluh jangan patah" dan PAS juga seharusnya berani membawa calon MB berkredibiliti untuk diketengahkan kerana kedudukan kerusi MB tidak konkrit hanya kepada PKR tetapi parti komponen PR yang lain.
Senario kekalutan yang berlaku memungkinkan kedudukan menteri besar Selangor akan diubah demi kepentingan beberapa pihak dalam kelangsungan politik akan datang serta juga melihat kepada kepentingan rakyat Selangor khususnya.
Kemelut yang berlaku berkaitan dengan kedudukan menteri besar Selangor hendaklah diselesaikan sama ada dengan mengekal atau meletakkan calon menteri besar yang benar-benar sesuai menepati kehendak rakyat dan bukannya bergantung kepada parti semata-mata.
Ramai mengetahui kedudukan menteri besar yang disandang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah kedudukan yang tidak kekal dan keputusan ini berdasarkan konsensus parti komponen Pakatan Rakyat (PR) dan kuasa Sultan Selangor akhirnya.

Kedudukan yang disandang kini tidak seharusnya diubah kerana melihat prestasi dan respon kebanyakan rakyat yang merasakan Khalid perlu kekal pada posisi tersebut sekiranya merujuk kaji selidik yang dijalankan beberapa badan seperti Astroawani yang mengunjurkan lebih 60% rakyat Selangor mahu Khalid kekal. Bagaimanapun data yang dibekalkan ini mampu berubah dengan pelbagai politik kejutan yang bakal menyusul. Sekiranya keputusan untuk mengubah kedudukan Khalid masih kekal, maka PR perlu meletakkan calon menteri besar enar-benar sesuai yang menepati kehendak rakyat dan perlu ada road talk untuk memberi penerangan khusus berkaitan kemelut yang berlaku.
Semangat nepotisme terpancar apabila keputusan meletakkan isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga selaku presiden PKR dan individu yang menggantikan Anwar semasa Langkah Kajang dilakukan memberi sisi negatif kepada PR, adakah PR kekurangan figura politik yang boleh diletakkan dalam posisi seorang MB selain Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail?
Maka lebih baik kekal daripada diubah, keputusan PR yang didominasi PKR dalam meletakkan Dr Wan Azizah sebagai calon MB tindakan yang kurang tepat kerana beliau merupakan individu yang tidak berpengalaman baik atau rekod yang boleh menyakinkan rakyat hatta pimpinan parti komponen PR.
Calon bagi menggantikan Khalid hendaklah diambil berdasarkan pengalaman dan kredibiliti dalam mentadbir urus negeri Selangor, dan sebaiknya calon tersebut diambil daripada barisan exco kerajaan negeri Selangor yang berpengalaman dalam kerumitan pentadbiran atau ada hubungan baik bersama rakyat dan latar belakang yang baik.
Sebagai seorang mahasiswa Universiti Malaya yang berasal dari Klang, Selangor saya berhasrat menegaskan individu yang menggantikan Khalid perlu memihak kepada rakyat dan bukan saja berdasarkan parti diwakili.
Perlu PR dan kita semua sedar kedudukan kerusi MB bukan konkrit daripada PKR tetapi juga PAS asalkan individu tersebut ada kredibiliti, mesra rakyat dan pengalaman menyakinkan.
Apa pun keputusan PR, pelantikan menteri besar Selangor yang bakal dilakukan bergantung kepada baginda, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang berpandukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 dan mengambil kira dua artikel penting.
Dengan merujuk kepada Artikel 51 (1) berdasarkan Artikel 53 (2)(a); dan Artikel 51 (2) tertakluk kepada Artikel 53 (4) dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.
Sehubungan itu, kemelut yang berlaku ini perlu dicapai dengan konsensus kedua-dua pihak dalam memastikan kelangsungan PR di Selangor dan kesepakatan PR dalam mentadbir Selangor bak kata pepatah "kalau hendak membunuh ular, ular biar mati, buluh jangan patah" dan PAS juga seharusnya berani membawa calon MB berkredibiliti untuk diketengahkan kerana kedudukan kerusi MB tidak konkrit hanya kepada PKR tetapi parti komponen PR yang lain.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/baik-kekal-daripada-diubah-mohamad-ammar-atan#sthash.vz3IurBr.dpuf

7 rakyat Malaysia dikenal pasti dalam video 'Sukan Bogel' - Polis

Posted: 06 Aug 2014 10:12 PM PDT

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
GEORGE TOWN:  Polis mengenal pasti tujuh rakyat Malaysia yang merupakan antara peserta pesta 'sukan bogel', yang didakwa diadakan di Teluk Bahang.
 
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Wira Abdul Rahim Hanafi pada Rabu berkata, seramai 15 peserta dilihat di dalam video yang bertajuk "Penang Nude Sport Games" (Pesta Sukan Bogel Pulau Pinang) di mana tujuh rakyat Malaysia, manakala empat lagi dari Singapura.
 
"Mereka yang lain adalah seorang dari Filipina, dua dari Myanmar dan seorang dari India.
 
"Sembilan peserta adalah lelaki manakala enam lagi wanita," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini.
 
Beliau berkata, polis turut merakamkan kenyataan 10 individu bagi membantu siasatan.
 
Video berkenaan tersebar selepas ia dimuat naik dua bulan lalu di laman perkongsian video Vimeo.

Khalid tidak goyah dengan tekanan PKR

Posted: 06 Aug 2014 10:10 PM PDT

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic

 
 
KLANG: Tan Sri Khalid Ibrahim berkata beliau seronok dalam mentadbir Selangor meskipun PKR menambahkan tekanan terhadap beliau untuk berundur sebagai Menteri Besar.
 
Khalid mendakwa beliau tidak tergugat dengan tekanan itu malah ia mendorongnya untuk bekerja lebih kuat.
 
"Saya seronok. Ia mendorong saya untuk bekerja lebih gigih," kata Khalid dalam sidang media selepas melancarkan Projek Membina Jambatan Ke-3 Klang dan majlis jamuan hari raya di sini, sebentar tadi. 
 
Beliau berkata demikan sebagai mengulas tindakan PKR mengedarkan laporan 90 muka surat yang menuduh beliau sebagai tidak beramanah dalam mentadbir Selangor.
 
Semalam Khalid diberi surat tunjuk sebab oleh PKR kerana dikatakan melanggar arahan parti supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan memberi laluan kepada Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
 
Khalid berkata beliau sudah jawab surat itu.
 
ADUN Pelabuhan Klang itu menegaskan persoalan sama ada beliau akan berundur bergantung kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (MPPR) yang dijangka bermesyuarat selepas 10 Ogos.
 
"Sama ada saya jadi MB atau tidak, itu akan ditentukan oleh proses yang dilakukan seperti dalam enakmen negeri Selangor. Jadi sebelum apa-apa berlaku atau sebelum apa-apa dilaksanakan, sekarang hanya bercakap saja, tiada pelaksanaan apa-apa jadi untuk itu saya masih bekerja sebagai menteri besar dengan penuh minat dan tanggungjawab.
 
"Atas desakan begini, saya mesti buat kerja dengan cepat dan tertib dan telus," ujarnya.
 
Jawatankuasa PAS Pusat akan bermesyuarat Ahad ini untuk membuat pendirian mengenai kedudukan Khalid yang dapat sokongan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Majlis Ulama.
 
"Saya merasakan kenyataan itu kenyataan sendiri. Jadi oleh sebab itu saya akan membuat apa-apa tindakan selepas saya dapati kesahihan penerimaan dan keputusan. Saya difahamkan pada 10 Ogos terdapat mesyuarat kepimpinan pakatan. Saya akan buat kenyataan akhbar selepas itu" Kata khalid.
 
Malah bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya berhubung salah laku dalam penyelesaian hutang dengan Bank Islam, kata Khalid, pihaknya telah pergi sendiri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membuat laporan agar kes tuduhan tersebut disiasat.
 
"Saya da hantar semua dokumen yang ditulis oleh PKR kepada SPRM dan kemudian saya rasa adalah baik untuk saya tidak memberi komen. Tambahan pula Bank Islam terlibat dalam ini, saya secara peribadi menulis surat kepada Bank Islam," ujarnya lagi. 
 
Semalam, PKR telah mula mengedarkan laporan berkaitan isu penyelesaian hutang Khalid dengan Bank Islam yang dijadikan alasan utama oleh parti berkenaan bagi meyakinkan PAS dan DAP untuk menggugurkan Khalid.  
 
Pendedahan utama berhubung dakwaan salah guna kuasa Abdul Khalid ialah membabitkan pelupusan hutang peribadinya sebanyak RM70 juta dengan Bank Islam yang dibuat di luar mahkamah, di mana Khalid dikatakan gagal menjelaskan perkara tersebut kepada pimpinan PKR. 
 
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli malam tadi juga menyenaraikan kronologi peristiwa dan tindakan Khalid secara terperinci sebagai justifikasi kepada tuntutan terhadap menteri besar dua penggal itu, apatah lagi ia melibatkan akauntabiliti, integriti dan transparensi yang diperlukan oleh seseorang pemimpin.

Tambang Bas Tak Naik, Syarikat Bas Mungkin Gulung Tikar

Posted: 06 Aug 2014 10:05 PM PDT

 Mohamad Ashfar Ali



PETALING JAYA: Syarikat  bas ekspres berkemungkinan besar mengalami kerugian teruk dan terpaksa menutup perniagaan jika kerajaan masih tidak dapat membuat keputusan mengenai kadar kenaikan tambang yang baharu.


Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, kerajaan harus mengambil langkah proaktif mengenai isu ini dan menunaikan janji dengan mengumumkan kadar kenaikan tambang bas baharu dengan segera.

"Setiap hari pengusaha bas bertanya bila tambang bas akan naik. Saya tidak tahu berapa lama lagi mereka dapat bertahan.

"Semakin lama, keadaan menjadi semakin teruk. Jika kita masih tunggu dan tunggu, lama-lama syarikat pengusaha bas boleh gulung tikar," katanya kepada mStar Online, Rabu.

Mohamad Ashfar berkata, permohonan kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Mei tahun lalu.

Katanya, sehingga kini, tiada sebarang perkembangan mengenainya walaupun terdapat 'cakap-cakap' menyatakan kadar baharu kenaikan tambang bas ekspres akan diputuskan selepas Aidilfitri tahun ini.

"Setiap bulan kita jumpa dengan pegawai SPAD tetapi mereka suruh kita tunggu.

"Kadar 30 peratus dalam permohonan tahun lepas adalah berdasarkan kadar semasa, tetapi selepas setahun masih tiada sebarang keputusan dibuat," katanya.



Menurut Mohamad Ashfar, ketika ini, pengusaha bas berdepan tekanan kenaikan harga barang dan pada masa sama mahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang. 
 
Daripada 120 ahli PMBOA yang terdiri daripada pengusaha-pengusaha syarikat bas ekspres, beberapa syarikat dikenal pasti turut merasai kesan dan tekanan daripada isu ini.

"Terdapat juga beberapa syarikat yang terpaksa 'gulung tikar' dalam tempoh dua atau tiga tahun lepas.

"Nak gulung tikar pun tak mudah, banyak masalah dan ia merupakan satu proses yang panjang dan rumit," katanya.

Selain itu, katanya, mereka juga perlu mematuhi undang-undang yang ditetapkan kerajaan, termasuk menaikkan gaji pekerja kepada kadar gaji minimum.

"Semua barang naik harga dan harga 'spare part' naik hampir setiap hari. Baru-baru ini kita dengar harga diesel mungkin tidak akan diberikan subsidi dan kadar tol di
Johor pun sudah dinaikkan.

"Pengusaha bas kini menuntut janji. Kita tidak faham mengapa reaksi SPAD terhadap isu ini sangat perlahan," katanya.

Mohamad Ashfar berkata, PMBOA bagaimanapun faham jika bebanan terhadap penumpang yang menjadi kebimbangan kerajaan, menyebabkan keputusan menaikkan tambang bas sering tertangguh.

Justeru, beliau menyarakankan agar 'Pelan B' dirangka untuk memberi manfaat bersama kepada penumpang dan syarikat pengusaha bas.

"Tanpa kenaikan tambang, ia juga akan menyusahkan penumpang.

"Pengusaha perlu kurangkan perkhidmatan dan tidak dapat menyediakan bas baharu," katanya sambil menambah tanpa keputusan muktamad mengenai kenaikan tambang turut mengganggu perancangan perniagaan syarikat-syarikat bas.

Sementara itu, SPAD masih belum dapat dihubungi untuk mendapatkan perkembangan dan mengulas mengenai isu ini.

SKMM & PDRM Siasat Kes Hina Agong Di Facebook

Posted: 06 Aug 2014 10:02 PM PDT

MSTAR ONLINE
 
 
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat kes penghinaan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah oleh seorang individu di laman Facebook.

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata siasatan telah dijalankan ke atas pemilik akaun Facebook bernama 'Chandra Lawan Tetap Lawan' bagi memastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan tegas.

"Sehubungan itu, SKMM meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini yang boleh menjejaskan siasatan dan mengganggu-gugat keluhuran institusi beraja," katanya dalam satu kenyataan yang dimuatkan dalam laman rasmi Facebook SKMM hari ini.

Dilapor individu tidak bertanggungjawab itu telah sengaja menghina Tuanku Abdul Halim dengan memuat naik gambar kemalangan ngeri dengan suntingan wajah baginda di laman Facebook.

Mohamed Sharil berkata pada masa sama, SKMM mengingatkan orang ramai agar tidak mengeruhkan keadaan dengan menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih di media sosial.

Jelasnya, ini kerana dikhuatiri boleh mencetuskan ketegangan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

MH17: Keselamatan Semakin Merosot, Belanda Tangguh Misi Carian

Posted: 06 Aug 2014 10:01 PM PDT

Oleh: AFP 
 
 
Mark Rutte
 
 
 
THE HAGUE: Pakar antarabangsa pada Rabu menangguhkan carian dan penyelidikan mereka di lokasi nahas MH17 kerana keselamatan yang semakin merosot di timur Ukraine, kata Perdana Menteri Belanda Mark Rutte.

"Tidak masuk akal untuk ia diteruskan dalam keadaan seperti ini," kata pemimpin Belanda pada sidang akhbar di The Hague.

Rutte berkata ketegangan yang semakin meningkat antara Kiev yang bertempur dengan puak pemisah pro-Rusia di kawasan tersebut telah menjadikan kawasan itu sangat tidak selamat untuk meneruskan usaha mencari mayat mangsa.

"Ia diputuskan tanpa mengatakan bahawa Australia dan Malaysia serta Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah bersama-sama dengan kami mengenai isu ini," kata Rutte.

"Kami telah melakukan apa yang termampu dalam keadaan tertentu," katanya.

Penerbangan yang mengandungi sejumlah besar barang-barang peribadi mangsa dijangka tiba di Belanda, pada Khamis, umum Rutte.

Ini termasuk album foto, barang kemas, kamera, komputer riba, pasport dan mainan.

Seramai 298 penumpang dan anak kapal terbunuh apabila pesawat Boeing 777 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di ruang udara, tiga minggu lepas.

Amerika Syarikat berkata pemberontak menembak jatuh kapal terbang dengan peluru berpandu permukaan yang mungkin dibekalkan oleh Rusia, tetapi Moscow dan pemberontak menyalahkan tentera Ukraine.

Pada Isnin, pakar-pakar Malaysia menyertai polis Belanda dan Australia untuk kali pertama ketika mereka terus berada di kawasan kawasan itu bagi mengesan mangsa.

Setakat ini, 228 keranda dengan mayat telah diterbangkan ke Belanda, negara yang mempunyai paling banyak mangsa dalam nahas 17 Julai dan menjadi tempat di mana proses pengenalan dan penelitian mayat dilakukan.

Siasatan terhadap kemalangan itu telah berkali-kali ditangguhkan kerana pertempuran di rantau ini.

"Kita perlu menghentikan misi pada masa ini, tetapi kami akan meneruskannya sebaik sahaja keadaan mengizinkan," kata Menteri Luar Belanda Frans Timmermans pada halaman rasmi Facebooknya.

Keselamatan Jadi Keutamaan 

Pada hari Rabu, penyiasat Belanda, Australia dan Malaysia telah mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung tempatan dengan menyampaikan risalah di kampung kecil berdekatan Rozsypne.

Risalah tersebut meminta penduduk kampung untuk membantu mencari mayat mangsa dan barang-barang peribadi serta untuk memberitahu apa yang mereka lihat atau alami semasa nahas, menurut Kementerian Keadilan Belanda dalam satu kenyataan di The Hague.

Kemudian satu lagi kenyataan dikeluarkan dengan memetik ketua misi polis Belanda di Ukraine, Pieter-Jaap Aalbersberg sebagai berkata keadaan keselamatan yang merosot menyebabkan "anggota polis dan pakar-pakar tidak lagi boleh melakukan kerja mereka dengan selamat."

"Hari ini keselamatan warga kami adalah keutamaan kami. Ini telah diserlahkan lagi pada hari ini (Rabu) apabila tembakan kecil dilepaskan dekat oleh pasukan carian," kata Aalbersberg, memaksa pakar-pakar untuk berpindah ke lokasi yang selamat.

Aalbersberg mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung tempatan untuk bantuan mereka tetapi berkata "Pasukan kami kecewa apabila tidak boleh menyelesaikan tugas penting."

"Pada masa yang sama, kami gembira dapat untuk menemui semula mayat manusia dan barang-barang peribadi," katanya.

Tolak Wan Azizah, Kekalkan Khalid - Majlis Syura Ulama PAS

Posted: 06 Aug 2014 09:53 PM PDT






Dokumen keputusan Majlis Syura Ulama PAS mengenai krisis Menteri Besar Selangor ditandatangani kedua-dua pemimpin tertinggi badan itu.


PETALING JAYA: Krisis politik Selangor dilihat semakin parah apabila Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.


Pendirian itu dinyatakan empat hari sebelum Jawatankuasa PAS Pusat mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai rancangan sekutu mereka itu untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menerusi kenyataan yang ditandatangani Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din, badan itu membuat keputusan untuk mengekalkan Abdul Khalid selagi beliau tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah.

"Keputusan ini dibuat berasaskan hukum syarak dan melihat kepentingan rakyat yang mesti mendahului kepentingan individu dan parti.

"Maka selagi (Abdul Khalid) tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah yang mewajarkan Menteri Besar itu digugurkan, Majlis Syura Ulamak PAS memutuskan untuk mengekalkan beliau sebagai Menteri Besar Selangor," demikian menurut kenyataan itu pada Khamis.

Keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Majlis Syura Ulama PAS di Kota Bharu pada Selasa.

Bagaimanapun, badan itu menegaskan bahawa mereka sedia menilai kembali kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sekiranya wujud pertuduhan dan disabitkan bersalah oleh pihak berkuasa.

Kalau Anwar yang bersara, bukannya Khalid, banyak masalah selesai

Posted: 06 Aug 2014 04:13 PM PDT

ASPAN ALIAS


Dalam posting saya semalam saya telah menyentuh tentang ura-ura setengah pihak untuk mennyokong calon kompromi bagi menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. Ada perkhabaran yang calon kompromi itu ialah Dr Idris Ahmad, seorang gynaecology terkenal. Beliau adalah ADUN Ijok Beliau menggantikan Khalid di kawasan itu setelah Khalid mengambil keputusan untuk bertanding di Pelabuhan Kelang dalam pilihanraya yang lalu.  PAS dikatakan tidak ada halangan untuk menyokong Dr Idris sebagai pengganti kepada Khalid.

Saya mengenali Dr Idris secara dekat dan saya secara peribadi menganggap beliau merupakan seorang yang baik dan tidak mempunyai apa-apa isu peribadi yang negatif terhadap beliau. Tetapi apakah benar beliau sebagai calon alternatif yang tepat. Pertamanya dalam kekecuhan sebegini mampukah Pakatan Rakyat mencari calon yang secocok dengan semua pihak?

Kita mesti ingat PKR Selangor di ketuai oleh Azmin Ali dan jika pun Khalid mampu di buang, maka Azmin lah dari segi kedudukan dalam parti itu yang sepatutnya di berikan keutamaan menyandang jawatan Menteri Besar itu. Tambahan pula beliau adalah Timbalan Presiden PKR kebangsaan dan jika beliau tidak di pertimbangkan, ia merupakan satu lagi langkah yang tidak adil.

Setakat ini belum ada kenyataan rasmi dari pihak Azmin memberikan sokongan terhadap pencalonan Wan Azizah untuk menggantikan Khalid Ibrahim. Jika Dr Idris di calonkan adakah tindakan itu mampu menyelesaikan kemelut itu? Jika tersalah langkah Idris akan menjadi mangsa dalam perebutan jawatan Menteri Besar ini dan beliau dengan tidak semena-mena akan cedera politik beliau dalam keganasan politik di Selangor ini.

Pertamanya boleh kah Anwar menerima seorang yang lain selain dari isterinya yang telah di calonkan oleh PKR itu. Walaupun Azmin adalah penyokong kuat beliau dari awal lagi, tetapi ingat Wan Azizah adalah isteri beliau yang telah bersama-sama mengharungi tsunami politik Anwar selama 15 tahun ini. Walaupun segala masalah yang berlaku terhadap Anwar itu hasil dari perbuatan sendiri tetapi Wan Azizah tetap dengan suaminya itu, setiap waktu dan keadaan.

Jika pun Anwar bersetuju dengan Idris, bagaimana dengan Azmin Ali? Ramai mengetahui keluarga Anwar tidak bersetuju dalam banyak hal dengan Azmin, tetapi perkara yang tidak boleh dilupakan oleh semua Azmin adalah hulubalang kepada Anwar yang sentiasa bersama mentornya itu dalam apa keadaan sekali pun. Kenapa Wan Azizah tidak berapa gemar dengan Anwar tidak pula kita ketahui. Tidak perlu kita sebut kenapa kerana kita mempunyai masalah yang lain yang perlu di berikan perhatian.

Jika Azmin kali ini bertindak berlainan dengan PKR dan Anwar, ramai yang tidak akan menyalahkan Azmin, kerana beliau adalah pengasas PKR bersama Wan Azizah dan telah begitu setia dengan PKR terutamanya kepada Anwar sendiri. Jika ada peluang, Azmin selama ini mengintai jawatan yang di sandang oleh Khalid itu. Lantaran jika Khalid diketepikan maka beliaulah yang sepatutnya dipertimbangkan sebagai pengganti.

Jika Azmin dipertimbangkan oleh Anwar, keluarganya (Anwar) sendiri tidak menyokong Azmin. Begitu juga PAS tidak begitu selesa dengan Azmin.  Sebelum pun PAS dapat bersuara Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PKR telah menempelak PAS dan memberitahu PAS yang PKR mempunyai moral politik yang tinggi untuk menentukan siapa Menteri Besar bagi Selangor.

Sesungguhnya keadaan politik di Selangor sudah sampai ketahap caca-marba. Ibarat parang yang sudah tidak tentu lagi yang mana hulu dan yang mana matanya. Politik di Selangor ibarat sungai mudik ke hulu, dan matahari terbit dari barat. Siangnya tidak terang dan malamnya tidak gelap lagi. Selangor kini ibarat sebuah bukit yang terlalu banyak singa dan harimaunya. Tidak dapat lagi menetukan yang mana pinggan dan yang mana piring.

Keadaan sekarang 'tidak lemak lagi dek santan' dan 'tidak kuning dek kunyit lagi'. Ramai pemimpin akan kecundang, Datang mereka tidak nampak mukanya dan perginya tidak nampak belakang mereka.

Keadaan seperti ini tidak akan berlaku jika PKR tidak melakukan kerja yang merumitkan mereka ini. Usaha mengenepikan Khalid jelas merupakan 'misadventure' politik yang susah untuk mendapat penyelesaiannya.

Kenyataan Anwar semasa mengumumkan isterinya menjadi calon pengganti Khalid, beliau telah memberikan jaminan yang isterinya itu mampu menstabilkan keadaan di Selangor. Sekarang elok kita mengingatkan Anwar yang belum pun menjadi Menteri Besar keadaan sudah berkecamuk seperti ini. Mana dia kestabilan yang akan di bawa oleh Azizah.

Bagi saya hanya dua cara sahaja untuk menyelesaikan masalah ini. Pertamanya dibatalkan sahaja niat untuk memberhentikan Khalid dan cara yang kedua ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri dan adakan pilihanraya negeri sekali lagi.

Jika diambil pilihan kedua ini ia boleh memberikan pengajaran kepada mana-mana parti terutamnya PKR dan Anwar secara peribadinya, yang tidak semua orang yang sentiasa bernasib baik dalam semua tindakan dan perbuatan. Cuaca tidak semestinya baik sentiasa. Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Jika PKR dan PR tidak dapat membaharui kemenangan yang mutlak seperti pilihanraya dahulu, maka tindakan terburu-buru PKR untuk membuang Menteri Besar pilihannya sendiri itu merupakan satu 'misadventure' politik yang tidak ada tolok banding hasil negatifnya.

Tetapi yang lebih dalam lagi implikasinya dengan keadaan seperti ini, impian Anwar untuk ke Putrajaya hanya Allah sahaja yang boleh membantu beliau kesana. Kalau di nilai dari hukum akalnya, Anwar sudah sepatutnya terfikir untuk hidup dalam persaraan. Ini pun boleh dijadikan alternatif untuk menyelesaikan masalah.

Sudah jelas dan terang Anwar tidak mempunyai daya untuk menyatukan PKR sendiri, bagaimana beliau hendak menyatukan semua parti dalam PR itu. Anwar sedang menghadapi masalah 'intra' dan 'interparty' yang sangat serius.

WWW1: Permohonan Utusan, TV3 merayu didengar serentak

Posted: 06 Aug 2014 04:11 PM PDT

BERNAMA


PUTRAJAYA: Permohonan kebenaran merayu oleh Utusan Melayu (M) Bhd dan TV3 terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung saman sivil difailkan terhadap mereka oleh bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan dengar serentak oleh Mahkamah Persekutuan.
  
Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Tan Sri Suriyadi Halim hari ini membenarkan permohonan Utusan Melayu, untuk sama ada kedua-dua dua permohonan kebenaran merayu itu digabungkan atau didengar bersama-sama.
  
Terdahulu, Peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin mewakili Utusan Melayu, memberitahu panel itu bahawa ini bagi memastikan keseragaman keputusan dalam kedua-dua saman itu kerana ia melibatkan tuduhan serupa dan plaintif sama.
  
Beliau berkata peguam mewakili TV3 juga memaklumkan kepadanya bahawa syarikat televisyen itu tidak membantah permohonan Utusan Melayu.
  
Peguam mewakili Mohammad Nizar, Mohammad Zamri Ibrahim berkata beliau tidak membantah permohonan bagi kedua-dua permohonan itu didengar bersama tetapi beliau tidak bersetuju ia digabungkan.
  
Pada 6 Dis tahun lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi membenar saman fitnah Mohammad Nizar terhadap Utusan Melayu dan memberikannya RM250,000 sebagai ganti rugi.
  
Pada 25 Feb tahun ini, satu lagi kuorum Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan bekas Menteri Besar Perak itu untuk mengetepikan keputusan sebuah lagi Mahkamah Tinggi, yang menolak saman fitnah RM50 juta Mohammad Nizar terhadap TV3 dan penerbit Buletin Utama, Rohani Ngah.
  
Kuoram Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof  memutuskan terdapat niat jahat dalam laporan stesen televisyen itu yang tidak membuktikan bahawa laporannya itu adalah betul atau separa betul.
  
Mahkamah Rayuan kemudiannya mengembalikan semula kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk penilaian ganti rugi.
  
Mohammad Nizar memfailkan saman sivil terhadap Utusan Melayu dan TV3 mendakwa kedua-dua pihak telah memfitnahnya berhubung catatannya dalam Twitter berhubung nombor pendaftaran kenderaan WWW1 yang berjaya dibida Sultan Johor pada Mei 2012. - Bernama

Tiada ulasan: