Jumaat, 29 Ogos 2014

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


PKR, DAP bimbang Azizah bukan pilihan istana

Posted: 28 Aug 2014 09:17 PM PDT


Azizah


SHAH ALAM – Keputusan PKR dan DAP yang hanya meletakkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor yang baharu menunjukkan kebimbangan parti itu terhadap kemungkinan Azizah tidak diterima sekiranya wujud nama lain.

Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berpendapat keputusan itu juga merupakan mesej yang cukup jelas kepada Sultan Selangor.

"Mereka memang betul-betul mahukan Azizah kerana memang ada keraguan jika ada nama lain kemungkinan Azizah tidak dipilih oleh baginda.

"Jadi, ini ketakutan yang bermain dalam kepala mereka. Kalau tidak, ini seharusnya tidak menjadi masalah.

"Kemungkinan bahawa calon lain dipilih itu juga adalah besar. Sebab apa, kalau baginda betul-betul memang bersetuju dengan Azizah, sudah tentu alternatif lain ini tidak akan berbangkit," katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas lanjut soal tindakan PKR dan DAP yang tetap bertegas dengan keputusan tersebut meskipun telah dititahkan Sultan Selangor agar mengemukakan lebih daripada dua nama calon, Dr Jeniri berpendapat perkara itu selari dengan prinsip dan amalan demokrasi di Malaysia.

"Ini boleh dilihat sebagai satu mesej yang jelas kepada istana bahawa mereka tidak mahu calon lain. Mereka hanya mahu Azizah.

"Ini boleh dibaca sebagai satu tindakan yang betul-betul berdasarkan prinsip dan amalan demokrasi yang memperlihatkan ketegasan mereka yang mahukan Azizah.

"Kerana dari segi demokrasi, sesiapa yang mendapat sokongan majoriti dan majoriti itu bersetuju untuk mengemukakan nama berkenaan, jadi, nama itu perlu dipertimbangkan dengan serius oleh Sultan," katanya.

Namun, beliau menyifatkan PR tidak mempunyai pilihan selain akur dengan titah Sultan Selangor supaya dilihat beradab dan tidak ingkar.

"Dari segi budaya politik Malaysia, kelihatannya PR tidak mempunyai pilihan supaya dilihat sebagai beradab dan tidak ingkar dengan perintah baginda.

"Saya percaya mungkin mereka akur dengan perintah itu supaya dikemukakan lebih daripada dua nama. Tapi tidak salah sebenarnya dari segi perlembagaan untuk mengemukakan satu nama," katanya.

Menyentuh soal kewajaran Pas mengemukakan calon sendiri, Dr Jeniri berpendapat tidak timbul soal berkenaan kerana ia sudah disepakati sejak awal bahawa jawatan itu diberi kepada PKR.

"PR telah bersetuju jawatan menteri besar itu perlu diserahkan kepada PKR, jadi, itulah hakikatnya yang perlu diakui dengan prinsip amalan demokrasi.

"Tak ada masalah untuk Pas namakan calon dia kalau itu sesuai dengan kehendak istana iaitu semua parti kemukakan calon.

"Tapi pada masa yang sama, mereka sedar bahawa kerusi itu adalah kerusi yang sudah disepakati untuk diberi kepada PKR. Bagi saya, dari satu segi, tidak timbul lagi calon atau keperluan untuk kemukakan calon dari parti lain iaitu DAP dan Pas," katanya.

Pas tidak endah rayuan Anwar

Posted: 28 Aug 2014 09:16 PM PDT


Pas tidak endah rayuan Anwar



SHAH ALAM – Pas tidak mengendahkan rayuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tetap bertegas parti itu akan mengemukakan tiga nama kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

 Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, parti itu akur dengan titah Sultan Selangor yang mahukan pemimpin Pas, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Sebagai pemimpin Islam dan Melayu, kita tidak mahu Pas dilabel sebagai tidak beradab (kepada tuanku),  dengan hanya menghantar satu nama. Seolah-olah kita memaksa sultan buat pilihan.

"Sebagai orang Melayu, perbuatan itu tidak manis. Lagipun tiada salahnya Pas menghantar tiga nama demi menjaga adab dengan tuanku Sultan Selangor," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahan pula, katanya, kesediaan Pas mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk jawatan tersebut, boleh dilihat sebagai tanda penghormatan kepada PKR.

Menurut Mustafa, bukan niat Pas ingkar permintaan Anwar yang mahu Pas menghormati keputusan Majlis Kepimpinan PR pada 17 Ogos, di mana setiap parti menghantar satu nama sebagai Menteri Besar Selangor.

"Setiap parti ada pandangan mereka sendiri dan ini pandangan Pas (berkenaan senarai nama calon menteri besar). Lagipun kita menghantar nama Adun PKR, bukannya Pas.

"Terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara baginda untuk buat pilihan. Pas tetap merasakan tidak salah menghantar lebih daripada satu nama kepada tuanku," katanya.

Pas bagaimanapun difahamkan belum menghantar surat berkenaan nama Adun PKR kepada pihak istana, namun akan berbuat demikian sebelum 3 September ini.

"Kita tidak boleh beritahu nama yang dibincangkan...tunggulah nanti," kata Mustafa ketika ditanyakan perkara itu.

Kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan supaya ketiga-tiga parti dalam pakatan pembangkang iaitu Pas, DAP dan PKR masing-masing mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Samad berkata, pihaknya tidak boleh memberi apa-apa komen mengenai nama calon kerana keputusan akan dibuat Pas Pusat.

"Saya tidak tahu nama siapa yang akan diberi setiausaha agung untuk calon menteri besar.

"Pas Pusat selepas ini akan mengadakan mesyuarat bagi menentukan calon menteri besar, tetapi bila pengumuman itu dibuat, yang pasti sebelum 3 September.

"Pasal Wan Azizah pun saya tidak tahu, saya tidak boleh cakap apa-apa mengenai Azizah," katanya.

NGO S'gor bidas PKR, DAP hanya mahu calon Azizah

Posted: 28 Aug 2014 09:06 PM PDT

MALAYSIAKINI


Beberapa NGO di Selangor hari ini membidas tindakan PKR dan DAP yang tetap bertegas hanya mencalonkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baru.
  
Presiden Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) Mazli Saring berkata tindakan kedua-dua parti itu jelas mencabar kedaulatan undang-undang negeri itu yang memberi kuasa kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk memutuskan calon yang layak menjadi menteri besar.
  
"Parti-parti dalam Pakatan Rakyat harus sedar bahawa untuk dapatkan kuasa mereka perlu menghormati orang yang berkuasa (Sultan Selangor) tetapi mereka bersikap biadap kerana apa? kerana mereka bukan anak Selangor.
  
"Anwar Ibrahim (Datuk Seri), Wan Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail), Saifuddin (Datuk Saifuddin Nasution Ismail) dan Mohamed Azmin Ali bukan anak Selangor. Orang yang bukan anak Selangor inilah yang  bersikap biadap kepada sultan kami," katanya dalam sidang media di di Shah Alam semalam.
  
Mazli turut mengalu-alukan pihak terbabit supaya 'keluar' dari Selangor jika tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran di negeri itu dan mengingatkan pemimpin PKR dan DAP supaya tidak berterusan mencabar institusi diraja.

"Nak namakan (calon) menteri besar pun tidak pandai bagaimana nak mentadbir Selangor? Belajar tinggi-tinggi tetapi tidak mahu ikut
arahan (Sultan)," katanya.
  
Pengerusi Angkatan Rakyat Sedar (Aras) Abdul Rahim Abdul Wahab berkata PKR dan DAP sepatutnya akur dengan titah baginda yang mahukan lebih daripada dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor.
  
Beliau berkata tindakan kedua-dua parti itu yang tetap bertegas mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar jelas menunjukkan mereka ingkar terhadap titah Sultan Selangor.
  
Penasihat undang-undang kepada Pasmeb dan Aras, Ahmad Jufliz Faiza pula berkata walaupun Undang-undang Tubuh Kerajaan negeri Selangor menyatakan bahawa Sultan perlu mengikut pandangan sokongan majoriti ADUN Selangor dalam pelantikan menteri besar, tetapi keputusan muktamad tentang siapa calon yang layak perlu mengikut budi bicara baginda yang mutlak.
  
"Sultan punyai kuasa untuk pilih sama ada menteri besar itu layak mentadbir Selangor dan situasi ini turut berlaku di negeri lain seperti Perak dan
Kelantan. Konvensi perlu dihormati dan kalau ahli politik tidak hormati konvensi susahlah," katanya.
  
Sementara itu, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin berkata rakyat Selangor sudah semakin muak dengan gelagat pemimpin politik dalam isu menteri besar ini yang digambarkan sudah menjadi pembuat dan penambah masalah, bukan penyelesai masalah.
  
"Yang Selangor perlukan adalah pemimpin rakyat yang berjiwa besar dan bersifat negarawan yang dapat membantu Sultan Selangor mengharungi kepimpinan masa depan negeri yang lebih gemilang," katanya dalam satu kenyataan.
  
Selasa lepas, Sultan Sharafuddin menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sehinggalah menteri besar baru dipilih.
  
Baginda juga menitahkan kepada PAS, PKR dan DAP supaya masing-masing mempersembahkan lebih daripada dua nama sebagai calon menteri besar untuk pertimbangan istana. - Bernama
 

MAS: Kerugian sebelum cukai suku ke-2 RM302.62j

Posted: 28 Aug 2014 09:03 PM PDT

MALAYSSIAKINI


 


Kerugian sebelum cukai Malaysia Airlines (MAS) untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2014 meningkat kepada RM302.62 juta berbanding RM165.89 juta pada suku yang sama tahun lepas.
  
Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam, MAS berkata, pendapatannya merosot lima peratus kepada RM3.59 bilion berbanding RM3.78 bilion sebelum ini berikutan faktor hasil dan tempat duduk yang lebih rendah selepas tragedi MH370.
  
Pada separuh pertama berakhir 30 Jun 2014, kerugian sebelum cukainya meningkat kepada RM741.77 juta berbanding RM444.34 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
  
Pendapatannya susut kepada RM7.19 bilion daripada RM7.32 bilion sebelum ini.
  
Dalam satu kenyataan semalam, MAS berkata, kehilangan Penerbangan MH370 pada Mac 2014 terus menjejaskan keputusan kewangan suku keduanya.
  
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ahmad Jauhari Yahya, berkata pasukan MAS telah bekerja keras bagi mengembalikan keyakinan pasaran serta meningkatkan semula jualan.
  
"Malangnya ketika kami mula melihat petunjuk pemulihan di semua rantau, kami ditimpa pula nahas MH17," katanya.
  
Menurutnya, dalam suku berkenaan, faktor tempat duduk susut 9.5 peratus pada Mei kepada 68.9 peratus.
  
Kapasiti bertambah sembilan peratus tahun ke tahun berdasarkan penggunaan pesawat lebih tinggi, tetapi trafik kekal tidak berubah tahun ke tahun, katanya.
  
Ahmad Jauhari berkata, perbelanjaan bahan api melonjak 10 peratus kepada RM1.53 bilion berikutan peningkatan harga bahan api dan kelemahan ringgit berbanding dolar US.
  
Kelemahan keputusan kewangan itu membuatkan syarikat penerbangan itu sedar mengenai keperluan menstruktur semula operasi, malah sebelum tragedi MH370 dan MH17, katanya.
  
"Kami beroperasi dalam persekitaran perniagaan yang sukar dengan saingan sengit daripada syarikat penerbangan serantau serta global di samping kos operasi yang tinggi.
  
"Ditambah dengan kesan daripada kedua-dua tragedi yang telah merosakkan jenama kami, keperluan menstruktur syarikat telah dipercepat.
  
"Kesan kewangan penuh daripada tragedi berkembar MH370 dan MH17 dijangka menjejaskan MAS dalam separuh kedua tahun ini," kata Ahmad Jauhari.
  
Beliau berkata, syarikat perlu melalui pemeriksaan dan penilaian semula lengkap dalam usaha mengukuhkan kedudukan agar lebih mampan pada masa depan.
  
Pada 8 Ogos, Khazanah Nasional Bhd mengumumkan rancangannya memiliki MAS sepenuhnya dan menyahsenarai syarikat itu daripada Bursa Malaysia.
  
Jika diluluskan, ia akan melaksanakan pelan menstruktur semula kumpulan itu ke arah mengembalikannya kepada keuntungan. - Bernama

'Permulaan era kuku besi Najib'

Posted: 28 Aug 2014 08:56 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


ULASAN Penangkapan secara sewenang-senang dan pendakwaan terpilih yang semakin kerap terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, menjelang sambutan ulangtahun Merdeka ke-57 pada 31 Ogos ini, menandakan lahirnya Despotisme Baru dalam landskap politik Malaysia.

Semalam sahaja dua orang pemimpin Pakatan Rakyat diheret ke mahkamah untuk berhadapan dengan dakwaan jenayah, iaitu Naib Presiden PKR dan MP Pandan Rafizi Ramli serta MP PKR Padang Serai N Surendran.

Rafizi didakwa dengan tuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan 'fitnah dan provokasi' terhadap ahli Umno, manakala Surendran dikenakan dakwaan di bawah Akta Hasutan berhubung dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan liwat 2 – dakwaan di bawah Akta Hasutan kedua yang dikenakan terhadap Surendran dalam masa 10 hari.

Dalam sepuluh hari terakhir ini juga seorang MP Pakatan yang lain dan dua ADUN diheret ke mahkamah. MP PAS Shah Alam Khalid Samad dan ADUN DAP Seri Delima RSN Rayer didakwa di bawah Akta Hasutan, manakala ADUN PAS Changkat Jering Datuk Seri Nizar Jamaluddin didakwa dengan fitnah jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

MP Pakatan lain yang sedang dibicarakan di bawah Akta Hasutan termasuk MP DAP Seputeh Teresa Kok dan MP PKR Batu Tian Chua.

Jika kerajaan Barisan Nasional berjaya bukan sekadar menyabitkan, malah dengan hukuman denda lebih RM2,000 dan penjara setahun yang membatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat, ia bermakna lima Pilihan raya Kecil (PRK) peringkat Parlimen bakal diadakan, iaitu Seputeh, Batu, Pandan, Padang Serai dan Shah Alam dan dua PRK peringkat DUN - Seri Delima dan Changkat Jering.

Jika kita menyertakan kemungkinan PRK di Permatang Pauh, iaitu kalau Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini, maka kita melihat kepada kemungkinan besar enam PRK peringkat Parlimen yang berpunca daripada siri terbaru tangkapan dan pendakwaan terhadap pimpinan Pakatan.

Ini adalah kemuncak ironi kerana Najib, pada Julai 2012, telah mengumumkan yang Akta Hasutan akan dimansuhkan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai "negara demokrasi terbaik di dunia," namun hakikatnya beliau mencipta rekod baru menggunakan akta itu terhadap Ahli Parlimen dan ADUN. Malah, 'pencapaian' beliau mengatasi 22 tahun 'zaman gelap' di bawah pemerintahan Tun Dr Mahathir.

Lima MP (termasuk Karpal Singh) dan seorang ADUN telah didakwa kerana menghasut sepanjang enam tahun pentadbiran Najib. Sedangkan sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir hanya seorang MP yang didakwa, dipenjara, dan digugurkan sebagai MP, iaitu Lim Guan Eng.

Tentunya, Mahathir 'dibantu' Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang terkenal dengan tahanan tanpa bicara, namun ia bukanlah alasan untuk memulakan zaman kuku besi baru di bawah kepimpinan Najib. Kebebasan demokratik akan terjejas jika Akta Hasutan dan undang-undang lain yang tidak demokratik dan menindas digunakan sebagai senjata.

Bukan sahaja Najib dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang perlu dipertanggungjawabkan atas era kuku besi baru di Malaysia, seluruh menteri kabinet dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional harus dipertanggungjawabkan. Mereka perlu menjauhkan diri daripada tindakan-tindakan yang menyebabkan kemerosotan demokrasi. Jika tidak, mereka boleh dianggap bersubahat melahirkan era pemerintahan kuku besi baru di Malaysia.


LIM Kit Siang adalah Ahli Parlimen Gelang Patah

Pgkl Kubor: Penamaan 13 Sept, undi 25 Sept

Posted: 28 Aug 2014 08:49 PM PDT

MALAYSIAKINI


 


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 13 September depan sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor, manakala 25 September pula sebagai hari pengundian.

Ini bermakna SPR menetapkan tempoh selama 12 hari kepada parti politik yang bertanding untuk berkempen.

Pilihan raya kecil kawasan itu diadakan selepas wakil rakyat BN Datuk Nor Zahidi Omar meninggal dunia pada 20 Ogos lalu akibat barah.

Pemuda PAS, AMK gading bahu di Pengkalan Kubor

Posted: 28 Aug 2014 08:46 PM PDT

SALMAH MAT HUSAIN 


KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan dan Angkatan Muda Keadilan Kota Bharu menyokong sesiapa sahaja yang bakal bertanding pada pilihian raya kecil (PRK) Pengkalan Kubor tidak lama lagi.

Ketua Pemuda PAS negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, pihaknya akan memberi sokongan kepada sesiapa sahaja yang bakal dicalonkan pada PRK itu

demi perpaduan Pakatan Rakyat.

"Kami menyedari musuh sebenar Pakatan Rakyat ialah Umno dan BN. Apa yang penting kita mahu merampas Dun berkenaan daripada BN," katanya di sini.

PRK Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar akibat barah hati di China pada 20 Ogos lalu.

Pada pilihan raya umum lepas Noor Zahidi mengatasi calon PKR, Saharun Ibrahim dengan majoriti 1,736 undi.

Ahmad Fadhli juga berkata, berdasar tinjauan awal pemuda negeri ke Pengkalan Kubor didapati peluang cerah untuk merampas semula Dun berkenaan.

Ketua Cabang AMK Kota Bharu, Roslan Ismail pula berkata, pihaknya akan bekerja keras bagi menghadapi musuh sebenar Pakatan Rakyat iaitu Umno dan BN.

Menurut beliau AMK Kota Bharu bersama AMK negeri akan turun ke bawah bagi membantu calon yang akan bertanding.

"Kami bersedia untuk berganding bahu bersama untuk membantu calon Pakatan bagi merampas Dun terbabit," ujarnya. - HARAKAHDAILY

Sabit bersalah, mungkinkah PRK 6 parlimen, 2 Dun?

Posted: 28 Aug 2014 08:45 PM PDT

HARAKAHDAILY 

.
KUALA LUMPUR: Penangkapan secara sewenang-wenang dan pendakwaan terpilih yang semakin kerap terhadap pimpinan Pakatan Rakyat, termasuk Ahli Parlimen (MP) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), menjelang sambutan ulang tahun Merdeka ke-57 pada 31 Ogos ini, menandakan lahirnya Despotisme Baru dalam landskap politik Malaysia.

Pada hari ini sahaja dua orang pemimpin Pakatan Rakyat diheret ke mahkamah untuk berhadapan dengan dakwaan jenayah, iaitu Naib Presiden PKR dan MP Pandan Rafizi Ramli serta MP PKR Padang Serai N Surendran.

Rafizi didakwa dengan tuduhan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan 'fitnah dan provokasi' terhadap ahli Umno, manakala Surendran dikenakan dakwaan di bawah Akta Hasutan berhubung dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan liwat 2 – dakwaan di bawah Akta Hasutan kedua yang dikenakan terhadap Surendran dalam masa 10 hari.

Dalam sepuluh hari terakhir ini juga seorang MP Pakatan yang lain dan dua Adun diheret ke mahkamah.

MP PAS Shah Alam, Khalid Samad dan Adun DAP Seri Delima RSN Rayer didakwa di bawah Akta Hasutan, manakala Adun PAS Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa dengan fitnah jenayah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

MP Pakatan lain yang sedang dibicarakan di bawah Akta Hasutan termasuk MP DAP Seputeh Teresa Kok dan MP PKR Batu Tian Chua.

Menurut Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, jika kerajaan Barisan Nasional berjaya bukan sekadar menyabitkan, malah dengan hukuman denda lebih RM2,000 dan penjara setahun yang membatalkan kelayakan sebagai wakil rakyat, ia bermakna lima Pilihan raya Kecil (PRK) peringkat Parlimen bakal diadakan iaitu Seputeh, Batu, Pandan, Padang Serai dan Shah Alam dan dua PRK peringkat Dun - Seri Delima dan Changkat Jering.

"Jika kita menyertakan kemungkinan PRK di Permatang Pauh, iaitu kalau Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 28 dan 29 Oktober ini, maka kita melihat kepada kemungkinan besar 6 PRK peringkat Parlimen yang berpunca daripada siri terbaru tangkapan dan pendakwaan terhadap pimpinan Pakatan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu kenyataan. - HARAKAHDAILY

Mahathir tidak akan berdiam diri - Muhammad Taib

Posted: 28 Aug 2014 08:41 PM PDT

MUHAMMAD FAIZAL


KUALA LUMPUR: Kritikan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak menunjukkan beliau menginginkan seorang Perdana Menteri yang bekerja dan bukannya selalu melancong.

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang bekerja di bawah Mahathir berkata, bekas Perdana Menteri itu merupakan seorang yang tegas dalam pentadbiran.

"Mahathir tegas dalam segala hal membabitkan negara ini, beliau mahukan yang terbaik untuk rakyat.

"Bila beliau kritik Najib itu menunjukkan ada yang pincang dalam pentadbiran sekarang, mungkin beliau mahukan Perdana Menteri yang bekerja dan bukannya melancong," katanya ketika ditemui di pejabat Harakah di sini.

Menurut beliau lagi, sewaktu pentabiran Mahathir tidak timbul isu perkauman, malah tidak pernah ada kumpulan pendesak seperti sekarang.

"Ada kita lihat waktu Mahathir mana ada wujud Perkasa, Isma atau apa-apa kumpulan yang menunjukkan mereka terlalu Melayu.

"Beliau adil untuk semua kaum tapi bila Najb mengambil Putrajaya pelbagai konflik timbul ada banyak NGO pendesak dan cuba menimbulkan pelbagai pendapat-pendapat negetif," kata beliau yang juga Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Pusat.

Muhammad juga bimbang sikap lemah Najib dalam menangani isu membabitkan kaum yang boleh mengundang suasana tegang.

Beliau turut berpendapat, Mahathir tidak akan berdiam diri selagi Najib tidak mengikut apa yang beliau kehendaki serta sealiran dengan pentadbirannya sebelum ini. - HARAKAHDAILY

Tiada ulasan: